28.11.2014 Views

berita - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

berita - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

berita - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

SHOW MORE
SHOW LESS

Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!

Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.

BERITA

PERCUMA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

www.mbpj.gov.my

UTAMA

06

Skim Rebat Cukai Taksiran

RUMAH MESRA ALAM HIJAU

MBPJ Hargai Inisiatif Penduduk

10

Projek Perintis

Pengkomposan Sisa

Organik

Projek Perintis Pengkomposan

Sisa Buangan Organik di Pasar

Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling

Jaya merupakan usahasama

antara MBPJ dan syarikat Shence

Greentech Sdn. Bhd.

K.A.S.I.H Dekati Remaja

Program Kemasyarakatan dan

Kerohanian Remaja sempena

Maulidur Rasul 1434H yang

bertemakan “Nabi Muhammad

S.A.W., Kau Sumber Inspirasi

Hatiku @ Hidupku’

20

Sita 15 Buah Motosikal

MBPJ telah mengambil tindakan

sitaan terhadap 15 buah motosikal

yang menjadi punca utama

berlakunya kesesakan lalu lintas

di Jalan 51A/222

23

Ahli Majlis MBPJ merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Low Carbon City of PJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin menyampaikan rebat cukai taksiran

kepada Sathiveloo a/l Kanniah.

Futsal Amal

Mengutip dana untuk keluarga

Allahyarham PP Asswadi Hillmi

Ahamad dan Allahyarhamah

PT Mazilah Mat Rudin

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H KHAS 02

Mesej DATUK BANDAR Petaling Jaya

Datin Paduka Alinah binti Ahmad

Pelaksanaan Strategi Pembangunan Guna Tanah Berorientasi Transit

Keresahan pengguna jalan raya berkaitan kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya berlaku disebabkan

ketidakseimbangan jumlah isi padu kenderaan yang tinggi berbanding ruang jalan dan bilangan

lorong yang disediakan dipandang serius oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Lebih 51%

persimpangan utama beroperasi pada tahap perkhidmatan ‘F’ pada waktu puncak. Pemilikan

kenderaan persendirian yang tinggi 1:3.5 dan pergantungan tinggi iaitu melebihi 85% terhadap

kenderaan persendirian menjadi punca masalah kesesakan lalu lintas.

Majlis akan melaksanakan strategi pembangunan

guna tanah berorientasi transit (Transit Oriented

Development - TOD) bagi mengurangkan

pergerakan bandar, kesesakan lalu lintas

dan pencemaran udara. Pembangunan yang

berintensiti tinggi akan ditumpukan di kawasan

TOD dengan dilengkapi kemudahan awam yang

diintegrasi dengan laluan pejalan kaki di dalam

bangunan atau laluan pejalan kaki berbumbung.

Kemudahan ‘park and ride’ akan disediakan di

Stesen MRT dan LRT. Bagi stesen-stesen LRT

sedia ada, Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah

seluas 47 ekar kepada MBPJ bagi penyediaan

tempat letak kereta kepada pengguna LRT.

Majlis akan menyediakan kira-kira

3,300 petak letak kereta di dalam jarak

400 meter daripada 4 stesen LRT sedia

ada iaitu Stesen Kelana Jaya, Taman

Bahagia, Taman Paramount dan Asia

Jaya dengan kemudahan laluan pejalan

kaki berbumbung dan kemudahan

landskap. Projek ini akan dimulakan

pada tahun ini dengan peruntukan

sebanyak kira-kira RM9 juta dan

dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Projek ini akan dapat menyelesaikan

lebih 600 aduan awam yang diterima

pada tahun 2012 berkaitan pengguna

LRT meletak kenderaan di hadapan

rumah penduduk.

Selain itu, pengangkutan awam melalui ‘Bus Rapid

Transit’ (BRT) yang menyediakan ‘Dedicated Bus

Lane’ akan dibangunkan di kawasan Petaling Jaya.

Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway

Berhad akan membina sistem BRT sejauh 5.41 km

dari Stesen Komuter Setia Jaya ke Stesen USJ.

Projek ini akan mengurangkan kira-kira 16 ribu

kenderaan persendirian daripada melalui kawasan

Petaling Jaya dan USJ Subang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

pula akan membangunkan sistem BRT dari

Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya

Persekutuan. Jarak yang akan diliputi adalah sejauh

33 km. Projek ini dijangka akan mengurangkan

kesesakan lalu lintas yang berlaku di Lebuhraya

Persekutuan.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru supaya semua

warga Selangor mencintai Selangor dan juga Sungai

Kita. Ke arah itu, disarankan supaya perancangan

rumah kediaman seharusnya berhadapan dengan

sungai supaya dapat memandang keindahan alam

semulajadi sungai dan seterusnya memupuk rasa

kecintaan.

Justeru itu berdasarkan prinsip yang sama, mungkin

konsep perancangan ke atas lorong belakang

harus berubah juga. Pada masa kini, fungsi lorong

belakang di kawasan kediaman telah berubah

kerana keperluan untuk servis telah disediakan di

jalan hadapan rumah dan lorong belakang hanya

tinggal sebagai ‘langau’ kebakaran saja. Keadaan

lorong belakang yang terbiar begitu kotor dan

tidak diselenggarakan. Terdapat pula pemilik

memagarkan jalan keluar/masuk lorong belakang

kerana alasan keselamatan. Didapati bahawa

kelebaran lorong belakang telah dikurangkan

daripada 20 kaki kepada 10 atau 5 kaki saja.

Persoalannya adakah lorong belakang masih

perlu lagi dan memainkan peranannya? Adakah

kita harus adakan satu anjakan paradigma dalam

mereka bentuk semula lorong belakang? Misalnya

menjadikan kawasan lapang hijau untuk beriadah

dan mengumpul air hujan. Memastikan bahagian

belakang rumah bukan hanya sebagai tempat

mengeluarkan air buangan cucian, asap daripada

aktiviti memasak ataupun unwanted scene tetapi

tempat berinteraksi dengan jiran lain.

Pengangkutan Awam Mengimbas

Pengalaman Bandaraya Vancouver

Bandaraya Vancouver terletak di bahagian

barat Kanada. Ia mempunyai keluasan 114

km persegi, merupakan bandaraya terbesar di

British Columbia dan ketiga terbesar di Kanada.

Jumlah penduduknya adalah seramai 603,502

berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2011.

City of Vancouver adalah merupakan bandaraya

persisiran pantai dan pelabuhan. Terdapat banyak

program yang sedang dilaksanakan di Vancouver.

Antaranya perancangan green Vancouver, liveable

neighbourhood, healthy city for all, sustainable

city, mengadakan rumah mampu milik serta

mengadakan pelan pengangkutan bagi tahun 2040

[TRANSPORTATION 2040].

Pelan Pengangkutan

Bagi pelaksanaan pelan ini MBPJ akan melibatkan

penyertaan awam dan profesional. Berdasarkan

konsep Moving People and Moving Goods

kriteria-kriteria berikut dititikberatkan. Ia adalah

pelaksanaan sistem pejalan kaki, laluan basikal,

penggunaan bas rapid transit sebagai sistem

pengangkutan awam yang utama, pengurusan

pengangkutan barangan dan perkhidmatan serta

penetapan dan pembangunan guna tanah.

Pelan ini bakal dirangka berdasarkan tiga

perkara utama : ekonomi, masyarakat dan alam

persekitaran. Ianya merangkumi aspek kesihatan,

keselamatan, accessibility, affordability, public life

dan resiliency.

Pelan pengangkutan ini berkonsepkan more

trips fewer cars. Trips bermaksud pergerakan

orang ramai sama ada menggunakan kenderaan

persendirian, pengangkutan awam, berbasikal

ataupun berjalan kaki bagi melaksanakan urusan

harian di dalam sesuatu bandar tersebut.

Pada tahun 2008, 40% daripada jumlah trips

adalah dengan berbasikal, berjalan kaki ataupun

menggunakan pengangkutan awam. Berdasarkan

Plan Target Transportation 2040, dijangkakan

angka 40% ini akan meningkat kepada lebih 50%.

Yakni lebih 2/3 daripada jumlah trips di bandaraya

Vancouver tidak menggunakan kenderaan

persendirian.

Di samping itu juga perancangan dari segi faktor

keselamatan jalan raya diberi keutamaan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

sebagai Pihak Berkuasa Tempatan

yang mentadbir bandaraya Petaling

Jaya ini harus mengambil inisiatif

dan mencontohi apa yang sedang

dilaksanakan oleh City Of Vancouver.

Program-program yang sedang

dilaksanakan oleh Majlis seperti Low

Carbon City Framework, PJ Sustainable

City, Pembangunan Bandar secara

Transit Oriented Development (TOD),

Bandar Bebas Halangan, Bandar

Selamat dan PJ Green City, adalah

sejajar dengan apa yang sedang

dilaksanakan di peringkat global pada

masa ini.

Terdapat kawasan perumahan di bandar tersebut

yang mempunyai tempat meletak kereta di

bahagian belakang premis mereka. Ini bertujuan

agar sistem pejalan kaki dan kawasan hijau di

tepian jalan dapat dibina dengan lebih luas dan

berkesan sejajar dengan konsep bebas halangan,

mengadakan stesen bas yang selesa, kehijauan

bandar, bandar selamat dan menggalakkan konsep

pembangunan Low Carbon City.

Terdapat banyak kawasan di Petaling Jaya yang

harus di beri nafas baru di dalam pembangunan

dan penyediaan kemudahan untuk orang ramai.

Kadar kesesakan jalan raya yang semakin

meningkat dan pembangunan yang semakin padat

memerlukan suatu bentuk blueprint diwujudkan

bagi mengenal pasti apakah kaedah dan langkah

yang perlu dilaksanakan di dalam Petaling Jaya

bagi menghadapi krisis kepanasan global dan

Green House Effect ini.

03 KHAS BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Adakah kita harus adakan satu anjakan paradigma dalam merekabentuk semula lorong belakang?

Sektor Guna Tanah

Bagi tujuan perancangan pelan pengangkutan awam menjelang tahun 2025 sektor guna tanah (land use) memainkan peranan penting. Bagi mencapai pelaksanaan

penggunaan yang berkesan beberapa perkara dikenal pasti :

• Mengenal pasti kawasan utama yang akan

mewujudkan banyak aktiviti berhampiran

kawasan perhentian sistem pengangkutan awam

yang sibuk.

• Menggalakkan pembangunan berkepadatan

tinggi berhampiran stesen / terminal sistem

pengangkutan awam.

• Membina pusat-pusat komuniti yang lengkap

atau mengadakan kawasan keperluan komuniti.

• Mereka bentuk bangunan di persekitaran dengan

lebih berkonsepkan universal.

Terdapat kawasan perumahan di bandar tersebut

yang mempunyai tempat meletak kereta di

bahagian belakang premis mereka. Ini bertujuan

agar sistem pejalan kaki dan kawasan hijau di

tepian jalan dapat dibina dengan lebih luas dan

berkesan sejajar dengan konsep bebas halangan,

mengadakan stesen bas yang selesa, kehijauan

bandar, bandar selamat dan menggalakkan konsep

pembangunan Low Carbon City.

Di dalam menangani masalah aduan dan rungutan

penduduk ke atas jalan raya yang dikorek oleh

agensi utiliti, Majlis akan melaksanakan dasar

papan kenyataan bergerak (mobile electronic

notice board) yang mana syarikat-syarikat utiliti

seperti Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS),

Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia

(TM) dan lain-lain akan memaklumkan kepada

orang ramai melalui papan kenyataan ini kerjakerja

yang sedang dijalankan supaya orang ramai

boleh terus menghubungi syarikat utiliti ini.

Pengurusan MBPJ

DATUK BANDAR : Datin Paduka Alinah binti Ahmad

TIMBALAN DATUK BANDAR : Puasa bin Md. Taib

TIMBALAN SETIAUSAHA : Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. Said

PENGARAH PERBENDAHARAAN : Hjh. Sa’diyah binti Khasiman

PENGARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN : Hjh. Sharipah Marhaini binti Syed Ali

PENGARAH KEJURUTERAAN : Ir. Hj. Cheremi bin Tarman

PENGARAH KESIHATAN PERSEKITARAN : Dr. Chithradavi a/p Vadivellu

PENGARAH PENILAIAN : Datin Sr. Amreeta Kaur a/p Pretham Singh

PENGARAH KAWALAN BANGUNAN : Hamidah binti Ariffin

PENGARAH KEMASYARAKATAN : Aznan bin Hj. Hassan

PENGARAH PENGUATKUASA : Mohd Fauzi bin Maarop

PENGARAH LANDSKAP : Zuraidah binti Sainan

PENGARAH UNDANG-UNDANG : Abd. Muttalib bin Mohd Ali

PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM : Haniza binti Abdul Hamid

PENGARAH AUDIT DALAM : Hj. Ainul Adnan bin Abdul Rahaman

PENGARAH ADUAN AWAM : Tengku Zainuddin bin Tengku Zainudin

KETUA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) : Lee Lih Shyan

KETUA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) : Nor Shabani binti Johari

Direktori PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN ADUAN

Aduan Melalui E-Mel - aduan@mbpj.gov.my

Hotline 24 jam - 03-7954 2020

Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb. 115/117

PERKHIDMATAN PELESENAN

03–7960 4667 / 03-7956 6922

PERKHIDMATAN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

03-7956 3544 samb. 102/103/106/109

PERKHIDMATAN BANDAR (KUTIPAN SAMPAH & PEMBERSIHAN KAWASAN)

03-7955 5473

PERKHIDMATAN KAWALAN VEKTOR DAN KESIHATAN AWAM

03-7955 2381

PERKHIDMATAN PENILAIAN DAN PINDAH MILIK HARTA

03-7954 5984 / 03-7954 5986

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR

03-7958 4221

BAHAGIAN TENDER DAN KONTRAK

03-7960 2817 / 03-7960 2819

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

03-7876 7399

PERKHIDMATAN TEMPAHAN DEWAN / BALAI RAYA / GELANGGANG SUKAN

03-7956 3544 samb. 148/158

PEMBANGUNAN SUKAN & KEMUDAHAN AM

03-7960 1219

PELANCONGAN, SUKAN BERPRESTASI TINGGI DAN KEBUDAYAAN

03-7957 1195

PEMBANGUNAN KOMUNITI, SOSIAL DAN BELIA

03-7956 0206

PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

03-7781 2775

PERPUSTAKAAN CAWANGAN TAMAN MEDAN

03-7781 1484

PERPUSTAKAAN CAWANGAN KOTA DAMANSARA

03-6157 5420

MUZIUM PETALING JAYA

03-7954 8122

PERKHIDMATAN PERKUBURAN

03-7873 7895

PERKHIDMATAN KREMATORIUM

03-7873 7730

PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

03-7956 3544 samb. 360

KELULUSAN PELAN BANGUNAN

03-7956 3544 samb. 260

PENGUATKUASAAN

03-7958 8085

TUNDA KENDERAAN

03-7956 3544 samb. 149

PERKHIDMATAN HIASAN / PERMIT MEMANCING

03-7804 8907 / 8908

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN POKOK TEDUHAN

03-7804 8907 / 8908

PERHUBUNGAN AWAM

03-7956 3544 samb. 126/203

PERUNDANGAN

03-7958 6487 / 03-7957 5912

PERMOHONAN PELAN PEMBANGUNAN

03-7954 1725 / 03-7956 3544 samb. 400/401

URUSAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) DAN PERBADANAN

PENGURUSAN (MC)

03-7960 1646 / 03-7960 2410

Sidang REDAKSI

PENAUNG

PENASIHAT

: Datin Paduka Alinah binti Ahmad

Datuk Bandar Petaling Jaya

: Puasa bin Md. Taib

Timbalan Datuk Bandar

Ahli Majlis

Hj. Mohd Ghazali bin Daud

Chan Chee Kong

Tony Cheong Siew Thong

KETUA PENGARANG

PENGARANG BERITA

WARTAWAN

: Haniza binti Abdul Hamid

: Zainun binti Zakaria

: Nor Shalizawati binti Hj. Baharudin

Muhamed Azmi bin Yusoff

Ahmad Iskandar bin Mohamad Mukhtar

Saidatulanirah binti Zakaria

Mohamed Zuhaili Abu Bakar (Pelatih UKM)

JURU GAMBAR

: Rusdi bin Mohammed Halik

Intan Khairana binti Md. Zali

Salimey bin Abu Bakar

MAKLUM BALAS DAN : Unit Perhubungan Awam

CADANGAN HANTARKAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KEPADA : 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206

: 03-7958 2695

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 1494 | E-mel : media@mbpj.gov.my | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my | : pjcitycouncil | : pjcitycouncil

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

BERITA 04

Skim Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra Alam Hijau

Sathiveloo a/l Kanniah salah seorang penerima rebat cukai 100%

kategori pangsapuri.

JALAN YONG SHOOK LIN, 22 Feb – Selaras

dengan visi menjadikan bandar raya Petaling

Jaya sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan

lestari, pada tahun ini buat kali ke-3 berturut-turut

MBPJ mengadakan Kempen Rebat Cukai Taksiran

Rumah Mesra Alam Hijau.

Skim rebat cukai taksiran ini bertujuan

mempromosikan gaya hidup penduduk yang

mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya

sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah.

Rebat cukai taksiran ini ditawarkan kepada pemilik

rumah yang telah mengambil inisiatif menjadikan

bangunan kediaman mereka mesra alam hijau

dari aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi,

pengurusan sisa buangan, pengangkutan dan

inisiatif lain.

Pemilik individu yang layak akan menerima 100%

rebat cukai taksiran ataupun RM500, mana yang

lebih rendah dalam bentuk debit ke dalam akaun

cukai mereka bagi tahun 2014.

Namun, inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa

komitmen dan sokongan daripada semua pihak

antaranya para panel penilai, ahli pasukan petugas

Low Carbon Green City of Petaling Jaya serta

Urusetia Pusat Setempat (OSC) MBPJ.

Bagi tahun 2012, sebanyak 71 permohonan telah

diterima berbanding dengan 49 permohonan pada

tahun 2011.

Pada tahun 2012 juga, Majlis turut menerima

sambutan memberangsangkan daripada pemilik

rumah pangsa / kondominium sebanyak 12

permohonan berbanding hanya satu permohonan

saja yang diterima pada tahun yang 2011.

Setelah dinilai, sebanyak enam permohonan

didapati tidak layak menerima rebat pada tahun

2012 manakala seramai 15 orang pemilik akan

menerima rebat 100%, iaitu peningkatan 13%

berbanding dengan tahun 2011.

Dalam pada itu, sejumlah RM 20,159.25 telah

dibayar berbanding dengan RM18,184.43

bagi tahun 2011. Pada tahun 2013, Majlis

lebih memberi fokus kepada pemilik rumah pangsa

/ kondominium dan dijangka sambutan daripada

mereka akan meningkat.

Ahli Majlis MBPJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin

berkata, penyertaan skim ini adalah terbuka

kepada semua pemilik kediaman sama ada yang

pernah menyertai sebelum ini atau yang pertama

kali. Pada tahun ini juga, penilaian yang dibuat akan

lebih menjurus kepada perubahan sikap pemilik

kediaman hasil daripada penyertaan mereka yang

terdahulu.

Menerusi skim rebat ini, diharapkan lebih ramai

pemilik rumah kediaman akan memasukkan

elemen mesra alam hijau dan mampan dalam

kediaman mereka. Secara kolektif, usaha tersebut

akan dapat memajukan Petaling Jaya sebagai

sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah. Pada

tahun 2013 ini, bajet yang diperuntukkan bagi

program ini telah meningkat sebanyak RM110,000

berbanding RM100,000 pada tahun lepas.

Komitmen Majlis untuk menjadikan Petaling

Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah

dapat dilihat melalui program-program yang telah

diperkenalkan sebelum ini seperti meletak kereta

percuma bagi kereta hybrid, pemasangan lampu

LED secara percuma, pengumpulan minyak

masak terpakai dan yang terbaru adalah projek

perintis pengkomposan sisa organik di Pasar Jalan

Othman, Seksyen 1, Petaling Jaya.

Walau bagaimanapun, usaha Majlis masih

diteruskan lagi dengan program-program baru

yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti

menjalankan “retro-fitting” di Ibu Pejabat MBPJ

agar menjadi lebih cekap tenaga dan mesra alam.

Selain itu, Majlis turut merancang mengadakan

kerjasama dengan Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi kajian

pengurusan sisa buangan di Petaling Jaya serta

mengadakan program green tour bertujuan untuk

memperkenalkan dan mempromosikan cara hidup

yang mampan yang terdapat di Petaling Jaya.

Dari kiri : Ahli Majlis MBPJ, Hj. Mohd Ghazali Daud, Cynthia Gabriel, Richard Yeoh dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

05 INFO BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Kaunter Bergerak

EZ-PAY

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka kaunter

bergerak ez-pay bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang sepanjang

bulan April ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui perkhidmatan

kaunter bergerak ini ialah pemeriksaan dan pembayaran cukai pintu,

pembayaran kompaun dan semua jenis pembayaran bil Majlis.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-7956 3544 samb. 102

Kaunter bergerak ini akan berada di :

Tarikh

Lokasi

8 hingga 14 April 2013 SS 6 (berhampiran Giant Kelana Jaya)

15 hingga 21 April 2013 SD 12/1 (berhampiran McDonald’s dan Mobil)

22 hingga 28 April 2013 PJU 10, Damansara Damai (berhampiran McDonald’s dan stesen minyak Shell)

BERITA Akhbar Tempatan

Susunan Oleh : Mohamed Zuhaili Abu Bakar (Pelatih UKM)

Sinar Harian

Masalah Kesesakan Dijangka Selesai

Masalah kesesakan penduduk di Damansara Damai pada waktu puncak dijangka

selesai apabila laluan alternatif yang dicadangkan oleh Majlis Bandaraya Petaling

Jaya (MBPJ) dijangka siap tidak lama lagi. Laluan alternatif ini dibuat dengan

penambahan lorong untuk pergerakan susur keluar kenderaan ke arah Sungai Buloh

atau Plaza Tol Sungai Buloh, Lebuhraya Baru Lembah Klang (SKVE). Langkah jangka

panjang yang akan diambil adalah dengan membina dua laluan menghubungkan

Damansara Damai dengan Kota Damansara serta Bandar Sri Damansara. Menurut

penduduk, masalah kesesakan ini dialami oleh penduduk hampir 5 tahun lalu dan

berjaya diselesaikan dengan langkah yang diambil oleh MBPJ.

Harian Metro

MBPJ Lantik 150 Kontraktor Baru

Bagi menguruskan kerja kutipan sampah di Petaling Jaya, MBPJ telah melantik 150

kontraktor baru bagi membantu kerja kutipan dan pembersihan di lokasi terbabit.

Pelantikan kontraktor ini melibatkan kutipan sisa pepejal di kawasan perumahan,

premis kedai serta sampah kebun. Tiga bulan merupakan tempoh percubaan yang

diberikan kepada kontraktor ini dan Majlis mempunyai kuasa untuk menamatkan

tempoh kontraktor jika didapati mereka melanggar kerja seperti jadual yang

ditetapkan.

Selangor Times

MBPJ To Take Over Flat Management

MBPJ will take over flat management to help Joint Management Bodies (JMB)

to reduce the instances of vandalism and provide residents for a better living

environment. The move comes after MBPJ had spent close to RM1.77 million

to repair and maintain PPR Kota Damansara from 2010 to 2012. Repair works

there included restoring and repairing 14 elevators, replacing staircase railing

and repairing lights. MBPJ also will be instructing contractors to set up “mobile

billboard” to residents can easily identify them should they need to lodge complaint.

The Star

Bollards for Jalan 16/11

Bollards will be installed along Jalan 16/11, Petaling Jaya and the left side of the

U-turn ramp to discourage irresponsible motorists from parking indiscriminately and

causing congestion during peak hours. Petaling Jaya City Council (MBPJ) engineer

Cheremi Tarman said installing bollards with reflectors was one of the immediate

measures to resolve the traffic congestion in the area. This is to ensure motorists

keep to their lanes. “We will install the bollards in two week to defer errant motorists.

The bollards are similar to the ones in Jalan Lapangan Merdeka 53/18,” he said.

Cheremi said the Engineering Department would also discuss other measures to

ease traffic in the area with highway concessionaire Sprint. “We are considering

adjusting the timer for the traffic lights at the Jalan Dato’ Abu Bakar intersection

and even after the bollards were installed, enforcement would still be carried out.”

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

BERITA 06

PROJEK PERINTIS

Pengkomposan Sisa Organik

JALAN OTHMAN, 18 Feb - Projek Perintis

Pengkomposan Sisa Buangan Organik di

Pasar Jalan Othman, Seksyen 1, Petaling

Jaya merupakan usahasama antara MBPJ

dan syarikat Shence Greentech Sdn. Bhd.

yang berpengalaman melaksanakan

projek yang sama di Pasar Bagan

Ajam, Seberang Prai bersama Majlis

Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 2 tahun

dan lokasi yang dicadangkan ialah bersebelahan

kebuk sampah pasar basah Jalan Othman, Petaling

Jaya.

Selaras dengan hasrat menjadikan Petaling Jaya

sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah, menerusi

pendekatan pengkomposan sisa buangan organik

yang telah diproses akan dijadikan sebagai baja

organik yang boleh digunakan untuk tujuan landskap

dan kehijauan.

Pemilihan sisa buangan organik ini kerana ia

merupakan sektor penyumbang terbesar pelepasan

karbon dioksida di negara ini iaitu sebanyak 11%

mengikut Laporan Komunikasi Kebangsaan Ke - 2,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Projek ini dijangka dapat membantu MBPJ

menjimatkan kos pengurusan pasar sebanyak

RM86,000 setahun ataupun RM172,000 dalam

tempoh 2 tahun projek perintis ini dijalankan. Selain

itu juga pelepasan karbon dioksida dijangka dapat

dikurangkan sebanyak 3,158 tan setahun.

Pada masa kini kos pengurusan sisa di pasar yang

ditanggung oleh MBPJ adalah sebanyak RM46,590

sebulan atau RM559,080 setahun. Dengan adanya

projek ini kos pelupusan sisa dan kos servis kontraktor

dapat dikurangkan.

Ahli Majlis, Cynthia Gabriel dan Lee Chin Cheh menuangkan sisa organik ke dalam mesin kitar semula.

Projek ini diharapkan dapat mengurangkan pelepasan

karbon dioksida oleh sisa buangan dan dapat

membantu dalam menangani masalah pencemaran

alam sekitar, tapak pelupusan sampah, kewangan

dan pengurusan Majlis.

Projek ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep 3R dan pengasingan sampah selain turut mengeratkan lagi

semangat rakan perkongsian antara MBPJ, pihak swasta dan peniaga pasar.

Pusat Pengkomposan Sisa Buangan Organik di Pasar Jalan Othman.

07 BERITA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

JALAN YONG SHOOK LIN, 7 Feb – Kempen kitar semula minyak masak

mampu menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan

pencemaran sungai, sistem kumbahan dan longkang tersumbat akibat

pembuangan sisa dan juga dapat mengawal industri haram memproses

minyak masak menjadi minyak masak jenama murah.

Projek Perintis Kitar

Semula Minyak Masak

Dapat Sambutan

Inisiatif MBPJ ini mampu menarik

penyertaan semua pihak khususnya

syarikat-syarikat korporat, pelajar

sekolah dan persatuan penduduk

untuk bersama-sama menjayakan

projek ini.

Semasa majlis penyampaian hadiah

kepada pemenang oleh Pembantu

EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Alam

Sekitar Negeri Selangor, YB. Lee

Kim Sin menyifatkan projek perintis

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Kepada Biodiesel yang dijalankan

oleh MBPJ kini mencapai kejayaan.

Ini kerana melaluinya “Syarikatsyarikat

korporat perlu melibatkan diri

dalam projek alam sekitar walaupun

projek sebegini tidak memberi

pulangan komersial. Tahniah

diucapkan kepada syarikat Kris

Biofuels Sdn. Bhd. dan Mammoth

Empire Group kerana menyumbang

dalam projek ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa

berucap pada Majlis Penyampaian

Hadiah Pertandingan Kitar Semula

Minyak Masak 2012 di Taman Rusa,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

pada bulan Mac atau April dan juga

menguatkuasakan antipenggunaan

minyak masak secara berulang kali

dengan menggunakan peralatan

digital mengukur kualiti.

Syarikat Kris Biofuels Sdn. Bhd yang

merupakan rakan usahasama MBPJ

yang diberi kuasa untuk mengutip

minyak masak terpakai di Petaling

Jaya akan memproses minyak masak

terpakai ini untuk dijadikan biodiesel

yang akan digunakan sebagai bahan

api kenderaan mereka.

YB. Lee Kim Sin (empat dari kiri) melancarkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak 2013.

Dialog Bersama

Pemimpin Komuniti

Sebanyak 5,000kg minyak masak

terpakai telah berjaya dikumpulkan

pada tahun 2012 bermula April

dan ini menampakkan kejayaan

berbanding tahun 2011 yang hanya

mencatatkan 2,500kg sahaja.

Pertandingan kitar semula minyak

masak terpakai ini dibahagikan

kepada tiga kategori iaitu kategori

sekolah yang dimenangi Sekolah

Kebangsaan Sri Kelana yang berjaya

mengumpul sebanyak 849kg minyak

masak membawa pulang hadiah

penyaman udara dan trofi.

Kategori persatuan penduduk

dimenangi Sahabat Komuniti Sg.

Way yang berjaya mengumpulkan

sebanyak 650kg minyak masak

terpakai yang melayakkan mereka

memenangi hadiah wang tunai

RM1,000 dan trofi.

Manakala kategori jabatan MBPJ

dimenangi Jabatan Kesihatan

Persekitaran yang juga urusetia

pertandingan dengan mengumpulkan

277 kg memenangi hadiah televisyen

LED 32 inci dan trofi.

Untuk mengawal pihak yang

bertanggungjawab mengumpul

minyak masak terpakai, MBPJ akan

mengeluarkan garis panduan syaratsyarat

syarikat yang dibenarkan

mengumpul minyak masak terpakai

yang dijangkakan akan dikeluarkan

YB. Ronnie (tengah) dibantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB. Hee Loy Sian dan Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md. Taib menjawab

segala permasalahan.

JALAN YONG SHOOK LIN, 1 Mac –

EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan

Penyelidikan Negeri Selangor, YB. Ronnie

Liu Tian Khiew menjelajah seluruh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor

bertemu pemimpin-pemimpin komuniti.

Tujuannya untuk merapatkan lagi hubungan di

samping menyelesaikan masalah-masalah yang

berbangkit dengan cara yang lebih berkesan dengan

kehadiran pihak-pihak yang berkepentingan.

Lebih 50 pemimpin persatuan penduduk dan badan

bukan kerajaan mengambil peluang ini hadir ke

Dewan Banquet MBPJ dalam sesi dialog untuk

membincangkan permasalahan setempat.

Antara topik hangat yang menjadi perbincangan ialah

berkaitan dengan infrastruktur, penyelenggaraan

dan perkhidmatan bandar.

Pertemuan hampir empat jam ini digunakan

sepenuhnya oleh pihak yang terlibat terutama

kerajaan negeri dan MBPJ untuk meningkatkan mutu

perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat

di Petaling Jaya.

Ini kerana masyarakat peringkat akar umbi

merupakan pihak terakhir dalam proses penyaluran

perkhidmatan PBT dan merupakan pengguna yang

mendapat manfaat daripada servis yang diberikan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, YB. Hee Loy

Sian, Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md. Taib

dan para ketua jabatan turut hadir dalam usaha

menyelesaikan masalah dan juga menangani

ketidakpuasan hati penduduk.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

BERITA 08

Rumah Mampu Milik Sutera Damansara

SG. BULOH, 14 Mac - Rumah

Mampu Milik Sutera Damansara

yang bakal dibina di Sg. Buloh,

Selangor adalah berdasarkan

kemampuan rakyat yang

menginginkan kediaman

selesa di dalam lingkungan

kemampuan.

Ikut Kemampuan Rakyat

Sebanyak 236 unit bakal ditawarkan kepada yang layak.

Rumah yang berkeluasan antara 808 hingga 830

kaki persegi dengan tiga bilik dan dua bilik air

akan dijual dengan harga RM89,000 lengkap

dengan kemudahan dewan serbaguna, surau,

tadika, pejabat pengurusan, rumah sampah,

parkir bertingkat dan juga kebun komuniti.

Majlis pecah tanah tapak projek telah

disempurnakan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar

Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid

Ibrahim yang turut dihadiri EXCO Perumahan,

Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB. Ir.

Iskandar Abdul Samad, EXCO Pelancongan, Hal

Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, YB. Elizabeth

Wong dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin

Paduka Alinah Ahmad.

Rumah Mampu Milik Sutera Damansara

ini merupakan projek usahasama antara

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),

Semponia Sdn. Bhd. dan Country Wheel Sdn.

Bhd. manakala OSK Property Holdings Berhad

sebagai pengurus projek.

Sebanyak 236 unit bakal ditawarkan kepada

orang ramai yang memenuhi syarat-syarat

seperti berpendapatan isi rumah antara

RM2,500 hingga RM5,000, tidak mempunyai

sebarang rumah di Selangor, rumah yang akan

dibeli bertujuan untuk didiami bukan disewa dan

mesti berdaftar dengan Lembaga Perumahan

dan Hartanah Selangor.

Pembinaan rumah mampu milik ini adalah

tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam usaha

menyelesaikan masalah rakyat selain menjaga

dan memelihara kebajikan dan kesejahteraan

rakyat negeri ini.

Kompleks Kediaman

Pekerja Industri

Bakal Dibina

KELANA JAYA, 26 Feb – Kompleks kediaman pekerja industri

yang mampu menempatkan seramai 10,000 pekerja industri

di Selangor bakal dibina di SS8/6, Kelana Jaya. Majlis pecah

tanah pembinaan kompleks 3 blok kediaman 9 tingkat ini telah

disempurnakan YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri

Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Projek yang menelan kos sebanyak RM178 juta yang akan dibangunkan

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan jangkaan siap blok

pertama pada Disember 2015.

“Ia merupakan satu-satunya projek kompleks kediaman bersepadu seumpamanya

di Selangor. Selain memenuhi standard antarabangsa dengan reka bina yang

bertaraf dunia, ia bakal memberi kemudahan kepada pekerja dengan penyediaan

jejantas dan laluan berbumbung serta tambahan 1,500 tempat letak kereta,” ujar

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Menteri Besar Selangor memuji usahasama agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang membolehkan kerajaan negeri

membeli tanah tersebut untuk dibangunkan asrama.

“Ini satu contoh hubungan kerajaan negeri dengan MIDA dalam usaha untuk

menarik lebih ramai pelabur ke Selangor,” ujar Dato’ Menteri Besar semasa

sidang media.

Pembinaan asrama ini juga atas keprihatinan syarikat Western Digital Malaysia

Sdn. Bhd. membantu menyediakan kemudahan kediaman pekerja tempatan

dan asing yang memberi impak besar mempromosikan Selangor sebagai pusat

pelaburan terunggul di Selangor.

Dengan pembinaan asrama ini pekerja-pekerja Western Digital dan industri

sekitar akan mendapat manfaat kediaman dengan kemudahan yang lengkap.

Turut hadir EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor,

YB. Teresa Kok dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

09 BERITA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Kesan vandalisme yang menyusahkan penduduk sendiri.

Lif yang telah dibaiki untuk kegunaan penduduk.

MBPJ Prihatin Kebajikan Penduduk PPR Kota Damansara

KOTA DAMANSARA - Nasib penghuni

Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang

sering digembar-gemburkan diabai

pihak MBPJ adalah kurang tepat

memandangkan pelbagai usaha telah

dilakukan untuk menaik taraf kehidupan

dan memberi keselesaan kepada mereka.

Buktinya pada 2010, Jabatan Kejuruteraan MBPJ

telah membelanjakan sebanyak RM400,000.00 bagi

tujuan pembaikan 2 unit lif bagi setiap blok di PPR

Kota Damansara. Namun apa yang mendukacitakan

belum sampai tempoh 1 minggu selepas pembaikan

tersebut, iaitu lif dalam tindakan mendapatkan

kelulusan serta sijil daripada Jabatan Kesihatan

Dan Keselamatan Pekerja (JKKP) untuk dibenarkan

beroperasi, telah berlaku kejadian kecurian ke atas

komponen lif yang baru diganti tersebut.

Pada tahun 2012, 12 unit lif di PPR Kota

Damansara telah ditukar keseluruhan komponen

dengan jumlah kos penggantian sebanyak

RM1,171,963.00. Kesemua lif telah diperiksa dan

mendapat sijil penggunaan daripada JKKP pada

Mei 2012. Jabatan Kejuruteraan MBPJ juga telah

membelanjakan sebanyak RM197,600.00 bagi

penggantian pam air baru di PPR tersebut.

penghadang tangga tersebut kepada jenis PVC atau

konkrit yang merupakan jalan penyelesaian bagi

mengelakkan kejadian vandalisme berulang.

Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata,

MBPJ akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan

PPR Kota Damansara dan PPR Taman Damai Putra,

Lembah Subang mulai 1 Mei 2013. Bagi kemudahan

penduduk juga, MBPJ akan menyediakan

kemudahan seperti kaunter bergerak yang dibuka

pada hari Rabu setiap minggu dan kaunter bergerak

bulanan dibuka pada setiap Ahad minggu pertama

setiap bulan untuk kemudahan penyewa PPR di

kawasan membuat pembayaran dan sebagainya.

MBPJ amat mengharapkan penglibatan serta

bantuan dari Kerajaan Negeri terutamanya dari segi

kewangan bagi membaik pulih PPR Kota Damansara

yang terlalu daif.

Majlis juga memohon penduduk bersamasama

mengambil bahagian dalam menjaga dan

memastikan peralatan dan harta-harta awam tidak

dicerobohi dan dirosakkan oleh individu yang

tidak bertanggungjawab. Kerjasama dan sikap

bertanggungjawab penduduk akan mewujudkan

keadaan PPR yang ceria, selesa, aman dan harmoni

tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Tempoh 1 Mei 2011 hingga 30 April 2011 pihak

Majlis telah melantik Pengurus Harta (Tetuan

Nilsham Resources) di tapak bagi menjaga hartaharta

Majlis di PPR Kota Damansara. Pengurus

Harta bertanggungjawab penuh untuk menjaga

semua peralatan di PPR Kota Damansara

daripada vandalisme, dicuri dan kerosakan

peralatan yang disebabkan unsur tersebut

adalah merupakan tanggungjawab Pengurus

Harta untuk mengganti atau memperbaiki

kerosakan tersebut. Walau bagaimanapun

kakitangan Majlis setiap hari mengadakan

rondaan di kawasan PPR Kota Damansara bagi

memantau kerja-kerja Pengurus Harta di tapak.

Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan

peralatan di PPR Kota Damansara telah rosak,

hilang dan tidak berfungsi. Ini berlaku disebabkan

oleh aktiviti vandalisme oleh individu yang tidak

bertanggungjawab bagi tujuan mencuri serta

menjual, misalnya besi penghadang tangga. Kerjakerja

pembaikan dan penggantian besi penghadang

tangga pernah dilakukan oleh pihak Majlis pada

tahun 2010 tetapi kejadian yang sama tetap

berulang. MBPJ dalam tindakan menggantikan besi

Bilik motor lif yang menjadi mangsa vandalisme.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

BERITA 10

K.A.S.I.H

Dekati Remaja

SEKSYEN 3, 23 Feb – Penganjuran

Program Kemasyarakatan dan Kerohanian

Remaja sempena Maulidur Rasul 1434H

yang bertemakan “Nabi Muhammad

S.A.W., Kau Sumber Inspirasi Hatiku @

Hidupku’ (K.A.S.I.H)” bertujuan untuk

menyuntik semangat golongan remaja

mencontohi kepimpinan dan keperibadian

agung Rasulullah S.A.W. di dalam

menjalani kehidupan seharian di samping

meningkatkan keberanian dan kebolehan

para remaja.

Ustaz Shazly Al Wadi bekas kumpulan nasyid Wadi L-Jadid menjadi antara pengisian program ini.

Kehadiran penceramah bebas Imam Muda Hassan

Adli dan artis jemputan Heliza Helmi yang menjadi

ikon muslimah masa kini menggalakkan lagi

semangat untuk golongan ini bersama-sama hadir

ke majlis ilmu ini. Seramai 300 orang peserta telah

menyertai program ini yang telah diadakan di

Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz.

Klinik bacaan surah al-Fatihah, pertandingan azan

kategori remaja lelaki dan pertandingan nasyid

kategori remaja selain mini konsert zikir oleh Ustaz

Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Shazly Al Wadi

bekas kumpulan nasyid Wadi L-Jadid menjadi

antara pengisian program ini.

Penganjuran pertandingan nasyid remaja mendapat

sambutan yang menggalakkan yang mana tempat

pertama dimenangi oleh kumpulan Janatul Firdaus

yang membawa pulang wang tunai RM800, hamper

dan sijil penyertaan manakala johan pertandingan

azan dimenangi oleh adik Abdullah Huzafaf bin A.

Fauzi dan membawa pulang wang tunai RM300,

hamper dan sijil penyertaan.

Penganjuran program seumpama ini seharusnya

dapat diteruskan lagi di masa akan datang yang

sekaligus memberi ruang kepada golongan remaja

untuk menghadiri majlis ilmu. Ahli Majlis MBPJ,

Ahmad Akhir Pawan Chik dan Norliana Mohamad

telah hadir untuk menyampaikan hadiah kepada

pemenang.

SEKSYEN 10, 24 Feb - Tasik

Taman Jaya telah dibanjiri oleh

2,000 orang pengunjung bagi

memeriahkan Majlis Sambutan

Tahun Baru Cina dan Chap Goh

Meh MBPJ 2013.

Sambutan Tahun Baru Cina

dan Chap Goh Meh

Peringkat Petaling Jaya

Menariknya sambutan pada

tahun ini disambut serentak

dengan Chap Goh Meh.

Sambutan ini merupakan

anjuran kali ke-11 oleh MBPJ di

bawah prinsip usahasama Local

Agenda 21 Petaling Jaya yang

bertujuan untuk mengeratkan

integrasi sosial dan merapatkan

perhubungan antara lapisan

masyarakat majmuk, golongan

warga kanan dan kanak-kanak,

wanita dan remaja dan golongan

kelainan upaya.

Sambutan tahun ini ditunjangi

oleh Ahli Majlis, Tiew Way Keng,

selaku pengerusi penganjur

dengan kerjasama daripada

Ahli-ahli Majlis lain, Chempaka

Buddhist Lodge, Persatuan

Penduduk Aman Suria, Rukun

Tetangga Kg. Chempaka, Rukun

Tetangga SS2B, Persatuan

Penduduk Seksyen 19, Persatuan

Penduduk SS2 Selatan dan

organisasi lain.

Majlis turut diserikan lagi

dengan pelbagai acara termasuk

persembahan pentas, cabutan

bertuah dengan tawaran

sebanyak 100 hadiah termasuk

komputer tablet, televisyen dan

kupon meletak kereta secara

percuma, peraduan kaligrafi dan

peraduan teka-teki.

Di majlis yang sama juga, pameran

hijau yang memaparkan inisiatif

hijau berkarbon rendah MBPJ

serta program untuk penyertaan

awam seperti skim rebat cukai

taksiran, insentif kereta hybrid,

pemasangan lampu LED di lorong

belakang rumah turut diadakan.

Selain daripada itu, salah satu

acara kemuncak majlis selaras

dengan tujuan Chap Goh

Meh yang dilabelkan sebagai

Hari Kekasih bagi kaum Cina

terutamanya bagi golongan

muda-mudi adalah balingan oren

ke dalam tasik oleh gadis dan

pungutan buah tersebut oleh

kaum lelaki bagi tujuan suai kenal

dan berinteraksi.

Majlis dihadiri YB. Ronnie Liu Tian Khiew, EXCO Kerajaan Tempatan,

Kajian dan Penyelidikan. Tidak ketinggalan barisan Ahli Parlimen

dan ADUN Petaling Jaya, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka

Alinah Ahmad, Ahli-ahli Majlis dan pegawai-pegawai Majlis Bandaraya

Petaling Jaya.

YB. Ronnie menggaul “Yee Sang” bersama Timbalan Datuk Bandar dan Ahli-ahli Majlis MBPJ.

11 TURUN PADANG BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Ahli Majlis Zon 17 Tinjau Aduan Rakyat

PJS 2, 28 Feb – Prihatin terhadap aduan rakyat, Ahli Majlis Zon 17, Mahharul Ismail turun padang bersama-sama

Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Unit Aduan Awam, MBPJ meninjau masalah yang sering

dibangkitkan di kawasan perkhidmatan beliau.

Menurut beliau, “Saya ingin mengenal pasti

aduan yang berulang dapat diatasi dengan segera

khususnya penyelesaian konkrit terutamanya

sampah dan langkah-langkah segera yang perlu

diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Jelasnya lagi, masalah longgokan sampah di Jalan PJS1/21A,

PJS2/1 dan PJS2D/8 juga antara isu yang sangat kritikal dan perlu

ditangani dengan segera. Masalah sampah di Jalan PJS2D/8 berpunca

daripada sikap peniaga pasar pagi dan malam yang mengambil jalan mudah

membuang sampah di kaki lima jalan.

berhampiran juga telah menjadi seperti kawasan paya dan dihuni haiwan

berbisa seperti ular sawa.

Beliau menyambut baik pendekatan turun padang yang diarahkan oleh Datuk

Bandar untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit terutama isu-isu berulang

yang masih tiada penyelesaian. “Kita akan mengadakan perbincangan lanjut

dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan perkara ini tidak berlaku

lagi,” kata Mahharul Ismail.

Kebuk sampah yang disediakan telah disalahgunakan dengan membina surau

untuk kegunaan peniaga yang hanya digunakan apabila pasar beroperasi

empat kali seminggu. Surau sedia ada terletak hanya 400 meter dari kawasan

pasar.

Manakala di PJS2/1 berhampiran Apartmen Taman Medan Jaya lain pula

masalahnya iaitu masalah sistem perparitan yang tidak disediakan oleh

kontraktor yang menambak lombong berhampiran menyebabkan kawasan

perumahan tersebut sering berlaku limpahan air hujan. Kawasan lapang

Ahli Majlis Zon 17 Tinjau Aduan Rakyat.

Ahli Majlis Zon 7

Dekati Rakyat,

Selesai Masalah

SS24, 14 Mac – Ahli Majlis Zon 7,

Cynthia Gabriel turun padang ke SS24

untuk melihat isu-isu yang memerlukan

tindakan segera oleh pihak MBPJ.

Ahli Majlis Zon 8

Tumpu Isu

Kebersihan

SS2, 6 Mac – Masalah longgokan

sampah berhampiran pasar SS2,

Petaling Jaya telah dikenal pasti

hasil daripada turun padang bersama

Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ

dan Ahli Majlis kawasan, Tony Cheong

Siew Thong baru-baru ini.

Mazlan Abdullah menerangkan sesuatu kepada pegawai MBPJ.

“Kita mohon supaya MBPJ

dapat menaik taraf taman

dengan memasang lampu untuk

mencahayakan kawasan ini

kerana bimbang menjadi tempat

penagih dadah dan aktiviti jenayah

lain kerana taman ini menjadi

tempat permainan kanak-kanak

perumahan berhampiran,” ujar

Pengerusi Rukun Tetangga SS25,

Mazlan Abdullah yang turut serta.

Tambah beliau lagi taman yang

dimaksudkan adalah bersebelahan

Balai Raya Tamera di SS24 yang

menjadi pusat aktiviti penduduk.

Tinjauan bersama Majlis Perwakilan

Penduduk (MPP) Zon 7 ini turut

menyuarakan supaya dibina satu

jalan pintas untuk menyambungkan

Jalan SS25/10 dan Jalan

SS26/2 yang menghubungkan

kawasan perumahan dan industri

bersebelahan.

Program turun padang pada hari

ini bertujuan untuk mengenal pasti

masalah-masalah kecil yang dapat

diselesaikan dalam masa yang

singkat oleh jabatan yang berkaitan

misalnya masalah longkang dan

kebersihan kata Cynthia Gabriel.

Program turun padang bersama

Ahli Majlis kawasan merupakan

pendekatan baru yang

dilaksanakan oleh MBPJ untuk

mendekati penduduk dan sekaligus

memberikan perkhidmatan

yang lebih baik. Kerjasama dari

penduduk sangat diharapkan

supaya program seumpama ini

dapat dilaksanakan dengan lebih

baik lagi. Unit Aduan Awam telah

dipertanggungjawabkan sebagai

urusetia dengan kerjasama dari

jabatan lain iaitu Jabatan Kesihatan

Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan,

Jabatan Landskap dan Kehijauan

Bandar.

YB. Tony Pua turut serta turun padang menangani permasalahan di kawasan beliau.

Menurut beliau sampah tersebut

bukannya dihasilkan oleh pasar

berkenaan kerana pembersihan

oleh kontraktor bertanggungjawab

dilakukan sebaik sahaja operasi

pasar berakhir. Sampah berkenaan

dibuang oleh peniaga dari kawasan

lain terutama pada waktu

tengah malam.

“Hasil tinjauan kita pada hari ini,

berharap supaya pihak MBPJ boleh

menaik taraf kebuk sampah bagi

kemudahan khususnya peniaga

pasar ini dan juga menyelenggara

longkang yang rosak dan dipenuhi

dengan sampah,” ujar Tony Cheong.

Selain masalah sampah, beliau

bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya

Utara, YB. Tony Pua Kiam Wee turut

meninjau masalah jalan berlubang di

Jalan SS2/74 berhampiran SS Two

Mall yang memerlukan pembaikan

segera kerana jalan tersebut kadar

aliran trafiknya tinggi.

“Kita sering menerima aduan

penduduk mengenai masalah jalan

ini dan berharap supaya MBPJ

dapat membantu menyelesaikan

masalah ini secepat mungkin,” kata

YB. Tony Pua.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

INFO 12

Kadar Harga Penyewaan Dewan Sivik

BILIK SYARAHAN

CAGARAN

RM500.00

SEWA

RM500.00 (sekali guna)

ELEKTRIK

RM150.00 (Tetap)

KEBERSIHAN

RM250.00 (Profit)

SISTEM P.A.

3 MIKROFON RM350.00 (Sekali guna)

DEWAN BANQUET

CAGARAN

SEWA (1 Sesi)

MASA TAMBAHAN (1 Jam)

PERSIAPAN (1Jam)

PROJEKTOR

RM2,000.00

RM5,000.00 (Hawa dingin)

RM1,000.00

RM600.00 (Hawa dingin)

RM300.00 (Tanpa hawa dingin)

RM400.00 (Seunit / sekali guna)

AUDITORIUM

Majlis Yang Bermotifkan Keuntungan

CAGARAN

RM1,000.00

SEWA

RM1,500.00 (2 jam pertama)

RM600.00 (1 jam berikutnya)

PERSIAPAN (1jam)

RM400.00 (Tanpa hawa dingin)

RM600.00 (Hawa dingin)

RAPTAI (1jam)

RM400.00 (Tanpa hawa dingin)

RM600.00 (Hawa dingin)

ELEKTRIK

RM150.00 (Tetap)

KEBERSIHAN

RM250.00 (Tetap)

SISTEM P.A.

RM350.00 (3 unit mikrofon)

TAMBAHAN MIKROFON RM50.00 / unit

Tambahan

KERUSI BANQUET

RM6.00 / unit

SETTE

RM25.00 / unit

MEJA BULAT

RM10.00 / unit

MEJA 3’ X 6’

RM5.00

KARPET MERAH

RM150.00 (Sekali guna)

ROSTRUM

RM50.00 / unit

BILIK TETAMU

RM200.00 (Sekali guna)

Kemudahan-kemudahan Yang Disediakan

KERUSI BANQUET

MEJA BULAT

MIKROFON

SISTEM P.A.

Tambahan

KERUSI BANQUET

MEJA BULAT

MIKROFON

500 unit

50 unit

2 unit

1 unit

RM6.00 / unit

RM10.00 / unit

RM50.00 / unit

• Maksima tambahan untuk 300 tetamu sahaja.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Pembangunan Sukan dan Kemudahan Am

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Tingkat 7, Menara MBPJ,

Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-7960 1216 Faks : 03-7960 1218

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City

i-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741

Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS

Rantaian Mesra Sdn. Bhd.

Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472

Faks : 03-5510 3455

E-mel : mesrausiaemas@gmail.com

HADIAH ANAK MASUK IPT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275

Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN

GALIAN

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan

No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5518 7735

Faks : 03-5518 7736

E-mel : info@semesta.com.my

Laman web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG

Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Selangor

Tingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618

Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi

dan Inovasi

Tel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622

Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADU

Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran

Perbandaran

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 3999

Faks : 03-5510 9977

E-mel : communications@kdeb.com

SKIM KESIHATAN WANITA

Rantaian Mesra Sdn. Bhd.

Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472

Faks : 03-5510 3455

Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR

(MIMBAR)

Mimbar Selangor

A23, Pusat Perniagaan Jubli 20

Jalan Singa J20/J, Seksyen 20

40300 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5541 3616

Faks : 03-5541 3617

Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGOR

Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor

Tingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312

Faks : 03-5510 5829

Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYAT

Rantaian Mesra Sdn. Bhd.

Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472

Faks : 03-5510 3455

Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYAT

Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia

Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391

Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

13 KOMUNITI BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Perjumpaan Ahli Majlis Zon 23 CAPAI SASARAN

KELANA JAYA, 16 Mac - Perjumpaan Penduduk Jalan SS 8/8 bersama Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad

Arish mencapai sasaran dengan kerjasama semua pihak seperti Polis DiRaja Malaysia, MBPJ dan Majlis

Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23 sendiri.

Perjumpaan bersemuka sebegini ternyata berkesan

menangani aduan penduduk dengan tindakan

menambah baik misalnya tindakan menurap jalan

yang baru di Jalan SS 8/8, mencantas dahandahan

pokok yang telah menghampiri kediaman

penduduk-penduduk dan beberapa lagi perkara

yang sedang dalam tindakan oleh pihak Majlis.

Program yang berlangsung seawal pagi ini

dimulakan dengan dialog berkaitan isu jenayah

dan keselamatan penduduk bersama Cif Inspektor

Tuan Qafie, Ketua Balai Polis Sungai Way.

Program ini dihadiri ADUN Seri Setia, YB. Nik

Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kelana Jaya,

YB. Gwo-Burne Loh dan Pengerusi Persatuan

Penduduk Jalan SS 8/8 Kelana Jaya, Mohd Rosdi.

Peluang ini dimanfaatkan MBPJ dengan sesi

penerangan aktiviti Pasukan Petugas Bandaraya

Berkarbon Rendah oleh Ketua Unit Pusat Setempat,

Lee Lih Shyan dan aktiviti Pasukan Keselamatan

Kejiranan Petaling Jaya oleh Penolong Pengarah

Penguatkuasa MBPJ, Mohammad Faizal Mustaffa.

Selesai sahaja majlis dialog, penduduk bersamasama

mengadakan aktiviti gotong-royong di

kawasan perumahan dengan peralatan sokongan

dan tenaga pembersihan dari Jabatan Kesihatan

dan Persekitaran MBPJ.

Ahli Majlis Zon 23, Azri Mohamad Arish meluahkan

tekad beliau akan terus berusaha bersama-sama

mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan

oleh penduduk di situ. Cuma berharap penduduk

di situ bersabar dengan tempoh tindakan dari

pihak MBPJ.

ADUN Seri Setia, YB. Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan taklimat kepada penduduk.

Santai Pemuda Masjid

Di samping itu, program ini turut menampilkan selebriti popular seperti Ali XPDC, Man Raja Lawak, Rahim Kidol, Imam Muda Nuri Ali bin Arbain, Waheeda,

Yatt Hamzah dan Ustaz Syed Norhisyam sebagai ikon dakwah selain menjalin hubungan erat antara selebriti dan pengunjung.

Penampilan Ustaz Akil Hayy juga turut ditunggu-tunggu oleh para pengunjung dalam memberikan santapan rohani mengenai kecintaan terhadap Rasullulah

S.A.W. Para pengunjung berpeluang menyelami perjalanan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan syiar Islam.

Hadir sama YB. Senator Syed Shahir Syed Mohamud dan YB. Tuan Gwo Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya.

BANDAR SUNWAY, 23 Mac – Hampir

1000 orang telah membanjiri

perkarangan Masjid Al Husna,

Bandar Sunway sempena Program

Santai Pemuda Masjid anjuran

Ahli Majlis MBPJ Zon 24, Azman Yusof.

Program yang diadakan bertujuan

menyebarkan dakwah dan berhibur

mengikut cara Islam ini turut menjadi

platform untuk menarik minat remaja

mendekati masjid.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

KOMUNITI 14

Kem Kesedaran Alam Sekitar

Hutan Hujan Tropika

TAPAH, PERAK, 22 – 24 Feb - Hutan Hujan Tropika merupakan habitat

bagi flora dan fauna yang sukakan iklim panas dan lembap sepanjang

tahun melebihi 2,000 mm setahun. Hutan-hutan di Malaysia adalah

hutan tropika yang tebal dan berusia jutaan tahun. Struktur hutan hujan

tropika ini berlapis-lapis, seolah-olah seperti satu bumbung yang terdiri

daripada dahan-dahan dan daun-daun pokok yang bersambungan yang

dinamakan kanopi atau silara.

Terdapat juga pohon-pohon yang lebih tinggi dan menjulur ke atas. Pokok-pokok ini

dipanggil renjong (emergent). Di bahagian bawah kanopi, kita menjumpai lapisan tunastunas

pokok-pokok pisang, lengkuas hutan dan pokok bakau. Di atas permukaan bumi

pula terdapat lapisan pokok paku-pakis, lengkuas hutan dan tumbuhan herba.

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan pihak penganjur.

Hutan Paya Bakau

Penganjuran Kem Kesedaran Alam Sekitar anjuran MBPJ merupakan usaha untuk

memberi pendedahan dan kefahaman kepada kanak-kanak dan remaja terhadap

alam fizikal dan biologi, khususnya dalam ekosistem hutan hujan tropika negara kita di

samping memerhati dan mengenali flora dan fauna hutan. Seramai 30 orang anak-anak

kakitangan telah menyertai kem ini yang diadakan di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah,

Perak.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem ini antaranya ialah taklimat keselamatan,

senaman pagi, merentas hutan, kitar semula, acara alam sekitar dan lain-lain.

Para pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan untuk menambahkan pengetahuan mereka.

SEPANG, 15-17 Mac – Kem Kesedaran Alam

Sekitar sekali lagi dilaksanakan dengan

modul ekosistem pinggir pantai dan paya

bakau. Hutan bakau biasanya boleh dijumpai

di kawasan tropika terutamanya di pantai

berlumpur dan muara sungai. Walaupun ia

hanya meliputi kawasan yang kecil, tetapi ia

mempunyai peranan yang penting dari segi

perikanan dan penghasilan kayu. Malaysia

mempunyai kawasan hutan bakau seluas

6,400km persegi.

Di Semenanjung Malaysia, sebahagian besar

daripadanya terdapat di pantai barat di mana

ianya terlindung daripada tindakan ombak dan

arus kuat jika dibandingkan dengan kawasan

pantai timur.

Menerusi kem ini peserta terdiri daripada pelajar

sekolah telah diberi pendedahan tentang isu

semasa alam sekitar khususnya ekosistem

pinggir pantai serta kaedah-kaedah kerja

lapangan yang boleh dilakukan di pinggir pantai.

Di samping itu juga dapat melahirkan rasa cinta

kepada alam sekitar dan menanam kesedaran

yang mendalam di kalangan peserta betapa

pentingnya penjagaan alam sekitar.

Peserta kali ini terdiri daripada 20 orang pelajar

Sekolah Kebangsaan Damansara Utama, 20

orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Damai dan

4 orang guru pengiring. Aktiviti yang dijalankan

termasuklah sukan alam sekitar, senaman pagi,

jalan malam di pesisir pantai, rintis paya bakau,

kitar semula, taklimat keselamatan dan lain-lain.

15 BERITA

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Kemudahan OKU

Dipertingkatkan

TAMAN MEDAN, 2 Feb – Pelbagai kemudahan golongan

Orang Kelainan Upaya (OKU) kini mampu memberi peluang

untuk golongan ini menikmati kehidupan seharian yang lebih

baik dengan pelbagai akses yang disediakan.

Jika dahulu kebanyakan mereka susah untuk keluar rumah kerana kurang

kemudahan, kini suatu perkembangan positif dan mereka sudah mampu

berhubung dengan masyarakat luar.

Penyediaan van transit OKU, laluan tac tiles mesra OKU penglihatan, tempat

letak kereta berbumbung antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MBPJ.

ADUN Taman Medan, YB. Haniza Mohamed Talha turut tidak ketinggalan

mengambil inisiatif membina tempat letak kereta berbumbung dan ramp untuk

OKU di pusat khidmat beliau dengan kerjasama MBPJ. Pembinaan kemudahan

ini untuk menjadikan pusat khidmat rakyat DUN Taman Medan mesra OKU,

menyalurkan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan,

membina hubungan baik dengan penduduk setempat dan memperkenalkan

program Sejahtera Komuniti (SEJATI) kepada masyarakat. Laluan khas ini telah

dirasmikan EXCO Kebajikan, Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi

dan Inovasi Negeri Selangor, YB. Rodziah Ismail.

Kemudahan ini dibina dengan peruntukan Ahli Majlis Zon 13, Anthony

Sivabalan a/l Thanasayan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal

OKU, MBPJ.

Salah seorang OKU mencuba kemudahan yang disediakan sambil diperhatikan YB. Rodziah Ismail

(kiri) dan YB. Haniza Mohamed Talha.

Seramai 60 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada OKU, ibu

tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan telah menerima

bantuan berupa kerusi roda, makanan, lampin pakai buang dan cermin mata

yang disumbangkan ADUN Taman Medan.

Setakat ini, MBPJ telah membina sebanyak lima tempat letak kereta berbumbung untuk OKU di Petaling Jaya iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Stadium Hoki, Perpustakaan

Komuniti Petaling Jaya, Hospital Veterinar Gasing dan terbaru di Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan ini.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

ADUAN@MBPJ 16

Masalah Bau Dipandang Serius

SEKSYEN 19, 21 Mac – Masalah

takungan air berbau di tapak projek

kedai pejabat tiga tingkat terbengkalai

berhampiran PangsapuriDamansara

Bistari, Seksyen 19 Petaling Jaya

akan berakhir tidak lama lagi

dengan jaminan pihak Indah Water

Konsortium (IWK) akan membaiki

paip kumbahan yang pecah.

Paip kumbahan yang pecah

menyalurkan sisa kumbahan ke

dalam kawasan takungan air yang

terjadi akibat pengorekan tapak

projek oleh syarikat Ivory Panorama

Sdn. Bhd. yang terbengkalai

menyebabkan masalah bau busuk.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan

Air Negara (SPAN) yang melawat

tapak projek bersama Bahagian

Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan

Persekitaran MBPJ memaklumkan

bahawa masalah ini akan

diselesaikan oleh IWK dan kos akan

ditanggung oleh pemilik projek.

“Kerja-kerja pembaikan ini

memerlukan sedikit masa dan

diharapkan penduduk dapat

bersabar kerana ia akan diselesaikan

pihak IWK yang telah memeriksa

masalah sisa kumbahan yang

memasuki kawasan tersebut,” jelas

wakil SPAN, Shamsul Asri berhubung

aduan pencemaran bau kolam

tersebut. Pihak IWK kini sedang giat

menjejaki pemilik projek yang terlibat

untuk dipertanggungjawabkan

terhadap masalah ini.

Bendahari Persatuan Penduduk

Pangsapuri Damansara Bistari, Shaari

Othman yang ditemui berkata, pihak

penduduk berterima kasih kepada

pihak berwajib yang membantu

menyelesaikan masalah ini yang

sudah sekian lama berlarutan.

Takungan air yang mengeluarkan bau busuk yang mengganggu penduduk.

Pegawai SPAN, Shamsul Asri memberi penerangan kepada Shaari Othman.

Cabaran MBPJ

Menangani Bencana

PETALING JAYA - Tugas Pasukan Bertindak Cepat (QRT) yang

ditubuhkan MBPJ untuk menangani aduan di Petaling Jaya kian

mencabar dengan harapan tinggi yang disandarkan penduduk

terhadap perkhidmatan MBPJ.

Bulan Mac 2013 merupakan saat mencabar unit pokok tumbang yang mencatatkan

jumlah bencana pokok tumbang yang meningkat mendadak berikutan jumlah

curahan hujan yang tinggi dicatatkan di Petaling Jaya.

Sepanjang bulan tersebut sebanyak 61 kes pokok tumbang telah dicatatkan yang

memerlukan tindakan pantas unit tersebut.

Tindakan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang yang kritikal melibatkan 12

orang kakitangan, terutama yang melibatkan keselamatan orang ramai di kawasan

perumahan dan jalan raya perlu ditangani dengan segera dan aduan-aduan lain

akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Unit Aduan amat berterima kasih dengan adanya bantuan agensi lain seperti

bomba, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar

MBPJ kita berjaya menghadapi masalah tersebut,” ujar Pengarah Aduan Awam

MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin.

Untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kita bercadang supaya dapat

menubuhkan satu lagi pasukan QRT dengan peralatan lengkap, bersesuaian dan

mencukupi untuk menghadapi bencana dan aduan-aduan kritikal, tambah beliau

lagi.

Selain kerja-kerja kecemasan, QRT MBPJ juga akan membantu menangani

aduan berkenaan cantasan pokok di seluruh Petaling Jaya terutama dahan yang

menghalang papan tanda jalan, lampu jalan dan sebagainya.

Kakitangan QRT sedang memotong pokok akibat bencana ribut.

17 PERANCANGAN PEMBANGUNAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Garis Panduan

Komuniti Berpengawal

(Guarded Community)

Petaling Jaya

DIBENARKAN - Penghadang hanya dibenarkan beroperasi dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

Komuniti Berpengawal boleh didefinisikan sebagai satu kawasan

kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di

dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan

tanahnya berhakmilik individu (individual land title). Skim ini

menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada

dengan atau tanpa pondok pengawal. Dari segi undang-undang,

ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas jalan awam

dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar-masuk kepada

penghuni dan orang ramai.

Keutamaan Komuniti Berpengawal ialah untuk kawasan yang kurang selamat

(mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod polis).

Syarat-Syarat Asas Penubuhan

• Perlu kemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

melalui Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran

Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan perlu mendapat persetujuan penduduk

(ketua isi rumah), tertakluk kepada tiada sebarang paksaan dan tekanan

kepada penduduk yang tidak bersetuju.

• Persetujuan 75% atau ¾ penduduk (ketua isi rumah).

• Persetujuan penduduk di peringkat “protem” juga boleh mengemukakan

permohonan dengan syarat melampirkan bukti permohonan pendaftaran ke

JPPM. Bagi Rukun Tetangga pula, hendaklah mematuhi syarat-syarat yang

ditetapkan oleh Jabatan Perpaduan termasuk tidak membuat kutipan

bayaran pengurusan.

• Persetujuan dikira berdasarkan rumah yang diduduki sahaja termasuk

rumah-rumah yang disewakan.

• Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai skim ini mestilah

mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) atau Perakuan Siap dan

Pematuhan (CCC).

• Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang sama sekali

memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa.

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Semasa Permohonan “Guarded

Community” (GC)

• Permohonan perlu dikemukakan ke Jabatan Perancangan Pembangunan,

MBPJ melalui Borang AA.

• Surat permohonan GC daripada Persatuan Penduduk berdaftar.

• Bukti permohonan pendaftaran ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Malaysia (JPPM) bagi permohonan yang dikemukakan oleh Persatuan

Penduduk di peringkat “protem”.

• Satu salinan sijil pendaftaran Persatuan Penduduk dengan Jabatan

Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

• Satu salinan penubuhan Rukun Tetangga oleh Jabatan Perpaduan bagi

permohonan yang dikemukakan oleh Rukun Tetangga.

• 7 salinan Pelan Tapak / kawasan yang menunjukkan liputan / sempadan

cadangan Komuniti Berpengawal, lokasi pondok pengawal, “boom gate”,

kon, papan tanda keselamatan dan lain cadangan sekatan fizikal.

• 7 salinan pelan bangunan (pondok pengawal) bagi permohonan secara

serentak dengan permit bangunan sementara.

• Satu salinan asal senarai nama penuh, kad pengenalan, alamat lengkap dan

tandatangan ketua isi rumah yang bersetuju dengan permohonan tersebut.

• Bayaran proses sebanyak RM50.00.

• Mana-mana kejiranan berpengawal yang mendirikan struktur dan sekatan

perlulah mendapat kelulusan Majlis ke atas penubuhan dan sekatan

kawasannya.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Jabatan Perancangan Pembangunan

Tingkat 2, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Jalan Yong Shook Lin

46675, Petaling Jaya

Tel : 03-7956 3544

Faks : 03-7958 8392

TIDAK DIBENARKAN – Halangan kekal tidak dibenarkan sama sekali kerana menghalang lalu lintas.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

INFRA 18

INGIN TAHU APA ISF?

Ikuti temu bual wartawan Berita PJ dengan Ir. Haji Cheremi bin Tarman

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Apa itu ISF, saya yakin ramai yang tidak tahu apa maksud ISF?

Ir. Cheremi : ISF atau ‘Improvement Service Fund atau dalam bahasa Malaysia disebut Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan. Ianya satu bentuk

tabung kutipan wang berkaitan kerja-kerja infrastruktur di bawah Seksyen 132 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Apakah tujuan mewujudkan kumpulan wang ini?

Ir. Cheremi : Tujuan mewujudkan kumpulan wang ini bagi membolehkan ia digunakan untuk mencantik, membina atau menyusun atur sesuatu jalan,

parit, pembentung, salur atau alur air.

Siapa yang perlu mencarum dalam kumpulan wang yang dimaksudkan ini?

Ir. Cheremi : Caruman infrastruktur dikenakan kepada pemaju apabila terdapat keperluan keadaan di tapak untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf

infrastruktur akibat daripada pembangunan yang hendak dilaksanakan. Kerja-kerja menaik taraf ini meliputi sistem saliran dan juga

sistem lalu lintas. Caruman dikenakan apabila terdapat lebih daripada seorang pemaju yang terlibat di mana Majlis memainkan peranan

sebagai pelaksana.

Bagaimana kaedah caruman dibuat?

Ir. Cheremi : Caruman ini disyaratkan di dalam kebenaran merancang dan perlu dijelaskan secara 3 peringkat iaitu :

• Peringkat Pertama 20% daripada keseluruhan kadar caruman. Caruman perlu dijelaskan sebelum pengesahan Pelan Tatatur Kebenaran

Merancang.

• Peringkat Kedua 40% dan hendaklah dijelaskan sebelum pengesahan Pelan Kerja Tanah.

• Peringkat Ketiga lagi 40% perlu dijelaskan sebelum pengesahan Pelan Jalan & Perparitan.

Tuan ada menyebut mengenai kadar caruman keseluruhan. Apakah formula kadar caruman tersebut?

Ir. Cheremi : Formula yang digunakan bagi kadar caruman terbahagi kepada dua iaitu :

• Caruman lalulintas di mana formula perkiraannya adalah Jumlah Anggaran Kos Pembinaan (RM) dibahagi dengan Anggaran Keluasan

Lantai (m²)

• Caruman untuk Perparitan pula formulanya ialah Anggaran Kos Pembinaan (RM) dibahagi dengan Anggaran Keluasan Tanah (m²)

Anggaran keluasan lantai atau tanah ini termasuk lot-lot pembangunan yang masih belum memperolehi kelulusan kebenaran merancang.

Bagaimana pula dengan lain-lain seperti bangunan kerana yang tuan sebut tadi berdasarkan parit dan jalan sahaja?

Ir. Cheremi : Bagi caruman untuk jenis pembangunan pula terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

• Perumahan

• Bagi rumah yang harga kurang daripada RM100,000.00 seunit kadar yang dikenakan ialah RM 250.00 seunit.

• Bagi rumah yang harga lebih daripada RM 100,000.00 seunit maka kadar caruman ialah RM 500.00 seunit

• Perdagangan Perusahaan Kadar caruman ialah RM500.00 bagi setiap 1,000 kaki persegi luas.

• Sementara Institusi Pelajaran pula kadar caruman ialah RM 250.00 setiap 1,000 kaki persegi luas lantai kasar bangunan termasuk luas kaki

ruang letak kereta dalam bangunan.

Adakah caruman ini dimestikan bagi projek perumahan kos rendah, rumah ibadat dan sekolah bantuan penuh kerajaan?

Ir. Cheremi : Di sini ada pengecualian. Bagi jenis-jenis pembangunan kediaman kos rendah (harga RM42,000 dan kurang) dikecualikan. Begitu juga

bangunan yang digunakan bagi tujuan ibadat dan keagamaan contoh masjid, surau, gereja dan sebagainya. Tidak ketinggalan

pembangunan sekolah kerajaan dan sekolah penuh kerajaan. Begitu juga pembangunan yang melibatkan tambahan dan perubahan

kepada bangunan sedia ada.

Tuan, apakah nama tabung wang caruman tersebut?

Ir. Cheremi : Wang caruman tersebut disimpan dalam Akaun Amanah dan dibelanjakan apabila projek dilaksanakan.

Siapakah pentadbir Akaun Amanah ini?

Ir. Cheremi : Akaun ini ditadbir oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Akaun Amanah yang dianggotai oleh :

• Datuk Bandar selaku Pengerusi

• Timbalan Datuk Bandar selaku Timbalan Pengerusi

• Ahli-ahlinya, Pengarah Jabatan Perbendaharaan dan Pegawai Undang-undang serta,

• Pengarah Jabatan Kejuruteraan selaku Urusetia

19 INFRA BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Adakah terdapat terma / syarat yang digunakan dalam menguruskan Akaun Amanah ini?

Ir. Cheremi : Jawatankuasa akaun adalah bersama-sama bertanggungjawab bagi mengendalikan Akaun Amanah ini. Pengawalan dan pengurusan

akaun ini hendaklah sentiasa tertakluk kepada terma-terma Arahan Akaun Amanah peruntukan Arahan Perbendaharaan serta peraturan

kewangan yang berkaitan dengannya.

Apakah akaun ini ada tempoh masa?

Ir. Cheremi : Akaun ini akan ditutup apabila ianya telah mencapai tujuan akaun ini ditubuhkan. Segala baki kredit di dalam akaun ini akan dimasukkan ke

dalam akaun hasil Majlis (Melainkan terdapat terma atau syarat-syarat lain oleh penyumbang yang menghendaki ianya dikembalikan)

Adakah Akaun Amanah ini dicarumkan dalam satu akaun sahaja? Contohnya Akaun Amanah Jalan.

Ir. Cheremi : Tidak. Sehingga kini ada 8 Akaun Amanah yang telah diwujudkan untuk mengendalikan caruman infrastruktur.

Senarai adalah seperti berikut :

• Pembinaan interchange di persimpanagan Persiaran Surian dan Persiaran Mahogany.

• Menaik taraf infrastruktur Kampung Kayu Ara

• Pembinaan Jalan Harapan / Bulatan Rothman

• Pembinaan Ramp / Terowong dari kawasan PJU 1A melintasi NKVE berhampiran FAS.

• Jalan Tanjung

• Terowong Tropicana

• Menaik taraf Jalan Penchala dan mengsehalakan Jalan Utara

• Menaik taraf infrastruktur Seksyen 13

Bagaimanakah projek yang tuan sebutkan dilaksanakan?

Ir. Cheremi : Projek-projek dilaksanakan secara berperingkat iaitu berdasarkan kepada kutipan caruman yang dikutip. Prestasi caruman adalah

berdasarkan kepada prestasi sesebuah pembangunan.

Pembinaan simpang empat di Bulatan Rothman siap dilaksanakan.

Jenis Caruman Dan Peringkat Pelaksanaan

1. Pembinaan Interchange di Persimpangan Persiaran Surian dan Persiaran Mahogany.

Perunding telah dilantik. Projek akan dibahagikan kepada 4 pakej.

• Pakej 1 – dijangka keluar tawaran tender pada hujung Mac, 2013. (RM 6 juta)

• Pakej 3 – dijangka keluar tender awal Jun.

• Pakej 2 & 4 - selepas MRT siap dibina.

2. Menaik taraf Infrastruktur Kampung Kayu Ara.

Fasa 1 telah siap dilaksanakan.

3. Pembinaan Jalan Harapan / Bulatan Rothmans

Perunding telah dilantik.

Fasa 1 – pembinaan simpang 4 di Bulatan Rothmans telah siap dilaksanakan. (RM5 juta)

Fasa 2 – tawaran tender akan dikeluarkan setelah isu pengambilan tanah selesai. (RM15 juta)

4. Pembinaan Ramp / Terowong dari Kawasan PJU1A melintasi NKVE berhampiran FAS.

Perunding telah dilantik. Tawaran tender jalan alternatif akan dikeluarkan setelah isu

pengambilan tanah selesai (RM6 juta).

5. Jalan Tanjung

Projek telah siap dilaksanakan dengan menggunakan kutipan ISF. (RM 3juta)

6. Terowong Tropicana

Terowong Tropicana telah siap dibina. Kerja-kerja baik pulih cerun juga telah siap.

7. Menaik taraf Jalan Penchala & Jalan Utara

Perunding telah dilantik untuk mengsehalakan Jalan Utara.

8. Menaik taraf infrastruktur Seksyen 13

Dalam proses pelantikan perunding.

9. Membina longkang utama dari stadium sehingga Sg. Kayu Ara

Pembinaan longkang telah siap dilaksanakan oleh pemaju.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

PENGUATKUASAAN 20

Pusat Hiburan,

Hotel Diserbu

5 warga asing antara

yang ditahan.

Oleh : Che Othman Ahmad

Foto : Ehsan Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan

PETALING JAYA, 14 Feb – Di dalam

Operasi Menangani Gejala Sosial

sempena Hari Kekasih yang lalu,

seramai 5 orang warga asing ditahan

di beberapa tempat di sekitar Petaling

Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.

Operasi bersepadu yang diketuai

oleh Jabatan Agama Islam Selangor

(JAIS) bersama Majlis Bandaraya

Petaling Jaya (MBPJ), Majlis

Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis

Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),

Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi

Anti Dadah Kebangsaan (AADK),

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah

Petaling bagi menangani gejala sosial

dan merupakan kesinambungan

daripada operasi-operasi yang telah

dijalankan sebelum ini.

Operasi ini disertai oleh 100 orang

anggota dan pegawai daripada

semua agensi yang berkenaan.

Operasi yang bermula sejak jam 12

tengah malam itu, menahan seramai

40 orang lelaki dan 16 perempuan

berusia antara 19 hingga 45 tahun.

Daripada jumlah itu, 29 ditahan

kerana berkhalwat manakala 21

sedang berhibur di pusat hiburan

dan yang lain tidak memiliki permit

serta positif dadah. Serbuan telah

dijalankan ke atas empat pusat

hiburan dan enam hotel bajet di

sekitar daerah Petaling.

Mereka yang ditahan berkhalwat

akan disiasat mengikut Seksyen

29(1) a dan b Enakmen Jenayah

Syariah Selangor 1995.

Mereka yang ditahan di pusat

hiburan pula akan diarahkan untuk

mengikuti program Ajaran Mengikut

Amalan Rasulullah (AMAR).

Bagi mereka yang perlu hadir ke

program AMAR ini mereka perlu

berbuat demikian pada pertengahan

Mac akan datang.

Operasi yang dijalankan ini adalah

lebih memfokuskan usaha untuk

mendidik mereka yang melakukan

kesalahan.

Anggota Penguatkuasa MBPJ sedang melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan.

Pasangan yang ditahan disalah sebuah hotel bajet sedang disoal siasat oleh kakitangan Jabatan Agama

Islam (JAIS).

MBPJ Sita

15 Buah Motosikal

Oleh : Che Othman Ahmad

Foto : Ehsan Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan

PETALING JAYA, 19 Feb – Sikap segelintir pengguna jalan

raya yang hanya mementingkan diri sendiri merupakan antara

punca utama berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di

kawasan pusat bandar.

Rentetan daripada masalah ini, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan

MBPJ telah mengambil tindakan sitaan terhadap 15 buah motosikal yang

diletakkan di bahu jalan di kawasan perindustrian Jalan 51A/222, Petaling Jaya.

Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan

1974 atas kesalahan meletakkan kenderaan di tempat larangan dan kejayaan

operasi ini juga dicapai berikutan hasil kerjasama orang awam di kawasan

tersebut. Operasi yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini diperkuatkan

seramai 24 orang anggota dan pegawai dari Unit Penguatkuasa MBPJ yang

diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Nurul Ain Hasan.

Anggota penguatkuasa sedang mengangkat salah sebuah motosikal yang disita.

Hasil tinjauan Jabatan Penguatkuasaan, mendapati pemilik kenderaan terbabit

dengan sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka tanpa mengira

hak dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut salah seorang pekerja di kawasan tersebut, mereka ini langsung tidak

mahu mematuhi peraturan walaupun terdapatnya petak kuning di situ dan

kejadian sebegini sering kali berlaku lebih-lebih lagi di waktu puncak.

21 PENGUATKUASAAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

MBPJ Perangi

Iklan Haram

Anggota Penguatkuasa MBPJ sedang menurunkan iklan haram.

PETALING JAYA, 28 Feb - “Semakin berleluasa dan seolaholah

tiada kawalan". Itu persepsi daripada kebanjiran iklan

haram yang terpampang, terutama di sekitar Petaling Jaya.

Tinjauan MBPJ di beberapa lokasi di sekitar Petaling Jaya mendapati iklaniklan

haram terus menghiasi papan tanda, tiang lampu jalan, tidak terkecuali

tiang bawah jejambat lebuh raya.

Sekurang-kurangnya 45,765 iklan haram di sekitar bandar raya telah berjaya

diturunkan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dari Januari

hingga Mac tahun ini.

Pada tahun 2012, pihak Majlis telah menurunkan sebanyak 153,007 iklan

haram melibatkan gegantung, kain rentang, poster dan iklan kecil. Iklan haram

ini didapati membahayakan pengguna jalan raya, menghalang pandangan,

dipasang di jalan protokol dan

mencacatkan pemandangan

bandar raya.Pengarah Jabatan

Penguatkuasaan MBPJ, Mohd

Fauzi Maarop berkata, bagi

membanteras iklan haram ini, MBPJ

telah mengambil inisiatif dengan

menubuhkan Task Force sejak Mac

lalu.

“Fokus utamanya untuk mengenal

pasti pemilik iklan haram dan semua

kes akan disiasat mengikut Undangundang

Kecil Iklan MBPJ 2007 dan

Undang-undang Kecil Vandalisme

MBPJ 2007.”

“Kompaun akan dikeluarkan dan kita

menyediakan kertas siasatan untuk

dihadapkan ke mahkamah,” katanya

kepada Berita Petaling Jaya. Tambah

beliau lagi, sehingga Februari 2013

MBPJ telah mengeluarkan sebanyak

180 kompaun dan menyerahkan

sejumlah 52 nama pesalah kepada

Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia untuk tindakan

selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd

Fauzi menasihatkan semua parti

politik yang mahu memasang bahan

kempen menjelang Pilihan Raya

Umum Ke-13 mematuhi peraturan

yang ditetapkan.

“Kita tak mahu bandar raya ini

dicemari dengan iklan haram dan

saya juga menasihatkan agar pihak

yang mahu menaikkan bahan

kempen menghubungi Bahagian

Pelesenan untuk maklumat lanjut,”

katanya.

Untuk membanteras masalah ini,

MBPJ memohon orang ramai supaya

menjadi mata-mata melaporkan

kesalahan yang dilakukan.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa

merangka tindakan paling tegas

dan berkesan bagi membanteras

gejala ini supaya Petaling Jaya tidak

tercemar dan kesejahteraan orang

ramai sentiasa terpelihara.

MBPJ Sita Parkir Dan Pondok Cuci Kereta

Haram Dimonopoli Warga Asing

KELANA JAYA, 22 Feb – Segelintir warga asing mampu meraih pendapatan lumayan dengan menjadikan kawasan

lapang di sekitar bandar ini sebagai lubuk rezeki dengan mengusahakan tempat letak kereta dan mencuci kenderaan

secara haram di kawasan berkenaan.

Ekoran masalah tersebut, Majlis Bandaraya

Petaling Jaya (MBPJ) telah menggempur

kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat

warga asing terbabit menjalankan kegiatan

berkenaan sebelum menyita tempat letak

kereta, pondok serta alatan mencuci

kenderaan haram di sekitar SS 6 dan SS 7

Kelana Jaya.

Dalam operasi bersepadu bersama pihak

Imigresen mulai jam 2 hingga 6 petang itu,

MBPJ menahan lapan warga Myanmar,

lima warga India dan empat warga Sri

Lanka untuk siasatan lanjut kerana tidak

mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Operasi disertai seramai 50 orang anggota

dan pegawai penguatkuasa MBPJ diketuai

Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ,

Mohamad Faizal Mustafa serta enam

pegawai Imigresen.

Tindakan telah diambil di bawah Undang-

Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan

Dan Perindustrian MBPJ 2007 dan Akta

Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

dan mengenakan kompaun maksimum

RM1,000.

Manakala bagi kesalahan menjalankan

aktiviti parkir tidak berlesen pula, MBPJ

telah mengeluarkan kompaun maksimum

RM1,000 di bawah Undang-undang Kecil

Tempat Letak Kereta Persendirian MBPJ

2005.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan

Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop

berkata, masalah warga asing memonopoli

kawasan tempat letak kereta dan mencuci

kenderaan sudah berleluasa sejak dulu

lagi dan berlarutan hingga kini. Pihaknya

mendapat banyak aduan awam mengenai

kutipan wang secara tidak sah.

“Kami sudah bertindak atas aduan

berkenaan dengan mengadakan serbuan

yang dijalankan secara bersepadu bersama

agensi lain.

“Namun, warga asing terbabit terlalu licik

dan berjaya melarikan diri ketika serbuan

dijalankan,” tambah beliau lagi.

4 warga asing sedang disoal siasat oleh pegawai Imigresen.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

DESTINASI 22

Muzium

Petaling Jaya

Muzium Petaling Jaya telah dibuka kepada orang ramai

pada 12 November 2007. Muzium yang terletak di Taman

Tasik Jaya ini ditubuhkan bertujuan untuk menyimpan,

memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat

serta sebagai sumber rujukan kepada generasi kini dan

akan datang. Muzium Petaling Jaya dibahagikan kepada

enam galeri yang mempamerkan artifak mengikut tema

yang berlainan.

• Galeri A

Sejarah Kelahiran Petaling Jaya

Petaling jaya berasal daripada sebuah ladang getah yang bernama

“Effingham Estate” yang telah diasaskan oleh Sir Gerald Templer,

Pesuruhjaya British pada tahun 50-an. Kewujudan Petaling Jaya

akibat daripada kesesakan yang dialami Kuala Lumpur. Nama

Petaling Jaya berasal daripada pokok Petaling yang hidup subur

ketika itu.

• Galeri B

Pentadbiran Awal Petaling Jaya

Galeri ini memaparkan tokoh-tokoh penting dalam pembangunan

Petaling Jaya bermula dari Petaling Jaya Authority 1954 sehingga

dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 Jun

2006.

• Galeri C

Pameran Khas

Ruang pameran khas mempamerkan koleksi-koleksi terpilih

mengikut tema, isu, kategori serta jenis koleksi Muzium Petaling

Jaya.

• Galeri D

Hall of Fame

Galeri ini memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh yang banyak

berjasa mencorakkan Petaling Jaya sehingga menjadi sebuah

bandar raya yang terancang. Galeri ini juga mempamerkan kejayaan

yang dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan tokoh-tokoh tersebut.

• Galeri E

Kaum di Petaling Jaya

Memaparkan sejarah kaum-kaum utama di Petaling Jaya,

perkembangan ekonomi serta identiti utama kaum tersebut.

• Galeri F

Perkembangan dan Pembangunan Petaling Jaya Kini

Pembangunan Petaling Jaya bermula di PJ Old Town berkembang

menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun. Ia muncul

sebagai pusat pelaburan, perindustrian antarabangsa, pusat

pendidikan serta destinasi pelancongan.

Kemudahan Yang Disediakan :

- Bilik Penyelidikan dan Rujukan

- Bilik Taklimat

- Kemudahan Bagi Golongan OKU

- Wi-fi

- Ruang parkir

- Gerai Jualan Makanan

- Taman Rekreasi

Waktu Lawatan :

Sabtu – Khamis : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Jumaat dan Cuti Umum : Tutup

Masuk : PERCUMA

Alamat Muzium Petaling Jaya :

Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 8122 Faks : 03-7954 8133

Laman Sesawang, http://muziumpj.mbpj.gov.my

23 SUKAN BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

Enam Negara

Sertai Kejohanan

Skuasy Milo All

Star Junior

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Puasa Md Taib

berkata, kejohanan anjuran bersama MBPJ dan Persatuan Skuasy Selangor

(SRAS) itu telah menarik penyertaan pemain dari enam negara iaitu dari India,

Sri Lanka, Australia, New Zealand, Indonesia dan Filipina.

Puasa Md. Taib bergambar bersama penaja.

JALAN YONG SHOOK LIN, 26 Mac - Seramai 400 pemain telah

mengesahkan penyertaan Kejohanan Skuasy Milo All Star

Junior ke-13 yang akan berlangsung pada 28 Mei hingga 2

Jun di Pusat Skuasy, Kompleks Sukan Astaka.

“Kita jangkakan jumlah penyertaan akan bertambah sehingga 500 pemain akan

menyertai kejohanan ini sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 April ini,”

katanya pada sidang media sempena kejohanan itu di sini.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 akan

mempertandingkan lima kategori iaitu lelaki dan perempuan bawah 19, bawah

17, bawah 15, bawah 13 dan bawah 11.

Sementara itu, Presiden SRAS, Datuk Mohamed Aini Taib berkata sebanyak

RM200,000 telah diperuntukkan bagi menaik taraf pusat skuasy berkenaan

selepas kejohanan itu.

Futsal Amal

Sumbangan Untuk Keluarga Anggota Penguatkuasa

JALAN SELANGOR,

2 Mac – Kelab Futsal,

Jabatan Penguatkuasaan

dan Keselamatan Majlis

Bandaraya Petaling Jaya

(MBPJ) telah menganjurkan

satu pertandingan Futsal

Amal mengutip dana untuk

keluarga Allahyarham PP

Asswadi Hillmi Ahamad dan

Allahyarhamah PT Mazilah

Mat Rudin yang telah kembali

ke rahmatullah kerana

terlibat dengan nahas jalan

raya.

Bertempat di Stadium Hoki MBPJ,

pertandingan ini disertai oleh 10

pasukan yang terdiri daripada warga

kerja dan ahli keluarga Jabatan

Penguatkuasa sendiri.

Upacara perasmian telah

disempurnakan oleh Pengarah

Jabatan Penguatkuasaan Dan

Keselamatan, MBPJ, Mohd Fauzi

Maarop dengan sepak mula ke

gawang gol sebagai simbolik

perasmian.

Mohd Fauzi Maarop berkata

“pertandingan amal ini adalah

bertujuan mengutip dana di mana

setiap pasukan yang bertanding

akan dikenakan yuran penyertaan

sebanyak RM200.00. Hasil daripada

kutipan tersebut akan disumbangkan

terus kepada keluarga Allahyarham

dan Allahyarhamah.”

Tambah beliau lagi, pelbagai aktiviti

telah diatur untuk memeriahkan lagi

pertandingan amal ini antaranya

penjualan aksesori dan pakaian

terpakai serta peraduan teka kacang

dan gula-gula untuk pengunjung

yang hadir.

Johan bagi Pertandingan Futsal Amal

ini ialah pasukan Triple One Squad FC

manakala naib johan ialah pasukan

Gelabah Tanah FC. Setiap pasukan

yang menyertai pertandingan ini

telah diberikan cenderahati sebagai

kenangan.

Sebanyak RM2300.00 telah berjaya

dikutip pada hari tersebut dan

sumbangan telah disampaikan

kepada keluarga Allahyarham dan

Allahyarhamah oleh Pengarah

Jabatan Penguatkuasaan Dan

Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi

Maarop.

Sumbangan ikhlas disampaikan kepada suami

Allahyarhamah PT Mazilah.

Mohd Fauzi Maarop menyampaikan sumbangan kepada ibu Allahyarham PP Asswadi.

BERITA PETALING JAYA • April 2013 • Jamadilawal / Jamadilakhir 1434H

SUKAN 24

Swimathon

Antarabangsa Kapas

– Marang

TERENGGANU, 24 Mac – Seramai 420 peserta dari

17 negara bertanding bagi kategori junior, senior

dan veteran dalam Swimathon Antarabangsa Kapas-

Marang yang mencatatkan penyertaan teramai

semenjak ia dianjurkan.

Peserta MBPJ yang menyertai kejohanan.

Peserta yang mengambil bahagian perlu berenang sejauh 6.5

km dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang yang ternyata

menguji ketahanan fizikal perenang.

Peserta Jerman, Benjamin Konschak telah muncul juara kategori

lelaki terbuka dengan catatan masa 1:27:29 mengenepikan

cabaran Jason Hsleh dari Hong Kong yang menduduki tempat

kedua dengan 12 minit 23 saat di belakang beliau. Peserta

negara, Dement David di tempat ketiga (1:40.01).

Kakitangan MBPJ dan juga ahli Kelab Sukan dan Kebudayaan

(KSDK) seramai tiga orang iaitu Mohd Rizal Ayub dari Jabatan

Khidmat Pengurusan, Mohd Azizul Ali, Jabatan Pembangunan

Kemasyarakatan dan Mohd Azlan Hussain dari Jabatan

Penguatkuasaan dan Keselamatan turut menyertai kejohanan

ini.

Ketiga-tiga wakil MBPJ ini telah berjaya menamatkan cabaran

di bawah catatan masa 4 jam manakala Nor Shahiran Shah

Norsam dan Nur Azreen Izzaty Azharrudin dari Kelana Jaya

Swim Team masing-masing menduduki tempat ke-4 dan ke-5

kategori lelaki junior dan wanita.

Yang Dipertua KSDK, Ismathinoon Abdul Rahman hadir memberi

sokongan dan kata-kata semangat kepada wakil MBPJ. Tidak

ketinggalan hadir Naib Yang Dipertua KSDK, Hairel Hamdan.

Ismathinoon (tiga dari kiri) hadir memberi semangat kepada peserta.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!