30.11.2014 Views

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

Buletin IPPTAR Bil. 2/2012

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BIL. 2/2012 Mei - Ogos

PERSIDANGAN ANTARABANGSA

Program Kerjasama IPPTAR & ABU

Anugerah

Khidmat

Cemerlang

2011

Bicara

Eksekutif

Bersama 2M

Program

Latihan

di IPPTAR

Laporan

Aktiviti

IPPTAR

Januari - Ogos

2012

SIDANG REDAKSI

Penaung

Dato’ Adilah Shek Omar

Penasihat

Jeewa Vendagasalam

Ketua Pengarang

Munira Murad

Penolong Ketua Pengarang

Yah Mat Zain

Pengarang

Maiyumi Ahmat

Bibi Hj. Moyedden

Faezah Abu

Hjh. Zabedah Ibrahim

NURZiHA HAMSAH

Fotografi

Hj. Ramshah Idris

Hj. Shaaban Mohd Nor

Rajendran M.T Velu

E-mel IPPTAR : kursusipptar@kpkk.gov.my

Faks: 03 22824796 (Bangunan Ilmu)

03 22824379 (Bangunan Teknologi)

Jika anda ada sebarang sumbangan tulisan, artikel,

kritikan, ulasan dan komen sila hantar kepada :

Sidang Pengarang Buletin IPPTAR

Institut Penyiaran dan Penerangan

Tun Abdul Razak, KPKK

Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baharu

Angkasapuri 59700 Kuala Lumpur

Reka bentuk dan Pencetak

Tel : 03-40237131

KANDUNGAN

4 ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

5 GURINDAM BAHASA

6 persidangan antarabangsa

7 capitAliZing on capabilities

8 SEPETANG BERSAMA ANGKASAWAN

NEGARA - DATO’ DR.SHEIKH

MUsZAPHAR

9 DR. MUHAYA - DARI MATA TURUN KE

HATI

10 warga ipptar menyambut

aidilfitri dan sambutan hari

merdeka

12 Laporan aktiviti ipptar

janUARI-OGOS 2012

14 PKTM

16 WARGA IPPTAR DAN SAMBUTAN

RAMADAN

17 WALK RUN FLY

18 KREATIVITI DALAM PENERBITAN

DRAMA

19 KURSUS PENYAMPAIAN KREATIF

20 KURSUS KAMERA TUNGGAL

Assalamualaikum,

Dari Meja

Ketua Sidang Pengarang

Syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan umur kita dan berpeluang

bertemu lagi dalam Buletin IPPTAR Bil.2/2012. Masa berlalu begitu pantas,

tanpa disedari kita kini berada dalam bulan Ogos. Alhamdulillah, sepanjang

lapan bulan yang lalu IPPTAR berjaya melaksanakan pelbagai program sebagaimana

yang diuar-uarkan menerusi laman web dan Kalendar Kursus IPPTAR 2012.

Sewajarnya kita renungi segala pencapaian program yang telah dilaksanakan

itu menerusi paparan berita yang dimuatkan dalam 20 halaman. Pengisian kali ini

memaparkan berbagai-bagai aktiviti dalam core business IPPTAR dan program –

progam lain anjuran IPPTAR untuk warga KPKK seperti Bicara Eksekutif, Wacana

Ilmu, Seminar, Bengkel dan Persidangan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada kepada dua program usahasama

IPPTAR dan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) yang dilaksanakan bagi

memantapkan IPPTAR sebagai pusat kecemerlangan Ilmu dan Kemahiran Negara ini

di peringkat Antarabangsa, iaitu seminar bertajuk Managerial Decision Making In

Time Of Change yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai pengurusan tertinggi mewakili

semua agensi penyiaran dari rantau Asia dan Pasifik dan bengkel Organizational

Management Capitalizing On Capabilities untuk pegawai-pegawai kanan daripada

jabatan dan agensi dalam KPKK.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua

yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Buletin IPPTAR edisi kali ini. Dengan

kesinambungan penerbitan buletin IPPTAR, saya yakin warga kerja akan lebih peka

terhadap perkembangan aktiviti yang melibatkan IPPTAR. Di samping itu, buletin

kali ini juga merupakan wadah bagi warga IPPTAR mencetuskan idea untuk dikongsi

bersama.

Harapan saya keluaran yang kedua ini kekal bersama bijaknya seorang ilmuan dan

hikmahnya seorang pemikir. Saya berkeyakinan menerusi sikap profesionalisme dan

semangat kerjasama yang sedia terjalin, kita sama-sama akan dapat melaksanakan

tugas yang diamanahkan ini dengan jayanya. Usaha ini juga dapat meningkatkan

prestasi IPPTAR sebagai sebuah organisasi latihan penyiaran dan penerangan yang

tersohor di negara ini dan persada dunia.

Sebarang pandangan dan kritikan membina amatlah bermakna bagi Sidang

Pengarang untuk memperbaiki dan meningkatkan persembahan serta kandungan

buletin ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Munira Murad

Ketua Sidang Pengarang

BULETIN IPPTAR 2012 | 3

Mesej

Pengarah IPPTAR

IPPTAR Kita

Kita mahu IPPTAR cemerlang

Ayuh, berusaha jangan dihalang

Kita mahu IPPTAR berjaya

Ayuh, jangan kita bertangguh kerja

Kita mahu IPPTAR menyerlah

Ayuh, kerja kuat jangan menyerah kalah

Kita mahu IPPTAR sebaris dengan yang lain

Ayuh, kita bersungguh-sungguh, jangan main-main

Kita mahu IPPTAR terkenal

Jadi, perlu promosi tahap internasional

Kita mahu IPPTAR tetap unggul

Jadi, buang sikap pahat dengan pemukul

Kita mahu nama IPPTAR dijulang

Ayuh, kerja bersama visi misi jangan hilang

Kita mahu IPPTAR berjasa

Jadi, biasakan yang betul, betulkan yang biasa

Kita mahu IPPTAR ada kelas

Ayuh, rajin bekerja tulus dan ikhlas

Buktikan kecintaan anda kepada IPPTAR

Utamakan tugas hakiki

Bertugas dengan ikhlas dan suci hati

Tanamkan rasa sayang antara kita, jangan ada PHD –

Sempena Merdeka ke- 55 pada esok hari,

Merdekakan diri kita daripada perasaan hasad dengki

Anggaplah IPPTAR seperti satu famili

Insya-Allah, segala usaha akan diberkati

Doa terkabul, tercapai yang kita hajati

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam 1Malaysia,

DATO’ ADILAH SHEK OMAR

Pengarah IPPTAR

30 Ogos 2012

4 | BULETIN IPPTAR 2012

Tugas Sebagai Amanat

Membawa Berkat

10 Kakitangan IPPTAR Menerima

Anugerah Khidmat Cemerlang 2011

Disediakan oleh : Maiyumi Ahmat

PENERIMA ANUGERAH KGHIDMAR CEMERLANG 2011

Atas dari kiri : Abdul Kadir Saat, Eng Kock Ching, Mohd Hairilnizam Othman dan Samsudin Sulaiman.

Bawah dari kiri : Nasyariah Abdullah, Munira Murad ,Dato’ Adilah Shek Omar,Maiyumi Ahmat,Gayah Yunos dan Baidatul Azam Baharudin.

Pasti menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup

10 orang pegawai IPPTAR tatkala menerima anugerah

perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2011 pada 19

Julai 2012 yang lalu. Lebih manis lagi apabila penganugerahan

dilakukan dalam dewan yang berprestij di Istana Budaya.

Komitmen yang dipaparkan akhirnya membuahkan

kecemerlangan. Kecemerlangan pula adalah hasil daripada sikap

yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Jika kita mahu mencapai kecemerlangan kita mesti mencari

peluang dalam setiap kerumitan, bukan mencari kerumitan

dalam setiap peluang. (Ahmad Sanusi Husain, 2012)

Kecemerlangan diri bukanlah satu bentuk kejayaan yang

bersifat pasif/menunggu sesuatu kejayaan tanpa sebarang

inisiatif tetapi ia satu inisiatif yang konsisten dan proaktif,

maknanya seseorang insan yang betul-betul berjaya membentuk

dirinya sebagai juara. Insan cemerlang ialah mereka yang

berusaha dengan gigih, tabah, kental jiwa dan mentalnya

dalam mengharungi ranjau-ranjau perjuangan untuk mencapai

sesuatu cita-cita dan impian yang diimpikan buat sekian

waktu. Kecemerlangan tanpa sebarang ranjau akan kurang

rasa sentimental dan kemanisan, kegigihan dan bukanlah pula

bermakna setiap kejayaan itu perlu melalui ranjau-ranjau

kesusahan dan keperitan. Andai kata ada jalan pintas untuk

menggapai sesuatu kejayaan maka itu yang terbaik kerana

falsafah perjuangan ada mengatakan bahawa perjuangan yang

efektif dan efisien ialah perjuangan yang berstrategi, dan andai

kata syarat dan norma sesuatu kejayaan itu perlu menempuh

onak dan duri maka anggaplah ia sebagai fitrah dan kemanisan

dalam berjuang mencapai sesuatu impian kita. (Ahmad Harithah

Ibnu Muhammad al-Maliyzi, 2009)

Bagi pegawai IPPTAR yang berprestasi cemerlang, tahniah

dan gandakan komitmen agar penghargaan yang diberi bukan

suatu yang sementara.

BULETIN IPPTAR 2012 | 5

Gurindam Bahasa

Disediakan oleh : Yah Mat Zin

MAS ADEKI - Penceramah

Gurindam ialah salah satu puisi Melayu lama yang

kini semakin dilupakan. Oleh itu seni warisan

bangsa Melayu itu perlu dihidupkan kembali agar

kegemilangannya suatu masa dahulu dikembalikan. Untuk

itu IPPTAR mengadakan bengkel Mencipta Gurindam bagi

membolehkan puisi Melayu lama itu tidak luput dimamah

zaman moden yang berteknologi tinggi.

Selain teori mencipta gurindam yang terbahagi kepada

beberapa jenis, seperti gurindam jiwa, gurindam cinta,

gurindam hidup dan sebagainya, latihan amali turut diadakan.

Peserta membentuk kumpulan masing-masing untuk

mempersembahkan gurindam pada hari terakhir. Bengkel

selama tiga hari itu dikendalikan oleh tenaga pengajar yang tidak

asing lagi dalam bidang gurindam iaitu Haji Mohd Sidek Mohd

Dollah atau dikenali sebagai Mas Adeki.

Kumpulan Variasi Gurindam muncul sebagai juara dalam

pertandingan mencipta gurindam tersebut. Kumpulan ini

dianggotai oleh Mohd Fairuz Selamat dari JKKN, Mohd

Rafi Anton dari KPKK, Nor Hertika Jamil Pengesan Siaran,

Noorsyahidah Jamsari Berita Radio, Hanisma Ismail MDI dan

Hajah Zabedah Ibrahim dari IPPTAR. Selain gaya bahasa dan

persembahan, komitmen yang padu membantu kumpulan

berkenaan dianugerahi sebagai pemenang.

Gurindam berasal daripada perkataan India dan dibaca

dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan

lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat

dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama.

IPPTAR bercadang untuk mengadakan pertandingan

gurindam dalam kalangan kakitangan jabatan dan agensi dalam

KPKK pada tahun depan. Ia bagi memastikan gurindam terus

subur dalam kalangan masyarakat khususnya warga KPKK.

6 | BULETIN IPPTAR 2012

Persidangan Antarabangsa

Program Kerjasama IPPTAR & ABU

Disediakan oleh : Munira Murad

Gandingan dua pakar dalam bidang pengurusan penyiaran di Persidangan ‘MANAGERIAL DECISION

MAKING IN TIME OF CHANGE’ anjuran bersama IPPTAR dan ABU pada 16-17 Julai 2012 bertempat di

Dewan Cendekiawan IPPTAR

Dr. Roger Cooper

Assoc.Professor Sequence

Media Management,

School of Media Arts Studies,

OhioUniversity

Dr. Drew McDaniel

Chair of Executive Committee

for Southeast Asian Studies

Prof. School of Media Arts,

Ohio University

Seramai 60 pegawai dari pengurusan tertinggi agensi

penyiaran dari rantau Asia dan Pasifik berpeluang

bertukar-tukar pendapat, berkongsi kemahiran,

pengalaman dan pengetahuan dalam Persidangan MANAGERIAL

DECISION MAKING IN TIME OF CHANGE anjuran IPPTAR

dengan kerjasama Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Persidangan dua hari ini, membincangkan strategi-strategi

yang perlu diambil dan diamalkan oleh pengurusan tertinggi

industri penyiaran untuk menangani cabaran-cabaran baharu

hasil daripada transformasi pendigitalan Digital yang melibatkan

perubahan kepada HDTV dan 3D HDTV. Persidangan tersebut

juga meneliti isu-isu kewangan dan permasalahan yang hadapi

oleh CEO dan pihak pengurusan tertinggi industri penyiaran

masa kini dalam menghadapi perubahan teknologi.

Selain itu peserta juga didedahkan kepada beberapa

tajuk berkaitan pengurusan seperti, keberkesanan dan tahap

kompetitif organisasi melalui penilaian keadaan persekitaran

industri, panduan dan tatacara untuk menilai semula budaya

organisasi, pembangunan kerjaya kakitangan serta kecekapan

dalam pengurusan untuk menganalisis cabaran dan peluang

dalam transisi pendigitalan.

Apa pun pertemuan dua hari memberi peluang kepada peserta

bertukar-tukar pendapat, berkongsi kemahiran, pengalaman

dan pengetahuan berkaitan isu-isu berkaitan pengurusan

dalam organisasi penyiaran di rantau Asia Pasifk bersama dua

pernceramah undangan. Prof. Dr. Drew McDaniel dan Dr. Roger

Cooper juga memainkan peranan sebagai tenaga pengajar dan

fasilitator selain membentangkan isu-isu semasa yang berkaitan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’

Norhyati Ismail Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia mewakili

YBhg. Dato Sri Kamaruddin Siaran KSU ,KPKK. Menerusi teks

ucapan yang disampaikan, YBhg. Dato’ KSU mengingatkan

bahawa tugas pengurusan kanan hari ini harus memberi fokus

kepada tiga komponen utama yang perlu iaitu, pembangunan

sumber manusia, perancangan strategik dan keupayaan dan

kecekapan untuk menguruskan perubahan bersesuaian dengan

keperluan semasa. Seterusnya beliau berharap seminar dua hari

ini akan memberi kesan yang positif kepada organisasi penyiaran

di rantau Asia Pasifik dalam mencapai matlamat organisasi dan

mengatasi cabaran dan perubahan dalam digital.

BULETIN IPPTAR 2012 | 7

Capitalising on Capabilities

Bengkel Pengurusan Organisasi

Untuk Pegawai KPKKDisediakan oleh : Munira Murad

Sementara itu, pada 11 - 13 Julai, IPPTAR juga

menganjurkan Bengkel Organisational Management

bertajuk Capitalizing on Capabilities. Bengkel tiga

hari ini dikhaskan untuk pegawai-pegawai kanan daripada

jabatan dan agensi dalam KPKK. Seminar ini memberi tumpuan

kepada isu semasa, kebimbangan dan cabaran dalam teknologi

maklumat dan pengurusan media. Bengkel ini juga adalah

sebagai satu platform untuk para peserta membincangkan

konsep kepimpinan terkini, trend organisasi, dan kemahiran

interpersonal yang diperlukan oleh pengurus dalam organisasi

dan agensi-agensi awam.

Bengkel ini memberi peserta peluang untuk :

• Menggunakan konsep teori pengurusan dalam menganalisis

gaya kepimpinan dan strategi komunikasi organisasi.

• Menggunakan konsep “pengurusan saintifik” dan “pergerakan

hubungan manusia” teori kepimpinan dan teori komunikasi

organisasi dalam menerangkan gaya kepimpinan.

• Menggunakan konsep imbasan alam sekitar, seperti yang

digunakan dalam perancangan strategik.

• Huraikan corak global perubahan yang berlaku dalam

organisasi, terutama perubahan-perubahan yang dijalankan

di Asia.

• Menggunakan konsep budaya organisasi dalam menganalisis

dinamik perubahan organisasi.

• Membuat penggunaan prinsip rundingan dalam menentukan

hasil organisasi.

8 | BULETIN IPPTAR 2012

Sepetang Bersama Angkasawan

Negara Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar

Dalam usaha merealisasikan IPPTAR sebagai Pusat

Kecemerlangan KPKK , satu lagi program khas bagi

tahun 2012 dilaksanakan . Kali ini IPPTAR berpeluang

menjemput ikon ilmu yang telah mengharumkan nama negara

dengan meneroka angkasa lepas . Pada 17 Mei 2012 bersesuaian

dengan bulan Mei sebagai bulan Sains, bertempat di Dewan

Cendekiawan IPPTAR, bergema lagu Standing in the Eyes of

the World nyanyian Ella dan diikuti lagu Gemuruh oleh Faizal

Tahir yang dimainkan membuka tirai “Sepetang Bersama Dato’

Dr Sheikh Muszaphar Shukor.”

Program bersama angkasawan ini dihadiri lebih 300 orang

terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan agensi dalam

KPKK. Ceramah menarik yang disampaikan oleh Dato’ Dr.

Sheikh Muszaphar mengenai cabaran dan pengalaman ke

angkasa lepas dan beliau memberi semangat kepada penjawat

awam supaya memiliki kekuatan minda dalam mengejar impian

dan akhirnya impian mampu menjadi kenyataan. Meningkatkan

jati diri juga amat penting demi mencapai matlamat hidup yang

tidak ada mustahil dan pasti membawa kejayaan.

Bicara Eksek

dengan ke

Disediakan oleh : Bibi Moyedden

Masyarakat Malaysia disarankan untuk meminati bidang

sains, teknologi dan pendidikan dan inilah antara objektif

Program Angkasawan Negara yang banyak negara berlumbalumba

ke angkasa lepas kerana mereka yang telah menguasai

angkasa lepas mampu menguasai dunia , kata angkasawan

negara . Program ceramah ini juga diselitkan dengan tayangan

DVD tentang pengembaraan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar

Shukor di angkasa lepas.

Pelbagai soalan diajukan kepada angkasawan negara dalam

sesi soal jawab dan antara yang paling menarik adalah mengenai

dugaan menjalani kehidupan seharian di angkasa lepas dan

syarat menyertai program angkasawan yang calon angkasawan

hendaklah tidak merokok, tahap penglihatan dan pendengaran

amat baik, tiada parut pembedahan dan tiada tampalan

pada gigi. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga bersyukur diberi

peluang berada di angkasa lepas kerana dapat menghayati dan

menghargai ciptaan dan kebesaran Allah. Sepetang Bersama

Angkasawan Negara diakhiri dengan sesi bergambar bersama

peminat dalam kalangan warga KPKK.

BULETIN IPPTAR 2012 | 9

utif Rancak

hadiran 2M

Dr. Muhaya

Dari Mata Turun Ke Hati

Disediakan oleh : Siti Hawa Ahmad

Bicara Eksekutif ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ bersama Prof.

Dr. Muhaya Muhammad diadakan pada 6 Jun 2012

bertempat di Dewan Cendekiawan, IPPTAR bermula

pukul 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Puan Hanie Ab. Hamid

selaku moderator majlis ini.Seramai lebih kurang 250 warga

KPKK dari pelbagai jabatan dan agensi menghadiri Majlis Bicara

Eksekutif ini.

Prof. Dr. Muhaya Muhamad merupakan doktor pakar

oftalmologi (pakar mata) yang tidak asing lagi di negara

kita. Beliau merupakan anak Malaysia terunggul atau orang

pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan kaedah Teknik

Lasik iaitu kaedah termoden pembedahan mata tanpa pisau

sepenuhnya.

Anak kelahiran Terengganu dan dibesarkan dalam keluarga

yang berdisiplin ini memegang beberapa jawatan penting seperti

Perunding Pakar Bedah Mata,Pengarah Pusat Mata dan Lasik,

Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di UKM

serta Profesor Adjung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM).

Prof. Muhaya sentiasa mengamalkan zikir dan doa semasa

melakukan pembedahan agar kebaikan dapat dimanfaatkan

melalui pancaindera penglihatan.Dalam ceramahnya Prof.

telah mengklasifikasikan fungsi mata kepada mata fizikal,mata

akal, mata nafsu dan mata hati iaitu mata yang melihat kepada

kebesaran Allah dan alam akhirat.

Menurutnya lagi rawatan jiwa amat penting berbanding

rawatan fizikal kerana jiwa yang runsing dan emosi yang kacau

menyumbang kepada berbagai-bagai penyakit. Jika seseorang

sentiasa berfikiran positif, sentiasa berlapang dada dan terbuka

minda segala musibah atau kesulitan dihadapi dengan reda

tanpa rasa stres. Beliau juga mengajak warga KPKK mengubah

minda kiri yang bersifat negatif ke minda kanan yang lebih

bersifat positif ke arah membentuk penjawat awam yang lebih

cemerlang.

Prof. juga telah berpesan supaya kita berhenti menggunakan

bahasa yang negatif kerana ia merencatkan usaha.Menurutnya

apa yang kita fikir menjadi perkataan, perkataan menjadi sikap,

sikap menjadi perbuatan, perbuatan menjadi tabiat, tabiat

membentuk peribadi dan peribadi menentukan destinasi hidup

kita.Majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan segala

pertanyaan daripada warga KPKK dijawab dengan mesra,

menyenangkan dan penuh dengan sifat keibuan.Selesai makan

tengah hari Prof.Muhaya bergegas pula ke sebuah stesen radio

swasta untuk ditemu ramah. Begitulah rutin harian Prof.

Muhaya yang sangat sibuk menjalankan tugas sebagai pakar

bedah mata Kaedah Lasik dan di celah-celah ruang masa masih

sempat memberi ceramah motivasi kepada masyarakat.

Semoga ceramah beliau dan kata-kata motivasi selama satu

jam setengah itu dapat memberi inspirasi dan pedoman untuk

menyeimbangkan aktiviti duniawi dan ukhrawi kita semua.

Tengok kain samping kami….Merdeka……

Terima kasih…En. Suhaimi…tak glamorlah nama ni…En. Abeng

dan Pn. Ziha kerana mengacara & menceriakan Majlis

Jamuan Hari Raya dan Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos.

1Malaysia…..En. Jeewa..segak berbaju Melayu…

Pn. Yam manis berbaju kurung…. Terima kasih

kerana sama-sama memeriahkan Majlis

Jamuan Hari Raya IPPTAR.

Disediakan oleh : Faezah Abu

Warga IPPTAR

Menyambut Aidilfitri

Mana satu nak makan

ni….kiri atau kanan?

Selamat Hari Raya…Maaf zahir batin…Dato’ Adilah

bersalaman dengan kakitangannya di Majlis Jamuan

Hari Raya 2012 dan Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos.

Berdoa atau berfacebook?

Kenapa mukamu lagu tu….

sedap sangat ke?

Berbakat…selama ni mahu…

tapi malu agaknya ya…

jangan marah ya Pn.

Maiyumi dan Pn. Jan…

Antara tetamu yang hadir di Majlis

Jamuan Hari Raya 2012…Pengarah

serta kakitangan Selangor fm.

Wajah-wajah ceria sempena

sambutan Hari Kememerdekaan

ke-55 di Dataran Merdeka.

Tengok Pn. Lina ni…pergi Dataran Merdeka nak

kibar bendera tapi sempat gak buat kebajikan

ya…urut kaki siapa tu?

ANAK MERDEKA.... Tahniah

En. Hadi... Selamat Hari

Lahir... moga dilanjutkan usia

dan dimurahkan rezeki...

Sambutan

Hari Merdeka

ke-55

Terpaku…tengok apa tu En.

Ashaari…kapal terbang lalu

atau gadis cun yang lalu kat

depan mata tu?

Merdeka…merdeka…merdeka…

semangat betul Pn. Ziha ya…

bersantai pun kibarkan bendera ya….

Amboiii…..mak we cun mana pulak ni…..oh…

En. Kadir beli air dengan gadis penjual air Red Bull

tu….pasti hilang dahaga lepas tu kan….

12 | BULETIN IPPTAR 2012

Laporan Aktiviti IPPTAR

Januari-Ogos 2012

Disediakan oleh : Tg. Mahani Tg. Mukhtar

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) sebagai organisasi latihan dan pusat kecemerlangan

bagi Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) merancang 110 kursus, bengkel dan program khas

dengan sasaran 2500 peserta bagi tahun 2012.

1. Maklumat Kursus mengikut bahagian di IPPTAR

Bermula bulan Januari hingga Julai 2012, bahagian latihan melaksanakan 82 kursus,bengkel dan program khas di IPPTAR

seperti dalam Jadual 1.

Penyelaras

Bilangan Kursus/

Bengkel

Bilangan

Program khas

Bilangan Peserta

Latihan Rancangan TV 14 1 505

Latihan Rancangan Radio 10 - 282

Latihan Pembangunan Teras 27 1 1293

Latihan Kejuruteraan Asas 5 - 91

Latihan Kejuruteraan TV 8 1 334

Latihan Kejuruteraan Radio 5 - 79

Latihan ICT 8 - 105

Kemajuan Latihan 1 1 217

Jumlah 78 4 2,906

JADUAL 1

BILANGAN PELAKSANAAN KURSUS MENGIKUT BAHAGIAN LATIHAN DI IPPTAR DARI JANUARI – JULAI 2012

CARTA 1

BULETIN IPPTAR 2012 | 13

4. Selain melatih warga tempatan, IPPTAR juga melatih warga

luar negara dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia

(PKTM) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri. Pada

tahun ini IPPTAR melatih lapan (8) orang warga Papua New

Guinea dalam Kursus Audio Digital Broadcasting dari 10 Jun

hingga 7 Julai 2012.

IPPTAR dengan kerjasama Asia-Pacific Broadcasting Union

(ABU) dan RTM menganjurkan ABU TV Prizes Workshop pada

26 dan 27 Jun 2012 dengan penyertaan jabatan-jabatan lain

yang berkaitan.

IPPTAR-ABU juga bekerjasama menganjurkan Workshop on

HDTV Studio Operations Siri 1 dari 25 hingga 27 Jun 2012 dan

Siri 2 dari 28 hingga 30 Jun 2012. Antara peserta antarabangsa

yang menghadiri bengkel anjuran bersama ini adalah dari

MediaCorp Singapore dan Radio Television Brunei (RTB).

• IPPTAR dengan kerjasama ABU juga menganjurkan

Persidangan Antarabangsa bertemakan Managerial Decision

Making in Time of Change dari 16-17 Julai dan bengkel khas

untuk 20 pegawai-pegawai kanan daripada jabatan dan

agensi dalam KPKK bertajuk ‘Organisational Management-

Capitalizing on Capabilities’ bermula dari 11-13 Julai.

• Selain bersama melaksanakan kursus dan bengkel bekerjasama

dalam penerbitan buku. Sebuah buku kecil bertajuk “File

Base Production” diterbitkan pada bulan Februari 2012 hasil

kerjasama ini.

6. Aktiviti Bahasa dan Kesantunan Bahasa di IPPTAR Program

mengenai bahasa Melayu yang dilaksanakan pada 2012 adalah

seperti yang berikut :

• Kursus Pemantapan Bahasa Melayu diadakan pada 5-6 Jun

2012.

• Bengkel Penulisan Gurindam diadakan pada 12 – 13 Jun 2012.

Wacana Ilmu: Memartabatkan Bahasa Melayu diadakan pada

28 Jun 2012.

Setiap modul kursus di IPPTAR yang melebihi 4 (empat) hari,

diselitkan dengan sesi pemantapan bahasa Melayu selama empat

jam.Sementara dalam mesyuarat dalaman IPPTAR diselitkan

aspek pemantapan bahasa Melayu selama 10 -15 minit di akhir

mesyuarat.

Projek Penyediaan Garis Panduan Penggunaan Bahasa Melayu

dalam Media Massa masih dalam proses, dan kini dalam

semakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Projek ini mendapat

kerjasama padu daripada DBP, pengamal media seperti Berita

Harian, Utusan Melayu (M) Berhad, Kumpulan Karang Kraf,

Kumpulan Media Prima, MEASAT Broadcast Network Systems

Sdn. Bhd iaitu Astro AWANI, Astroview MEASAT Publications

Sdn. Bhd dan Astro Radio Networks

PROGRAM-PROGRAM KHAS

7. IPPTAR melaksanakan empat (4) program khas.

a. Seminar Internet Protocol Television (IPTV) pada 10 April

2012 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR dengan kerjasama TM

New Media. Yang hadir 200 peserta warga KPKK dan agensi

swasta. Ceramah disampaikan oleh Encik Ishal Ismail dan

Encik Nor Effendi yang memberi pengetahuan tentang asasasas

IPTV di Malaysia.

b. Bicara Eksekutif “Sepetang Bersama Angkasawan Negara”

pada 17 Mei 2012 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR dihadiri

300 orang peserta warga KPKK dan agensi swasta. Dato’ Dr.

Sheikh Muszaphar Shukor dalam ceramahnya menyentuh

tentang pengalaman beliau sebagai angkasawan dan

bagaimana untuk berjaya mencapai kecemerlangan secara

individu dan untuk organisasi.

c. Bicara Eksekutif “Dari Mata Turun ke Hati” bersama Prof. Dr

Muhaya Muhammad pada 6 Jun 2012 di Dewan Cendekiawan,

IPPTAR dihadiri 243 peserta warga KPKK dan agensi swasta.

Prof. Dr. Muhaya Muhammad dalam ceramahnya menyentuh

tentang konsep ikhlas dalam bekerja, menerapkan ciri-ciri

amanah, menjaga imej organisasi dan semangat bekerja

sebagai satu pasukan.

d. Wacana Ilmu bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu”

disampaikan oleh Prof. Dr.Teo Kok Seong dari Institut Alam

dan Tamadun Melayu (ATMA) pada 28 Jun 2012 di Dewan

Cendekiawan, IPPTAR dihadiri 203 peserta. Program khas

ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan

warga KPKK sebagai usaha memperkasakan serta menanam

semangat cinta kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Dalam usaha melatih kakitangan KPKK, IPPTAR mengadakan

Kajian Keperluan Kursus (TNA) setiap tahun dengan jabatan

dan agensi dalam KPKK untuk memenuhi keperluan kursus di

jabatan masing-masing.

14 | BULETIN IPPTAR 2012

Kursus Digital Audio

Broadcasting PKTM 2012

Disediakan oleh : Hj. Saaban Mohd Nor

Selepas sepi setahun tanpa kursus PKTM pada tahun 2011,

Program Kerjasama Teknikal Malaysia kembali aktif di

IPPTAR untuk tahun 2012. Unit Latihan Kejuruteraan

Radio sekali lagi diberi mandat untuk melaksanakan kursus

Digital Audio Broadcasting, anjuran bersama Kementerian Luar

Negeri dan IPPTAR. Program kali ini khas untuk para penyiar

dari National Broadcasting Company of Papua New Guinea

(NBC). Lapan peserta dari Papua New Guinea dan dua peserta

Malaysia mengikuti kursus tersebut bermula dari 11 Jun hingga

7 Julai 2012. Peserta daripada Papua New Guinea ialah Mr.

Sillion Ubimo, Mr. Whitlam Wanai, Mr. Jonathan Geno George,

Mr. Seloka Lewangu, Mr. Tiapo Enavera, Mr. George Mare

Benjamin Vuvut, Mr. Kenny Eric Papiwen, En. Maxwell Kaingi

dan dari Malaysia En. Dzool Hilmi Johari dan En. Amri Ismail.

Peserta tiba pada hari Sabtu 9 Jun 2012 dan disambut di

Balai Ketibaan Lapangan Terbang KLIA sebelum dibawa ke

Asrama Seri IPPTAR menaiki bas IPPTAR. Majlis taklimat dan

pendaftaran kursus dikelolakan oleh Tn. Hj. Shaaban Mohd Nor

selaku Pengurus Program PKTM 2012 di Asrama Seri IPPTAR

pada Ahad 10 Jun 2012. Selepas taklimat peserta dibawa ke

sekitar Kuala Lumpur untuk sesi penyesuaian diri dengan sistem

pengangkutan awam seperti bas, komuter dan LRT. Pada Isnin

BULETIN IPPTAR 2012 | 15

11 Jun 2012 berlangsung majlis Perasmian Kursus PKTM 2012,

lawatan sekitar kompleks IPPTAR dan Wisma Radio

Selama empat minggu mereka berada di sini, pelbagai

program diatur selain menghadiri kuliah dan latihan amali.

Lawatan ke Putrajaya dan Melaka dilaksanakan bagi mengisi

masa lapang pada hujung minggu. Lawatan kerja sambil belajar

ke Pusat Siaran Digital dan Siaran Luar RTM, dan Menara Kuala

Lumpur juga turut diadakan.

Majlis penutup menandakan tamatnya kursus dan

penyampaian sijil PKTM 2012 diadakan di Dewan Cendekiawan

pada Jumaat 6 Julai 2012 pukul 8 malam. Majlis makan malam

yang diserikan dengan persembahan nyanyian oleh para peserta

kursus turut dihadiri oleh wakil Kementerian Luar Negeri

Ms Delfina Jane Aloysius Dris dan Ms Rupa Karo, Setiausaha

Pertama Kedutaan Papua New Guinea. Para peserta berangkat

pulang pada 7 Julai 2012.

16 | BULETIN IPPTAR 2012

Warga IPPTAR dan

Sambutan Ramadan

Disediakan oleh : Zabedah Ibrahim

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini,

Badan Kebajikan IPPTAR menganjurkan satu majlis

berbuka puasa bersama warga IPPTAR serta keluarga

masing-masing. Majlis diadakan pada hari Jumaat, 27 Julai

2012 bersamaan 7 Ramadan 1433H bertempat di Kafeteria

Asrama Seri IPPTAR.

Alhamdulillah majlis yang dianjurkan berlangsung dengan

jayanya dan turut hadir ialah Pengarah IPPTAR, Dato’ Adilah

Shek Omar berserta suami. Kehadiran anak-anak warga kerja

dengan keletah masing-masing turut menyerikan suasana

berbuka puasa dan bersama menjamu selera dengan pelbagai

juadah yang disediakan.

Diharapkan majlis berbuka puasa sebegini dapat mengeratkan

silaturrahim antara keluarga warga IPPTAR. Terima kasih juga

kepada muslimin dan muslimat yang telah menyumbang untuk

menjayakan majlis berbuka puasa ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a., Nabi Muhammad

SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka)

kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala

seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang

berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa

akan datang.

Tahsin Solat

Syukur ke hadrat Allah Taala untuk pengisian Ramadan 1433H

ini, IPPTAR menganjurkan kursus Tahsin Solat (pembaikan

solat) khusus untuk warga kerja. Kursus ini berlangsung pada

27 Julai 2012 bertempat di Dewan Cendekiawan, IPPTAR dan

dihadiri muslimin dan muslimat warga IPPTAR.

IPPTAR berbesar hati mengundang Ustaz Ahmad Husni Abd.

Rahman, Eksekutif Zakat, Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur

untuk mengendalikan kursus tersebut yang bermula sejak 9.00

pagi hingga 12.30 tengah hari. Sepanjang kursus berlangsung

Kecelakaanlah bagi orang

yang solat, iaitu orang yang

lalai daripada solatnya.

(al-Ma’un: 4-5).

warga kerja memberi sepenuh perhatian dan komitmen yang

amat baik. IPPTAR juga mengucapkan terima kasih kepada

Encik Mustafa Sirol yang memberi kerjasama untuk menjadi

model kursus ini.

Selama 3 jam peserta kursus diajar cara solat berdasarkan

kitab fiqh mengikut Mazhab Sha’fie dan mendedahkan kesilapan

yang sering dilakukan ketika mengerjakan solat. Semoga dengan

ilmu yang ditimba daripada kursus Tahsin Solat ini warga

IPPTAR dapat memperbaiki cara solat dan memastikan rukun

solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Renungilah firman Allah dalam al-Quran : Kecelakaanlah

bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada

solatnya. (al-Ma’un: 4-5).

Dianjurkan juga agar warga kerja IPPTAR sentiasa berusaha

menambah ilmu khususnya untuk memantapkan solat yang kita

kerjakan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Mana-mana

muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang

diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang

baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga

dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan

kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu,

selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

Riwayat Muslim

BULETIN IPPTAR 2012 | 17

Walk Run Fly

- Sumbangan Bahagian

Latihan Teras

Disediakan oleh : Fazilatun Zahura Ya’amah

Kemahiran kepimpinan memainkan peranan yang

penting dalam mentadbir sesebuah organisasi. Ia

melibatkan kemahiran merancang untuk organisasi,

mengurus, kemahiran membuat keputusan yang tepat,

mengawal dan melaksanakan tadbir urus kewangan organisasi,

kemahiran berfikir di ‘luar kotak’ dan sebagainya. Kesemua

elemen ini memerlukan pengurus atau penyelia organisasi yang

mempunyai komitmen yang tinggi, proaktif, pengetahuan dan

latihan yang mantap untuk membawa sesebuah organisasi ke

mercu kejayaan.

Sejajar dengan perkembangan globalisasi di seluruh dunia

kini, negara perlu menyusun strategi khusus agar dilihat tidak

ketinggalan daripada mengejar arus kemajuan. Justeru, Gagasan

1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk

Seri Mohd Najib Tun Razak, berteraskan “Rakyat didahulukan,

Pencapaian diutamakan’.

Seiring dengan pelaksanaan gagasan ini, IPPTAR turut

mengadakan Bengkel Kemahiran Kepimpinan Walk, Run and

Fly. Bengkel ini diadakan pada 24 hingga 26 April 2012 untuk

memantapkan kemahiran pengurus-pengurus dan pegawaipegawai

kanan dalam Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan (KPKK). Ia dikendalikan oleh dua penceramah

profesional dan berwibawa iaitu Dr. Karl Wagner (dari Jerman)

dan Cik Claire Keow dari Smart Trends Enterprise. Seramai tiga

puluh tiga (33) peserta menghadiri dalam bengkel ini.

Bengkel selama tiga hari ini, mendedahkan peserta kepada

Profil DISC (Domain, Pengaruh, Stabil dan Patuh), “walk” pula

bertindak sebagai pendekatan dan cabaran yang dilalui oleh

peserta, “ run” merupakan antara elemen untuk peningkatan

diri seperti pemikiran yang positif, dan “fly” pula menyasarkan

transformasi, iaitu setelah para peserta memahami cabaran

yang dihadapi serta memperoleh motivasi yang positif maka baru

transformasi diri akan berlaku. Ini penting untuk mewujudkan

pelan tindakan, sistem, pengetahuan dan kemahiran dalam

memacu organisasi ke arah visi dan misi yang diingini.

18 | BULETIN IPPTAR 2012

Kreativiti menjadi Fokus

Aktiviti bahagian Latihan Radio

Kreativiti dalam

Penerbitan Drama

Disediakan oleh : Norziha Hamsah

PENCERAMAH : AZIZ M. OSMAN

“Bengkel kreativiti dalam penerbitan drama radio satu bengkel

yang bagus. Kepakaran saya mungkin bukan pada radio cuma

perkongsian ilmu terutama dari kesan bunyi mempunyai

banyak persamaan dalam penerbitan drama radio. Kreativiti

amat penting kerana tanpa kreativiti ibarat mendengar

drama radio yang sangat naif. Zaman berubah dengan pantas

dan kecanggihan teknologi seharusnya diaplikasikan dalam

penerbitan drama radio”.

Kreatif dalam berkarya akan menjadikan naskhah

drama lebih menarik berbanding drama yang tidak

ada elemen kreativiti.

Bertempat di Dewan Harmoni, IPPTAR satu bengkel kreativiti

dalam penerbitan drama radio diadakan selama tiga hari

bermula dari 5 hingga 7 Jun 2012. Bengkel selama tiga hari telah

dilaksanakan dengan jayanya oleh dua pengarah berpengalaman

luas iaitu Encik Lokman Ghani dan Encik Aziz M. Osman. Hari

pertama peserta didedahkan kepada hala tuju drama radio masa

kini. Stesen radio masa kini sangat banyak dan pastinya wujud

cabaran untuk memberi yang terbaik kepada pendengar supaya

stesen radio mereka menjadi pilihan pendengar. Peserta terdiri

daripada penerbit rancangan dan ada yang pernah menerbitkan

drama nampaknya memahami mesej daripada tajuk tersebut.

Elemen dalam penerbitan drama radio sangat penting agar

drama tersebut “cukup rempah dan garam”. Drama radio berbeza

daripada TV yang khalayak boleh melihat gerak pelakon drama

tersebut dan melihat wajah pelakon, sedangkan pelakon radio

perlu kekuatan suara, pandai melenggokkan suara mengikut

emosi watak agar pendengar dapat merasai dan dekat dengan

watak tersebut. Penerbit juga perlu faham naskhah skrip drama

radio yang ingin mereka terbitkan supaya mesej drama radio

tersebut dapat disampaikan dengan jelas.

Perspektif audio dalam drama radio disampaikan oleh Aziz

M. Osman sangat mengujakan. Beliau mempunyai pengalaman

luas dalam penerbitan filem dan sedikit sebanyak pengalaman

tersebut dapat dikongsi bersama peserta yang rata-rata memang

berbangga dapat bertukar-tukar pandangan dengan beliau.

Hari ketiga peserta membuat tugasan menerbitkan drama

mereka sendiri dan diperdengarkan untuk penilaian. Ada peserta

yang ketawa dan senyum sendiri mendengar drama yang mereka

terbitkan. Nyata bakat sudah ada cuma perlu digilap untuk

setanding dengan pelakon drama yang hebat . Bengkel selama

tiga hari ini memberi petunjuk bahawa kreativiti sangat penting

kerana tanpa kreativiti drama akan menjadi sangat hambar.

BULETIN IPPTAR 2012 | 19

Kreativiti Menjadi Fokus

Aktiviti Bahagian Latihan Radio

Penyampaian Kreatif

Disediakan oleh : Norziha Hamsah

Merancang dengan kreatif? Perlukah kita kreatif dalam

merancang ? Bagaimana pula hendak memasarkan

diri dengan lebih kreatif?. Soalan ini telah pun

dijawab semasa Bengkel Perancangan Kreatif yang diadakan di

Dewan Cendekiawan pada 9 dan 10 Julai 2012.

Ada orang mempunyai banyak maklumat tetapi dia tidak

pandai menyampaikan maklumat tersebut dengan baik.

Akibatnya maklumat tersebut mungkin disalahertikan dan yang

paling teruk maklumat tersebut salah sama sekali.

Tuan Hj. Fadzli Yusof dari Global Genius mengenalkan

kemahiran menganalisis situasi berdasarkan suasana tempat

kerja, tugas, tanggungjawab dan personaliti warga kerja kepada

peserta kursus. selain itu peserta kursus juga belajar mencipta

lebih banyak idea yang kreatif dan cara-cara melaksanakan

keputusan yang dibuat. Pengalaman Tuan Hj. Fadzli Yusof

dalam bidang guaman dan motivasi menjadikan bengkel ini

Apa Kata Peserta?

sangat menyeronokkan. Peserta diberi aktiviti berkumpulan dan

diberi tugasan seperti “enam topi berfikir”. Dalam tugasan enam

topi berfikir ini peserta dilatih untuk mengeluarkan idea yang

bertentangan dan belajar menganalisisnya mengikut fikiran

serius,gila-gila,positif, negatif,emosi dan sebagainya.

Peserta juga didedahkan kepada kaedah memprovokasi

minda supaya dapat mengeluarkan idea-idea baru yang segar

dan lari daripada kebiasaan. Latihan gabung, buang dan tambah

dapat mengarahkan minda agar lebih provokatif. Semua peserta

bengkel ini sangat berpuas hati dan ramai yang memberi respons

yang sangat positif.

“Ada perkara yang kamu benci tetapi ia baik untuk kamu, dan

ada perkara yang kamu suka tetapi tidak baik untuk kamu”. Itu

kata-kata Tuan Hj. Fadzli Yusof selepas tamat bengkel ini yang

memberi pengertian mendalam kepada peserta semua.

MULIAMEE BINTI AHMAD

(RTM SRI AMAN)

“Sangat bagus. Perlu dipanjangkan

waktu bengkel agar lebih banyak

aura kreatif dilahirkan”.

HARDI ZAKARIA BIN KASSIM

(ASYIK fm)

“Kursus yang tidak membosankan.

Penuh dengan kreativiti. Ternyata

penyampaian yang kreatif mampu

membangkitkan suasana kerja

yang sangat menyeronokkan”.

YASSIN KASSIM

“Kelebihan bengkel ini ialah apabila

elemen alam sekeliling sering dijadikan

perlambangan kepada para peserta

membuatkan saya rasa sangat dekat

dengan kawan peserta lain. Penceramah

berjaya mewujudkan suasana yang sangat

kreatif. Bengkel ini sangat berguna bagi

penyampai radio seperti saya”.

MOHD SHAFIQ AZRUL MOHD

ZAFRI (RTM N. SEMBILAN )

“Satu perkataan yang paling tepat

bagi menggambarkan bengkel

penyampaian kreatif yang diadakan

pada 23 dan 24 April di IPPTAR

ini ialah perkataan TERBAIK. Kali

pertama menghadiri kursus seperti

ini. Kandungan dan cara penyampaian

kreatif bersesuaian dengan tajuk

bengkel ini”.

KATY A/P BAH TAKOI

(ASYIK fm)

“Satu perkataan untuk

kursus ini ialah MELETUP.

Masa untuk bengkel perlu

dipanjangkan lagi. Dua hari

tidak cukup”.

20 | BULETIN IPPTAR 2012

Kursus Kamera Tunggal

Terus Menjadi Pilihan Ramai -

Aktiviti Bahagian Latihan TV

Disediakan oleh : Siti Hawa

“Puan, saya fikir dalam

kursus ini, projeknya kita

buat secara berkumpulan,

tapi…sebaliknya kami

kena buat sendiri-sendiri.

Macam mana ni… kami

tak pernah pun buat

penerbitan rancangan…”

Begitulah antara keluhan ikhlas yang lahir daripada hati

beberapa orang peserta Kursus Penerbitan Kamera

Tunggal – Dokumentari yang telah pun berlangsung

selama dua minggu, bermula pada 2 hingga 13 Julai 2012 yang

lalu. Maklumlah, untuk pertama kalinya, IPPTAR turut memberi

peluang kepada peserta daripada bahagian visual (jurukamera)

dan kejuruteraan (pengadun visual) menghadiri kursus ini.

Sudah pasti kursus ini memberi cabaran yang besar kepada

mereka.

Kursus ini bertujuan untuk mempertingkat kemahiran

dan keupayaan peserta tentang pengembangan idea dalam

menghasilkan konsep, format dan treatment program

dokumentari mengikut perkembangan semasa. Melalui kursus

ini juga peserta dapat membina disiplin, semangat kerja

berpasukan yang tinggi, lebih berkeyakinan dan profesional

semasa menerbitkan program.

Dua minggu bukanlah satu jangka masa yang mencukupi

untuk melahirkan penerbit yang benar-benar berkualiti dan

kreatif. Yang penting dalam kursus ini ialah peserta diberi

pendedahan tentang tatacara menghasilkan dokumentari yang

baik.

Untuk projek amali, setiap peserta perlu menerbitkan satu

dokumentari 30 minit dengan tajuk yang pilihan sendiri. Bagi

mereka yang tidak pernah menghasilkan sebarang rancangan,

tentulah mereka mempunyai masalah besar terutama dalam

menyediakan skrip. Namun atas bimbingan tenaga pengajar

yang prihatin, Encik Mohd Zaki Rahim akhirnya peserta dapat

menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sebelum peserta diberi sijil sebagai tanda bahawa mereka

berjaya menamatkan kursus ini, saat-saat yang paling ditunggu

ialah penilaian hasil kerja projek mereka oleh tenaga pengajar.

Dokumentari bertajuk “Pelangi Chow Kit” terbitan Encik Azmi

S. Abdul, seorang jurukamera dari Filem Negara Malaysia dipilih

sebagai projek terbaik.

Encik Azmi membuktikan bahawa walaupun beliau

bukan seorang penerbit, namun jika kita mempunyai minat,

kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi, segala masalah pasti

dapat diatasi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!