01.12.2014 Views

BAB 1 TEKNOLOGI PENDIDIKAN - Portal Sumber Pendidikan

BAB 1 TEKNOLOGI PENDIDIKAN - Portal Sumber Pendidikan

BAB 1 TEKNOLOGI PENDIDIKAN - Portal Sumber Pendidikan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 1

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha

memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi

aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber

manusia untuk P&P

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan

sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan

mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan

menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru

perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan

supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk

meningkatkan keberkesanan P&P.

1.2 DEFINISI

• Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan

teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

• Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat

untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi

penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi

yang berkaitan (Roblyer, 2003).

• Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang

praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P

melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses

teknologi yang sesuai (AECT, 2004).

1.3 PRINSIP TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN (P&P)

• Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid

menjalani proses P&P dengan lebih berkesan.

• Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat,

iaitu:

o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana

mengaitkannya dengan topik yang diajar

o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspekaspek

penting yang dapat membantu proses P&P

o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan

pengukuhan

• Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik

dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal

bilik darjah

• Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan

peringkat perkembangan P&P

• Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk

mengoptimum P&P

1.4 CIRI-CIRI TEKNOLOGI PENDIDIKAN YANG BERKESAN

• Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi

kandungan pelajaran

• Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

• Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid

• Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

1.5 KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

• Melancarkan proses P&P

• Menjimatkan masa, tenaga dan kos

• Mengekalkan minat dan perhatian murid

• Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep

yang diajar

• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep

dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas

• Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

• Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

• Memperkayakan pengalaman murid

1.6 SUMBER PENDIDIKAN

Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk

menyokong dan meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan

dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih

mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang

dipelajari.

Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan

bukan cetak seperti yang tertera dalam rajah berikut:

SUMBER

PENDIDIKAN

MEDIA CETAK

MEDIA BUKAN CETAK

Buku

Bahan Visual

Bukan Tayang

Bahan

Visual

Bahan

Audio

Bahan

Audio Visual

Bahan

Komputer

Bahan

3D

Permainan &

Simulasi

Penerbitan

Berkala

Bahan

Bahan

Bantuan

Pembelajaran

Poster

Carta

Gambar

Foto

Transparensi

Slaid

Rujukan

Radio

Pita

Rakaman

TV

ACD/VCD/

DVD/ CDRI

/ Pita Video

Filem

Aneka

Media

PBK

Realia

Model

Diorama

Rajah 1: Pengelasan Sumber Pendidikan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!