Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti - UTHM Library - Universiti ...

lms.uthm.edu.my

Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti - UTHM Library - Universiti ...

BPERPUSTAKAAN

ULETIN

BIL.4 / 2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/m_buletin.jsp

BERSAMA PENGARANG

Mohd. Farhan bin Md. Fudzee

SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Hubungan antara Motivasi dan Pencapaian

BAHAN TERKINI

3ds max animation with biped

ARTIKEL PILIHAN

Membelek buku di Google Book Search

KOLEKSI

Koleksi Jurnal Elektronik di Perpustakaan UTHM

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan OECD Economic Surveys

TIP

Carian Maklumat Menggunakan OECD Economic Surveys

KEMUDAHAN

Perbezaan Antara Kemudahan Loker Berkunci dan Loker Terbuka

ETIKA PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Etika Penggunaan Bilik Bacaan Ringan

FOKUS

Dunia Animasi Tingkat

Daya Kreativiti


Tinta Ketua Pengarang

Alhamdulillah... bagi pihak Sidang Redaksi Buletin Perpustakaan,

kami ingin melafazkan kesyukuran kehadrat

Ilahi kerana akhirnya kami berjaya menyiapkan buletin

yang terakhir untuk tahun 2007. Walaupun sibuk

dengan kerja hakiki masing-masing, akhirnya Buletin

Perpustakaan Bil.4/2007 berjaya diterbitkan. Buletin

Perpustakaan 2007 diakhiri dengan satu topik yang

kami percaya cukup menarik perhatian semua golongan

sama ada kanak-kanak, remaja dan dewasa alaf ini

iaitu “animasi”. Boleh dikatakan kebanyakan kita suka

menonton rancangan yang berbentuk hiburan dan

santai setelah seharian sibuk menjalankan tugasan

harian. Oleh itu, saluran 611 (Astro Ceria) sebagai contoh,

sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk menyaksikan

watak-watak kartun dan animasi yang pastinya

menghiburkan anda seisi keluarga. Untuk keluaran ini,

kami perkenalkan salah seorang daripada tenaga pakar

dalam bidang animasi di Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) iaitu Saudara Mohd. Farhan bin Md.

Fudzee. Beliau adalah seorang pensyarah dari Fakulti

Teknologi Maklumat & Multimedia. Beliau mempunyai

pengalaman dan pendedahan yang meluas dalam bidang

ini yang semakin diiktiraf di arena antarabangsa

berdasarkan projek-projek yang dijalankan dan juga

anugerah yang diterima sehingga kini. Kami juga turut

paparkan senarai bahan terkini yang boleh dirujuk

untuk mengasah bakat dan kreativiti anda dalam bidang

animasi. Selain itu, jangan lupa dapatkan informasi

mengenai perkhidmatan jurnal elektronik terkini

iaitu OECD Economic Surveys, juga topik-topik lain

yang disadurkan dalam kolum-kolum tertentu dalam

buletin ini.

mukasurat

03

04

05

06

07

07

07

08

KANDUNGAN

Bil. 4 / 2007

FOKUS

Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti

BERSAMA PENGARANG

Mohd. Farhan bin Md. Fudzee

SUDUT PEMBANGUNAN DIRI

Hubungan antara Motivasi dan Pencapaian

SOROTAN PERISTIWA

Kemeriahan Majlis Jamuan Hari Raya Kelab Pustaka

2007

Perpustakaan UTHM Terima Staf Baru : Pustakawan &

Pembantu Perpustakaan

Perpustakaan Angkat Terima Sumbangan Ikhlas daripada

Pihak Perpustakaan UTHM

Lawatan Kerja dan Sambil Belajar dari Sek. Keb. Tunku

Mahmood (1), Kluang dan Kolej Kejururawatan, Johor

Bahru

BAHAN TERKINI

3ds max animation with biped

08

ARTIKEL PILIHAN

Membelek buku di Google Book Search

SIDANG REDAKSI 2007

PENASIHAT

Zulkiply Yahyin

KETUA PENGARANG

Norhaslini Abd. Alim

PENGARANG

Suhaimi Mohd. Sukor

Siti Afifah Che Ismail

Hisyam Abd. Shukor

Faizul Sahari

Md. Hafiz Abu Bakar

Sabri Sarbini

Mat Roslan Maseral

Sabarina Che Mat

10

10

11

12

12

KOLEKSI

Koleksi Jurnal Elektronik di Perpustakaan UTHM

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan OECD Economic Surveys

TIP

Carian Maklumat Menggunakan OECD Economic Surveys

KEMUDAHAN

Perbezaan Antara Kemudahan Loker Berkunci dan Loker

Terbuka

ETIKA PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Etika Penggunaan Bilik Bacaan Ringan

REKABENTUK/GRAFIK

Muhamad Saufi Che Rusuli


F

Dunia

Animasi Tingkat Daya Kreativiti

OKUS

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

Sejak akhir-akhir ini, kita disajikan dengan pelbagai filem atau siri animasi yang dikeluarkan oleh studio tempatan

untuk tontonan anda sekeluarga di masa lapang. Putih, Usop Sontorian, Upin & Ipin, Keluang Man dan Kampong Boy

adalah antara karektor yang diilhamkan oleh beberapa orang kartunis dan pakar animasi tempatan yang mampu melonjakkan

dunia animasi tempatan di arena antarabangsa. Ia telah menyerlahkan kemampuan idea kreatif dan inovatif pakar animasi

tempatan yang mungkin akan setanding dengan Walter Disney yang popular dengan watak Mickey Mouse dan Donald Duck

(pengasas Walt Disney Pictures) pada masa akan datang. Filem animasi Saladin sebagai contoh, telah berjaya membuka mata

dunia tentang kepakaran Malaysia dalam bidang ini apabila filem yang dihasilkan oleh Multimedia Development Corporation

(MDec) telah berjaya menggondol hadiah Tokyo Big Sight Award di Pesta Anime Antarabangsa Tokyo 2007. Dilampirkan di sini

antara koleksi bahan perpustakaan yang berkaitan dengan bidang animasi yang boleh dijadikan rujukan bagi projek-projek

animasi yang akan dilaksanakan.

1. 3D modeling / TR897.7 .T48 2004

2. 3DS max 6 for windows / Michele Matossian / TR897.7 .M37 2004

3. Animasi 3D : asas membina model dan teknik animasi / Sharkawi Che Din / TR897.7 .S52 2006

4. Animation : the mechanics of motion / Chris Webster / TR897.5 .W42 2005

5. Animation in the home digital studio : creation to distribution / Steven Subotnick / TR897.7 .S92 2003

6. Digital 3D design / Simon Danaher / T385 .D36 2004

7. Digital filmmaking for teens / Pete Shaner, Gerald Everett Jones / TR899 .S52 2005

8. Exploring flash MX 2004 / James L. Mohler / TR897.7 .M63 2004

9. Flash MX 2004 : graphics, animation and interactivity / James L. Mohler / TR897.7 .M66 2004

10. Flash MX complete course / William B. Sanders / TR897.7 .S26 2003

11. Hollywood 2D digital animation : the new flash production revolution / Sandro Corsaro and Clifford J. Parrott; foreword

by Richard M. Sherman / TR897.7 .C67 2004

12. How to wow with Flash / Colin Smith / TR897.7 .S64 2007

13. Macromedia flash MX : complete design professional / Jim Lindsay, Piyush Patel and Jim Shuman / TR897.7 .L56 2003

14. Macromedia flash MX 2004 : fast and easy web development / Lisa A. Bucki / TR897.7 .B82 2004

15. Master visually dreamweaver 8 and flash 8 / Denise Etheridge and Janet Valade / TK5105.8885.D74 .E83 2006

16. Motion / Damian Allen / TR897.7 .A44 2005

17. Motion graphic design and fine art animation : principles and practice / Jon Krasner / TR897.5 .K72 2004

18. Stop motion : craft skills for model animation / Susannah Shaw / TR897.5 .S52 2004

19. The Focal easy guide to discreet combustion 3 : for new users and professionals / Gary M. Davis / TR897.7 .D38 2004

20. Understanding Flash MX 2004 ActionScript 2 : basic techniques for creatives / Alex Michael / TR897.7 .M52 2004

mukasurat 03


B

Mohd. Farhan bin Md. Fudzee

ERSAMA PENGARANG

Disediakan Oleh: Siti Afifah Che Ismail

Animasi secara umumnya seringkali dikaitkan dengan elemen-elemen kemahiran,

kreativiti, serta gabungan konsep dan idea yang dibangunkan melalui teknologi

multimedia, 2D dan 3D, selain penghasilan sesuatu yang bersifat hidup dan mempesonakan. Gerakan-gerakan

yang lebih gemalai yang tercetus daripada perkembangan teknologi animasi masa kini

memperlihatkan betapa besarnya potensi bidang ini sehingga turut diaplikasikan secara meluas

dalam industri filem dan pengiklanan, malah teknologi pendidikan juga.

Lantaran itu, Bersama Pengarang kali ini memperkenalkan saudara Mohd. Farhan Md. Fudzee, pensyarah

Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, universiti ini, yang terlibat aktif dalam bidang multimedia, khususnya animasi.

Pada masa sekarang, saudara Mohd. Farhan yang berkelulusan Sarjana dan Sarjana Muda Sains Teknologi Maklumat, UiTM

serta memiliki Diploma Sains Komputer UTM ini adalah Ketua Panel Multimedia, Jabatan Sistem Maklumat, FTMM sejak Mei

2006. Sebelum berkhidmat di UTHM, beliau pernah bekerja sebagai pengaturcara dan juruanalisis sistem, selain menjadi pensyarah

Sains Komputer di Kolej Legenda, Mantin. Semasa bergelar mahasiswa, beliau turut aktif bersama Persatuan Pelajar Kelab

IT UiTM dan UTM Kuala Lumpur, dan terlibat dalam penerbitan CD Interaktif beranimasi. Maka, tidak hairanlah apabila beliau

juga turut menganggotai badan-badan profesional seperti IEEE (Technical Committee of Multimedia Computing dan Visualization

& Graphics Technical Committee, Computer Society, IEEE), serta Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM).

Penerima Anugerah Pengajaran & Pembelajaran UTHM 2006 dan juga Penasihat Rakan Animasi, Kelab IT, UTHM ini kerap terlibat

dalam penulisan kertas kerja berkaitan multimedia di peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya, E-Abacus: Visualizing

Mental Arithmetic dan Learning VB 6 Programming using CD Interactive di UiTM, International Conference on E-Learning, Video on

Demand (VoD) for Mobile Devices di 1st International Malaysia Educational Technology Conference, Pembangunan Kandungan

Pembelajaran Asas Pecahan di Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-19, Enhancement of Understanding in Mathematics Using

CD Interative-Collaborative Model di Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-18, serta Developing VoD for Supporting Teaching and

Learning at FTMM di South East Asia Association of Institute Research Conference. Antara projek animasi dan multimedia yang

pernah mendapat sentuhan beliau termasuklah Abakus Elektronik, CD Interaktif Asas Pecahan, CD Tour Guide Tanjung Piai, CD

Interaktif “Have Fun with ABC”, Permainan 3D berkonsepkan FPS (First Shooter Perspective) dan Kandungan Pengajaran Macromedia

Flash. Selain itu, beliau pernah dianugerahkan pingat emas dan perak melalui projek E-Abacus dan VoD for Mobile Devices

semasa Research & Innovation Festival (RI Fest 07) yang berlangsung di UTHM. Penglibatan beliau dalam beberapa pameran dan

pertandingan multimedia yang lain di UTHM juga jelas memperlihatkan kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap

bidang ini.

Bagi menjana kreativiti dan sinergi multimedia, beliau juga bergiat aktif dalam sukan profesional dan merupakan penyelam

scuba bagi National Association of Underwater Instructors (NAUI) serta pernah menyertai pelayaran 114/96, Kapal Layar Diraja

Tunas Samudera, Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam kesibukan rutin harian, beliau sempat bersama penulis lain membangunkan “e-Modul Teknologi Multimedia, FTMM”,

Modul Teknologi Multimedia dan buku “Kuasai PHP dan MySQL dengan Mudah: Langkah demi langkah” yang dijangka diterbitkan

tidak lama lagi, selain turut menyumbang dalam penghasilan Compilation of Papers 2006, FTMM, terbitan Penerbit UTHM

dan artikel di dalam jurnal Public Sector ICT Management Review Vol.1 No.2: Electronic Delivery Services. Pada masa ini, beliau sedang

menjalankan 3 geran penyelidikan, antaranya ialah Video Summarization for Generating Video Abstract dan telah melengkapkan

1 geran penyelidikan bertajuk Developing VoD System for Supporting Teaching and Learning at FTMM .

mukasurat 04

Saudara Mohd. Farhan secara tegasnya menyuarakan betapa besarnya faedah aplikasi animasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, khususnya untuk menerangkan sesuatu aspek yang kompleks dan sukar difahami. Ini kerana, interaktiviti yang

ditonjolkan melalui imej-imej yang bergerak, sama ada imej maya atau imej nyata berupaya meningkatkan kefahaman dan

minat pelajar terhadap sesuatu topik. Justeru, kepesatan industri ini sewajarnya terus dirancakkan oleh semua pihak agar pembangunan

industri kandungan digital negara dapat dipertingkatkan, seterusnya meletakkan nama Malaysia setaraf dengan

negara-negara lain dalam industri animasi di peringkat antarabangsa.


S

Hubungan antara Motivasi dan Pencapaian

UDUT PEMBANGUNAN DIRI

Disediakan Oleh: Suhaimi Mohd. Sukor

“Usaha tangga kejayaan”, “Yang bulat tidak akan datang bergolek,

yang pipih tidak akan datang melayang”, “Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan

dapat sagunya”... adalah antara pepatah Melayu yang sering digunakan bagi melambangkan

kesinambungan antara motivasi dan pencapaian. Dua komponen ini saling

berkait rapat antara satu sama lain yang mana jika kekurangan motivasi, maka pencapaian

atau kejayaaan tidak akan dikecapi sebagaimana yang diidamkan. Dengan

kata lain, kejayaan yang dijulang oleh setiap insan di muka bumi ini pastinya diiringi

dengan semangat yang kental dan motivasi yang tinggi. Berikut adalah antara buku

yang terdapat di Perpustakaan UTHM bagi menghuraikan hubungan antara motivasi

dan pencapaian yang boleh dijadikan panduan kepada semua bagi memacu kejayaan

dalam bidang yang diceburi.

1. Bagaimana hendak mendorong semangat kerja : panduan meningkatkan dedikasi

dan produktiviti orang-orang bawahan / Ainon Mohd. / HF5549.5.M63 .A46 2003

2. Cerita-cerita motivasi untuk usahawan / Mohd Fadzilah Kamsan , Ashadi Zain /

HB615 .M42 2004

3. Don't let others rent space in your head : your guide to living well, overcoming obstacles and winning at everything in life /

Gary Coxe / HF5386 .C69 2006

4. Inspiring leadership : staying afloat in turbulent times / Jane Cranwell-Ward, Andrea Bacon and Rosie Mackie / HD57.7

.C72 2002

5. Keusahawanan dan motivasi diri / Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias / HF5386 .Z34 1997

6. Kuasa dan protokol menuju ke puncak : imej, tindakan, kebijaksanaan untuk kejayaan perniagaan dan sosial / Jeffrey P.

Davidson / HF5386 .D382 2003

7. Membina imaginasi cemerlang / Dr. H. M. Tuah Iskandar / BF723.M56 .H5 2003

8. Mindful challenges towards peak performance / Poh Teck Lim / BF503 .P63 2000

9. Motivasi : memburu kejayaan kebahagian kekayaan / Maznah Hamid / BF503 .M39 1994

10. Motivasi dan pembangunan diri / Abdul Rahman Aziz / BF503 .A73 1997

11. Motivasi diri dan kesabaran asas kejayaan / Alhana Baharun, Ariah Judah / BF503 .A43 2004

12. Motivation and goal-setting : how to set and achieve goals and inspire others / by Jim Cairo / BF503 .C34 1998

13. Motivation and learning strategies for college success : a self-management approach / Myron H. Dembo / LB2343.3

.D45 2004

14. Motivation to learn : from theory to practice / Deborah J. Stipek / LB1065 .S83 1998

15. Parents as mentors : a new perspective on parenting that can change your child's life / Sandra Burt, Linda Perlis / HQ769

.B87 1999

16. Patterns of high performance : discovering the ways people work best / Jerry L Fletcher / HF5549.5.M63 F58 1993

17. Pelajar cemerlang / Sulaiman Masri / LB2343 .S94 1998

18. Personality and work : reconsidering the role of personality in organizations / Murray R. Barrick and Ann Marie Ryan,

editors; foreword by Neal Schmitt / BF698.9.O3 .P47 2003

19. Resipi kejayaan untuk pekerja cemerlang / Ahmad Fadzil Yusof / HF5549.5 .A35 2004

20. Smart things to know about motivation / Donna Deeprose / HF5549.5.M63 .D43 2003

21. Social motivation : understanding children's school adjustment / edited by Jaana Juvonen, Kathryn R. Wentzel / BF723

.M56 .S62 1996

22. Success is a journey : make your life a grand adventure / Brian Tracy / BF637.S8 .T72 1998

mukasurat 05


S

OROTAN PERISTIWA

Kemeriahan Majlis Jamuan Hari Raya Kelab Pustaka 2007

03 November 2007

Persiapan awal dibuat sebelum majlis bermula.

Majlis yang bertempat di rumah Ketua Pustakawan (En. Bharun

Narosid Mat Zin) ini dimulakan dengan bacaan Marhaban.

Semua staf sedang menikmati pelbagai

juadah yang disediakan.

En. Bharun (kiri: berbaju kuning) mengalu-alukan kedatangan

semua staf perpustakaan dan keluarga masing-masing.

mukasurat 06

Tim. Ketua Pustakawan, En. Zulkiply Yahyin (kanan) turut menyampaikan

duit raya sumbangan Kelab Pustaka kepada semua

anak ahli sambil diperhatikan oleh Pengerusi Kelab, En. Md.

Hafiz Abu Bakar (tengah).

Semua yang hadir bergotong-royong mengemaskan semua

lebihan makanan yang dihidangkan dan peralatan yang digunakan

di penghujung majlis.


S

OROTAN PERISTIWA

Selamat Datang Kepada Semua Staf Baru...

PUSTAKAWAN

Dari kiri: Mohd. Khairul Naser Ibrahim, Ahmad Faisal Ishak, Muhamad

Azrul Hisam Salleh dan Syazwani Syamimi Mat Pauzi

PEMBANTU

PERPUSTAKAAN

Dari kiri: Norizan Noorman, Mohammad Shaifulrip Ithnin, Mohd.

Hazrin Abd. Rahman, Asuwat Yazib, Abdul Rahim Mat Radzuan

dan Saliza Jamari

Sumbangan Ikhlas daripada Pihak Perpustakaan UTHM kepada Perpustakaan Angkat

En. Faizul Sahari (kiri) dan En. Md. Hafiz Abu Bakar (kanan) mewakili Perpustakaan UTHM menyampaikan sumbangan berbentuk bahan bacaan

kepada wakil Perpustakaan Angkat (Kg. Parit Surau) iaitu En. Mohd. Taib pada 30 Ogos 2007.

Selamat Datang Kepada Semua Pelawat...

Sek. Keb. Tunku Mahmood (1), Kluang

30 Okt. 2007

Kolej Kejururawatan, Johor Bahru

01 Nov. 2007

mukasurat 07


B

3Ds

max animation with biped

AHAN TERKINI

Disediakan Oleh: Hisyam Abd. Shukor

Title

: 3ds max animation with biped

Author

: Michele Bousquet and Michael McCarthy

Year : 2006

Publisher : Berkeley, A: New Riders

Call No. : TR897.7 .B69 2006

Location : Main Campus Library

Subject

: Computer animation, Computer graphics

AutoDesk 3ds Max is the application of professional animators working in game design and film effects

because of its amazing set of character animation tools. Using this book, each section of 3ds Max

Animation with biped covers different technique for working with Biped Software: Skinning, Footsteps,

Freeform Animation and Combining Motion. Its powerful biped module with pre-link and realistically

constrained skeletons and its suite of motion tools dramatically speeds up the animation process. The authors are accomplishing

3D artist, animator and AutoDesk Certified Trainer. The ease of use in this book will have you animating your own characters

in just a few hours.

A

Membelek

buku di Google Book Search

RTIKEL PILIHAN

Disunting Oleh: Md. Hafiz Abu Bakar

Judul Majalah

: Dewan kosmik : majalah sains dan teknologi

Pengarang

: Nadiah Mohd. Adnan

No. ISSN : 01286576

Bulan/Tahun : Julai 2007

No. Panggilan : Q4 .D48

Muka Surat : 38 - 39

Penerbit

: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Maklumat Langganan : April 1994 hingga kini

Apakah benar statistik yang menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun Perpustakaan

Negara Malaysia perlu menjalankan kajian terbaru bagi mendapatkan bilangan buku sebenar

yang dibaca oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan

di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Mei lalu, menunjukkan peningkatan ketara pengunjung berbanding dengan

tahun-tahun sebelumnya. Walaupun lebih sejuta orang yang mengunjungi pesta itu bukannya membeli buku, sekurangkurangnya

mereka berminat membelek buku bagi mengetahui isi kandungan buku yang dipegang.

Itu adalah cara konvensional bagi membeli buku, iaitu dengan meneliti kulit hadapan, membaca ringkasan penerbit pada kulit

belakang, membaca senarai kandungan dan sebahagian daripada isi buku sebelum membuat pembelian. Namun demikian,

kemudahan internet yang kini berada di mana-mana sahaja, pencandu buku (biblioholic) atau bakal pembeli buku hanya perlu

taip books.google.com di enjin carian internet, kemudian menaip judul buku pilihan bagi melihat antara isi kandungan buku.

Bagi pengguna di Malaysia, lebih baik sekiranya menaip books.google.com.my di enjin carian.

Tujuan utama Google menubuhkan Google Print sebelum bertukar kepada Google Book Search adalah untuk memudahkan

bakal pembeli buku melakukan amalan yang biasa sebelum membeli buku seperti yang dinyatakan di atas. Cuma Google Book

Search tidak seperti kedai buku yang membalut buku dengan plastik sehingga membatas kepuasan pembaca membelek buku.

Google Book Search percaya semakin banyak helaian yang diselak, semakin tinggi kebarangkalian pembaca mahu membeli

buku itu. Program yang ditawarkan oleh Google Book Search tidak terbatas pada membelek buku sahaja kerana program ini

juga memudahkan pencari buku mendapatkan buku untuk dipinjam dan dirujuk dari mana-mana perpustakaan.

Idea penubuhan Google Book Search bermula daripada pengasas Google, Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan graduan

sains komputer yang melakukan projek penyelidikan dengan kerjasama Stanford Digital Library Technologies Project. Matlamat

projek mereka adalah untuk mencipta perpustakaan secara digital sekali gus mendigitalkan semua buku di seluruh dunia.

Walaupun projek sebegini sudah dilakukan terlebih dahulu oleh Library of Congress’s American Memory Project, Guternberg

Project, The Million Book Project dan Universal Library, pihak Google tetap mahu menjadi yang utama atau peneraju dalam

saingan ini.

mukasurat 08


Usaha Larry dan Sergey sedikit berhasil selepas mereka melancarkan Google Print di Pesta Buku Frankfurt pada tahun 2004

sehingga banyak penerbit berminat menyertai projek ini, antaranya termasuklah Cambridge University Press, McGraw-Hill, Oxford

University Press, Pearson, Penguin, Warner Books dan lain-lain. Setahun kemudian, mereka datang kembali ke Pesta Buku

Frankfurt untuk membuktikan Google Print sudah diterima umum sehingga dapat menjalinkan kerjasama dengan penerbit

dari Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan lain-lain. Walau bagaimanapun, teknologi “tanggungjawab sosial” ini

baru sahaja memasuki rantau ini dengan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama walaupun Indonesia dan Thailand lebih

banyak menerbitkan buku berbanding dengan Malaysia.

Hal ini kerana Google masih dalam proses membangunkan optical character recognition (OCR) untuk huruf Thai. Oleh sebab bahasa

Melayu dan Indonesia menggunakan huruf roman, teknologi OCR Google sudah sedia matang dan tepat. Sekiranya penerbit

bersetuju menjadi “rakan kongsi” dengan Google, semua buku yang dihantar kepada Google akan diimbas dan diindeks

secara lengkap oleh Google secara percuma. Seperti Amazon.com yang ada kemudahan Search Inside, Google Book Search memberikan

empat jenis paparan bagi memudahkan pengguna membaca atau membelek buku, iaitu:

Paparan penuh: Terdiri daripada jenis buku yang menjadi hak milik awam ataupun sudah mendapatkan keizinan daripada

pihak penerbit. Pengguna bukan sahaja boleh membaca buku dari kulit hadapan sehingga kulit belakang, malah dibenarkan

muat turun buku itu.

Paparan terhad: Sekiranya buku yang dibelek itu diterbitkan oleh penerbit yang menyertai program Google Book Search:

pengguna masih tetap boleh membaca sebahagian daripada kandungan buku yang dihadkan. Biasanya dihadkan lima muka

surat bagi setiap bab.

Paparan potongan: Pengguna menaip ayat atau perkataan yang mahu dicari daripada sebarang buku. Hasil yang diberikan

hanya paparan potongan kata kunci ayat atau perkataan yang dicari.

Tiada paparan: Hanya dipaparkan maklumat bibliografi berkenaan buku yang dicari. Walau bagaimanapun, diberikan pautan

laman web kedai buku maya penerbit atau perpustakaan bagi mendapatkan buku itu.

Google Book Search berbeza daripada Amazon.com. Amazon ialah syarikat buku yang menjual buku, manakala Google Book

Search tetap menjalankan aktiviti perniagaan enjin carian, iaitu dengan mempamerkan buku di internet. Di Amazon.com, sekiranya

pembeli mahu membeli buku yang tertera pada laman sawang itu, mereka akan menghantar buku itu. Namun sekiranya ada

orang yang mahu membeli buku yang dipaparkan di Google Book Search, mereka boleh memesan melalui maya kepada Google.

Kemudian Google akan menghantar pesanan itu kepada penerbit yang menerbitkan buku yang dipesan. Maka buku itu akan

dihantar kepada pembeli oleh penerbit sendiri.

Perbezaan lain, pengguna Google Book Search boleh membuat carian dalam kandungan buku yang dibelek kerana Google ialah

syarikat enjin carian. Selain itu, seluruh kandungan buku diindeks atau diimbas menggunakan prototaip pengimbas yang tidak

didedahkan kepada umum. Mungkin mereka menggunakan pengimbas Atiz DIY ataupun pengimbas Robotic Book yang dapat

mengimbas sebanyak 1000 muka surat sejam. Walau bagaimanapun, Google mendakwa mereka mampu mengimbas 3000

buah buku sehari. Keadaan ini berbeza daripada Amazon Search Inside yang hanya mengimbas beberapa muka surat awal buku

itu. Dari segi jual beli, pembaca juga diberikan pilihan bagi mendapatkan buku yang diidamkan. Mereka boleh membeli terus

buku daripada penerbit kerana diberikan pautan laman sawang kedai buku maya penerbit. Pembeli boleh juga memuat turun

daripada Google sekiranya ada akaun dengan Google ataupun sekadar “menyewa” buku itu beberapa hari.

Kehadiran Google Book Search adalah sangat berguna bagi penerbit atau perpustakaan yang mahu memasarkan atau mempromosikan

buku. Kedai Amazon.com tidak menjadi pilihan penerbit luar Amerika Syarikat kerana penerbit perlu menghantar

buku kepada stor Amazon.com di sana. Segala kos penghantaran ditanggung oleh pihak penerbit di samping penerbit perlu

memberikan diskaun kepada Amazon.com. Namun, Google Book Search hanya membantu mempamerkan buku di internet secara

percuma. Margin keuntungan juga lebih rendah sekiranya dibandingkan dengan margin diskaun yang diminta oleh kedai

buku. Misalnya, penerbit tempatan perlu memberikan 30 sehingga 50 peratus diskaun kepada kedai buku. Dengan Google Book

Search, penerbit berkongsi margin keuntungan pada kadar 70 peratus (penerbit), 30 peratus (Google) sahaja tanpa sebarang

diskaun yang diminta oleh Google.

Bagi penerbit yang mahu menyertai program Google Book Search, syaratnya hanya perlu ada minimum 400 judul yang sudah

diterbitkan. Begitu juga dengan syarat bagi perpustakaan yang mahu meletakkan online public access catalog (OPAC) yang lebih

mudah dan mesra pengguna, iaitu minimum koleksi 400 judul.

Sebelum ini, persoalan pertama yang ditanya oleh penulis sebelum menyerahkan manuskrip kepada penerbit, “Adakah pihak

penerbit dapat memasarkan buku saya di MPH, Kinokuniya, Borders dan Popular” Mungkin tidak lama lagi penulis akan bertanya,

“Adakah buku saya dipamerkan dalam Google Book Search”

Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh penerbit mapan di Malaysia seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit universiti

dan perpustakaan awam Malaysia kerana mereka mempunyai lebih daripada 400 judul buku. Semoga dengan teknologi ini,

Bahasa Melayu berpotensi menjadi bahasa global.

mukasurat 09


K

Koleksi Jurnal Elektronik

OLEKSI

Disediakan Oleh: Faizul Sahari

Salah satu daripada koleksi yang terdapat di Perpustakaan UTHM ialah koleksi jurnal elektronik. Ia merupakan

salah satu daripada terbitan bersiri dalam bentuk digital. Oleh yang demikian, koleksi ini boleh diakses oleh pengguna secara

atas talian. Dengan kata lain, koleksi ini boleh diakses melalui skrin komputer di mana-mana lokasi (dalam kawasan kampus sama

ada Kampus Induk atau Kampus Bandar) yang mempunyai rangkaian internet. Antara kelebihannya ialah dari aspek capaiannya

yang lebih mudah dan cepat berbanding jurnal dalam format bercetak. Ia ternyata mampu menampung permintaan pengguna

yang ramai dalam satu masa. Sebagai contoh, jurnal Automation in Construction (Jilid 16, Isu 6 (September 2007)) boleh diakses

oleh beberapa orang pengguna secara serentak. Sehingga Disember 2007, sebanyak 175 judul jurnal elektronik telah dilanggan

oleh pihak Perpustakaan UTHM untuk kegunaan semua pengguna. Disenaraikan di bawah beberapa judul jurnal elektronik

yang telah disediakan untuk memudahkan proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan semua warga UTHM. Sila layari

alamat URL (http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/e_journals.jsp) untuk melihat senarai kesemua jurnal elektronik tersebut.

1. Automation in Construction

2. Coastal Engineering

3. Computer Aided Design

4. Computer Communications

5. Economics of Education Review

6. Engineering Fracture Mechanics

7. Environmental Pollution

8. Human Resource Management International Digest

9. IEEE Signal Processing Magazine

10. IEEE Transactions on Image Processing

11. International Journal for Educational and Vocational

Guidance

12. International Journal of Educational Management

13. Journal of Bridge Engineering

14. Journal of Business Research

15. Journal of Computing and Information Science in Engineering

16. Journal of Engineering for Gas Turbines and Power

17. Journal of Hydraulic Engineering

18. Journal of Hydrologic Engineering

19. Journal of Infrastructure Systems

20. Journal of Materials in Civil Engineering

21. Journal of Organizational Change Management

22. Journal of Performance of Constructed Facilities

23. Journal of Pressure Vessel Technology

24. Journal of Professional Issues in Engineering Education

and Practice

25. Journal of Real Estate Finance and Economics

26. Management Decision

27. Materials Science and Engineering

28. The Electronic Library

29. Water Resources Management

30. World Development

P

OECD Economic Surveys

ERKHIDMATAN

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

Bermula dari bulan November 2007, Perpustakaan UTHM telah melanggan OECD Economic Surveys yang boleh

diakses melalui SourceOECD. SourceOECD merupakan platform kepada semua sumber rujukan yang dihasilkan

oleh Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD) yang terdiri daripada buku, laporan tahunan, kertas

kerja, bahan terbitan bersiri, statistik, pangkalan data dan sebagainya. OECD Economic Surveys merupakan salah satu daripada

bahan terbitan bersiri OECD yang merupakan sumber rujukan kepada agensi kerajaan, bisnes, akademik dan NGO.

OECD Economic Surveys mengandungi ulasan terperinci tentang negara-negara yang merupakan ahli OECD dan beberapa negara

lain yang terpilih. Sekurang-kurangnya sebanyak 18 kajian soal selidik (survey) akan dikeluarkan setiap tahun. Setiap isu

mengandungi analisis mendalam tentang pembangunan sesebuah negara, laporan khas tentang topik semasa dan maklumat

statistik.

mukasurat 10


T

Carian Maklumat : SourceOECD dan OECD Economic Surveys (Online)

IP

Disediakan Oleh: Norhaslini Abd. Alim

Laman web SourceOECD atau OECD Economic

Surveys akan dipaparkan.

Untuk mengakses SourceOECD atau OECD Economic

Surveys (Online), anda perlu melayari laman

web Perpustakaan UTHM (http://lms.uthm.edu.

my/equip/elibrary/home.jsp). Kemudian, klik e-

Journals di ruangan Koleksi Digital.

Anda akan dipaparkan dengan senarai jurnal

elektronik yang dilanggan oleh Perpustakaan

UTHM. Sila klik OECD Economic Surveys.

T IP 1 : Bagaimana Membuat Carian Menggunakan SourceOECD

Untuk membuat carian, anda diberi 3 jenis carian.

Dengan langganan OECD Economic Surveys, pihak

OECD membenarkan anda mengakses secara atas

talian beberapa judul buku (SourceOECD Books),

bahan terbitan bersiri (SourceOECD Periodicals),

bahan rujukan bersiri (SourceOECD Reference Periodicals),

bahan terbitan bersiri berbentuk statistik

(SourceOECD Statistical Periodicals), At a glance

dan kertas kerja (Working Papers). Untuk melihat

senarai judul bahan yang memberi peluang kepada

anda untuk memuat turun teks penuh bahan

tersebut, anda boleh klik Update My Subscription

di ruangan tengah sebelah kanan laman web

OECD.

Klik salah satu butang di sebelah atas untuk membuat carian seksyen tertentu yang mengandungi:

• BOOKS

• PERIODICALS

• STATISTICS

• AT A GLANCE

• WORKING PAPERS

• REFERENCE

Klik Go to menu drop down untuk melihat bahan penerbitan OECD

pilihan.

Masukkan istilah tertentu dalam medan Search untuk membuat

carian cepat bahan penerbitan OECD, yang mana anda boleh tentukan

dalam menu drop down berdekatan. Kemudian, klik butang

GO! di sebelahnya.

ATAU

Klik pautan Advanced Search untuk membuat carian yang lebih spesifik dengan menggunakan

keupayaan kombinasi (Boolean operators) atau pembatasan (limitation).

mukasurat 11


T IP 2 : Bagaimana Membuat Carian Menggunakan OECD Economic Surveys (Online)

Klik Year untuk melihat semua terbitan OECD Economic Surveys mengikut tahun tertentu. Kemudian

klik tahun pilihan.

Anda bebas untuk membuat carian OECD Economic

Surveys menggunakan strategi yang diberikan

di atas atau mengikut tip yang akan diberikan di

bawah.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai kajian soal selidik terkini, sila klik pilihan

yang diberikan di ruangan Latest Surveys.

Sekiranya carian anda adalah berdasarkan negara-negara tertentu, sila klik susunan abjad (A-Z)

mengikut abjad pertama nama negara pilihan.

K

E

Perbezaan Antara Kemudahan Loker Berkunci dan Loker Terbuka

EMUDAHAN

Disediakan Oleh: Mat Roslan Maseral

Penguna adalah tidak dibenarkan membawa masuk barang persendirian seperti beg, bungkusan dan lainlain

ke dalam perpustakaan. Pengguna boleh menyimpan barang tersebut di loker yang disediakan di luar

perpustakaan. Terdapat dua jenis kemudahan loker yang disediakan oleh pihak perpustakaan iaitu loker berkunci dan loker terbuka.

Loker berkunci hanya diperuntukkan kegunaannya kepada pelajar dan staf UTHM sahaja. Kadar sewaan adalah sebanyak

RM10.00 untuk satu semester. Pendaftaran sewaan loker berkunci boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan. Kunci perlu dipulangkan

setiap penghujung semester atau sebaik sahaja tamat peperiksaan semester/berhenti/gagal/tamat pengajian. Sekiranya

kunci tersebut didapati hilang, denda sebanyak RM10.00 akan dikenakan. Bagi loker terbuka pula ianya boleh digunakan oleh

semua pengguna perpustakaan tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, pihak Perpustakaan UTHM tidak akan bertanggungjawab

ke atas sebarang masalah berkaitan kehilangan dan kecurian barang di loker terbuka. Pengguna dinasihatkan agar

tidak meletakkan barang berharga di loker terbuka.

Penggunaan Bilik Bacaan Ringan

TIKA

Disediakan Oleh: Sabri Sarbini

Bilik Bacaan Ringan adalah salah satu daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak Perpustakaan UTHM

bagi memberi ruang santai kepada pengguna semasa berada di perpustakaan ini. Bilik ini dilengkapi dengan perabot (kerusi

dan meja) dan televisyen. Sambil merehatkan minda dengan menonton tayangan yang berbentuk ilmiah dari kaca televisyen,

anda juga boleh membaca akhbar harian. Bagi pengguna Perpustakaan Kampus Bandar, anda juga disajikan dengan pelbagai

pilihan majalah terkini semasa anda berada di Bilik Bacaan Ringan. Sebagai seorang pengguna perpustakaan yang beretika

dan berdisiplin, anda perlu mematuhi etika penggunaan bilik bacaan ringan.

mukasurat 12

Oleh itu, anda dilarang untuk mengalihkan kedudukan perabot yang disediakan. Anda hendaklah memelihara susunan akhbar

dan majalah yang telah diasingkan dan disusun mengikut judul akhbar dan majalah tertentu, mengembalikan semula akhbar

dan majalah yang telah dibaca ke tempat asal (newspaper holder atau rak majalah). Perbuatan membuka pemegang akhbar

atau menceraikan akhbar yang telah disusun adalah dilarang sama sekali. Selain itu, anda juga ditegah daripada memotong,

mengambil sebahagian artikel atau mengoyakkan akhbar atau majalah. Anda juga tidak dibenarkan untuk membawa keluar

mana-mana akhbar atau majalah dari bilik ini. Bagi pengguna Perpustakaan Kampus Utama, anda dilarang mengalihkan atau

mengambil akhbar dari ruang bacaan perempuan (bagi pengguna lelaki) atau ruang bacaan lelaki (bagi pengguna perempuan).

Perlu diingatkan, memandangkan bilik ini tidak begitu besar bagi menampung jumlah pengguna yang ramai, anda

dinasihatkan masuk ke bilik ini mengikut giliran masing-masing.

More magazines by this user
Similar magazines