Muat Turun Iklan K11 - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my

Muat Turun Iklan K11 - Lembaga Pembangunan Langkawi

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

(LANGKAWI DEVELOPMENT AUTHORITY)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk

mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

(1) Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

(2 Jawatan)

(1.1) Jadual Gaji Gred KP11 :

Gred

Gaji

Gaji

Minimun

Gaji

Maksimun

KP11 RM836.90 RM2,458.15

(1.2) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki

kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun

pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil

Rendah Pelajaran atau kelayakan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh

kerajaan; atau

(ii)

Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia

atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia

yang telah disahkan dalam jawatan

tersebut serta mempunyai rekod

perkhidmatan yang baik dan

berkebolehan bertutur, membaca dan

menulis dalam Bahasa Malaysia dengan

memuaskan;

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan

pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi

lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa

sepatu;


(ii)

(iii)

(iv)

(v)

Berat badan sekurang-kurangnya 48kg

bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

Mempunyai ukuran dada yang biasa

sekurang-kurangnya 79sm dan semasa

menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

Lulus dalam ujian penglihatan bagi

mata kiri dan kanan yang diuji

berasingan dengan ketetapan V/6/9

tanpa menggunakan cermin mata; dan

Pengecaman warna dan pendengaran

yang tidak cacat.

dan

(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan

1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/

Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian

Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.

(2) Taraf Jawatan : Tetap

(3) Penaklukan Di Bawah : Pegawai yang memasuki perkhidmatan-

Syarat-Syarat Skim

perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada

Perkhidmatan

syarat skim perkhidmatan berkenaan yang

sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang

dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(4) Pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB)

dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah

telah disahkan dalam perkhidmatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan

Perkhidmatan yang telah dikemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

(LNPT) disertakan bersama. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan

masing-masing.

(5) Paduan/Cara Memohon

5.1 Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web

LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi

hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan

peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar

terbaru berukuran ‘passport’, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lainlain

dokumen yang berkaitan.

5.2 Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG

DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah

lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di

bawah:-


Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Pembangunan Langkawi

Tingkat 3, Kompleks LADA

Jalan Persiaran Putra

07000 Kuah, Langkawi

KEDAH DARUL AMAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

(6) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh

tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak

berjaya.

(7) Permohonan yang ditolak

7.1 Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran ‘passport’ seperti ditetapkan;

7.2 Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;

7.3 Tidak lengkap dan tidak terang;

7.4 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

7.5 Tidak menandatangani borang permohonan

(8) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Julai 2013. Sebarang pertanyaan

lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

di talian 04-9667186/7187.

More magazines by this user
Similar magazines