KEKK - Kementerian Sumber Manusia

mohr.gov.my

KEKK - Kementerian Sumber Manusia

SIDANG AKHBAR OLEH YB MENTERI SUMBER MANUSIA

KARNIVAL DAN EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) 2013

MAEPS, Serdang, 26-29 September 2013

Aspek latihan kemahiran sentiasa menjadi salah satu bidang keutamaan Kerajaan

dalam usaha untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir di negara ini. Bidang

kemahiran yang diceburi oleh para pelatih dan perantis juga haruslah dapat memenuhi

kehendak dan keperluan industri.

Agenda utama kerajaan adalah untuk mengarusperdana latihan kemahiran di negara

ini demi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Seperti yang

kita sedia maklum, salah satu teras yang penting dalam Rancangan Malaysia ke-

Sepuluh (RMKe-10) ialah penekanan kepada pembangunan sumber manusia mahir

melalui latihan kemahiran, di mana negara perlu mengeluarkan lebih ramai modal insan

berkualiti yang berkemahiran, berpengetahuan, inovatif dan mampu menghadapi

saingan global serta relevan dengan keperluan semasa.

Jika kita ingin menjadi negara maju seperti negara Jerman, Australia dan United

Kingdom, kita perlu memiliki sekurang-kurangnya 50 peratus pekerja mahir di dalam

negara kita. Setakat tahun 2013 ini, kita hanya mempunyai 28 peratus sahaja tenaga

pekerja mahir, iaitu lebih kurang 3.3 juta pekerja mahir daripada sejumlah 12 juta

pekerja di Malaysia. Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia memainkan

peranan penting dalam menyumbang ke arah pencapaian tenaga mahir tersebut.

1


Penyertaan Malaysia di Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 merupakan salah

satu landasan untuk melahirkan belia berkemahiran di Malaysia. Penyertaan Malaysia

di WSC 2013 yang telah diadakan di Leipzig, Germany dari 2 hingga 7 Julai 2013 telah

membuahkan hasil apabila 9 daripada 14 peserta yang bertanding di pertandingan

tersebut memperolehi medallion for excellence atau diploma kecemerlangan. Peserta

yang telah berjaya di WSC boleh menyumbang kepakaran dan kemahiran yang dimiliki

dan mampu memberi impak positif kepada agenda mengarus perdana latihan

kemahiran. Ianya juga memperlihatkan keupayaan tenaga mahir negara di mata dunia

selaras dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Penganjuran Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK)

Berlatar belakang senario tersebut di atas, pada tahun ini saya telah menekankan

bahawa Kementerian Sumber Manusia, dengan kerjasama agensi Kerajaan dan pihak

industri perlu menggerakkan satu bentuk program yang mesra rakyat yang dapat

meyakinkan orang ramai akan potensi bidang kemahiran dalam melonjakkan kerjaya

dan kehidupan seseorang seterusnya menuju negara berpendapatan tinggi..

Oleh itu, Kerajaan akan mengadakan satu program berskala besar yang dikenali

sebagai Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 atau ringkasnya KEKK 2013

yang merupakan kali pertama dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (dengan

peneraju utamanya iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran) dengan kerjasama

Kementerian-kementerian yang ada kaitan dengan Pendidikan Teknikal dan Latihan

Vokasional (TEVT- Technical Education and Vocational Training); iaitu Kementerian

Kerja Raya, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian

Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan

Komoditi. Program ini juga turut mendapat kerjasama dari badan-badan bukan

kerajaan, persatuan-persatuan, universiti, syarikat-syarikat korporat dan industri.

2


Tarikh dan Tempat

KEKK 2013 ini akan diadakan pada 26 hingga 29 September 2013 di Taman Ekspo

Pertanian Malaysia Serdang ( MAEPS - Malaysia Agro Exposition Park Serdang )

Objektif dan Faedah Penganjuran KEKK

Objektif utama dan faedah yang boleh diperolehi melalui penganjuran KEKK 2013 ini

adalah:

1. Mempromosikan latihan kemahiran dengan memberi memberikan gambaran dan

pemahaman kepada orang ramai mengenai matlamat dan dasar Kerajaan bagi

meningkatkan modal insan yang berkemahiran tinggi di Malaysia.

2. Mengggalakkan kerjasama strategik antara Kementerian, agensi dan industri

agar bidang-bidang kemahiran dapat diselaraskan sesuai dengan kehendak

semasa industri dan keperluan tenaga kerja akan datang.

3. KEKK 2013 akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara

lebih dekat bidang-bidang kemahiran yang sedia ada melalui Pertandingan

Kemahiran Malaysia dan MySkills, melihat demonstrasi kemahiran dan membuat

simulasi kemahiran.

4. Memberi peluang kepada agensi untuk mempromosikan produk dan kursus yang

ditawarkan kepada umum;

5. Memperkenalkan simbol dan penggunaan jenama World SkillsMalaysia kepada

umum;

6. Memberi peluang kepada pelopor kemahiran untuk membuat demonstrasi

dalam seni ukiran, pembuatan labu sayong, pembuatan kapal; dan

3


7. Memberi peluang kepada belia lepasan dari aliran kemahiran/kolej/universiti

untuk mencari pekerjaan.

Aktiviti dan acara

Sesuai dengan konsep karnival dan ekspo yang mesra rakyat, pihak penganjur akan

mengadakan berbagai acara untuk orang ramai, iaitu seperti berikut:

1. Pertandingan Kemahiran Malaysia (bagi pelatih kemahiran)

2. Pertandingan MySkills (bagi tenaga pengajar)

3. Pertandingan Kemahiran FeMAC (bagi pelatih Pusat Bertauliah

Swasta)

4. Demonstrasi Kemahiran

5. Pameran dan Jualan

6. Pameran Automotif / Autoshow

7. Carian Pekerjaan / Job Fair

8. Ceramah Kerjaya / Career Talk

9. Seminar TEVT

10. Majlis Konvokesyen

11. Pertandingan Robot Peringkat Sekolah

12. Pertunjukan Super Bike, Drift

13. Gunting rambut RM1

14. Servis motorsikal RM1

15. Persembahan Artis Jemputan

16. Screen test untuk carian pelakon

17. Jualan Buahan-Buahan

18. Jualan Azam Kerja

19. Pendaftaran pelajar di Institusi Kemahiran Awam secara online

20. Majlis MoU di antara agensi Kerajaan dan pihak Industri

4


Pertandingan Kemahiran Malaysia dan Pertandingan MySkills

Mengenai Pertandingan Kemahiran Malaysia dan Pertandingan MySkills yang

dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian

Kerja Raya, sebanyak 23 bidang akan dipertandingkan iaitu seperti berikut:

1. Elektronik/ Electronics

2. Pemasangan Elektrikal/ Electrical installations

3. IT Network Cabling

4. IT Network System Administration

5. Graphic Design Technology

6. Rekabentuk Web /Web Design

7. IT Software Solution for Business

8. Mechanical Engineering Design – CAD

9. Mechatronics

10. Dandanan Rambut/ Hair Dressing

11. Terapi Kecantikan/Beauty Theraphy

12. Teknologi Fesyen/Fashion Technology

13. Teknologi Automotif / Automobile Technology

14. Pembuatan Kabinet/ Cabinet Making

15. Memasak/ Cooking

16. Restaurant Service

17. Kimpalan/ Welding

18. Joinery

19. Plumbing and Heating

20. Refigeration and Air Conditioning

21. Wall and Floor Tiling

22. Bricklaying

23. Decorative Painting

Perasmian

Majlis Perasmian KEKK 2013 oleh YB Menteri Sumber Manusia akan diadakan pada

27 September 2013.

5


Promosi

Oleh kerana Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 merupakan kali

pertama dianjurkan, saya mengharapkan komitmen dan kerjasama yang maksimum

daripada semua pihak terutama pihak media yang diharap dapat memberikan publisiti

yang meluas ke KEKK ini. Melalui hebahan yang menyeluruh ini, ianya diharap dapat

menarik minat masyarakat untuk datang beramai-ramai bagi menyaksikan dan

menyertai aktiviti di KEKK 2013 di samping dapat memberikan pendedahan dan

peluang menjalani latihan seterusnya memperoleh pekerjaan. Semoga KEKK ini akan

mencapai kejayaan dan menjadi kebanggaan kepada Negara dan akan menjadi

program yang akan dinanti-nantikan oleh orang ramai suatu hari nanti.

Pihak Kerajaaan amat berharap agar program ini akan memperoleh kejayaan dan

mencapai matlamatnya iaitu meningkatkan tahap kemahiran dan kebolehpekerjaan di

kalangan belia seterusnya dapat meningkatkan produktiviti negara melalui peningkatan

tenaga mahir yang akan dapat mencapai matlamat Negara berpendapatan tinggi.

Datuk Richard Riot Jaem

Menteri Sumber Manusia

Putrajaya

5 September 2013

6

More magazines by this user
Similar magazines