MINIT MESYUARAT PENGURUSAN - Kementerian Sumber Manusia

mohr.gov.my

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN - Kementerian Sumber Manusia

a) Mesyuarat mengambil maklum bahawa Sambutan Hari

Inovasi KSM akan diadakan pada bulan Oktober 2013. Impak

dan kualiti projek Inovasi akan diambil kira pada setiap

pertandingan sempena Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini

dan tahun-tahun akan datang agar bersesuaian dengan

kadar hadiah.

4.5 Hal Ehwal Berkaitan Pemandu

(i) Etika Pemanduan

4

Tindakan: BKP

a) YBhg. Dato’ Seri Pengerusi memaklumkan bahawa YB

Menteri Sumber Manusia mencadangkan agar diaturkan

satu sesi interaksi di antara pemandu-pemandu berkaitan

pemanduan berhemah. Mesyuarat turut dimaklumkan

bahawa Pemandu telah diingatkan mengenai pemanduan

berhemah dan tanggungjawab terhadap pegawai/

kakitangan yang dibawa dan mereka perlu lebih proaktif di

dalam menjalankan tugas.

b) Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua Pemandu

KSM akan menghadiri Kursus Pemanduan Berhemah yang

akan diadakan di Niosh pada 13-14 April 2013 dan 20-21

April 2013 akan datang.

c) YBrs. Naib Pengerusi turut membangkitkan mengenai isu

ini dan meminta agar perancangan perjalanan pemandu

dan kenderaan perlu lebih teratur serta mempunyai rehat

yang mencukupi bagi mengelak keadaan tergesa-gesa dan

risiko kemalangan. Dalam hal ini, YBhg. Dato’ Seri

Pengerusi menasihatkan pemandu agar senantiasa bersiap

siaga sebelum memulakan sesuatu perjalanan sama ada

jauh atau dekat.

More magazines by this user
Similar magazines