panduan pendaftaran pelajar baru - Kementerian Sumber Manusia

mohr.gov.my

panduan pendaftaran pelajar baru - Kementerian Sumber Manusia

PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

ILP LABUAN

Jalan Mohd Salleh,

P.O Box 80849,

87018 WP Labuan

Tel: 087‐414 911

Faks: 087‐422 500

Web: http://www.ilplabuan.gov.my


TAWARAN LATIHAN

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1.0 Pendahuluan

Terlebih dahulu diucapkan tahniah di atas kejayaan saudara-saudari kerana terpilih mengikuti

latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian W.P. Labuan, Jabatan Tenaga Manusia.

2.0 Syarat tawaran latihan di Institut Latihan Perindustrian Labuan

3.0 Elaun

Tawaran ini tertakluk kepada syarat berikut:

2.1 Pelatih bersetuju untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kursus yang ditawarkan

oleh Jabatan Tenaga Manusia. Tawaran kursus dan tempat latihan adalah

MUKTAMAD. Sebarang rayuan pertukaran kursus dan tempat latihan tidak akan

dilayan.

2.2 Pelatih WAJIB menjelaskan yuran yang dikenakan oleh Institut semasa pendaftaran.

2.3 Pelatih diwajibkan tinggal di asrama Institut dan mesti mematuhi peraturan asrama

yang telah ditetapkan.

2.4 Pelatih juga tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan tatatertib

boleh dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan Institut.

2.5 Pelatih WAJIB menghadiri kuliah, amali, ko-kurikulum dan semua aktiviti rasmi Institut.

2.6 Pihak Institut berhak menarik balik tawaran sekiranya didapati pelatih menghidap

penyakit berbahaya atau berjangkit yang akan menjejaskan latihan dan

membahayakan diri dan pelatih lain.

3.1 Yuran pengajian, yuran makan dan yuran penginapan akan dibiayai sepenuhnya oleh

Jabatan Tenaga Manusia, kecuali pelatih tajaan majikan. Yuran pendaftaran termasuk

bayaran bagi pakaian dan peralatan bengkel adalah atas tanggungan sendiri.

3.2 Elaun Sara Hidup sebanyak RM100.00 sebulan akan diberikan kepada semua pelatih

mengikut kehadiran dalam kelas, kecuali pelatih tajaan majikan.

4.0 Tanggungjawab pelajar

4.1 Semasa mengikuti latihan, pelajar dikehendaki berkelakuan selayaknya seorang

pelatih, yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan di

Institut. Sila rujuk Buku Peraturan Pelatih.


4.2 Tindakan tatatertib, tuntutan gantirugi dan penamatan latihan boleh diambil terhadap

pelatih sekiranya berlaku sebarang perlanggaran peraturan.

4.3 Bagi makluman kepada pelajar bukan Islam, teras peraturan di ILP adalah

berlandaskan budaya Melayu dan Islam. Bagi memastikan kehidupan yang harmoni di

ILP, beberapa peraturan tambahan perlu diikuti:

4.3.1 Segala jenis aktiviti keagamaan selain agama Islam tidak dibenarkan di dalam

kawasan ILP.

4.3.2 Sebarang bentuk lambang keagamaan selain agama Islam tidak boleh

dipamerkan di dalam kawasan Institut.

4.3.3 Segala bentuk tingkah laku dan percakapan yang boleh menyinggung

sensitiviti agama, bangsa dan kaum adalah dilarang sama sekali.

4.3.4 Segala makanan yang tidak halal tidak dibenarkan dibawa ke kawasan Institut.

4.3.5 Sebarang amalan keagamaan pada hujung minggu mestilah tidak

menghalang pelajar dari menyertai aktiviti Institut. (Mesti mendapat kebenaran

Pengarah)

4.3.6 Pelajar bukan Islam yang mendapat kebenaran menghadiri upacara

keagamaan di luar Institut bertanggungjawab menyediakan sendiri

kemudahan pengangkutan dan sebagainya.

5.0 Hak kerajaan

5.1 Jabatan berhak untuk menarik balik tawaran ini bila-bila masa atau menyingkir bakal

pelatih pada satu-satu masa sepanjang tempoh latihan jika didapati kenyataan dan

maklumat yang diberikan adalah palsu

5.2 Pelatih yang berhenti dari latihan atas sebab masalah disiplin, tidak hadir kelas lima

hari berturut-turut atau masalah lain yang tidak munasabah akan dikenakan tuntutan

gantirugi termasuk yuran pengajian, yuran makan dan juga yuran penginapan.

5.3 Kerajaan berhak meminda peraturan dan syarat-syarat yang tersebut di atas dan /

atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan

pelatih adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak

menarik balik tawaran ini tanpa memberi sebarang sebab.

6.0 Jawapan kepada tawaran

Sila hantar jawapan penerimaan atau penolakan tawaran melalui:

6.1 Faks ke nombor 087-427573 ATAU

6.2 Melalui SMS taip TERIMA atau TOLAK, berserta dengan KOD KURSUS dan NO K/P

dan hantarkan ke no. Telefon 014-8578615 ATAU

6.3 Telefon 087-414911 sambungan 114 dengan menghubungi En. Yepin Takun atau En.

Dinaria AK Thomas.


N0. KURSUS

KOD

KURSUS

1. Teknologi Mekanik Industri A01

2. Teknologi Pemesinan Am A02

3. Teknologi Kimpalan Arka & Gas A08

4. Teknologi Automotif A11

5. Teknologi Elektrik 1-Fasa B01

6.

Teknologi Penyejukbekuan &

Penyamanan Udara

B02

7. Teknologi Komputer Sistem F01

8. Teknologi Binaan(Berasaskan Kayu) C02

9. Teknologi Binaan(Bangunan) C03

10. Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari) C04

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak Institut melalui no telefon 087-414911.

Sebarang pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan sama sekali.

7.0 Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:

7.1 Surat Tawaran dan salinan Surat Tawaran

7.2 Kad Pengenalan Pemohon (berserta 2 salinan) & Salinan K/P Waris

7.3 2 keping gambar berukuran passport. (tulis nama dan no KP di bahagian belakang)

7.4 Slip keputusan SPM dan salinan.

7.5 Laporan Pemeriksaan Perubatan yang telah lengkap disahkan oleh Pegawai

Perubatan di Klinik Kerajaan atau Klinik swasta.

7.6 Salinan muka depan Buku Bank Simpanan Nasional yang mengandungi nama

pelajar dan no. akaun BSN.

7.7 Salinan penyata gaji / Borang J, borang maklumat ibu bapa / penjaga dan borang

pengesahan Majikan / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri) yang lengkap

ditandatangan

7.8 Akuan persetujuan ibu bapa / penjaga & kesihatan pelatih yang lengkap ditandatangan

7.9 Perakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah yang lengkap ditandatangan

7.10 Aku Janji Pelatih yang lengkap ditandatangan.

7.11 Dua salinan borang pendaftaran pelajar yang lengkap dengan gambar.

8.0 Bayaran semasa pendaftaran

8.1 Yuran Pendaftaran berjumlah RM 400.00 bagi Pelajar Lelaki dan Wanita hendaklah

dibayar sepenuhnya secara tunai semasa hari pendaftaran pelajar.

9.0 Keperluan asrama dan peribadi yang perlu dibawa sendiri oleh pelajar

9.1 Kasut dan pakaian sukan yang secukupnya. (seluar track bottom dan kasut sukan

adalah wajib)

9.2 Baju melayu / kurung dan songkok (pelajar Islam diwajibkan)

9.3 Baju kurung warna biru muda, kain warna hitam dan berkasut hitam tertutup

dipakai semasa hari pendaftaran (juga dipakai semasa majlis rasmi) dan tudung hitam

atau biru gelap (bagi pelajar beragama Islam) – untuk pelajar wanita.


9.4 Baju kemeja panjang warna biru muda, seluar slack warna hitam dan berkasut

hitam tertutup dipakai semasa hari pendaftaran (juga dipakai semasa majlis rasmi) –

untuk pelajar lelaki.

9.5 Lain-lain peralatan yang difikirkan sesuai untuk kegunaan di asrama dan Institut.

10.0 Etika semasa pendaftaran

10.1 Saudara / saudari dikehendaki melaporkan diri pada ketetapan berikut;

Tarikh :

Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang

Tempat : Dewan Kristal ILP Labuan

10.2 Sekiranya saudara/saudari tidak melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan,

bermakna saudara/ saudari telah menolak tawaran ini.

10.3 Sila bawa bersama dokumen-dokumen seperti di no. 7. Pastikan dokumen telah

lengkap.

10.4 Saudara/saudari hendaklah :

10.4.1 Pelatih lelaki

• Baju kemeja panjang warna biru muda, seluar slack warna hitam

dan berkasut hitam dengan kemas

• Berambut pendek dan kemas. Panjang rambut tidak melepasi paras

kolar, tidak berwarna.

• Tidak memakai barangan perhiasan.

10.4.2 Pelatih perempuan

• Berpakaian baju kurung warna biru muda, kain warna hitam dan

berkasut hitam dengan kemas.

• Bertudung hitam atau biru gelap (bagi pelajar beragama Islam)

• Jika berambut panjang, sila ikat dengan kemas

• Tidak memakai barangan perhiasan atau solekan.

Peringatan : Jika etika pendaftaran tidak dipatuhi, pihak Institut berhak tidak

membenarkan anda melapor diri.

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANDA.


LAMPIRAN A

Pengarah,

Institut Latihan Perindustrian,

Jabatan Tenaga Manusia,

(Kementerian Sumber Manusia)

Jalan Mohd Salleh,

Peti Surat 80849,

87018 W.P Labuan.

(u.p.: Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan )

Fax: 087-427573

Tuan/Puan

SETUJU TERIMA / MENOLAK TAWARAN KEMASUKAN SESI 2/2010

Saya * bersetuju menerima / menolak tawaran kemasukan ke ILP Labuan bagi sesi_____dan

akan mendaftar pada _______

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ............................................................................................

Nama (Huruf Besar) : ............................................................................................

No. K/P : ............................................................................................

Kursus Ditawarkan : ........................................ ....................................................

No. Telefon : ....................................... .....................................................

Peringatan: i) Sila jawab samada bersetuju menerima atau menolak tawaran

dengan memotong yang tidak berkenaan (contoh: bersetuju

menerima / menolak), dan Faks ke : 087-427573.

ii)

iii)

iv)

Atau Anda juga boleh menghubungi Encik Yepin Takun/ En.

Dinaria Thomas di talian telefon 087-414911 sambungan 114

dengan berikan Nama dan No K/P serta kursus yang

ditawarkan – menerima atau menolak. Sebarang pertanyaan

juga boleh dikemukakan melalui nombor telefon di atas.

Atau melalui SMS ke 014-8578615 dengan nyatakan TERIMA

atau TOLAK, berserta dengan KOD KURSUS dan NO K/P.

Sebarang pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan.

Sila hantar jawapan ini sebelum atau pada __________.


I

ii

iii

Borang ini hendaklah dilengkapi oleh setiap ibu bapa/penjaga pelajar yang ditawarkan mengikuti

pengajian di Institut Latihan Perindustrian W.P.Labuan.

Semua Ibu bapa atau penjaga dikehendaki mengisi BAHAGIAN I borang ini.

Ibu bapa atau penjaga hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, Penyata Gaji/Borang J.Bagi

mereka yang tiada Penyata Gaji Atau Borang J,sertakan pengakuan pendapatan yang disahkan

dengan menggunakan Borang Pengakuan Pendapatan ( BPP 1).

NAMA PELAJAR

KURSUS YANG DITAWARKAN

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN W.P.LABUAN

BORANG MAKLUMAT IBU BAPA / PENJAGA

SESI ________

BAHAGIAN I

Maklumat pelajar ( di isi oleh Ibu bapa / penjaga )

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

Maklumat Ibu bapa / Penjaga

1 MAKLUMAT BAPA/PENJAGA 2 MAKLUMAT IBU / ISTERI PENJAGA

(a) Nama: ………………………………………(a) Nama: ……………………………………………

(b) No K.P: ………………………………………(b) No K.P: ……………………………………………

(c ) Warganegara:…………………………………(c ) Warganegara:…………………………………………

(d) Alamat pos:………….…...……………………(d) Alamat pos:………….…...…………...….…………

……………………………………

……………………………………………

……………………………………

……………………………………………

(e) Pekerjaan :………………………………………(e) Pekerjaan :……………………………………………

(f) Nama Majikan:…………………………………(f) Nama Majikan:………………………………………..

(g) Pendapatan sebulan:RM………………………(g) Pendapatan sebulan:RM…………………………

( Gaji Pokok ) ( Gaji Pokok )

Jumlah Pendapatan Bersama Sebulan ( bapa /penjaga dan Ibu / isteri penjaga ) RM……………………

NAMA ANAK LAIN YANG BERSEKOLAH

BIL

NAMA ANAK

NAMA SEKOLAH/PENGAJIAN

1

2

3

4

5

Sila gunakan lampiran jika ruang di atas tidak mencukupi .

THN/TINGKATAN

4 PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya mengaku bahawa segala maklumat

yang diberi adalah benar.

…………………………………………………

(Tandatangan Ibu bapa / penjaga)

Nama:……………………………………………………..

Tarikh:…………………………………………………….

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang

diberi adalah benar.

…………………………………………………

(Tandatangan dan Cap Rasmi)

Nama:……………………………………………………..

Tarikh:…………………………………………………….

Pengesahan hendaklah disahkan oleh Majikan /Pengetua sekolah/ Jaksa Pendamai (JP)/Penghulu/Ketua Kampung/Guru

berdasarkan Penyata Gaji/ Borang J ( pada yang berkenaan / Pengakuan Pendapatan yang disertakan bersama )


PENGESAHAN KETUA KAMPUNG / MAJIKAN

( BAGI IBU BAPA YANG BEKERJA SENDIRI ATAU TIDAK ADA PENYATA GAJI DARI MAJIKAN)

Kepada,

Pengarah

Institut Latihan Perindustrian

Jabatan Tenaga Manusia

Kementerian Sumber Manusia

Jln Mohd Salleh,

P.O box 80849,

87018, W.P.Labuan

( u.p Unit Pengurusan Latihan - UPL )

Tuan,

PENGESAHAN PENDAPATAN.

Adalah disahkan bahawa Encik /Puan /Cik:……………………………………………………

adalah anak kariah / pekerja di…………………………………………………………………

( Nama Kampung atau Syarikat )

berpendapatan RM……………………………………………..sebulan.

Sekian , harap maklum

Yang benar,

Tandatangan Ketua Kampung / Majikan:………………………………………………..

Tarikh

:………………………………………………..

Cop

:………………………………………………..


AKUAN PERSETUJUAN IBU BAPA / PENJAGA & KESIHATAN PELAJAR

(Untuk diisi oleh ibu bapa/ penjaga dan dibawa oleh pelajar semasa melapor diri)

Nama penuh ibu/ bapa/ penjaga*

No. kad pengenalan ibu/bapa/ penjaga*

Nama penuh anak / anak jagaan (pelajar)*

No. kad pengenalan pelajar

Alamat rumah (tetap)

: _______________________________________________

: _______________________________________________

: _______________________________________________

: _______________________________________________

: _______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

No. telefon (rumah / pejabat)

: _______________________________________________

Saya dengan ini mengakui dengan penuh kesedaran bahawa:

1. Anak/ anak jagaan* saya berstatus kesihatan baik, tiada kecacatan anggota dan tidak menghidap

penyakit berjangkit/ berbahaya yang lain seperti lelah (asma), sawan, jantung. Diabetis, batuk kering

dan lain-lain untuk membolehkannya belajar di Institut, tinggal di asrama dan mengambil bahagian

dalam semua aktiviti Institut, di dalam atau di luar Institut seperti permainan, olahraga, kawad dan lainlain.

2. Anak/ anak jagaan* saya akan menjaga dirinya dengan baik semasa mengikuti semua program yang

dijalankan oleh Institut dan mengaku bahawa saya atau sesiapa juga yang berkepentingan terhadap

anak/ anak jagaan* saya tidak berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi / pampasan daripada pihak

Institut Latihan Perindustrian / Jabatan Tenaga Manusia.

3. Bahawa anak/ anak jagaan* saya dibenarkan menyertai apa-apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh

Institut Latihan Perindustrian / Jabatan Tenaga Manusia dari semasa ke semasa selama tempoh

latihan dan tidak akan membuat sebarang tuntutan mahkamah terhadap Institut Latihan Perindustrian/

Jabatan Tenaga Manusia atas kemalangan atau umpamanya yang berlaku ke atas anak/ anak jagaan*

saya. Saya faham bahawa Institut akan mengambil segala langkah keselamatan yang perlu dan

sewajarnya.

4. Keizinan diberi kepada anak/ anak jagaan* saya untuk menjalani pembedahan/ pembedahan gigi dan

jika perlu pemberian bius umum atau pelali untuk tujuan rawatan yang keadaan dan tujuannya menurut

nasihat/ kata putus pihak hospital tempatan yang dipersetujui oleh Pengarah Institut Latihan

Perindustrian atau wakilnya. Saya faham tiada jaminan bagi saya bahawa pembedahan itu akan

dijalankan oleh mana-mana Pengarah Perubatan yang tertentu ataupun perkhidmatan rawatan bius itu

dijalankan oleh mana-mana Pegawai Bius tertentu.

Tandatangan : ___________________________

Tandatangan : ___________________________

(Ibu/ bapa/ penjaga)*

(Saksi)

Tarikh : ___________________ Nama : ___________________

No KP : ___________________

* potong yang tidak berkenaan


PERAKUAN BEBAS PENYALAHGUNAAN DADAH

(Untuk diisi oleh pelajar dan dibawa oleh pelajar semasa melapor diri)

Nama

No. kad pengenalan

Kursus

Alamat rumah (tetap)

: _______________________________________________________________

: _______________________________________________________________

: _______________________________________________________________

: _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Alamat surat-menyurat

(jika berlainan daripada

alamat di atas)

: _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Perakuan mengenai dadah:

1. Bahawasanya saya seperti nama di atas mengaku tidak terlibat dengan apa juga bentuk

penyalahgunaan dadah.

2. Dengan pengakuan ini, saya sedar sekiranya saya pernah terlibat dalam apa jua bentuk

penyalahgunaan dadah, saya mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh menandatangani surat ini

untuk membuat pengakuan tersebut kepada Pegawai BPPL Institut Latihan Perindustrian.

3. Saya difahamkan bahawa tindakan tatatertib tidak akan diambil sekiranya saya patuhi tempoh ini.

4. Dengan pengakuan ini juga saya sedar bahawa sekiranya saya dikesan menyalahgunakan dadah

selepas 14 hari dari tarikh pengakuan ini, taraf saya sebagai pelajar Institut Latihan Perindustrian

ini dengan sendirinya terbatal.

Di hadapan Ibu/ Bapa / Penjaga

________________________________

Tandatangan Pelajar

___________________________________

Tandatangan Ibu/ Bapa / Penjaga

________________________________

Tarikh

___________________________________

Nama Ibu/ Bapa / Penjaga


AKU JANJI PELATIH

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN W.P. LABUAN

Saya _________________________________________ No. K.P ________________________________

telah membaca dan memahami dan dengan ini bersetuju mematuhi Tawaran Kemasukan Institut Latihan

Perindustrian W.P. Labuan. Saya mengakui dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang

diberikan kepada pihak Institut adalah tepat dan benar. Saya juga bertanggungjawab dan akur sekiranya

pihak Institut Latihan Perindustrian mengambil tindakan ke atas saya jika maklumat yang saya berikan

adalah palsu atau tidak benar.

Saya juga dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua

peraturan-peraturan dan apa jua arahan yang terpakai kepada pelatih-pelatih Institut Latihan Perindustrian

W.P. Labuan yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang tempoh saya menjadi pelatih Institut Latihan

Perindustrian W.P. Labuan. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan seluruh

usaha saya dalam latihan serta tidak mempersiakan peluang yang diberikan kepada saya.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan yang

termaktub dalam Buku Peraturan Pelajar ILJTM, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan yang

ditentukan, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut peraturan-peraturan dan kaedah berkenaan,

termasuklah disingkir daripada Institut.

Tandatangan Pelatih

Nama Pelatih

Kursus

Tarikh

:________________________________

:________________________________

:________________________________

:________________________________

Saya, ibu / bapa/ penjaga berjanji bahawa kami tidak akan membuat bantahan atau rayuan atas sebarang

penyingkiran daripada Institut latihan Perindustrian Labuan akibat pelanggaran peraturan Institut.

Tandatangan Ibu/ Bapa / Penjaga

Nama Ibu/ Bapa / Penjaga

No K.P. Ibu/ Bapa / Penjaga

Tarikh

: ________________________________

:_________________________________

:_________________________________

:_________________________________


SENARAI SEMAK PENDAFTARAN

Nama :.............................................................................

No. K/P :.............................................................................

Kursus :.............................................................................

Surat Tawaran serta Salinan.

Kad Pengenalan Pelatih serta Salinan.

Salinan K/P Ibubapa/Penjaga atau Waris.

2 keping gambar berukuran passport. (tulis nama dan no K/P di bahagian belakang).

Slip keputusan SPM serta Salinan.

Laporan Pemeriksaan Perubatan yang telah lengkap disahkan oleh Pegawai Perubatan

di Klinik Kerajaan atau Klinik swasta.

Buku BSN-GIRO dan 2 salinan muka depan Buku Bank Simpanan Nasional yang

mengandungi nama pelatih dan no akaun BSN.

Salinan penyata gaji / Borang J Ibubapa/Penjaga ATAU,

Borang pengesahan Ketua Kampung / Majikan (bagi ibubapa yang bekerja sendiri @

tidak ada penyata gaji) lengkap ditandatangan.

Perakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah yang lengkap ditandatangan.

Aku Janji Pelatih yang lengkap ditandatangan.

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

JABATAN TENAGA MANUSIA

JLN MOHD. SALLEH, 87018

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Borang pendaftaran pelajar yang lengkap dengan gambar serta Salinan.

Borang pendaftaran Asrama yang lengkap dengan gambar serta Salinan.

Disemak Oleh;

……………………………………

( )

Pegawai Bertugas Semasa Pendaftaran

More magazines by this user
Similar magazines