Astronomi dan Alam Semesta - Akademi Sains Malaysia

akademisains.gov.my

Astronomi dan Alam Semesta - Akademi Sains Malaysia

Mei

2009

IYA 2009 platform

mem bangu n kan sains angkasa

Penganjuran program seperti itu membuka Iebih banyak peluang

kepada masyarakat terutama generasi muda untuk mendekati bidang

tersebut secara Iangsung.

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

Gambar AZLI AHAD

SETELAH merekodkan kejayaan

cemerlang menerusi Program Angkasawan

Negara (PAN) pada 2007,

tumpuan terus diberikan kepada usaha

pembangunan pengetahuan di bidang

sains angkasa.

Jika dahulu, mungkin ada di kalangan

kita yang mempersoalkan tentang kemampuan

negara menghantar seorang

rakyatnya menjalankan penerokaan di

angkasa lepas.

Namun setelah misi tersebut berjaya,

is telah membuka mata banyak pihak

mengenai pentingnya pengetahuan bidang

sains angkasa demi memastikan

pencapaian Malaysia setanding dengan

negara-negara lain di dunia.

Menyemarakkan lagi usaha itu, pelbagai

program berkaitannya telah dirangka

oleh Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) bersama agensi-agensi

di bawahnya bagi memberi peluang kepada

orang ramai menambah pengetahuan

dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan

industri tersebut ke arah yang

lebih mapan.

Salah satu daripada program yang

dianjurkan adalah penyertaan dalam

sambutan Tahun Astronomi Antarabangsa

2009 (IYA 2009) yang di sambut

di seluruh dunia.

Inisiatif yang dijalankan oleh Agensi

Angkasa Negara (ANGKASA) itu merupakan

program di peringkat kebangsaan

melalui penganjuran pelbagai aktiviti

untuk semua peringkat umur.

Selaras dengan matlamatnya memperkenalkan

dan menarik minat masyarakat

seluruh dunia terutama generasi

muda untuk mendalami bidang astronomi

dan sains angkasa, programnya lebih

menjurus kepada mewujudkan kesedaran

awam, program pendidikan dan juga penyelidikan.

Mengimbas semula latar belakang IYA

2009, sambutannya telah diisytiharkan

pada 20 Disember 2007 oleh Pertubuhan

Ban sa-bangsa Bersatu (PBB) melaestirotm

L

FADILLAH Yusof mencuba peralatan kajian angkasa lepas pada majlis perasmian IYA

2009 di Planetarium Negara baru-baru ini.

lui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik

dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNESCO) dan juga Kesatuan Astronomi

Antarabangsa (IAU).

Perayaan di peringkat global itu sebenarnya

diadakan sempena genapnya 400

tahun penggunaan teleskop moden yang

pertama bagi era astronomi moden oleh

Galileo Galilei pada tahun 1609.

Selain itu, is juga direalisasikan bagi

memberi pendedahan umum tentang

impak bidang sains angkasa kepada ketamadunan

dan kebudayaan manusia serta

penerokaan rahsia clam semesta.

Menyedari hakikat itu, sebanyak 136

buah negara kini telah mempunyai Nod

Nasional untuk IYA sebagai penghubung

jalinan kerjasama antara ahli astronomi

profesional dan amatur selain menggalakkan

penyertaan masyarakat secara

maksimum.

Bertemakan Alain Seniesta lintuk Anda

Terokai, program tersebut juga dianggap

sebagai kesinambungan daripada PAN

untuk menyokong dan menambahbaik

kan pendidikan rasmi serta tidak rasmi

dalam bidang sains angkasa di Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri MOSTI,

Fadillah Yusof, penganjuran program

seperti itu membuka lebih banyak peluang

kepada masyarakat terutama generasi

muda untuk mendekati bidang tersebut

secara Iangsung.

"Jika masyarakat dahulu boleh menb

hasilkan pelbagai penemuan, saya yakin

generasi muda kini juga mampu mengilhamkan

idea-idea yang boleh dimanfaatkan

oleh manusia sejagat.

"Evolusi yang begitu pantas ini pastinya

akan mengubah persepsi umum terhadap

bumi dan alam semesta," katanya

pada pelancaran sambutan tersebut di

Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-barn

ini.

Sehubungan itu, ANGKASA telah

menganjurkan Karnival IYA 2009 pada

11 hingga 13 April lalu bertempat di

Planetarium Negara.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah

seperti syarahan, demonstrasi pencerapan

matahari secara selamat, pameran,

coral speaking serta pertandingan mencari

harta karun.

Sementara itu, Ketua Pengarah ANG-

More magazines by this user
Similar magazines