Media Future: - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

Media Future: - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hassan Hayastani

Media Future:

Ar-risalah atau

Apatis

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada

prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu

dosa, dan janganlah kamu mencari- cari kesalahan orang lain

dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat

sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka

memakan daging saudaranya yang sudah mati Tentu kamu

merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya

Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang” (Surah

al-Hujurat: 12).


Seminar 1

Persepsi Sebagai Informasi

PRAWACANA

1. Internet benar-benar telah muncul sebagai

“kepercayaan baru” dengan setiap orang

mempercayai pengaruh dan kuasa yang

ada padanya dalam membentuk dan

memutuskan rasional-rasional masadepan

29 Oktober 1969 sebaik Profesor Leonard Kleinrock dan rakan-rakan di UCLA berjaya menemukan apa yang

dipanggil di hari ini sebagai INTERNET, telah menyebabkan dunia yang terpisah-pisah, terpecah-pecah, dan

bertaburan dalam segala bentuk perbezaan akhirnya berjaya disatukan dalam komunikasi. Geografi, antropologi,

sosiologi, psikologi dan politik yang telah menyebabkan hampir keseluruhan pengalaman dunia tidak pernah

berjaya menyatukan kepelbagaian malah tidak memungkinkan sama sekali akan munculnya kesepakatan dan

kebersamaan dalam penyebaran dan penguasaan pengetahuan dan pengalaman kerana halangan-halangan

komunikasi wujud dalam semua bentuk dan ruang tersebut akhirnya terselesai. Internet menjadi pencetus pada

terhasilnya bentuk, sistem dan kandungan baru dalam perhubungan manusia dan muncullah dunia baru yang

disebut sebagai dunia tanpa sempadan dan langit terbuka. Setiap sistem penghidupan manusia baik dari aspek

ekonomi, politik dan sosial (ekoposial) akhirnya diubah dan berubah. Sistem-sistem yang terpakai sebelumnya

dianggap telah primitif dan secara keseluruhan setiap manusia mula dikawal dan mengawal akan cara berfikir,

bertindak, dan menguruskan kehidupannya dengan maklumat-maklumat yang bertebaran setiap saat.

Komunikasi dan pembentukan pengalaman serta penyebaran dan penguasaan pengetahuan tidak lagi hanya

berlaku di dalam kelas-kelas sekolah, dewan-dewan kuliah universiti, gedung perpustakaan, atau perjalanan

panjang di arkib dan muzium, mahupun dari halaman-halaman media kertas dan layar. Sekira sebelum ini

manusia secara singularnya akan bergerak dari satu bangunan ke satu bangunan, dari satu bahan ke satu

bahan, maka di hari ini setiap orang boleh duduk hanya di satu tempat, seperti di ruang makan, di rumah sendiri,

dan sambil mengunyah kepingan roti sarapan untuk memperolehi maklumat yang diinginkan. Dari membaca

halaman-halaman berita, komen-komen dan kritikan, secara bertulis atau audio-visual, yang nyata lebih cepat

dan pantas jika hendak dibandingkan dengan laporan dari akhbar atau televisyen. Maklumat disebarkan dalam

suatu jaringan masa yang dihubungkan melalui komputer yang boleh diakses dalam sebarang masa dan ruang.

Setiap orang tidak perlu lagi bimbang bahawa mereka akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan situasi

dan fenomena yang sedang terjadi, atau kepayahan untuk menggelidah cerita-cerita dari tawarikh masalalu,

meski untuk berhubung dengan anak yang sedang menangis keciciran dompet di supermarket, atau

mengirimkan mesej buat semua umat di jagatraya gerakan untuk membebaskan Palestina dari kekejaman Israel;

dan tentulah untuk bersekutu dalam kempen menghalang pembunuhan ke atas kanak-kanak, wanita, orangorang

tua dan rakyat terbanyak dalam pembantaian massa oleh pemerintah Syria; atau penentangan penduduk

bumi di mana sahaja terhadap tragedi demi tragedi pemusnahan pokok-pokok, haiwan-haiwan, belukar dan

hutan rimba, sungai dan laut, bukit-bukau dan gunung-ganang yang dijahanamkan atas nama pemajuan dengan

membina kilang-kilang yang pasti akan membawa kemusnahan penghidupan semulajadi buat selamanya.

2


Dunia akhirnya didatangkan sejenis pengaruh dan kuasa baru yang disebut informasi atau

maklumat. Informasi mengawal segala elemen dalam penghidupan manusia, dan

menentang atau menidakkan informasi menjadikan setiap orang itu tersingkir dan

terhapus dalam zaman internet dengan sendirinya. Alasan menidakkan kepedulian dan

kebersekutuan dalam memajukan pengetahuan, dan memperkasakan pengalaman ke

arah pembinaan peradaban masadepan yang jauhari lagi budiman, yang bertaqwa lagi

beriman sudah sepatutnya tidak wujud.

Internet benar-benar telah muncul sebagai “kepercayaan baru” dengan setiap orang

mempercayai pengaruh dan kuasa yang ada padanya dalam membentuk dan

memutuskan rasional-rasional masadepan: "It is not just about the internet; it is about our

times. We are going to need desperately to tap into the better angels of our nature and

make our lives not just about ourselves but about our communities and our world... The

internet is a democratizing element; everyone has an equivalent voice... There is no way

back at this point. We can't turn it off. The Internet Age is here" (Leonard Kleinrock, 2009).

Internet dalam semua kompleks saiteknya, dari mesin komputer, sistem multimedia,

jaringan WWW, dan aplikasi-aplikasinya itulah Kurun 21.

Akhirnya, muncullah kurun industri kreatif yang menunjangi kebangkitan ekonomi kreatif

atau Attention Economy/ Gift Economy/ Invention Economy/ Creative Economy: whose

form is informational, global and networked (Castells 2000). Lalu segala kultural dan

siginifikasi telah mencetuskan kesan-kesan ke atas semua aspek penghidupan seharian,

terutama yang berkaitan dengan konsumsi komoditi-komoditi. Industri kreatif digerakkan

oleh kapitalisasi kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk atau jaksa/khidmat

dengan sumber-sumber, bahan-bahan, bentuk-bentuk dan kandungan-kandungan kreatif

yang memiliki medan graviti ekonomi yang amat berpengaruh dan begitu berkuasa dalam

membangunkan penghidupan masadepan, terutama dalam dunia yang mengeksploitasi

teknologi media masadepan dan teknologi kreatif. Secara umumnya dapat digariskan

bahawa industri kreatif adalah sistem kegiatan (gravitas) manusia yang berkaitan dengan

rekacipta (creation), penerbitan (production), pengedaran (distribution), pertukaran

(exhibition), dan pemakaian (consumption) barang dan jaksa/perkhidmatan yang bernilai

kultural, artistik, estetika, intelektual, dan emosional bagi para pelanggan di pasaran.

Segala aktiviti dan proses kultural seperti rekabentuk dan signifikasi membawa kesan

yang cukup kuat ke atas semua aspek penghidupan seharian, secara partikularnya yang

berhubungan dengan konsumsi komoditi-komoditi. Budaya tidak lagi sekadar suatu sfera

kepercayaan dan amalan dalam kehidupan sosial, sebaliknya mencakupi segala bentuk

dan kandungan yang membina sistem dan cara hidup manusia, dari hal ehwal rekabentuk

perbandaran, pejabat-pejabat, senibina rumah, arca-arca yang akan disusunkan sebagai

penghias laman dan ruang-ruang, sistem pengangkutan dan komunikasi (misalnya

rekabentuk telefon, komputer, kereta dan kapal persiaran), terhadap bagaimana fesyen

pakaian memberi makna identiti terhadap pemakai dan mereka yang menonton pemakai

tersebut, sehingga tentang strategi-strategi promosional perusahaan-perusahaan,

termasuklah, bagaimana kerajaan menguruskan ekoposial dalam era kultur promosional

dan dagangan elektronik bagi merekayasa pembangunan bertubi-tubi sektor pertanian

dan pelancongan, hiburan dan media sebagai memenuhi keperluan ekonomi inovasi

melalui kebijakan-kebijakan ekonomi kreatif. Kreativiti sudah berada di bibir setiap orang

pada hari ini. Namun dalam kelajuan dan keghairahan fungsi dan pengaruh media baru

dan teknologi kreatif yang dijenterakan oleh internet ini dalam mentransformasi cara

kehidupan manusiawi berlaku; sejauhmana mencipta pragmatisme generasi muda

3


Pengaruh dan kuasa internet semakin berkembang sebaik potensi penyebaran dan

pengluasan informasi semakin maju melalui penciptaan aplikasi-aplikasi yang

menterjemahkan kemampuan internet dan kemuncaknya adalah penghasilan saitek e-

mail, dan kemudian letusan saitek kandungan melalui multimedia, dan tentunya pemajuan

situs/website. Sebaik dunia memasuki Kurun 21 yang dianggap sebagai Kurun Informasi

hampir 1/5 penduduk dunia telah pun mempunyai komputer dan hampir 1/3 dari

operasional institusi di peringkat kerajaan dan swasta telah beralih sepenuhnya kepada

teknologi informasi. Howard Dean, calon Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2004

telah melancarkan kempen berasaskan Internet dengan menubuhkan skuad perhubungan

awam, pakar komunikasi dan media, serta pengatur strategi deliberatif dalam projek

‘Deanspace’, dan sejak Mei 2003 lagi Howard Dean dan pasukan kempennya yang

diketuai oleh Joe Trippi telah melancarkan situs, dan beliau berkata pengaruh dan kuasa

internet serta media-media baru yang wujud di dalam kompleksnya adalah ‘The Perfect

Storm’. Lippi selaku ketua pasukan kempen telah menegaskan internet sebagai “it is a

storm that has never happened before -- because it could not have happened before. The

forces required to come into sync were not aligned, nor in some instances mature enough

prior to this Presidential campaign” (Trippi 2003:96). Ini kerana dalam situasi dan

fenomena masyarakat sentiasa dibebankan dengan tohmahan, tanggapan, atau persepsi,

meski persepsi adalah sebuah proses dalam penilaian dan pengembangan

tanggungjawab terhadap isu dan krisis namun persepsi tidak mampu untuk mengolah

sebuah keputusan yang muktamad.

Lalu muncullah persoalan bagaimana masyarakat dapat menguruskan segala persepsi

secara objektif dan komprehensif; yakni bagaimana mereka menguruskannya secara

sendiri Bagaimana mereka berkolaborasi Bagaimana mereka berbuat keputusan dan

mengambil tindakan

Jawabannya ialah internet dan World Wide Web. Lippi turut mempercayau bahawa

kebangkitan media-media baru dari ruh internet seperti portal, website/situs, dan tentulah

kemunculan blog yang secara dinamik dan efektif telah membina region blogosfera yang

membentuk hubungan persepsi, komunikasi dan aksi sesama masyarakat secara dua

hala, maupun pelbagai hala, sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh pengetahuan

komunikasi klasik seperti yang dikemukakan oleh Schramm dan rakan-rakannya di

zamannya. Bermakna komunikasi plural telah muncul, maka tentunya memanfaatkan

media baru misalannya dalam strategi politik adalah suatu projek masadepan yang akan

memudahkan matlamat dan operasional disempurnakan dengan lebih efektif dan

praktikal. Joe Trippi dan Zephyr Teachout selaku pemacu utama skuad media Howard

Dean, melalui projek ‘Deanspace’ yang dikembangkan dari kaedah-kaedah awal

komunikasi internet iaitu situs, email, chat/messenger, guestbook, forum, dan portal

dalam website Hack4Dean, berpercaya projek ini akan membina mikrokomuniti bagi

Howard Dean sekaligus akan menumbuhkan makrokomuniti di seluruh Amerika Syarikat

malah dunia.

Lalu bagi mereka yang menentang internet, atau menganggap internet dan komputer

sebagai ancaman terhadap masyarakat dan demokrasi politik dengan tohmahantohmahan

akan mencetuskan gejala pengkhianatan nilai seperti mencetuskan krisis

fitnah, tuduhan, hasutan serta pendedahan rahsia peribadi hanyalah sebuah dongeng

retorik yang dimulakan oleh kawanan politikawan yang berkepentingan, yang sentiasa

menganggap teknologi dan media adalah kegiatan yang boleh memberi ancaman

terhadap pengaruh dan kuasa mereka, lalu dengan cara mudah menuduh media sebagai

proksi kepunahan demokrasi. Internet telah memajukan jaringan hubungan sosial, malah

mengukuhkan kefahaman, kesedaran, kecergasan dan kebijakan masyarakat dalam

menangani krisis dan konflik, serta dapat menguasai tekanan dan tuntutan dalam sebuah

proses bernegara. Tentulah situasi ini ada kala tidak berpihak pada ahli politik terutama

politikawan yang autokratis dan berperilaku tirani atau diktatorian; dan tentulah bagi

sebuah proses politik posisi hubungan yang wujud antara masyarakat, dan juga antara

ahli politik adalah sebuah masadepan yang cemerlang dalam demokrasi sebagaimanya

yang diulas oleh sosiologiwan Mark Granovetter; “the strength of weak ties” (Malcolm

2002: 102). Malah David Reed dalam tulisannya “That Sneaky Exponential – Beyond

Metcalfe’s Law to the Power of Community Building” yang menjelaskan yang utiliti bagi

sebuah jaringan besar akan menghasilkan matlamat yang lebih cepat dan menyeluruh.

Dan apa yang difahamkan sebagai ‘Red Law’s” ini adalah mengikuti pendirian dalam

‘Metcalfe’s Law’ yang menegaskan “a single fax machine is useless, but the value of every

fax machine increases with the total number of fax machines in the network, because the

total number of people with whom you may send and receive documents increases. This

contrasts with traditional models of supply and demand, where increasing the quantity of

something decreases its value” (rujuk di Wikipedia: http://en2.wikipedia.org/wiki/

Metcalfe's_law). Malah kuasa internet dan kemampuan seluruh mediasfera di dalamnya

adalah lebih besar dan lebih bergraviti. Ini disepakati dari penjelasan Albert-Laszlo

Barbasi, dalam tulisannya “Linked: How Everything is Connected to Everything Else and

What It Means” (2003: 116) yang menyatakan setiap individual sudah berada dalam

jaringan politik, dan menunggu waktu untuk menggerakkan potensi tersebut menjadi

suatu kuasa. Howard Rheingold merumuskannya sebagai “this isn’t new, it’s been

happening since the first email distribution lists appeared. Howard suggested that it’s

important to acknowledge and build on earlier work. “Something new is happening, truly,

4


in terms of the kinds of software available, and the scale of use. But in many ways, this

something new would not be happening if many people over many years had not coded,

experimented, socialized, observed, and debated the social relationships and group

formation enabled by computer-mediated and Internet-enabled communication

media” ( r u j u k d i : http://www.plasticbag.org/archives/2003/05/

my_working_definition_of_social_software.shtml).

Komputer, internet dan aplikasi-aplikasi media baru di dalamnya adalah digunakan oleh

masyarakat untuk menggantikan kepercayaan komunikasi politik klasik yang singular dan

autoratik, kepada politik deliberatif yang membuka ruang munculnya demokrasi

partisipasi. Rheingold menegaskan lagi “virtual communities are social aggregations that

emerge from the Net when enough people carry on those public discussions long enough,

with sufficient human feeling, to form webs of personal relationships in cyberspace” (rujuk

di: The Virtual Community (Electronic version), “Introduction.” http://www.rheingold.com/

vc/book/intro.html). Kleinrock menyebutnya internet telah pun muncul, tidak mungkin

akan ada suatu upaya yang mampu menghalangnya dari terus berkembang dan

membentuk pengaruh serta menentukan kuasa, dan dengan pertumbuhan pengguna

internet di seluruh dunia adalah sama dengan kadar literasi bacaan, malah semakin

mengatasi keyakinan terhadap media tradisi seperti buku, suratkhabar dan televisyen,

malah meninggalkan jauh radio dan filem tentulah masadepan itu adalah internet.

Berdasarkan penjelasan oleh Everett Rogers, saitek termasuk komputer dan internet

adalah asas dalam percaturan politik di pelbagai zaman, meski kemunculan pengaruh

saitek ini tidak begitu dekat dengan pengalaman individu sewaktu memahami politik,

berbanding aktiviti-aktiviti langsung seperti menghadiri ceramah, berbahas dan

melebarkan persepsi, serta propaganda dari slogan, moto, manifesto dan peribadi ahli

politik namun sejak media muncul dari zaman akhbar terutama televisyen politik dan

sains teknologi telah lama saling bergantungan.

saintifik telah memproses upadaya fizikal dan mental manusia ke suatu graviti yang

sangat bertenaga khususnya dalam berfungsi sebagai pencetus dan penggerak, kerana

internet memudahkan proses penyebaran tersebut. Teknologi media cetak dan media

elektronik sama ada akhbar, majalah, buku, radio, televisyen, iklan, filem dan

persembahan-persembahan pentas yang sikap kandungannya terlalu terkawal, yang

sangat membebankan dalam melajukan proses mendapatkan informasi dan pengetahuan

kerana sifat dan bentuk media tradisional ini begitu inklusif dan sepihak/ singular. Ini

ditambahkan lagi dengan sifat fizikal yang tidak efisien, yang tidak mungkin boleh dibawa

ke mana-mana, dan jika mampu dibeli dan dimiliki setiap hari misalnya akhbar, majalah

dan buku ianya masih terbatas dari aspek kandungan dan penggunaan. Media baru dan

teknologi kreatif yang berasaskan internet direkacipta untuk begitu ringan dari aspek

fizikalnya, dan aspek sikap kandungannya begitu partisipasi, terbuka dan plural. Setiap

orang boleh memiliki, menguruskan dan menggunakannya di mana sahaja, bila-bila masa

sahaja, tanpa ada batasan, kerana menggunakan teknologi pasca wayar sepenunya,

mudah alih, ringan, menarik, dan pelbagai guna.

Inovasi saitek seperti internet membina pengaruh dalam strategi politik, maupun ekonomi

dan sosial secara; (1) kelebihan relatif, prestij sosial dan kepuasan, (2) hubungan nilai

yang dapat dibentuk dengan pelbagai ruang, pihak yang terlibat, (3) peranan yang

kompleks, (4) fungsi yang boleh berubah dan pelbagai, (5) mencetuskan kepercayaan

dalam membuat keputusan secara praktikal. Yakni berlakunya fenomena difusi iaitu

suatu proses di mana inovasi berkomunikasi dalam bentuk-bentuk dan saluran-saluran

yang berbeza dengan masyarakat dalam sistem sosial.(Rogers 1995: 5). Bagaimana

ekosistem internet menjadi sebuah gerakan strategi adalah seperti memahami situasi

blogosfera, sofistikasi sistem yang kompleks dan kuasa komunikasi yang praktikal dan

Grafik 1: Kevin Kelly, Editor-At-Large, Wired; Author, What Technology Wants

5


Tentulah persoalan bagaimana media baru dan teknologi kreatif ini boleh digunakan untuk

menarik orang ramai, tidak kira dari generasi mana, atau di sempadan geografi mana,

sudah tidak menjadi perbahasan kerana sebaik sahaja munculnnya internet, dan

seterusnya tercipta komputer yang merealisasikan semua aplikasi internet, dan gajetgajet

media future yang lain, manusia telah benar-benar menghargai dan memakainya

malah menjadikannya sebagai salah satu keperluan dalam sistem penghidupan. Isu yang

terbangkit mungkin apakah manusia benar-benar memahami keperluan penggunaan

media baru dan teknologi kreatif tersebut sebagai suatu hasil mahsul peradaban future

yang mempercepatkan pembinaan masyarakat madani, atau masyarakat yang

berperadaban tinggi atau sebaliknya kembali mengembangkan sikap-sikap, perilakuperilaku

dan perbuatan jahiliah, makar, dan menyeleweng dari kebaikan.

Clay Shirky dalam tulisannya “Power-laws, Weblogs and Inequality” menyatakan; “when

you sort blogs by the number of links to them, the value of the Nth position is 1/N (the

second in rank has 1one-half the links of the first, the third in rank has one-third the rank of

the first and so on). This paints a picture of blogs as publishing, where the most

connected nodes hold the most value” (rujuk di: http://www.shirky.com/writings/

powerlaw_weblog.html). Internet menjayakan strategi demokrasi ekstrim, dengan setiap

individu mempunyai kuasa politik, bukan sahaja seperti yang difahamkan dalam kanun

demokrasi klasik iaitu satu undi bagi satu orang sahaja. Selama ini semua kuasa

menentukan pengaruh dan kepercayaan hanya wujud di kalangan kaum politikawan,

parti-parti politik terutama pemerintah yang sentiasa menggunakan aparatus negara

dalam mengekalkan kekuasaan, baik secara demokrasi, atau autokrasi, maupun sebagai

sebuah republik politik para tirani dan diktatorian. Ini ditunjukkan oleh Saddam Hussein

dan Bashar Hafez al-Asaad, yang telah menggunakan kertas undi, pilihanraya dan

demokrasi tirani untuk mengekalkan kuasa dan menunjukkan kebebasan bersuara di

waktu yang sama. Malah Nicolae Ceauşescu, ketika membantai rakyat dan negaranya

sendiri dengan kekejaman stalinisme sewaktu memerintah turut mengatakan rakyat

memilihnya sebagai penguasa. Semua konflik kemanusiaan akibat kepunahan akhlak

kemanusiaan terutama dalam perjalanan politik yang terjadi satu demi satu, dari satu

masyarakat ke satu masyarakat, di satu negara ke negara yang lain akibat pergelutan

mempertahankan dan mendapatkan kuasa politik benar-benar telah menjadi salah satu

punca peperangan, pembunuhan dan pembantaian massa yang tidak pernah boleh

berakhir. Katastrofi ekoposial ini, sebahagiannya terjamah oleh media tradisional untuk

disebarkan, tetapi lebih banyak yang tidak tercapai oleh media tradisional untuk

dihebahkan lalu menyebabkan berlakunya kehancuran peradaban tanpa adanya asa dan

ikhtiar untuk menyelamatkannya. Akhirnya internet telah berjaya mewujudkan ekosistem

demokrasi partisipasi yang matang dan genius, yang membolehkan setiap individu

berperanan dalam mendapatkan, menyebarluaskan dan membentuk sikap peduli di

kalangan masyarakat dunia seluruhnya terutama terhadap krisis-krisis yang terjadi.

Setidaknya terbuka ruang-ruang ikhtiar dan iltizam yang lebih dinamik dan pragmatik bagi

manusia untuk saling bersekutu dalam menyelesaikan dan menamatkan krisis tersebut.

Nilai kemanusiaan berkembang secara lebih dinamik dan murni. Media future hendaklah

dilijhat sebagai suatu sistem penyampaian dan perhubungan terbaik bagi kurun ini.

Internet telah membina jagat tanpa sempadan dan penghidupan langit terbuka, sekali gus

doktrin-doktrin kejam dan zalim seperti perbuatan Nicolae Ceauşescu, adalah berakhir

dengan penyertaan informasi secara berterusan. Ini digambarkan oleh Edward Behr

dalam bukunya Kiss The Hand You Cannot Bite (1991) yang menceritakan kembali

bagaimana detik-detik masalalu kemunculan regim Nicolae Ceauşescu, dan seterusnya

penghidupan dalam period stalinisme yang penuh dengan kekejaman, kezaliman dan

ruang perhubungan dikecilkan dengan proses komunikasi dihalang sama sekali,

sehinggalah di saat regim komunis Dracula ini jatuh pada Krismas, 25 Disember 1989,

sekaligus menjadi negara komunis terakhir tumbang di Eropah dan demokrasi kembali.

Media baru melalui internet akan mencergaskan potensi ekspresi msyarakat sekaligus

akan menemukan suatu proses budaya berfikir, berperasaan dan beraksi yang lebih

praktikal dan pragmatik akibat dari graviti informasi yang cepat, efektif dan deliberatif.

Sewaktu Aristotle memperkenalkan tiga bentuk penyampaian atau perucapan yang

menunjukkan elemen-elemen komunikasi iaitu deliberatif, forensik dan epidektik dalam

bukunya Ars Rhetorica (sunt. Buckley 1995: 110-13) projek komunikasi masih singular

dengan penyampai menyebarkan perucapannya terus ke penerima, dan jika berlaku

tindakbalas hanyalah dalam frekuensi yang sangat kecil.

Konsep deliberatif Aristotle ini telah dimajukan sepenuhnya oleh internet, dan programprogram

seperti blog, chat, ‘shoutbox’, kemudiannya ‘messenger’, YouTube, Friendster,

MySpace, pengedaran bahan-bahan melalui Napster, merealisasikan kemunculan

mediasfera yang lengkap seperti yang pernah digemakan oleh para retorikawan Greek

dan Rom, yakni media sosial contohnya Facebook, bukan sahaja lengkap dengan aktiviti

deliberatif malah turut mengandungi elemen-elemen forensik dan epidektik yang tinggi

dan praktikal, lalu komunikasi retorikal ini tentulah menjadi strategi paling berkesan dalam

projek politik misalnya sekira dimanfaatkan dan distrukturkan dengan sistematik dan

saintifik. Elemen-elemen sentral demokrasi yang dibincangkan oleh sekian banyak sarjana

selama ini (akan berubah (misalnya Dewey 1954; Habermas 1989; Barber 1984; Carrey

1995; Schudson 1997; Splichal 1999; Fishkin 1991) telah menemukan proses-prosesnya

yang lebih praktikal, dan konflik publik seperti yang dikatakan Dewey, “who are affected

by the indirect consequences of transaction to such an extent that it is deemed necessary

6


to have those consequences systematically cared for” (Dewey 1954: 15‐26) terjawab.

Internet telah menggerakkan pertumbuhan potensi ekoposial dan juga bakat manusia

secara lebih drastik dan dinamik terutama apabila saitek World Wide Web (www) telah

beroperasi dengan cekap dan menyeluruh.

Grafik 2: Douglas Rushkoff, Media Analyst; Documentary Writer; Author, Program or Be Programmed

Manusia akhirnya merumuskan dan menawarkan kembali sejarah dan geografi dalam

dinamika yang lebih konstruktif dan futurisme dan muncullah globalisasi dalam semua

struktur penghidupan manusia sejagat. Globalisasi telah menyumbangkan dua proses

utama iaitu: denasionalisasi dan depolitisasi. Denasionalisasi adalah proses transferal

kuasa-kuasa regulatori dari negara bangsa kepada pemain-pemain ekonomi dan

swadaya yang berada di luar legitimasi nasional. Depolitisasi pula ialah transferal kuasakuasa

regulatori dari negara bangsa kepada autoritas politikal yang berada di luar

legitimasi nasional. Kedua-dua proses ini membawa perubahan besar dalam kuasa-kuasa

politik, demokrasi, kebebasan dan kewarganegaraan tidak lagi dikurung oleh ruang

teritorial nasional. Dalam situasi ini, negara bangsa dituntut untuk berkongsi kuasa

dengan pelbagai transnasional, publik, dan organisasi-organisasi awam dalam sistem

governans global (Rosneau 1980, 2002; Held, 1995; Scholte, 2005; Habermas, 2003).

Habermas dan juga Giddens menyatakan dengan globalisasi dan pemerkasaan semula

negara bangsa, organisasi-organisasi kepolitikan lama atau tradisi seperti parti-parti

politik dan kesatuan-kesatuan sekerja) yang selama ini memobilisasikan ahli-ahlinya

dalam ekoposials nasional menuju kerajaan-kerajaan negara bangsa telah kehilangan

sokongan. Di waktu yang sama bangkit dan semakin kuat pengaruhnya ialah organisasiorganisasi

gerakan sosial dan pemain-pemain sivik sejagat seperti badan-badan NGO

contohnya GreenPeace dan Amnesty International, juga kemunculan individu-individu

bebas, yang bersikap politik gaya-hidup (Giddens 1991: 67) atau politikal konsumerisme

dan environmentalisme (Shah dll 2007: 92, Stolle dll 2005: 116-118). Coleman

menggarisbawahi pandangan internet menjadi ‘estet kelima/ kuasa kelima’ dengan

kuasa-kuasa transformatif yang ada pada teknologi komunikasi ini; pertama, membuka

kebebasan pada publik untuk mengakses maklumat dan mengukuhkan pengetahuan dan

pengalaman secara menyeluruh dan seterusnya mengembangkan dayaupaya masyarakat

untuk bersama terlibat secara ekual dengan penguasa-penguasa politik. Kedua,

membangunkan ruang deliberasi publik tanpa pengaruh sindikasi-sindikasi mediator yang

mana rakyat dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan bebas, dan pragmatik.

Ketiga, mengubah cara persembahan representatif kerana sesuatu yang tersangat

semulajadi dalam mandat representasi demokratik adalah keterbukaan terhadap

informasi (Coleman 2001: 118). Dalam situasi media-media tradisi seperti suratkhabar dan

televisyen yang dahulunya dianggap banyak pengaruh, maka seluruhnya dikendalikan

dan dikuasai oleh pemilik-pemilik mediatalis atau pemodal media yang sentiasa dikawal

oleh kuasa politik atau penguasa, dengan hanya sekecil-kecil ruang yang ada dalam

membolehkan orang ramai, itupun hanya individu-individu terpilih sahaja untuk

melontarkan pandangan dan idea-idea, kritikan dan suara demokrasi mereka sama ada

dalam sudut surat-surat dari pembaca, atau sebagai tetamu dalam rancangan-rancangan

temubicara. Masyarakat terpaksa berhempas pulas untuk mendapat perhatian dari

media, sedangkan penguasa-penguasa politik dengan bebas menguasainya dan

menyebarkan dakyah-dakyah tanpa proses soaljawab dan perbahasan (Kovačič Poler

2004: 89-90). Internet akhirnya membawa pengharapan partisipasi demokrasi ini secara

meluas dan memulakan suatu perubahan nilai, perilaku dan sistem politik.

Planet bumi akhirnya bercantum melalu informasi, dan setiap ruang mula didedahkan dan

terdedah untuk pengetahuan setiap orang. Sejarah dibahaskan dan masadepan

ditanggapkan, lalu kepercayaan berubah di setiap saat seketika informasi berlalu dan

tersebar; “entails listening no less than speaking, it is affective as well as cognitive and its

intentionalism draws it out of pure reflexion into the world of action” (Barber 1984: 174).

Perkembangan pengetahuan tidak lagi terjadi secara singular sebaliknya secara plural,

dengan setiap orang mempunyai energi untuk mengetahui dan mengembangkan

pengetahuan. Setiap orang berfungsi sebagai pencipta dan penerima, dan mewakilkan

7


peranan-peranan dalam semua sisi dan posisi penghidupan. Sekira dahulunya seorang

guru bertindak sebagai penyampai, dan murid-muridnya sebagai penerima dengan

kebolehan interaksi dan komunikasi begitu terbatas antara mereka maka di hari ini, guru

dan murid telah saling melengkapkan sebagai penyampai dan penerima, begitulah

sebaliknya. Seandainya di zaman media tradisi seperti akhbar dan televisyen maka para

politikawan dan menteri-menteri, termasuk penguasa kerajaan hanya dapat menyebarkan

arahan-arahan, peraturan-peraturan, hukum-hukum serta perkembangan kebijakan atau

dasar-dasar hanya terfaham dalam kalangan para penggubal ini namun sekarang setiap

orang dari watan tanahair boleh berfungsi sama ada untuk menyebarkan, membahaskan,

termasuk berpartisipasi dalam memberi pendapat, pandangan dan pengetahuan ke atas

rencana-rencana dan dasar-dasar negara. Rakyat akhirnya mempunyai peranan yang

boleh menentukan masadepan; “When I act, the publicness of the act can only be

measured by the publicness (or privacy) of its consequences, when we – the community,

the people, the nation – act, the act is public regardless of its consequences” (Barber

1984: 124)

strategi dalam politik, dan bagaimana peranan internet ini dapat mengasosiasikan antara

kedinamikan peranan individu, masyarakat, globalisasi, nasionalisme di satu pihak yang

sentiasa bertentangan dengan objektif kuasa ekoposial oleh para pencatur ekoposial; dan

di sisi lain ialah untuk menjadi sebuah projek ekoposialisasi dalam mencapai visi

ekoposial itu.

Malaysia akhirnya mempunyai hampir 500 ribu blog (Utusan Malaysia, 12 April 2006)

dengan hampir pula 12 juta berada dalam rangkaian Twitter, MySpace dan Friendster,

dan Facebook. Dianggarkan 13 juta rakyat Malaysia terlibat dalam Facebook dari

keseluruhan 1 bilion pengguna Facebook di seluruh dunia.

Kemuncaknya sebaik internet dirayakan pencapaiannya, dari aplikasi e-mail yang

semakin cepat dan mengghairahkan, dan situs/website serta rangkaiannya seperti portal,

bukutamu (guestbook), mencetuskan kebangkitan aplikasi yang lebih konstruktif, dinamik

dan berkesan yang akhirnya memulakan kebangkitan secara besar-besaran “media baru”

yang tidak pernah terfikir akan begitu sekali luarbiasa dan ajaibnya kuasa internet hatta

oleh para pencipta asalnya seperti Kleinrock. Media baru kemudian mengambil alih

hampir secara keseluruhan potensi media-media tradisi seperti akhbar, televisi dan jika

yang kekal sebagai kesan dari keperluannya sebagai kandungan adalah filem, muzik dan

kartun. Manusia yang dulunya mempercayai suratkhabar, atau sepanjang 1970an

beranggapan televisyen sebagai ‘agama’ dengan setiap rumah pasti mempunyai sebuah

TV sekarang benar-benar menyembah internet kerana bukan lagi “setiap rumah” tetapi

“setiap orang” mempunyai akses internet sama ada dengan komputer peribadi, laptop

atau pun telefon-telefon selular dan pemacu mainan seperti iPod dan iPhone. Ketika inilah

segala bentuk media baru yang berkembang dari e-mail, website/situs dan ‘chat’ seperti

BLOG, dan sistem jaringan sosial iaitu MySPACE, FRIENDSTER, TWITTER dan

FACEBOOK dan lain-lain telah mengawal secara dinamik hampir setiap orang, dan

hampir setiap ruang yang ada pada orang itu: “not only perform an interpretive function in

the sense of providing answers to the question ‘What is going on here’, but they are

decidedly more agentic and contentious in the sense of calling for action that

problematizes and challenges existing authoritative views and framings of reality” (Snow

2004: 385). Persoalannya yang muncul adalah sejauhmana internet dapat dijadikan

Grafik 3: http://www.checkfacebook.com/

8


Jumlah ini setiap hari semakin meningkat, persepsi halangan yang ada dalam

melambatkan pertumbuhan ke 90% rakyat Malaysia berada dalam jaringan Facebook

hanyalah akibat fasilitas internet yang masih rendah di kawasan luar bandar khususnya di

Sabah dan Sarawak, termasuk masalah pemacu internet seperti broadband, dan juga

sistem jalur internet khususnya WiMax dan WiFi masih lagi tidak menyeluruh terbekal di

semua kawasan. Namun kederasan perhatian dan matlamat serta kecenderungan

terhadap media dan maklumat adalah sangat tinggi seperti sepanjang period Pilihanraya

Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan bagaimana media baru telah menunjukkan

pengaruh dalam membentuk kepercayaan politik nasional, sekali gus memberi gambaran

bagaimana pula penghidupan masyarakat Malaysia ditentukan oleh informasi dalam

media baru; because of bloggers’ ability to identify and frame breaking news, many

mainstream media sources keep a close eye on the best known political blogs (Adamic,

Glance 2005: 1-2). Dadakan demokrasi deliberatif dan partisipasi yang dicetuskan oleh

mediasfera blog dan media sosial akhirnya telah menyekat pengaruh konsosiasional yang

menjadi amalan dalam ekoposial tradisi selama ini. Politik konsosiasional yang

merupakan persefahaman kuasa natara elitis politikawan atau parti seperti yang disebut

oleh Arend Lijphart “grand coalition, segmental autonomy, proportionality, and minority

veto” (2000: 208) sedikit demi sedikit diambil alih oleh demokrasi partisipasi dengan

setiap watan tanpa kebatasan umur, kaum, budaya dan agama, atau pendidikan lagi.

Nah, sekarang barulah para cendekiawan, politikawan, agamawan, seniman, sastrawan,

budayawan dan orang ramai tahu bahawa setiap langkah kata ataupun ekspresi akan

dirakam, dikemas dan dihubungkan ke seluruh dunia dalam beberapa minit (Edward

Luce, Financial Times 13/6/2008). Seluruh pendidikan komunikasi, sains politik termasuk

pemikiran terhadap bentuk dan sistem ekoposial moden berubah dengan mula memberi

tumpuan terhadap pengaruh dan penaklukan media baru sebagai suatu teknologi yang

memberi kesan besar dalam kepercayaan masyarakat. Sekali gus percakapan tentang

media, teknologi, masyarakat berkembang pula ke sisi kekuasaan ekoposial.

Masyarakat menjadi sebahagian instrumen aktualisasi teknologi media dengan praksis

ekoposial atau pergelutan kuasa. Philip J Vermonte, penganalisis CSIS menjelaskan

beberapa pemanfaatan media baru untuk mencapai tujuan politik. Mengutip majalah The

Atlantic Monthly edisi Jun 2008, Vermonte menyebut bagaimana cara komunikasi politik

mengalami transformasi dari masa ke masa. Malah sejak era media tradisi lagi, misalnya

bagaimana Andrew Jackson membentuk Parti Demokrat saat teknologi cetak mengalami

kemajuan pesat sekitar 1800an. Jackson mengorganisasikan editor dan penerbit untuk

membentuk parti politik. Lalu Abraham Lincoln menjadi tokoh lagenda setelah transkrip

kempen-kempen politiknya disebarluaskan melalui akhbar yang saat itu menggila-gila

perkembangannya di Amerika Syarikat. Pada masa berikutnya, Franklin Roosevelt

memimpin Amerika Syarikat melalui masa sulit dalam menterjemahkan kempen-kempen

program New Deal secara efektif melalui media radio. Dan, John Kennedy menjadi

tersangat popular setelah debat antar-calon presiden buat pertama kalinya disiarkan

secara langsung melalui kaca televisyen sekaligus menjadi penguat citranya. Meneruskan

kelangsungan projek ‘Deanspace’ oleh calon Presiden 2004 Howar Dean; dan, sebagai

seseorang yang sentiasa dilihat sebagai mewakili kaumnya yang sering diapartheidkan di

sepanjang perjalanan sejarah Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama melalui Parti

Demokrat juga mengeksploitasi sifat Web 2.0 yang bergerak dalam rangkaian jaringan

sosial yang sangat makro, dengan menggerakkan hampir 30,000 acara dalam 15 bulan

kempen pemilihan. Seluruh bentuk dan kandungan kempen disebarluaskan ke setiap

aplikasi media baru dari portal ke blog, YouTube, MySpace, Twitter dan Facebook malah

buat pertama kali menggunakan gajet-gajet media baru seperti iPod dan iPhone sehingga

pasukan Obama berjaya membentuk kepercayaan baru dalam cara menguruskan sejarah

dan masadepan masyarakat Amerika Syarikat yang rata-rata diketahui umum sebagai

bangsa “konservatif total” yang bias terhadap warna kulit, bahasa dan agama. Ini disebut

oleh Edward Luce, kalau ada medal emas dalam pemanfaatan teknologi dan media baru

bagi tujuan politik, maka setiap aficionado akan menyerahkannya kepada Obama

(Financial Times, 13/6/2008). Ini ditunjukkan oleh lebih 1800 video yang dibuat oleh

pasukan kempen, dengan ditonton lebih 100 juta orang, dengan statistik sebutan carian

nama Obama melalui Google, Yahoo dan AOL mencecah hampir 2.5 bilion dan

seterusnya pengukuhan imej di samping peneguhan citra Obama berlangsung di setiap

pergerakan informasi dalam jaringan sosial Twitter dan Facebook adalah sebanyak

350,000 kali dalam satu minit. Akhirnya Obama berjaya diangkat sebagai sosok lagenda

Kurun 21 dan tidak mustahil penciptaan citra mitos sebagai politikawan jauhari lagi

budiman, melalui ringkasan sejarah sebagai orang kulit hitam yang akan mengemudi

dunia yang bermacam-macam benar-benar mempengaruhi dan menjadi “kepercayaan”

sehingga Obama akhirnya diberi Anugerah Nobel Keamanan 2009 (Farrell, 2009: 15).

Obamania yang dicetuskan oleh pasukan strategi komunikasi, perhubungan awam dan

politik Obama benar-benar telah menggunakan secara menyeluruh kuasa ‘Cyber-

Libertarians’ atau mungkin dapat disebut sebagai ‘Netizen’; “Typified by groups such as

the Free Software Foundation and the Electronic Frontier Foundation, and dedicated

readers of Wired magazine, they believe “information wants to be free” and that all

software should be open-source” (rujuk di: "Cyber-Libertarianism: The Case for Real

Internet Freedom" http://techliberation.com/2009/08/12/cyber-libertarianism-the-casefor-real-internet-freedom/).

Pasukan strategi politik Obama telah mengluaskan peranan

media baru, dari seluruh posisi iaitu blogosfera dan sosialsfera termasuk digitalsfera

9


terutama YouTube, dan tentulah setiap dari kita masih mengingat klip video kempen

Obama itu, yang telah ditonton lebih dari 100 juta penonton di seluruh dunia. Obama

telah membiayai gerakerja strategi dengan pengasas bersama Facebook iaitu Chris

Hughes dalam melancarkan jaringan sosialnya sendiri ‘MyBarackObama.com’ yang telah

melatih lebih dari 8 juta sukarelawan, menarik perhatian lebih dari 500,000 untuk

membuka akaun, dan mewujudkan pasukan sukarela penyokong kempen lebih dari

30,000 dalam menjayakan seluruh projek kempennya di kesemua 50 negeri. Pasukan ini

kemudiannya melancarkan projek bernama ‘Houdini’ iaitu projek yang membolehkan

suatu analisis dan kebersekutuan penyokong segera dijayakan, bagi membolehkan setiap

penyokong berkomunikasi, berinteraksi dan bersepakat dengan kumpulan masyarakat

yang lain, seterusnya menyebarkan dasar-dasar, dan matlamat manifesto serta sasaran

politik, dan seterusnya proses pengundian. Suatu asa prediksi terhadap persepsi dan

strategi dan seterusnya dari penilaian ini akan membolehkan prakarsa alternatif

dilaksanakan di hari mengundi, juga dengan melaporkan secara langsung dan berterusan

kedudukan potensial pengundian bagi memboelhkan sebaran maklumat ditaburkan

secara pantas, dan efektif untuk mendorong pengundian yang masih berjalan berpihak

pada Obama. Semua sisi kuasa internet dan mediasfera digunakan dengan

mengembangkan proses-proses menguruskan persepsi, merencanakan strategi politik

dan prediksi keputusan. Jika ada di Malaysia barangkali buat pertama kalinya dilakukan

oleh pihak Zentrum Future Studies Malaysia sewaktu Pilihanraya Umum 2008, dengan

menganjurkan prediksi berterusan sejak minggu kempen, dan ini nyata mencetuskan

keminatan dan kepercayaan baru, seperti yang ditunjukkan dalam Pilihanraya Kecil Sibu

dan seterusnya. Sekira Mawi muncul sebagai model kuasa media baru ‘sms’ dengan

gajet telepon bimbit dan telefon pintar sebagai pemacu, yang menempatkannya sebagai

juara program realiti TV ‘Akademi Fantasia’ Musim 3 sehingga digelar ‘Raja SMS’ dan

mencetuskan fenomena ‘Mawi World’ dengan hampir 10.7 juta melakukan undian SMS

maka samalah situasinya dengan strategi yang digunakan oleh kumpulan penggerak

kempen Obama. Strategi Obamania ini adalah suatu pengalaman realistik bagaimana

internet dan partisipasi demokrasi akhirnya mencipta sejarah dengan Obama muncul

sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 44, dan yang berketurunan kulit hitam pertama.

Devora Rogers dalam tulisannya “Emerging Media, Barack Obama, and the Future of

Political Campaigns” membuat kesimpulan kemenangan Obama sebagai “Internet is the

New King: From Howard Dean to Barack Obama” dan Presiden Barack Obama adalah

“the first internet presidency” (2008: 1,2).

Ada pun, kini teknologi media baru telah tersedia bagi para aspiran politik yang sedang

mendambakan kekuasaan dan pengaruh. Howard Dean memanfaatkan internet dan

seluruh sistem di dalamnya bagi Pemilihan Presiden AS. Blog-blog telah muncul dengan

segala macam jaringan yang lain seperti Napster, Friendster, MySpace, dan kemudiannya

YouTube dan terbentuklah mediasfera yang baru, disebut sebagai blogosfera. Setiap

orang mula meluahkan perucapan akal rasa dan akal fikir mereka, dan berkembang, dari

hal-hal berkaitan dengan nostalgia dan pengalaman peribadi menjadi medan

menyebarkan komen, kritikan, pandangan hatta kempen-kempen sokongan dengan

terbuka, bebas dan dinamik. Period 2004 hingga 2008 telah menempatkan media baru

iaitu blog sebagai media paling berkuasa dalam membentuk kepercayaan politik

masyarakat. Kuasa media tradisi seperti akhbar dan TV yang kebanyakannya dikawal dan

dimiliki kapitalis politik telah ditentang dan banyak yang sedang mengalami gencatan

untung yang memungkinkan tewasnya pengaruh kapitalisme politik feudal di mana-mana,

khususnya di kebanyakan negara dunia ketiga. Impak ini turut berlaku di Malaysia tanpa

disedari dan masih sukar untuk dipercayai secara saintifik, berasaskan data-data

kuantitatif kerana kajian berkenaannya belum menarik minat para intelektual, yang

kebanyakan masih sibuk berbahas tentang keburukan media baru, teknologi kreatif,

internet terhadap akhlak, moral, nilai dan norma, serta budaya masyarakat. Pengetahuan

menguruskan persepsi dan menangani prediksi yang menjadi kandungan terbesar dalam

kebangkitan media baru melalui internet ini tidak pernah tersentuh, meski segala macam

perbahasan mengenainya telah menggegerkan situasi politik di negara-negara maju

misalnya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Kuasa politik yang ditambat dalam

perkongsian saham kompeni-kompeni media tradisi nampaknya sama sekali tidak

mampu berdepan dengan kebangkitan kuasa ketiga iaitu jaringan massa dalam media

baru lantaran informasi sudah pun dengan sendirinya menjadi bebas. Kapitalisme media

yang sifatnya singularisme sebelum ini, atau satu arah yang mengarah telah tersingkir

oleh gerakan pluralisme liberal atau keterbukaan pelbagai dalam media baru sehingga

kuasa bukan lagi ditentukan oleh minoriti sebaliknya setiap individu yang membentuk

massa. Media baru dijenterakan internet, direalisasikan oleh blog, benar-benar telah

merealisasikan perubahan dinamika politik apabila setiap orang mula memiliki peranan

yang tersangat kuat dan boleh mengubah segala macam krisis hanya dengan informasi.

Persoalan tentang bagaimana pengaruh media baru, mahupun teknologi kreatif dapat

digunakan dalam membentuk pengaruh, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat

adalah boleh dibahaskan dengan menilai situasinya di dalam krisis strategi politik.

Strategi politik telah berubah. Sekira dalam pemahaman taktikal kepolitikan konvensional

yang sering digunakan dalam menggerakkan rencana strategi (renstra) misi politik ialah

berasaskan sokongan primarial, bermula dengan operatif politikal, dan seterusnya

operatif kewangan, dan operatif sokongan kumpulan pelindung (invisible) nampaknya

telah turut memerlukan operatif internet. Ini ditunjukkan oleh pengalaman politik Amerika

Syarikat bilamana berlaku persaingan merebut penasihat kempen Bob Shrum di antara

10


calon Presiden John Kerry dan John Edward yang menyebakan sekarang wujudnya

agensi sindikasi ‘Online Political Operatives’ yang membuka tender-tender secara terbuka

dan ‘online’ kepada semua calon untuk mengakses dan mendeterminasi pakar-pakar

individu dan organisasi yang boleh menjayakan projek politik calon Presiden AS. Lalu

pada tahun 2004, seperti yang disebutkan sejak awal, bermulalah peranan operatif

internet dalam kem Howard Dean. Persaingan 2008 memperlihatkan kepercayaan

terhadap operatif internet semakin meluas, mendorong Hillary Clinton melantik Nathaniel

Pearlman, sebagai ketua Chief Technology Officer, beliau adalah pengasas dan pengarah

NGP Software. Maka tentulah Obama sekali lagi telah menunjukkan perubahan

kepercayaan terhadap operatif ini, Barack Obama melantik Joe Rospars sebagai

Pengarah Operasi ‘New Media’. Rospars pernah bekerja dengan kumpulan Howard Dean

dalam kempen 2004. Rospar adalah rakan kongsi dan pengasas kompeni Blue State

Digital, sebuah kompeni terkenal dalam strategi internet, komunikasi dan sindikasi dana

kewangan. Obama turut melantik, Sam Graham-Felsen, untuk menguruskan blog, dan

Graham adalah pengarang yang menulis buku The Nation, dan menerbitkan VideoNation.

Perkembangan operatif internet dalam strategi politik di Amerika Syarikat secara

terancang yang bermula sejak 2004, sebenarnya telah mengembangkan potensi gerakan

informasi di seluruh dunia, meski tanpa disedari oleh pelbagai pihak terutama pemainpemain

politik yang masih selesa dengan kaedah-kaedah konvensional, seperti

kebergantungan pada media tradisi yang satu hala, diarah dan tidak memungkinkan

wujudnya demokrasi deliberatif dan pluralisme strategi; “Perhaps the most startling shift

since the mid-2000s comes in the form of mass participation in the creation of online

content. This has been fuelled by the growth of web 2.0 services such as blogs, online

social network sites, such as Facebook, MySpace and Twitter, collaborative production

sites such as Wikipedia, and news aggregators and discussion sites such as Digg, Yahoo

Buzz and the BBC’s Have Your Say sections” (Chadwick 2009).

Mediasfera yang dipacu Internet, yang telah menempatkan posisi ini telah membentuk

lingkaran kepercayaan. Politik itu sendiri adalah sebuah proses membina kepercayaan,

yang berhubungan dengan orang ramai atau masyarakat, membujuk mereka adalah suatu

gerakan untuk memenangi kepercayaan. Strategi politik adalah berhubungan dengan

membina kepercayaan ini, yakni bagaimana hendak membujuk atau melaksanakan

persuasif dan ‘suasorie’ seperti yang dikatakan dalam hukum-hukum retorik klasik, lalu

dari kejayaan membina kepercayaan pada orang ramai maka politik dengan sendirinya

akan menemukan sokongan padu. Internet dan media baru telah mentransformasikan

potensi setiap individu, dari hanya sebagai pengguna kepada penerbit; dari hanya

sebagai penerima kepada penyampai; dari hanya sebagai pengikut kepada pemimpin.

Namun di waktu yang sama internet dan media baru yang dimajukannya telah berjaya

menempatkan posisi dalam tempoh 2004 hingga 2008 tersebut. Ini bukan sahaja dari

aspek teknologinya yang semakin sempurna malah kehadiran pelbagai lagi aplikasi

alternatif yang antaranya kemunculan media sosial terutama Facebook yang

menyebabkan proses penyebaran persepsi semakin pantas dan cekap melalui

pengwujudan jaringan individual dan komuniti; “almost half (49 per cent) of British internet

users maintain a profile on an online social network site, more than a fifth (22 per cent)

update a blog, and more than a quarter (27 per cent) participate in online chat rooms.

Older online communication forms such as instant messaging (64 per cent of users) and

email (97 per cent) are now ubiquitous in British society” (OXIS 2009: 21).

Media baru dan teknologi kreatif seperti FaceBook dan YouTube, Twitter dan iLivid, iPad

dan iPhone; menyarankan interaksi dinamik secara langsung dengan masyarakat, segala

diskusi secara cerdas dapat terciptakan termasuk perdebatan-perdebatan terbuka yang

11


mengundang subversisme dan segala macam aliran terkedepan, dan telah

menyebarluaskan satu-satunya pengetahuan yang cukup besar dalam proses tamadun

baru iaitu informasi. Malah dalam Kurun 21, persepsi sendiri sudah menjadi sebagian dari

ciri maklumat yang perlu ditangani, diproses, dan disiapsiagakan sama ada sebagai

strategi atau instrumen prediksi masadepan. Kebangkitan “future studies” sebagai cara

berfikir menjadikan media baru dan informasi yang terkandung di dalamnya sebagai

kepercayaan, “kepercayaan baru yang merentasi sempadan politik, ekonomi, budaya,

kaum dan agama. Ia dianuti hampir semua masyarakat dunia” (Abu Hassan Hasbullah,

Bernama, 19/10/2009) atau yang disebut oleh Rene Descartes sebagai “cogito ergo sum”

(Saya berfikir, arakian itu saya wujud). Sekali gus menafikan kuasa dan kekuatan teknologi

kreatif dan media baru adalah pemikiran yang terencat dalam Kurun 21 sebagai zaman

yang dikawal oleh informasi. Tentunya informasi adalah datang dari rangkaian persepsi

yang disebar, diolah dan distrategikan buat membentuk kepercayaan yang akan

menentukan ukuran dan keputusan. Manusia tidak lagi menguruskan fikiran dan

perasaannya berasaskan apa yang difahamkan oleh diri sendiri, atau yang diinginkannya;

sebaliknya dalam Kurun 21 ini semua proses yang dialami dan dihasilkan oleh manusia itu

adalah sikap yang dibentuk dari informasi.

Pengaruh dan potensi media baru, khususnya blog dan media sosial dalam membentuk

aliran kepercayaan, kebudayaan dan pengetahuan sememangnya sudah tidak boleh

dinafikan, malah posisinya semakin mengukuh dan mencengkam budaya kewartawanan

dan media konvensional sejagat. Ini dapat dibuktikan bila ada berita, laporan dan rencana

serta maklumat-maklumat yang disampaikan oleh media tradisi khususnya akhbar dan

televisyen adalah turut dicuplik, atau merujuk pada lingkaran informasi yang terjadi dalam

blogosfera dan sosialsfera. Bukan seorang dua, malah hampir keseluruhan editor-editor,

penerbit-penerbit, wartawan-wartawan dan kolumnis-kolumnis media tradisi di seluruh

dunia; termasuk di Malaysia telah pun melanggani dan menjadi konsumer blog-blog

politik. Mediawan ini sama ada dengan sedar dan dirancang, atau dengan helah dan

bersembunyi menggunakan idea, serta maklumat yang lebih pantas di blog dan

Facebook, Twitter sebagai bahan media mereka. Dalam kajian Dautrich dan Barnes

(2005), iaitu suatu pemerhatian terhadap 300 siaran televisyen dan wartawan-wartawan

media akhbar, 83% laporan adalah berasaskan maklumat yang diambil secara rasmi dari

blog-blog - berbanding hanya 7% melibatkan pengguna awam - dan 41% laporan yang

mereka gunakan setidak-tidaknya sekali seminggu.

Bagi mediawan yang menggunakan media baru ini, 55% adalah menggunakan data-data.

maklumat dan perkembangan berita dari blog-blog sebagai sumber menyokong kerjakerja

kewartawanan mereka terutama dalam menulis berita-berita. Bill Keller, Pengurus

New York Times, dalam satu wawancara pada November 2003 (Kurtz 2003); “I look at the

blogs... Sometimes I read something on a blog that makes me feel screwed up” (Farrell,

Drezner 2008: 15-30). Blogosfera sebagai media dalam kompleks media baru bukan

sahaja telah membina jaringan ekosistem media yang baru, malah mengikut Ross

Mayfield (2003) ekosistem ini menentukan pengaruh dan potensi mediasfera blog dan

sosial untuk menguasai informasi dan menyebarkannya sehingga membangunkan posisi

transformasi dalam kepercayaan politik individu dan masyarakat.

Berasaskan ini media-media konvensional sudah tertinggal dari aspek kepantasan

menguruskan laboritorium informasi. Media baru bukan sahaja menguruskan, malah

membentuk maklumat. Gunawan media menggunakan blog sebagai jaringan penerbitan,

komunikasi dan kolaborasi kerana kos penggunaan internet semakin murah, dan nyata

lebih efektif dan dinamik atau praktikal mendorong setiap orang menggunakan ruang,

peluang dan potensi ini dalam mengadiluhung kapital sosial masing-masing melalui aksi

komunikasi. Jika merujuk pada kanun-kanun mediasfera baru ini seperti yang ditunjukkan

dalam cuplikan grafik oleh Ross Mayfield, setiap kompleks jaringan mempunyai metodemetode

valuasi yang berbeza:

Penerbitan - Kanun Sarnoff menyatakan nilai jaringan adalah diproposisikan mengikut

jumlah langganan pengguna.

Komunikasi - Kanun Metcalfe menyatakan nilai jaringan adalah diproposisikan mengikut

jumlah lintasan maklumat.

Kolaborasi - Kanun Reed menyatakan nilai jaringan adalah diproposisikan mengikut

jumlah kumpulan-kumpulan kebersekutuan.

Model ini secara radikalnya telah mengubah ekuasi dan ekualiti kanun-kuasa media.

Ruang blog adalah kompleks besar sistem adapatif dengan keupayaan berganda. Atau

dijelaskan dalam jadual di bawah:

Lapisan

Jaringan

Jaringan Politik

Skala

1000s

Jaringan Sosial 150

Distribusi

Lintasan/ Link

Rendah (skala

bebas)

Random (Kelok

Bell)

Kapital Sosial

Kanun Sarnoff,

N

Kanun Metcalfe,

N2

Modaliti

Weblog

Penerbitan

Komunikasi

Jaringan Kreatif 12 Suasana (Flet) Kanun Reed, 2N Kolaborasi

12


Media tradisi seolah-olah bungkam dalam kebangkitan jurnalisme partisipasi yang

pastinya merayakan demokrasi particpasi dalam Kurun 21 sehingga menjadikan media

tradisi seolah-olah bergantung secara mudah pada media baru dalam memperolehi

berita, maklumat dan agenda sekali gus media baru dirayakan peranannya secara

berterusan. Contoh ini menunjukkan bagaimana media baru yang menjadi lebih berenergi

dengan teknologi kreatif telah mengambil alih peranan komunikasi dan kewartawanan

media sepenuhnya dan menjadi media paling dominan yang membentuk dan membina

kuasa dan pengaruh; “[T]he virtue of speed isn’t simply, or even primarily, that you can

scoop the competition. It’s that you can post something and provoke a quick response

and counter-response, as well as research by readers. The collective brain works faster,

firing with more synapses. In theory, “faster” can mean “fast enough to have real-world

consequences” that print journalism or even edited Web journalism can’t have” (Mickey

Kaus 2003). Pertembungan antara media baru dan media tradisi akan menguasai arena

strategi politik dunia, paling tidak untuk beberapa dekad lagi. Perlagaan ini bukan sahaja

melibatkan tekanan terhadap autokrasi kebanyakan media tradisi yang dikuasai pemilik

bernaung penguasa politik, malah juga antara politikawan dengan gejuis (jurnalis media

baru partisipasi) dari aspek undang-undang, misalnya di Malaysia, seperti meningkatkan

konflik ‘saman malu’ dan tindakan keras dari peruntukan undang-undang seperti Akta

Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Penerbitan dan

Percetakan Akhbar (1983), Akta Hasutan (1984), Akta Komunikasi dan Multimedia (1998)

dan lain-lain.

Tentulah tindakan-tindakan ke mahkamah ini akan menyebabkan amalan demokrasi

terganggu, namun pertembungan ini tidak dapat dielakkan selagi masyarakat bebas mula

berkecimpung secara serius sebagai kumpulan pendesak dan penggerak kebebasan

bersuara dalam menegakkan visi misi yang ditakzirkan oleh mereka, membawa negara

dalam bentuk yang mereka fahami sebagai masyarakat madani. Ertinya setiap orang

dalam negara itu berfungsi sebagai pemimpin yang harus menguruskan krisis dan konflik

bagi menjamin keutuhan negara.

Apapun perkembangan tindakan-tindakan ke mahkamah adalah corak yang menunjukkan

berkembangnya pengaruh kepercayaan terhadap media baru seperti blog, dan media

sosial kerana tidak akan ada seseorang yang merasakan ancaman buat dirinya, atau bagi

mana-mana institusi untuk melihat kesan negatif terhadap organisasinya oleh informasiinformasi

dalam jaringan media baru ini seandai media baru ini tidak mempunyai

pengaruh besar dalam pembentukan kepercayaan. Bagi strategi politik, proses pentunaan

(pemusnahan) kepercayaan adalah suatu malapetaka bagi masadepan politik mereka,

dan keupayaan media baru seperti blog dan jaringan sosial mewujudkan pentunaan

kepercayaan sudah diterima sebagai sangat besar dan sangat berpengaruh. Ini

menggaris bawahi transformasi budaya media dunia dari pengaruh media tradisi kepada

peranan dan pengaruh media-media baru. Ketaksuban terhadap media baru adalah

sebenarnya suatu proses reformasi budaya yang diakibatkan oleh sempitnya ruang dan

terbatasnya peluang untuk bersama-sama dalam demokrasi secara dinamik dalam

deformasi politik. Secara pragmatiknya, peranan dan pengaruh media baru yang dibantu

oleh potensi-potensi seni dalam teknologi kreatif tidak sahaja fungsional terhadap politik

tetapi dalam semua urusan ekoposial manusia.

Peranan terbesar adalah dalam pendidikan. Media baru dan teknologi kreatif seharusnya

menjadi medium dan sistem penyampaian, instrumen dan kaedah yang sangat penting

bagi membolehkan semua proses pengajaran dan pembelajaran, terutama proses

kulturalisasi dapat dijayakan. Masyarakat yang deformatif adalah masyarakat yang tidak

menguruskan pengetahuan secara bijaksana bagi membolehkan renstra-renstra ekonomi,

politik dan sosial dapat dimajukan dan seterusnya mengembangkan potensi-potensi

penghidupan masadepan. Media baru dan teknologi kreatif bukan sahaja mesin, atau

jentera asas dalam misi visi pembangunan ekonomi kreatif, tetapi melalui sikap

kependidikan ianya boleh digunakan sebagai cara untuk berkomunikasi dengan

masyarakat. Media baru dan teknologi kreatif adalah sistem hidup yang merentas batas

politik, bangsa, agama dan budaya dan menjadi suatu struktur yang menguatkan sistem

hidup manusia. Komunikasi menjadi lebih cekap, dan lebih cepat. Interaksi berfungsi

bersama informasi. Informasi pula mencetuskan keghairahan meneroka pengetahuan

yang membina kesedaran “integrated intelligence” dan “future studies”.

Masyarakat Kurun 21 adalah masyarakat yang dikuasai dan menguasai informasi.

Keterbukaan, kebebasan, kepantasan, kecekapan dan kebijakan menjadi pilar teratas

mengadiluhung pengaruh dan kuasa media baru, atau mediasfera yang sekarang ini

merupakan magnet paling menguat dalam mencipta gravitas terhadap segala susur dan

susul penghidupan ekoposial manusia.

Disebut oleh John Downing bahawa media baru adalah media radikal yang “express an

alternative vision to hegemonic politics, priorities and perspectives” (Downing 2001: v).

Dengan kata lain media baru, seperti blog dan aplikasi jaringan sosial internet yang

lainnya seperti Twitter dan Facebook hendaklah menjadi semacam pengawal, pendesak

dan penentang terhadap hegemoni, menyatakan pandangan dan menyertai ke dalam isuisu

yang dibungkamkan atau dilenyapkan, dan mengkritik opresi: “the role of radical

media can be seen as trying to disrupt the silence to counter the lies, to provide the

truth” (Downing 2001: 16)

13


Namun dalam magnetisme media baru struktur kepercayaan amat mudah berubah sekira

dalam perlakuan praktikal ekoposial tidak menyelesaikan apa yang menjadi krisis di

peringkat informasi; “Rational citizens become impatient with elites who disagree too

much, withdrawing attention, trust, or votes, as appropriate” (Neuman, 1991: 114). Kesan

liberal relatif yang berkembang, juga diakibatkan oleh proses partisipasi yang sudah

berubah, khususnya melalui sosialsfera terutama Facebook yang membuka gapura

pertembungan maklumat secara lebih pantas dan lebih terbuka, dan mula bersifat

sosialisme berbanding individualisme; maka strata perubahan peranan dalam membentuk

dan menyebarkan informasi dalam jaringan partisipasi terjadi. Informasi radikan singular,

yang mirip apa yang terjadi dalam media tradisi mula kelihatan berada dalam kandungan

blog, ini menyebabkan aliran kepercayaan terhadap blog sedikit berotasi ke Facebook

dan media sosial lainnya.

pemikiran dan perilaku peribadi. Hal-hal yang tidak dianggap sebagai faktual, maklumat

akademik, dan laporan yang integriti hanya dibincangkan secara sosial di laman sosial ini.

Blog nyata menjadi jaringan media yang semakin membentuk sikap yang lebih profesional

dan pragmatik, sekali gus menunjukkan ciri-ciri media demokratik yang sempurna; “with

the advent of the internet, ... information flow [has] been freed from the gatekeepers of

mainstream news media” (Salcito 2006). Malah Salcito sendiri mengatakan mana-mana

media yang mempertahankan maklumat yang tidak benar, dipesongkan dan dimanipulasi,

mementingkan matlamat kelompok kecil pemilik atau penguasa, tidak akan lagi efektif. Ini

turut dihuraikan oleh Redden (2001: 34-35) secara faktanya media baru adalah suatu

pengaruh disentralisasi, setiap jaringan dan aktiviti internet membuatkan terlalu sukar dan

mustahil untuk dikawal oleh gerombolon alit-elit politik, ekonomi dan sosial. Ia berlaku

dan berkembang dari seorang kepada seorang, dari seorang kepada ramai, malah dari

ramai kepada lebih ramai, dengan sifatnya yang semacam spora, malah terus-terusan

meletus dari satu platform kepada satu platform misalnya dari blog ke portal; dari poratk

ke rangkaian forum-forum, malah ada yang melibatkan konferensi web secara langsung,

setiap waktu dan terbuka. Jaringan/Net adalah murah, cekap, berkesan dan nyata

semakin berpengaruh malah boleh ditransformasikan menjadi penerbitan-penerbitan

peribadi tanpa mediasi penguasa-pengusaha penerbitan dan percetakan gergasi.

Kompleks Net adalah seumpama gerakan graviti yang menarik semua unsur, bentuk dan

kandungan penyertaan ke dalamnya secara ringkas, mudah lagi murah. Sesiapa boleh

mengendalikan, mengusaha dan menmguruskan, malah memilikinya. Meski tidak

dinafikan ia bukanlah suatu panacea yang menjamin kebebasan buat semua, secara

prinsipnya, memandangkan masih dikawal oleh pemacunya iaitu pemilik dan pengendali

blog atau media baru tersebut baik secara individu atau institusi, tetapi setidaknya telah

membuka ruang dan atmosfera buat semua untuk terlibat dan berperanan.

Pertumbuhan baru ini memperlihatkan kematangan partisipasi jurnalisme apabila blog

mula digunakan dalam bentuk yang lebih praktikal dan dinamik, khususnya dengan

mengambil model kempen Presiden Obama di Amerika Syarikat. Blog telah menjadi

sahsiah media baru yang lebih berwibawa, cekap dan strategikal dengan kandungankandungan

informasi yang bukan sahaja deliberatif malah akademik. Ini mungkin kesan

langsung peranan media sosial yang telah mengambil alih fungsi menguruskan perasaan,

Jaringan Net telah menghapuskan budaya elitis politik, maupun sosial dan ekonomi dan

membangunkan partisipasi masyarakat awam secara menyeluruh dan berfungsi dengan

lebih praktikal. Ini kerana dalam sistem media tradisi, peranan distribusi dan ekshibisi

sentiasa memerlukan perbelanjaan dan pelaburan yang begitu besar, berbanding aktiviti

Net, yang cuma diperlukan kebolehan menguruskan sistem teknologi komputer,

memahami kaedah dan kerja media-media baru, dan seterusnya ikhtiar atau

kesanggupan untuk menyertai ke dalam ruangnya. Tidak memerlukan sebuah kompleks

bangunan 100 tingkat, atau menara-menara besar dengan ribuan pekerja, hanya sebuah

laptop atau iPad sudah cukup untuk mencetuskan perubahan dalam informasi, dan

tentunya boleh mengubah persepsi kepercayaan politik. Mediasfera (blogosfera dan

sosialsfera) telah membuka gapura peranan dan pengaruh individu kepada kumpulan

masyarakat; dan sekaligus mengurangkan jurang influensi antara organisasi-organisasi

14


atau institusi besar dalam politik dan ekonomi serta sosial dengan masyarakat. Corak

aliran kuasa penentu dalam membuat transofrmasi dan reformasi seperti semakin pantas

berpihak pada internet dan media-medianya. Institusi sistem parti telah turut berubah

dengan tekanan media-media baru ini, sekira dahulunya ia hanya menjadi semacam milik

kumpulan dinasti yang mengawal segala proses hubungan terhadap informasi, dengan

masyarakat maka hari ini internet telah mengheret setiap individu memasuki ruang politik

secara efektif.

Graviti ekoposial elitis semakin melemah, dan internet telah menjadi suatu perkara yang

boleh mengubah kepercayaan politik dalam hanya beberapa saat, sebaik informasi

dibentuk dan disebarkan. Meski informasi masih lagi subjektif, namun akibat kekuatan

graviti internet dengan jumlah pengguna yang semakin berkembang, seperti Facebook

misalnya dengan penyertaan 1 bilion berpartisipasi maka tentulah informasi dalam bentuk

apapun, akan berubah makna, fungsi dan nilainya. Suatu ketika dahulu ia seperti kisah

dongeng dalam hikayat-hikayat, namun sebalik dongeng ini disebarkan selepas dibentuk,

proses merealisasikan faktualnya akan terjadi, dan inilah informasi.

Persepsi Adalah Informasi.

Weblog/blogosfera dan media sosial (sosialsfera) telah berkembang dengan terlalu pesat

dan berada dalam posisi paling berpengaruh dalam kepolitikan Malaysia. Potensi media

baru dan teknologi kreatif sebagai jentera pemacu kepercayaan dan pengaruh telah

berkembang dengan luarbiasanya dalam persaingan politik di kalangan politikawan di

seluruh dunia, dan persepsi-persepsi telah ditaburkan dan disebarluaskan non-henti

sehingga stagnansi kepercayaan politik akhirnya bergerak dan berubah. Nilai-nilai

singularisme dalam media tradisi akhirnya terpanah dan terpasung dengan kemunculan

blog dan aplikasi jaringan sosial yang begitu pluralisme, dan saling reaktif dan responsif.

Media-media konvensional ini akhirnya terperangkap dalam tekanan partisipasi sosial

serta demokrastisasi media yang dibangunkan oleh internet, menjadikan bentuk dan

kandungan media tradisi seperti akhbar dan televisyen lebih mengarah untuk mengikut

rentak-rentak perilaku kelompok pengguna media baru yang masih ghairah dengan

kebebasan teknologinya. Ini menyebabkan media konvensional terpaksa mengubah

perilakunya untuk seiring dengan perilaku sosial yang sedang terjadi, lalu media tradisi ini

akhirnya terperangkap apabila media baru dengan menggunakan fungsi-fungsi ‘link’ dan

‘search’ lebih memudahkan informasi dinilai, diteliti dan ditentukan perilakunya manakala

media konvensional telah dianggap kembali ke sisi primitif . Media baru telah mengubah

hampir keseluruhan cara bekerja dengan informasi, terutama di kalangan remaja dan

profesional sehingga mengubah struktur ekoposial dan penghidupan.

Masakini memperlihatkan lebih ramai orang berpindah ke Internet untuk mencari apa

yang berlaku di dunia (Hachten and Scotton 2007, 58, 56), dan organisasi-organisasi

berita yang dilanggani oleh khalayak-khalayak pasif akhirnya terpaksa berurusan dengan

pengguna-pengguna internet yang telah mencampak jauh sumber-sumber berita dari

media tradisi ini dalam menemukan apakah yang diinginkan oleh mereka sekira ingin

mengembalikan pengaruh kepercayaan ini. Tentulah bukan hanya kebimbangan dengan

sirkulasi yang semakin merosot, dan jumlah kutipan dari iklan-iklan semakin mengecil

kerana semuanya bergerak menuju ke ruang internet yang semakin membesar pasaran

penggunanya. Kawalan media-media tradisi terhadap agenda berita dan informasi

mereka mula terbuka pada cabaran yang dihasilkan oleh gejuis-gejuis atau para blogger

yang tidak terkira jumlahnya dan begitu mudah menerbitkan informasi dan komentarkomentar

ekoposial yang mereka merasakan sangat relevan dan penting. Dan Gillmor

(2006: 26) berpandangan sikap, idealisme dan operasional media baru dan internet yang

kontras sama sekali dengan amalan singularisme atau dari satu kepada ramai dalam

alamiah media tradisi seperti akhbar dan televisyen; kepada amalan dari ramai kepada

ramai dalam alamiah blog, media sosial seperti Facebook dan Twitter yang distinksi di

15


antara penerbit dan pengguna semakin kabur akibat bentuk-bentuk dan format-format

baru dalam baca atau tulis imformasi. Pembaca-pembaca media baru misalnya secara

tersangat pluralsime dapat bersekutu dengan mudah malah lebih kerap dan lebih

berfrekuensi untuk berkomunikasi dan berpartisipasi dengan menyertakan pandanganpandangan,

komen-komen dan kritikan-kritikan atau perucapan akal fikir dan akal rasa

mereka berkenaan sesuatu isu dan informasi yang dibangkitkan oleh media baru,

sekaligus menjadi sebahagian dari pelobi maklumat serta turut serta dalam cerita-cerita

baru maupun krisis-krisis yang sedang ditangani, dan bersama dengan sejarah sekiranya

ada perjuangan oleh media baru ini akhirnya mencapai matlamat. Wartawan atau jurnalis

bukan sahaja bersedia untuk bertanya dan menyoal sebaliknya turut harus bersedia untuk

ditanya dan disoal. Mediasfera bukan lagi sebuah proses komunikasi yang terpenuh

dengan keupayaan-keupayaan dan potensi-potensi diversitas pandangan dan pemikiran,

malah sebagai perkhidmatan pengumpulan dan penempatan maklumat-maklumat, yang

mungkin, akan menjadi pusat pembekalan sumber rujukan buat media-media tradisi

apabila mereka berdepan dengan masalah untuk mencari bukti dan bahan-bahan

sokongan bagi tulisan dan laporan mereka, yakni media-media major ini. Dengan kata

lainb gejuis atau penulis-penulis media baru telah menjadi sumberdaya kelima, sebagai

pusat semakan fakta, perbahasan secara obsesif dalam menilai laporan dan maklumat

yang dihebahkan oleh media-media tradisi (Lasica 2004: 71; Gillmor 2006: 61-65).

Potensi terkuat yang terada dalam media baru adalah persepsi. Persepsi yang dibentuk

paling pantas, akan mencipta ‘attention’ dan akhirnya merekacipta ‘reputation’ dan akan

menempatkan persepsi-persepsi sebagai sumber dalam merekayasa rencana strategi

(renstra) politik. Persepsi tidak boleh dianggap sebagai ancaman terhadap ketepatan,

kebenaran dan kesahihan semacam fakta dari sejarah atau tafsiran hukum-hukum

matematik dan fizik.

Persepsi adalah proses ‘backcasting’ dan ‘foresight’ terpenting dalam menstrukturkan

pola-pola informasi yang kemudian dapat disusun dan diaturkan sebagai strategi dalam

menguruskan kepercayaan politik. Blogosfera dan mediasfera nyata menempatkan

persepsi sebagai suatu pilar dalam informasi sekali gus saitek hiperlink yang merupakan

jentera media baru akan menyebarkannya dengan kebolehan penyampaian yang tidak

terbatas, dari aspek bentuk dan makna, kandungan dan penilaian. Untuk itu dalam media

baru pihak yang paling cepat mencipta informasi adalah pihak yang akan menguasai

kepercayaan. Media baru seperti blog-blog nyata terlalu murah bagi menjadi suatu kuasa

baru dan memiliki semua elemen-elemen asas sebagai sebuah platform penerbitan baru;

tidak sebagaimana suratkhbar atau televisyen, menguruskan blog bukanlah

berintensifkan kapital (Gill 2004: 203). Penerbitan tidak lagi memerlukan akses pada

percetakan dan penerbitan, dan sistem pengedaran, atau keperluan dalam penyiaran.

Media-media baru sama sekali bukan lagi berfungsi sebagaimana media tradisi, malah

sama sekali tidak seperti akhbar-akhbar dalam talian atau online; blog-blog mempunyai

bentuk dan kandungan yang jauh berbeza terutama dari aspek nilai, sikap dan

kepentingannya dan akan menjadi salah satu kuasa pembentuk berita-berita politikal

yang sangat berpengaruh (Ian Ward, James Cahill 2007: 4-5).

Blogosfera (rangkaian blog) dan mediasfera (rangkaian media baru termasuk jaringan

sosial internet seperti mySpace, Friendster, Twitter dan Facebook termasuk YouTube,

iTunes, Skype dan lain-lain) bukan sahaja telah berfungsi sebagai media partisipasi dan

kewartawanan partisipasi yang menggerakkan pengaruh partisipasi demokrasi di seluruh

dunia, yang melihat bagaimana Angela Markel menjadi wanita pertama dilantik sebagai

Kanselor German dan Obama menjadi Presiden Amerika dari kaum kulit hitam yang

pertama, malah menggerakkan perubahan politik di Jepun, Ukraine, dan sekarang

sedang dengan pantas menggoyang revolusi di Iran, malah aliran demokrasi partisipasi

yang dicetuskan media ini semakin mengukuh dalam mengatur sikap politik di Arab

Saudi, Mesir, Jordan dan Syria.. Tentunya dengan peratusan penggunaan blog sebagai

media utama yang begitu tinggi di kalangan rakyat Malaysia, malah hampir 93% kaum

muda Malaysia dari usia 18-45 tahun memasuki jaringan komuniti sosial Facebook

sehingga November 2009 (ZENTRUM, 2009) jelas mengemudi suatu revolusi

kebersekutuan kebijakan (Integrated Intelligence Revolution) yang akan membentuk pilar

kepercayaan dan kebudayaan ekoposial Malaysia masadepan. Media baru dan rangkaian

media sosial adakala telah menjadi benteng partisipasi demokrasi yang begitu kukuh

sehingga segala macam ikhtiar propaganda dan penyerangan idealisme oleh mediamedia

tradisi yang kebanyakan dikawal dan diperintah oleh pemilik-pemilik kapitalis yang

dipayungi dan kronis pada penguasa-penguasa ekoposial. Media baru dan jaringan

media sosial mengemukakan mayatilik maklumat dan cerita yang jauh berbeza kerana

sifatnya yang plural.

Media baru boleh dimiliki oleh setiap orang yang mempunyai akses internet. Di awal

2007, Nielsen/NetRatings (2007) telah mengenalpasti hampir 330 juta pengguna media

digital yang aktif, dengan menghabiskan secara purata 1 jam sehari menggunakan

internet di seluruh dunia. Mengikut estimasi oleh CIA World Factbook (2007) pada tahun

2005 lebih dari satu bilion orang mempunyai akses internet di seluruh dunia. Computer

Industry Almanac (ClickZ 2007) menjangkakan suku pertama tahun 2010 akan mencapai

1.8 bilion pengguna internet sedunia. Selain dari hanya untuk memastikan agar

mempunyai akses internet, para gejuis atau blogwan tidak memerlukan kos atau modal

yang berganda-ganda dalam menjayakan lingkaran pembaca atau mereka yang

16


erkemungkinan akan menjadi pelanggan dan pengguna blog-blog ini. Kos marginal yang

lazimnya diperlukan oleh setiap gejuis atau blogwan untuk mencapai 100 orang pembaca

adalah sama sahaja dalam mencapai 100,000 orang pembaca, malah untuk dibaca oleh

sejuta orang. Sekira blogwan ini menggunakan platform blog percuma, barangkali selain

dari masa yang dihabiskan untuk menulis dan menemukan informasi, dengan akses

internet percuma yang ditawarkan oleh pelbagai pihak misalnya kafe-kafe, seperti sistem

WiFi dan WiMax maka tidak mustahil para blogwan ini tidak mengeluarkan sedikit pun

kos. Jika mereka adalah bekerja dengan mana-mana syarikat, dan mempunyai ruang

akses internet, dibekalkan dengan komputer percuma dan sebagainya, lalu kos itu

langsung tidak berlaku meski blog mereka dibaca oleh jutaan orang. Ini adalah faktor

paling teratas membezakan peranan, pengaruh, sistem, bentuk dan kandungan blog dan

media-media baru yang berteraskan internet dengan media-media tradisi. Semua media

tradisi yang berteraskan penerbitan - media cetak, radio dan televisyen - memerlukan kos

yang sangat tinggi dan mahal dalam membangunkan sistem-sistem operasional dan

pengembangan pasaran untuk mempunyai khalayak yang ramai. Jay Rosen (2003: 78-80)

dalam observasinya menegaskan, hampir keseluruhan kos-kos kapital telah diserapkan

oleh Internet itu sendiri, yakni sebagai suatu mesin ekoposial terbesar dalam dunia. Meski

tidak dinafikan ada blog-blog yang tidak berjaya untuk berada sebagai kuasa pengaruh

yang besar kerana kegagalan menempatkan potensi atau kelemahan memasarkannya

oleh pemiliknya sendiri, namun setidaknya setiap blog itu memiliki pembaca yang bukan

sedikit, dan tidak memerlukan kesusahan modal operasi sebagaimana yang diperlukan

oleh sebuah buletin biasa seperti yang diterbitkan oleh sebuah institusi politik yang kecil.

Media tradisi hanya memiliki keupayaan menyampaikan maklumat kepada khalayak,

sedangkan media-media internet hendaklah diakses dan digelidah dalam beroleh

informasi namun aktiviti akses dan penggelidahan informasi itu tidak memerlukan setiap

pengguna mengeluarkan kos yang tinggi. Oleh kerana itu, secara rukunnya dan

prinsipnya, meski blog sangat murah dan mudah, sekira tidak berjaya membentuk

jaringan pengaruh yang besar maka pasti ia seperti sesuatu yang tidak membawa

manfaat dan tidak bermakna bagi dunia para gejuis atau blogus (Ian Ward, James Cahill

2007: 5).

Media baru melalui persepsi, dan mengembangkannya menjadi informasi mengadiluhung

pemikiran terhadap masadepan atau Future Studies yang cukup tinggi. Ini kerana dalam

kandungan media baru yang dianggap sumber-sumber persepsi tadi menuntut

kesungguhan, kepantasan dan kebijakan bagi para politikawan khususnya, dan para

pelayar krisis ekoposial amnya untuk menganalisis, menilai dan memutuskan langkahlangkah

dan strategi-strategi yang harus diambil terutama dalam menangani dan

menguruskan informasi tadi agar dapat digunakan sebagai sumber kempen, mahupun

kandungan dalam manifesto, dan gerakan pengukuhan pengaruh sama ada secara

perhubungan awam, komunikasi mahupun pembinaan polisi dan tindakan masadepan.

Bagi menjadikan media baru berfungsi maksimum maka tentunya kebijakan untuk

menguruskan upadaya-upadaya dalam teknologinya, termasuk dalam kandungannya

hendaklah sentiasa diatur dan disiapsiagakan khususnya dalam mengembangkan

jaringan sokongan yang berupaya bersekutu dengan ideologi dan gerakan politik itu. Di

masadepan, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh keupayaan media baru sebagai

suatu media plural, dengan berblog, komunikasi melalui internet nyata secara

adiluhungnya telah menjayakan kepelbagaian, dan kebersekutuan dalam menyampaikan

suara, informasi-informasi, exhortasi-exhortasi, dan tersebar serta mengukuhkan

pemikiran dan pengalaman ke setiap ruang dan sisi prisma maklumat sejagat (Hachten

and Scotton 2007, 58).

Apa yang dikatakan oleh seniman Rendra, ‘biarkan rakyat punya lidah sendiri’ akhirnya

terjadi, dan masadepan tidak lagi hanya disusun dan duatur oleh penguasa elitis

sebaliknya melibatkan partisipasi seluruh manusia. Media baru dalam kuasanya terhadap

mempengaruhi kepercayaan politik adalah akibat dari pilar teknologinya yang

menderaskan (Jo Bardoel & Mark Deuze 2001: 91-103): (a) Interaktiviti, (b)

Kemasyarakatan kandungan, (c) Hipertextualiti, dan (d) Multimedialiti.

Gravitas yang dominan dalam media baru ialah partisipasi atau relawan. Potensi relawan

inilah yang hendaknya dibangunkan secara serius, agar dokongan terhadap wibawa

upaya media baru seperti blog sebagai instrumen strategi dalam kepolitikan dapat

dilangsungkan dengan cekap dan dinamik. Tidak sebagaimana media tradisi, sistemnya

adalah organisasi yang telah direkabentuk dengan ketat sedangkan dalam kepercayaan

internet, kuasa sebenarnya adalah kuasa individual yang melibatkan diri dalam jaringan

atau network lalu bersama-sama mencipta gerakan massa.

Tanpa menumbuhkan kebersekutuan relawan yang berpihak terhadap idealisme mahupun

renstra kepolitikan maka secara sendirinya, media baru akan tidak bermanfaat kerana

penyebaran informasi tidak akan terjadi. Lalu melahirkan para relawan yang sama ada

berfungsi sebagai wartawan, pengkritik, pemerhati, penyokong setia, mahupun

penentang tegar yang radikal adalah komuniti yang akan memperkukuhkan kuasa sebuah

kuasa media baru. Dengan mencetuskan kebangkitan partisipasi selaras dengan

kepercayaan telah terjadinya demokrasi partisipasi selepas globalisasi dan kejayaan

teknologi informasi maka pemacu-pemacu partisipasi tadi perlu diperluaskan. Lalu sesuai

dengan perkembangan Kurun 21 sebagai abad “Economy Attention” dengan media baru

dan sistemnya sebagai pemacu, maka tentunya wujud “Politic of Attention”.

17


Internet, bagi yang dewasa ia bermaksud ‘world wide web’ atau ‘jaringan sesawang

dunia’, manakala bagi kanak-kanak ia difahami sebagai email, chat, laman mainan -

sekaligus di sini telah mewujudkan para produser kandungan. Meski tidak dinafikan lebih

ramai orang berminat untuk membahaskan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh

internet dan media baru terhadap masyarakat, namun tindakbalas ini sama sahaja

dengan pengalaman kemunculan filem, radio dan televisyen suatu ketika dahulu, dan

tidaklah perlu digegeriuhkan sehingga menafikan kejayaan mesin informasi ajaib ini dalam

memindahkan pengetahuan-pengetahuan dan ilmu termasuk strategi-strategi

pembangunan ekoposial sejagat hanya melalui apa yang disebut literasi komputer dan

internet. Tidak kira dewasa maupun kanak-kanak, khususnya kumpulan belia yang ratarata

menjadi pengguna terbesar telah memajukan cara hidup baru yang lebih pelbagai

dari aspek kemahiran, kebakatan dan kepakaran, sekaligus menempatkan mereka

sebagai kumpulan paling berperanan dalam membawa perubahan masadepan. Ini

ditunjukkan oleh pembangunan personal, identiti, ekspresi dan partisipasi kepedulian

sosial, termasuk sosial kapital dan budaya sivik - semua aktiviti ini adalah ciri

keparipurnaan generasi muda masakini, dan akan lebih hebat di masadepan. Livingstone

(2003: 15-16) menegaskan budaya partisipasi yang wujud ini dapat difahamkan sebagai:

(1) Secara relativifnya telah mengurang jarak terhadap ekspresi artistik dan penglibatan

sivic, (2) Dengan memberi sokongan padu terhadap penciptaan dan perkongsian dari

seorang dengan yang lainnya, (3) Dengan mengambil secara sendiri mentor-mentor atau

pakar rujukan telah berjaya memindahkan pengetahuan dan pengalaman secara

berterusan, (4) Di mana setiap mereka yang terlibat berasa sumbangan dan sokongan

yang diberikan adalah dihargai dan disokong bagi perkembangannya, dan (5) Di mana

setiap ahli berasa mempunyai darjah-darjah hubungan sosial yang sama antara satu

sama lain, setidak-tidaknya mereka mengambil peduli dan peranan berfikir berkenaan

perkara yang mereka cetuskan (Henry Jenkins 2006: 9).

Ekspresi: Menghasilkan bentuk-bentuk baru kreatif, misalnya persampelan digital, pemaju

grafik-grafik latar dan templat situs, kumpulan peminat penerbitan video, penulisan

cereka, penerbitan majalah-majalah komuniti dan sebagainya.

Kolaboratif Penyelesaian Masalah: Bersekutu dalam suatu pasukan, formal dan informal,

untuk merumuskan dan menyelaraskan tindakan dan memajukan pengetahuan baru,

misalnya melalui Wikipedia, permainan realiti alternatif, pengesanan masalah ancaman

terhadap internet dan media baru.

Sirkulasi: Membentuk dan membina aliran media (podcast dan blog).

Melalui tindakan membentuk kebersekutuan di kalangan gejuis/blogger dan para pelayar

media baru khususnya yang mempunyai aliran yang sudah seimbang dengan aliran

utama dalam kepolitikan parti misalnya, maka dengan sendiri akan mampu menjadikan

lingkaran pengaruh media baru lebih kuat dan stabil. Renstra pendayaan semula adalah

penting kerana strategi yang sangat berkesan dalam operasional media baru seperti blog

adalah dengan merekayasa pilar-pilar komunikasi dan media sosial (Blau 2005: 3):

Afiliasi: kebersekutuan, formal dan informal, dalam komuniti jaringan internet/online

lazimnya akan berpusat pada pelbagai bentuk media, misalnya Friendster, Facebook,

ruangan komen dan mesej, metamainan, klan-klan mainan, atau MySpace dan juga

kesepakatan jurnal atau perkumpulan gejuis/blogger.

Grafik 8, menunjukkan gambaran ekosistem media baru mengikut John Hiler dari

Microcontent News (2009). Ekosistem media baru khususnya blog yang menunjukkan

bagaimana potensi membentuk informasi dan menyebarkannya, lalu dikembangkan

sebagai suatu proses strategi komunikasi pluralisme berkesan dan berpengaruh. Dengan

kebolehan teknologi kreatif maka kuasa pembujukan dan estetika media baru ini akan

menjadi lebih ekspresif.

18


kuasa ekoposial sebahagian elitis khususnya mediatalis dan pemerintah. Media baru

seperti blog telah mengubah semua posisi ini, dengan membentuk sikap yang baru, iaitu

setiap orang mempunyai ruang untuk membentuk dan menyampaikan akal rasa dan akal

fikir mereka atau boleh dianggap dengan makna yang mudah itu persepsi. Lalu persepsi

ini berkembang dalam suatu bentuk jaringan media melalui internet yang sangat besar

dan melibatkan hampir keseluruhan pembaca atau penggunanya, lalu persepsi ini

diproses, dinilai, yakni melalui kerja-kerja retorik kritikan yang menyeluruh, dan akhirnya

setiap individu itu tanpa dikongkong atau dikontrol oleh remote politik misalnya, membuat

pemutusan sama ada mereka menganggapnya sebagai informasi atau tidak. Peristiwa

kebangkitan kumpulan WikiLeaks akhir-akhir ini dengan mendedahkan sekian banyak

maklumat rahsia dari episod politik, sosial dan ekonomi adalah suatu contoh bagaimana

media baru berfungsi sebagai medan graviti informasi, dan proses menerimanya adalah

terletak pada setiap individu yang memproses informasi itu. Tidak lagi seperti amalan

media tradisi yang sepenuhnya dikawal oleh sebuah tempurung sama ada pemilik media

(mediatalis) atau kuasa politik; biasanya politik. Blog adalah kejayaan terbaik produk

internet dan komputer dalam jurnalisme dan komunikasi, kerana akhirnya segala macam

tembok penghadang dan dawai-dawai tajam yang menghalang kebenaran dan

kebebasan maklumat telah dapat diruntuhkan (Eley 1992: 298). Barulah potensi

partisipasi tadi berkembang dan dihargai peranan dan penglibatan secara holistik. Inilah

sentimen yang jarang disepakati oleh parti-parti politik di mana negara sekalipun

terhadap peranan yang lebih praktikal fungsinya buat para pemacu kepercayaan politik

melalui media baru (Ian Ward, James Cahill 2007: 12-13).

Dengan mengambil kira kepantasan berkembangnya peranan media baru terutama blog,

YouTube, dan media sosial telah turut mengadiluhung optimisme dan pragmatisme

demokrasi masadepan. Ini turut dibantu oleh perubahan makna dan bentuk komunikasi

dan media secara menyeluruh, malah kandungannya. Sekira dahulu media-media tradisi

mengawal sepenuhnya segala kandungan, sama ada dengan memaknakannya sebagai

berita, rencana, maklumat, analisis namun untuk memisahkan hubungan ciri pandangan,

perasaan, tohmahan, andaian dengan fakta-fakta yang sahih adalah amat sukar sehingga

menyebabkan masyarakat beranggapan semua yang disampaikan oleh media tradisi

adalah maklumat sahih yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Walhal di waktu yang sama

filem, drama-drama TV dan radio boleh berfungsi sebagai karya fiksi, maka tidak

mengherankan ada ruang untuk berita, rencana dan artikel yang disiarkan dimanipulasi

dengan tokok tambah yang melampau-lampau bagi menjaga kepentingan politik dan

Bersekutu secara New Deal hendaklah dikembangkan dengan menyediakan sektor dan

posisi peranan pasca-blog buat mereka yang berada dalam blogosfera atau mediasfera.

Ini akan menstrukturkan aliran pemikiran dan menstabilkan pengaruh terhadap mereka,

dan seterusnya akan berkembang ke rangkaian “hyperlink” yang mengawal keberkesanan

dan kelangsungan pengaruh internet tersebut. Dominasi dan aktualisasi sebegini adalah

proses paling cekap dalam memahami potensi media baru dalam politik Malaysia. Ini

kerana teknologi-teknologi baru termasuk internet, secara dramatiknya telah

mengluaskan dan memperkasakan kebolehan dan potensi bagi setiap individu untuk

menyampaikan pandangan dan fikirannya sendiri dan mendindingkan diri dari tekanan

dan ancaman propaganda, hasutan serta tirani oleh mana-mana. Dalam suatu sistem

yang mana setiap orang boleh menguruskan jagat komunikasinya sendiri, dalam

kebimbangan mereka tidak ghairah untuk mendapatkan maklumat lain kerana kekuatan

terhadap peranan persepsi(Cass Sunstein 2001: 49), namun di waktu yang sama tidak

boleh dinafikan pengetahuan dan potensi peranan mereka berkembang seluas-luasnya

dalam menanggapi maklumat dan menguruskan maklumat untuk menjadi suatu sistem

19


dalam membentuk peranan dan pengaruh. Merujuk pada pengalaman kepolitikan di

Malaysia sejak kemunculan reformasi internet pada 1998, maka petunjuk masadepan

amat jelas, media tradisi sedang mengalami dekonstruksi dan deformasi secara besarbesaran,

patah dalam atmosfera media tradisi yang masih autokratis dan singular.

Namun para blogger atau Gejuis hendaklah dijadikan sebagai struktur di dalam jentera

kepolitikan yang terpenting selari dengan pengaruh dan kuasanya dalam membentuk dan

menyebarkan informasi yang akan membina kuasa “attention” dan “reputation”. Tentulah

potensi persepsi sebagai informasi semakin menguat sebaik muncul pula jaringan media

sosial, atau sosialsfera dalam sistem penghidupan manusia.

Persepsi bukan tohmahan. Sama sekali bukan suatu aktiviti prasangka, hasutan, tuduhan,

dan fitnah. Persepsi di dalam pandangan falsafah, psikologi dan juga sains kognitif adalah

suatu proses menangani, mengasakan dan mewibawakan kepedulian, kepekaan dan

kefahaman terhadap informasi-informasi sensorium atau maklumat-maklumat ‘galak’.

Kata persepsi itu sendiri adalah dari kata Latin ‘perceptio’ atau ‘percipio’ yang bermaksud

menerima, mengumpul, dan menetapkan posisi tindakbalas, tindakan dan peranan dalam

menguruskan akal rasa dan akal fikir. Persepsi melibatkan dua ciri; pertama adalah

persepsi pasif, seperti yang dinyatakan oleh filosuf Réné Descartes iaitu melibatkan

suasana-suasana dari keliling, memasuki ke ruang akal rasa, melalui proses penilaian di

akal fikir dengan pengetahuan dan pengalaman lalu membentuk reaksi. Manakala

persepsi aktif adalah melibatkan suatu gravitas pemerhatian dan penelitian yang

mendalam terhadap perubahan dan perkembangan nilai, sistem, situasi, maklumat dan

penghidupan seperti yang dinyatakan oleh Richard L. Gregory dalam teorinya, prosesproses

pengaklunan fikiran melalui deskripsi yang mendalam seterusnya membentuk

aliran pandangan, pemikiran terhadap isu dan krisis atau konflik, juga fenomena dan

seterusnya dikembangkan ke posisi kelilingan melalui gerakan pengalaman menangani

situasi (Glaserfeld 1995: 136, 164).

Persepsi adalah sebuah proses mentafsirkan sebab-sebab, faktor-faktor, situasi-situasi

lalu diterjemahkan ke dalam aksi-aksi, reaksi-reaksi dan membentuk jalur-jalur paradigma

baru terhadap sesuatu. Persepsi merupakan sebuah pengalaman memposisikan akal rasa

dan akal fikir terhadap situasi-situasi multistabiliti. Maka adalah sama maknanya dengan

menguruskan pengetahuan-pengetahuan yang tersebar atau pemikiran-pemikiran yang

dibentuk, yang merupakan kompleks multistabiliti ini. Sekira kita melihat pada grafik

contoh multistabiliti yang

l a z i m n y a m e n j a d i b a h a n

pengujian terhadap pemahaman

tentang persepsi, maka jelas

pemikiran dan pengalaman

bersituasi dalam penghidupan

adalah seumpama membaca,

mentafsir dan menjelaskan

kesimpulan keputusan terhadap

Kiub Necker dan Pasu Rubin

berkenaan. Jadi, seringkali

dalam politik, sebaik dikaitkan

dengan persepsi maka ia

seumpama suatu kejadian latah

20


dalam perilaku psikologi Melayu, dikaitkan dengan makna tohmahan, andaian, hasutan,

tuduhan, ramalan, tekaan, dan akal liar seseorang; dan demikianlah apabila dikatakan

persepsi sebagai informasi dalam Kurun 21, yakni zaman di mana internet menyebarkan

maklumat, komputer memproses jaringan, dan aplikasi-aplikasi media baru memajukan

komunikasi maka sekali lagi persepsi dianggap sebagai reaksi tunafaedah, atau idea yang

tidak berasaskan fakta lalu tidak perlu diambil kepedulian utama dan secara rasional.

Walhal persepsi adalah sebuah proses bagaimana setiap orang menguruskan posisi akal

fikir dan akal rasanya terhadap sesuatu lalu dibentuk idea-idea, strategi-strategi dan

jaringan maklumat. Sekira proses itu menumpukan pada pasunya maka berkembanglah

seluruh idea dan informasi tentang pasu tersebut; manakala, seandai persepsinya

memposisikan kepercayaan terhadap wajah dua orang sedang berbincang dan bercakap

berkenaan sesuatu maka akan berkembanglah informasi tentang orang yang berdua itu,

atau tentang apa yang dibincangkannya.

Internet telah pun menjadi sebuah kepercayaan baru, yang secara menyeluruh menguasai

cara manusia menguruskan penghidupan, termasuk politik. Pengaruh ini bukan sahaja

menyingkirkan pemikiran komunikasi primitif yang singularisme kepada pluralisme, malah

memproses semula budaya sejagat. Tentunya jika mensikapi peranan dan potensi media

baru di dalam “ekoposial” misalnya di negara ini tentu dalam tempoh sehingga 2021 nanti

hampir keseluruhan fungsi-fungsi aktual akan dibentuk dan diseliakan dari pengaruh

media baru. Lalu menguasai media baru adalah menguasai pengaruh di masadepan.

Meski setiap persepsi yang membentuk informasi, yang diapungkan di dalam media baru,

mahupun yang dibenamkan adalah kandungan yang diuruskan oleh gejuis tersebut telah

merealisasikan penglibatan massa dalam zaman partisipasi demokrasi. Ini bermakna telah

wujudnya kepercayaan yang kuat tentang peranan dan pengaruh internet dan media

baru, termasuk alat-alatannya dalam mencorakkan aliran-aliran nilai, identiti, sikap dan

budaya masyarakat namun untuk memanfaatkan segala kuasa informasi ini dalam situasi

politik tentulah bukan sekadar menaruh harapan terhadap potensi jaringan komunikasi

dan sosialnya. Gunawan media baru, seperti para gejuis/blogus, dan 1 bilion orang yang

sedang berkumpul dalam sosiasfera Facebook tidak mungkin akan dapat menjayakan visi

misi kepolitikan mana-mana institusi parti politik tanpa suatu graviti strategi institusi parti

politik itu sendiri. Tentulah dalam sistem kepolitikan yang memahami pengaruh

kepercayaan politik oleh media baru hendaknya mempunyai gerakan yang dapat

menyalurkan informasi aktual secara berterusan. Jaringan bersekutu dengan para

gunawan media amat penting, barulah proses membentuk dan menguruskan persepsi

sebagai informasi akan benar-benar mencapai manfaat dan sasarannya. Sikap

menyerahkan tanggungjawab secara total kepada individu yang bertebaran dengan

andaian keberpihakan telah ditolak oleh kebanyakan kajian yang menunjukkan pengaruh

kepercayaan politik individu seperti yang ditunjukkan dalam kandungan blog adalah

begitu bebas dan terbuka. Di saat mereka dipercayai sebagai sekutu adakala telah

berubah menjadi seteru. Inilah yang harus difahami oleh sisi aktual politik: “The political

culture of the Internet, at least in its early stages, is astringently libertarian, and in some

respects cyberspace represents a Hobbesian state of nature, not a Lockean one” (Robert

Puttnam 2000: 173).

21


Section 2

Untitled

LOREM IPSUM

1. Lorem ipsum dolor sit amet

2. Consectetur adipisicing elit, sed do

eiusmod tempor incididunt ut labore et

dolore magna aliqua.

3. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud

exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip

ex ea commodo consequat.

4. Duis aute irure dolor in reprehenderit in

voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat

nulla pariatur.

Internet telah menjadi semacam ‘agama baru’ bagi Abad 21 dan buat abad-abad masadepan, yakni mengambil

alih kepercayaan yang sama yang pernah diberikan pada televisyen sebaik mesinnya GE Octagon dicipta pada

tahun 1928 dan di sepanjang Abad 20, di mana budaya penghidupan manusiawi dibentuk dan terbentuk dari

kesan-kesan pengaruh yang terpancar melalui layar kaca ini. Setidaknya demikianlah kita diberitahu dari seluruh

perkembangan dan pemajuan peranan dan pengaruh, bentuk dan kandungan, teknologi dan objektifnya. Meski

peranan televisyen dan media-media konvensional lain seperti filem, akhbar, majalah dan buku kelihatan masih

kuat namun kedudukan sebagai media yang paling berpengaruh dan berkuasa, yang dipercayai oleh masyarakat

manusia sebagai maha narasumber informasi telah mengalami bukan sedikit kejatuhan nilai kepercayaan sebaik

internet dengan seluruh rangkaian gravitas saitek (sains tekno) aplikasi seperti Enjin carian (Search Engine,

misalnya Yahoo, Google), Browser seperti Safari, Windows Explorer, Netscape, AOL, Looksmart, Lycos, Flock,

Opera, Mozilla Firefox dan lain-lain; situs (website), Portal, dan tentunya yang paling cepat mengambil alih

peranan amalan media tradisi ialah E-mail, dan Weblog serta jaringan-jaringannya iaitu Chat/Messenger,

Guestbook, Comments, ShoutBox/ShoutMix, yang disertakan dengan aplikasi-aplikasi organisasi atau komuniti

melalui sistem groups, forum, contohnya Yahoo Groups, Dotmac Groups, Google Groups telah membangunkan

sebuah cara menguruskan penghidupan yang serba baru dan luarbiasa dengan keupayaan menjenterakan

pembentukan dan penyebaran informasi secara lebih terbuka, tertebar dan terluas tanpa mempunyai sebarang

sempadan lagi (Slaatta dan SæbØ 1997: 47-83)

Kuasa dan pengaruh internet ini diperkasakan lagi dengan kebolehan-kebolehan dan kekuatan-kekuatan

alternatif media yang diadikarakan dari peranan-peranan media tradisi iaitu percetakan (akhbar, majalah, buku)

dan elektronik (radio, televisyen, filem) melalui jentera siberisme sosial atau “media sosial” seperti MySpace,

Friendster, Facebook, Twitter yang bersifat komuniti; del.ici.ous, Magnolia, Newszine yang bersifat jaringan

persuratkhabaran; Flickr, YouTube, WebTv, iTunes, DailyMotion, Metacafe, Vimeo, OurMedia, dan lain-lain yang

bersifat penyiaran personal yang dapat menyebarkan naskah gambar atau grafik, filem, radio dan televisyen

secara berulang-ulang tanpa mempunyai halangan lagi dari aspek waktu, tempat, sasaran termasuk ideologi dan

dasar yang menjadi ciri dalam operasional dan tanggungjawab gerakan media tradisi (Braman dan Sreberny-

Mohammadi 1996: 1). Internet telah mencetuskan kebangkitan media dengan mencetuskan kemunculan

sibersfera dan mediasfera, iaitu bentuk dan kandungan informasi tersebut dapat dilakukan secara serentak,

dalam segala sistem, cara dan kaedah pekerjaan penyebarannya. Ini disokong oleh terciptanya aplikasi-aplikasi

atau jentera multimedia yang menjayakan projek penyebaran informasi tersebut berdasarkan sikap dan rupa

22


kandungannya seperti Podcast, QuickTime, Windows Media Player, RealPlayer, Winamp

dan termasuklah suatu bentuk media baru yang mula menonjolkan kebolehannya untuk

menguasai perusahaan media di masadepan iaitu Weblog atau Blog di mana sifat sistem

dan bentuk operasionalnya telah mengubah malah mengatasi media-media tradisi.

Mediasfera dan sibersfera yang tergabung ini telah mengembangkan potensi rekacipta

dan sebaran informasi.

Blog nyata lebih sempurna pola komunikasinya (Rainie, Fox dan Fallows 2003: 96-101)

kerana cara bekerjanya yang berbagai-bagai dan paripurnanya bukan sahaja terletak

pada kandungan berita, ulasan dan rencana tetapi ruang yang memberi peluang kepada

komen, kritikan, cadangan dan pandangan berlaku serentak dan komunikasi tidak lagi

stagnan satu hala, tetapi plural. Semua ini sudah pun diimpikan dalam pandanganpandangan

futuristik sebermula pembangunan saitek telekomunikasi dan telah

diperjelaskan secara lengkap akan kemungkinan terjadinya suatu perang informasi yang

mengubah sifat dan sikap terhadap kebudayaan, kepercayaan dan kehidupan sejagat

(bandingan dengan Bertolt Brecht, Etzioni 1972: 457-474).

Kuasa media baru di dalam membangunkan kepercayaan dan kebudayaan baru

masyarakat manusia tercetus dengan ledakan bentuk dan kandungan lengkap apabila

pada waktu yang sama produk-produk atau peralatan dan perkakasan, gajet-gajet atau

material kebudayaan baru komunikasi berteknologi tinggi (Future Technology) dipasarkan

seperti Mobile/ Smartphone contohnya iPhone; iPod, PDA, dan sekarang dilancarkan

iPad oleh Apple Computer Inc., yang dilengkapi dengan sistem-sistem komunikasi digital

3G, Edge, ‘o’ (GPRS Data Network) yang membolehkan aplikasi informasi iaitu SMS

(Short Message Service), MMS (Multimedia Messaging Service), Email, GPS (Global

Positioning System), GPRS (Global Packet Radio Service) dan teknologi telekomunikasi

tanpa wayar iaitu WAP (Wireless Application Protocol) seperti WiFi (Wireless Fidelity),

Bluetooth, Tube dan yang paling terkini serta akan menjadi begitu holistikal kedinamikan

budaya dan ekoposial berubah apabila sistem WiMAX/IEEE 802.16 (Metropolitan Area

Networks) dibangunkan. Misalnya telah dihebohkan oleh politikawan di negara ini

khususnya dari pihak pemerintah/kerajaan yang sebermula Jun 2010, kotaraya Kuala

Lumpur akan menjadi metropolis pertama di Asia malah di dunia bilamana sistem WiMAX/

IEEE 802.16 (Metropolitan Area Networks) akan dibangunkan sepenuhnya. Ini bermaksud

setiap orang, di mana sahaja ruang dan lapangan kotaraya Kuala Lumpur akan dapat

beraksesiar (access and broadcast) informasi. Kuala Lumpur akan menjadi metropolis

sibersfera dan mediasfera yang beroperasi sepenuhnya, dan internet akan menjadi nadi

segala kegiatan ekoposial kotanusa Malaysia ini. Demikian bilang “orang politik” meski di

saat ini renstra politik itu belum benar-benar direalisasikan selain dari perucapan kempen

dan juga perasmian riben yang telah dibuat, namun harapan untuk direalisasikan

pembangunannya adalah perayaan transformasi ekoposial yang paling ditunggu-tunggu

oleh masyarakat. Tambahan sikap masyarakat Malaysia yang begitu obses dengan saitek

media baru dan internet kesan langsung dari kegagalan media tradisi khususnya akhbar

dan televisyen untuk berperanan secara demokratis, dan begitu dikawal dan dipasung

oleh kepentingan-kepentingan hegemonia politik parti terutama parti pemerintah yang

keras mempertahankan tampok kuasa. Perilaku dan amalan tidak demokratis oleh media

konvensional ini telah mengheret masyarakat secara menyeluruh untuk menguasai media

baru sebagai suatu sistem dan budaya penghidupan Kurun 21 terutama dalam

menyempurnakan fungsi bersekutu buat perubahan dalam apa sahaja sektor

penghidupan secara bersama. Ledakan kepercayaan terhadap media baru, dan pengaruh

kepentingan internet sebagai suatu budaya penghidupan adalah nyata akibat dari

gagalnya kuasa politik untuk lebih terbuka dan demokratik, maka hubungan informasi

akhirnya berkembang dalam sibersfera dan mediasfera ini. Tentulah media baru yang

bersifat individual akan menjadi lebih berkuasa sebaik proses pembentukan, penyebaran

dan penerimaan informasi menjadi lebih cepat, lebih meluas, lebih pelbagai, dan dimiliki

oleh semua.

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan satu lagi sejarah apabila Kuala Lumpur menjadi

bandar raya pertama di dunia menggunakan teknologi WiMAX 2.3 giga hertz di mana

semua warga kota akan menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 512 kilobait

sesaat, akhir tahun ini. Teknologi itu hasil projek bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Synapse Technologies

Sdn Bhd dan Packet One Networks (M) Sdn Bhd yang dilancarkan di sini, semalam.

Sejajar matlamat Wawasan 2020, kerajaan memberi segala komitmen dalam projek ini

untuk merealisasikan usaha negara menambah daya saing serta meningkatkan aktiviti

ekonomi seluruh dunia tanpa sempadan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim

Borhan, berkata 3,500 zon Wifi akan dipasang di seluruh ibu negara menjelang tahun

depan termasuk kawasan awam, pejabat kerajaan dan swasta, pusat beli-belah serta

kawasan perumahan DBKL. Projek itu juga merangkumi dua projek utama iaitu Portal

Metropolitan Kuala Lumpur (www.kul.com.my) oleh Synapse Technologies Sdn Bhd dan

Wireless@KL oleh Packet One Networks (M) Sdn Bhd. Pelancaran teknologi ini yang

dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bertujuan

meningkatkan kadar jalur lebar di seluruh Lembah Klang sebanyak 90 peratus penggunaan

menjelang 2010 di bawah inisiatif 'Klang Valley Broadband Push' (KVB90). Sementara itu,

23


Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks, Michael Lai, berkata pada masa akan

datang, lebih banyak pilihan akan ditawarkan termasuk kelajuan penggunaan jalur lebar

jika mendapat permintaan tinggi daripada seluruh warga kota. “Setakat ini, keutamaan

diberikan untuk menyediakan jalur lebar di seluruh bandar raya Kuala Lumpur dan semua

pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma selama dua tahun

selepas mendaftar,” katanya. Warga kota berpeluang menikmati perkhidmatan teknologi

canggih ini di mana saja sekitar ibu kota tanpa perlu menggunakan kabel dan wayar

menggunakan Internet dengan lebih pantas. Malah, projek portal www.kul.com.my direka

khas untuk warga Kuala Lumpur (Harian Metro, 8 Mei 2008). Hasrat dan renstra pemajuan

saitek internet di Kuala Lumpur ini, adalah suatu wajah masadepan penghidupan

masyarakat yang nyata menjelaskan tentang perkembangan peranan dan pengaruh

internet, serta kepercayaan terhadap fungsi mediasfera di dalam pemajuan ekoposial

Malaysia. Tentulah harapan untuk projek ini benar-benar berjaya dilaksanakan adalah

tersangat besar, yakni sebagaimana besarnya keinginan masyarakat untuk hidup dalam

budaya komunikasi yang lebih cekap, lebih berkesan dan demokratis. Informasi adalah

sebuah proses kelangsungan pembaharuan dalam cara menguruskan penghidupan maka

tentulah dengan memajukan frasarana-frasarana sibersfera dan mediasfera begitu

penting kerana kemajuan inilah semua strategi modernisasi ekoposial akan berjaya.

Meski masyarakat tidaklah secara kerasnya mendambakan penghidupan “Minority

Report” namun sekira pemajuan saitek internet ini benar-benar terlaksana maka tentulah

Malaysia akan menjadi lambang budaya penghidupan futurisme yang pragmatis dan

demokratis. Informasi menjadi sistem teratas dalam sistem ekoposial masyarakat.

Produk media baru ini yang secara fiziknya lebih kecil, ringan dan mudahalih serta

keperlbagaian bentuk, sistem dan perilaku teknologi serta tersangat adiwibawa di dalam

teknologi informasi menjadikan citra komunikasi manusia berubah sama sekali;

komunikasi yang dahulunya terbatas oleh sempadan-sempadan masa dan ruang

termasuk geografi sudah langsungnya sangat-sangat terbuka dan tidak berbatas. Setiap

orang yang sememangnya mempunyai hak dalam berkomunikasi dan hak atas

kebebasan media telah juga diperolehi yang selama ini tidak terjamah apatah untuk

bersama-sama menyertai di dalamnya, di sepanjang zaman kekuasaan media tradisi yang

kebanyakannya ditunggangi oleh kuasa aparat kapitalis maupun politik. Media baru telah

membantu pertumbuhan kecekapan, kebijakan dan keadilan informasi yang memberi

kesan mikro dan makro terhadap pembinaan penghidupan manusia sejagat secara lebih

efektif, praktikal dan pragmatis.

Media baru bukan sahaja telah mengambil alih dan menukar nilai kepercayaan terhadap

media tradisi, seperti akhbar dan televisyen, malah turut mencatur-susun pola-pola

kepercayaan dan melangsungkan transformasi sebagai kesan-kesan besar yang terjadi

dari teknologi-teknologi media baru dan kehidupan intelektual manusia; the internet

‘weakens the achievements of traditional media’: since in the online environment

‘contribution by intellectuals lose their power to create a focus’ (Habermas 1989: 201).

Jürgen Habermas dalam ucapannya semasa menerima Anugerah Bruno Kreisky Prize,

2006 telah menegaskan bahawa teknologi media baru adalah digerakkan oleh satu

jentera paling berpengaruh iaitu: ‘internet’ – a metaphor for the entire new media

environment (rujukan http://www.signandsight.com/features/676.html). Maksudnya,

media baru menawarkan segala kemungkinan komunikasi berfungsi sebagai perencana

pemaknaan ekoposial. Perkembangan saitek komunikasi dan media informasi yang turut

disertai oleh saitek transportasi global khususnya pertumbuhan secara mendadak

pengangkutan pesisir atau komuniti seperti yang ditawarkan oleh AirAsia dan Firefly di

Malaysia, AirBerlin dan Niki Air di Eropah (German, Austria) telah mengubah amalan,

sistem dan dasar komunikasi dunia. Masalalu tidak ada orang membayangkan atau

berpercaya, dunia yang begitu luas akan menjadi desa global (global village), seperti yang

digagaskan oleh Marshall Mc Luhan dalam teori determinisme teknologi dalam bukunya

Understanding Media (1964), setiap dari kita begitu sukar untuk memahami apatah untuk

mengangguki tanda bersetuju dan percaya, konsepsi desa global yang dibincangkannya.

Pemikiran Mc Luhan di waktu itu mencetuskan kontroversi dan dianggap sebagai

pandangan yang bercanggah dengan realiti. Masakini prediksi globalisasi itu benar-benar

telah terjadi. Penduduk dunia telah pun saling berhubungan dengan semakin erat,

semakin kuat, dan semakin cepat sehingga tidak lagi menampakkan wujudnya

perpisahan akibat sempadan politik dan geografi, bangsa dan agama. Manusia telah

menyertakan diri dalam sistem hidup yang lebih terbuka, plural dan konstruktif dengan

bertukar informasi, budaya, perdagangan, pelaboran, ideologi dan visi misi, sehingga

persoalan-persoalan peribadi dan komuniti. Setiap situasi yang berlaku di satu daerah

dirasakan oleh daerah yang lain sehingga batas-batas sempadan yang terbentuk akibat

sistem politik nasionalisme seperti negara telah hampir lemah, dan ini ditunjukkan oleh

kesediaan negara-negara kolonial di Eropah yang masing-masing berbangga dengan

sejarah dan keegoan nasionalisme masing-masing untuk bersekutu dalam persekutuan

Eropah. Perubahan ini semakin diperkukuhkan dengan kebangkitan media baru melalui

internet yang mempercepatkan lagi proses kebersekutuan dari aspek nilai, budaya dan

perilaku.

24


Malaysia tidak terkecuali menyertakan diri dalam perubahan sistem hidup Kurun 21 ini,

dengan prediksi pertumbuhan gunaan internet meningkat dari 10-15% setahun sejak

peristiwa Reformasi Anwar Ibrahim pada tahun 1998 sehingga berada sebagai negara

paling tinggi peratusan kepercayaan terhadap media internet di rantau Asia Tenggara dan

Asia. Ini dinyatakan secara menyeluruh dengan petunjuk penetrasi dan kepercayaan

terhadap media baru selepas Pilihanraya Umum 11 (2004) dengan anggaran 80-90% dari

26 juta penduduk. Purata 7 juta pengguna internet, dan perkembangan ini semakin

menjadi-jadi di sepanjang period krisis politik 2004 hingga 2008, dan dalam Pilihanraya

Umum 12 (2008) prediksi hampir 92% rakyat Malaysia mempercayai internet dengan

lingkaran penetrasi adalah 85-90%. Ini belum mengambil kira peningkatan perkhidmatan

internet secara komersial seperti kafe-kafe siber. Pertumbuhan gunaan broadband serta

perkhidmatan jalur lebar adalah mencapai ke tahap 65-75% bagi tahun 2008, dengan

hampir 11 juta orang menyertakan diri dalam mediasfera baru iaitu blogosfera dan

sosialsfera (blog dan media sosial): “Blogs are unusually powerful in Malaysian politics.

According to a USINFO state report by Stephen Kaufman released today, “Weblogs

(blogs), text messages and copies of Internet-streamed videos became the most influential

information sources for voters ahead of Malaysia’s March 8 parliamentary elections.” On

March 25, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said the BN’s strategy of ignoring blogs

and online media was responsible for his party’s losses in this election. He states the BN

“certainly lost the Internet war” and that is was “a serious misjudgment” to rely only on

government controlled newspapers and television to communicate their campaign

message” (Victoria Stodden, http://blogs.law.harvard.edu 2008).

SINGULARISME VERSUS PLURALISME

… public spaces of collective sense-making. Public space is not a sphere and it is not

homogeneous… Instead, it is a heterogeneous space, populated by very different kinds of

actors who come into being and through their interactions create the many dimensions of

the space itself… We develop a notion of publics as distinctive combinations of social

networks, protocols and technologies (Girard, Stark 2006: 187-197); kecepatan dan

kekuatan pengaruh mondial atau mundus yang menjangukasakan media baru (internet

dan seluruh rangkaian gravitas teknologi multimedia, digital dan aplikasi informasi)

akhirnya telah menjadi sebagai jantung dan pengatur proses dan lalulintas globalisasi

serta pencorak kebudayaan penghidupan manusia sejagat masakini dan masadepan.

Justeru itulah media baru telah menjadi sarana komunikasi yang mengalami

perkembangan terpesat dalam sejarah tamadun manusia, dan internet serta rangkaian

gravitas saitek media siber telah mendepani masadepan, dan mengetuai seluruh agenda

media massa. Perilaku, sistem dan gerakan politik menerima kesan piroklastik yang

paling kuat dari letusan internet dan media baru ini apabila terhasilnya akibat dari letusan

tersebut dengan terbentuknya partisipasi demokrasi.

Setiap orang tidak lagi menjadi sekumpulan katak di bawah tempurung, yang sehari-hari

dikawal dan dipenjarakan pertumbuhan akal fikir dan akal rasa melalui pengkhianatan

politik kuasa sama ada dari sistem autokrasi mahupun demokrasi. Media-media tradisi

seperti televisyen dan suratkhabar yang nyata kebanyakkannya adalah dimiliki dan

digenggam oleh geng-geng penguasa politik dan kapitalis telah menyebabkan liberalisasi

kepolitikan tidak terjadi, malah proses transformasi penghidupan ekonomi dan sosial

hanya sekadar momokan sewaktu musim pilihanraya dengan tawaran pembinaan

jambatan, sekolah-sekolah, bekalan elektrik dan air bersih walhal kempen-kempen

pembangunan semacam ini telah bermula dari zaman feudal lagi, dan tidak pernah

berjaya diselesaikan. Misalnya ketika Empayar Kesultanan Melaka kempen yang sama

pernah dicetuskan melalui projek mega pembinaan jambatan emas dari Melaka ke

Gunung Ledang; dan seterusnya di sepanjang zaman penjajahan kuasa Barat yang nyata

kejam dan tamak turut menawarkan solusi yang hampir sama iaitu pembinaan jalan

keretapi, bangunan-bangunan simen, dan sebagainya sehinggalah apabila kemerdekaan

telah tercipta, dan pemimpin dari bangsa sendiri sudah menjadi pemerintah kembali. Janji

pembangunan yang tidak sudah-sudah dan tidak selesai-selesai ini terus-terus berlaku

dari satu pilihanraya umum (PRU) ke satu pilihanraya umum, dan tentulah paling terkesan

dari satu pilihanraya kecil ke satu pilihanraya kecil (PRK). Masyarakat yang mengerti dan

berkemahiran fikiran yang tinggi akhirnya menyedari bahawa mereka bukan lagi kumpulan

majoriti yang dikawal dan dikurung oleh sekumpulan minoriti elit politik, lalu sebermula

period reformasi 1998 oleh Anwar Ibrahim sehingga PRU-12 (2008) mereka benar-benar

menempatkan diri dan kepercayaan untuk bersama terlibat dalam demokrasi. Berlakulah

era demokrasi deliberatif atau demokrasi partisipasi dengan media baru sebagai medium

paling berkuasa, dan masyarakat akhirnya menemukan cara dan sistem untuk

menawarkan fikiran dan peranan, serta menguruskan masadepan sendiri. Politik tidak lagi

menjadi dominan kepada sebahagian politikawan, sebaliknya menjadi gelanggang bagi

setiap rakyat untuk terlibat secara serius dan dekat.

Sekaligus media baru mendayabina zaman penghidupan sejagat tanpa sempadan dan

secara langit terbuka, dan kehidupan yang kepelbagaian diterima sebagai asas dalam

sistem, bentuk dan nilai-nilai yang dibangunkan. Tentulah dengan pengaruh yang begini

besar, maka sikap demokrasi juga turut berubah, dengan memungkinkan proses

25


penyebaran persepsi berkembang dengan lebih pantas, dan lebih membentuk maklumat

berbanding berita peristiwa. Akibatnya banyak amalan dan teori politik klasik misalnya,

sudah menjadi primitif. Terutama dalam pengaturan strategi dan agenda: “Dr. Abu Hassan

Hasbullah, a University of Malay Media Studies Lecturer, reports 70% of voters were

influenced by blogs, claiming that the main stream media does not report on pertinent

government corruption or on religious and racial tensions. Hasbullah claims that the BN

had two websites and one blog in 2004, while the opposition had thousands of blogs.

Voice of America reports readership of the country’s independent blogs surpasses that of

print media” (Victoria Stodden, http://blogs.law.harvard.edu 2008).

Media baru turut mengembangkan potensi persepsi menjadi informasi, malah

mempercepatkan penyebaran emosi dan psikologi, seperti pada setiap kali jenayah

kemanusiaan dilakukan oleh hayenas Israel terhadap umat Islam di Palestina maka dunia

akan menerima kepedihan tersebut beberapa saat selepas berlaku. Setiap warga dunia

yang punya kemanusiaan yang tinggi akan membara semangat untuk bersekutu dengan

umat Palestina dan seterusnya menghapuskan kekejaman Israel. Media baru dengan

internet sebagai jentera telah membuka potensi-potensi komunikasi sejagat sekaligus

membolehkan semua bentuk dan kandungan agenda dalam sistem hidup manusia dapat

distrategiskan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Grafik 31. Statistik Gunaan Internet Sedunia Bagi Tempoh 2008

Sumber Data dari Zentrum Future Studies Malaysia

Perkembangan kepercayaan/penetrasi terhadap media baru dunia meningkat hampir 40

peratus bagi setiap tahun, dengan pertumbuhan potensi penggunaan mengikut benua di

antara 150 peratus hingga 1200 peratus, dan di Asia mencapai tahap hampir 370 peratus

bagi tahun 2008. Lonjakan di Asia terus mendepani benua lain bagi tempoh 2009.

Peningkatan di Asia ini telah melonjakkan pencapaian strata penggunaan dan

kepercayaan internet di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Kadar pertumbuhan penggunaan media baru di dunia yang meningkat secara

keseluruhan antara 40 hingga 60 peratus setahun turut mendorong kepantasan

perkembangan perusahaan (penetrasi pemilikan dan penetrasi kepercayaan) media baru

di Asia Tenggara, yang dianggarkan akan mencapai strata perkembangan hampir 500

peratus di sepanjang 2010 hingga 2011, dan berada pada strata kepenggunaan total per

demografi menjelang 2018 khususnya di beberapa buah negara yang telah mengalami

kepesatan pertumbuhan ekonomi media baru iaitu Indonesia, Thailand, Malaysia,

Singapura dan Vietnam. Perkembangan ini, sekira perangkaan bagi Asia Tenggara

dipisahkan dari perangkaan bagi Asia maka, strata penggunaan dan perkembangan

industri media baru ASEAN ialah di tangga keempat selepas Asia Besar, Eropah, dan

Amerika Utara. Secara ‘future studies’, menjelang 2018, negara-negara Asia Tenggara

akan berada dalam adiluhung sibersfera di mana segala aktiviti ekoposial adalah

dijenterakan oleh media baru, dan kegunaan internet sebagai sistem yang

membangunkan semua sisi dan posisi ekoposial mencapai tahap tertinggi.

Lonjakan besar peralihan gunaan dari media tradisi khususnya akhbar, majalah dan

televisyen kepada media baru, khususnya rangkaian media yang dipacu oleh internet

(www) dan telekomunikasi yakni telefom mobile (smartphone/ dan juga iPad) turut

merencanakan semula pola kepercayaan media sejagat, termasuk di Asia Tenggara yang

rata-rata sistem ekoposial khususnya politik masih terpasung oleh autokratisme dan juga

totalitarian meski ada amalan demokrasi namun kebebasan media masih di tahap yang

agak rendah. Apa yang dimaksudkan dengan pola kepercayaan yang turut akan berubah

dari transformasi gunaan media ini adalah strata peletakan nilai percaya terhadap sistem,

bentuk dan kandungan di dalam media seperti traktat-traktat etika, misalnya nilai

informasi iaitu benar, tepat, lengkap, jelas, liberal, demokratis, termasuk nilai-nilai negatif

seperti hasutan, tuduhan, prasangka, bias/berat sebelah, berpihak, prejudis dan ancaman

terhadap demokrasi. New ICTs are thus simply a new venue for information provision to

the citizen-consumer (Needham 2004: 43, Åström 2004: 96)

26


Jumlah penggunaan internet dunia, adalah hampir sama dengan jumlah penggunaan

perkakasan teknologi media baru seperti telefon selular, iPod, iPad, dan lain-lain gajet

tanpawayar seperti pemain MP3/MP4, pemain video digital contohnya Sony PSP; iaitu

seramai 1,407,724,920 dalam tahun 2008 dengan kadar peningkatan yang sangat-sangat

luarbiasa khususnya di benua besar seperti Asia, Amerika Latin/Carribean, Afrika dan Asia

Barat. Lonjakan ini belum mengambil kira kepesatan industri gajet media di China yang

dianggarkan berkembang antara 30 hingga 62 peratus setahun; termasuk penghasilan

‘broadband’ yang akan memenuhi keperluan pasaran sehingga 82% setahun, di seluruh

Asia. Peningkatan ini juga dibantu oleh kepesatan pasaran di Indonesia sekali gus

membentuk lingkaran Asia Raya yang sangat berkuasa.

Jelas pasaran penggunaan terbesar internet dan media baru adalah di Asia dengan

anggaran 764.4 juta dari jumlah keseluruhan penduduk; yang mungkin diakibatkan oleh

faktor populasi yang lebih besar berbanding benua-benua lain dan juga kesan daripada

lambungan ekonomi yang berlaku di China, India dan ASEAN melalui perkembangan

ekonomi paling tinggi berbanding negara-negara lain, dan juga benua lain khususnya

Eropah yang sedang berdepan dengan keruntuhan kuasa fiskal dan debit seperti yang

terjadi di Greek akibat renstra urus tadbir yang salah, terutama kesan dari amalan korupsi

dan penyelewengan dana-dana kerajaan (GLC) akibat pengurusan politik pembangunan

yang terpesong dari prinsip pemajuan sosial. Ekonomi tidak boleh dipisahkan dengan

kesan ke atas politik dan sosial, begitulah sebaliknya, kerana itu prinsip ekoposialisme

atau kesepaduan pengurusan perlu diamalkan. Dan inilah yang menjadi tajuk-tajuk paling

dominan dalam media baru. Kepesatan perkembangan industri media baru yang

ditunjangi oleh pembangunan frasarana dan teknologi internet telah membawa

pertumbuhan pasaran perusahaan media baru di Asia Tenggara dan membentuk

lingkaran kuasa informasi baru dalam sistem penghidupan masyarakat dan pengurusan

ekoposial, khususnya dalam menangani demokrasi.

memelihata kepentingan pemilik atau media kapitalis/ orientalis (mediatalis); serta dasar

yang telah diagendakan berasaskan kepentingan mediatalis juga politik seperti Akta

Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 menjadikan media tradisi begitu primitif iaitu bukan

sahaja bersifat satu arah atau singularisme, malah kandungannya sendiri adalah

kandungan selektif yang dipenuhkan dengan bias/berpihak secara melampau sehingga

makna informasi yang seharusnya benar dan tepat tidak lagi menjadi agenda mediatalis

yang memiliki media tradisi. Ini dibuktikan sebaik sahaja berlaku pilihanraya maka

tentunya mediatalis melalui media milik mereka akan menjadikan akhbar dan televisyen

mereka sebagai suara parti yang menaja atau mempunyai perkongsian saham terbesar.

Bukan salah, cuma bentuk informasi yang tersebar adalah suatu informasi yang pincang,

tidak seimbang dan boleh mencetuskan pembentukan sejarah dan masadepan yang

salah. Akhirnya media baru muncul sebagai kuasa informasi alternatif pada awalnya, dan

dengan sifat partisipasi yang menjadi struktur menguat media baru seperti media sosial

akhirnya proses informasi semakin beragam, dan informasi itu sendiri mula membentuk

lingkaran pengetahuan, dan pengalaman yang bermacam juga. Demokrasi partisipasi

akhirnya terbina dengan sendiri bila mana setiap orang menjadi wartawan, dan setiap

orang memiliki medianya sendiri dan mereka akhirnya menjadi mediawan yang bukan

mediatalis.

Kurun 21 adalah kurun informasi. Kuasa informasi menjadi dominan dalam

mempengaruhi sistem-sistem ekoposial masyarakat termasuk budaya, maka keperluan

untuk mempunyai operasi komunikasi yang lebih tangkas, pelbagai dan transformatif

begitu mendesak. Ini membawa pada perlumbaan merekacipta saitek media baru, yang

bukan sahaja dari fiziknya melengkapkan proses komunikasi menjadi ringan, mudah,

mesra, lumrah dan muhibbah juga keinginan mengguna dan membangunkan keupayaan

untuk berada dalam proses komunikasi secara partisipasi. Pengguna melalui media baru

telah memposisikan peranan dan keterlibatan dalam membentuk pengaruh dan

kepercayaan, malah mencetuskan budaya popular yang tidak dapat diatasi oleh

kebolehan primitif media tradisi:

Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial

dunia melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas, serta

mengenengahkan paripurna kemediaan yang lebih terbuka, partisipatif dan pragmatis

melalui bentuk yang lebih bebas, mudah dan memiliki gravitas komunikasi secara plural

berbanding media tradisi yang masih terkongkong dan terbatas oleh sikap-sikap

Process of communication, particularly electronic communication, are fundamental to the

current transformation of capitalism; and this is reflected in names such as “The

Information Society” or “The Knowledge Society”. A political economy of communication,

therefore, challenges the pure economic logic of this transformation and enables us to

27


enquire, critically, about the relation of that transformation to social class, gender, race,

and place; and more fundamentally, as Golding and Murdock stress, about ‘justice, equity

and the public good”. (Golding, Murdock 2000: 73)

pemerintah. Media tradisi benar-benar terkongkong dan primitif, dan keupayaan untuk

lebih dinamik lagi tidak ada sama sekali (Jankowski 2007: 276).

Media tradisi adalah media singular. Bentuk, sistem dan kandungannya singularisme.

Maksudnya keseluruhan cara menguruskan perusahaan media tradisi tersebut adalah

secara satu arah, sepihak, yakni tidak berlakunya malah tidak akan berlakunya proses

transformasi komunikasi secara bersama dan serentak atau partisipatif; sebaliknya cuma

ada satu fungsional iaitu dari penyampai kepada penerima (Carey 1989: 187). Sikap

perusahaan dan komunikasi media akhbar, majalah, buku, radio, televisyen malah filem

begitu monokratis, dengan ciri-ciri efektif perkongsian informasi secara keterbukaan dan

tindakbalas pelbagai hala boleh dikatakan tidak berlaku sama sekali (Dahlgren 2001:

64-88). Dengan kata lain proses singular media tradisi tidak memungkinkan proses

penilaian, pemeriksaan, penghujahan dan perkongsian saling saing informasi terjadi.

Untuk kemungkinan massa menjadi penyampai secara serentak ketika dia menjadi

penerima informasi tidak akan berlaku.

Dalam zaman-zaman budaya ekoposial khususnya politik yang lebih autokratik dan

feudal, ataupun doktrinisasi totalitarian media singular mempunyai pengaruh dalam

mencetuskan kepercayaan dan kebudayaan kerana proses penghidupan di zaman-zaman

sebegitu adalah dikawal, diatur-bentuk, dan dipecah-perintah secara tiada pilihan.

Maksudnya, bagaimana kita menonton televisyen, maka kita tidak akan mempunyai ruang

untuk membolehkan perasaan dan fikiran sendiri turut mempunyai peluang

berkomunikasi serentak pada waktu pristiwa penginformasian itu terjadi sebagaimana

kepolitikan satu arah dalam period Stalin-Lenin-Tito di negara-negara (dulunya) Eropah

Timur atau Kesatuan Soviet. Bagi sebuah politik autokratik dan kuku besi, atau

diktatorian/ tirani yang singularismenya begitu drakonian, maka media tidak berkembang

dan tidak mempunyai keupayaan kreatif, kritis dan intelektual (Habermas 1989: 43) untuk

memposisikan peranan dalam pelbagai sisi, sebaliknya sekadar sebuah upacara

penyampaian perintah yang telah ditetapkan justifikasinya iaitu taat, percaya dan

anugerah. Perkembangan pola-pola nilai, bentuk dan kandungan dalam informasi,

komunikasi hatta hal ehwal menguruskan ekoposial negara serta fungsi dan misi media

(Habermas 2003: 86-100) tidak banyak boleh berkembang maju dengan perubahanperubahan,

sebaliknya stagnan sebagai medium aparatus yang menyokong perintah dan

Meski media tradisi tidak memungkinkan peristiwa transformasi informasi terjadai dalam

kepelbagaian arah, bentuk, nilai dan kandungan dengan massa berfungsi sebagai

penyampai dan penerima secara berpartisipasi, kekuatan pengaruhnya terletak di atas

kuasa pembentukan budaya. Medium tradisi masih menjadi medium penyebar budaya.

Para pemacu media tradisi atau mediatalis, juga mediawan yang terdiri dari wartawan,

penerbit, perantara/pengacara, juruhebah, artis-artis, sutradara, pelawak, penyampai

berita telah menghasilkan acara-acara menyebar budaya dari semasa ke semasa.

Kedudukan media tradisi yang dikawal berasaskan kepentingan-kepentingan kapitalisme

dan juga kepolitikan, dan hak kepercayaan sebagai sebuah perusahaan membawa media

tradisi menggunakan ruang singular dan autokratisme tadi sebagai suatu kuasa utama

sebagai sumber penyebar budaya (Bronner, Stephen dan Douglas Kellner 1989: 67-82).

Proses budaya disebar ini menjadi lebih mudah akibat singularisme tadi, iaitu ruang-ruang

perbahasan dan penilaian sama ada nilai dan bentuk yang dibawa itu positif atau negatif

(Friedman 1993: 45-51) terhadap aspirasi peradaban tidak terhasil di saat acara-acara itu

disebarkan, kecuali sentimen hiburan dan prejudis keberpihakan. Sekira ada cumalah

peristiwa yang berlaku selepas berakhirnya acara-acara itu dan saat massa menjadi

peduli pada kesan dan akibatnya.

Namun protes dalam bentuk apapun oleh masyarakat sudah pun terlewat dan media

tradisi benar-benar berjaya sebagai agen penyebar budaya. Radio, television, film, and

the other products of the culture industries provide the models of what it means to be

male or female, succesful or a failure, powerful or powerless (Kellner 1995: 1), dan apa

yang kemudiannya disebut sebagai budaya media.

Bagi media baru, kekuatan yang ada pada media tradisi juga terkandung dalam sistem,

bentuk dan prinsip aktual sebagai medium komunikasi. Namun media baru yang

dijenterakan oleh internet, dalam bentuk apapun teknologinya, dari Smartphone ke

iPhone, iTV, iPod dan iPad kekuatannya terletak pada cara bekerjanya yang plural. Ciri,

sistem, bentuk dan kandungan media baru adalah begitu kepelbagaian, beragam-ragam,

28


dan mempunyai metode beroperasi atau kandungan perusahaannya yang berbagai arah,

hala, cara, dan amalan; dari Podcast, RSS, YouTube, Flickr, iPhoto, iTunes, web

broadcast, sehingga memungkinkan elemen-elemen retorikal perucapan iaitu verbal dan

visual dapat disebarkan secara serentak. Perusahaan media baru bukan lagi bersifat

organisasi, sebaliknya bersifat pluralisme individual. Setiap orang yang mempunyai

komputer, atau laptop, juga Smartphone seperti iPhone, atau alat pemain muzik MP3/

MP4 seperti iPod dan sekarang iPad atau gajet perpustakaan yang dilengkapkan dengan

3G dan Wifi boleh terlibat sepenuhnya dalam komunikasi dan berkuasa dalam

membentuk dan menyebarkan informasi.

Dalam erti yang lain, bagi media baru, setiap orang sudah pun mempunyai peranan dan

boleh berfungsi sebagaimana sebuah organisasi berperanan, dan berfungsi dalam

menguruskan media tradisi. Setiap individu boleh menjadi penerbit, penyampai, penulis,

editor, wartawan, sutradara, perantara/pengacara, panel dan segala macam lagi fungsi,

dan dalam masa yang sama menjadi pembaca, pengkritik, pengulas dengan

menyampaikan komen-komen, padangan-pandangan secara serentak pada waktu

informasi itu diterima atau ditebarluaskan. Kejagatan peranan individu ini, secara

sistemnya telah menghasilkan suatu kumpulan organisasi dan inilah yang dikatakan

sebagai pluralisme. Misalnya, Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) yang terkenal

sebagai pencetus “revolusi angka” dengan mengemukakan kajian-kajian mikro prediksi

persepsi kepercayaan politik di sepanjang kemelut demokrasi di Malaysia, sejak 2002 dan

begitu mendapat kepercayaan sewaktu Pilihanraya Umum 2008 adalah sebenarnya

sebuah persepakatan penyelidik relawan (participatory researcher) yang bersekutu di

dalam jaringan media baru.

Pluralisme media baru bukan sahaja merujuk kepada kepelbagaian jentera atau

perkakasan dari teknologi media baru tersebut seperti gajet-gajet dan produk aplikasi

komunikasi, multimedia dan telekomunikasi sebaliknya menghuraikan tentang di dalam

sistem media baru proses komunikasi sosial adalah terjadi secara kebersamaan individual

sebagaimana rajah Logo ZENTRUM yang menunjukkan kejutaan jaringan komunikasi dan

pentebaran informasi misalnya dalam media sosial. Kebersamaan indvidual atau

kompleks individu sosial ini akan menyebabkan bentuk dan kandungan media baru juga

pelbagai dan bermacam-macam, pluralisme. Sistem yang pluralisme akan mencetuskan

kandungan yang pluralisme, dan kandungan yang pluralisme akan menghasilkan kesan

dan akibat yang juga plural. Pluralisme dalam media baru menjadikan media baru sangatsangat

berkuasa dan berpengaruh kerana cara pekerjaan industrinya yang bertaburan,

bertebaran dan dikawal oleh setiap individu yang berfungsi sebagai pemilik media baru

tersebut.

Bayangkan di Malaysia yang dianggarkan sejumlah 16 juta dari 26 juta populasi anggaran

penduduknya memiliki media baru sebagai media informasi, sama ada secara memiliki

gajet seperti telefon bimbit, iPod, iPhone dan iPad, atau ke tahap mempunyai sistem

media baru yang lengkap seperti blog, Facebook, Twitter yang diakses setiap saat melalui

laptop, notebook dan sebagainya. Tentulah kesemua 16 juta tersebut adalah penggerak,

pemacu dan pemilik industri media baru dan berfungsi sepenuhnya sebagai penyebar

maklumat dalam gerakan informasi. Ini bermaksud di Malaysia sahaja sudah ada 16 juta

media dengan 16 juta pengusaha dan pen 16 juta pengikut/pengguna; dan sekira setiap

seorang dari 16 juta itu menyebarkan persepsi sebanyak 5 kali sehari, maka sudah 30 juta

informasi disebarkan; dan seandai 30 juta itu berlaku dalam 1 minit maka tentunya untuk

tempoh 1 jam sebanyak 1.8 bilion sudah disebarkan.

Untuk itulah media baru memberi makna baru terhadap persepsi, di mana persepsi sudah

menjadi suatu informasi. Menguruskan persepsi adalah suatu tugas paling dominan

dalam kebangkitan media baru.

Pluralisme media baru yang dibentuk oleh perkembangan terpesat saitek informasi

khususnya internet dan rangkaian teknologi siber seperti Wifi dan WiMAX , khususnya

perusahaan “broadband” mengembangkan lagi pengaruh informasi dengan anggaran

pertumbuhan “broadbandsfera” dan “sibersfera di Asia Tenggara adalah sekitar 67 hingga

87 peratus menjelang suku pertama tahun 2010 (Newman 2003: 167-256). Jumlah

peningkatan penetrasi media baru, termasuk pemilikan gajet-gajet popular di negaranegara

ASEAN dijangkakan mencapai paras 69 peratus seperti yang dibincangkan oleh

Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM), bahawa lingkaran ekonomi broadband

akan meningkat ke tahap 82% pertengahan 2010 dengan anggaran 18-20 juta pengguna

menjelang 2011, dengan perolehan pasaran sebanyak 38 hingga 118 bilion Ringgit

Malaysia. Target pertumbuhan broadbandsfera ini diasaskan pada renstra pembangunan

wilayah ekonomi baru di semua negara ASEAN, yang merupakan benua pertumbuhan

ekonomi paling pesat di Asia selain China dan India. Broadband akan menjadi suatu

29


industri budaya yang paling pantas berkembang, dan akan mempengaruhi semua proses

politik, ekonomi dan sosial.

Terpesat dan meledaknya penggunaan media baru di ASEAN akan menjadikan pengaruh

pluralisme media baru memberi gugatan dalam proses-proses pencitraan ekoposial

ASEAN, dan tidak mustahil bermula 2008 banyak keputusan politik dan ekonomi

termasuk kemajuan sosial dipengaruhi dan dibentuk oleh informasi media baru. Prediksi

menunjukkan kebangkitan liberal demokratis yang menganjurkan kesaksamaan ekoposial

dan pembebasan demokrasi dan sekira penyebaran ini disahut dalam media baru, dan

membentuk kepercayaan politik baru maka tidak heran sekira kuasa-kuasa politik

konservatiif yang berasaskan nasionalisme dan elitis akan jatuh. Petunjuk di Thailand,

Malaysia, dan Indonesia jelas memberi gambaran ini.

Kuasa pluralisme media baru yang ditunjangi oleh kuasa broadbandsfera dan sibersfera

ini menyebabkan segala bentuk kepercayaan penilaian, pengukuran, pengujian dan ‘civil

opinion’ yang mengjadi asas pengukuran dalam sistem media tradisi sudah tidak tepat

dan tidak boleh dipercayai lagi. Ini kerana pluralisme adalah partisipasi, dan partisipasi

adalah digerakkan oleh persepsi; maka persepsi sebagai informasi akan berfungsi

sebagai jentera demokrasi. Sekali gus pluralisme media baru akan membentuk

masyarakat yang mudah berubah dari sistem kepercayaan sedia ada (Splichal 1999: 115),

khususnya pluralisme media baru akan membolehkan informasi-informasi tersebar tanpa

ada batas kawalan lagi.

Tambahan Kurun 21 itu sendiri sebagai kurun informasi telah menyebabkan penghidupan

berlangsung dalam kepercayaan tanpa sempada dan bersifat langit terbuka (Tehranian

1990: 233-237). Media baru + sibersfera + broadbandsfera yang pluralisme telah menjadi

vesavius hegemonia baru yang mengikut pandangan ‘future studies’ akan mempengaruhi

semua keputusan hal ehwal ekoposial akan datang (Abu Hassan Hasbullah 1998: 13)

Demografi geo-media penggunaan media baru/media sosial dan media moden/gajetgajet

digital di negara ASEAN dengan anggaran ‘future studies’ bagi tahun 2010 yang

berasaskan perkembangan di tahun 2008, dengan statistik menunjukkan peningkatan

sebanyak 75.9 juta bagi blog, dan 73.5 juta bagi media sosial, dengan pasaran gajet

meningkat mencecah 8-10 bilion Ringgit Malaysia; sekali gus menyaksikan kemerosotan

sehingga ke paras 4.9 juta bagi media tradisi. Perkembangan media baru, khususnya

blog dan media sosial adalah suatu bentuk pertumbuhan yang didorong oleh

kepercayaan-kepercayaan yang telah digemabentukkan di sepanjang tahun 2008 hingga

2009, iaitu tentang kebolehan blog sebagai media baru mengambil alih peranan media

tradisi khususnya akhbar, majalah dan televisyen (Barabàsi 2000: 2116; Hindman dll

2003: 67) kerana blog/ media sosial menawarkan kesemua bentuk dan kandungan media

tradisi sebagai kandungannya, dan tentunya sifat pluralisme.

Blog sendiri telah menunjukkan keberkesanan peranan sebagai alternatif pada media

tradisi sehingga perkembangan pengaruhnya adalah yang paling mendadak, dan

ketangkasan media blog dalam menjenterakan sistem komunikasi dan informasi telah

mengakibatkan perubahan kandungan kepercayaan masyarakat. Antara contohnya,

sekira sebelum 2008, media tradisi misalnya akhbar terus-terusan dianggap sebagai

sumber paling berwibawa: tepat, benar dan akademik sumber maklumatnya, mulai tahun

2008 kepercayaan itu telah berubah sama sekali di mana blog dianggap lebih ‘reliable’

dan ‘valid’ berbanding akhbar mahupun televisyen.

Sudah tentu peristiwa yang sungguh mencabar analisis ialah bila media tradisi sudah

tidak dipercayai lagi, dan naskah-naskah media tradisi sama ada bercetak atau televisyen

dianggap setaraf tabloid yang menyebarkan khabar angin/ fitnah dan komik yang

terpenuh dengan imaginasi; kecuali buku. Pernyataan yang semacam persepsi ini telah

dibuktikan di dalam peristiwa Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 (PRU12) yang

berlangsung pada 8 Mac 2008 lalu, jelas menunjukkan rata-rata masyarakat Malaysia

sudah tidak mempercayai media tradisi.

Blog sebagai media baru muncul memimpin media baru ke zaman serba baru, iaitu

zaman informasi dibentuk, dan pluralisme sekali gus menjadi media terkuat dalam

membentuk kepercayaan masyarakat. Letusan blog semacam ‘piroklastik’ yang bukan

sahaja telah membawa kesan besar terhadap industri media tradisi, namun di waktu yang

sama membajai peningkatan partisipasi masyarakat dalam perkongsian informasi,

pengetahuan dan pengalaman yang menjadi aset masadepan.

30


Arus balik kepercayaan terhadap media di sepanjang period PRU12 adalah kesan

langsung dari pembangunan non-henti sektor teknologi maklumat di seluruh dunia, malah

di Malaysia kadar penetrasi internet dan media baru dalam makna kepercayaan terhadap

asas sumber adalah di tangga ke 28 di dunia dan yang ke 3 di Asia, dan yang tertinggi di

Asia Tenggara pada kadar 60 peratus dari populasi penduduk. Kadar penetrasi internet

dan media baru yang tinggi ini menunjukkan perubahan total cara menangani informasi di

Malaysia, dan dijangka menjelang 2011, kadar penetrasi akan mencapai tahap 80 peratus

sekali gus penetrasi kepercayaan akan mencapai tahap 92%. Di waktu ini tentulah

sesiapa yang menguasai media baru, memahami persepsi sebagai informasi dan tidak

primitif dalam renstra komunikasi akan menguasai kepercayaan masyarakat.

Pluralisme sekali gus menganjurkan partikularisme, atau multiplisme telah membolehkan

situasi-situasi dibentuk, dicitrakan dan disebarkan berbanding media tradisi dengan sikap

ketunggalan dan ketinggalan akibatnya memudahkan lagi proses transformasi budaya

informasi berlaku. Dalam keadaan media tradisi Malaysia yang begitu ‘dikawal’ dan

‘dipasung‘ maka sikap media baru yang lebih konstruktif dan inseparable menjadikan

proses pendayaan semula kepercayaan terhadap informasi berlaku dengan lebih cepat

dan meluas. Teknologi informasi ditentukan oleh penetrasi, atau kecapaian sumbernya,

dan capaian yang tinggi akan lebih cepat membentuk pengaruh dan kepercayaan.

Pengalaman PRU12 ini adalah rujukan secara ‘future studies’ interpretasi keadaan di

ASEAN secara bandingan.

multiple, equally correct interpretations always lurks in what jacques Derrida has taught

us to call the margins of such discourse because multiplism is the lifeblood of such

discourses: their principle of growth, development and self-transformation. (Nikos Drakos

1996, dan Ross Moore 1999)

Secara ‘future studies’, mahsul dari perkembangan media baru dan internet di Asia

Tenggara, khususnya di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan

Thailand, Singapura juga Filipina akan turut membawa perubahan yang sangat ketara

dalam ‘public opinion’, meski media tradisi khususnya televisyen masih mempunyai tahap

asosiasi kumulatif yang tinggi dengan publik namun skala kepercayaan adalah menjunam.

Ini ditunjukkan oleh pengaruh e-readiness (EU Media Directory 2008) yang meningkat

misalnya Singapura di tangga keenam di dunia iaitu dari 8.6% pada tahun 2007 ke

8.74%; Malaysia dari 5.97% ke 6.16% (tangga ke 3); Thailand dari 4.91% ke 5.22%

(tangga ke 47), Filipina dari 4.66% ke 4.90% (tangga ke 55), dan Indonesia dari 3.39% ke

3.59% dan berada di tangga ke 69 di dunia. E-readiness yang tinggi akan menunjukkan

prestasi gunaan internet sekali gus media baru di negara-negara ASEAN di masadepan.

Rajah 6. Kajian Mikro Prediksi Persepsi Kepercayaan Politik PRU12 2008: Graf

Kepercayaan Media oleh 1500 responden bagi setiap negeri dikaji pada tahun 20 Februari

– 05 Mac 2008

Sumber data dari Zentrum Future Studies Malaysia.

We have argued in support of Krausz, and against the characteristic or orthodox

association of singularism with realism, that, in the description of the natural world,

multiplism may at times not only be compatible with objectivity, but compatible equally

with both realism and constructivism, and that pair may, on some interpretations be

equally compatible with one another. What about the equally orthodox association of

multiplism with culture An obvious argument for orthodoxy is that culture is, by its

nature, humanly constituted. A literary, or religious, or aesthetic tradition develops by

reinteroretation, and as reinterpretations multiply and cohere into new structures of

response or belief, so the entities that populate the discourse of culture change their

nature or divide amoebically into daughter-entities. As long as we stay within the limits of

a particular hermeneutic strategy singularism may seem to obtain; but the possibility of

Jadual di atas pula menunjukkan skala kepercayaan terhadap media di kalangan

responden/publik berusia 21 hingga 41 tahun, yang dikaji dalam period PRU12 2008 di

Malaysia, dan didapati dari 1500 orang responden berasaskan kajian opini publik,

pemerhatian kandungan internet (situs/website, portal, akhbar online, blog, forum,

guestbook, komen, media sosial iaitu Facebook, Twitter, MySpace, Friendster, Newszine,

Flickr dan lain-lain), serta perbandingan hipotesis media tradisi dan media baru

khususnya di kalangan publik berusia 21 hingga 31 tahun adalah sangat tinggi.

Kedudukan ini menggambarkan proses perubahan kepercayaan tadi, kerana media baru

31


dengan konsep pluralisme dan informasi dibentuk, kekuatan informasi dibentuk adalah

hubungan informasi tersebut dengan ciri-ciri budaya popular seperti persepsi, spekulasi

dan provokasi yang mencetuskan aliran suasorie/persuasif yang tinggi. Rajah 6, yang

melihat perbandingan media di Malaysia bagi PRU12-2008 itu belum mengambil kira

keluarbiasaan penetrasi terhadap media sosial di masakini.

Media baru yang artikulasi ini tentunya akan turut menstrukturkan perubahan yang sama

di negara-negara ASEAN yang lain terutama gerakan sebegini seperti creolisasi adalah

gerakan yang sudahpun terjadi dalam globalisasi (Stewart 2007: 36-47)

BLOGOSFERA – HEGEMONIA MEDIA BARU

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional's apathy towards the use of the Internet was a major

contributor to its losses in the recent general election, a new study revealed. The study by

Zentrum Future Studies Malaysia, conducted from Feb 20 to March 5 and involving 1,500

respondents aged between 21 and 50, showed that the alternative media had a big

influence on voters. Universiti Malaya Media Studies department senior lecturer Dr Abu

Hassan Hasbullah said in the recent election, BN lost in the "information war" due to its

misjudgment on the importance of the alternative media. "Young people are relying more

on these new alternative media rather than the conventional ones like newspapers and

television," he said at a forum themed "Society and Media in the 2008 Election"

yesterday. In the study, 64.5 per cent of those aged from 21 to 30 years trusted blogs and

online media for reliable information compared with 23.1 per cent who relied on the

television and only 12.4 per cent on newspapers. Of those between 31 and 40 years, 61.7

per cent believed that the information in the blogs and online media was true while 23.5

trusted the television and 14.8 per cent the newspapers. But the older generation, those

who are from 41 to 50 years old, seemed to trust the traditional media more than the new

media. "Realising how powerful the new media is, the opposition parties have used the

opportunity since 1998 when the Internet started to penetrate the country. "In the mid

2000, the opposition had more than 7,500 blogs and websites while the government had

only three," said Abu Hassan who is also a researcher for the study. Newspaper columnist

Datuk Johan Jaafar felt there was a need to have a critical thinking to deal with these new

modern media. "This is a new influence that we need to carefully think of," he said. (New

Strait Times 02 April 2008)

Weblog/blog adalah salah satu dari produk media baru + internet yang mula menunjukkan

pengaruh besar dalam mencorakkan bentuk, sistem dan kandungan media masadepan

memandangkan kecepatan perkembangannya sebagai medium informasi yang dipercayai

masyarakat. “The Net is ideally suited for a grassroots movements… that’s what our

generation wants”, kata Mark Pincus, pengasas Tribe Networks. Sifat weblog berfungsi

sebagai media alternatif yang artikulatif dan retorik. Weblog mempunyai nilai kepada

kebangkitan maklumat yang lebih konstruktif, yang lebih kenyal, yang lebih berwibawa

dalam mencetuskan pertembungan dan pengolahan ke atas nilai, identiti, dan membina

penciptaan nilai dan identiti hasil dari keseimbangan plus minus idea yang tersampai

lewat entri penulis dan responsif pembaca. Weblog membuka frama pembebasan akal

fikir dan akal rasa dengan kecepatan melebihi kudrat yang terada pada media tradisi atau

media popular yang kebanyakan bergerak dari satu pihak dan berpihak kepada satu

pihak tanpa mempunyai hubungan timbal balas pada masa informasi itu diberitahu;

sebagaimana akhbar-akhbar dan televisyen perdana seperti Utusan Malaysia, Berita

Harian, RTM, TV3 dan lain-lain yang sentiasa disabitkan oleh masyarakat terhadap media

prejudis/bias. Bambi Francisco dalam blognya The Bottom-up Net Society ada menyebut

bahawa ‘the bottom up movement’ ialah:

Just as storylines evolve based on the interactions of the people that make up reality TV,

the Internet is a channel where ideas, processes, political agendas, or Web sites are less

scripted, presented and disseminated in a top-down format, but rather discovered and

given merit in a real-time show of virtual hands...

Weblog sebagai fakulti baru di dalam sibersfera telah menonjolkan ‘kebakatan,

keupayaan dan kepengaruhan’ yang cukup besar ke atas peranan-peranan menyebarkan

informasi kepada massa secara lebih operasional dan konkrit. Meski weblog terpenuh

dengan ‘epilogicus’ atau pemperibadi namun sejak akhir-akhir ini kebatasan tersebut

telah diuraikan di mana weblog telah dibawa masuk ke arena media besar, yang bukan

sahaja mencabar kredibiliti media tradisi seperti akhbar, majalah dan penyiaran. Weblog

yang telah mencapai kebolehan/rekayasa saitek terbaik dengan kebolehan

mengidentifikasi dan mengindeksikal bahasa verbal dan visual secara interageratif, dan

terpenting sifatnya yang “gratis/percuma” akhirnya menunda harapan baru kepada misi

kebebasan informasi. Weblog telah menjadi fakulti media yang menggerakkan reformasi

32


akal fikir dan akal rasa dalam sejarah pemajuan media oleh manusia. Pengaruh weblog

terhadap sistem komunikasi dan informasi nyata telah mencetuskan suatu sejarah baru

apabila blog-blog yang percuma ini telah menjadi sumber maklumat/ atau gedung

pengetahuan paling dominan dalam beberapa peristiwa besar di sepanjang suku pertama

Kurun 21 ini.

Peranan ini ditandai oleh kemunculan blog sebagai media baru yang begitu berpengaruh

di dalam membentuk pluralisme strategi dan kepercayaan khususnya bila dikaitkan

dengan kuasa politik; dan ini dapat dilihat di sepanjang krisis-krisis dunia moden seperti

penjajahan Amerika Syarikat dalam Perang Teluk 1 dan 2 ke atas Irak; siaran langsung

pembunuhan Saddam Hussein dan anggota keluarga serta barisan ahli politiknya; dan

tentunya katastrofi terbesar dalam abad ini iaitu Tsunami 2004, di mana blog telah

digunakan sebagai medium menggerakkan kesatuan masyarakat dunia dalam membantu,

dan bersekutu khususnya dalam melaporkan katastrofi-katastrofi tersebut tanpa berpihak,

secara saksama yang akhirnya membawa kepada pelbagai penemuan antaranya

kekejaman tentera Amerika Syarikat dalam kejadian jenayah perang di Irak misalnya kes

di penjara Abu Ghraib. Blog menjadi zentrum gerakan kemanusiaan.

ini masih lagi kuat, dan prediksi menunjukkan hampir 80% golongan muda berusia 21-40

tahun menanam kepercayaan politik buat Pakatan Rakyat.

Perang informasi, kemunculan sibersfera menguasai perusahaan media sedunia, ddan

“warblogging” adalah di antara intipati budaya Kurun 21. Blog bukan sahaja menjadi

budaya media baru malah telah hampir pasti mengambil alih peranan media tradisi dalam

menguruskan adiluhung ekoposial kebanyakan negara terutama negara-negara yang

penetrasi kepercayaan internet termasuk pemilikan sangat tinggi. Barangkali ada sikap

demokrasi yang gagal, seperti berlakunya kecurangan media tradisi dengan berpihak

pada institusi parti, atau atas faktor totalitarian kapitalisme sehingga menyebabkan media

tradisi khususnya akhbar dan televisyen tidak mempunyai ruang kritis yang adil, dan

seimbang; malah sebahagian media tradisi utama turut menjadi semacam media institusi/

misalnya agen parti yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dalam laporan,

kesaksamaan ruang buat semua.

Blog sebagai jentera media baru tentunya akan menjadi kuasa informasi baru di negaranegara

ASEAN yang dalam renstra membangunkan sibersfera dan perusahaan kreatif

berasaskan internet.

Malah pergolakan Reformasi 1998 di Malaysia sendiri yang dimulakan oleh media baru

melalui situs-situs berplatform Geocities, AOL, dan lain-lain akhirnya bersambung pula

dengan kehadiran blog-blog pendokong reformasi yang nyata menguasai hampir 90%

lingkaran informasi politik menggunakan media baru di sepanjang 1998 hingga 2006,

yang memberi kesan kepercayaan politik terhadap Barisan Alternatif (BA) mulai PRU11

2004 dan nyata membawa kekuatan politik setelah melalui period 10 tahun proses

informasi berterusan sejak 1998 yang ditunjukkan dalam PRU12 2008 di mana akhirnya

pakatan oposisi yang kali ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akhirnya dapat

membentuk kerajaan di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta

menggagalkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen. Arus informasi yang menderas

2 September 1998, apabila Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

disingkirkan dari jawatannya dan diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan sodomi,

dan kemudian nyata dipenjarakan, maka muncullah gerakan Reformasi Malaysia, dan

dalam keadaan tidak ada satu pun ruang dari media perdana di Malaysia saat itu seperti

Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, termasuk rangkaian televisyen iaitu

RTM, TV3 dan ASTRO yang menyiarkan informasi sedikit berpihak kepada beliau maka

muncullah generasi baru para jurnalis bebas (participatory journalist) dengan idealisme

kewartawanan baru atau kewartawanan tanpa sempadan dan organisasi, merata-rata,

dan meluahkan akal rasa dan akal fikir berserta dengan data-data, maklumat-maklumat,

rujukan demi rujukan khususnya dalam memperjuangkan keadilan buat Anwar Ibrahim,

dan blog/website menjadi katalis terpenting sebagai sumber informasi alternatif dan

seterusnya mendokong gerakan-gerakan seperti Pembebasan Anwar Ibrahim, Reformasi

Malaysia, Hak Kebebasan Media, dan sebagainya.

33


Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-10 (PRU10) pada tahun 1999 adalah pilihanraya

pertama di Asia Tenggara, malah di Asia hatta di dunia di mana blog dan seluruh

rangkaian aplikasi internet menjadi pemacu utama memainkan peranan politik dan

bertindak sebagai saluran informasi alternatif yang mengemukakan prinsip kewartawanan

artikulasi dan pluralisme, serta informasi dibentuk. Dari puluhan situs dan blog yang

muncul saat itu bertambah berganda-ganda menjelang beberapa hari sebelum PRU10

sehingga memberi keputusan yang sedikit berpihak kepada oposisi, di mana oposisi

brjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Blog akhirnya berjaya

mengubah strata kepercayaan masyarakat terhadap media baru dan juga media tradisi

sehingga secara spekulatifnya dapat dikatakan ketokohan Anwar Ibrahim misalnya, dan

gerakan Reformasi 1998 serta politik pembangkang sedikit pun tidak terjejas akibat dari

pembentengan dan pembentukan informasi oleh rangkaian blog dan media baru.

Sedangkan saat itu di pihak parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) hanya

mempunyai 3 naskhah blog dan tidak lebih 5 naskah situs/portal berbanding pemihakan

terhadap pembangkang atau Barisan Alternatif/ Pakatan Rakyat sekitar 200 hingga 1000

naskah blog dengan hampir 3000 lebih naskhah situs. Dengan kata lain kemunculan

media siber melalui situs dan blog telah membentuk blogosfera yang nyata kuat dan

kukuh dalam menzahirkan pula kewujudan sumber informasi alternatif, dan sumber

informasi ini benar-benar memungkinkan perubahan-perubahan dalam sistem

membentuk kepercayaan Kurun 21 apabila jaringan siberisme dan sibersfera akan

bertambah maju dan terbuka, serta penetrasi medianya lebih meluas. Pengalaman

kebangkitan media baru di Malaysia pada tahun 1999 ini adalah kesan langsung dari

sikap dan bentuk media tradisi yang singular, yang terkongkong oleh kuasa pemilik dan

pemerintah dengan kandungan informasi pada pandangan masyarakat, tidak adanya

kepedulian hak asasi untuk bebas bersuara sebagai watan nan merdeka.

Dalam Pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2004 pula, adalah pilihanraya

presiden Amerika Syarikat yang pertama di mana blog memainkan peranan utama. Meski

blog telah dikenali sejak 1997, media baru ini tidak pernah muncul sebagai pemacu yang

penting hatta ketika Peristiwa 9/11 terjadi, sehinggalah blog menjadi suatu komuniti yang

bercakap dari sudut pandang yang luarbiasa dari kelumrahan yang kedapatan dalam

media tradisi sebaik Amerika dan Sekutunya mengirimkan bala tentera memerangi dan

menakluk Iraq, yang menyaksikan sejarah pembantaian massa secara terencana paling

besar selepas Perang Dunia Kedua, sekali gus menyaksikan kebangkitan saluran-saluran

media alternatif di seluruh dunia, dan internet telah mempercepatkan proses itu terjadi

dan sebaik hadirnya Kurun 21 sebagai Kurun Informasi, blog termasuk situs/website dan

seluruh rangkaian aplikasi www/internet dalam sibersfera telah muncul sebagai media

yang popular dan proliferasi. Merujuk pada laporan yang dikemukakan oleh Pew Internet

& American Life Project yang diterbitkan pada Januari 2005, 32 juta dari penduduk

Amerika membaca blog. Meskipun, 62% dari pembaca online di Amerika masih belum

mengetahui apakah sebenarnya weblog (rujuk http://www.pewinternet.org). Manakala

dalam laporan yang sama menunjukkan rakyat Amerika berpindah ke internet sebagai

sumber informasi khususnya yang berkaitan dengan politik ialah 63 juta dalam

pertengahan tahun 2004 berbanding 30 juta pada Mac 2000. Nah! Akhirnya kemunculan

media sosial seperti facebook, Twitter merancakkan lagi kemaraan media baru dalam

mengapung informasi dan ini telah membawa kepada perubahan cara menguruskan

kepercayaan politik di seluruh dunia. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada 2008

menyaksikan bagaimana calon Presiden, Senator Barack Hussein Obama dan pasukan

kempennya telah menggunakan secara sepenuhnya peranan media baru, dan akhirnya

tanggal 5 November 2008 menjadi saksi bersejarah apabila beliau telah dilantik sebagai

Presiden Amerika Syarikat yang ke 44: “Barack Obama, a 47-year-old first-term senator

from Illinois, shattered more than 200 years of history Tuesday night by winning election

as the first African-American president of the United States” (http://

www.msnbc.msn.com/id/27531033/).

Petunjuk ini hampir sama, iaitu sebelum 1999, boleh dikatakan hanya 3 peratus rakyat

Malaysia terdedah dengan internet sebagai sumber informasi dengan akdar 10 ribu

hingga 20 ribu sahaja, khususnya yang berpusat di Kuala Lumpur dan beberapa kota

besar seperti Ipoh dan Pulau Pinang; dan bermula pada tahun 1999 peningkatannya

mendadak dan dianggarkan di sepanjang 2000 hingga 2004 telah menjangkau hampir 3

hingga 5 juta pembaca. Petunjuk yang sama berlaku di Indonesia sebaik terjadinya

Reformasi 1998, dengan peningkatan jumlah penggiat internet sehingga 1000% dari 2

juta pengakses ke hampir 20 juta pengakses, dan keadaan ini turut melanda Filipina dan

Thailand. Dengan kata lain internet di sepanjang 1999, 2000 hingga 2004 telah

membentuk gelombang pertama Lingkaran Reformasi Demokrasi di Asia Tenggara yang

membawa perubahan pada geo-politik ASEAN seperti yang terjadi di Malaysia, Indonesia,

Filipina, Thailand dan Vietnam. Bahkan diprediksi kesannya akan benar-benar mengubah

kepercayaan politik nasional termasuk di Malaysia pada tahun 2013 sebaik pengaruh

pemikiran liberal demokratis, dan liberal relatif berkembang melalui media baru yang akan

membawa kesedaran terhadap kebencanaan rasuah, penyelewengan dan salahurus

kewangan, serta penindasan oleh media tradisi terhadap kebebasan informasi.

34


Recognizing the importance of blogs, several candidates and political parties set up

weblogs during the 2004 U.S Presidential campaign. Notably, Howard Dean’s campaign

was particularly successful in harnessing grassroots support using a weblog as a primary

mode for publishing dispatches from the candidate to his followers. In the third quarter of

2003, Dean’s campaign raised $7.4, of a total $14.8 million, via the Internet, with a

remarkably modest average donation of under $100.6. His fall was as spectacular as his

rise, and was likewise fueled by means of the Internet, which served as an acho chamber

for the infamous „Dean Scream“. Although official campaign blogs played a lesser role in

the Bush and Kerry campaigns, with the Bush campaign’s blog being criticized as little

more than a place to post press releases, both parties launched innovative online

campaign to boost their grass-roots efforts. (Boutin 2004: 77)

Signal dari pengukuhan blog sebagai media baru paling utama dalam pencitraan

ekoposial, khususnya berasaskan pengalaman di Malaysia sebagai zentrum penetrasi

internet, dan media baru tertinggi dalam ASEAN, dan dibandingkan dengan kadar

pengukuhan di Amerika Syarikat maka sudah tentu proses-proses ekoposialdi

sepanjuang 2009 sehingga 2015, sebagaimana yang diprediksi oleh Zentrum Future

Studies Malaysia (ZENTRUM) adalah diupaya bentuk oleh peranan yang dimainkan oleh

blog dan media sosial. Ini dimatakan oleh statistik dari data terpilih, iaitu kedudukan

gunaan blog + media sosial = internet sebagai sumber informasi berasaskan penetrasi

kepercayaan bukan capaian dan integrasi dengan sistem komunikasi informasi tertinggi di

dunia.

Universiti Malaya Media Studies department senior lecturer Dr Abu Hassan Hasbullah

said in the recent election, BN lost in the “information war” due to its misjudgment on the

importance of the alternative media. “Young people are relying more on these new

alternative media rather than the conventional ones like newspapers and television,” he

said at a forum themed “Society and Media in the 2008 Election” yesterday. In the study,

64.5 per cent of those aged from 21 to 30 years trusted blogs and online media for

reliable information compared with 23.1 per cent who relied on the television and only

12.4 per cent on newspapers. Of those between 31 and 40 years, 61.7 per cent believed

that the information in the blogs and online media was true while 23.5 trusted the

television and 14.8 per cent the newspapers. But the older generation, those who are

from 41 to 50 years old, seemed to trust the traditional media more than the new media.

“Realising how powerful the new media is, the opposition parties have used the

opportunity since 1998 when the Internet started to penetrate the country. “In the mid

2000, the opposition had more than 7,500 blogs and websites while the government had

only three… (New Straits Times, 02.04.2008)

Media baru melalui kandungan dan budaya informasi yang pluralisme sudah benar-benar

mengemukakan suatu proses perubahan dalam kepercayaan sama ada terhadap makna,

bentuk dan kandungan mahupun teori-teori baik kewartawanan, komuniksi, media (Winter

Hepp, Kotz 2008: 267-281) termasuk cultural studies dan future studies. Sebagai contoh

rujukan terhadap data dari pendapat publik sudah menjadi daif dan bersifat mikro kesan

dari pembentukan informasi non-henti dari internet: “According to a study by Burst

Media, about 25 percent of likely voters said the Internet was the best place to research

candidates’ positions and election issues. About 21 percent said TV was the best source,

while more than 17 percent said newspapers” (http://www.entrepreneur.com/blog/entry/

176964.html), dan with more than 100,000 donors, twice as many as Clinton, Obama is

proving that harnessing the vast reach of the Internet is a powerful strategy (http://

www.forbes.com/feeds/ap/2007/04/04/ap3584830.html).

Blogosfera berkembang sebagai institusi media baru yang paling mengesankan dalam

membentuk perubahan-perubahan dalam pola-pola dan corak-corak pemikiran dan

kebudayaan ekoposial sejagat (Packer 2004: 12). Weblog mungkin berdasarkan statistik

di bawah kelihatan masih minoritas berbanding populasi namun dalam pengujian future

studiesserta petunjuk suku pertama tahun 2008 jelas menyatakan blog akan menjadi

kuasa media yang sangat gravitas. Malah bermula pada 2004 itu juga, berasaskan

pengalaman perubahan mediasfera di Amerika Syarikat dan Eropah, sebagai negara

tertinggi capaian internet, nyata berlakunya peralihan kepercayaan massa dari media

tradisi kepada media baru yang ditunjukkan oleh pelaburan besar para politikawan

Demokrat dan Republikan, juga di Eropah untuk mentebarkan blog sebagai media utama

dalam kempen-kempen. Hal ini seperti agak diam di Malaysia dari aspek kerancakan

walhal diamnya fungsi blog sebenarnya akan mencipta pengaruh tanpa sedar di kalangan

strategis politik konservatif kerana sebenarnya kepercayaan blog dibina dengan begitu

deras di sepanjang period 2004 kesan dari pengaruh peranan blog yang dicetuskan

“Online political campaigning has come a long way since Howard Dean’s turkey sandwich

35


fund-raiser” (CNET, 19.04.2004). During the months preceding the election, there were

several cases in which political blogs served to complement mainstream media by either

breaking stories first or by fact-checking news stories (http://politics.blogpulse.com).

Kebangkitan blog di Malaysia sebagai kuasa media alternatif ditunjukkan dalam PRU12: 8

Mac 2008 lalu, di mana kajian oleh Zentrum Future Studies Malaysia selaku pengasas

dalam gerakan penyelidikan partisipasi yang menggunakan metodologi Future Studies

melalui kerja-kerja analisis persepsi dan prediksi mendapati bahawa hampir 70 peratus

keputusan PRU12 adalah dipengaruhi oleh lingkaran informasi yang telah dibentuk sejak

1998, dan memuncaknya kepercayaan pluralisme informasi dengan pengaruh-pengaruh

artikulasi, spekulasi, provokasi dan sensasi melalui gerakan persepsi telah tercitra/terimej

sebagai informasi yang benar (Cederman 2003: 135-150), dan melalui proses pengukuhan

wacana-wacana secara integratif dan konstruktif melalui pengaktifan keupayaan jentera

hyperlink sebagai sumber pembuktian dan pengesahan, this reduces the need for

bloggers at the top of the link structure to engage in “police patrol“ to gather information

on their own (McCubbins dan Schwartz 1984: 165-179). Blog telah menghasilkan suatu

lingkaran kepercayaan baru atau blogosfera, yang bukan sahaja tidak bergantung lagi

pada prinsip-prinsip asas komunikasi seperti autoritarian dan afektif (Ashlin dan Ladle

2006: 312, 201), sebaliknya hukum ‘kecepatan membuat informasi dan membentuk

kepercayaan‘ seperti memenuhi hukum retorik klasik iaitu mendayung daya apa sahaja

dalam mencapai pembujukan, maka blog adalah substantif dan pluralisme. Kesan dari

PRU12 di Malaysia akan mempengaruhi perubahan-perubahan fungsi dan kandungan

media seterusnza pembentukan kepercayaan dan kesan-kesan dalam renstra ekoposial

ASEAN khususnya negara tetangga yang mempunyai kerangka kawalan media tradisi

yang hampir sama iaitu dari ancaman politik parti pemerintah, misalnya Indonesia dan

Thailand.

media tradisi adalah yang berhubung kait dengan kepentingan pemerintah, memang telah

mencetuskan partisipasi demokrasi melalui media baru, yakni blog. Demokratis, liberal

relatif dan kuasa persepsi sebagai informasi yang ada pada media baru, blog dan media

sosial, yang memisahkannya dengan karenah media tradisi yang daif, benar-benar

membentuk kuasa pluralisme Kurun 21. Blog dan media sosial adalah fenomena jaringan

‘hyperlink‘ atau lintasraya. Lintasraya di antara blog termasuk situs terdiri dari TIGA

bentuk. Pertamanya, setiap dari blog/media sosial dan pemiliknya atau gejuis (geng

jurnal/blog) akan menempatkan ‘blogroll‘ sebagai sesawang ke senarai blog-blog yang

sering menjadi sumber pembacaan, pemberitaan, rujukan atau kenalan komuniti yang

saling menyokong pandangan dengan memudahkan proses akses kerana lintasraya

tersebut telah dihubungkan ke alamat situs/URL blog berkenaan. Blogroll akan melajukan

asosiasi informasi dan proses pembentukan informasi melalui penjanaan graviti komuniti

dalam kepelbagaian cara menangani informasi. Keduanza, gejuis mungkin menulis atau

menginformasikan sesuatu topik atau isu yang spesifik yang kandungannya pada

beberapa bahagian, atau perkataan tertentu telah dilintasrayakan ke sumber informasi

atau blog-blog terujuk, atau yang turut mengulas isu yang berkenaan. Cara ini akan

menempatkan artikulasi dan spekulasi (persepsi) mahupun wacana yang bersifat sensasi

akan menjadi sumber yang kuat, kerana kemajemukan dan keragaman sumber informasi

dan penjelasan-penjelasan terkemudian. Ketiganya, sistem RSS Feed (Really Simple

Syndication) ialah suatu zon kompleks ringkasan informasi atau kandungan blog yang

boleh diakses atau dibaca atau diterima dalam pelbagai cara dan metode:

RSS is a format for syndicating news and the content of newslike sites, including major

news sites like Wired, news-oriented community sites like Slashdot, and personal

weblogs. But it’s not just for news. Pretty much anything that can be broken down into

discrete items can be syndicated via RSS: the “recent changes“ page of a wiki, a

changelog of CVS checkins, even the revision history of a book. Once information about

each item is in RSS format, an RSS-aware program can check the feed for changes and

react to the changes in an appropriate way (Pilgrim 2002: 78).

Kebangkitan blogosfera dalam mediasfera, khususnya dalam memberi persaingan

terhadap kredibiliti media tradisi yang layimnya dipasung oleh aparat politik, seperti

media-media perdana yang sentiasa terkait sebagai sumber propaganda pemerintah

(merujuk pada media perdana di negara ASEAN) yang kebanyakan pemilikan organisasi

Lintasraya/hyperlink telah menjadi fenomena luarbiasa dalam perusahaan media baru,

bahkan memberi idea kepada rekacipta media sosial. Blog muncul sebagai medium yang

memanipulasikan keseluruhan upaya ‘link‘ untuk menjadi suatu bentuk media yang paling

cekap dan tangkas pantas menguruskan informasi terutama dalam membentuk

36


kepercayaan cara bekerja media baru adalah “informasi dibentuk“. Kecepatan

membentuk informasi akan menambahkan kekuatan untuk menguasai informasi dan

komunikasi serta zon-zon maklumat, seterusnya akan menguasai isu kepercayaan

ekoposial. ‘Link‘ adalah sumber kuasa blogosfera; [t]he most reliable way to gain traffic

[readership] (Blood 2002: 98).

The editorial process of the blogs takes places between and among bloggers in public, in

real time, with fully annotated cross-links (Rosenberg 2002: 1-2).

Jadual 9. Kajian Mikro Prediksi Persepsi Kepercayaan Politik PRU12 2008: Graf

Kepercayaan Media Perbandingan Skala Budiman oleh 1500 responden yang dikaji pada

tahun 20 Februari – 05 Mac 2008

Sumber data dari Zentrum Future Studies Malaysia.

John Katz menyatakan; the weblog has enormous consequences for media, marketing,

community, and what we used to call journalism. In her readable and useful handbook,

Rebecca Blood has written one of the first – and by for the best – explanations of why we

should care about this vibrant, organic and fiercely individualistic community. Whether

you want to start one, join one, or understand the many profound implications of the blog,

this book is the best place to start.

Dalam keadaan media tradisi (sekira demikian yang ditunjukkan dalam pengalaman

PRU12 Malaysia) dikawal dan terkawal sehingga menghalang ruang intelektualisme dan

budiman maka dalam Kurun 21 dengan pertumbuhan saitek informasi pada tahap

maksimum dalam menjayakan proses penyaluran maklumat dan penyebaran

pengetahuan, tanpa sempadan maka keinginan untuk mempunyai sebuah maya yang

membolehkan segala keinginan untuk menerima dan menyampai, serta berkongsi

informasi akan menderas. Peluang ini akan disambar sepenuhnya oleh media baru, blog

dan media sosial seperti Twitter dan Facebook, dan media ini akan menguruskan

informasi dengan sistem yang mereka ada iaitu partisipasi dan pluralisme. Menjelang

2015, blogosfera akan mengukuhkan sistemnya sehingga menjadi pemacu utama

mediasfera meninggalkan media tradisi menjadi saluran alternatif pula. Di waktu ini

barangkali banyak perubahan kuasa kepercayaan politik telah berlaku, malah tidak

mengherankan sekira prestasi dan potensi penguasaan media baru oleh pendokong

liberal relatif dan partisipasi demokrasi di Malaysia misalnya yang begitu bersekutu

dengan Pakatan Rakyat, boleh membentuk prediksi kepercayaan politik yang akan

terbentuk di masadepan.

Hegemonia blogosfera/media sosial adalah suatu bentuk peristiwa future studies yang

akan merubah geo-ekoposial Asia Tenggara, secara mikronya telah ditunjukkan oleh

kepesatan capaian internet dan peningkatan lingkran broadband sehingga beberapa

negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia dan Filipina berada di dalam 10 negara paling

tinggi pemilikan blog dan penggunaan blog sebagai sumber informasi. Hipotesis untuk

mengatakan blog dan penggunaan blog termasuk media sosial akan mendepani

percaturan ekoposial Asia Tenggara di masadepan sudah terlihat dalam katastrofi

bencana di Myanmar dan pergolakan politik di Thailand. Dalam keadaan informasi

terbatas dan terhalang oleh sikap politik para junta misalnya, namun pendedahan tentang

penderitaan dan juga pembentukan lingkaran tanggungjawab sosial (tasos) gejuis/blogger

melalui rangkaian blog mereka seperti blog Wissenschaft-Café: Die Wissenschaft der

Blogosphäre (http://www.wissenschafts-café.net), Preassuere Release Valve (http://

pressurereleasevalve.blogspot.com), A Blog For All (http://lawhawk.blogspot.com),

Scott’s Propaganda (http://www.scottoverpeck.com), The Truth (http://

rightisright111.blogspot.com) dan kesan pluralisme sudah mula kelihatan dengan

penentangan antarabangsa terhadap junta Myanmar.

Blog dan media baru, ekosistem informasinya begitu mikro maka proses membentuk

perubahan juga akan terjadi secara mikro, dan setelah perubahan terbentuk atau terhasil

kelangsungannya adalah makro sekali. Ini kerana pluralisme telah menyebabkan kondisi

informasi tidak lagi stagnan, sebaliknya sentiasa memperolehi pembaruan wacana,

makna dan sumber sekali gus akan menyebabkan aliran pembentukan semula

kepercayaan terhadap informasi oleh masyarakat begitu cepat (Hargrave 2004: 1-3)

[T]he virtue of speed isn’t simply, or even primarily, that you can scoop the competition.

It’s that you can post something and provoke a quick response and counter-response, as

well as research by readers. The collective brain works faster, firing with more synapses.

37


In theory, “faster” can mean “fast enough to have real-world consequences” that print

journalism or even edited Web journalism can’t have (Mickey Kaus 2003: 17-21).

Kuasa media baru/blogosfera akan lebih meluas menjelang 2013 apabila gajet-gajet yang

dilengkapkan dengan media sosial generasi ketiga dilancarkan oleh pemacu sedia ada

seperti iPod, iPhone, iPad, Smartphone, EyeMove PC, Scarpar, 3D Multivideo Notebook,

dan lain-lain yang akan berintegratif serta partisipatif secara lebih genius. Media baru

akan mempunyai fungsi-fungsi lebih meluas, iaitu selain penulisan, akan turut

dilengkapkan keupayaan visualisasi melalui kebijakan saitek Podcast, Videocast dan

Newszine di mana setiap individu mula berfungsi sebagai mediatalis. Suasana

alamsekitar media baru akan menjadi lebih dinamik dan ‘compenion UMPC’ akan menjadi

sistem media baru yang paling berkuasa.

Revolusi bentuk, sistem mahupun makna pada ciri-ciri politik, ekonomi dan sosial di

negara-negara ASEAN menjelang 2013 adalah kesan dari peranan yang sudah pun

bermula di sepanjang 2008-2010. Dinamisme media baru akan mencipta kemungkinankemungkinan

perubahan kepercayaan dan membentuk nilai, budaya dan intelektualisme

baru yang memungkinkan semua sikap primitivisme dalam politik misalnya, iaitu korupsi

dan salahurus kewangan, pengabaian tanggungjawab sosial, penafian fungsi pertanian

sebagai sektor ekonomi paling penting serta amalan politik autokratis Kurun ke-17

dengan sendirinya akan dihapuskan melalui penyebaran informasi. Tidak mengherankan

semua regim politik tradisi yang muncul dalam kebanggaan sewaktu period merdeka

akan tidak berkuasa lagi sebaliknya muncul gerakan-gerakan baru yang diruhkan oleh

kuasa demokrasi partisipasi.

Kedudukan media baru dalam mengadiluhung ekoposial negara-negara dunia, termasuk

ASEAN dan seluruh situasi politik Malaysia di masadepan tidak dapat disangkal kerana

dalam Kurun 21 di mana informasi menunjangi semua prakarsa dan renstra penghidupan

tentunya sistem dan kandungan yang ada pada media baru akan menjadi suatu gerakan

paling kuat dalam merekayasa maupun mendayacipta perubahan masadepan itu. Isu

kemikroan dan kemakroan perubahan tersebut adalah seumpama ‘angka’ yang diberikan

dalam semua kajian ‘future studies’ di mana sekira angka itu dijadikan sandaran untuk

strategi maka angka itu akan memberi keputusan yang berlainan dari situasi sewaktu

angka itu dipersepsikan. Sebaliknya jika angka itu dianggap ancaman secara pemikiran

brutal dalam politik primitif, maka angka itu tersebar tanpa diuruskan lalu besar

kemungkinan angka itu akan menunjukkan keputusan masadepan.

Jadi media baru adalah media masadepan yang akan menjadi mekanisme kebangkitan

peradaban baru dengan semua ruang yang membatas, menghalang dan mengancam

akan berubah menjadi lebih terbuka, bebas, liberal dan plural. Sikap media baru dengan

metodologi ‘informasi dibentuk’ akan meluaskan keupayaan informasi sebagai

pembentuk kepercayaan. Media baru bersama dengan media sosial (mediasfera) telah

menjadi sistem komunikasi paling efektif, sekali gus merealisasikan aktual-aktual

ekoposial; dari hal ehwal penyelidikan masadepan hingga prediksi politik masadepan.

Menentang pengaruh media baru, adalah sama menentang Kurun 21 sebagai Kurun

Informasi, maka menentang informasi adalah sikap primitif yang dengan sendirinya

menyatakan makna ‘seorang individu, atau satu institusi, atau satu bangsa yang akan

tertinggal dan tersingkir dalam proses menuju masadepan’.

What you get here – as with any blog – is my idiosyncratic selection of things that interest

me, as I have tome to note them, with my own idiosyncratic comments. What’s more, to

the (large) extent that it’s shaped by my effort to play up stories that Big Media are

ignoring, it’s even more idiosyncratic. I hope you like it, but making it your sole source of

news is probably not a good idea (Reynold 2003: 74).

KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi

perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti

Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah. Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar

politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog

yang wujud pada masa ini. ”Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru

dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak. ”Sekiranya ia

disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan

yang dahsyat kepada para pemimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini

hari ini. Abu Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kajian yang

menunjukkan terdapat hampir 500,000 blog yang aktif dalam negara. Katanya, kekalahan

38


Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya baru-baru ini sebahagian besarnya disebabkan

pendapat beberapa pemimpin yang berhasrat untuk menyekat laman-laman blog itu.

”Kita harus bersikap terbuka dan biarkan masyarakat yang menilaikannya. Tindakan

mengenakan kawalan ke atasnya hanya akan membawa kepada keburukan yang tidak

diingini. ”Sekiranya pengendali blog terbabit hanya memaparkan sesuatu yang tidak betul

atau sesuatu yang berunsur fitnah, maka mereka lambat-laun akan tenggelam kerana

tidak dapat meraih kepercayaan daripada orang ramai,” ujarnya. Sementara itu, beliau

turut menegaskan bahawa penulis blog harus dididik bahawa laman itu bukan satu

saluran yang boleh digunakan sewenang-wenangnya demi sesuatu tujuan. ”Mereka

seharusnya mempunyai etika yang sangat tinggi dalam menulis atau mengendalikan

laman blog masing-masing. ”Tiada kebaikan kepada mereka sekiranya memaparkan

sesuatu dengan tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Mereka juga akan terima padah

akhirnya akibat perbuatan mereka itu,” jelasnya. (Utusan Malaysia, 2.4.2008)

______________________________

Artikel ini telah adalah naskah suntingan semula dari makalah “Kuasa Media Baru

Menggempur Perubahan Bentuk Dan Kandungan Ekoposial Di Asia Tenggara - Satu

Pembacaan Future Studies” yang dibentangkan di Seminar Malaysia-Indonesia Update

2008, anjuran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia, bertempat di Universitas

gadjah Mada, Jogjakarta Indonesia, pada 26-30 Mei 2008

39

More magazines by this user
Similar magazines