Laporan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ... - ECER

ecerdc.com.my

Laporan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ... - ECER

Laporan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

dengan segala sukacitanya membentangkan laporan kemajuan bagi projek-projek dan programprogram

yang telah dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi tahun berakhir 31

Disember 2009.

Sejak penubuhan rasminya pada 13 Jun 2008, ECERDC telah diberi amanah untuk melaksanakan

Pelan Induk ECER, selaras dengan wawasan Kerajaan untuk menjadikan ECER sebuah Wilayah maju

menjelang 2020. Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai

Timur 2008 (Akta 688), Anggota-anggota Majlis ECERDC adalah terdiri daripada peringkat tertinggi

pentadbiran Persekutuan dan Negeri.

ECERDC bertanggungjawab memastikan agar kesemua projek di ECER adalah diselaras dan dilaksanakan

dengan lancar, demi kesejahteraan empat juta penduduk Wilayah ini. Ini akan dicerminkan melalui

pendapatan isi rumah yang lebih tinggi, penambahan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan, serta

peningkatan taraf hidup di kalangan warga tempatan.

Lima kelompok industri utama yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi Wilayah ini ialah Pelancongan,

Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Pertanian dan Pendidikan. Kesemua ini akan disokong oleh

pembangunan di dalam sektor-sektor infrastruktur dan pengangkutan, hartanah, modal insan dan

pembangunan sosial, serta pengurusan alam sekitar yang cekap.

Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ), yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’

Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 4 Ogos, 2009 akan berperanan sebagai pemangkin bagi

pertumbuhan ekonomi di Wilayah ini. ECER SEZ merupakan sebuah zon pembangunan bersepadu dengan

projek-projek berimpak tinggi, yang bermula dari Kertih, Terengganu ke Pekan, Pahang, di mana ianya

dijangka akan mewujudkan kira-kira 50% dari jumlah keseluruhan pekerjaan dan 80% daripada seluruh

hasil keluaran ekonomi di Wilayah ini.

Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa konsep pembangunan ECER adalah bersandarkan kepada

beberapa teras utama, salah satu daripadanya ialah penekanan terhadap perspektif Wilayah dalam usaha

merapatkan jurang pembangunan di antara negeri-negeri Pantai Timur dan ekonomi arus perdana nasional.

Pembangunan di ECER akan dipacu oleh kerjasama Sektor Awam-Swasta, dengan sektor swasta

memainkan peranan sebagai pemangkin bagi pelaburan di Wilayah ini. Sementara itu, Kerajaan pula akan

menyediakan infrastruktur dan sokongan asas yang diperlukan. Entiti-entiti sektor swasta yang layak

juga akan dilantik sebagai Syarikat Induk bagi mengurus dan mengendalikan projek-projek dan programprogram

yang diterajui oleh ECERDC.

Projek-projek dan program-program di Wilayah ini turut bertujuan untuk memperkayakan seluruh rantaian

nilai produk, dengan penekanan diberikan kepada aktiviti-aktiviti nilai tambah tinggi. Kesemua projek ECER

akan dinilai secara teliti dari pelbagai perspektif, iaitu kewangan, sosial dan alam sekitar, bagi memastikan

ianya benar-benar berdaya maju, boleh dilaksanakan dan bersifat mampan. Pendekatan menyeluruh

sedemikian akan memastikan pembangunan tersebut dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan dapat

membantu mengekalkan kesejahteraan alam sekitar bagi generasi hari ini dan akan datang.

Bagi menyediakan pendekatan yang lebih fokus dan strategik dalam membangunkan Wilayah ini, beberapa

Kawasan Pembangunan Utama (KDA) telah dikenal pasti di ECER. Secara dasarnya, pelaksanaan projekprojek

ECER akan mengambil pendekatan pembangunan kelompok, di mana penumpuan perniagaanperniagaan

yang hampir sama, berkaitan dan saling melengkapi, dengan berkongsi infrastruktur khusus,

keperluan tenaga kerja dan perkhidmatan, akan dibangunkan secara bersepadu.

Enam (6) Nod Fokus yang telah dikenal pasti di dalam KDA

ECER ialah ECER SEZ, Pembangunan Merentasi Sempadan

Tumpat-Kota Bharu-Bachok-Tok Bali-Besut, Segitiga Pusat

Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC)-Kenyir-Dungun, KDA

Mersing-Rompin, KDA Gua Musang-Kuala Lipis dan KDA

Bentong-Raub.

Selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) Malaysia yang

bertujuan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi

di negara ini menjelang 2020, pembangunan modal insan

turut diberi penekanan utama di ECER, khususnya dalam

meningkatkan daya saing dan kemahiran tenaga kerja

tempatan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia

untuk memenuhi jangkaan dan keperluan majikan.

Penekanan yang diberikan oleh ECERDC adalah berdasarkan

dua hala tuju strategiknya: pertama, memastikan pelaksanaan

projek-projek ECER seperti yang telah dirancang; dan kedua,

meningkatkan usahanya untuk menarik pelaburan langsung

dari dalam dan luar negara. Dalam hal ini, ECERDC kini

bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang amat

penting ini bagi memastikan visi ECER akan menjadi realiti

mengikut tempoh yang dijadualkan.

Projek-projek dan Pelaburan di ECER (RMK-9)

Daripada 84 projek berimpak tinggi yang telah diluluskan untuk

ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), 64 projek

telah pun dilaksanakan setakat akhir Disember 2009, manakala

projek-projek yang selebihnya akan dimulakan pada tahun

2010. ECERDC akan meneruskan pelaksanaan projek-projek

yang telah dikenal pasti di bawah RMK-9 di dalam Rancangan

Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Jumlah pelaburan komited dan berpotensi di ECER di antara

tahun 2007 sehingga Disember 2009 adalah sebanyak RM28.3

bilion, dengan sebahagian besarnya adalah di dalam kelompok

pembuatan serta minyak, gas & petrokimia.

Jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat pada tahuntahun

mendatang, dengan penyiapan pelbagai projek

infrastruktur yang sedang dijalankan oleh Kerajaan, di mana

ianya juga bakal menyokong pembangunan projek-projek yang

diterajui oleh sektor swasta.

Usaha-usaha promosi berterusan yang dijalankan oleh

ECERDC bagi menaikkan imej ECER sebagai sebuah destinasi

pelaburan pilihan juga dijangka akan dapat membantu

meningkatkan jumlah pelaburan di Wilayah ini.

Pelancongan

Dengan keindahan pantai dan pulau yang dikelilingi lautan

biru, serta hutan hujan yang berabad usianya, pelancongan

merupakan sebuah industri utama dan kelompok ekonomi

yang penting di ECER. Warisan budaya Wilayah ini, seperti yang

dapat dilihat pada hasil-hasil kraftangan tradisional yang unik

seperti barangan perak, batik, songket, tenun dan ukiran kayu,

serta warisan seni yang merangkumi tarian Ulek Mayang dan

Mak Yong, turut berperanan sebagai aset penting bagi menarik

kedatangan pelancong ke negeri-negeri Pantai Timur.

Pada tahun 2009, kajian-kajian Strategi Perniagaan dan Pelan

Pelaksanaan (BSIP) telah dijalankan bagi pembangunan

Pelancongan Pesisiran Pantai Tanah Besar di Pantai Sepat,

Cherating, Pulau Besar/Kampung Penarik dan Teluk Bidara, serta

Pelancongan Pesisiran Pantai Bandar Dungun dan Pelancongan

Warisan Pekan. Kerja-kerja reka bentuk dan pelaksanaan projekprojek

tersebut akan bermula pada tahun 2010.

Minyak, Gas & Petrokimia

Kelompok minyak, gas & petrokimia yang sedia ada di

ECER adalah meliputi aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran.

Halatuju masa depan bagi kelompok ini adalah bertujuan

untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti industri tersebut di

dalam sektor-sektor hiliran dan berkaitan pembuatan, bagi

menambahkan nilai kepada hasil-hasil keluaran sedia ada.

Buat masa ini, terdapat dua buah kompleks hiliran utama bagi

kelompok minyak, gas & petrokimia yang telah diwujudkan

di ECER, iaitu Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih di

Terengganu dan Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng di

Pahang. Usaha-usaha pemasaran kini sedang giat dijalankan

bagi mempromosikan kedua-dua kompleks petrokimia ini

kepada para pelabur.

4 Laporan Tahunan 2009 • ECERDC

Laporan Tahunan 2009 • ECERDC 5


Taman Polimer Kertih (KPP) yang terletak di kawasan Kompleks Industri Petroleum PETRONAS (PPIC),

telah menyaksikan kemajuan yang memberangsangkan pada tahun 2009. Fasa 1A dan 1B bagi kerja-kerja

pembangunan infrastruktur asas Taman tersebut telah dijalankan secara aktif pada tahun tersebut dan

dijangka siap pada bulan Mei 2010.

Perkembangan di KPP akan disokong oleh Pusat Teknologi Polimer PETRONAS (PPTC), sebuah pusat

teknologi berpandukan pasaran yang akan ditubuhkan bagi membangunkan produk-produk dan aplikasi

polimer. Perancangan dan reka bentuk bagi PPTC kini sedang dijalankan oleh PETRONAS, di mana

pelaksanaan projek dijangka akan bermula pada tahun 2010.

Hi-Essence Cable Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar wayar dan kabel, telah memulakan operasi di KPP

sejak Disember 2009, sementara empat lagi pelabur telah menyatakan komitmen untuk melabur di Taman ini.

Pembuatan

Pembangunan-pembangunan perindustrian baru yang telah dicadangkan untuk ECER akan menyaksikan

para pengeluar menambah nilai kepada bahan-bahan mentah dan suapan sedia ada dari Wilayah ini,

dengan menggunakan inovasi bagi menghasilkan produk-produk bagi pasaran global.

Pada tahun 2009, kajian BSIP telah dijalankan bagi beberapa projek pembuatan, iaitu Taman Perindustrian

Automotif Pekan (Pekan AIP), Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC), Taman-taman Halal Gambang

dan Pasir Mas, serta Taman Industri Berat Kemaman.

Kerja-kerja pembinaan bagi Pekan AIP, POIC, serta Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas dan

Taman Perindustrian Produk Halal Gambang dijadualkan akan bermula pada 2010.

Satu lagi projek yang telah pun dirancang ialah pembangunan Taman Perindustrian Maritim Tanjung Agas

di Pekan, yang bakal dilaksanakan secara kerjasama dengan kerajaan negeri Pahang. Meliputi kawasan

seluas hampir 5,000 ekar, kerja-kerja infrastruktur dalaman telah pun bermula di Taman tersebut, yang akan

dibangunkan sebagai sebuah pusat khidmat sehenti yang moden dan pengkalan pesisir pantai yang bakal

memenuhi keperluan industri maritim. ECERDC akan menjalankan kerja-kerja reka bentuk terperinci dan

infrastruktur luaran bagi Taman tersebut di bawah RMK-10.

Pertanian

Kelompok pertanian ECER kini sedang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pasaran domestik dan

eksport. Ianya memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan makanan bukan sahaja di

Malaysia, malahan negara-negara lain yang memilih untuk melabur di dalam sub-kelompok pertanian

Wilayah ini, yang merangkumi aktiviti penternakan haiwan, penanaman dan perikanan.

Tahun 2009 telah menyaksikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) bagi

Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Ladang Moden di Lanchang, Pahang memulakan operasi. CPPC

tersebut bertanggungjawab dari segi pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan buah betik segar

dari Wilayah ini yang akan diedarkan ke pasaran-pasaran eksport dan tempatan.

Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) telah dilantik sebagai Syarikat Induk bagi projek pengeluaran buah

betik di Lanchang. Antara lain, MAFC memikul tanggungjawab dari segi penanaman pokok-pokok betik

secara komersial, melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tujuan aplikasi, serta mengendali

dan menguruskan CPPC tersebut.

Pada tahun 2009, kajian BSIP telah siap dijalankan bagi Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing Kuala

Berang di Terengganu; Ladang Nukleus di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu di Muadzam Shah,

Pahang; Ladang-ladang Pengganda di Tanah Merah (Kelantan), Ulu Tersat (Terengganu) dan Ulu Lepar

(Pahang); serta Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh di Gua Musang, Kelantan dan Maran, Pahang.

Pembinaan projek-projek ini akan dilaksanakan pada tahun

2010, kecuali bagi Ladang-ladang Pengganda Lembu di Ulu

Tersat dan Taman Pengeluaran Ayam Berintegrasi Penuh di

Gua Musang dan Maran yang akan bermula pada tahun 2011.

Kajian BSIP bagi Taman-taman Industri Herba dan Bioteknologi

di Gua Musang, Jeli, Raub, Lipis dan Dungun juga telah

dilaksanakan pada tahun 2009.

Pada tahun yang sama, Ladang Pengganda Kambing di Ulu

Tersat telah pun berada di dalam peringkat akhir pembinaan,

sementara Ladang Komersial Kambing di Telaga Papan pula

telah siap dibina. Kedua-dua ladang itu akan diserahkan

kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd.

(TADC), Syarikat Induk yang bertanggungjawab mengurus dan

mengendalikan ladang-ladang tersebut.

Pada tahun 2009, dua lokasi telah dikenal pasti bagi

pembangunan pusat pembenihan dan pemasaran benih ikan di

ECER. Lokasi bagi Pusat Pembenihan Ikan Marin dan Udang

adalah terletak di Merchong, Pahang manakala lokasi bagi

Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar pula terletak di Raub, Pahang.

Dua lagi lokasi telah dikenal pasti bagi pembangunan Pusat-pusat

Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) ikan di

ECER iaitu Pengkalan Kubor di Kelantan dan Kuala Kemaman

di Terengganu, sementara tapak bagi Taman Pemprosesan Ikan

telah pun dikenal pasti di Tanah Putih, Kuantan.

Satu lagi projek yang dijangka memainkan peranan penting

dalam perkembangan dan kemampanan kelompok industri

berasaskan perikanan di Wilayah ini ialah Taman Pemprosesan

Perikanan Bersepadu yang akan dibina di Tok Bali di Pasir

Nod 5:

Gua Musang

- K.Lipis KDA

Nod 6:

Bentong -

Raub KDA

KELANTAN

G.Musang

K.Lipis

Raub

Bentong

Tumpat

Kota Bharu

Bachok

Tok Bali

Besut

PAHANG

Taman Negara

Nod 4:

Endau - Rompin

Mersing - Rompin

KDA

MERSING

Nod 2:

Pembangunan

Merentasi

Sempadan

K.Terengganu

K.Berang

Dungun

TERENGGANU

Nod 3:

Segitiga KTCC

- Kenyir - Dungun

Kertih

Gambang

ZON EKONOMI

KHAS (SEZ)

Kuantan

Pekan

Kawasan-kawasan Tumpuan Pembangunan ECER (KDAs).

Nod 1:

Zon Ekonomi

Khas ECER

Puteh, Kelantan. Taman Pemprosesan Perikanan Bersepadu

Tok Bali bakal memenuhi keperluan sebahagian besar operasi

penangkapan ikan di Laut China Selatan, di mana ianya

akan berfungsi sebagai sebuah pusat pengumpulan dan

pemprosesan ikan.

Agropolitan

Projek Agropolitan merupakan sebuah projek sosioekonomi

bersepadu yang diterajui oleh ECERDC dengan matlamat

untuk membasmi kemiskinan di kalangan komuniti miskin

tegar di Wilayah ini.

Salah satu ciri utama projek ini ialah pengagihan tanah

untuk aktiviti-aktiviti pertanian seperti penternakan haiwan,

penanaman dan akuakultur, yang disokong oleh aktiviti-aktiviti

pemprosesan dan pemasaran serta penempatan semula

keluarga-keluarga miskin tegar.

Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti sekunder seperti penanaman

cendawan, penanaman jagung manis, pembuatan kraftangan

dan kegiatan akuaponik yang dapat membantu menambahkan

pendapatan peserta. Melalui aktiviti-aktiviti ini, keluargakeluarga

terlibat dijangka mampu menjana pendapatan tetap

di antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Projek Agropolitan Pekan telah dilancarkan secara rasmi oleh

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin

Tun Haji Abdul Razak pada 4 Ogos 2009. Ianya membabitkan

penyertaan 1,100 keluarga miskin tegar, dengan mengambil

pendekatan penempatan semula dan “in situ” (di lokasi) bagi

keluarga-keluarga Orang Asli di kawasan tersebut. Lembaga

Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah dilantik sebagai

agensi pelaksana bagi projek tersebut.

Satu tunggak penting dalam inisiatif ternakan adalah pelaksanaan ladang pengganda dan

ladang komersial kambing.

6 Laporan Tahunan 2009 • ECERDC

Laporan Tahunan 2009 • ECERDC 7


Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan di Agropolitan Pekan ialah menternak biri-biri Dorper dan bekerja di

ladang kelapa sawit. Sebagai permulaan, 11 Unit Pengeluaran Ternakan (APU) untuk 30 keluarga Orang Asli

miskin tegar yang terlibat telah disiapkan pada bulan Julai 2009. Projek perintis ini bakal menjadi pelopor

bagi pembangunan 250 APU di Agropolitan Pekan dengan jumlah 25,000 ekor biri-biri secara keseluruhan,

yang menjadikannya populasi biri-biri berpusat yang terbesar di dalam sebuah lokasi tunggal di Asia.

Bagi Agropolitan Kelantan Selatan, pembinaan 10 buah rumah untuk keluarga-keluarga miskin tegar

telah disiapkan pada Februari 2009 dan keluarga-keluarga tersebut telah pun berpindah ke rumah baru

mereka pada bulan Mei tahun yang sama. Projek perintis ini akan menjadi pelopor kepada pembangunan

keseluruhan yang membabitkan pembinaan 3,000 buah rumah baru, dengan aktiviti-aktiviti utama yang

merangkumi penanaman koko dan kelapa sawit, serta akuaponik.

Fasa 1 bagi pembangunan Agropolitan Kelantan Selatan akan melibatkan pembinaan 350 buah rumah

yang akan bermula pada tahun 2010, manakala Fasa 2 akan membabitkan pembinaan 370 buah rumah

lagi di kawasan tersebut. Kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 2 dan rumah-rumah baru yang selebihnya akan

dijalankan di bawah RMK-10.

Kerja-kerja perancangan dan reka bentuk bagi dua lagi projek Agropolitan, iaitu Agropolitan Besut-Setiu

dan Agropolitan Kelantan Utara telah pun siap pada tahun 2009 dan pelaksanaan projek-projek ini dijangka

akan bermula pada tahun 2010.

Pembangunan Modal Insan

Program-program pembangunan modal insan ECERDC bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja

tempatan dalam memenuhi keperluan industri, selaras dengan wawasan ECER untuk menjadi sebuah

wilayah maju menjelang 2020. Bekalan pekerja berkemahiran yang mencukupi di Wilayah ini adalah amat

penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek-projek ECER, di samping menarik lebih banyak

pelaburan langsung asing dan domestik.

Pendidikan

Melalui peningkatan kualiti pendidikan dan penambahan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan

pembelajaran yang dapat membantu menjana tenaga kerja yang berkualiti, sumber manusia ECER berupaya

memberikan khidmat kepada industri-industri yang sedia wujud dan baru dibangunkan di Wilayah ini.

Di samping itu, institusi-institusi pendidikan di ECER turut

memainkan peranan penting dalam menyokong industri-industri

terbabit melalui hasil-hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D)

mereka dan kerjasama khas di antara kedua-dua belah pihak.

Sehubungan itu, 12 Pusat Kecemerlangan (COE) ECER telah

ditubuhkan di universiti-universiti ECER yang terletak di tujuh

lokasi, bagi memenuhi keperluan pelbagai industri, khususnya

pelancongan; minyak, gas & petrokimia; pembuatan; pertanian;

pengeluaran produk Halal; perusahaan produk berasaskan

kayu, bioteknologi; serta pengurusan hospitaliti & pelancongan.

Universiti-universiti yang mengambil bahagian di dalam inisiatif

COE ialah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM, kini dikenali

sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin), Universiti Malaysia

Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti

Malaysia Terengganu (UMT) dan cawangan-cawangan Universiti

Teknologi Mara (UiTM) di Dungun, Machang dan Jengka.

Program Pusat bagi Kerjasama Industri-Akademia (CIAC)

ECERDC merupakan sebahagian daripada inisiatif COE

yang menggalakkan kolaborasi antara universiti-universiti

dan industri, terutamanya di dalam bidang penyelidikan dan

aplikasi. Melalui kerjasama ini, hasil-hasil penyelidikan yang

dijalankan oleh ahli-ahli akademik akan dikumpulkan untuk

kegunaan industri-industri berkaitan bagi tujuan komersial,

khususnya di dalam projek-projek ECER.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh COE pada tahun

2009 ialah Seminar bagi Pensijilan Halal dan Pendaftaran

Produk Herba untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS)

oleh UDM, Pemprofi lan Produk-produk Batik di ECER (Teknik

dan Rekabentuk) dan Projek Khidmat Luar (Outsourcing)

bagi Pembuatan Batik untuk Para Belia dan Suri Rumah di

ECER dipenuhi dengan industri kraftangan artisan mahir.

ECER yang dijalankan oleh UiTM Machang, serta latihan bagi

Penghasilan Produk-produk Berasaskan Kayu untuk Para

Belia di ECER oleh UiTM Jengka.

Satu lagi perkembangan penting yang telah dirancang bagi

kelompok pendidikan ECER ialah pembangunan Taman

Ilmu di Besut, Terengganu, yang akan dibangunkan sebagai

sebuah perbandaran universiti baru. Taman Ilmu tersebut akan

memberikan tumpuan kepada kecemerlangan pendidikan, di

samping mengilhamkan rasa penghargaan terhadap kreativiti,

warisan dan budaya.

Program KerJaya ECER

Bagi menangani masalah pengangguran akibat krisis ekonomi

global, ECERDC telah memperkenalkan inisiatif pembangunan

modal insannya yang dikenali sebagi Program KerJaya ECER

pada bulan September 2009. KerJaya ECER adalah sejajar

dengan Model Ekonomi Baru (NEM) Malaysia yang berasaskan

pengetahuan, inovasi dan kreativiti, di mana ianya memberikan

kemahiran yang dikehendaki oleh para majikan kepada para

graduan baru dan mereka yang sedang mencari pekerjaan,

sebelum “menjodohkan” peserta dengan syarikat-syarikat

yang memerlukan pekerja berkemahiran.

Pelancaran rasmi KerJaya ECER di peringkat negeri Pahang

telah diadakan pada bulan Disember 2009. Pelancaran

rasmi program tersebut di peringkat negeri Terengganu telah

berlangsung pada bulan Januari 2010, diikuti oleh negeri

Kelantan pada bulan Mac 2010.

Setakat akhir Disember 2009, bilangan peserta yang berdaftar

untuk program Peluang Penempatan Graduan (GPO) KerJaya

ECER ialah 587.

Bandar Diraja Pekan telah dikenal pasti sebagai Bandar Warisan.

8 Laporan Tahunan 2009 • ECERDC

Laporan Tahunan 2009 • ECERDC 9


Seramai 1,347 peserta lagi telah mendaftar bagi Program Penempatan Pekerja (EPP) KerJaya ECER,

manakala Program Latihan Kemahiran (STP) untuk para penganggur, siswazah baru dan lepasan sekolah

telah berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 pelatih dan 13 institusi latihan setakat 31 Disember tahun

yang sama. Bilangan peserta KerJaya ECER yang telah berjaya ditempatkan untuk bekerja di syarikatsyarikat

yang mengambil bahagian, di sepanjang tempoh September hingga Disember 2009, adalah

seramai 59 orang.

Suri@Home

Bagi memperkasakan golongan wanita di ECER, ECERDC telah memperkenalkan sebuah program khas

yang dikenali sebagai Suri@Home, yang membolehkan mereka menjana pendapatan tetap melalui aktivitiaktiviti

ekonomi yang boleh dilakukan dari rumah. Projek “quick-win” Suri@Home telah dilaksanakan sejak

bulan Julai 2009, bermula dengan projek menghasilkan kain Tenun di Pekan, Pahang. Lain-lain projek

di bawah program yang sama termasuklah projek vermikompos dan penanaman cendawan yang telah

dijalankan di Kelantan sejak November 2009. Satu lagi projek Suri@Home yang telah dirancang ialah

Tenunan Songket di Terengganu, yang dijangka bermula pada tahun 2010.

Program Sinar ECER

Menyedari bahawa usaha pembangunan modal insan perlu dilaksanakan dari peringkat awal, ECERDC

telah memperkenalkan satu inisiatif pendidikan yang dikenali sebagai Program Sinar ECER pada bulan

Ogos 2009. Disasarkan kepada kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun daripada keluarga miskin

tegar dan miskin, khususnya anak-anak peserta Agropolitan, program tersebut bertujuan untuk memberikan

pengetahuan dan kemahiran hidup kepada kanak-kanak tersebut, dengan tujuan untuk menggalakkan

kecemerlangan akademik, serta membina minda dan keperibadian positif di kalangan peserta-peserta

muda ini.

Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (BCIC) dan Program Pembangunan

Pengusaha Kecil Dan Sederhana (PKS)

Penyertaan golongan Bumiputera di dalam aktiviti-aktiviti komersial dan perindustrian, serta pembangunan

PKS merupakan satu lagi bidang yang dianggap penting di ECER. Bagi menyokong pelaksanaan program

untuk tujuan ini, satu kajian BSIP telah pun dijalankan oleh ECERDC.

Kajian tersebut telah pun disiapkan dengan penglibatan Kementerian-kementerian dan agensi-agensi

berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), SIRIM dan lain-lain lagi.

Sebagai susulan kepada kajian tersebut, ECERDC telah membangunkan Program Pembangunan

Keusahawanan ECER (EEDP) yang menerapkan beberapa nilai utama yang unik seperti persediaan

dan penilaian awal, bimbingan (handholding), perkongsian strategik, jalinan rangkaian hubungan dan

pemantauan para peserta bagi memastikan kemampanan program tersebut. Di bawah inisiatif EEDP,

ECERDC telah memulakan dua projek perintis di Mersing iaitu Pusat Pembinaan dan Pembaikan Bot, serta

Projek Jahitan di bawah Program Pembangunan Vendor, yang akan dimulakan pada tahun 2010.

Satu lagi inisiatif keusahawanan yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 ialah Program Pembangunan

Keusahawanan Francais yang dijalankan secara kerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Program ini bertujuan untuk membangunkan perniagaan francais yang mampan dari segi jangka panjang

di kalangan para siswazah, belia dan wanita di ECER.

Bagi membantu para usahawan yang terlibat secara langsung dalam projek-projek yang diterajui oleh

ECERDC, sebuah dana khas (Leverage Fund) BCIC dan PKS akan turut ditubuhkan. Dana tersebut akan

disalurkan dalam bentuk pinjaman mudah (soft loan) kepada para usahawan yang layak di bawah RMK-10.

Infrastruktur

Infrastruktur di ECER terus menunjukkan peningkatan dalam

memenuhi permintaan semasa dan unjuran di Wilayah ini.

Pada tahun 2009, kerja-kerja reka bentuk bagi Central Spine

Road sepanjang 450 km, yang bermula dari Kuala Krai di

Kelantan, ke Simpang Pelangai di Pahang, telah dilaksanakan.

Projek tersebut melibatkan penaiktarafan jalan raya sedia

ada menjadi laluan berkembar dua lorong. ECERDC telah

menyempurnakan kerja-kerja reka bentuk bagi beberapa

bahagian jalan tersebut, sebelum menyerahkan projek tersebut

secara rasmi pada Oktober 2009 kepada Jabatan Kerja Raya

(JKR), yang akan meneruskan pelaksanaannya.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap

hari akibat pembangunan yang sedang dijalankan di Bukit

Kuang, Kemaman, sebuah jambatan baru telah direka bentuk

untuk menggantikan jambatan sedia ada. Projek pembinaan

Jambatan Bukit Kuang telah pun diserahkan kepada JKR, di

mana kerja-kerja reka bentuk bagi jambatan baru tersebut

telah pun siap dan pembinaan akan bermula pada tahun 2010.

Kajian kebolehlaksanaan terhadap laluan rel yang bakal

menghubungkan ECER dan Pantai Barat semenanjung

telah pun dimulakan pada tahun 2009 dan dijangka akan

siap menjelang penghujung 2010. Projek tersebut, yang

akan dilaksanakan melalui kerjasama sektor awam-swasta,

dijangka akan mempermudahkan pergerakan penumpang dan

barangan di antara kedua-dua Wilayah tersebut.

Pelabuhan Kuantan sedang dinaik taraf bagi menjadikannya

sebuah pelabuhan air dalam - dengan kedalamannya

ditambah dari 12.2 meter ke 16.5 meter - dan ia juga sedang

dibangunkan untuk menjadi sebuah pusat pembuatan dan

perkhidmatan komersial, di samping berperanan sebagai

pusat pengedaran serantau dan pemerolehan antarabangsa.

Ia juga bersedia untuk menjadi sebuah pelabuhan timur utama

dan gerbang laluan bagi dagangan Timur Jauh dan Asia

Pasifi k, berdasarkan lokasi strategiknya yang menghadap Laut

China Selatan.

Sebagai salah satu nod tumpuan utama bagi Zon Ekonomi

Khas ECER (ECER SEZ), Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC)

akan dibangunkan untuk menjadi gerbang laluan timur ke

Malaysia yang dinamik dan berdaya maju. Sebuah kajian

bersepadu bagi Pelan Induk KPC telah dijalankan bagi

menentukan hala tuju pembangunan kawasan pertumbuhan

baru ini pada masa hadapan yang merangkumi perluasan

pelabuhan, kawasan industri, kawasan kediaman, kawasan

komersial, kawasan pelancongan, kawasan institusi dan

ruang terbuka. Fasa pertama pembangunan infrastruktur KPC

telah bermula pada tahun 2009 dengan penaiktarafan sistem

bekalan air di kawasan tersebut. Ini akan disusuli dengan kerjakerja

menaik taraf jalan dan saliran yang bakal bermula pada

tahun 2010.

Bagi mempertingkatkan kualiti air di KPC, sistem perpaipan

gelung yang merangkumi saluran paip air berukuran 2 km di

Gebeng sudah pun siap dibina dan telah diserahkan kepada

Jabatan Bekalan Air Pahang. Sementara itu, pembinaan fasa

pertama Loji Rawatan Air Panching (WTP) akan bermula pada

tahun 2010.

Sebaik sahaja ianya siap, loji rawatan air tersebut dapat

membantu memperbaiki sistem bekalan air ke kawasan di

sekitar Kuantan, terutamanya di Gebeng, bagi memenuhi

permintaan semasa dan akan datang bagi air, selaras dengan

pertumbuhan yang telah diunjurkan bagi KPC.

Pembangunan Semula Kawasan-kawasan Bekas DARA

dan LKWJ

Pada bulan Disember 2009, ECERDC telah menjalankan

Kajian Strategik mengenai Pembubaran Lembaga Kemajuan

Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah

Jengka (LKWJ). Susulan daripada cadangan-cadangan

kajian tersebut, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan satu

peruntukan khas berjumlah RM50 juta bagi membangunkan

semula kawasan-kawasan yang dahulunya berada di bawah

pentadbiran DARA dan LKWJ.

Dana tersebut akan disalurkan secara langsung melalui

ECERDC kepada Majllis-majlis Daerah yang terbabit iaitu

Maran, Rompin, Pekan, Bera, Jerantut dan Temerloh bagi

menjalankan kerja-kerja penyenggaraan am, termasuklah

menaik taraf jalan dan sistem perparitan. Peruntukan tersebut

juga akan digunakan untuk melaksanakan program-program

sosioekonomi berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat

kepada masyarakat setempat seperti menaik taraf gerai-gerai

penjaja, surau dan pusat sukan.

Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Persekutuan akan

terus menyediakan satu peruntukan khas bagi memastikan

kerja-kerja penyenggaraan kawasan-kawasan tersebut dan

implementasi projek-projek sosioekonomi yang telah dirancang

dapat terus dilaksanakan.

Pembangunan Bersepadu di Mersing

Daerah Mersing di Johor akan dibangunkan sebagai sebuah

destinasi pelancongan pesisiran pantai tanah besar yang

penting, dengan kemudahan serba moden bagi memenuhi

keperluan para pelancong.

10 Laporan Tahunan 2009 • ECERDC

Laporan Tahunan 2009 • ECERDC 11


Ianya bakal menjadi gerbang laluan ke Pulau Tioman yang sudah lama dikenali ramai, dan juga

gugusan kepulauan Mersing yang merangkumi Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Sibu dan

Pulau Pemanggil, serta Taman Negara Endau-Rompin.

Bagi membasmi kemiskinan tegar di Mersing dan meningkatkan status sosioekonomi penduduk

tempatan, ECERDC telah merangka sebuah pelan pembangunan bersepadu untuk daerah tersebut

yang merangkumi pelbagai projek sosioekonomi, dengan sebahagian besarnya disasarkan kepada

komuniti nelayan tempatan.

Projek-projek tersebut termasuklah program Komuniti Bestari, penternakan lembu tenusu, penternakan

udang, Pusat Pembinaan & Pembaikan Bot Komersial, program keusahawanan wanita Suri@Home,

dan lain-lain lagi.

Satu lagi projek utama yang telah dirancang bagi daerah Mersing ialah pembinaan sebuah Taman

Pemprosesan Ikan di Endau yang akan dilaksanakan di bawah RMK-10. Taman pemprosesan tersebut

akan memainkan peranan penting dalam menambah nilai hasil-hasil tangkapan ikan marin dan produk

akuakultur daripada kawasan tersebut, di samping membantu mewujudkan peluang keusahawanan

kepada warga tempatan.

Alam Sekitar

Menyedari bahawa ECER menempatkan sebilangan besar kawasan-kawasan yang mempunyai

kepentingan dari segi alam sekitar dan ekologi, pembangunan di Wilayah ini turut menekankan

aspek pengurusan alam sekitar bagi memastikan kemampanannya.

Pada tahun 2009, ECERDC telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk menerajui usaha-usaha pemulihan

dan pemuliharaan Tasik Chini, yang merupakan tasik air tawar kedua terbesar negara. Merangkumi

pembangunan Pelan Pengurusan Strategik dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemuliharaan yang telah dikenal

pasti, program tersebut sedang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

ECERDC juga telah memulakan Pelan Pengurusan Bersepadu bagi Tanah Tinggi Lojing di Kelantan, yang

telah dikenal pasti sebagai sebuah Kawasan Pengurusan Khas di bawah Pelan Fizikal Kebangsaan dan

Pelan Induk ECER. Kajian tersebut akan merangkumi pembangunan polisi dan garis panduan, serta Pelan

Induk Penggunaan Tanah yang akan dijadikan panduan bagi pembangunan di kawasan tersebut.

Sebuah Pelan Pengurusan Bersepadu turut dilaksanakan bagi Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) di

Terengganu, yang turut merangkumi rangka kerja strategik bagi pewartaan Setiu Wetlands sebagai sebuah

Taman Negeri.

Promosi Pelaburan

Visi ECER untuk menjadi sebuah wilayah maju menjelang 2020 hanya mampu dicapai melalui penyertaan

aktif sektor swasta, khususnya para pelabur dari dalam dan luar negara.

Bagi meningkatkan daya saingnya sebagai sebuah destinasi pelaburan, pelbagai insentif fi skal dan bukan

fi skal yang menarik telah diperkenalkan di ECER berdasarkan perspektif wilayah bagi menangani cabarancabaran

dalam usaha menarik pelaburan, di samping memastikan pembangunan komponen-komponen

yang diperlukan seperti bahan mentah dan modal insan. Para pelabur juga boleh menikmati kos menjalankan

perniagaan yang kompetitif, serta memanfaatkan kewujudan modal insan yang berkemahiran, kualiti hidup

yang baik dan sistem infrastruktur yang dipertingkatkan di Wilayah ini.

Insentif-insentif fi skal ECER direka khusus untuk para pelabur

yang menceburi kelompok-kelompok ekonomi utama di

Wilayah ini, dan ianya termasuk pengecualian cukai pendapatan

sehingga 10 tahun, Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100

peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak, pengecualian

cukai jualan dan insentif khas kepada syarikat-syarikat yang

berkelayakan. Walau bagaimanapun, para pelabur mesti

bertindak segera, di mana mereka perlu memulakan operasi

sebelum 31 Disember 2015 untuk menikmati insentif-insentif ini.

Insentif-insentif bukan fi skal turut diberikan oleh Kerajaankerajaan

negeri ECER kepada syarikat-syarikat yang diluluskan.

Ini termasuk pemberian kadar diskaun untuk premium tanah,

cukai tanah dan taksiran, jaminan bagi tempoh pajakan

tanah untuk tempoh waktu tertentu dan kelonggaran dalam

pengambilan tenaga kerja ekspatriat.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Kementerian Kewangan di atas sokongan dan kerjasama yang

telah diberikan dalam meluluskan insentif-insentif fi skal ECER,

serta Kerajaan-kerajaan Negeri ECER di atas kelulusan yang

telah diberikan oleh mereka bagi insentif-insentif bukan fi skal.

Untuk menarik lebih banyak pelaburan ke ECER, ECERDC

telah mula mengorak langkah pada tahun 2009 dalam

mempromosikan Wilayah ini sebagai sebuah destinasi

pelaburan unggul kepada para pelabur tempatan dan

antarabangsa. Ini telah dilaksanakan melalui penyertaan di

dalam misi-misi pelaburan yang dianjurkan oleh Lembaga

Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), serta penglibatan di

dalam seminar-seminar dan pameran perdagangan.

Usaha-usaha promosi ini akan dipertingkatkan lagi pada tahun

2010, di mana ECERDC akan menganjurkan misi pelaburannya

sendiri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI), MIDA dan Perbadanan

Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke

negara-negara yang telah dikenal pasti seperti Arab Saudi,

Emiriah Arab Bersatu, China, India dan lain-lain.

Dengan segala usaha ini, beserta pelaksanaan dan penyiapan

lebih banyak projek-projek di ECER, kami menjangkakan tahun

2010 dan seterusnya bakal menyaksikan kemajuan yang lebih

progresif dan memberangsangkan bagi Wilayah ini.

Penghargaan

Saya amat terhutang budi kepada Perdana Menteri dan

Pengerusi ECERDC, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji

Abdul Razak, di atas visi dan hala tuju beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana

Menteri kelima, Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,

yang juga merupakan Penasihat Pembangunan Koridor

Negara, di atas nasihat dan bimbingan beliau.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan kepada

Menteri Besar-Menteri Besar Pahang, Kelantan, Johor dan

Terengganu di atas nasihat dan panduan mereka yang

tidak ternilai dalam mempermudah dan mempercepatkan

pelaksanaan semua projek ECER di negeri masing-masing.

Saya turut menghargai bimbingan dan hala tuju yang diberikan

oleh Anggota-anggota Majlis, yang telah membawa bersama

mereka pengalaman dan buah fi kiran yang telah menjadikan

pelaksanaan projek-projek ECER sebagai sebuah usaha

bersepadu.

Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada Jabatan Perdana

Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Awam-

Swasta dan Kementerian Kewangan, serta jabatan-jabatan

dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, di

atas sokongan berterusan mereka demi memudahkan

pelaksanaan projek-projek di ECER. Tanpa sokongan mereka,

pembangunan di ECER tidak mungkin dapat dipercepatkan

seperti yang dirancang.

Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada warga

kerja berdedikasi ECERDC yang telah memainkan peranan

penting dalam menjalankan perancangan dan pelaksanaan

strategik bagi semua projek dan program di ECER. Setiap

seorang daripada mereka telah menunjukkan keazaman dan

komitmen yang tinggi dalam melaksanakan usaha-usaha

pembangunan oleh ECERDC. Semangat dan tenaga mereka

inilah yang memacu ECER, serta ekonomi dan para penduduk

Pantai Timur ke arah kemajuan. Saya ingin merakamkan

penghargaan ikhlas buat mereka semua.

Dato’ Jebasingam Issace John

12 Laporan Tahunan 2009 • ECERDC

Laporan Tahunan 2009 • ECERDC 13

More magazines by this user
Similar magazines