Bilangan 03/2009

kpkt.gov.my

Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BIL 3 SEPTEMBER - DISEMBER 2009

Hari Habitat Sedunia 2009

Majlis Perasmian Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 telah disempurnakan oleh Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia

Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini turut memuatkan pelancaran blog MyJPBD, Habitat Magazine - Edisi Khas

dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotografi yang telah diadakan

sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 yang bertemakan Planning Our Urban Future. Majlis ini telah dihadiri

oleh 432 orang jemputan khas dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan, Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Pertubuhan Profesional dan pihak media.

Majlis ini diteruskan dengan seminar sehari sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dianjurkan

oleh JPBD. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Sustainable Planning Through Innovative Building

Design oleh Encik Sufian bin Abdullah, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Sime Darby Berhad, People

Centric Planning dari Perspektif dan Pengalaman Pentadbir Awam oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd

Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Penglibatan Awam dari Perspektif Islam oleh Y. Bhg. Prof. Dato’

Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Apa Kami Generasi

Muda Mahu oleh Puan Mazrina bt. Dato’ Abdul Khalid, Pengerusi Young Planners Group (YPG), Malaysia Institute of

Planners (MIP).

3nd_Issue_Make.indd 1

2/9/2010 9:08:25 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Perutusan Ketua Setiausaha

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada kesempatan ini, saya merakamkan

penghargaan di atas sumbangan besar yang

telah diberikan oleh warga kerja Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

kepada KPKT sepanjang tahun 2009. Syabas

dan tahniah kerana sentiasa berusaha gigih

memastikan KPKT terus unggul sehingga

kini. Jika diimbas pencapaiannya, laman web

KPKT telah berjaya mengekalkan penarafan 5

bintang menerusi Malaysia Government Portals

and Website Assessment 2009 yang dinilai Multimedia Development

Corporation (MDeC) dan MAMPU. Selain itu, KPKT juga mencapai

kedudukan 5 terbaik di Asia bagi Anugerah Asia Government Technology

Award 2009-FutureGov, serta menerima anugerah Open Source

Compentency Centre (OSCC) Study Award 2009 untuk sektor awam

daripada MAMPU.

Selaras dengan pucuk pimpinan yang baru, kerajaan telah memperkenalkan

program perubahan kerajaan (Government Transformation Programme)

iaitu sistem pengurusan prestasi (Performance Management System).

Sistem ini merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

dan Key Performance Indicator (KPI) atau Petunjuk Prestasi Utama yang

akan menjadi piawaian kepada pencapaian anggota penjawat awam.

Melalui Bajet 2010 yang bertemakan ‘1 Malaysia, Kemakmuran Bersama’

telah meletakkan KPKT sebagai pelaksana dua fungsi utama iaitu

pertama, memberi faedah kepada rakyat melalui Program Perumahan

Rakyat (PPR) dan Program Membasmi Kemiskinan Bandar. Sehingga

tahun 2009, KPKT telah menyediakan 74,000 unit rumah kos rendah untuk

disewa pada tahun 2012. Kedua, KPKT turut berperanan memulihkan

projek-projek perumahan berlesen yang terbengkalai dan sebanyak

RM200 juta diperuntukkan di bawah fungsi ini.

Komitmen KPKT dalam mencapai objektif kerajaan direalisasikan

dengan penganjuran Hari Habitat Sedunia setiap tahun yang

bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai

keadaan petempatan manusia semasa dan hak setiap individu untuk

memiliki tempat tinggal yang selesa. Kesedaran dan pengetahuan ini

dipertingkatkan melalui penerbitan Habitat Magazine yang memuatkan

artikel mengenai usaha pelbagai pihak ke arah pembangunan mampan

dan kesejahteraan petempatan manusia di Malaysia. Hari Inovasi atau

sebelum ini dikenali sebagai Hari Kualiti disambut pada 31 Oktober

setiap tahun. Penganjurannya mengingatkan penjawat awam supaya

menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan dengan mengguna

pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif dalam memberikan perkhidmatan

terbaik kepada pelanggan. Sehubungan itu, suntikan inovasi dan

pendekatan baru dalam cara berfi kir serta menganalisis maklumat perlu

diaplikasi oleh setiap warga KPKT sebagai strategi meningkatkan kualiti

penyampaian perkhidmatan.

Akhir kata, sebelum melangkah dekad kedua abad ke-21, tanamkan iltizam

dalam diri bahawa apa yang telah kita laksanakan adalah sebahagian

langkah menuju ke arah kesejahteraan rakyat dan negara pada masa

hadapan, bukannya untuk kepentingan peribadi.

Selamat Bertugas dan Selamat Datang 2010.

Dato’ Ahmad bin Haji Kabit

Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BIL 3 SEPTEMBER - DISEMBER 2009

Hari Habitat Sedunia 2009

Majlis Perasmian Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 telah disempurnakan oleh Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia

Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini turut memuatkan pelancaran blog MyJPBD, Habitat Magazine - Edisi Khas

dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotografi yang telah diadakan

sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 yang bertemakan Planning Our Urban Future. Majlis ini telah dihadiri

oleh 432 orang jemputan khas dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan, Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Pertubuhan Profesional dan pihak media.

Majlis ini diteruskan dengan seminar sehari sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dianjurkan

oleh JPBD. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Sustainable Planning Through Innovative Building

Design oleh Encik Sufian bin Abdullah, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Sime Darby Berhad, People

Centric Planning dari Perspektif dan Pengalaman Pentadbir Awam oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd

Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Penglibatan Awam dari Perspektif Islam oleh Y. Bhg. Prof. Dato’

Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Apa Kami Generasi

Muda Mahu oleh Puan Mazrina bt. Dato’ Abdul Khalid, Pengerusi Young Planners Group (YPG), Malaysia Institute of

Planners (MIP).

Sidang Pengarang

Penasihat

YBhg Dato’ Ahmad bin Haji Kabit

Timbalan Penasihat

YBhg Datuk Yeo Heng Hau

Ketua Pengarang

Puan Jessylina binti Mat Lazim

Ahli-Ahli

Bahagian Dasar

Bahagian Inspektorat

Bahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan Perolehan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Korporat

Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai

Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Undang-undang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jabatan Kerajaan Tempatan

Jabatan Landskap Negara

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Jabatan Perumahan Negara

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Unit Audit Dalam

Institut Latihan KPKT

Kami amat mengalu-alukan sumbangan tulisan

daripada warga KPKT. Sumbangan tulisan hendaklah

dikemukakan ke:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel : 03-2099 2403

Faks : 03-2095 6523

E-mel : pro@kpkt.gov.my

2

3nd_Issue_Make.indd 2

2/9/2010 9:08:29 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Bengkel Pengurusan Aset Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) telah dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan

dan Bahagian Korporat KPKT dengan kerjasama Jabatan

Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya. Bengkel

ini berlangsung di Hotel Le

Bengkel Pengurusan

Aset PBT

Meridien, Kota Kinabalu, Sabah

dari 12 hingga 13 Oktober 2009.

Bengkel ini telah dirasmikan

oleh Timbalan Menteri

Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, YB Datuk Seri

Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin dan ucaptama

bertajuk “Pengurusan Aset Pihak Berkuasa Tempatan”

telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad bin

Haji Kabit, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan.Bengkel ini diteruskan

dengan pembentangan kertas kerja mengenai Dasar

Pengurusan Aset Kerajaan dan Manual Pengurusan

Aset Menyeluruh oleh Ir. Tuan Haji Mohd Sabri bin Mat

Deris dan Ir. Azizul bin Ariffin dari Jabatan Kerja Raya

dan Pengurusan Aset Hidup

(Tumbuhan) Landskap oleh Tuan

Haji Esa bin Haji Ahmad, Jabatan

Landskap Negara. Bengkel

Pengurusan Aset PBT ini telah

dihadiri oleh 193 orang peserta dari

pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

dan PBT seluruh negara. Bengkel ini menggunakan

format perbincangan meja bulat mengikut kumpulan

dan hasil pembentangan setiap kumpulan dikumpul

sebagai asas penyediaan garis panduan bagi pengurusan

fasiliti di kawasan PBT oleh JKT.

3

3nd_Issue_Make.indd 3

2/9/2010 9:08:34 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Penerbitan Habitat Magazine Edisi Khas

Semenanjung Malaysia dan Sebulung River Settlement

Revival Programme oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.

H a b i t a t

Magazine

Edisi

Khas

diterbitkan

dalam usaha

memperkasa

peranan KPKT

sebagai National

Focal

Point

bagi aktiviti UN-HABITAT di Malaysia. Majalah ini telah

dilancarkan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC) sempena Majlis Perasmian Sambutan

Hari Habitat Sedunia 2009 dan Hari Perancangan

Bandar Sedunia 2009. Majalah ini memuatkan

artikel mengenai usaha pelbagai pihak ke arah

pembangunan mampan dan kesejahteraan

petempatan manusia di Malaysia.

Artikel-artikel lain yang turut dimuatkan ialah Diversity

of Green Infrastructure Network and Cognitive Well-Being

of Urban Residents oleh Mazlina Mansor, Ismail Said dan

Suradiah Labintah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM);

Quality of Life In Affordable Housing in Klang and Shah

Alam oleh Hafazah Abdul Karim dari Universiti Teknologi

MARA (UiTM); Padang as a public space in Malaysian cities

oleh Nor Zalina Harun dan Ismail Said dari UTM dan

Developing Sustainable Human Settlements in Malaysia

: The Islamic Sustainable Construction Perspective oleh

Mahyuddin ramli, Nazirah Zainul Abidin, Arman Abdul

Razak dan Ilias Said dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Majalah ini turut memuatkan latar belakang UN-HABITAT,

objektif serta tema terdahulu Hari Habitat Sedunia,

ringkasan mengenai Agenda Habitat dan Millennium

Development Goals (MDGs) yang merupakan tulang

belakang di sebalik peningkatan kualiti hidup dan

kesejanteraan petempatan manusia di peringkat global.

Aktiviti bagi Sambutan Hari Habitat Sedunia bagi tahun

2008 dan 2009 anjuran KPKT turut dimuatkan sebagai

satu cara menghebahkan peranan KPKT sebagai National

Focal Point UN-HABITAT di Malaysia.

Habitat Magazine Edisi Khas

ini memuatkan sebuah

kertas kerja yang disediakan oleh

Jabatan Perumahan Negara

bertajuk Housing for Urban

Squatters Resettlements and The

Low Income Group. Kertas kerja

ini telah dibentangkan oleh

Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, YB Dato’ Seri Kong

Cho Ha semasa Eastern Regional

Organisation for Planning and

Human Settlements (EAROPH)

Regional Congress di Ulaanbaatar,

Mongolia dari 23 hingga 27

September 2009.

Majalah ini turut memuatkan dua

artikel menarik yang telah dicalonkan

untuk Habitat Scroll of Honour Award

2009 anjuran UN-HABITAT di Nairobi,

Kenya iaitu Land Readjustment : A New

Approach of Development in Malaysia oleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

4

3nd_Issue_Make.indd 4

2/9/2010 9:08:39 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Program Komuniti

Harmoni

Program Komuniti Harmoni telah dianjurkan oleh Jabatan

Perumahan Negara (JPN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu

Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009. Program

ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ahmad bin Haji Kabit, Ketua

Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program ini dimulakan dengan gimik oleh sekumpulan kanakkanak

yang menyanyikan lagu 1Malaysia dan persembahan

nyanyian dari Duta KPKT iaitu Cik Adibah Noor. Program diteruskan

dengan upacara penanaman pokok oleh jemputan kehormat KPKT

di perkarangan PPR Batu Muda; demonstrasi pemadaman api oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); pertandingan

tarik tali di antara wakil KPKT dan PPR, sukaneka dan jamuan makan.

Dua pertandingan telah dijalankan semasa program tersebut iaitu

pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan

hantaran daripada tuala bagi golongan wanita. Pertandingan

tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk PPR Batu Muda. Di samping program

tersebut, terdapat juga beberapa khemah yang menempatkan bahan pameran yang menarik perhatian pengunjung

iaitu pameran mengenai kitar semula dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Alam Flora Sdn.

Bhd.; pameran mengenai landskap dan alam sekitar dari Jabatan Landskap Negara (JLN); pameran bergambar dan

kenderaan menyelamat dari JBPM dan pameran serta kuiz keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan

Raya (JKJR). Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 3,000

orang penduduk hadir bagi memeriahkan program ini.

5

3nd_Issue_Make.indd 5

2/9/2010 9:08:41 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

PROJEK HOUSE BUILD

Bagi tahun 2009, Bahagian Korporat telah memilih

Projek House Build sebagai program utama Sambutan

Hari Habitat Sedunia. Projek ini dipilih kerana ia menepati

objektif sambutan yang ditetapkan oleh UN-HABITAT

iaitu menyedarkan masyarakat mengenai keadaan

petempatan manusia semasa, hak setiap individu untuk

memiliki tempat tinggal yang selesa serta mengingatkan

masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing

terhadap peningkatan kualiti penempatan manusia.

Projek perintis ini melibatkan bantuan membaik pulih

atau membina semula rumah milik keluarga miskin

tegar bandar yang berkeadaan daif dan usang. Kerja

membaikpulih dan membina semula rumah-rumah

tersebut akan dijalankan secara bergotong-royong oleh

sukarelawan di bawah Badan Bukan Kerajaan, Habitat

For Humanity (HFH)(Malaysia). Bahagian Korporat turut

bekerjasama dengan Bahagian Kemiskinan Bandar,

KPKT untuk mengenal pasti rumah-rumah milik keluarga

miskin tegar dalam bandar yang sesuai dipilih bagi

projek ini melalui direktori e-Kasih. Wakil dari Cawangan

Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMD) KPKT

turut menyertai lawatan tapak dan membuat penilaian

kerosakan serta anggaran kos yang terlibat bagi setiap

rumah yang telah dipilih. Projek perintis ini melibatkan

dua buah rumah, masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah;

Kuching, Sarawak dan Kuala Terengganu, Terengganu.

KPKT telah mendapatkan kerjasama penuh daripada

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya

Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

sepanjang pelaksanaan projek ini. Kos siling berjumlah

RM15,000.00 telah ditetapkan bagi kerja membaik pulih

atau membina semula rumah-rumah tersebut. Setiap

rumah mengambil masa tiga atau empat minggu untuk

disiapkan secara gotong-royong dan semua projek

telah berjalan lancar mengikut tempoh yang telah

ditetapkan.

6

3nd_Issue_Make.indd 6

2/9/2010 9:08:43 AM


11 SEPTEMBER 2009

HOUSING REVIVAL INITIATIVE

DI HOTEL PJ HILTON

7 OKTOBER 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA

AIDILFITRI 2009 KPKT

DI DEWAN DRB, PUSAT BANDAR

DAMANSARA, KL

15 OKTOBER 2009

EXECUTIVE TALK SERIES 4/2009

CRIME PREVENTION STRATEGIC

APPROACH OLEH

TAN SRI LEE LAM THYE

DI DEWAN DRB, PUSAT BANDAR

DAMANSARA, K.LUMPUR.

3nd_Issue_Make.indd 7

2/9/2010 9:09:06 AM


24 OKTOBER 2009

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA

PEMILIK RUMAH JALIL SUTERA

DI BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR.

29 OKTOBER 2009

LAWATAN BERSAMA Y.B TIMBALAN MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE

PROJEK PERUMAHAN TAMAN LESTARI PERMAI

DI PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

29 OKTOBER 2009

WACANA BAHASA: “PERANAN BAHASA DALAM

MENCAPAI FALSAFAH GAGASAN 1 MALAYSIA”

SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA

KEBANGSAAN 2009 KPKT

DI AUDITORIUM BAHAGIAN TEKNOLOGI

PENDIDIKAN BUKIT KIARA, K.LUMPUR.

3nd_Issue_Make.indd 8

2/9/2010 9:09:54 AM


17 NOVEMBER 2009

CHANGE MANAGEMENT SEMINAR

(eKL) DAN PENYAMPAIAN

ANUGERAH PENARAFAN 5

BINTANG PENILAIAN WEB/PORTAL

MDeC09 DI HOLIDAY VILLA,

SUBANG.

18 NOVEMBER 2009

SEMINAR

“GREEN TECHNOLOGIES ON WASTE

MANAGEMENT: CURRENT KNOWLEDGE &

PRACTISES”

DI HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR.

19 NOVEMBER 2009

LAWATAN BERSAMA YB MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE

PROJEK PERUMAHAN TAMAN PRIMA HIJAU

DAN TAMAN DANAU SUTERA DI KUNDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

3nd_Issue_Make.indd 9

2/9/2010 9:10:43 AM


24 NOVEMBER 2009

BENGEL PEMAHAMAN AKTA PEMBERI

PINJAM WANG 1951 DAN PENGENALAN

KEPADA PORTAL ELECTRONIC MONEY

LENDER AND PAWNBROKER SYSTEM

(eMAPS) DI MENARA MATRADE,

KUALA LUMPUR.

28 NOVEMBER 2009

LAWATAN DELIGASI DARI UZBEKISTAN

YANG DIKETUAI OLEH

MAYOR OF CAPITAL CITY OF TASHKENT

KE KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

30 NOVEMBER 2009

PERASMIAN KONVENSYEN PIHAK

BERKUASA TEMPATAN DAN

PERSIDANGAN PERWAKILAN

DWITAHUNAN KESATUAN

KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA

PENGUASA-PENGUASA TEMPATAN

SEMENANJUNG MALAYSIA.

3nd_Issue_Make.indd 10

2/9/2010 9:11:38 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Program Habitat Moment

Program Habitat Moment melibatkan

pembacaan perutusan YB Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

oleh pengetua semua sekolah

menengah di seluruh Malaysia

pada 5 Oktober 2009, iaitu pada

sambutan Hari Habitat Sedunia

2009 peringkat global. Perutusan

tersebut mengupas mengenai

tema “Merancang Masa Depan

Bandar Kita” dalam aspek peranan

para pelajar bagi memastikan

kesejahteraan bandar di Malaysia

terjamin pada masa hadapan.

Program ini telah dijalankan dengan

jayanya di seluruh Malaysia dengan

kerjasama Kementerian Pelajaran

Malaysia, semua Jabatan Pelajaran

Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

di setiap negeri. Empat orang

pegawai KPKT telah ditugaskan untuk

memantau pelaksanaan program

tersebut di empat buah sekolah

menengah di sekitar Lembah Kelang

dan seterusnya menyampaikan

plak penghargaan YB Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

kepada pengetua s e k o l a h .

P r o g r a m ini turut membuka

ruang kepada pelajar

untuk memanjangkan

cadangan kepada KPKT

bagi menambahbaik

keadaan bandar masa

kini. Setiap sekolah yang

mengambil bahagian

akan menerima sijil

penghargaan dari

KPKT. Program ini selari

dengan tagline YAB

Perdana Menteri iaitu 1Malaysia -

Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan, di mana Kerajaan

memberi ruang kepada rakyat,

terutamanya generasi muda, untuk

menyuarakan idea dan cadangan

bernas dalam usaha menambahbaik

perancangan masa depan bandar.

11

3nd_Issue_Make.indd 11

2/9/2010 9:11:38 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009

PertandinganFotografi

Pertandingan fotografi bertemakan Planning Our Urban Future atau Merancang Masa Depan Bandar Kita telah

dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) sempena Hari Habitat Sedunia 2009. Pertandingan ini dibuka kepada

semua yang berminat dan tidak terhad kepada golongan profesional. Pertandingan fotografi ini dibuka bermula 20

Julai sehingga 20 Oktober 2009 dan sejumlah 86 penyertaan telah diterima sepanjang tempoh tersebut. Hadiah

kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong

Cho Ha dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009

pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Gambar yang memenangi tempat

ketiga dalam pertandingan ini telah digunakan sebagai muka hadapan Habitat Magazine Edisi Khas.

Habitat Scroll of Honour Award 2009

Habitat Scroll of Honour Award (HSHA) ialah satu

anugerah berprestij yang disampaikan oleh UN-

HABITAT setiap tahun sempena Sambutan Hari Habitat

Sedunia. HSHA diperkenalkan oleh UN-HABITAT pada

tahun 1989 untuk menghargai usaha dan sumbangan

pihak-pihak tertentu dalam membantu masyarakat

yang tidak mempunyai tempat tinggal, meneraju usaha

pemulihan dan pembangunan pasca-bencana/konflik

serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Ia merupakan anugerah yang sangat berprestij dan

diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

bagi sektor petempatan manusia. Pencalonon HSHA

telah dibuka bermula 1 April 2009 dan tamat pada

bulan Ogos 2009. KPKT telah berjaya mengumpulkan

empat pencalonan bagi HSHA bagi tahun 2009 iaitu

Land Readjustment: A New Approach of Development in

Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD) Semenanjung Malaysia, Sebulung River Settlement

Revival Programme oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru,

MyLexics : Assistive Multimedia Courseware for Dyslexic

Children oleh Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan

A Healthy School Programme oleh Dewan Bandaraya

Kuching Utara. Walaupun tiada pencalonan dari

Malaysia terpilih bagi anugerah tersebut untuk tahun

2009, namun pencalonan yang telah dihantar ke Nairobi,

Kenya telah berjaya mengetengahkan usaha Malaysia

ke arah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan

petempatan manusia.

12

3nd_Issue_Make.indd 12

2/9/2010 9:11:46 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA

United Nations Human Settlements Programme (UN-

HABITAT) adalah satu badan di bawah Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di

Nairobi, Kenya sejak tahun 1978. Ia bertanggungjawab

menggubal dan melaksanakan program peningkatan

kualiti petempatan manusia ke arah lebih sihat, selamat

dan mampan. UN-HABITAT juga merupakan think tank

PBB dalam memperhalusi kajian dan analisis teknikal

bagi membantu negara anggota dalam memperbaiki

persekitaran petempatan manusia di negara masingmasing.

petempatan manusia semasa dan hak setiap individu

untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Ia juga

bertujuan untuk mengingatkan masyarakat dunia

mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap

masa depan penempatan manusia. Hari Habitat Sedunia

disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada

setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan Hari Habitat

Sedunia jatuh pada 5 Oktober 2009 (Isnin). Tema yang

telah dipilih oleh UN-HABITAT bagi tahun ini ialah

Planning Our Urban Future atau Merancang Masa Depan

Bandar Kita.

Pada tahun 1995, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan

Perdana Menteri telah melantik KPKT sebagai National

Focal Point untuk menyelaras semua aktiviti UN-HABITAT

di Malaysia. Ini termasuk menghadiri mesyuarat berkala,

persidangan dan menyelaraskan sambutan Hari Habitat

Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun. Unit Hal

Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat, KPKT ialah

urus setia bagi sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat

kebangsaan.

Hari Habitat Sedunia diraikan untuk meningkatkan

kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan

Pelbagai program telah diaturkan sempena Sambutan

Hari Habitat Sedunia 2009 iaitu Projek House Build,

Program Habitat Moment, Bengkel Pengurusan Aset

Pihak Berkuasa Tempatan, Program Komuniti Harmoni,

Pertandingan Fotografi, Pelancaran Habitat Magazine

Edisi Khas dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat

Sedunia 2009 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia

2009. Semua aktiviti dan program telah berjalan dengan

lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Laporan mengenai semua aktiviti dan program ini telah

dihantar kepada UN-HABITAT serta Pejabat Perwakilan

Malaysia di Nairobi, Kenya.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING,

HOSPITAL KUALA LUMPUR.

Oleh : Biro Penerangan dan Perhubungan, AKRAB, KPKT

Pada 14 Disember 2009, ahli-ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPKT dan tiga pegawai Psikologi

telah mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar ke Unit Psikologi Kaunseling (UPsK), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan menambahkan kemahiran ahli AKRAB dalam aplikasi ilmu

psikologi dan kaunseling di organisasi masing-masing. Ahli rombongan diberi taklimat mengenai perkembangan

perkhidmatan psikologi kaunseling oleh Tuan Haji Alias bin Ahmad, Ketua Unit Psikologi Kaunseling, HKL.

Perkhidmatan kaunseling di HKL yang ditubuhkan pada 14 Mei 2001 di bawah UPsK ini menawarkan perkhidmatan

kaunseling kepada semua warga pesakit dan kakitangan HKL bagi membantu pesakit dan warga kerja membangun

diri dan menuju kehidupan yang lebih positif. Klien boleh menerima perkhidmatan secara percuma melalui rujukan

doktor perubatan dan ketua jabatan masing-masing. Aktiviti diakhiri dengan sesi lawatan sekitar UPsK HKL serta

simulasi play therapy yang turut digunakan unit tersebut.

13

3nd_Issue_Make.indd 13

2/9/2010 9:11:56 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Sambutan Hari Inovasi 2009

Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT

2009 yang bertemakan ”Inovasi

dan Kreativiti Teras Perkhidmatan

Berkualiti” telah diadakan pada 10

Disember 2009 di Dewan DRB, Pusat

Bandar Damansara. Sambutan ini

yang dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri

Kong Cho Ha, Menteri Perumahan

dan Kerajaan Tempatan turut dihadiri

oleh pihak pengurusan KPKT dan

lebih 400 warga KPKT. Pada Majlis

ini, Y.B Menteri menyeru warga KPKT

supaya dapat bekerja bersungguhsungguh

dengan menggunakan

pendekatan yang lebih inovatif

dan kreatif dalam memberikan

perkhidmatan terbaik kepada

pelanggan.

Pelan Strategik 2008 – 2020 KPKT

turut dilancarkan oleh Y.B. Menteri

pada Majlis Sambutan Hari Inovasi

ini. Pelan Strategik ini merupakan

asas dan rujukan utama dalam

menentukan perancangan dan

pelaksanaan strategi, program dan

aktiviti KPKT dalam tempoh masa

yang telah digariskan.

Sempena sambutan ini juga,

Y.B. Menteri berbesar hati

menyampaikan tiga Anugerah yang

telah dipertandingkan sempena Hari

Inovasi ini iaitu Anugerah Khas Kualiti

Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (AKKMPKT), Anugerah

Inovasi Ketua Setiausaha KPKT

(AI-KSU) dan Anugerah Kumpulan

Inovatif dan Kreatif Terbaik (KIK).

Penerima AKKMPKT bagi Kategori

Organisasi iaitu Jabatan Kerajaan

Tempatan dan Kategori Kumpulan/

Individu iaitu Kumpulan Infiniti

daripada Jabatan Bomba dan

Penyelamat Negeri Johor masingmasing

telah menerima hadiah

wang tunai RM2,500, Plak dan Sijil

Penghargaan.

Penerima AI-KSU bagi Kategori

Pengurusan iaitu Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (PPSPPA) dan

Kategori Teknikal iaitu Kumpulan

Runway dari Jabatan Bomba dan

Penyelamat Negeri Selangor

telah membawa pulang wang

tunai RM2,000, Plak dan Sijil

Penghargaan. Bagi Anugerah KIK

Terbaik pula, Intelligent Innovation

Team dari PPSPPA telah dinobatkan

sebagai pemenang bagi Kategori

Pengurusan, manakala Kumpulan

Progresif dan Dedikasi dari Balai

Bomba dan Penyelamat Port Dickson,

Negeri Sembilan memenangi

Anugerah ini bagi Kategori

Teknikal. Kedua-dua pemenang

telah menerima hadiah wang tunai

RM2,000, plak dan sijil penghargaan.

Pada Majlis ini juga, Y.B. Menteri telah

menyampaikan Sijil Penghargaan

dan Plak kepada sepuluh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) yang

telah berjaya meningkatkan prestasi

mereka pada tahun 2008 melalui

penggredan semula Sistem Star

Rating PBT (SSR-PBT) oleh Bahagian

Inspektorat, KPKT yang telah

diadakan dari 3 hingga 11 November

2009. Sepuluh PBT tersebut ialah

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

Majlis Perbandaran Kajang, Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah,

Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis

Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah

Ketereh, Majlis Daerah Baling, Majlis

Daerah Rembau, Majlis Daerah

Jelebu dan Majlis Daerah Pontian.

Penghargaan ini telah disampaikan

oleh Y.B. Menteri kepada Datuk

Bandar dan Yang Dipertua-Yang

Dipertua PBT terlibat.

14

3nd_Issue_Make.indd 14

2/9/2010 9:11:57 AM


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

Konvensyen Mini Kumpulan

Inovatif dan Kreatif (KIK)

2009

Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

KPKT 2009 yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Yeo

Heng Hau, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan

Pembangunan, KPKT telah diadakan pada 13 November

2009. Konvensyen Mini ini turut dihadiri oleh pihak

pengurusan dan 150 warga KPKT. Ia merupakan salah

satu aktiviti yang dilaksanakan sempena Hari Inovasi

KPKT 2009.

Objektif Konvensyen Mini ini diadakan adalah bagi

menggalakkan Jabatan dan Bahagian di KPKT untuk

menubuhkan KIK (dahulu dikenali sebagai Kumpulan

Meningkat Mutu Kerja) yang bertujuan menangani

masalah-masalah yang timbul di tempat kerja

secara berpasukan. Ia adalah inisiatif Kerajaan dalam

memurnikan usaha-usaha meningkatkan kualiti dalam

penyampaian perkhidmatan selaras dengan Gerakan

Budaya Cemerlang.

Sebanyak tiga kumpulan telah mengambil bahagian

dalam Konvensyen Mini kali ini iaitu:-

Intelligent Innovation Team dari Perbadanan Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA),

Kumpulan Evolusi dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang

dan Pemegang Pajak Gadai dan kumpulan Progresif dan

Dedikasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson,

Negeri Sembilan.

Kumpulan-kumpulan dinilai berdasarkan kriteria

pemilihan masalah, penjelasan masalah, penggunaan

teknik-teknik penyelesaian masalah, tindakan

pembetulan dan pelaksanaan, pencapaian hasil projek,

tindakan penyeragaman, penilaian kumpulan, dan

persembahan projek. Penilaian KIK ini diketuai oleh

Encik Syed Azhar Syed Kamaruddin dari Perbadanan

Produktiviti Malaysia (MPC), dan dianggotai oleh Puan

Nor Inchun Haji Mohd. Salleh, Setiausaha Bahagian

Kewangan dan Perolehan KPKT, Puan Adibah Haji

Othman, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KPKT

dan Encik Ali Azhar Ismail, Ketua Penolong Setiausaha

Bahagian Korporat.

15

3nd_Issue_Make.indd 15

2/9/2010 9:12:04 AM


PELANCARAN

LOGO 1KPKT

KEHIDUPAN BERKUALITI

Majlis pelancaran Logo 1KPKT telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan pada 7 November 2009 bertempat Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong. Turut

hadir Y.Bhg Dato’ Ahmad bin Haji Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg

Datuk Yeo Heng Hau, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) dan Y.Bhg Datin Noriah binti Hashim,

Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan). Majlis juga dimeriahkan dengan akitiviti senam robik, sukaneka dan

pameran.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Aras 1 - 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur

ISSN 1394-0538

No. Telefon : 03-2094 7033

No. Faks : 03-2094 9720

Website

: www.kpkt.gov.my

9771394053002

3nd_Issue_Make.indd 16

2/9/2010 9:12:15 AM

More magazines by this user
Similar magazines