1 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

islam.gov.my

1 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Dari Meja Editor

Sidang Redaksi

PENAUNG

Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz

Ketua Pengarah JAKIM

Bicara Tentang

1

PENASIHAT

Mohd Noor bin Abd Hamid

KETUA PENGARANG

Mohamad Saari

PENGARANG

Hafizah Abdul Shukor

SIDANG PENGARANG

Marzulina Omar

Majidah Mat Jusoh

Mohd Yusof Sham

PEMBANTU PENGARANG

Rosiniah Mohd Noor

REKABENTUK GRAFIK

OMR PRESS SDN. BHD.

PENGEDAR

Unit Edaran Terbitan Percuma JAKIM,

Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia, Aras 1, Blok D9, Pusat

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519

Putrajaya.

Majalah CAHAYA diterbitkan mulai Ogos

1989/Muharram 1410 oleh Jabatan

Kemajuan Islan Malaysia (JAKIM). CAHAYA

dikhususkan untuk remaja mulai tahun 1996.

Hak Cipta Terpelihara. Sidang pengarang

berhak melakukan perubahan ke atas

karya yang dikirim selagi tidak mengubah

isi kandungannya. Karya yang telah

disiarkan boleh diterbitkan semula dengan

syarat mendapat keizinan daripada Ketua

Pengarah JAKIM. Segala sumbangan yang

dikirim sama ada disiarkan atau tidak, tidak

akan dikembalikan. Sidang pengarang juga

tidak bertanggungjawab atas kehilangan

tulisan atau karya yang dirim melaui pos.

Segala surat menyurat dan pengirim karya

hendaklah dialamatkan kepada :

Pengarang Majalah Cahaya,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Aras 4, blok D9, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62519 Putrajaya.

tel : 03-8886 4000

Faks : 03-8889 2046

Internet : http://www.islam.gov.my

Email: cahaya@islam.gov.my

Membicarakan Cinta merupakan

suatu yang menguja kepada setiap

insan apatah lagi kepada mereka yang

bergelar remaja belasan tahun. Cinta

adalah sebahagian daripada fitrah

insan dan suatu kurniaan Allah. Prinsip

cinta diajar melalui kisah percintaan

suci antara Adam dan Hawa yang

dirakam di dalam Al-Quran. Termakan

pujukan iblis mengakibatkan mereka

dihantar ke dunia dalam keadaan

terpisah. Akhirnya setelah puluhan

tahun Allah SWT menerima taubat nabi-

Nya dan mempertemukan semula dua

kekasih ini. Kisah cinta ini membuktikan

bahawa cinta adalah suatu yang

penting dalam hidup manusia.

Sebagai manusia kita merasai

pelbagai jenis cinta sesama manusia

termasuk cinta kepada rasul, cinta

kepada ibu bapa, cinta kepada adikberadik,

cinta kepada sahabat dan

cinta antara lelaki dengan wanita.

Oleh itu carilah dan milikilah cinta yang

kita dambakan kerana ia merupakan

rahsia cinta Allah.

Bagaimana pula dengan cinta

berlawanan jantina atau antara lelaki

dan wanita Memilih untuk memiliki

cinta ini bukan suatu yang salah

tetapi cara bagaimana para remaja

dapat mengurusnya. Cinta berlainan

jantina ada 3 jenis. Pertama; Cinta

yang mendekatkan diri kepada Allah.

Kedua ; Cinta yang mendatangkan

kemurkaan Allah. Ketiga; Cinta

yang harus iaitu cinta yang tidak

disengajakan dan tidak sampai

membawa maksiat kepada Allah.

Oleh itu, berfikirlah sebelum

memilih untuk memiliki cinta lelaki pada

usia remaja. Binalah cinta berasaskan

panduan syariat bagi memelihara

kemuliaan diri sebagai wanita dan

menyelamatkan kehormatan sebagai

lelaki yang bakal menjadi pemimpin

CINTA

keluarga. Sabda Rasulullah SAW

yang bermaksud : “Tidak ada yang

lebih patut bagi dua orang yang

saling mencintai kecuali nikah.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Justeru bersempena tahun

baru ini baharuilah azam dan

kuatkan semangat para remaja.

Janganlah menjadikan cinta

kepada lelaki sebagai dambaan

utama sebelum sampai masanya.

Perjalanan remaja masih jauh dan

berliku. Isi dan penuhilah hati dengan

cinta lain yang lebih bermakna

dan memberi semangat untuk

para remaja menempuh liku-liku

kehidupan. Jangan kotorkan istilah

cinta dengan cinta ‘monyet’ yang

tidak keruan atau memperalatkan

cinta untuk memuaskan hawa nafsu.

Insya-Allah apabila sampai masanya

cinta yang didambakan akan

hadir apabila para remaja telah

lebih bersedia memikul tanggung

jawab cinta Adam dan Hawa iaitu

menyambung zuriat keturunan

khalifah Allah di muka bumi ini.

Cahaya Februari kali ini

membicarakan tentang cinta dan

juga isu-isu lain agar remaja Islam

mendapat sedikit garis panduan

mengenainya terutama dalam

menangani budaya perayaan Hari

Kekasih yang semakin menular di

kalangan masyarakat. Redaksi

Cahaya mengharapkan agar

remaja Islam tidak terpengaruh

dengan budaya ini kerana amat

bercanggah dengan Islam. Selamat

Menyambut Tahun Baru 1430 H. ~

EDITOR


Personaliti Remaja

3

Oleh : Panel Penulis Jakim

Solat Menghalang

Perbuatan

MUNGKAR!!

Solat sebenarnya mampu

mencegah pelakunya daripada

melakukan perbuatan keji dan

mungkar. Firman Allah SWT yang

bermaksud : “Dan dirikanlah

sembahyang (dengan tekun),

sesungguhnya sembahyang itu

mencegah daripada perbuatan keji

dan mungkar.” (al-Ankabut:45)

Apabila

seseorang

melakukan solat maka ia akan

memenuhi masanya dengan perkara

yang berfaedah dan masa yang

digunakan inilah telah mengalihkan

perhatiannya daripada melakukan

maksiat dan perkara yang merugikan

di samping tidak membuang masa

kerana setiap masa itu manusia

berada di dalam kerugian melainkan

golongan yang telah dikecualikan

oleh Allah.

Firman Allah SWT yang

bermaksud : “Demi masa!

Sesungguhnya manusia

itu dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang

beriman dan beramal

soleh, dan mereka pula

berpesan-pesan dengan

kebenaran serta berpesan

dengan kesabaran.”

(Al-Asr:1-3)

Firman Allah SWT lagi

yang maksudnya: “Dan

dirikanlah sembahyang

(wahai Muhammad

engkau dan umat-mu)

pada dua bahagian siang

(pagi dan petang) dan pada ketikaketika

yang berhampiran dengannya

dari waktu malam. Sesungguhnya

amal kebajikan (terutama

sembahyang) itu menghapuskan

kejahatan. Perintah-perintah Allah

yang demikian adakah ingatan bagi

orang-orang yang mahu beringat.”

(Al-Hud:114)

Kecenderungan untuk

melakukan maksiat terhindar dengan

solat kerana dalam solat yang terpuji

terdapat satu peringkat yang dapat

menimbulkan rasa tawajuh manusia

terhadap tuhannya iaitu martabat

ihsan. Jibrail bertanya nabi SAW

apakah ihsan Sabda baginda:

“…ihsan ialah kamu beribadat

seolah-olah melihat Allah jika tidak,

ketahuilah bahawa Allah melihat

kamu.” Solat amat penting untuk

kehidupan manusia yang memberi

manfaat untuk kehidupan di dunia

dan di akhirat.

Rasa kepentingannya

didapati sehinggakan apabila

seorang Muslim meninggalkannya

ia berada hampir-hampir dengan

kekufuran begitu juga ia dikira

meruntuhkan agama. Maksud hadis

daripada Jabir: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya antara seseorang

dengan syirik dan kekufuran ialah

meninggalkan sembahyang.”

(Riwayat Muslim)

Solat akan membezakan

antara amalan orang Islam dan

orang kafir dari segi cara ibadat dan

tingkah laku. Banyak keistimewaan

yang didapati melalui solat.

Antaranya solat dapat membentuk

ketenangan jiwa. Rasa resah dan

gelisah dalam diri dapat dielakkan

apabila solat ditunaikan kerana

wujudnya hubungan antara

hamba dan pemberi ketenangan

iaitu Allah SWT. Ini dikuatkan oleh

firman Allah SWT di dalam al-Quran

yang bermaksud: “Sesungguhnya

manusia itu dijadikan bertabiat

resah gelisah (lagi bakhil kedekut).

Apabila ia ditimpa kesusahan, ia

sangat resah gelisah. Dan apabila

ia beroleh kesenangan ia sangat

bakhil, kedekut. Kecuali orang-orang

yang mengerjakan sembahyang itu

mereka yang tetap mengerjakan

sembahyang.” (Al-Maarij:19-23)


4 Fokus

Oleh: Nor Hashimah Embong

Kehebatan CINTA

CINTA merupakan ungkapan

yang sering kali meniti di bibir

terutamanya di kalangan remaja.

Dari mana datangnya cinta, dari

mata, turun ke hati. Cinta datang

tanpa diduga. Bagi yang mabuk

dilanda cinta, bakawali yang pahit

pun terasa gula kerana keseronokan

dibuai perasaan, apatah lagi jika

cinta pandang pertama. Sehebat

itukah cinta

Alangkah indahnya jika

cinta tersebut berakhir ke jinjang

pelamin. Tetapi bagaimana pula

sekiranya ditakdirkan terputus di

tengah jalan Bagi yang beriman

segala-galanya dihadapi dengan

tenang dan menganggapnya

dugaan daripada Ilahi. Namun

bagi yang terlalu mengikut mainan

perasaan, ada yang sanggup

melakukan apa sahaja demi cinta.

Hinggakan ada yang sanggup

membunuh diri dan ada pula yang

tergamak berbunuhan apabila api

cemburu menguasai diri.

Detik 14 Februari setiap

tahun, sering kali menjadi ingatan

dan disambut oleh pasangan

yang bercinta. Bagi segelintir

golongan, tarikh tersebut lebih

mudah diingati berbanding harihari

kebesaran Islam. Huluran kad,

jambangan bunga, bertukar-tukar

hadiah dan sebagainya menjadi

agenda utama pada hari tersebut.

Luahan perasaan sebagai tanda

semarak kasih sehinggakan ada

yang melanggar batasan agama.

Namun sedarkah kita sambutan hari

valentine yang diadakan saban

tahun bukanlah budaya Islam

sebaliknya merupakan suntikan

halus musuh-musuh Islam yang

melanda muda-mudi Islam kini.

Sambutan tersebut adalah sebagai

tanda mengingati kematian

seorang paderi bernama Saint

Valentine. Sambutan Hari Valentine

juga dikatakan bersamaan hari

keruntuhan kerajaan agung

Islam Andalusia di Sepanyol iaitu

pada 14 Februari 1492. Masih

sanggupkah kita menyambutnya

walaupun setelah diketahui sejarah

bermulanya sambutan valentine

tersebut Bukankah kita menzalimi

diri sendiri dan mencalarkan

maruah Islam

Ajaran Islam menekankan

konsep cinta dan kasih sayang

tanpa menentukan pada hari-hari

tertentu, bahkan sentiasa dituntut

supaya mengamalkan kasih sayang

dalam kehidupan. Selagi jantung

berdenyut, selagi itulah ikatan

cinta sesama insan tidak terputus.

Cinta terhadap Allah, Rasul, ibu

bapa dan seumpamanya perlu

dipraktikkan dalam kehidupan

bukan sekadar bagi pasangan

yang sedang dilanda cinta sahaja.

Cinta seharusnya menjadikan

seseorang itu hebat dan bukannya

lemah! Kehebatan cinta dapat

dibina antaranya menerusi:

i) Cinta Terhadap Allah SWT

Cinta terhadap Allah SWT

mengatasi segala-galanya. Tidak

ada ruginya mencintai Allah SWT

kerana kita sudah pasti akan

dicintai dan mendapat ganjaran

pahala di sisi-Nya. Mencintai

Allah menjadikan seseorang itu

sentiasa mengingati Allah dengan

melakukan perkara yang disuruh

dan meninggalkan perkara yang

dilarang. Sebagai seorang remaja

yang masih di alam persekolahan

pembersihan jiwa sebegini akan

memudahkan daya ingatan untuk

mengingati pelajaran terutamanya

yang melibatkan hafalan al-Quran,

hadis dan sebagainya. Secara

langsung melahirkan pelajar

yang hebat dari sudut akhlak,

pelajaran dan sebagainya dengan

berpaksikan kecintaan terhadap

Allah SWT.

ii) Mencintai Rasulullullah

SAW

Cintai Rasulullah SAW

dengan menjadikan baginda

uswah hasanah dalam kehidupan.

Rasulullah

Ajaran Islam

menekankan

konsep cinta

dan kasih

sayang tanpa

menentukan

pada hari-hari

tertentu”


Fokus

5

merupakan contoh ikutan terbaik

dalam seluruh aspek kehidupan.

Sepanjang kehidupannya,

Rasulullah merupakan anak,

suami, bapa dan datuk yang

cemerlang. Mencintai Rasulullah

SAW menjadikan seseorang itu

hebat dalam segenap kehidupan

terutamanya dari segi keunggulan

akhlak. Ini dinyatakan dengan jelas

menerusi firman Allah SWT yang

bermaksud: “ Demi sesungguhnya,

adalah bagi kamu pada diri

Rasulullah itu contoh ikutan yang

baik, iaitu bagi orang yang sentiasa

mengharapkan (keredhaan) Allah

dan (balasan baik) hari akhirat, serta

ia pula menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam masa

susah dan senang).” (al-Ahzab:

21)

iii) Cintai Ibu bapa

Ibu bapa merupakan insan

yang patut dicintai sepanjang

hayat. Bermula daripada keduaduanya

kita dilahirkan ke dunia ini.

Janganlah disebabkan kecintaan

kita terhadap pasangan sama ada

sebelum atau selepas berkahwin,

menyebabkan berkurangnya kasih

sayang kita terhadap orang tua

tercinta. Imam Ghazali telah menggariskan

13 panduan berbuat baik

terhadap ibu bapa iaitu:

Mendengar kata-kata/nasihat

mereka

Berdiri apabila mereka berdiri

kerana menghormati

Taat perintah mereka selagi

tidak disuruh melakukan

perkara-perkara yang dilarang

oleh Allah SWT

Tidak melintas di hadapan

mereka, tetapi hendaklah

berjalan di sisi atau di belakang

kecuali atas perintah mereka

untuk maksud tertentu

Tidak meninggikan suara

melebihi suara mereka

Menjawab panggilan mereka

dengan suara yang lembut

Sentiasa memelihara dan

merawat apabila mereka sakit.

Jangan sampai melakukan

sesuatu yang melanggar

keredhaan mereka baik

dalam sikap, perkataan

ataupun perbuatan

Merendah diri dengan

sopan dan lemah lembut

serta sentiasa berusaha

meringankan beban mereka

Tidak melakukan sesuatu

kebaikan kepada mereka

berdasarkan membalas

jasa melainkan berasaskan

kewajipan demi keredhaan

mereka dan Allah SWT.

Tidak

memandang

mereka dengan menjeling,

mengerling, marah atau

masam muka

Tidak bermuram hati/

berdukacita apabila

menghadapi wajah mereka.

Tidak keluar rumah sama

ada jauh atau dekat kecuali

dengan izin mereka

Memupuk kasih sayang dan

toleransi dalam keluarga.

iv) Cinta terhadap Pasangan

Bagi pasangan suami isteri,

semarakkan perasaan cinta bagi

memantapkan dan menyuburkan

ikatan perkahwinan ke arah melahirkan

keluarga yang bahagia. Kehebatan

cinta yang dibina menjadi

daya motivasi menghasilkan produktiviti

kerja yang lebih berkesan.

Bagi pasangan bercinta yang

belum berkahwin jadikanlah ikatan

kasih sayang tersebut motivasi bagi

mencapai kejayaan yang lebih ce-

“Ibu bapa

merupakan insan

yang patut

dicintai sepanjang

hayat. Bermula

daripada keduaduanya

kita

dilahirkan ke dunia

ini.

‘‘

merlang dalam kehidupan. Perasaan

cinta tersebut perlulah selari dengan

kehendak Islam dan pastikan tidak

melanggar batas-batas agama. Tidak

salah bercinta namun elakkan

bercinta di usia yang terlalu muda

(ketika alam persekolahan). Bercinta

ketika di alam persekolahan lebih

banyak mengundang kekecewaan,

penderitaan dan ada kalanya menjejaskan

masa depan pelajar. Nafsu

muda ada kalanya lebih banyak godaan

dan ada kalanya kecundang

ke arah kemaksiatan. Hayatilah firman

Allah SWT yang bermaksud:

“ Dan janganlah kamu menghampiri

zina, sesungguhnya zina itu adalah

satu perbuatan yang keji dan satu

jalan yang buruk (yang membawa

kerosakan).” (al-Isra’:32)

Bercintalah di saat diri benar-benar

bersedia untuk berkahwin setelah

memiliki kerjaya yang mantap,

berkemampuan dari segi mental

dan fizikal, bukannya sekadar cinta

mainan. Binalah cinta yang hebat,

sudah pasti bahagia di dunia dan

akhirat. Itulah yang dikatakan kehebatan

cinta!


6 Sekilas Fokus

Oleh : Mohd Hariri Haji Mohamad Daud

Sambutan Hari Kekasih

SALAH

Di Sisi Islam

Tarikh 14 Februari setiap tahun

menjadi tarikh yang ditunggutunggu

oleh pasangan bercinta

sebagai hari untuk memperingati

dan meluahkan cinta sejati kononya

kepada pasangan masing-masing.

Amalan songsang seperti ini sudah

menjadi taqwim tahunan remaja

dan semestinya penganut agama

Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia

diseru agar tidak terpengaruh

dan meraikan sambutan Hari Kekasih

(Valentine Day) yang disambut pada

14 Februari ini. Sudah jelas bahawa

sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi

agama Islam dan bercanggah dengan

akidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan

sambutan Hari Kekasih amat bercanggah

dengan syarak kerana

ianya mempunyai unsur kepercayaan

agama Kristian dan menjurus kepada

kebobrokan akhlak. Selain itu,

sambutan yang tidak berfaedah ini

dirai dengan penuh adegan maksiat

seperti berdua-duaan, berpeleseran

hatta membawa kepada perbuatan

seks bebas. Hari yang dianggap “hari

berbulan madu” bagi remaja sehingga

mereka sanggup menggadaikan

maruah demi membuktikan cinta

mereka kepada kekasih masing-masing.

Sesungguhnya budaya meniru

budaya barat yang terpesong dan

mencampurkan perkara akidah

mengikut kepercayaan agama lain

adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak

boleh mencampur adukkan akidah

dan peribadatan agama Islam

dengan akidah dan peribadatan

agama lain. Ini berdasarkan firman

Allah SWT yang bermaksud

“Katakanlah

(wahai Muhammad):

Hai orang kafir. Aku

tidak akan menyembah

apa yang kamu

sembah dan kamu

tidak mahu menyembah

(Allah) apa yang

aku sembah. Dan aku

tidak akan beribadat

secara kamu beribadat

dan kamu pula

tidak mahu beribadat

secara aku beribadat.

Bagi kamu agama

kamu, dan bagi aku

agamaku.” (al-Kafirun : 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas

telah melarang kita daripada meniru

budaya Yahudi dan Nasrani dalam

hadis yang bermaksud : Daripada

Abu Said al-Qadri RA berkata Nabi

SAW bersabda , “Nescaya kamu

akan turut jejak langkah mereka (Yahudi

dan Nasrani ) sejengkal demi

sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga

kamu akan turuti mereka

walaupun mereka masuk ke dalam

lubang biawak. Lantaran sahabat

bertanya: Adakah mereka itu Yahudi

dan Nasrani Baginda menjawab:

Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Riwayat

Bukhari dan Muslim)

Keputusan Jawatankuasa

Fatwa Negeri Selangor telah

menyatakan melalui Mesyuarat

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006

telah memutuskan bahawa, “Amalan

merayakan Valentine’s Day tidak

pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai

unsur-unsur Kristian dan amalannya

yang bercampur dengan perbuatan

maksiat adalah bercanggah dan dilarang

oleh Islam.”

Para mufti di Malaysia juga

telah bersepakat untuk memutuskan

bahawa amalan meraikan Hari

Kekasih tidak digalakkan oleh agama

Islam seperti yang dibincangkan

dalam Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-

71 yang bersidang pada 22 hingga

24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine,

jelas ianya dapat disabitkan dengan

budaya Kristian yang menyatakan

Valentine’s Day bermula daripada

kematian tragis seorang Paderi yang

bernama St.Valentine yang dibunuh


Sekilas Fokus

7

oleh seorang Raja Romawi yang

bernama Raja Claudius pada II (268-

270M ).

Bermula daripada kisah

ini mereka telah mengabdikan

St.Valentine sebagai seorang tokoh

yang hebat dalam mempertahankan

cinta dan dianggap sebagai simbol

ketabahan, keberanian dan kepasrahan

dalam menghadapi cubaan

hidup, maka 14 Februari dijadikan

sebagai hari perlambangan dalam

memperingati kematian St.Valentine

dan dianggap sebagai upacara keagamaan

masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh

umat Islam khususnya remaja-remaja

Islam agar tidak meraikan sambutan

Hari Kekasih dan menghindari perkaraperkara

yang boleh membawa kepada

sikap untuk meraikannya. Berikut

adalah sikap-sikap yang perlu

dihindari oleh remaja Islam pada Hari

Kekasih :

1

2

3

Sikap untuk keluar berfoyafoya

sesama kekasih dan

mengadakan majlis untuk

menyambut hari tersebut

dengan mengadakan parti

atau majlis seumpanmanya.

Menghantar kad-kad

ucapan yang tertera katakata

Valentine Day dan pada

kad-kad tersebut terdapat

gambar pari-pari yang

mempunyai dua sayap yang

menjadi simbol kepercayaan

agama Kristian.

Menulis ucapan katakata

cinta di dalam kad

yang diutuskan dengan

menyatakan keinginan cinta

kepada kekasih kerana ianya

juga sikap mempamerkan

rasa gembira dan percaya

akan hari tersebut.

4

5

Di kebanyakan negaranegara

Barat, parti-parti

diadakan sempena hari

tersebut disambut dengan

pesta seks dan tari-menari.

Kebanyakan mereka

menghantar hadiah-hadiah

seperti bunga ros dan

sekotak coklat kepada isteri,

kawan-kawan dan sesiapa

yang mereka cintai.

Menghantar pesanan ringkas

(SMS) kepada kekasih untuk

meluahkan rasa sayang

bersempena dengan Hari

Memperingati Kekasih

(Valentine Day) sebagai

tanda percaya akan

“keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir peniaga

dan pengusaha hotel sanggup

menaja majlis sambutan Hari Kekasih

dan menjual barang-barang c e n -

d e r a h a t i untuk mempengaruhi

remaja memperingati hari tersebut

sehingga mengheret ke lembah

maksiat. Ironinya, remaja menganggap

sambutan ini sebagai simbol kecintaan

dan kasih sayang yang tidak

berbelah bagi kepada pasangan.

Islam melarang umatnya berlebihlebihan

dalam bercinta sehinggakan

sanggup menyerahkan maruah kepada

pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan

ini juga bercanggah dengan syarak

kerana ianya juga menyumbang

berlakunya perkara maksiat dan

zina. Firman-Nya: “Dan janganlah

kamu menghampiri zina, sesungguhnya

zina itu adalah satu perbuatan

yang keji dan satu jalan yang membawa

kepada kerosakkan.”

(al-Isra’ : 32)

Ibu bapa juga perlu memainkan

peranan penting untuk mengawasi

anak-anak mereka agar tidak

meraikan hari tersebut dan melakukan

perkara-perkara yang tidak

mendatangkan manfaat. Selain itu,

pihak pentadbiran sekolah dan institusi

pengajian tinggi juga agar lebih

proaktif untuk memastikan tidak wujud

program sambutan kepada hari

tersebut serta aktiviti bertukar-tukar

bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam

memberi garis panduan yang jelas

dan membenarkan hubungan kasih

sayang sesama manusia dalam

kerangka syariat. Hubungan kasih

sayang kepada ibu bapa, sahabat

dan sesama masyarakat boleh dilakukan

setiap hari dan 7 golongan

manusia yang akan mendapat

lindungan Arasy ialah salah satunya

mereka yang berkasih sayang (

bertemu dan berpisah ) kerana Allah.

Firman Allah : “Wahai kaumku!

Sesungguhnya kehidupan dunia ini

hanyalah kesenangan (untuk sementara

waktu sahaja) dan sesungguhnya

hari akhirat itulah sahaja negeri

yang kekal.” (al-Ghaafir: 39)

“Ironinya, remaja

menganggap sambutan

ini sebagai

simbol

kecintaan dan kasih

sayang yang tidak

berbelah bagi kepada

pasangan.”


8

Oleh : Dr. Aminudin Mansor

Kalangan remaja pada masa kini

selalu menganggap, masa remaja

adalah masa terbaik dipenuhi dengan

cinta antara lelaki dan wanita.

Peningkatan gejala sosial terutama

dalam kalangan remaja juga ada

yang membabitkan rasa cinta yang

disulami dengan nafsu semata-mata.

Hal ini kerana penglibatan dalam

gejala sosial turut membabitkan rasa

cinta yang tidak dikawal seperti lari

dari rumah, bersekedudukan, sumbang

mahram, kes jenayah rogol,

berkhalwat, pengguguran secara

haram, pembuangan bayi dan

sebagainya.

Salah satu punca ramai

remaja terlibat dalam gejala sosial

yang membabitkan cinta adalah

kurangnya ilmu dan keimanan tentang

makna cinta yang sebenarnya.

Ini menyebabkan seseorang itu terlibat

dengan pergaulan bebas dan

mengikut rasa cinta di hatinya.

Rasa cinta adalah salah satu

Fokus

Cinta Jangan

Membawa

BENCANA!!

gejolak emosi yang penting dalam

kehidupan manusia. Di samping

sebagai faktor utama dalam pembentukan

keluarga, rasa cinta juga

merupakan isyarat atau tanda mempererat

hubungan dalam keluarga.

Selain itu, rasa cinta mempunyai peranan

yang tidak dapat diabaikan

dalam pembentukan keperibadian

diri.

Pesanan Rasulullah SAW ini

boleh dijadikan panduan dalam bercinta.

Daripada Abu Hamzah Anas

bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah

SAW berkata : “ Tidak beriman

seseorang di antara kamu hingga ia

mencintai saudaranya sebagaimana

mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat

Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, Rasulullah SAW

juga bersabda daripada Abu Thar

Jundub bin Junadah dan Abdurrahman

Muaz bin Jabal RA menerangkan

Rasulullah SAW bersabda :

“ Bertakwalah kepada Allah di mana

pun kamu berada. Dan ikutilah kejahatan

dengan kebaikan, nescaya

kebaikan itu akan menghapusnya.

Dan pergaulilah manusia dengan

akhlak terpuji.” (Riwayat Tirmidzi)

Terdapat banyak kes cinta

terlarang yang tidak direstui oleh

keluarga sehingga ada kalangan

remaja sanggup mengikut kekasih

hingga ke negara lain. Akibat cinta

yang tidak memikirkan masa depan

menyebabkan hidup sengsara, anak

yang dilahirkan terbiar serta terpisah

daripada keluarga tersayang.

Setiap hari ada sahaja

paparan di akhbar tentang derita

wanita yang berkahwin dengan

warga asing. Akibat cinta yang tidak

memikirkan masa depan akhirnya

hidup susah, menderita keperitan hidup

dan akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Dalam hal ini cinta tidak lagi

membawa kebahagiaan.

Jelaslah kata-kata pepatah,


Fokus

9

‘‘

cinta terlarang

yang tidak direstui

oleh keluarga

sehingga

ada kalangan

remaja sanggup

mengikut kekasih

hingga ke negara

lain.”

“Cinta itu buta”, “Deritanya hidup

hanya dapat dirasakan selepas

cinta tak dapat membeli segala”.

“Cinta itu seperti benda tajam, apabila

tidak hati-hati menggunakannya

adalah harapan kita yang akan

dilukainya”.

Begitulah kata-kata ingatan

pepatah daripada orang-orang tua

dahulu yang merenung dan melihat

akibat cinta yang tidak memikirkan

masa depan. Oleh itu, pandangan

daripada ibu bapa, kaum keluarga

yang terdekat amat penting dalam

menyulam cinta agar tidak merana.

Banyak gejala sosial diakibatkan

oleh cinta buta yang tidak

memikirkan masa depan. Antaranya

pergaulan bebas, keruntuhan moral,

ponteng sekolah, tidak mengikut

nasihat ibu bapa, degil, mudah dipengaruhi

gejala negatif, melepak,

terlibat dengan penyalahgunaan

dadah, dan hidup tidak mendapat

restu keluarga.

Kisah cinta dalam kehidupan

manusia telah melahirkan banyak

ungkapan dan peribahasa tentangnya.

Ini semua hasil renungan dan

pemerhatian serta akibat daripada

cinta. Pepatah Greek menyebut,

“Keburukan dapat disembunyikan

apabila timbulnya rasa cinta.” Pepatah

Inggeris pula menyatakan, “Cinta

dan botak tidak dapat disembunyikan.”

Pepatah orang Perancis pula

menyebut, “Tidak ada cinta yang

tidak cemburu.”

Demikianlah beberapa

peribahasa yang menggambarkan

sifat orang yang sedang bercinta.

Oleh itu, kalangan remaja mestilah

berhati-hati sebelum terjebak dalam

percintaan. Elakkan cinta yang boleh

membawa bencana dalam kehidupan

masa depan.

Erti dan hakikat cinta mempunyai

nilai yang berbeza. Cinta

kepada kekasih mesra, cinta pada

orang tua murni, cinta pada Tuhan

abadi. Cinta dan kasih sayang bukanlah

sesuatu yang kekal dan abadi

kepada seseorang. Cinta bukan

sahaja hidup subur di jiwa, malah

boleh layu dan menyebabkan

merana.

Hamka pernah berkata,

“Cinta adalah sebahagian daripada

naluri manusia, maka alangkah

baiknya jika tumbuh mengikut kewajarannya.

Cinta yang tak berbalas

itu bagaikan layang-layang terputus

talinya. Dalam percintaan ada pertemuan

dan perpisahan. Kehidupan

ini seumpama bunga, maka cinta

adalah madunya.”

Pada hakikatnya cinta yang

murni mestilah berlandaskan hanya

kerana Allah SWT. Ahli sufi pernah

berkata, “Cintailah yang memberi

nikmat dan jangan engkau cintai

nikmat yang diberikan.” Jauhilah

“Cinta monyet” iaitu cinta keanakanakan.

“Cinta palsu” iaitu sekadar

basa basi atau kepura-puraan. “Cinta

saku” iaitu cinta hanya kerana

harta benda dan kewangan yang

merosakkan. Sebaliknya carilah

“cinta sejati” cinta yang menghasilkan

cita-cita luhur dan kekal abadi.

Imam al-Ghazali pernah berkata,

“Apabila cinta kepada Allah itu

sampai ke lubuk hati, maka semua

cinta kepada barang-barang lainnya

akan tersingkir.” Selanjutnya

beliau berkata, antara tanda-tanda

seseorang hamba itu cinta kepada

Allah SWT ialah :

“Ia cinta akan al-Quran, kitab suci-

Nya; cinta kepada Rasulullah SAW,

pesuruh-Nya; cinta kepada apa dan

siapa yang ada hubungannya dengan

Dia. Sesiapa yang cinta kepada

Allah SWT tentu ia juga cinta kepada

makhluk-Nya.”

Hakikatnya, cinta dan kasih

sayang yang berlandaskan cinta

hanya kerana Allah SWT adalah cinta

luhur dan murni. Oleh itu, elakkan cinta

yang boleh membawa bencana

dan penderitaan dalam kehidupan.

Sebelum terlibat dalam cinta fikirlah

semasak-masaknya dengan penuh

kewarasan dan ketakwaan.

Kesimpulannya, kesucian

cinta akan membuahkan kenikmatan,

kesenangan dan keberkatan

dalam kehidupan. Semuanya ini

dapat dilakukan apabila seseorang

itu benar-benar memahami hakikat

cinta yang sebenarnya.


10

Oleh : Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin

Semasa

Peranan Masjid sebagai

Institusi Sosio Ekonomi bagi Membantu

Masyarakat Menghadapi Krisis Ekomoni

Masjid merupakan institusi

yang dihormati oleh masyarakat

Islam. Bagi menggambarkan ketinggian

dan kemuliaan institusi ini,

masjid diletakkan di bawah kuasa

raja dan sultan di peringkat negara

dan negeri. Situasi ini hampir sama

dengan sejarah kegemilangan Islam

dahulu. Berbezanya, pada zaman

kegemilangan Islam dahulu,

institusi masjid dijadikan pusat pentadbiran

kerajaan Islam dalam pelbagai

bidang. Namun, pada masa

kini, kepelbagaian peranan institusi

ini telah diambil alih oleh institusi, kementerian,

lembaga, pusat dan sebagainya

yang diwujudkan secara

khusus oleh pihak kerajaan.

Kini, masjid hanya digunakan

untuk tujuan aktiviti ibadat seperti

sembahyang fardu serta sembahyang

jumaat dan aktiviti kerohanian seperti

ceramah dan tazkirah. Pengkhususan

aktiviti ini secara tidak langsung

telah mengikis pengetahuan dan

penghayatan masyarakat berkaitan

sejarah dan peranan institusi

masjid dahulu. Senario ini memberikan

kesan yang signifikan terhadap

generasi masyarakat Islam pada masa

hadapan. Ini kerana, secara tidak

langsung ianya telah menyemai pemikiran

masyarakat berkaitan minimalnya

peranan intitusi ini kepada

mereka. Satu contoh yang disifatkan

berantaian dapat digunakan untuk

menjelaskan konflik ini. Kebiasaannya,

bagi golongan berpendapatan

sederhana dan rendah, untuk menampung

kos perkahwinan, mereka

terarah kepada institusi kewangan,

manakala untuk tujuan upacara

akad perkahwinan, mereka terarah

kepada institusi masjid. Keadaan

ini seolah-olah menampakkan pemisahan

fungsi

yang ketara,

dan memahatkan

dalam

fikiran mereka

tentang ketandusan

peranan

institusi masjid

dalam memberikan

kesan

limpahan yang

lebih daripada

kesan bersifat

kerohanian semata-mata.

Daripada

contoh kecil yang dinyatakan, peranan

institusi masjid ini perlu dimartabatkan

kembali. Kaedah serampang

dua mata perlu dilaksanakan bagi

mencapai matlamat ini. Pendekatan

sosio ekonomi merupakan satu

kaedah bagi mengembalikan keyakinan

masyarakat berkaitan keunggulan

institusi masjid ini. Dalam keadaan

ekonomi yang tidak menentu

[akibat krisis makanan, minyak dan

kewangan] pada masa kini, institusi

masjid dapat menonjolkan peranan

sosio ekonominya bagi membantu

masyarakat menongkah arus ini.

Peranan sosio ekonomi ini

diketengahkan memandangkan

institusi masjid mempunyai dana

yang agak besar terutamanya masjid-masjid

yang berada di kawasan

bandar dan pekan serta mempunyai

kepadatan penduduk serta

berpendapatan agak tinggi berbanding

masyarakat kampung dan

di luar bandar. Antara pendekatan

sosio ekonomi yang boleh di bawa

oleh institusi masjid ialah mengadakan

pusat jagaan kanak-kanak dan

menjadi pembiaya kepada aktiviti

perniagaan kecil dan sederhana

yang kompetitif untuk dijalankan.

Dalam situasi krisis ekonomi, pemberhentian

pekerja, peningkatan jumlah

pengangguran dan kesukaran

mendapatkan peluang pekerjaan

menjadi isu utama. Kesukaran ini

bertambah bagi sebuah institusi keluarga

yang mempunyai tanggungan

kecil yang ramai.


Semasa

11

“Pendekatan sosio

ekonomi merupakan

satu kaedah bagi

mengembalikan

keyakinan masyarakat

berkaitan keunggulan

institusi masjid

ini.”

Melihatkan

kesukaran ini, institusi

masjid perlu melihatnya

sebagai satu peluang.

Dengan dana

persendirian yang

dimiliki atau dibentuk

melalui perkongsian

beberapa buah institusi

masjid, penyediaan

perkhidmatan

jagaan kanak-kanak

dapat disediakan.

Penyediaan ini dapat

memberikan perkhidmatan

kepada masyarakat

dengan kos

yang lebih rendah,

memandangkan institusi

ini dibiayai oleh

dana masjid yang

merupakan wang

derma masyarakat

umum. Hasil yang

diterima dapat digunakan

untuk membayar

gaji kepada

golongan terlibat di

samping memberi nilai

tambah atau untung

kepada pendapatan masjid.

Dengan itu, institusi masjid ini dapat

memberi peluang pekerjaan dan

pendapatan sampingan kepada

golongan suri rumah khususnya.

Paling utama, tempoh waktu ini

dapat diambil kesempatan untuk

memberi pendedahan agama bukan

sahaja kepada golongan yang

diupah, bahkan kepada golongan

ibu bapa. Dengan berlakunya rantaian

sebegini, institusi masjid bukan

sahaja dapat melaksanakan peranan

keagamaannya sahaja, tetapi

juga telah berjaya bertindak sebagai

agen ekonomi dengan menyediakan

pekerjaan dan pendapatan

yang berpatutan.

Manakala dari sudut pembiayaan

perniagaan kecil-kecilan,

institusi masjid boleh berperanan

sebagaimana institusi kewangan

dengan menyediakan modal awalan

atau menjadi pemodal kepada

perniagaan berkaitan. Konsep fiqh

muamalat seperti mudharabah,

musyarakah, sewa beli dan sebagainya

boleh digunakan bagi memajukan

bidang perniagaan ini. Secara tidak

langsung, penyediaan modal

mengikut konsep syariah ini dapat

membebaskan masyarakat dari

amalan riba atau terperangkap

dengan pinjaman tidak berlesen

terutamanya Ah Long. Konsep simpan

beku dalam akaun simpanan

semata-mata, hasil daripada wang

derma orang ramai perlu dialirkan

bagi tujuan membantu serta meningkatkan

jumlah pendapatan institusi.

Dengan ini, limpahan daripada

wang derma dapat diperluaskan

bukan sahaja untuk tujuan masjid

semata, bahkan juga untuk pembangunan

ekonomi kariah.

Kejayaan untuk mengetengahkan

peranan sosio ekonomi dalam

institusi masjid merupakan tanggungjawab

yang besar kepada

pentadbir institusi keagamaan kini

serta masyarakat Islam amnya. Ini

kerana, implikasi atau perubahan

yang berlaku dalam bidang sosio

ekonomi lebih mudah diukur, dilihat

dan sebagainya untuk dibincangkan.

Sekiranya mampu dilaksanakan,

kejayaan masjid memainkan peranan

sosio ekonomi terutamanya menghadapi

arus ekonomi akan diiktiraf

oleh masyarakat dan seterusnya

mengubah persepsi kolot mereka

terhadap fungsi institusi masjid ini.


12

Rencana

Oleh : Wan Marzuki Wan Ramli

SEMUA pihak sudah tentu menyambut

baik langkah Kementerian Pelajaran

yang kini sedang memperincikan

fakta dan maklumat yang akan

dimasukkan ke dalam subjek Sejarah

bagi menyemarakkan semangat

patriotisme di kalangan generasi

muda.

Menurut Menteri Pelajaran,

Datuk Seri Hishammuddin Hussein,

berkata langkah itu antara usaha

kementerian untuk merombak kurikulum

pendidikan di peringkat sekolah

rendah dengan memasukkan mata

pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran

khusus menjelang 2010.

Melalui subjek Sejarah generasi

muda hari ini akan mudah diterapkan

dengan nilai-nilai mulia seperti

semangat patriotisme, cintakan tanah

air, menghayati pengorbanan

pejuang-pejuang tanah air sebelum

kita, menghayati bahawa negara

kita berada dalam keadaan sebegini

rupa bukan datang bergolek

tapi ia datang setelah begitu ramai

pejuang bangsa kita menyumbangkan

darah dan keringat.

Usaha seperti ini perlu diteruskan

dan diperhebatkan lagi termasuk

cara bagaimana kita menekankan

asal usul kita, sejarah kita kepada

anak-anak kita sejak di bangku sekolah

lagi.

Sejarah merupakan identiti

kepada pembangunan sesebuah

Sejarah

Subjek

Pembina Jati Diri Bangsa

negara bangsa yang amat penting

dalam memastikan kelangsungan

wawasan pembangunan samada

dalam aspek material ataupun rohaniah.

Cadangan Perdana Menteri

menjadikan Sejarah sebagai subjek

wajib sekolah rendah tepat pada

waktunya dan akan membawa

kebaikan kepada pembangunan

modal insan negara.

Era globalisasi yang melanda

dunia membuatkan ramai anggota

masyarakat terutama generasi

muda terdedah dengan pembaharuan

budaya berteraskan Barat. Hal

ini sudah tentu akan mudah melunturkan

semangat kenegaraan mereka

dan dikhuatiri akan menghakis penghayatan

budaya sebenar sesebuah

negara dan bangsa.

Dengan adanya pendedahan

awal yang bercorak kebudayaan

dan kenegaraan dalam subjek Sejarah,

ia mampu menjadi pelindung

dan penapis dalam membangunkan

anak bangsa di Malaysia.

Kenyataan orang yang tidak menghayati

sejarah akan melakukan kesalahan

yang sama berulang kali

merupakan ungkapan yang jelas

menunjukkan kepentingan subjek

Sejarah kepada pembangunan pelajar

yang cemerlang dari aspek penilaian

akademik dan sahsiah dirinya.

Subjek sejarah di peringkat

sekolah rendah akan mampu membina

sahsiah terpuji seseorang pelajar

bagi menghayati erti sebenar kehidupan

yang kita jalani kini. Pendedahan

awal yang diberikan akan

mampu membuatkan pelajar menghargai

erti asas dalam kehidupan terutamanya

dalam aspek perpaduan,


Rencana

13

aktiviti yang menyeronokkan, sesuai

dengan usia pelajar sekolah rendah.

Sejarah merupakan identiti

kepada agama, bangsa dan negara.

Sejarah juga menunjukkan jatuh

bangun sesebuah tamadun dan

sejarah juga cermin pembangunan

negara dan bangsa untuk masa hadapan.

kenegaraan

dan

cintakan negara.

Subjek Sejarah yang

menekankan pengorbanan dan perjuangan

pemimpin terdahulu agar

tersemai rasa insaf dan sedar terhadap

besarnya pengorbanan yang

telah mereka buat untuk membina

kemajuan seperti yang dikecapi hari

ini.

Dengan kesedaran yang

mula dipupuk di bangku sekolah,

ia akan mampu melahirkan pelajar

yang menghargai perpaduan dan

toleransi antara kaum.

Dalam konteks Malaysia sebagai

sebuah negara yang membangun

secara progresif dengan

rakyat berbilang kaum, pemahaman

sejarah yang mendalam adalah

amat penting dalam mewujudkan

kesefahaman dan perpaduan.

Aspek penghargaan perpaduan

dan menghormati

budaya bangsa

lain sebenarnya boleh

diterap melalui

pendidikan sejarah.

Mendepani langkah

menerapkan sejarah sebagai subjek

wajib sekolah rendah, Kementerian

Pelajaran bukan sahaja perlu

merangka kurikulum yang mantap

tetapi lebih komprehensif dengan

variasi pembelajaran dalam kelas,

aplikasi dan aktiviti luar sekolah.

Ianya boleh diajar sama ada

berteraskan peperiksaan atau kurikulum

tambahan seperti menyiapkan

sebuah modul sejarah dan mengadakan

lawatan ke tempat-tempat

bersejarah bagi menarik minat pelajar

menghayati erti sebenar sejarah.

Aktiviti pembelajaran sejarah

kepada anak murid juga mungkin

boleh difokuskan dengan aspek

penceritaan sejarah diterapkan

dengan cara yang lebih menarik

seperti melalui tayangan video dan

Fakta sejarah adalah fakta

yang benar dan tidak ada manamana

pihak yang boleh mengubah

sejarah berkenaan termasuk perjanjian

yang telah dibukukan, tidak boleh

dipolemikkan dan dipolitikkan.

Sewajarnya anak muda terutamanya

di peringkat sekolah rendah

dipenuhkan dengan ilmu yang bermanfaat

ini untuk kesinambungan

pembangunan agama, bangsa dan

negara.

Bukan sedikit golongan pelajar

kini kurang memahami, apatah

lagi mahu menghayati sejarah tanah

air kerana mereka hidup selepas zaman

kepayahan terutama ketika

perang dahulu.

Mereka ini tidak didedahkan

dengan sejarah susah payah

menuntut kemerdekaan dan memajukan

negara sehingga membolehkan

mereka menikmati kejayaannya

hari ini.

Kita benar-benar berharap

semoga generasi akan datang,

akan menjadi warganegara yang

benar-benar memahami sejarah tanah

air, bangsa dan pengorbanan

pemimpin terdahulu agar kita menjadi

warganegara yang sentiasa

mensyukuri nikmat keamanan dan

keharmonian yang dirasai kini.


14

Oleh : Nuur Ezaini Akmar Ismail

Cerpen

“Kalau kita tak mendengar tazkirah

lebih dari 3 hari, hati kita akan mati.”

Kata- kata ini amat sesuai dengan

diriku…sementelah lagi selepas kaki

ini melangkah ke IPTA. Amat kurang

aku mengisi hatiku yang dah laparkan

pengisian rohani ini dengan tarbiyah

hati…bila dah agak “lalai” ni,

banyak jer anasir-anasir luar yang

nak menceroboh masuk…yerr kan,

antivirus yang kuguna dah lama tak

di updatekan dengan tazkirah..

Saban waktu, aku selalu lihat

ingatan dan nasihat sahabat-sahabatku...

*********************************

Benarlah Allah akan uji setiap bait

kata yang terucap di bibir kita...itulah

yang berlaku pada diriku. Pada mulanya

aku sekadar menganggap Akmal

sebagai kawan biasa sementelah

lagi aku sebenarnya agak malu dengan

lelaki sebelum ini…tapi, lamakelamaan,

dari seorang teman biasa

dah jadi agak “luar biasa”…Diriku semakin

hanyut dengan cinta manusia

yang tak berkesudahan. Cinta yang

penuh dengan kepuraan tapi di sebalik

kepuraan itulah aku tetap berada

dan hinggap. Terasa agak pelik

dan janggal bunyinya…

Masa tu, terselit juga satu perasaan

bersalah pada diri sendiri, lebih-lebih

Ku Kejar CiNTA

roomateku berbalas-balas mesej

dengan si buah hati pengarang jantung...terdetik

juga dihati perasaan

iri hati…Sebelum ini, aku sentiasa diberi

peringatan oleh sahabat –

sahabatku tentang couple ni..tiada

istilah couple dalam Islam. Yang ada

hanya jalan-jalan yang dapat melorongkan

ke arah perzinaan..

“tiada hubungan antara lelaki dan

perempuan melainkan perkahwinan”

“ la taqrabuz zina!! menghampiri

zina pun dah tak boleh, apalagi

melakukan zina..menghampiri tu termasuklah

ber’couple dan bergaul

bebas lelaki dan perempuan, zina

ni boleh jadi zina hati, mata, telinga

dan lain-lain” nasihat seorang sahabatku

dalam satu majlis ilmu di sekolah

dulu...

Tapi, selepas masing-masing bawa

diri, tiada lagi nasihat yang mengunjung

tiba…yang ada hanyalah

bisikan nafsu muda yang ingin bebas

setelah lama dibiuskan dengan

Akhirnya, aku berkenalan dengan

”seseorang”..mulanya tu sebab tersilap

call..

Aku terlupa akan kata-kata yang

pernah kuucapkan pada seorang

sahabatku dulu.

”Norul, kalau boleh cuba elakkan

bercakap dengan lelaki dalam telefon

untuk mengelakkan zina hati dan

telinga, mungkin kita kata, kita leh

kawal hati kita, tapi macam mana

dengan lelaki tukalau bercakap

sudah pasti, akan bergelak ketawa,

dan sedikit sebanyak ia akan mencetuskan

satu perasaan lain di hati masing-masing.”

Dan juga kata-kata ustazahku…

”Dua orang (lelaki dan perempuan)

yang bercakap dalam telefon di

tempat yang sunyi, sama jer dengan

berkhalwat…yang bezanya tak nampak

muka secara zahir tapi hanya diimaginasikan

ada di depan mata…

lainlah kalau bercakap depan ibu

bapa dan kawan-kawan...intonasi

suara dan apa yang dicakapkan tu

boleh dikawal lagi, tapi kalau sorangsorang

dalam bilikmula tu ok lagi,

tanya khabar jer, lama-lama.....Antum

fikir sendiri..”


Cerpen

15

lagi perasaan takut dan malu pada

Allah masih ada…tapi, perasaan

untuk enjoy lagi mendominasi diri.

“muda hanya sekali, so kita enjoy!!”

entah macam mana aku boleh terlupa.

Ya!! muda memang hanya

sekali, tapi alangkah eloknya masa

muda tu aku gunakan untuk gerak

kerja Islam!! membantu teman-teman

yang masih lagi diulit mimpi

yang tak berkesudahan!! dan sudah

tentu membantu diriku sendiri…

Tapi, saat itu diriku juga masih terumbang-ambing.

Turut sama “berganding

bahu” ke arah perkara

yang tak elok. Masih lagi perlukan seseorang

untuk membangunkan aku

daripada angan-angan yang tak

berkesudahan.

“neza, esok keluar nakkita tengok

wayang…”

Ajakan dari Akmal membuatkan aku

terfikir sejenak…TENGOK WAYANG!!

Sepanjang usiaku, aku tak pernah

tengok wayang…bukan kerana di

tempatku dulu tak ada panggung

wayang melainkan hatiku sentiasa

berfikir bahawa tempat tu tak sesuai

dengan diriku…

Aku serba salah. Antara naluri hatiku

dengan ajakan seseorang yang

istimewa. Mana lagi penting Alhamdulillah

Akmal dapat terima

yang aku tak nak tengok wayang

walaupun pada mulanya dia agak

kecewa..last-last dia datang kat

kampus aku jer..Masa tu aku mampu

lagi menolak, akan datang

**********************************

Sampailah satu ketika, tika itu aku

dalam perjalanan balik kampung

sempena cuti semester…aku solat

Subuh disebuah surau…tetiba jer

seorang adik ( lebih muda dariku,

mungkin masih sekolah menengah),

bertanyakan maksud daripada surah

as-Soff ayat 3-4.

Walaupun aku rasa agak pelik, tapi

aku tengok juga ayat yang adik tu

tunjukkan. Patutlah dia guna al-

Quran yang tak ada terjemahan.

Then,aku menunjuk ke arah tafsir

yang ada kat surau tu…

Adik tu kemudiannya ambil tafsir

tersebut dan menyuruh aku membacanya...

“Mengapa kamu katakan apa yang

tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya

Allah benci pada sesiapa yang

mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya…”

Aku terkedu seketika, Ya Allah, apa

yang dah kulakukan selama ini…

tanpa sedar manik-manik air mataku

luruh tanpa rasa segan dan malu.

Selepas itu baruku tersedar rupa-rupanya

adik yang menegurku tadi

ialah juniorku masa aku masih bersekolah

dulu.

Hatinya tergerak mahu menyapaku

selepas melihat caraku berpakaian

yang agak berbeza berbanding

dengan waktu persekolahanku

dulu…pakai lebih kurang ajer dan

tak menepati cara berpakaian

seperti yang disarankan oleh Yusuf

al-Qadrawi seorang ulama’ yang

disegani. Apa yang ditekankan oleh

Yusuf al-Qadrawi ialah pakai pakaian

seperti dalam solat, tidak terlalu jarang,

tidak terlalu nipis, tidak menjolok

mata dan semua ini hendaklah

berlaku secara serentak...kata-kata

yang acapkali kusebut tika majlis

ilmu di sekolah dulu…

Aku mendakap tubuhnya dan

mengucapkan terima kasih atas

tegurannya yang kukira amat berhikmah…tanpa

perlu bersyarah

panjang lebar hanya sekadar menggunakan

ayat al-Quran mampu

meluruhkan hijab yang mengaburi

mataku sebelum ini…

Hatiku tak putus-putus mengucapkan

syukur pada Allah. Walaupun diri ini

sentiasa lalai dan leka dengan secebis

nikmat dunia, tapi Dia masih berikan

aku peluang untuk meng’islah kembali

jawarihku…Syukur padaMu Ya

Rabb…

**********************************

Dan, mungkin ianya satu kebetulan

ataupun satu rencana yang telah

dirancang oleh Allah ke atasku,

seorang sahabatku mengirimkan

satu SMS yang agak ringkas tapi

amat meruntun naluriku…

“Sahabatku, apa khabar imanmu

tika ini

Salam ingatan dari sahabat untuk

sahabat tersayang”

Sudah agak lama aku tak mendengar

kata-kata ini... “apa khabar wahai

imanku saat iniadakah di tahap

yang terlalu kronik hingga perlukan

syifa’ segera nau’ zubillah.”

Segala perbuatan yang telah kulakukan

dulu terbayang di mata..

ligat bermain-main di tubir mataku

seolah-olah tersenyum mengejek

bahawa diriku telah kalah…telah kalah

pada gelonjak nafsu muda. Telah

kalah pada naluri yang inginkan keseronokan

palsu semata-mata…kalah

adakah aku benar-benar telah

kalah

Cepat-cepat gambaran itu ku tepis

bila kurasa perasaanku kembali berbolak-balik..

.Ya Allah, kau tetapkan

hatiku ini pada jalanMu Ya Allah…jalan

yang kau redhai dan jalan para


16

Cerpen

pencinta-Mu Ya Rabb.. Ya!! aku akan

cuba bangkit kembali…sebab kutahu

aku masih ada Tuhan yang takkan

tinggalkanku keseorangan…

Allah yang Maha Pengasih dan

Maha Pengampun...

“Sahabat, terima kasih atas ingatan

tulusmu…ketahuilah sahabat, hatiku

tika ini menangis hiba lantaran sikap

dan jawarihku sedikit tersasar.

Perasaan inginkan keseronokan

telah menguasai diri dan hatiku.

Sahabat, jangan kau terkejut andai

mendapat berita tentangku yang

agak terleka dengan cinta manusia

dan zaman remaja yang amat mencabar

ini...Alhamdulillah, Allah telah

memberiku kesedaran bahawa apa

yang sedang kulakukan adalah

salah melalui seorang teman...kini,

aku ingin bangkit kembali dan

mengotakan janji yang pernah terlafaz

dulu…

Janji yang diucap di hadapan

ustazah Solehah dan sahabat- sahabat

bahawa diri ini mahu menjadi

mata-mata rantai perjuangan As-

Syahid Hassan al-Banna. Doakan diri

ini sahabat....”

Sejujurnya aku membalas SMS sahabatku

itu..Sebab memang itulah

hasrat hatiku kini.. akan ku cuba lupakan

dan jauhkan perasaan terlalu

cintakan dunia… janji yang pernah

terluah dulu sedikit sebanyak akan

kucuba tunaikan. Ku coretkan

ungkap kata yang lebih kepada

rasa yang kurasakan sekarang ni

buat sahabat-sahabatku..

Hati ini acap kali berbicara,

hati ini kerap kali mengeluh hiba,

bilakah hati yang kian haus ini

bakal disirami embun yang

dapat menghilangkan kehausan

ini...

Mujur ada tangan yang masih setia

menghulur,

walau seringkali kasar ditepis

tangan itu,

oleh jawarih dan tutur kataku

yang kasar terluah...

Namun, hati si pemiliknya

tegar jua untuk menarikku

jauh dari kebingungan ini,

jauh keluar dari ancaman nafsu

lawwamah

yang kian hebat menghimpit diri,

semakin hari kian menyesak nuraniku.

Kini,

huluran itu kusambut jua,

seiring hasrat naluriku untuk

berubah,

bisikan dan gelisah kalbu

yang sering bertamu dulu

kian menjauh,

tutur hikmah seorang sahabat

mampu menjadi benteng diri,

dan

menarikku rapat dengan-Nya...

Terima kasih teman,

kerana sudi hadir dalam hidup ini,

hati yang dulu gelisah sentiasa,

kian pudar dan menghilang,

benarlah kata pujangga

hati yang tertaut kerana Allah,

ikatannya sangat manis dan utuh

kekal selamanya....

********************************

”Akmal, saya minta maaf banyakbanyak

kalau kata-kata saya ni

membuatkan awak kecewa…Tapi,

saya nak awak tahu kekecewaan

sekarang amat kecil berbanding

dengan kecewanya iman kita tatkala

melihat kita berhubung sebegini...

saya nak awak tahu, perhubungan

sebegini takkan ke mana. Saya sudah

sedar apa yang berlaku dan

saya juga amat berharap agar awak

juga sedar bahawa jodoh pertemuan

itu di tangan Allah. Hanya Dia

yang dapat menyatukan hati-hati

hamba-Nya. Kalau boleh kita

jangan berjumpa lagi selepas ini. Kita

sama-sama meng’islah diri kembali

dan merenung dengan mata hati

setiap apa yang telah kita lakukan…

Insya-Allah kalau ada jodoh, kita

akan berjumpa lagi dalam situasi

dan keadaan yang berbeza...”

~ Neza~

Sepucuk surat perpisahan kuberikan

kepada Akmal… ku doakan agar

dia faham dan dapat menerima

keputusanku ini dengan hati yang

terbuka. Apa yang ku ingin lakukan

sekarang ialah meneruskan

perjuangan as-Syahid Hassan al-

Banna di kampusku sekarang… “jika

kamu mengejar akhirat nescaya

dunia akan mengejarmu”. Insya -Allah…

“Segala perbuatan

yang

telah kulakukan

dulu terbayang

di mata..ligat

bermain-main

di tubir mataku

seolah-olah tersenyum

mengejek

bahawa diriku

telah kalah…”


Kerjaya

The Miracles of

Teaching

Have you ever thought or dreamt

to involve yourself with young kids or

even adults Have you ever imagined

yourself to be the role model

among people who are willing to

learn If deep inside your heart, you

say YES, you better consider yourself

to be a TEACHER!

Teaching profession is now

not as what it used to be. Those conservative

years, teacher was always

regarded as the most popular job.

When asked to a small child what

they wanted to be when they grew

up, teacher was on the top of the list.

Perhaps these modern days, it is the

last resort. Most love jobs like doctors,

engineers and accountants. However,

an impression towards teaching

sounds to be positive since the

past few years. I even know a few

doctors and other professionals who

have put themselves into teaching

lines either in schools or higher institutions

because of some advantages it

could offer.

What makes this job the best

The job offers you to deal with many

sorts of people, from the younger kids

to adults. Teaching encourages and

helps you to improve your speaking

ability and also your interpersonal

skills. Of course, you would not want

to be a quiet teacher, would you

Even if you have a quiet nature, this

profession will help you to overcome

it as time goes by. In fact, you will

gain lots of knowledge once you become

a teacher. I am sure you may

not want your students to have better

knowledge than yourself. You will

automatically keep yourself with lots

of academic books to improve yourself

even though at first you are not

a bookworm type of person. Hence,

you will gain lots of experiences from

your students as long as you deal

with them. As you mix with people,

you will learn how to deal with different

characters and this will help you

up in becoming more mature and

understanding. Honestly, you will

also stimulate your sense of patience

as teachers should be patient all the

time.

Teaching is also now a rewarding

job in terms of salary. You

will get a good pay based on your

qualifications and experiences. Even

other jobs are probably better, I guess

most teachers would not be suffering

from poverty. In fact, you may

be lucky of not losing jobs when the

economy becomes unstable. Holidays

are the best for teachers after

working hours at schools. If you want

to know, teachers are given longer

vacations than any other jobs. In

calculation if we add up, a teacher

would probably have more than a

month vacations. It is a heaven once

they get this reward after spending

their whole lives in schools.

Teaching is like no other profession.

As a teacher, you will wear

many hats. You will, to name but of

a few of the roles teachers assume in

carrying out their duties, be a communicator,

a disciplinarian, a conveyor

of information, an evaluator, a

classroom manager, a counselor, a

member of many teams and groups,

a decision-maker, a role-model, and

even a surrogate parent. A teacher’s

working hours are not only end when

the school bell rings, but they may

spend their time after school meeting,

grading homework, assisting students

and many more.

17

By : Hazila Kadir @ Shahar

The Pathways of teaching.

If you are interested to be a

teacher or an educator, the world

offers you in the different sorts of

ways. Mostly higher education either

local universities or abroad provide

many courses to enable you to be

trained as teachers. Most universities

in fact have Faculties of Education

which are really synonyms to those

who choose to be a teacher. Different

countries may have slightly

different ways of taking students to

be trained, yet in Malaysia, you just

name any university, colleges or

institutions you wish to go, there will

be many courses related which accept

you in an open hand. In fact,

in recent years, the government has

begun offering alternative routes to

certification as a way of attracting

people to join the career.

There are a few steps to be

taken in order to be a teacher. You

may have to enter a 4 or 5 years degree

programme. This depends on

which universities or colleges you enter.

You may also have to follow some

regulations set by your sponsors if you

manage to get any sponsorship. The

most important thing if you want to

be a recognised teachers or educators,

you need to have a bachelor in

education. Even if you have started

a degree in different fields (not from

any educational programs), you may

have to continue doing a diploma

of education or perhaps a course in

teaching (e.g: KPLI-Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah) This enables you to

start off. You may also need to undergo

a few teaching practices

(practicum) along the course. This

is again set by your institutions. This

practicum will help you to expose

yourself with teaching environment

and you must pass this assessment

in order to be awarded with the

degree. As for those who want to

teach in higher institutions as lecturers,

again you may start off with the

steps mentioned but you may need

to proceed to masters programmes.


18 Kerjaya

You may take your preference courses

but bear in mind it should link with

education. I urge you to seek information

and also ask other people’s

experiences who have been in this

teaching line before proceeding it

yourself. Maybe what you can do to

figure out more about this profession

is you can watch someone else in

action.

Is teaching a right job for you

You may need to ask yourself

the questions in the lists given underneath

to see if the teaching career

suits you.

Do you really enjoy teaching

Do you really like children

Do you mind making ‘a little’

money

Do you like the feeling of being

smarter than others even if

the ‘others’ are only 8 years old

kids

Do you think you could spend

some of your personal times for

others

Are you a person who is full of

patience and tolerance

If most of your answers are YES, you

may consider yourself to be a teacher.

Having been a teacher myself for

nearly almost 7 years, I always ask

myself if I still have those feelings and

once I felt de-motivated, I will ask

these questions again and again in

order to light up my spirit. Do not worry

if you may not have those feelings

yet, you will develop those feelings

once you go along the course.

The Best of Teachers.

Teachers represent a cornerstone

of our society. Once children

reach school age, they start spending

more time with their teachers

than with their parents. Teachers are

not only just imparting an education

but they are affecting the emotional,

intellectual and social development

of each student they encounter.

Teachers are really important figures

for students. As for me, even a single

teacher’s impact can be astounding.

Every teacher contributes towards

students’ success. The best thing if

you become a teacher is when you

see a bundle of joy on students’ faces

when they receive excellent results

in important examinations. You

will also be glad when seeing your

former students calling you even you

may no longer teach them. You may

not recognise them all but they still

remember you as their teacher. Even

when you are no longer teaching or

soon or later retire, people will be still

calling you as ‘Cikgu’. Those are the

things that make teachers the best.

I always respect those who

love this career. A brief saying ‘Behind

every successful person are

many successful teachers, has really

shown that teachers play a role in

producing successful people. I also

remember someone (a teacher and

a motivator) told me a

few funny lines about

teacher, quoted from a

student’s perspective,

(which I then translate

into English), saying :

Mum says a

teacher is like an instant

noodle which is the food

during difficulty,

Dad says that a

teacher is like a seeker

which is horrifying,

Grandfather says

a teacher is like the AS-

TRO, there are many

things in one,

But I say, a teacher

is like LO’REAL, because

he or she is really

valuable.

As a teacher,

I found these lines so

meaningful and touch

and I promise to myself to

be the best teacher ever

as I found as even the society

acknowledge and

put hopes on teachers.

CONCLUSION

Teaching is the right path for

those who love to take up challenges.

Not only it benefits them physically

but also emotionally. It helps teacher

to improve their inner strength, cultivate

good behaviours as well as develop

their minds.

Teachers are like candles

which burn themselves to lighting

up others and teachers of course

the noblest job ever! So why not putting

yourself in You will cherish every

single moments of it and you will not

say NO after spending a few hours

teaching. Do not wait any longer.

Choose to be a teacher and create

a positive impact for your own generation.

Biography:

The author currently an English

teacher at one of the Mara schools

in Johor.


Tokoh

19

Ibnu Hawqal dan penjelajahannya

Apabila kita berbicara

mengenai penjelajahan

dan penerokaan

yang berlaku

sejak awal kejadian

manusia, kita pasti teringat

akan beberapa

orang tokoh Islam yang

telah berjaya melakukan

penjelajahan dan

penerokaan tersebut.

Antara tokoh yang dimaksudkan

ialah Ibnu

Batutah, Ibnu Hawqal,

Ibnu Majid Al- Mas’udi,

Sulaiman Al-Mahri dan

Al-Istakhri. Namun,

pada keluaran kali

ini kita akan membicarakan

mengenai

tokoh pelayaran Ibnu

Hawqal.

Ibnu Hawqal

atau nama sebenarnya

Muhammad bin Ali

atau Abu al-qassam

al-Mawasili al-Nasibi dilahirkan di Nasibin,

Mesopotamia al-Jazirah sekitar

tahun 922 M bersamaan 310 Hijrah.

Menurut pengkaji-pengkaji sejarah,

mereka tidak dapat menentukan

tarikh sebenar bilakah Ibnu Hawqal

meninggal dunia. Namun, beberapa

sumber menyatakan beliau meninggal

dunia pada sekitar tahun 997 M

bersamaan 385 Hijrah. Ibnu Hawqal

merupakan seorang ahli pelayaran

dan ahli geografi Arab Islam yang

sangat terkemuka pada abad ke 10

M ( 4 H ).

Ibnu Hawqal telah memulakan

pelayarannya ke serata negara

Islam pada 15 Mei 942 M ( 7 Ramadhan

331 H ) hingga 973 M ( 862

H ).Pelayaran yang dilakukan oleh

beliau dikatakan mengambil masa

selama 30 tahun. Ibnu Hawqal yang

melakukan pengembaraannya telah

banyak memberi sumbangan. Hal ini

dapat dilihat, melalui pelayaran beliau

ke serata negara Islam, beliau

juga dikatakan bertindak sebagai

pendakwah dan pedagang. Justeru

itu, pelayaran dan pengembaraan

Ibnu Hawqal memberi sumbangan

yang begitu besar kepada

perkembangan agama Islam dan

kemajuan perdagangan di negaranegara

Islam yang pernah dikenali

oleh beliau.

Tokoh Ibnu Hawqal memberi

sumbangan yang begitu besar

kepada seluruh umat Islam khususnya

dalam bidang geografi dan

pelayaran melalui kerja-kerjanya

sebagai seorang pengembara dan

Oleh : Rhena Ismail

pelayar.

Dalam bidang

geografi, Ibnu Hawqal

memberi sumbangan

dalam bidang penulisan

dan lukisan. Hal ini

dapat dilihat melalui

penghasilan sebuah

kitab yang dikenali

sebagai kitab al-Masalik

wa al-mamalik

atau surah al-Ard yang

disiapkan pada tahun

997 M. K i t a b i n i

mengandungi revisi

atau peta al- Istakhiri

yang dibuat selepas

pelayaran beliau ke Andalus

( Sepanyol). Kitab

ini dikatakan telah diterbitkan

sebanyak tiga

kali dengan pembaharuan

dari aspek isi dan

faktanya. Ibnu Hawqal

dikatakan banyak

memplagiat dan meniru

fakta-fakta dalam buku-buku ahli

geografi yang lain seperti al-Iskandar

tetapi sebenarnya beliau hanya

mengambil bahagian dasar dalam

penyelidikannya sahaja.

Selain itu, Ibnu Hawqal juga

tidak ketinggalan memberi sumbangan

dalam bidang pemetaan.

Beliau banyak melakukan pembaharuan

dan telah memperbaiki

peta-peta umat Islam yang sebelum

ini telah dilukis oleh al-Istakhiri dan

al-Balkhi. Dalam melakukan kerjakerjanya

Ibnu Hawqal seorang yang

sangat rajin dan tekun. Hal ini dapat

dilihat seketika beliau menerangkan

dengan begitu terperinci dan jelas

mengenai sempadan dan iklim bagi

setiap daerah yang dilawatinya.

Sumbangan yang berikutnya ialah


20

Tokoh

orang sebelumnya untuk memudahkannya

difahami. Situasi ini dapat

dibuktikan dalam bidang pertanian.

Ibnu Hawqal telah melakukan

penyelidikan mengenai produkproduk

pengeluaran dan barangan

pertanian yang jarang mendapat

perhatian oleh ahli geografi yang

lain.

Ibnu Hawqal juga turut terlibat

dalam memberi sumbangan

dalam bidang kartografi iaitu melukis

peta. Sebagai contohnya, beliau

telah melukis peta bagi negara India.

Hal ini bermaksud sumbangan

Ibnu Hawqal tidak hanya terbatas di

negara-negara Islam sahaja tetapi

bersifat menyeluruh. Walaupun begitu

ada pendapat yang mengatakan

bahawa Ibnu Hawqal banyak mempelajari

karya-karya daripada orang

lain seperti al-Istakhiri. Tetapi, tujuan

beliau adalah untuk memperbaiki

dan memperbaharui karya-karya

tersebut agar mudah difahami oleh

umat Islam selepasnya.

Seterusnya Ibnu Hawqal

turut memberi sumbangan yang besar

dalam bidang pelayaran. Bidang

pelayaran merupakan bidang yang

berkaitan dengan bidang

geografi. Ibnu Hawqal dipercayai

telah

memulakan

pelayarannya

ke Afrika

Utara,

Andalus

(Sepanyol)

dan

Selatan

Sahara

pada

tahun 947 M

bersamaan 336

Hijrah. Armenia

dan Adherbayjan

pada

tahun 955 M bersamaan 344 Hijrah

dan Sicily pada tahun 973 M bersamaan

362 Hijrah. Dalam pelayaran

tersebut, Ibnu Hawqal berjaya

melakukan penyelidikan tentang

kekuatan tentera. Contohnya beliau

menyelidik tentang kekuatan tentera

kota Palermo dan menganggarkan

penduduk Palermo di Sicily dan juga

keadaan iklim, bentuk muka bumi

serta aktiviti penduduk di negaranegara

tersebut.

Dalam perjalanan ke Andalus

(Sepanyol), Ibnu Hawqal telah menulis

mengenai keadaan bentuk muka

bumi di negara tersebut. Manakala

dalam pelayaran ke India pula, Ibnu

Hawqal telah menulis kawasan-kawasan

yang terdapat di India dengan

teliti dan terperinci. Seterusnya,

hasil kerja tersebut mendapat sambutan

oleh umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu, beliau turut

bertanggungjawab dalam menghuraikan

keadaan bentuk muka

bumi, penduduk dan geografi

kemanusiaan di negara-negara

yang pernah dilawati oleh

beliau.


21

“Makanan organik adalah makanan yang ditanam

tanpa menggunakan baja kimia atau racun

perosak kimia dengan kaedah mesra alam. Satu

kelebihan tanaman organik ialah pencemaran

kimia dan racun perosak dapat dikurangkan

hampir ke tahap kosong.”


22

Oleh : Salbiah Mohd Noor

Kesihatan

Menurut pakar perubatan, penyakit

yang dihidapi oleh manusia

adalah merupakan kegagalan

mereka untuk menyingkirkan bahan

buangan dan toksin yang telah

menghalang fungsi-fungsi normal

tubuh manusia. Hal yang demikian,

dikaitkan dengan penyakit pada

zaman moden disebabkan oleh

makanan.

Makanan yang kita makan

sehari-hari banyak mengandungi

zat-zat berbahaya yang boleh

menyebabkan kita sakit, atau melemahkan

daya tahan tubuh sehingga

tidak boleh mengatasi virus

atau bakteria yang masuk ke tubuh,

mengakibatkan kita menghidapi

penyakit. Makanan yang mengandung

zat-zat berbahaya tersebut

akan menjadi toksin dan berkumpul

dalam usus (kolon). Zat-zat tersebut

juga boleh diistilahkan sebagai “kotoran

tertahan” . Suatu penyelidikan

yang dilakukan oleh sekumpulan

pakar dari Jepun telah mendapati

bahawa jumlah kotoran tertahan

yang berada dalam tubuh seorang

yang sihat, rata-rata seberat 2 hingga

6 kg. Oleh itu, banyak pengguna

yang telah beralih gaya makan

dengan memperbanyak makanan

yang sihat, iaitu makanan organik.

Permintaan yang tinggi

terhadap produk pertanian berasaskan

organik telah menjadi

satu trend terkini terutama kepada

pengguna yang mementingkan

kesihatan. Apakah sebenarnya

makanan organik Makanan organik

adalah makanan yang ditanam tanpa

menggunakan baja kimia atau

racun perosak kimia dengan kaedah

mesra alam. Satu kelebihan

tanaman organik ialah pencemaran

kimia dan racun perosak dapat dikurangkan

hampir ke tahap kosong.

Sejarah makanan organik

telah bermula 25 tahun yang lalu

iaitu apabila lebih daripada 200

perintis makanan organik di Amerika

mengusahakan pertanian organik

sendiri di Arizona dengan tujuan untuk

menyebarkan dan menjalankan

gaya hidup bebas pencemaran.

Hal tersebut merupakan titik penting

dari revolusi makanan organik seluruh

dunia hari ini. Manakala di Malaysia,

pertanian organik telah mula

diperkenalkan dalam tahun 1987.

Pada masa ini pertanian organik

telah mendapat sambutan oleh

pengguna dan mula diusahakan secara

komersial. Tetapi produk organik

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

yang dihasilkan hanya dipasarkan

di kawasan Lembah Kelang dan

bandar-bandar utama seperti Ipoh,

Johor Baru dan Pulau Pinang.

Gaya hidup organik berlawanan

dengan dasar-dasar

teknologi makanan moden yang

sering kali menggunakan unsur-unsur

yang berbahaya bagi kesihatan

dan kesejahteraan manusia. Dasardasar

makanan organik cenderung

menuju kembali ke

alam dengan cara

penanaman yang

bebas dari pencemaran

sekeliling

kawasan penanaman.

Dasar-dasar

organik diperlukan

untuk menjadi penghubung

utama

menuju gaya hidup

sihat di abad ke-21.

Tumbuh-tumbuhan organik

berfungsi sebagai pembersih toksin

yang sangat mengagumkan serta

dapat menghilangkan lemak yang

tidak diinginkan dalam tubuh. Hasilnya

adalah pembersihan toksik-toksik

secara menyeluruh dari seluruh

tubuh. Selain itu, tumbuh-tumbuhan

organik juga dapat memberikan

makanan bergizi kepada tubuh,

mengaktifkan sel-sel tubuh,

meningkatkan sistem regenerasi tubuh

serta menyeimbangkan sistem

hormon . Selain itu dapat meningkatkan

fungsi organ dalaman sekali

gus memelihara keseimbangan kesihatan.

Sayuran organik mungkin

lebih sihat kerana kurang atau tiada

langsung bahan kimia atau lebih

tepat lagi racun perosak. Produk

pertanian seperti sayursayuran,

ikan, buah-buahan dan

telur ayam mendapat sambutan

menggalakkan ekoran kesedaran

tinggi pengguna terhadap

kepentingan menjaga kesihatan

melalui pemakanan bahan yang

dihasilkan tanpa menggunakan bahan

kimia.

Selain bebas daripada bahan

kimia, sayur-sayuran dan ternakan

secara organik juga mempunyai

rasa yang lebih sedap, manis

dan rangup. Sebagai contoh, kacang

panjang yang ditanam secara

organik rasanya sangat rangup dan

sedap untuk diratah begitu sahaja

sebagai ulam ketika makan nasi.

Terdapat beberapa pakar

pemakanan yang menyatakan

makanan organik terbukti sangat

efektif untuk terapi semula jadi terutama

kepada pelbagai penyakit

seperti kanser, serangan penyakit

jantung dan diabetes. Selain itu,

makanan organik ini juga sangat

berkesan untuk menjaga kecantikan

dan mengatasi kegemukan

atau obesiti.


Nilai Murni

23

Oleh : Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Jadikan al-Quran

Itu Kekasih

Tidak salah malah dituntut

supaya al-Quran dijadikan kekasih

kita. Yang saya maksudkan ‘kekasih’

ialah sesuatu yang kita sayang,

kita cintai dan kita kasihi sepenuh

hati. Ibaratkan seorang gadis atau

seorang jejaka yang kita jadikan

kekasih, apakah bentuk kasih

sayang yang kita mampu berikan

Tentu sekali kita tidak mahu berpisah

dengannya walau sesaat. Sebab itulah

saya menggunakan perkataan

‘kekasih’ untuk lebih memudahkan

saya membuat ulasan di dalam rencana

ini.

Anggapkan al-Quran itu

seumpama seorang kekasih kita.

Mungkin ini merupakan tamsilan

mudah untuk menerangkan perkaitan

al-Quran dalam kehidupan kita

seharian. Ternyata, apabila sesuatu

itu menjadi kekasih hati kita, maka

pelbagai cara kita menzahirkan rasa

cinta yang begitu mendalam, apa

bentuk dan cara sekalipun. Dan

sememangnya jika kita bercinta dengan

sesuatu itu mengharap cinta kita

tidak bertepuk sebelah tangan! Dari

itu, marilah kita merenung sejauh

mana hati kita benar-benar mencintai

al-Quran kalam Allah Yang Maha

Agung ini.

akan timbul juga rasa jemu kelak.

Tidakkah ia hanya sekadar bahasa

yang tidak memiliki sebarang keistimewaan

Berbanding dengan al-

Quran, biarpun kita membacanya

berulangkali, tidak sedikit pun kita

akan merasa jemu apatah lagi

membencinya. Allah SWT telah berfirman,

maksudnya; “(Iaitu) orangorang

yang beriman dan tenang

tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah.’

Ketahuilah dengan ‘zikrullah’

itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Ar-Rad: 28 )

Malah dijanjikan oleh Allah

SWT sesiapa yang ikhlas mengharap

keredhaan-Nya. Dengan memperbanyakkan

zikrullah (mengingati

Allah) maka dia akan memperoleh

ketenangan yang membahagiakan.

Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik)

itu ialah membaca al-Quran.

Seterusnya Allah SWT juga

menyatakan keistimewaan kekasih

ini iaitu Allah SWT menurunkan

dengan sebaik-baiknya perkataan

sebagai firman-Nya dalam surah

az-Zumar, ayat 23 yang bermaksud;

“Allah telah menurunkan sebaik-baik

perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran

yang bersamaan isi kandugannya

antara satu dengan yang lain

(tentang benarnya dan indahnya),

yang berulang-ulang (keterangannya,

dengan pelbagai cara); yang

(oleh kerana mendengarnya atau

membacanya) kulit badan orangorang

yang takut kepada Tuhan

mereka menjadi seram; kemudian

kulit badan mereka menjadi lembut

serta tenang tenteram hati mereka

menerima ajaran dan rahmat Allah.

Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah;

Allah memberi hidayah petunjuk

dengan Al-Quran itu kepada sesiapa

yang dikehendaki-Nya (menurut

undang-undang peraturan-Nya);

dan (ingatlah) sesiapa yang disesat-

1. Kekasih yang Terlalu

Istimewa

Sekeping warkah daripada

orang yang kita cintai, pasti akan ditatap

sepuas-puasnya malah berulang

kali dibaca. Namun, hakikatnya


24

Nilai Murni

Allah (disebabkan pilihannya yang

salah), maka tidak ada sesiapa pun

yang dapat memberi hidayah petunjuk

kepadanya.”

2. Kekasih yang Perlu Dimuliakan

Al-Quran juga merupakan

kekasih yang perlu dimuliakan kerana

sifatnya yang berkat dan banyak

manfaatnya. Dengan itu Allah SWT

telah menyeru kita agar mematuhi

kandungan kekasih itu kerana

dengan itu kita akan memperolehi

keberkatan daripada-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan ini sebuah kitab (al-

Quran) yang Kami turunkan, yang

ada berkatnya (banyak manfaatnya),

Oleh itu, hendaklah kamu

menurutnya; dan bertakwalah

(kepada Allah), mudah-mudahan

kamu beroleh rahmat.” (Al-An’am:

155)

Malah Allah SWT juga menggariskan

adab-adab bagaimana

memuliakan kekasih kita ini. Antaranya

ialah apabila kita mendengar

bacaan al-Quran, maka kita perlu

mendengar dan berdiam

diri,

sebagaimana ingatan Allah SWT

dalam surah al-A’raf, ayat 204,

maksudnya: “Dan apabila al-Quran

itu dibacakan, maka dengarlah

akan dia serta diamlah (dengan

sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya),

supaya kamu beroleh

rahmat.”

3. Kekasih yang Setia

Kesetiaan dalam percintaan

adalah jaminan kebahagiaan hati.

Begitulah juga seandainya kita menjalinkan

cinta bersama al-Quran.

Namun begitu, orang yang bercinta

dengan Al-Quran akan sentiasa

mengukur kesetiaan dirinya terhadap

al-Quran. Lalu apakah ukurannya

Bukankah qiamullail itu

adalah satu pengukur yang paling

relevan Ini kerana kesukaran untuk

menunaikan ibadah pada malam

hari dengan tidur yang sedikit itu

menggambarkan pengorbanan.

Maksud firman Allah SWT:

“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya

ada golongan yang telah

(memeluk Islam dan) tetap (berpegang

kepada agama Allah yang

benar) mereka membaca ayat-ayat

Allah (Al-Quran) pada waktu malam,

semasa mereka sujud (mengerjakan

sembahyang). Mereka beriman kepada

Allah SWT dan hari akhirat, dan

menyuruh berbuat. Segala pekara

yang baik, dan melarang daripada

segala perkara yang salah (buruk

dan keji), dan mereka pula segera

pada mengerjakan berbagai-bagai

kebajikan. Mereka (yang demikian

sifatnya), adalah dari orang-orang

yang soleh.” (Ali Imran:ayat 113-114 )

Malah at-Tabrani meriwayatkan

daripada Sahl bin Sa’ad RA

daripada Rasulullah SAW, sabda

baginda: “Kemuliaan seorang Mukmin

ialah qiamullail (bangun pada

waktu malam untuk beribadat. ”

Baginda juga menceritakan

tentang kelebihan dan ganjaran

yang diperoleh seseorang yang berqiamullail

dan membaca al-Quran.

Sabda Baginda: “Sesiapa yang

melakukan qiamullail dengan membaca

sepuluh ayat, dia tidak tertulis

daripada kalangan orang-orang

yang lalai. Sesiapa yang melakukan

qiamullail dengan membaca seratus

ayat akan ditulis daripada kalangan

orang yang beribadat. Sesiapa

yang melakukan qiamullail dengan

membaca seribu ayat akan ditulis

daripada kalangan orang yang berlaku

adil.” (Riwayat Abu Daud)

4. Kekasih yang Perlu

Dibelai Sentiasa

Kekasih yang perlukan

belaian bermaksud kita perlu

menjaganya dan sentiasa

mendampinginya. Dari itu, Rasulullah

SAW sering memberi amaran

dan memerintahkan agar umatnya

menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik RA


Nilai Murni

25

katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Dibentangkan kepadaku pahala

umatku, sehingga pahala hasil perbuatan

seseorang yang membuang

kotoran daripada masjid. Dibentangkan

juga kepadaku dosa-dosa

umatku. Aku tidak dapati dosa yang

lebih besar daripada satu surah atau

satu ayat yang dikurniakan kepada

seseorang kemudian dia melupakan.”

(Riwayat Abu Daud dan at-

Tirmizi)

Selain itu, kita membelai

kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba

untuk membacanya

pagi dan malam malah berasa iri

hati dengan ‘kegilaan’ orang lain

membaca Kalamullah itu. Daripada

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa

Rasulullah SAW bersabda: “Hasad (iri

hati) itu tidak dibenarkan melainkan

dua perkara, seseorang yang dirahmati

Allah dengan bacaan al-Quran

dan terus berada dalam keadaan

demikian siang dan malam dan

seorang lagi yang dilimpahkan

dengan harta yang banyak oleh

Allah dan dia membelanjakannya

siang dan malam.”

Hasad dan iri hati semestinya

dilarang oleh Allah SWT. Bagaimanapun

ulama mentafsirkan hasad di sini

sebagai ghitbah yang dimaksudkan

sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini

menggambarkan keinginan memperolehi

sesuatu sama seperti orang

itu dan berlumba-lumba untuk lebih

terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten

atau beramal secara berterusan

untuk menjaga hubungan baik kita

bersama al-Quran. Bukankah dia

kekasih yang membahagiakan

Keutamaan Membaca

Al-Quran

Membaca al-Quran mempunyai

banyak keutamaan, antaranya

ialah:

1.Ibadat yang paling utama

dari segi bacaan manakala

sembahyang sebesar besar ibadat

dari segi gerak laku

atau perbuatan.

2.Pahala membaca al-Quran:

1 huruf 10 kebajikan, dan

menurut Ibnu Majah

diganda sampai 400 kali

dan menurut Ibnu Al Jauzi

diganda 700 kali.

3.Balasan satu huruf yang

dibaca ialah bidadari di syurga.

4.Juga dikatakan mendapat

balasan sebatang pohon

di syurga.

5. Pembaca al-Quran adalah

hartawan dan pahala membaca

tidak akan putus mengikut Ibnu

Abbas.

6. Pahala membaca satu huruf al-

Quran;

• Dalam sembahyang-100

kebajikan

• Di luar sembahyang

berwudhuk 50 kebajikan

Tanpa wudhuk - 10

kebajikan

7. Mendapat keselamatan daripada

api neraka.

8. Mendapat kedudukan yang

tinggi dan mulia bersama

Malaikat.

9.Pada hari kiamat,

al-Quran menjadi pembela.

10.Pembaca akan memperoleh

keamanan.

11.Membaca sebelum tidur akan

mendapat kawalan malaikat.

12.Pembaca dimasukkan ke

dalam golongan siddiqin.


26

Oleh : Ruzain Syukur Mansor

Cahaya It

T EKNODAIE

SEBAGAI PENAMPAN DAN PENGISLAH

BUDAYA HITAM

Golongan Teknodaie adalah

golongan yang dirasakan begitu

penting dalam usaha pengislahan

budaya ‘hitam’ alam internet

atau pornografi. Kita sedia maklum

dengan pengisian yang bercorak

‘hitam’ seperti pornografi, fitnah,

sentimen agama dan kaum serta

ancaman keselamatan sistem komputer

dalam alam siber. Ini kemungkinan

boleh mempengaruhi pelayar

siber kerana mendapat tanggapan

salah terhadap berita atau maklumat.

Malah kesan tindakan susulan

juga dikhuatiri memberi kesan

kepada diri dan persekitaran sama

ada aspek rohani, mental dan fizikal

pelayar siber.

Tetapi sebagaimana Allah

firmankan dalan al-Quran yang

maksudnya :“Sesungguhnya Kami

telah menunjukinya jalan yang lurus;

ada yang bersyukur dan ada pula

yang kafir”. (Luqman : 13) memberi

makna kepada kita bahawa jalan

yang benar telah disampaikan tetapi

masih ada yang ingkar dan degil

daripada patuh pada perintah-Nya.

Keterangan ini mengingatkan kita

kepada misi awal kewujudan manusia

di alam muka bumi iaitu misi Rahmatan

Lil Alamin. Bagi mereka yang

bersyukur dan faham tanggungjawab,

sudah pasti tugas pengislahan

(pembaikan) di alam siber merupakan

salah satu sektor yang perlu diberi

perhatian oleh para daie (pendakwah).

Panggilan kepada daie

yang menggunakan ICT dikenali sebagai

‘Tekno Daie”.

Menurut fakta penyelidik

mengatakan bahawa lebih 80,000

tapak web yang berkaitan dengan

pornografi iaitu nilai dagangannya

secara online mencecah lebih USD

1 bilion dan purata tapak baru yang

di hasilkan ialah sebanyak 200 tapak

sehari.

Walaupun diakui adalah

sesuatu yang sukar untuk membasmi

web pornografi seratus peratus

tetapi kini wujud satu teknologi yang

dinamakan teknologi penampan.

Teknologi ini sebahagian daripada

projek mengalihkan pencarian laman-laman

lucah kepada laman-laman

yang lebih baik dan sihat untuk

dikunjungi.

Laman web penampan

dibangunkan atas beberapa prinsip:

• Sebagai laman pencadang

dan pengalih kepada mereka yang

mencari laman-laman lucah agar

melawat laman yang lebih baik dan

sihat

• Penampan juga menghormati

prinsip bahawa semua orang

berhak untuk berada di Internet

dengan apa jua bahan

• Mencegah adalah matlamat

utama penampan. Sesuatu perlu

dilakukan untuk menyekat manamana

punca timbulnya nafsu jahat

dan keinginan untuk melakukan jenayah

sebegini

Justeru, Peranan golongan

teknodaie amat penting untuk turut

serta dalam kempen web penampan

di mana para penampan laman

web memerlukan jaringan ataupun

web berguna untuk ditukarkan dengan

web pornografi

Semoga kerjasama ini mampu

menyumbang kepada usaha

pengislahan gejala negatif di alam

maya seterusnya menyediakan

persekitaran yang kondusif, selesa

dan selamat bagi pengguna

internet.


Novel Bersiri

27

,

Oleh : Salina Ibrahim

DIA KHAIRUNNISAsiri DENGAR CERITANYA...

1

NAMANYA Khairunnisa’. Umurnya

15 tahun. Gadis sunti yang

sedang mekar remaja, pastinya.

Masih bersekolah, ya, apa lagi

kerjanya dalam usia begini kalau

bukan sebagai budak sekolah.

Alhamdulillah, dia masih mampu

disekolahkan kerana dia pernah

mendengar dan berpeluang melihat

anak-anak remaja seusianya di

Pakistan yang langsung tidak kenal

buku dan tidak pernah menjejak

tangga sekolah.

Dia pernah melihat anakanak

seusianya itu merayau di

tengah bandar yang berhabuk dan

kotor, menadah tangan meminta

sedekah dan merayu simpati orang

lalu-lalang. Dia lihat sendiri semua

itu ketika dalam perjalanan umrah

yang transit di Pakistan beberapa

tahun lalu.

Melihat dan cuba

menghayati sendiri penderitaan

anak-anak seusianya itu, buat dia

merenung diri sendiri. Dalam diam,

dia bersyukur. Bersyukur kerana dia

dilahirkan dalam keadaan serba

ada dan serba mampu.

Namanya Khairunnisa’.

Dieja dengan K, bukan Q. Dengan

dua N dan satu S, juga ada tanda

apostrophe (koma atas) di pangkal

ejaannya. Dia pernah merungut

pada mama dan papa yang

menamainya dengan nama itu,

mengapa tidak dieja dengan huruf

Q.

Bukankah ejaan Qairunnissa

itu kelihatannya lebih glamor dan

berkelas. Di sekolah, sahabat

baiknya mempunyai nama yang

dieja unik sekali – Nuur Schakyra

Addyna. Memang terasa glamor

dan uniknya. Jadi kalau boleh, dia

juga mahu begitu.

Dia juga pernah merungut

mengapa dieja namanya dengan

dua N dan satu S, juga tanda yang

dia gelarkan ‘tanduk’ di hujung

namanya. Namanya selalu silap

dieja dan kehadiran dua N dan

‘tanduk’ itu antara perkara yang

wajib dia pastikan setiap kali pada

borang-borang yang diisi oleh orang

lain.

Setiap kali cikgu kelas menulis

namanya, dia terpaksa berhatihati

melihat. Setiap kali kakak

kerani sekolah menulis namanya

dalam apa-apa borang, dia harus

memberitahu awal-awal, “Er, kak,

nama saya dieja dengan dua N

dan ada ‘tanduk’ di hujungnya.”

Dan kakak itu pasti mereunungnya

semacam kerana barangkali

terganggu ditegur begitu.

Tetapi mama kata, dia patut

bersyukur kerana diberikan nama

Khairunnisa’ kerana sekurangkurangnya

nama itu punya makna

yang baik. Namanya bermaksud

‘sebaik-baik wanita’. Kata mama

dalam nada separuh membebel,

separuh memujuk, dia patut

bersyukur dinamakan dengan nama

yang punya makna yang begitu

baik dan murni itu.

Dieja dengan KH – apabila

ditukar kepada tulisan jawi – menjadi

kha. Jika huruf Q, sudah menjadi

qaf, lantas nama Qairunnissa tidak

lagi memikul makna wanita terbaik.

Hujung bertanduk itu pula alasan

mama, dianggap lebih tepat jika

dibandingkan dengan ejaan jawi.

“Namanya

Khairunnisa’.

Dieja dengan K,

bukan Q. Dengan

dua N dan satu

S, juga ada tanda

apostrophe (koma

atas) di pangkal

ejaannya.”


28

Novel Bersiri

Dia fikir, lama berfikir, betul juga

alasan mama. Mengapa dia mesti

merungut yang bukan-bukan Dia

teringat lagi kawan sekelas yang

juga sahabat baiknya, Nuur Schakyra

Addyna. Rasa hendak tergeliat

menyebut namanya yang betul,

dan sudah-sudahnya kawan-kawan

hanya memanggilnya Cha!

Mengingati itu, Khairunnisa’

sangat-sangat insaf dan bersyukur,

namanya hanya Khairunnisa’!

Namanya Khairunnisa’. Mamanya

Ain Zubaidah. Nama mama

yang sebenarnya Nurain tetapi dia

suka menggabungkan nama Zubaidah

kerana Zubaidah adalah ibunya.

Nenek Khairunnisa’. Nama itu

mama gunakan dalam urusan kerjanya.

Oh ya, mama editor majalah

Nisa, majalah untuk Muslimah yang

terkenal di Malaysia.

Dua Nisa dalam hidup

mama, itu kata mama selalu!

Kadangkala buat dia cemburu

dengan dua Nisa itu kerana

mama ada ketika-ketikanya akan

melebihkan Nisa yang satu lagi.

Terutamanya apabila hujung bulan

membawa ke awal bulan berikutnya,

mama akan kerap balik lewat

atas alasan deadline majalah.

Papanya pula Khusyairi

Adam Lee, seorang jurutera. Papa

jurutera yang sibuk, enam bulan di

Dubai, setahun di Doha, enam bulan

kemudian terbang pula ke Bahrain

dan kini sudah setahun lebih

papa bertugas di Nigeria untuk menyiapkan

jalan raya di sana.

Khairunnisa’ dan papa memang

jarang-jarang dapat berjumpa

lama-lama. Tetapi hubungan

dengan papa banyak didekatkan

dengan e-mel dan laman sembang.

Malah setiap hari dia berpeluang

berjumpa, bercerita dan mengadu

apa-apa saja di alam siber dengan

papa. Canggih kan

Papa saudara baru, err, barukah

kalau sudah 17 tahun papa

memeluk Islam Tidak kisahlah lama

atau baru, tetapi papa memeluk

Islam 17 tahun lalu ketika menuntut

di universiti. Papa berkawan rapat

dengan mama ketika di universiti,

papa ada ramai kawan-kawan Melayu

yang beragama Islam. Justeru

papa tertarik dengan agama Islam.

Papa nekad memeluk Islam. Dan

selepas tamat pengajian, papa dan


29

‘‘

Mungkin

mama ditakdirkan

bertemu dengan

papa sekadar untuk

membawa dia

kepada

Islam. Mungkin

mama berkahwin

dengan papa

untuk beroleh

Khairunnisa’”

mama melangsungkan perkahwinan.

Oh ya! Papa dan mama

sebenarnya sudah lama bercerai.

Istana cinta mereka sudah berkecai

beberapa tahun selepas Khairunnisa’

dilahirkan. Aneh kadangkala

apabila Khairunnisa’ memikirkan.

Mama ada bercerita, papa pernah

dibuang keluarga apabila dia memilih

untuk memeluk Islam. Papa sudah

melalui banyak ranjau dalam

proses untuk menjadi Muslim dan

ditentang hebat apabila mahu

berkahwin dengan perempuan

Melayu, iaitu mama.

Tetapi kemudian selepas

istana dibina dan cahaya mata

lahir, rumah tangga itu akhirnya

berkecai juga. Bukankah itu suatu

pengorbanan yang sia-sia Dia

pernah secara tidak sengaja terkeluar

perkataan itu. Tetapi mama

cepat-cepat menafikan. Mungkin

mama ditakdirkan bertemu dengan

papa sekadar untuk membawa

dia kepada Islam. Mungkin

mama berkahwin dengan papa

untuk beroleh Khairunnisa’.

Bukankah Khairunnisa’ itu

anugerah terhebat buat mama

Dia tunduk, dia insaf mendengar

suara mama yang tenang tetapi

kedengaran begitu tulus itu.

Namun walaupun sudah

bercerai dan memilih haluan

sendiri-sendiri, papa dan mama

tetap bersahabat baik. Alasan

mereka; putus ikatan cinta, tidak

bermakna putus ikatan kasih

sebagai saudara se-Islam. Apatah

lagi kerana mereka ada Khairunnisa’,

yang menjadi jambatan penyambung

ikatan persaudaraan

dan persahabatan dua manusia.

Mereka sepakat berjanji,

satu-satu zuriat mereka iaitu

Khairunisa’; akan mendapat keutamaan

dalam apa jua situasi.

Disebabkan itu barangkali,

Khairunnisa’ tidak pernah rasa dia

kekurangan kasih sayang. Dia rasa

dirinya terkecuali daripada watakwatak

fiksyen dalam novel remaja

yang selalu mempotretkan watak

remaja yang tertekan dan tandus

kasih sayang kerana perceraian

ibu bapa. Alhamdulillah, dia sama

sekali tidak termasuk dalam kategori

itu. Dia rasa dirinya begitu dilimpahi

kasih sayang.

Selain kasih sayang mama

dan papa (walaupun mereka sudah

lama bercerai), dia juga mewah

kasih sayang Abah Khairi.

Abah suami baru mama sejak tujuh

tahun lalu. Er, barukah kalau sudah

tujuh tahun mereka mendirikan

mahligai bahagia Tidak kisahlah,

tetapi yang penting Abah Khairi itu

memang baik dan bertanggungjawab

orangnya.

Abah Khairi yang pelucu,

peramah dan selalu banyak idea.

Dia pensyarah di sebuah pusat pengajian

tinggi swasta, jadi dengan

gelarnya Doktor (Dr.) yang memiliki

ijazah doktor falsafah, dia memang

punya karisma tersendiri.

Khairunnisa’ seharusnya berterima

kasih kepada Abah Khairi

yang muncul kemudian dalam hidup

mereka, menceriakan mama,

memberikan kebahagiaan kepada

mama dan menerimanya bagaikan

anak sendiri.

Abah Khairi memang

anugerah buat mereka!

Khairunnisa’ sedar dia tidak

sendirian di dunia ini. Dia ada

adik, Muhammad Fathi, anak hasil

perkahwinan mama dengan Abah

Khairi. Adik yang nakal tetapi baik

hati itu jadi teman bergaduh, teman

bersenda dan kadangkala teman

meluahkan masalah.

Dia pernah diketawakan

kawan-kawan apabila bercerita

bahawa Fathi itu tempatnya

meluahkan masalah. Apalah yang

budak enam tahun tahu mengenai

kehidupan remaja 15 tahun Itu

ejek mereka. Tetapi Khairunnisa’

cepat mempertahankan. Fathi itu

memang kanak-kanak yang cekap

menangkap, memang dia kecil lagi

tetapi dia cepat mengerti.

Dan kawan-kawannya terdiam

mendengar hujahannya.

Dia Khairunnisa’. Dia memang

punya banyak cerita.

Mahu dengar, mahu tahu

ceritanya

(Bersambung)


30

Oleh : Nur Fazleen Zainee

Fikir Sejenak

Sejak berpuluh-puluh tahun sebelum

ini, pelbagai perubahan telah

berlaku kepada negara kita terutamanya

dari segi kemajuan teknologi

dan perindustrian negara serta peningkatan

taraf hidup rakyatnya. Keadaan

ini turut membantu menaikkan

nama negara di mata

negara-negara kuasa besar dunia.

Perubahan ini adalah hasil usaha

gigih rakyat dan juga kerajaan untuk

memajukan negara ini agar dikenali

di mata dunia.

Memang tidak dapat dipertikaikan

lagi, kemajuan dalam

bidang sains dan teknologi telah

berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan

baru. Antaranya termasuklah

penciptaan peralatan keperluan

harian yang berasaskan teknologi

logik fuzzy, penggunaan cakera padat

dalam alat pandang dengar

dan fotografi yang dapat menggantikan

penggunaan filem. Secara

tidak langsung, kemajuan yang didapati

hasil daripada kepakaran,

teknik, dan pemikiran inovasi canggih

dalam bidang sains dan teknologi

telah memberikan pelbagai kemudahan

kepada kita semua.

Namun begitu, tidak semua

kemajuan yang dinikmati hasil daripada

perkembangan sains dan

teknologi ini memberi kesan positif

terhadap masyarakat dan negara.

Sebagai contoh mudah yang dapat

dilihat adalah kewujudan pusat permainan

komputer dan juga pusat hiburan

karaoke yang tumbuh bagaikan

cendawan sedikit sebanyak

telah memberi bahana buruk kepada

masyarakat hari ini terutama

anak-anak remaja. Walaupun tujuan

penubuhan pusat-pusat ini adalah

Penyalahgunaan Kemajuan

Teknologi Penyebab Gejala Sosial

untuk menghilangkan rasa bosan

pada masa lapang dan tekanan

kepada pengunjung, namun aspek

penyalahgunaan kemudahan berikut

yang membimbangkan beberapa

pihak. Penyalahgunaan itu telah

memberi kesan yang negatif kepada

dunia teknologi. Ini dapat dilihat

menerusi tindakan para remaja

terutamanya pelajar sekolah yang

gemar akan keseronokan tersebut tidak

akan teragak-agak untuk menghabiskan

wang saku pemberian ibu

bapa demi mencapai kepuasan.

Malahan, ada segelintir yang sanggup

ponteng sekolah dan mengabaikan

tanggungjawab sebagai

pelajar demi keseronokan bermain

di pusat-pusat teknologi berkenaan.

Seharusnya, pemilik pusat

berkenaan bertanggungjawab

dalam hal ini. Mereka tidak sepatutnya

membenarkan para remaja

atau pelajar terutama yang beruniform

sekolah untuk memasuki pusat

teknologi mereka. Malah mereka

boleh membuat laporan kepada

pihak tertentu. Namun keghairahan

mereka dalam mengejar keuntungan

itu, membuatkan mereka tidak

menghiraukan peraturan dan kesan-kesan

negatif yang akan terjadi.

Ini menambah kerumitan untuk

membanteras kegiatan tersebut

serta menambah satu lagi kesan

negatif iaitu melepak. Di samping

itu, kegiatan tidak bermoral ini telah

menghampakan banyak pihak dan

menghalang hasrat kerajaan untuk

melahirkan sebuah masyarakat berwawasan

dan bernilai murni.

Siapakah yang harus dipersalahkan

dalam hal ini Adakah

kemajuan sains dan

teknologi menjadi

penyebab utama

atau didikan ibu

bapa dan pengajar

yang kurang sempurna

Atau kesilapan

individu itu

sendiri

Mungkin sukar bagi kita

memberikan jawapannya. Kita

seharusnya tidak menyalahkan

mana-mana pihak dan meletakkan

tanggungjawab atas satu pihak

sahaja. Kita seharusnya bersamasama

membanteras demi nama

baik negara tercinta agar tidak terjejas

kemajuannya. Sungguhpun

sukar untuk menangani masalah ini

dalam masa yang singkat, namun

kita masih boleh berganding bahu

dan bekerjasama. Lambat laun masalah

ini akan dapat diatasi juga.

Apa yang perlu adalah menggalakkan

golongan remaja khususnya

pelajar agar melibatkan diri dalam

aktiviti berfaedah dan bermoral.


Kartun

31

Oleh : Samat

Mat Selamat


32

Oleh : Hashim bin Ahmad

BUKTI CINTA

ALLAH

KEPADA HAMBA-NYA

Ada dua cinta yang hakiki dan tidak

pernah luntur iaitu cinta Allah kepada

hamba-Nya dan cinta ibu terhadap

anaknya. Namun keduanya

memiliki nilai yang berbeza.

Cinta Allah adalah cinta

yang tidak terbatas. Hakikat dan

besarnya tidak boleh disamakan

dengan kasih sayang siapa pun.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Rahmat (kasih sayang)Ku meliputi

segala sesuatu.” (al-A’raf: 156).

Untuk memberikan gambaran

kepada umat tentang kasih sayang

Allah, Rasulullah mengibaratkan

kalau kasih sayang Allah itu berjumlah

seratus, maka yang sembilan

puluh sembilan disimpan dan satu

bahagian lagi dibahagi-bahagikan.

Yang satu bahagian itu boleh mencukupi

seluruh keperluan makhluk.

Hal ini menunjukkan betapa luasnya

cinta Allah.

Bukti cinta Allah yang

pertama

Terdapat beberapa bukti

nyata tentang besarnya cinta

Allah kepada manusia. Bukti cinta

yang pertama adalah diturunkannya

al-Quran. Allah SWT, al-Khaliq

tidak membiarkan kita kebingungan

dalam menjalani hidup. Dia menurunkan

al-Quran sebagai penuntun

hidup, agar kita dapat meraih bahagia

di dunia dan akhirat. Firman

Allah yang bermaksud: “Kitab al-

Quran ini tidak ada sebarang syak

padanya (tentang datangnya dari

Allah dan tentang sempurnanya); ia

pula menjadi petunjuk bagi orangorang

yang (hendak) bertakwa.”

(al-Baqarah: 2).

Ada tiga petunjuk penting

yang diberikan Al Quran iaitu:

Allah mengutus para Rasul.

Secara fitrah, setiap manusia mepetunjuk

akidah yang tersimpul

dalam keimanan

akan keesaan Allah dan

kepercayaan akan kepas-

1tian hari pembalasan.

2jalan menerangkan norma

petunjuk mengenai akhlak

yang murni dengan

keagamaan dan moral,

baik yang menyangkut kehidupan

peribadi mahupun

sosial.

petunjuk mengenai

3syariat dan hukum iaitu

dengan jalan menerangkan

dasar-dasar hukum

dalam hubungannya

dengan Allah dan sesama

manusia.

Sekilas Bicara

Bukti kecintaan Allah

yang kedua

merlukan teladan yang boleh dijadikan

rujukan. Hal ini jelas daripada

firman Allah yang bermaksud: Firman

Allah yang bermaksud: “Demi

sesungguhnya, adalah bagi kamu

pada diri Rasulullah itu contoh ikutan,

iaitu bagi orang yang sentiasa

mengharapkan (keredaan) Allah

dan (balasan baik) hari akhirat, serta

ia pula menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam masa

susah dan senang)”.(al- Ahzab: 21).

Dia tidak membiarkan manusia

berjalan “sendirian”. Dia mengurniakan

“teman terbaik” yang akan

menemani manusia menuju jalan

kebahagiaan, mengenalkan manusia

kepada Tuhannya, sekali gus

menjadi model manusia yang sesuai

dengan kehendak Allah SWT.

Kita yang hidup tidak sezaman

dengan Rasulullah SAW, dapat

membuka warisannya berupa hadis

dan sunah. Di dalamnya terdapat

penjelasan yang terperinci tentang

semua ajaran Allah. Ajaran yang

berisi tentang petunjuk menjalin

hubungan dengan Allah (hablum

minallah) dan dengan manusia

(hablum minannas). Di dalamnya

juga kita mendapat gambaran tentang

peribadi mulia Rasulullah SAW

sebagai teladan paling baik.

Bukti kecintaan Allah

yang ketiga

Dia menjadikan semua yang

ada di bumi dan di langit untuk memenuhi

keperluan manusia.

Allah SWT tidak menciptakan alam

semesta tanpa maksud. Firman

Allah yang bermaksud: “Dialah

Allah, yang menjadikan segala yang

ada di bumi, kemudian Dia menuju

dengan kehendak-Nya ke arah

langit, lalu dijadikannya tujuh langit

dengan sempurna dan Dia Maha

Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

(al-Baqarah: 29).


Sekilas Bicara

33

Seluruh potensi yang ada di

dalam dan permukaan bumi dihamparkan

untuk diambil manfaatnya

oleh manusia. Tidak ada satu pun

makhluk di alam ini yang tidak bermanfaat.

Nyamuk misalnya, walaupun

mengganggu, nyamuk dapat

membangkitkan kreativiti manusia.

Penciptaan ubat nyamuk telah

mewujudkan aktiviti ekonomi kepada

penciptanya.

Allah telah menciptakan

alam dengan sangat sempurna,

sehingga manusia dapat hidup di

dalamnya dalam keadaan nyaman.

Semuanya telah diatur dengan tepat.

Perjalanan siang dan malam,

rantai makanan antara makhluk

hidup sampai pada lingkungan tempat

ia hidup, semuanya telah diatur

dengan hukum-Nya.

Bukti kecintaan Allah

yang keempat

Luasnya ampunan Allah SWT.

Sebanyak apa pun dosa manusia,

Allah pasti akan mengampuninya,

asalkan ia betul-betul bertaubat.

Tangan Allah terbuka setiap saat

bagi orang yang mahu bertaubat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah membentangkan

tangan-Nya di malam hari agar

orang yang berbuat keburukan di

siang hari bertaubat dan membentangkan

tangan-Nya di siang hari

agar orang yang berbuat keburukan

di malam hari bertaubat. (Ini

akan terus berlaku) hingga matahari

terbit dari arah Barat.”

( Riwayat Muslim).

Dia akan mengampuni

semua dosa, sekalipun dosa manusia

sepenuh isi bumi. Sabda Rasulullah

bermaksud: “Wahai manusia,

sekiranya kamu datang kepada-Ku

dengan membawa dosa seisi bumi

kemudian kamu bertemu Aku dalam

keadaan tidak menyekutukan Aku

dengan sesuatu apa pun, nescaya

Aku datang kepadamu dengan

membawa ampunan seisi bumi

pula,” (Hadis Qudsi : Riwayat Imam

Tirmidzi).

Tanda bukti cinta Allah

yang kelima

Allah adalah al-Razzaq, zat

Maha Pemberi Rezeki. Setiap makhluk

diberi-Nya rezeki agar mereka

dapat hidup dan beribadah kepada

Allah SWT. Tidak ada satu pun

makhluk yang tidak diberi rezeki, termasuk

manusia. Firman Allah yang

bermaksud: “Katakanlah, (wahai

Muhammad): “ Sesungguhnya Tuhanku

memewahkan rezeki bagi sesiapa

yang dikehendaki-Nya di antara

hamba-hamba-Nya dan Dia

menyempitkan baginya; dan apa

sahaja yang kamu dermakan maka

Allah akan menggantikannya

dan Dia-lah jua sebaik-baik pemberi

rezeki.” (Saba: 39).

Setiap kita telah diberi bahagian

rezeki. Yang perlu dilakukan

adalah ikhtiar menjemput rezeki itu.

Allah memberi kasih sayang-Nya

yang tidak terbatas agar kita bersyukur.

Dan syukur yang paling utama

adalah mengabdi diri kepada Nya

dengan tidak menyekutukan-Nya

dengan apa pun.


34

Oleh : Haslinda Lukman

“ Dan setelah itu Nabi Sulaiman

memeriksa kumpulan burung

yang turut serta dalam tenteranya

lalu berkata : “Mengapa aku tidak

melihat Burung hud-hud Adakah ia

dari mereka yang tidak hadir.” (al-

Naml:20)

Nabi Sulaiman merupakan

nabi yang telah dikurniakan Allah

dengan kelebihan yang banyak tentang

ilmu syariat dan pentadbiran.

Baginda juga mengetahui bahasa

haiwan, boleh berinteraksi dengan

jin serta menguasai angin untuk dijadikan

kenderaan.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman

menuju ke Yaman bersama bala

tenteranya yang terdiri daripada jin

dan manusia serta haiwan, lalu

mereka dijaga serta diatur perjalanan

masing-masing. Tiba di sana,

Sirah

nya menyembah Allah untuk keselamatan

dunia dan akhirat. Kerajaan

Saba’ merupakan salah satu kerajaan

kuno terbesar di daerah Yaman

yang wujud sebelum Masihi dan

sebelum Islam. Ibu kotanya adalah

Ma’rab, sebuah kota di Sana’a.

Setelah mendapat surat

yang diutuskan oleh Nabi Sulaiman,

Ratu Balqis telah memanggil semua

panglima serta barisan pemimpinnya

untuk bermesyuarat tentang

surat yang datang daripada Nabi

Sulaiman. Ratu Balqis memilih jalan

perdamaian kerana baginya peperangan

hanya akan menghancurkan.

Akhirnya Ratu Balqis membuat

keputusan untuk menghantar

hadiah kepada Nabi Sulaiman serta

ingin melihat apakah balasan Nabi

Sulaiman, iaitu apakah Nabi Sulaiman

akan melepaskan Saba’ kerana

hadiah yang bernilai tersebut atau

Nabi Sulaiman benar-benar ingin

menyeru kepada agama Allah.

Burung Hud-hud telah kembali

kepada Nabi Sulaiman dan

memaklumkan bahawa Balqis akan

menghantar hadiah kepada Nabi

Sulaiman. Setelah utusan pembawa

hadiah itu sampai bersama orangorangnya,

Nabi Sulaiman berkata

kepada utusan Balqis : “Tidak patut

kamu memberikan hadiah dari harta

benda yang bernilai dengan tujuan

supaya aku membiarkan kamu

dalam kekufuran, kerana apa yang

dikurniakan Allah SWT kepadaku

dari pangkat kenabian, kerajaan

besar dan harta kekayaan yang

banyak adalah lebih baik dari apa

yang diberikannya kepada kamu.

Di Mana Hud-Hud...

baginda memerintahkan burung

hud-hud (sejenis belatuk) mencari

sumber air. Walau bagaimanapun

burung hud-hud yang dipanggil tidak

juga muncul-muncul.

Ketiadaan burung hud-hud

menimbulkan kemarahan Nabi Sulaiman.

Tidak lama kemudian burung

hud-hud pun muncul dan menghadap

Nabi Sulaiman sambil berkata:

“Aku dapat mengetahui secara

meliputi akan perkara yang

engkau tidak cukup mengetahuinya,

dan aku datang dari negeri Saba’

dengan membawa

khabar berita

yang diyakini

kebenaran-

nya, sesungguhnya

aku dapati seorang

perempuan memer-

intah mereka, dan

ia telah diberikan kepadanya (serba

sedikit) dari tiap-tiap sesuatu

yang diperlukan dan ia pula mempunyai

singgahsana yang besar,

aku dapati raja perempuan itu dan

kaumnya sujud kepada matahari

dengan meninggalkan ibadah menyembah

Allah, dan syaitan pula

memperelokkan pada pandangan

mereka perbuatan (syirik) mereka,

lalu menghalangi mereka dari jalan

yang benar oleh itu mereka tidak

beroleh petunjuk. Mereka dihalangi

oleh syaitan supaya mereka tidak

sujud menyembah Allah yang Esa.”

(al-Naml:22-25)

Setelah mengetahui keadaan

itu, Nabi Sulaiman mengarahkan

diutus sepucuk surat kepada

Ratu Balqis yang memerintah negeri

Saba’ menyeru beliau dan rakyat-

Kembalilah kepada rajamu Balqis

dan rakyatnya dan katakanlah bahawa

sekiranya mereka masih juga

tidak beriman, maka kami akan

mendatangi mereka dengan angkatan

tentera yang mereka tidak

berdaya untuk menentangnya, dan

kami akan mengeluarkan mereka

dari negeri Saba’ dengan keadaan

hina dan menjadi tawanan.” (al-

Naml:36)

Setelah utusan itu menyampaikan

amaran Nabi Sulaiman barulah

sang ratu berasa yakin bahawa

Nabi Sulaiman bukan hanya seorang

raja bahkan seorang nabi dan mereka

tidak akan dapat menentangnya.

Ratu Balqis dan orang-orangnya mematuhi

seruan Nabi Sulaiman lalu berangkat

bersama-sama orang-orang

besarnya dan pengikut-pengikutnya

menuju ke Palestine menghadap


Sirah

35

Nabi Sulaiman.

Setelah berita kedatangan

mereka diketahui oleh Nabi Sulaiman

maka untuk membuktikan

kekuasaan Allah dan kebenaran kenabiannya,

Nabi Sulaiman bertanya

kepada pegawai-pegawainya yang

bijak pandai untuk membawa singgahsana

Balqis. “Nabi Sulaiman berkata

pula kepada golongan bijak

pandainya: “Wahai pegawai-pegawaiku,

siapakah di antara kamu

yang dapat membawa kepadaku

singgahsananya sebelum mereka

datang menghadapku dalam keadaan

berserah diri memeluk Islam”,

“Berkatalah Ifrit dari golongan jin : Aku

akan membawakannya kepadamu

sebelum engkau bangun dari tempat

dudukmu, dan sesungguhnya

aku amatlah kuat gagah untuk membawanya

lagi amanah”. Berkata

pula seorang yang mempunyai ilmu

pengetahuan dari kitab Allah : “Aku

akan membawakannya kepadamu

dalam sekelip mata. Setelah Nabi

Sulaiman melihat singgahsana itu

terletak di sisinya, berkatalah ia; “Ini

ialah dari limpah kurnia Tuhanku,

untuk mengujiku adakah

aku bersyukur atau tidak

mengenangkan nikmat

pemberian-

Nya”. Dan

sebenarnya sesiapa yang yang

bersyukur faedah syukurnya itu hanyalah

terpulang kepada dirinya

sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur

maka tidaklah menjadi hal

kepada Allah. Kerana sesungguhnya

Tuhanku Maha Kaya Lagi Maha

Penyayang”. (al-Naml:38-40)

Setelah Balqis dan rombongan

sampai ke Palestine, Nabi Sulaiman

bertanya kepada Balqis: “Serupa

inikan singgahsanamu, maka

Balqis sibijaksana menjawab dengan

mengatakan bahawa ia serupa

dengan singgahsananya kerana

dia sendiri tidak yakin bagaimana

singgahsananya boleh berpindah

tempat dengan begitu cepat. Namun

dia tidak menafikan sememangnya

singgahsana

tersebut memang betul

serupa dengan

singgahsananya

yang

berada

di Istana Saba’.

Ratu Balqis masuk ke ruang

istana Nabi Sulaiman sambil menyinsing

kainnya hingga ke betis kerana

melihat lantai istana Sulaiman

seperti berair, tetapi baru dia sedar

bahawa lantai itu bukan berair tetapi

dibuat daripada kaca yang sangat

jernih.

Pada saat itu barulah Balqis

sedar bahawa diri dan kaumnya

telah zalim terhadap diri sendiri dengan

menyekutukan Allah SWT. Ratu

Balqis juga menyeru kaumnya beriman

kepada Allah dan Nabi Sulaiman

dan akhirnya Ratu Balqis menjadi

permaisuri Nabi Sulaiman.


36

Oleh : Hasnan Kasan

Mensejahterakan Jasmani

Remaja ( Siri 1 )

Menjaga Kesihatan

Jasmani

Di dalam membincangkan

bagaimana para remaja hendak

mengurus dan menjaga kesihatan

tubuh badan mereka, di sini hanya

akan memaparkan saranan-saranan

umum yang telah dikemukakan

oleh Islam. Manakala perbincangannya

secara terperinci boleh

dirujuk kepada para doktor yang

mempunyai kepakaran yang tinggi

di dalam bidang menjaga kesihatan

jasmani.

1. Sederhana dan

makan makanan

yang baik

Di dalam membina kesihatan

jasmani yang baik Islam telah

menyarankan supaya manusia hanya

makan makanan yang baik-baik

sahaja. Ini telah disarankan oleh al-

Quran di dalam ayat 160, surah al-

A’raf yang bermaksud : “Makanlah

dari makanan-makanan yang baikbaik

dari apa yang kami kurniakan

kepada kamu.”

Yang dimaksudkan dengan

makanan yang baik-baik itu ialah

makanan yang halal dan mendatangkan

kebaikan kepada tubuh

badan serta tidak memudaratkannya.

Islam menghalang umatnya

dari menjunamkan diri mereka ke

lembah kebinasaan sama ada taksiran

kebinasaan ini kecil ataupun

Motivasi

besar. Firman Allah: yang bermaksud:

“ Dan jangan kamu campakkan

diri kamu ke lembah kebinasaan.”

(al-Baqarah: 165)

Di antara jalan yang boleh

mencampakkan diri ke dalam kebinasaan

ialah dengan memakan

atau meminum benda-benda yang

sudah diketahui memudaratkan seperti

dadah, arak, rokok dan makanan

serta minuman yang seumpama

dengannya. Bagi manusia yang

berakal waras dan mempunyai ilmu

serta prihatin terhadap kesihatan

jasmani mereka, sudah pasti mereka

akan menjauhkan diri daripada

perkara-perkara yang boleh mendatangkan

mudarat kepada tubuh

badan.

Di dalam makan dan minum

juga Islam sentiasa menyarankan

supaya kita bersederhana dan tidak

keterlaluan di dalam menikmati

makanan. Seorang muslim bersederhana

dan tidak keterlaluan di dalam

menikmati makanan. Seorang muslim

sekali-kali tidak akan menikmati

makanan yang terhidang dengan

rakus tanpa ada batasan untuk

berhenti. Seorang muslim terutama

di peringkat remaja hendaklah memastikan

dirinya tidak bertindak

mengisi perutnya sehingga kenyang

yang keterlaluan. Cukuplah sekadar

dapat mengembalikan tenaga untuk

melakukan aktiviti harian.

Firman Allah lagi yang bermaksud

: “Dan makanlah serta

minumlah kamu dan janganlah

kamu melampau-lampau. Sesungguhnya

Dia tidak suka kepada orang

yang melampaui batas.” (al-A-raf:

31)

Rasulullah SAW telah memberikan

panduan kepada umatnya

di dalam menjaga kesihatan jasmani.

Sabda baginda yang bermaksud

: “ Tidak ada bekas yang paling

buruk untuk dipenuhi oleh anak

Adam selain dari perutnya. Sekiranya

hendak mengisinya juga maka

isilah satu pertiga daripadanya dengan

makanan, satu pertiga dengan

minuman dan satu pertiga lagi

untuk pernafasan.”

(Riwayat at-Tarmizi)

Perut yang sentiasa penuh

dengan makanan akan menyebabkan

berbagai-bagai penyakit. Ia

juga akan mengakibatkan seorang

itu berasa malas untuk melakukan

sesuatu kerja dan lebih cenderung

kepada rehat dan tidur. Ini telah dinyatakan

oleh Umar bin al-Khattab

di dalam kata-katanya: “Jauhilah

daripada keterlaluan di dalam

makan dan minum (memenuhi perut).

Sesungguhnya ia akan merosakkan

tubuh badan, akan mewariskan

penyakit dan menyebabkan malas

hendak melakukan sembahyang.

Kamu hendaklah bersederhana di

dalam makan dan minum kerana ia

adalah lebih baik bagi tubuh badan

dan jauh daripada pembaziran. Sesungguhnya

Allah amat murka kepada

orang yang gemuk dan banyak

lemak. Seorang lelaki itu selamalamanya

tidak akan binasa sehing-


Motivasi

37

galah dia mementingkan syahwatnya

daripada agamanya.”

Sebahagian manusia menjadikan

makan dan minum sebagai

satu hobi atau tradisi yang diwarisi

daripada nenek moyang mereka. Di

dalam masyarakat Melayu yang majoritinya

Islam didapati tradisi makan

tengahari dan makan malam. Oleh

kerana sudah menjadi rutin hidup

makan dua kali sehari semalam

maka ada di kalangan masyarakat

yang memaksa diri mereka untuk

menikmati hidangan makanan yang

telah tersedia sekalipun perut mereka

masih kenyang dan tidak berasa

lapar.

Berdasarkan ayat al-Quran

dan hadis nabi yang lepas, di sini

saya menyarankan kepada ibu

bapa supaya tidak memaksa anakanak

terutama yang sedang melintasi

usia remaja menikmati makanan

sekiranya mereka merasakan perut

mereka masih kenyang. Ibu bapa

juga perlu prihatin di dalam memilih

hidangan makanan yang sesuai untuk

anak-anak mereka. Sebagai contoh

sekiranya diperhatikan seorang

anak itu kurang melakukan gerakan

jasmani dan juga tidak berminat

untuk melakukan riadah badan,

maka imbangilah makanan mereka

dengan makanan yang perlu bagi

orang yang tidak banyak memerlukan

tenaga jasmani.

Di dalam perbincangan

berkenaan makan dan minum ini

juga ada kaitan dengan masalah tidur

yang berlebihan. Gejala ini akan

lahir hasil dari perut yang terlalu kenyang

dengan makanan. Apabila

perut kenyang maka tenaga badan

kita akan banyak digunakan untuk

memproses makanan tersebut dan

ini akan menyebabkan seseorang

itu merasa mengantuk.

Banyak atau berlebihan tidur

akan menyebabkan badan menjadi

lesu dan malas untuk melakukan aktiviti

lain dalam kehidupan seharian.

Otak juga akan menjadi lembab

dengan tidur yang keterlaluan. Untuk

mengelakkan daripada diserang

oleh penyakit mengantuk dan banyak

tidur ini para remaja hendaklah

mengimbangi makan dan minum

mereka. Dari aspek yang lain

pula tidur yang berlebihan akan

menyebabkan banyak kerja-kerja

yang sepatutnya diselesaikan akan

terbengkalai terutama kerja mengulangkaji.

2. Melakukan

senaman jasmani

Badan yang sihat amatamat

diperlukan oleh generasi peringkat

remaja yang kebanyakannya

masih berada di dalam tempoh

pembelajaran sama ada di sekolah

atau di institusi pengajian yang lain.

Tempoh pembelajaran perlu kepada

akal yang cerdas dan segar.

Ia hanya akan didapati pada tubuh

badan yang sihat dan cergas.

Ini kerana “Akal yang sihat berada

pada badan yang sihat.”

Adalah tidak memadai

seorang remaja muslim menjaga

makan dan minum dengan memilih

makanan yang bermutu serta menjauhkan

diri dari makanan yang boleh

mendatangkan kemudaratan

kepada tubuh badan. Tidak memadai

juga untuk memastikan kesihatan

badan yang baik dengan menjauhkan

perlakuan-perlakuan yang

boleh melemahkan tubuh badan

“Seorang muslim

sekali-kali

tidak akan menikmati

makanan

yang terhidang

dengan

rakus tanpa ada

batasan untuk

berhenti.”


38

Motivasi

seperti tidur yang berlebihan, tidak

cukup tidur kerana berjaga malam

tanpa pengisian perkara yang mendatangkan

faedah serta perlakuan

yang lain-lain.

Remaja yang inginkan tubuh

badan yang sihat juga adalah perlu

melakukan senaman pergerakan

jasmani untuk memastikan kesihatan

tubuh badan yang baik itu berterusan

tanpa timbul penyakit dan gangguan

kesihatan yang lain. Remaja

yang cintakan kesihatan yang baik

perlu melakukan senaman yang

bersesuaian dengan kelapangan

masa, usia dan kemampuan yang

dimiliki. Senaman yang dilakukan

tidak boleh terlalu ringan kerana ia

tidak mencukupi untuk menyihatkan

badan. Mereka juga tidak boleh

melakukan senaman yang terlalu

berat kerana ia akan merosakkan

badan.

Al-Quran telah mengarahkan

umat Islam supaya menyediakan

kekuatan yang termampu

untuk berdepan dengan musuhmusuh

yang ingin menghancurkan

Islam. Firman Allah yang bermaksud

: “Dan persediakan oleh kamu

kekuatan yang sepatutnya untuk

berhadapan dengan mereka (musuh

Islam).” (al-Anfal: 60)

Di antara bentuk kekuatan

yang dituntut supaya dipersediakan

ialah kekuatan jasmani. Ini kerana

jasmani yang lemah dan lesu tidak

akan dapat melakukan kerja-kerja

yang sepatutnya dengan sempurna.

Ia juga akan mudah diserang

oleh pelbagai jenis penyakit.

Kadang-kadang untuk

melakukan senaman jasmani secara

berseorangan agak sukar. Ini

boleh jadi disebabkan oleh tidak

ada ‘mood’ atau malu diperhati

oleh orang ramai. Untuk mengatasi

masalah ini dinasihatkan supaya

para remaja mengenal pasti rakan

yang boleh dijadikan kongsi untuk

sama-sama melakukan senaman

jasmani. Perlu diingatkan juga apabila

melakukan senaman secara

berkelompok, kadang-kadang boleh

melupakan tempoh masa yang

“Di antara

bentuk kekuatan

yang dituntut

supaya

dipersediakan

ialah kekuatan

jasmani.”

sepatutnya digunakan untuk senaman

itu. Hati para remaja

hendaklah tegas dalam menentukan

masa yang diperuntukkan untuk senaman

jasmani dan melaksanakannya

dengan keazaman yang kuat.

Berbagai-bagai jenis kekuatan

jasmani yang boleh dilakukan

oleh remaja untuk menyihatkan tubuh

badan mereka. Perkara penting

yang perlu diberikan perhatian di sini

ialah kegiatan itu hendaklah sesuai

dengan keperluan dan kemampuan

tubuh badan serta kemudahan

peralatan serta masa yang dimiliki

oleh setiap orang. Sebagai contoh

remaja yang datang daripada keluarga

yang berpendapatan sederhana

sudah tentu keluarganya tidak

dapat menyediakan kemudahan

permainan yang memerlukan perbelanjaan

yang datang daripada

keluarga yang berada. Pandai-pandailah

setiap individu itu menyesuaikan

dirinya dengan keadaan yang

ada disekelilingnya supaya ia tidak

akan mengakibatkan tekanan kepada

jiwa.

bersambung..............


Ulasan Buku

39

Oleh : Nik Norliza binti Mustapa @ Awang

Hakim Musabaqah Terulung

Tajuk: Buku BIOGRAFI DATO’ HAJI HASSAN AZHARI

Penulis :Abd Rauf Hassan (Ph.D)

Wan Norainawati Wan Hamzah (M.A)

Penerbit: Jakim

Tebal: 142 muka surat

Kehidupan umat Islam tidak akan sempurna tanpa panduan al-Quran,

Kebahagiaan dan kenikmatan hidup tidak akan lahir jika semua umat Islam tidak

menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pembimbing hidup.

Apabila menyebut tentang al-Quran, masyarakat sudah pasti akan terlintas

mengenai tokoh yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Dato’ Haji Hassan bin

Azhari. Pembabitan beliau selama empat puluh tahun lebih dalam bidang pengajian

dan pengajaran al-Quran di Malaysia memberi sumbangan yang besar,

malahan melalui pengalaman beliau dan kepakaran yang dimiliki, beliau telah

memperuntukkan sebahagian besar masanya dengan mengajar al-Quran kepada

masyarakat pelbagai lapisan di mana sahaja termasuk di radio dan televisyen.

“Antara kaca dengan permata, dapat di beza dengan ilmu, menyebar

kalam merata-rata, Hassan insan tak pernah jemu.” Itulah ungkapan

yang diberikan oleh Dr. Hajah Samsina Hj. Abd. Rahman seorang pensyarah

dari Universiti Putra Malaysia. Sumbangan Dato’ juga dapat dikesan melangkaui

sempadan negara sehingga sebahagian umat Islam di negara

luar juga menerima faedah daripada ilmu beliau melalui kursus, seminar,

penghakiman dalam majlis tilawah al-Quran dan sebagainya.

Khusus kepada Jakim, jasa dan pengorbanannya menjayakan

Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa

amat bermakna sekali. Penyertaan beliau dalam mesyuarat, kursus,

seminar dan seumpamanya ke arah memajukan bidang pengajian

al-Quran di negara ini sangat dihargai dan amat penting kepada

pembangunan insan yang menjadi sebahagian tanggungjawab

Jakim.

“Biografi Dato’ Haji Hassan Azhari” memuatkan hampir keseluruhan

perjalanan hidup beliau bermula daripada latar belakang kelahiran,

pendidikan, pekerjaan, keluarga, sumbangan dan pengalaman beliau serta penghargaan

yang diterima daripada pelbagai pihak. Menariknya penglibatan beliau dalam bidang

seni turut dipaparkan dalam buku ini. Beliau seorang yang berbakat dan pernah mempunyai

kumpulan nasyid serta telah mencipta lebih tujuh puluh buah lagu nasyid.

Pada akhir kisahnya, beliau turut menyampaikan kata-kata harapan antaranya ialah, “Setiap muslim perlulah

sentiasa berdampingan dengan al-Quran kerana sesiapa yang membaca al-Quran akan diterangkan hati oleh Allah.

Ini dibuktikan dengan amalan pembacaan al-Quran setiap Jumaat di waktu pertama di Sekolah Agama Menengah

Kuala Kubu bila mana peratus kelulusan pelajarnya dalam peperiksaan besar melonjak naik. Ini adalah keberkatan al-

Quran itu sendiri.” Sebagai bahan bacaan umum kepada masyarakat, kandungan buku ini mempunyai nilai keabsahan

dan faktanya tidak dapat disangkal kerana penulis buku ini merupakan orang yang paling hampir dengan Dato’

Haji Hassan iaitu anak dan menantu beliau sendiri.


40 Fikir Zikir

Oleh : Mohd Salehuddin bin Abdul Aziz

ILMU

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah (Wahai Muhammad) Adakah sama

orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu”.

(az-Zumar: 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka

hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu

dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” (Riwayat

at-Tirmidzi)

Kisahnya

Pada suatu hari, ahli Basrah berdebat sesama mereka. Berkata salah seorang

daripada mereka bahawa ilmu lebih baik daripada harta dan sebahagian lagi mengatakan

harta lebih baik daripada ilmu. Mereka mengutus seor ang utusan bagi

mendapatkan jawapan daripada Ibnu Abbas. Ibnu Abbas menjawab “Ilmu itu lebih

baik daripada harta”.

Utusan itu meminta penjelasan daripada Ibnu Abbas mengenai jawapannya.

Ibnu Abbas berkata “Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi-nabi

dan harta itu warisan Firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang

menjaganya. Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan tetapi harta akan berkurang jika

dinafkahkan. Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya dan

orang yang berilmu terus dikenang selepas kematiannya.

Kemudian utusan itu pulang kepada ahli Basrah dengan menyampaikan jawapan

yang diberikan oleh Ibnu Abbas dan menyelesaikan perdebatan mereka itu.


AKU REMAJA

PUNYA CITA-CITA

AKU REMAJA DUNIA HARI INI

HIDUP PENUH PANCAROBA

NUKILAN : MUHAMMAD AZWAN HASHIM

41

REMAJA ITU AKU

BERJALAN AKU MELIHAT DUNIA

BERLARI AKU MENGEJAR IMPIAN

BERENANG AKU MEREDAH CABARAN

A k u R e m a j a

REMAJA ITU DUNIA AKU

LUAS TERBENTANG PELUANG

DAN PILIHAN

TERSILAP LANGKAH PASTIKU REBAH

TEPAT LANGKAH MARA TAPAKKU MELANGKAH

AKU REMAJA

INGIN TERBANG MELAYANG DI UDARA

SETINGGI PUNCAK KUINGIN MENDAKI

SELUAS LAUTAN KUINGIN RENANGI

UNTUK AKU LEBIH MENGENALI

SIAPA AKU SEBAGAI REMAJA

BIAR CITA-CITA MENGGAPAI AWAN

BIAR KHAYALAN TAK BERTEPIAN

BIAR DUNIA MENJADI UJIAN

RAPATILAH AKU DENGAN BELAS KASIHAN

NASIHATILAH AKU DENGAN KELEMBUTAN

KERANA AKU SEORANG REMAJA


42

DAPATKAN BUKU TERBITAN JAKIM

UNTUK MENAMBAH KOLEKSI DAN PENGETAHUAN ANDA

AFSIR AR-RAHMAN-INTERPRETATION

OF THE MEANING OF THE QURAN

RM 58 (Harga Selepas Diskaun : RM 40)

ISBN : 983-042-013-2

Halaman : 1317

Penulis / Penterjemah : Tuan Sheikh Abdullah bin Mohd Basmeih

(Versi Asal Bahasa Melayu)

Penilai /Pakar Rujuk : Ustaz Uthman El-Muhammady

Penterjemah : Panel Penterjemah ITNM

Dr. Mohd Akram Laldin

Dr. Mohamad Shah Jani

Dr. Nasimah Husin

Adi Setia Mohd Dom

Mohamed Zain Sulaiman

: Saleha Abdullah

Sinopsis :

Tafsir Ar-Rahman - Interpretation of the meaning of the Quran merupakan

versi Bahasa Inggeris bagi terjemahan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

yang telah diusahakan oleh Jakim mulai tahun 1968.

Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di :

Aras 1, Blok D9, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putajaya.

Tel : 03-88864575

More magazines by this user
Similar magazines