08.01.2015 Views

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Empowered lives.

Resilient nations.

PERSATUAN PENDUDUK

UMA BAWANG

Malaysia

Kajian Kes Inisiatif Equator

Penyelesaian Masyarakat terhadap Pembangunan Berkekalan, alam semulajadi dan

kecekalan komuniti

SIRI KAJIAN KES INISIATIF KHATULISTIWA PROGRAM PEMBANGUNAN

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNDP)

Masyarakat tempatan dan pribumi di seluruh dunia sedang memajukan penyelesaian pembangunan mampan dan inovatif

yang berkesan untuk masyarakat dan alam sekitar. Beberapa penerbitan atau kajian kes mengisahkan bagaimana inisiatif

tersebut berkembang, keberkesanannya, atau bagaimana ianya berubah dari semasa ke semasa. Tidak ramai yang ingin

menyampaikan kisah ini, maka pengamal komuniti sendiri menggunakan naratif sebagai panduan.

Untuk menandakan ulang tahun ke-10, Inisiatif Khatulistiwa berhasrat untuk mengisi jurang ini. Kajian kes berikut adalah

salah satu daripada siri perkembangan yang memperincikan hasil kerja pemenang Hadiah Khatulistiwa - disemak dan diulas

oleh pengamal terbaik dalam pemuliharaan alam sekitar berasaskan komuniti dan mata pencarian yang mampan. Kes-kes

ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perbincangan polisi yang diperlukan untuk membawa kejayaan tempatan

untuk dipertimbangkan, bagi memperbaiki pengetahuan sejagat terhadap persekitaran tempatan dan penyelesaian

pembangunan, dan untuk berfungsi sebagai model untuk direplikasi. Kajian kes sebaik-baiknya dilihat dan difahami dengan

merujuk kepada ‘Kuasa Tindakan Tempatan: Pengajaran dari 10 Tahun Hadiah Khatulistiwa’, sebuah ringkasan pengajaran dan

panduan polisi yang diambil dari bahan-bahan kes berkenaan.

Klik pada peta untuk melawat pangkalan data kajian kes Inisiatif Khatulistiwa

Penyunting

Ketua Penyunting:

Pengurus Penyunting:

Penyunting Penyumbang:

Joseph Corcoran

Oliver Hughes

Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Erin Lewis, Whitney Wilding

Penulis Penyunbang

Edayatu Abieodun Lamptey, Erin Atwell, Toni Blackman, Jonathan Clay, Joseph Corcoran, Larissa Currado, Sarah Gordon, Oliver Hughes, Wen-

Juan Jiang, Sonal Kanabar, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Rachael Lader, Patrick Lee, Erin Lewis, Jona Liebl, Mengning Ma, Mary McGraw,

Gabriele Orlandi, Brandon Payne, Juliana Quaresma, Peter Schecter, Martin Sommerschuh, Whitney Wilding, Luna Wu

Pereka Bentuk

Oliver Hughes, Dearbhla Keegan, Matthew Konsa, Amy Korngiebel, Kimberly Koserowski, Erin Lewis, John Mulqueen, Lorena de la Parra,

Brandon Payne, Mariajosé Satizábal G.

Penghargaan

Inisiatif Khatulistiwa mengiktiraf dan menghargai Persatuan Penduduk Uma Bawang (UBRA), khususnya bimbingan dan sumbangan Jok Jau

Evong (Sahabat Alam Malaysia, Sarawak) serta Evelyn Enna. Semua gambar ihsan daripada UBRA. Peta ihsan daripada CIA World Factbook dan

Wikipedia. Kajian kes Persatuan Penduduk Uma Bawang di bawah Inisiatif Khatulistiwa ini telah diterjemahkan oleh Amirah Mohd Alias dan

dibaca pruf oleh Liza Haslan Tan (sukarelawan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Petikan Dicadangkan

United Nations Development Programme. 2012. Uma Bawang Residents’ Association, Malaysia. Equator Initiative Case Study Series. New York, NY.

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWAN

Malaysia

RINGKASAN PROJEK

Organisasi berasaskan komuniti ini beroperasi dalam hutan

di negeri Sarawak, Malaysia. Walaupun hak tanah adat

milik Pribumi Kayan telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,

namun, banyak tanah yang masih belum ditandakan

secara rasmi, menjadikan tanah-tanah ini terdedah kepada

tuntutan-tuntutan bercanggah dari pihak luar yang

berkepentingan. Ahli-ahli persatuan bekerjasama bersama

pihak Sistem Maklumat Geografi atau GIS kaji selidik dan

teknologi pemetaan untuk mengumpulkan penggunaan

tanah hutan oleh komuniti-komuniti tempatan. Lantas

menyediakan hak penggunaan kepada tuntutan undangundang

di mahkamah. Gabungan penentangan secara

aktif juga dilakukan terhadap pencerobohan oleh syarikatsyarikat

pembalakan dan kelapa sawit, termasuklah sekatan

jalan dan perakuan politik, serta didorong oleh sekatan

selama dua dekad ke atas pembangunan mata pencarian,

persatuan ini telah berjaya menghalang kemusnahan

hutan tanah adat milik orang Kayan, malah memaparkan

kebolehan mereka dalam pengurusan mampan terhadap

komuniti tempatan yang bergantung secara langsung

kepada mereka.

ISI KANDUNGAN

KUNCI FAKTA

PEMENANG EQUATOR PRIZE: 2002

DITUBUHKAN: 1990

LOKASI: Utara Sarawak, Malaysia

MANFAAT: Kira-kira 100 orang Pribumi Kayan

CIRI BIODIVERSITI: Penghutanan semula dengan pokok spesis

tempatan

Latarbelakang dan Konteks 4

Aktiviti Utama dan Inovasi 6

Impak Biodiversiti 8

Impak Sosio Ekonomi 9

Impak Polisi 10

Berkekalan 11

Replikasi 11

Rakan Kongsi 11

3

Latarbelakang dan Konteks

Dalam jangka masa 20 tahun antara tahun 1960 dan 1980 sahaja,

Asia telah kehilangan satu pertiga litupan hutan hujan tropika, kadar

tertinggi perubahan hutan di dunia. Pembalakan dan penanaman

tidak mampan memusnahkan litupan pokok, menjadi punca kepada

degradasi alam sekitar di banyak pulau sekitar rantau Asia Tenggara.

Kehilangan habitat mendatangkan ancaman kepada bukan sahaja

terhadap kemandirian spesis, akan tetapi juga kepada komuniti

Pribumi dan cara hidup mereka. Negeri Sarawak, Malaysia terletak

di kawasan barat laut pulau Borneo, merupakan contoh kepada

kemusnahan hutan secara meluas – lebih dari 80 peratus dari hutanhutan

negeri tersebut telah ditebang. Sarawak merupakan negeri

terbesar antara 13 negeri Malaysia, dengan keluasan tanah sebanyak

124,449 km persegi (12.4 juta hektar). Terletak di bahagian barat laut

Borneo, ianya berkongsi sempadan dengan negeri Sabah, negara

Brunei Darussalam, dan Kalimantan, wilayah milik Indonesia di Pulau

Borneo. Ibu negeri bagi negeri Sarawak ialah Kuching, dengan Sibu,

Miri dan Bintulu sebagai bandar-bandar utama negeri tersebut.

Jumlah penduduk Sarawak dianggarkan kira-kira 2.4 juta orang,

yang mana hampir separuh merupakan orang Pribumi Dayak yang

terdiri dari pelbagai subkumpulan etnik yang berbeza. Kaum lain

termasuklah orang Melayu, orang Cina, dan sekumpulan kecil orang

India. Lapan puluh peratus dari jumlah keseluruhan orang Dayak

Sarawak tinggal di kawasan pedalaman dan bergantung kepada

pertanian, pemburuan dan pengumpulan bagi tujuan sara hidup.

Ciri-ciri sistem pemegangan tanah orang Dayak adalah kompleks.

Tanah sememangnya merupakan sumber paling penting bagi

orang Dayak: ia menyediakan rezeki asas mereka, dan kepentingan

utama terhadap kerohanian mereka. Hak penggunaan tanah orang

Dayak termaktub dalam sistem orang asli yang dikenali sebagai

adat, sebuah sistem tempoh tanah yang juga mengasaskan sistemsistem

sosial, ekonomi dan budaya mereka. Hak tanah adat dan

sumber alam telah diiktiraf semasa Dinasti Brooke (1842-1946), oleh

Pentadbiran Penjajah British, dan pengiktirafan ini diteruskan selepas

kemerdekaan Sarawak pada tahun 1963 dan menyertai Persekutuan

Malaysia. Walaupun hak-hak tanah adat ini tidak dimansuhkan oleh

mana-mana perundangan dan masih berkuatkuasa, sebahagian

besar tanah adat milik orang Dayak masih tidak ditandakan secara

rasmi.

Orang Kayan merupakan suku kaum Pribumi seramai 27,000 orang

yang dikategorikan sebagai subkumpulan kepada orang Dayak.

Budaya dan adat mereka adalah hampir serupa kepada budaya

dan adat orang Dayak Borneo. Secara tradisi, orang Kayan tinggal

di rumah panjang di kawasan-kawasn tebing sungai dan aktiviti

pertanian mereka berasaskan pertanian pindah-randah dan

penanaman padi kering. Mereka juga mengusahakan penanaman

sagu, sejenis kanji yang diekstrak daripada empulur batang pokok

sagu (Metroxylon sagu.). Komuniti terpencil Kayan Uma Bawang

terletak di kawasan hutan hujan tropika bahagian utara Sarawak,

berhampiran dengan Sungai Keluan. Pada tahun 1980-an, kawasan ini

mengalami penebangan secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat

pembalakan. Ini menimbulkan kesengsaraan kepada komuniti

Uma Bawang kerana sumber asli hutan semakin berkurangan.

4

Pencemaran dan pemendapan sungai-sungai memberi kesan buruk

kepada sumber air dan penangkapan ikan, serta kejadian banjir

yang tidak menentu membawa kepada kemusnahan hasil tanaman,

lalu menjejaskan usaha semula pertanian.

Perkembangan ini membawa kepada ketegangan hubungan

antara ahli komuniti yang tinggal di rumah panjang yang paling

berpengaruh. Rumah panjang berfungsi sebagai pusat pentadbiran

dalam budaya Dayak dan setiap rumah panjang dihuni oleh

beberapa keluarga yang besar. Sesetengah keluarga mendapat

faedah dari hubungan baik dengan syarikat-syarikat pembalakan,

memperolehi peluang untuk menjana pendapatan dan mencapai

taraf hidup yang lebih tinggi. Akan tetapi, faedah-faedah ini

diperolehi atas kesengsaraan yang dialami oleh keluarga-keluarga

lain dan pampasan dari syarikat-syarikat pembalakan untuk konsesi

balak sentiasa tidak mencukupi dan diedarkan secara tidak adil.

Menubuhkan komuniti baru

Pada April 1989, ketegangan-ketegangan ini membawa kepada

penubuhan komuniti baru yang menentang syarikat-syarikat

konsesi pembalakan. Mereka berpangkalan di rumah panjang

sementara di Sungai Keluan, kira-kira enam batu dari tapak asal

mereka. Komuniti baru ini dikenali sebagai Uma Bawang Keluan

atau Keluan. Para penduduknya menubuhkan dan mendaftarkan

secara rasmi persatuan mereka, Persatuan Penduduk Uma Bawang

(UBRA) pada tahun 1990 untuk menyelaraskan usaha campur

tangan praktikal dan aktiviti melobi mereka. UBRA terbuka kepada

mana-mana ahli rumah panjang. Objektif utama UBRA adalah untuk

mempromosikan hak dan kepentingan komuniti Sungai Keluan, dan

untuk mempertahankan sumber asli hutan mereka.

Persatuan ini diterajui oleh sebuah lembaga disiplin, bersama orang

tua Kayan yang mahir dalam undang-undang adat bertindak sebagai

penasihat. Lembaga tersebut pula dianggotai oleh individu-individu

dari pelbagai kelas masyarakat dan beberapa anggota tertinggi

UBRA adalah terdiri dari golongan wanita. Persatuan ini berfungsi

secara demokratik dengan keahlian persatuan akan diundi secara

dwitahunan. Setiap keputusan mewakili kepentingan bersama

ahli-ahli rumah panjang. Pada masa ini, UBRA mempunyai 60 ahli

berdaftar, kurang dari jumlah asal iaitu 80 ahli pada tahun 1990.

5

Aktiviti Utama dan Inovasi

Sejak penubuhannya, UBRA telah berusaha untuk menentang

syarikat-syarikat pembalakan dan memulihkan semula hutan-hutan

yang terjejas, dan mengutarakan sokongan mereka terhadap

perlindungan 900 hektar tanah milik mereka. Sepanjang tahun

1990-an, UBRA telah mendirikan sekatan jalanan untuk menghalang

syarikat-syarikat pembalakan dari memasuki kawasan hutan,

yang mana ahli-ahlinya ditahan dan dipenjarakan, pada masa

sama menghadapi penindasan dari kerajaan, saman dan ugutan.

Di samping mengutarakan sokongan terhadap perlindungan

kawasan hutan mereka dan aktiviti-aktiviti bantahan, UBRA juga

mengusahakan pemetaan secara inovatif untuk memelihara hak

hutan adat dan akses kepada kawasan hutan milik mereka. UBRA

juga menyokong komuniti-komuniti dalam membangunkan

kepelbagaian pendapatan yang tidak menjejaskan ekosistem hutan.

Usaha kempen dan pemuliharaan UBRA bermula pada hujung tahun

1980-an, di mana persatuan tersebut cuba untuk menghentikan

penebangan hutan dengan menghalang kemasukan kenderaankenderaan

pembalakan komersial. Percubaan ini akhirnya gagal,

dengan tentera milik kerajaan Malaysia menahan 42 orang komuniti

Uma Bawang dan memenjarakan mereka selama dua minggu

sementara pembalakan diteruskan. Akibatnya, sebahagian besar

kawasan hutan diterangkan. Namun, UBRA tetap meneruskan

bantahan mereka terhadap pembalakan dan mengutarakan

sokongan kepada perlindungan rasmi ke atas tanah milik Uma

Bawang. Usaha UBRA ini membawa kepada kejayaan pengiktirafan

rasmi Hutan Simpan Bersama UBRA.

Penglibatan pemetaan dalam mempertahankan hak adat

Pemetaan merupakan usaha utama UBRA, bagi membantu mereka

memberikan hak di bawah undang-undang dan mempertahankan

sempadan mereka, lantas memastikan pengiktirafan tanah-tanah

adat mereka. UBRA menggunakan teknik penglibatan pemetaan

berasaskan penilaian penyertaan luar bandar (PRA) dan penilaian

pesat luar bandar (RRA). Penilaian penyertaan luar bandar

merujuk kepada pengumpulan kaedah yang membenarkan

penduduk tempatan berkongsi, menambah baik, dan menganalisis

pengetahuan mereka mengenai keadaan tempatan. Manakala

penilaian pesat luar bandar pula merujuk kepada maklumat yang

dikumpul dan diekstrak oleh orang luar. Ini adalah berbeza dengan

kaedah PRA yang menggunakan pengetahuan penduduk tempatan

dan ianya dimiliki oleh penduduk tempatan. Antara penggunaan

PRA termasuklah pengurusan sumber asli, agrikultur, dan programprogram

yang mensasarkan kesihatan dan keselamatan makanan.

Bagi kes Uma Bawang, tujuan utama adalah untuk membantu orang

Pribumi berkomunikasi tentang hak adat mereka kepada pihak

berkuasa kerajaan melalui pengetahuan mereka terhadap lanskap

dan ekosistem yang didiami.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) juga digunakan untuk menukar

peta yang dihasilkan kepada format komputer. Sistem berasaskan

komputer ini dapat membantu pengguna untuk menangkap,

merekod, menyimpan dan menganalisis data dari semasa ke

semasa. Ianya dapat digunakan untuk menghasilkan peta serta

membantu membuat keputusan untuk mengurus sumber asli ke

atas kawasan yang besar seperti kawasan tadahan air. Ahli UBRA

telah dilatih dalam teknik-teknik pengukuran dan pemetaan, yang

telah digunakan secara sah untuk mempertahankan sempadan

komuniti dalam mahkamah, dan memastikan asas sesebuah tanah

milik mereka boleh diusahakan tanpa merosakkan hutan.

Pasca sebuah bengkel yang dilaksanakan pada tahun 1995, sebuah

peta bersaiz besar yang mengukur kawasan projek Keluan telah

berjaya dihasilkan oleh ahli-ahli UBRA. Dokumen ini terbukti berguna

untuk pengurusan sumber asli dengan membenarkan penduduk

tempatan mendapatkan semula kawalan ke atas kawasan-kawasan

hutan simpan bersama. Ianya juga telah digunakan untuk mengenal

pasti perbezaan sempadan antara lot tanah, lantas mengurangkan

pertikaian antara pemilik tanah. Kawasan tersebut telah diiktiraf

sebagai Hutan Simpan Bersama UBRA. Dalan beberapa tahun

kebelakangan ini, sebuah badan organisasi iaitu Sahabat Alam

6

Malaysia telah menggunakan teknologi GIS untuk memasukkan peta

ini ke dalam komputer. Penggunaan lapisan GIS bersama imej dari

satelit telah membantu meluaskan lagi penggunaan peta Keluan

bagi tujuan pengurusan sumber asli. Sejak bengkel pemetaan UBRA

yang pertama, kadar penggunaan teknik tersebut oleh komuniti

Keluan dan lain-lain telah bertambah untuk mempertahankan

secara sah sempadan mereka dan memperolehi pengiktirafan rasmi

tanah adat mereka.

Menguji aktiviti baru

Di samping proses menubuhkan hak adat ke atas sumber asli

hutan, salah satu matlamat UBRA adalah untuk mewujudkan satu

pendekatan yang membina dan mampan kepada pengurusan

sumber asli, berasaskan projek pendapatan alternatif yang akan

membawa manfaat kepada semua pihak dalam komuniti. Dalam

komuniti berasaskan ekonomi tradisional yang menggunakan

sistem barter, UBRA telah memperkenalkan pelbagai jenis kemahiran

yang menghasilkan pendapatan wang tunai (yang mana sekarang

diperlukan untuk cukai, yuran sekolah dan rawatan perubatan) dari

produk-produk yang boleh dijual di pasaran. Sehingga kini, terdapat

projek yang melibatkan penanaman padi bersama dan bank beras,

sebuah kilang beras, penternakan bebas khinzir, kolam ikan,

perusahaan kraftangan, penanaman pokok buah-buahan, lada dan

kayu jati berkuliti tinggi, pertanian beras basah, penternakan katak

dan penanaman jatropha atau pokok belanda secara kecil-kecilan

Memandangkan projek-projek ini merupakan perusahaan baru,

maka terdapat beberapa percubaan dan kesilapan yang terlibat

dalam perlaksanaannya. Orang Keluan telah disokong oleh pelbagai

organisasi dari tempatan dan luar negara, dan selain dari tabung

biji benih, komuniti ini merupakan salah satu komuniti yang

mempunyai kesinambungan dari segi kewangan. Sebahagian dari

hasil pendapatan dari projek-projek yang berjaya telah dilaburkan

semula oleh UBRA ke dalam beberapa usaha niaga, dan keuntungan

selebihnya telah disalurkan secara terus kepada pengusaha

tempatan.

Perjuangan berterusan

Selain dari aktiviti menjana pendapatan alternatif, UBRA juga terlibat

dalam progam jangka panjang pemuliharaan semula kawasan

hutan yang ditebang. Sejak tahun 1992, penduduk kampung Uma

Bawang dan perkampungan berdekatan telah menanam semula

lebih dari 35,000 biji benih pokok kayu tempatan seperti meranti,

kapur dan engkabang ke atas bekas kawasan hutan yang ditebang

oleh pembalakan komersil. Enam tapak semaian juga telah dibina

untuk mengekalkan usaha penanaman semula hutan.

Sebuah fokus penting yang berterusan dalam usaha UBRA adalah

bantahan terhadap konsesi pembalakan atau perladangan.

Kejayaan awal penghutanan semula oleh persatuan ini sebenarnya

telah meningkatkan tekanan manusia ke atas persekitaran hutan,

dengan syarikat pembalakan kembali ke kawasan berkenaan dan

syarikat-syarikat berkepentingan yang berminat untuk membuka

ladang kelapa sawit.

7

Impak

IMPAK BIODIVERSITI

Usaha penghutanan semula oleh UBRA ke atas kawasan tanah yang

terjejas oleh syarikat pembalakan bermula pada tahun 1992. Pada

awalnya, 4,000 biji benih pokok kayu tempatan ditanam semula di

kawasan-kawasan berkenaan, dan dana milik UBRA juga digunakan

untuk membiayai keluarga Keluan untuk menanam dengan

purata 200 biji benih pokok buah-buahan di kawasan rumah

masing-masing. Projek ini ditingkatkan pada tahun 2002, dengan

penanaman sebanyak 9,000 biji benih pokok di sekililing Hutan

Simpan Bersama UBRA. Salah satu matlamat projek ini adalah untuk

memberi nafas baru kepada anak sungai yang mengalir melalui

kawasan ini. Pada tahun 2006, sebuah geran sebanyak USD 50,000

daripada Program Geran Kecil-Kecilan UNDP GEF memberi peluang

kepada UBRA untuk menanam 10,000 biji benih lagi dalam kawasan

penghutanan semula mereka, membawa kepada jumlah pokok

yang ditanam sehingga tahun 2007 kira-kira 23,000. Kawasan ini

telah melitupi 30 hektar tanah di Sungai Keluan, membawa kepada

jumlah kawasan hutan di Keluan sebanyak 1,500 hektar. Kawasan

hutan pula digunakan secara lanjut sebagai kawasan terbuka kepada

ahli komuniti Keluan, yang telah diberi kebenaran untuk memburu,

mengumpul hasil bukan kayu dan juga untuk memperolehi kayu

balak. Sebuah kawasan tadahan air pula dilindungi dari aktiviti

pembalakan.

usaha penghutanan semula di kawasan bekas pembalakan.

Kejayaan penghutanan semula malangnya telah membawa kepada

percubaan dari syarikat-syarikat pembalakan untuk memasuki

kawasan hutan UBRA. UBRA telah meneruskan bantahan kepada

percubaan-percubaan tersebut dan baru-baru ini percubaan

pembalakan di kawasan sempadan hutan UBRA telah dihentikan.

Walaubagaimanapun, pada Januari 2011, sebuah syarikat kelapa

sawit komersial swasta mendakwa diberikan pajakan sementara oleh

kerajaan negeri untuk sebahagaian dari kawasan hutan, bagi tujuan

menerangkan tanah tersebut untuk perladangan. Kawasan tersebut

pula meliputi sebahagian daripada Hutan Simpan Bersama UBRA

di Sungai Keluan. Pada bulan Februari, UBRA membalas tindakan

tersebut dengan menghantar sepucuk surat petisyen kepada

pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuklah Kementerian

Perancangan Sumber, untuk mengemukakan bantahan mereka

terhadap projek tersebut dan memohon untuk mengecualikan

hutan simpan bersama merkea dari kawasan konsesi. Sehingga

kini, masih tiada pencerobohan ke atas hutan simpan tersebut bagi

Projek penghutanan semula ini termasuklah penanaman pokok

tempatan seperti kapur (Dryobalanops aromatica), meranti dan

engkabang (kedua-dua merupakan spesis tempatan Shorea).

Pokok-pokok yang dipilih disemai daripada biji benih yang diambil

dari kawasan lain dalam hutan. Tapak semaian kemudiannya dibina

untuk menempatkan biji benih sebelum dipindahkan ke dalam

hutan. Dedaun tebal yang kini dapat dilihat menunjukkan seperti

ianya tidak ditebang pada tahun 1980-an dan usaha penghutanan

semula telah mengembalikan beberapa bilangan spesis haiwan liar

yang hilang selepas pembalakan, termasuklah babi hutan, monyet,

rusa, kucing hutan dan pelbagai spesis burung. Tapak semaian

sentiasa dipastikan dipenuhi dengan biji benih untuk meneruskan

8

tujuan projek berkenaan.

IMPAK SOSIO EKONOMI

Sejak penubuhannya pada tahun 1989, Persatuan Penduduk Uma

Bawang telah berusaha untuk membawa manfaat sosial, budaya

dan ekonomi kepada komuniti Keluan. Pada tahun tersebut, mereka

memulakan sambutan Hari Pahlawan, yang telah diikuti oleh

komuniti lain, perayaan tradisi menyambut budaya dan sejarah

orang Kayan. Hubungan persaudaraan dalam keluarga rumah

panjang merupakan salah faktor yang mempengaruhi usaha mereka

untuk memulihara dan mengurangkan kadar kemiskinan, dan terus

menjadi faktor penjana utama dalam perjuangan mereka.

Pelbagai aktiviti pendapatan yang dimulakan oleh UBRA telah

berhadapan dengan masalah kekurangan sumber kewangan.

Ekonomi tradisional yang dijalankan oleh komuniti tersebut adalah

berasaskan ekonomi barter, yang mana ianya boleh menangani

keperluan seharian akan tetapi tidak menjana keperluan kewangan

untuk membiayai cukai, yuran persekolahan dan rawatan perubatan.

Kekurangan sumber pendapatan ini telah memaksa beberapa ahli

komuniti untuk meninggalkan komuniti dan menetap di bandarbandar

pinggiran pantai atau bekerja untuk syarikat-syarikat

perladangan atau pembalakan. Aktiviti ekonomi UBRA menjurus

ke arah memperbetulkan keadaan ini. Meskipun tidak semua usaha

sama pendapatan alternatif UBRA berjaya, kepelbagaian aktiviti

yang diperkenalkan telah memastikan manfaatnya sampai kepada

kebanyakan ahli komuniti Keluan.

Cabaran-cabaran projek

Penanaman padi telah terbukti produktif kepada petani kecilkecilan

kerana ianya merupakan projek yang membawa kesan yang

sedikit kepada alam persekitaran. Pelbagai inisiatif dikaji untuk

meminimumkan kos yang terlibat dalam penanaman, penyimpanan

dan pengilangan beras. Sebuah ladang penanaman padi bersama

dan projek bank beras telah dimulakan pada tahun 1989, yang mana

satu bidang tanah milik setiap keluarga akan dikhaskan bagi tujuan

tersebut. Setiap penduduk akan menghabiskan enam hingga lapan

hari setiap tahun mengerjakan ladang kecil ini. Hasil tanaman akan

dituai bersama dan disimpan dalam bank beras. Tujuannya adalah

untuk menambah hasil tuaian setiap keluarga, lantas memastikan

setiap isi rumah tidak akan mengalami kekurangan hasil akibat

penuaian yang kurang. Pinjaman dari bank beras akan dibayar

semula dengan hasil tuaian berikutnya. Akan tetapi, kaedah ini

diberhentikan pada tahun 2000, akibat individu mengutamakan

kepentingan keluarga berbanding penyelenggaraan setiap bidang

tanah bersama.

Sebuah kilang beras bersama bermula pada tahun 1990, dan masih

diteruskan untuk berkhidmat kepada komuniti Uma Bawang. Kilang

beras ini menjamin kos yang lebih rendah kepada para petani,

dengan mengenakan bayaran sebanyak 60 peratus daripada harga

untuk setiap pengeluaran 100 kilogram beras di perkampungan

berdekatan. Para petani meneruskan penggunaan kilang beras

milik bersama ini, yang telah banyak membantu meningkatkan

pendapatan penduduk tempatan dengan mengurangkan kos

pertanian bagi ahli-ahli UBRA.

Sebuah lagi projek yang akhirnya terbengkalai adalah projek

penternakan bebas khinzir. Projek ini bermula sebagai respons

kepada kesukaran memburu babi hutan akibat pembalakan

komersil. Ahli komuniti mula menternak khinzir domestik pada

tahun 1991 sebagai sumber protein dan pendapatan. Walaupun

perusahaan ini akhirnya didapati tidak dapat dilanjutkan, kejayaan

lebih menyebelahi perusahaan kolam ikan. UBRA menyokong para

penduduk Keluan untuk mula membina kolam ikan pada tahun

1992. Pelbagai jenis ikan telah diuji sehingga jenis ikan paling sesuai

telah dikenalpasti. Kolam-kolam ini telah diselenggara, dan terbukti

9

erjaya, lantas menjadi inspirasi untuk direplikasi di perkampungan

lain. Projek yang kurang berjaya adalah projek penternakan katak

yang dimulakan pada tahun 2002, yang bertujuan untuk memenuhi

permintaan daripada restoran di bandar-bandar persisiran pantai

untuk spesis katak tertentu. Walaupun sebuah kolam untuk

penternakan katak telah dibina, projek tersebut terbengkalai kerana

kesukaran mencari makanan katak yang sesuai.

Projek-projek lain yang mempunyai manfaat jangka pendek juga

ditamatkan. Projek-projek tersebut termasuklah projek untuk

menanam lada hitam dan pokok buah-buahan pada tahun 1996,

dan projek untuk menanam kayu jati pada tahun 1997. 8,000 pokok

kayu jati tersebut akhirnya ditanam di kawasan laman rumah kerana

nilainya yang tinggi dan sifatnya yang cepat membesar. Namun,

pokok tersebut didapati tidak sesuai untuk ditanam dalam iklim

Keluan. Akan tetapi, pertanian beras basah diperkenalkan sebagai

penyelesaian alternatif kepada penanaman padi huma. Projek ini

dimulakan dengan penanaman di kawasan rendah dan kawasan

mendatar pada tahun 2001, dan kemudiannya pada mulanya terbukti

menemui kejayaan, malah jauh lebih produktif dari menanam di

kawasan bukit. Kesudahannya, akibat kekurangan sumber air bagi

tujuan pengairan kawasan padi bermakna projek ini juga tidak

dapat dilanjutkan.

Baru-baru ini dua bentuk projek telah diterokai sebagai pilihan

alternatif pendapatan. Projek pertama melibatkan perladangan kecilkecilan

pokok jatropha yang akhirnya didapati tidak menguntungkan

kerana biji benih yang berharga murah dan kekurangan permintaan

tempatan. Pada tahun 2008, UBRA memperkenalkan penanaman

getah secara kecil-kecilan di beberapa kebun kecil. Projek ini masih

berterusan dan cabaran utama adalah untuk memaksimumkan

pengeluaran dan menembusi pasaran yang sesuai untuk

mewujudkan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan yang berdaya

maju.

Mencari pasaran sesuai terbukti merupakan cabaran terbesar

bagi pembangunan perusahaan di Keluan, memandangkan

lokasinya yang terpencil, dan persaingan daripada barangan

murah yang dikeluarkan secara besar-besaran yang diimport dari

negara Indonesia. Pada tahun 1994, permintaan dari pelawat

asing terhadap kawasan tersebut membawa kepada penubuhan

perusahaan kraftangan wanita, yang terdiri daripada Keluan dari

15 perkampungan berdekatan. Para wanita dalam perusahaan ini

dinamakan sebagai Persatuan Wanita Pribumi Baram (BIWA), yang

membuat kraftangan untuk dijual kepada para pelancong. Namun

begitu, perusahaan tersebut juga menemui kegagalan akibat

persaingan daripada barangan kraftangan murah dan dijual secara

besar-besaran di pasaran tempatan. Keadaan ini merupakan suatu

petunjuk kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh UBRA dalam

usaha membangunkan sumber pendapatan yang mampan bagi

ahli-ahlinya. Walaubagaimanapun, beberapa kejayaan telah dicapai

dalam bidang ini.

Manfaat sosioekonomi lain yang ditemui oleh ahli UBRA termasuklah

pembinaan sebuah rumah panjang baru pada tahun 1999 untuk

menempatkan sebanyak 40 buah keluarga, dan penyelenggaraan

berterusan ke atas sebuah jalan yang menghubungkan komuniti

Sungai Keluan.

IMPAK POLISI

UBRA telah memberi cabaran yang berterusan kepada pihak kerajaan

dan syarikat pembalakan dengan membantah dan melaksanakan

sekatan jalanan kepada hutan-hutan berdekatan dalam usaha

menghalang aktiviti pembalakan. Walaupun persatuan ini menemui

kegagalan dalam bantahan-bantahan pada tahun 1980-an dan

hutan milik komuniti telah ditebang secara besar-besaran, mereka

tetap meneruskan usaha mendapatkan pengiktirafan secara rasmi

dan perlindungan kepada tanah adat mereka. Pada tahun 2002,

UBRA telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mengecualikan

kawasan mereka daripada projek perladangan Kelapa Sawit Long

Lama. Permohonan ini telah diluluskan. Pada hari ini, sebanyak 900

hektar tanah milik UBRA tidak lagi boleh dimasuki oleh Kerajaan

untuk sebarang projek kerana ianya telah diberikan pengecualian

dalam rancangan pembangunan Kerajaan Negeri. Akan tetapi, UBRA

masih meneruskan usaha mereka untuk memastikan perjanjian ini

dihormati.

10

Berkekalan dan Pereplikaan

BERKEKALAN

Sehingga kini, kesinambungan UBRA adalah kerana dedikasi dan

komitmen ahli-ahlinya. Walaupun keahlian persatuan penduduk

adalah secara sukarela, hanya beberapa orang Keluan yang tidak

menyertainya. Ahli membayar yuran keahlian, yang telah membantu

membiayai kos pentadbiran persatuan ini. Walaupun projek-projek

milik UBRA dibantu oleh pembiayaan awal dari luar, aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan sebenarnya wujud sebelum sumbangansumbangan

tersebut dan pada dasarnya dibiayai sendiri.

Bagi projek yang menjana pendapatan, sebahagian daripada

pendapatan ini dibayar kepada dana umum bersama UBRA. Projek

penanaman padi dan pengilangan bersama merupakan projek

yang paling produktif dalam menjana hasil pendapatan, sementara

penjualan kraftangan juga terbukti menjadi salah satu sumber

kewangan yang penting. Kegunaan hasil pendapatan tersebut

adalah telus; sebuah sistem perakaunan telah diwujudkan bagi

memastikan ketelusan.

REPLIKASI

As well as its local success, UBRA has transferred knowledge and

Beserta dengan kejayaan di komuniti Sungai Keluan, UBRA juga

telah memindahkan pengetahuan dan kepakarannya kepada

perkampungan berdekatan. Penukaran pengetahuan merupakan

salah satu aktiviti utama inisiatif ini sejak 2006. Ahli UBRA telah

melatih tiga buah komuniti Penan, termasuklah melawat Long

Belok dan Long Nen, dua buah perkampungan berdekatan, untuk

berkongsi pengalaman dengan menubuhkan tapak semaian

bagi membolehkan permulaan program penghutanan semula di

kawasan-kawasan bekas pembalakan.

Inisiatif di Long Belok bermula pada tahun 2006, apabila komuniti

tersebut membersihkan tanah berhampiran perkampungan mereka

bagi penanaman 200 pokok sagu (Cycas revoluta). Pada tahun 2007,

40 buah keluarga menanam sebanyak 200 biji benih pokok getah

di kawasan laman rumah. Sehingga pertengahan tahun 2007,

Long Belok telah berjaya menanam sebanyak 3,000 pokok spesis

tempatan berhampiran hutan simpan bersama milik mereka di

kawasan Ulu Sungai Belok. Kira-kira 1,000 biji benih pokok dan kirakira

300 pokok sagu masih disimpan di tapak semaian mereka. Pada

tahun 2009, mereka menanam tambahan 1,000 biji benih pokok

kapur (Dryobalanops aromatica). Di Long Nen pula, tujuan komuniti

tersebut adalah untuk mengembalikan kepelbagaian jenis spesis

pokok tempatan, termasuklah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan

yang digunakan untuk mengubat yang ditemui dari kawasan hutan

berdekatan. Tapak semaian mereka bermula pada tahun 2008, kini

menyimpan biji benih pokok kapur, meranti dan juga pokok sagu.

Kerjasama yang dinyatakan di atas dilaksanakan bersama Sahabat

Alam Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan berpengkalan

berdekatan bandar Marudi. Pada tahun 2008, kedua-dua komuniti

tersebut telah melaksanakan bantahan kepada pencerobohan oleh

syarikat-syarikat pembalakan ke atas hutan simpan bersama milik

mereka. Mereka telah mendirikan penghadang kayu di jalan-jalan

menuju ke hutan-hutan milik mereka, mengakibatkan pengunduran

aktiviti-aktiviti pembalakan dari tanah-tanah milik mereka.

RAKAN KONGSI

Usaha-usaha UBRA telah dibantu oleh pelbagai rakan kongsi

tempatan mahupun antarabangsa. Perkongsian bersama Sahabat

Alam Malaysia (SAM) telah banyak membantu memajukan

perkongsian pengetahuan tempatan dan rantau serta kolaborasi

bersama komunti Pribumi lain-lain yang juga telah memberi kesan

ke atas aktiviti pembalakan dan perladangan. Pengerusi UBRA telah

bekerjasama bersama SAM di pejabat Marudi mereka sejak tahun

1995, dan kini bertugas sebagai koordinator badan-badan bukan

kerajaan di Sarawak. Penggunaan pejabat ini telah membolehkan

UBRA berhubung dengan lebih baik terhadap teknologi komunikasi

dan memulakan kolaborasi bersama kumpulan-kumpulan lain, yang

mana SAM kerapkali memainkan peranan sebagai hos bersama

bengkel kesedaran hak tanah di Uma Bawang Keluan. Komunitikomuniti

yang mendapat faedah daripada bengkel-bengkel SAM

dan UBRA kebanyakannya terletak di Miri, Bintulu dan Kapit. Usaha

kolaborasi UBRA menerusi SAM telah banyak membantu memajukan

usaha dalam hak Pribumi terhadap sumber asli hutan di Sarawak.

Akan tetapi, usaha ini masih memiliki perjalanan yang jauh.

Pada skala antarabangsa pula, UBRA telah mempunyai perkongsian

yang produktif bersama badan bukan kerajaan berasal dari Amerika

Syarikat, The Borneo Project sejak tahun 1991. Perkongsian ini

berpunca daripada hubungan antara University of California,

Berkeley dan komuniti Uma Bawang Keluan. The Borneo Project

telah membantu menyediakan liputan mengenai perjuangan

UBRA dalam menentang aktiviti pembalakan di tanah mereka, dan

sejak itu telah meluaskan lagi liputan bagi komuniti-komuniti lain

dalam Sarawak. Projek tersebut telah membantu UBRA dari segi

menyediakan latihan teknikal, publisiti di peringkat antarabangsa,

dan membantu dalam pengumpulan dana. Organisasi ini tidak lagi

bekerja rapat dengan UBRA, memandangkan UBRA telah terbukti

berjaya menentang pembalakan di hutan milik mereka. The Borneo

Projek kini bekerjasama dan menyokong inisiatif hak tanah orang

Pribumi yang lain, akan tetapi, sumber inspirasi asal bagi usaha

mereka tetap kes Uma Bawang.

Baru-baru ini, UBRA telah mendapat manfaat daripada pembiayaan

dana daripada Program Geran Kecil-Kecilan UNDP GEF. Persatuan

menerima geran sebanyak USD 50,000 pada tahun 2006 dalam

perkongsian bersama WCS Malaysia. Geran ini telah digunakan

untuk mengembangkan projek penghutanan semula UBRA di

Sungai Keluan.

11

RUJUKAN SELANJUTNYA

• Rakaman video Persatuan Penduduk Uma Bawang (Vimeo) http://vimeo.com/27016883

• Evong, J. J., and Amarthalingam, T. 2007. ‘The Story of Ubra and the People of Uma Bawang’, in Osbeck, M., Wojciechowska-Shibuya, M.

(eds.) 2007. Forest Partnerships. Enhancing local livelihoods and protecting the environment in Southeast Asia and the Pacific. IUCN,

Bangkok, Thailand. pp. 26-28. http://cmsdata.iucn.org/downloads/forest_partnership.pdf

Klik pautan imej di bawah untuk membaca lebih banyak kajian kes seperti ini:

Equator Initiative

Environment and Energy Group

United Nations Development Programme (UNDP)

304 East 45th Street, 6th Floor

New York, NY 10017

Tel: +1 646 781 4023

www.equatorinitiative.org

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) adalah rangkaian pembangunan global Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, menyokong untuk mengubah dan menghubungkan negara kepada ilmu pengetahuan, pengalaman

dan sumber untuk membantu masyarakat membina kehidupan yang lebih baik.

Inisiatif Khatulistiwa membawa bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan, masyarakat awam, perniagaan

dan organisasi akar umbi untuk mengiktiraf dan memajukan penyelesaian pembangunan tempatan yang mampan untuk masyarakat,

alam sekitar dan komuniti yang berdaya tahan.

© 2012 oleh Inisiatif Khatulistiwa

Hakcipta terpelihara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!