FOKUS Pengaturcaraan Komputer BERSAMA ... - UTHM Library

lms.uthm.edu.my

FOKUS Pengaturcaraan Komputer BERSAMA ... - UTHM Library

16

Buletin Perpustakaan Bil. 1/2011 | TAHUKAH ANDA

Penyusunan Bahan Di Rak

Bahan yang disusun di rak Perpustakaan UTHM adalah berdasarkan kepada abjad nombor panggilan yang

tercatat pada label yang terdapat pada tulang belakang buku (book spine). Bahan-bahan Perpustakaan dikelaskan

mengikut bidang perkara berdasarkan Sistem Pengkelasan Library of Congress. Sistem ini menggunakan abjad dan

nombor bagi memberi nombor panggilan kepada setiap bahan. Bacaan nombor panggilan adalah dari arah kiri ke

kanan dan dari atas ke bawah mengikut setiap petak rak. Contoh bagaimana penyusunan bahan di rak mengikut

nombor panggilan adalah seperti berikut:

Buletin Perpustakaan Bil. 1/2011 | DARI MEJA RUJUKAN PENGGUNA

Penggunaan Mesin Fotokopi

Soalan

Bagaimanakah penggunaan Mesin Fotokopi

Jawapan

Terdapat 2(dua) unit Mesin Fotokopi yang terletak

di Bilik Rujukan Terhad, Aras 1 dan Bilik Jurnal, Aras 3.

Mesin Fotokopi ini berkonsepkan layan diri dengan

menggunakan kad pra-bayar yang boleh di dapati

di Kaunter Sirkulasi dengan harga RM 10.00.

Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM0.05

untuk setiap salinan kertas A4. Setiap penyalinan

semula bahan bercetak koleksi perpustakaan

adalah tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

More magazines by this user
Similar magazines