10.01.2015 Views

Tampil Lima Ahli Majlis Baru - Majlis Bandaraya Petaling Jaya ...

Tampil Lima Ahli Majlis Baru - Majlis Bandaraya Petaling Jaya ...

Tampil Lima Ahli Majlis Baru - Majlis Bandaraya Petaling Jaya ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Berita 07

Ops Bersepadu Pusat Siber

16 Julai - MBPJ bersama agensi kerajaan mengadakan

operasi bersepadu membanteras pusat siber dan kafe siber

beroperasi secara haram di Petaling Jaya.

Pengarah Penguatkuasa MBPJ, En. Mohd Fauzi Maarop

berkata sebanyak 15 buah premis pusat siber dan kafe

siber termasuk 2 buah pusat hiburan telah diperiksa di

sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil serbuan juga mendapati pengusaha

pusat siber dan pusat snuker mengaburi mata pihak

berkuasa dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai

perabot.

“Daripada pemeriksaan pihak berkuasa berjaya menyita

sebanyak 17 unit komputer dan menangkap lima individu

terlibat dalam kegiatan haram,” katanya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Turut serta di dalam operasi tersebut adalah Exco Kerajaan

Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan Selangor, Y.B. Tuan

Ronnie Liu dan Datuk Bandar MBPJ, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan Sakiman.

En. Mohd Fauzi berkata tindakan penguatkuasaan

bersepadu akan terus dijalankan bagi mempertingkatkan

keberkesanan operasi membanteras aktiviti pusat siber dan

kafe siber tanpa lesen di kawasan Petaling Jaya.

“MBPJ giat melaksanakan operasi penguatkuasaan

terhadap pusat siber dan kafe siber tanpa lesen di bawah

UUK 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe

Siber (MBPJ) 2007 di Petaling Jaya,” ujarnya.

Berikut adalah statistik serbuan dilakukan oleh

penguatkuasa MBPJ bermula awal Januari hingga 12

Julai 2010 :

Jumlah serbuan 317 premis

Jumlah sitaan 281

Jumlah kompaun 50

Jumlah rampasan 3,808 – monitor

3,209 – CPU

184 – peti wang syiling

Jumlah tangkapan 45 orang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!