Majlis Angkat Sumpah - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

eps.mbpj.gov.my

Majlis Angkat Sumpah - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

BIL. 03/2012 EDARAN PERCUMA : MAC 2012 www.mbpj.gov.my

Majlis Angkat Sumpah

Ahli Majlis 2012-2013 muka surat 08

MS

07

MS

12

MS

14


INFO

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

02

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

05 - 08 & 10 BERITA

- Kontraktor Baru Mulakan Kerja

- Patin Bernilai RM40,000

- Datuk Bandar Pantau Masalah Sampah

- Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis 2012 - 2013

- MBPJ Tidak Abai PPR

2, 9 & 11 INFO

12 - 13 KOMUNITI@PJ

- Forum KASIH

- Deklamasi Sajak Ke-6

14 OPERASI

- Ops Premis Tidak Berlesen

15 DIARI LAWATAN

16 - 18 BELIA DAN SUKAN

- MBPJ Wujud Pasukan Bola Jaring Lelaki

- Artis Sertai Senamrobik Bersama Datuk Bandar PJ

- Kejohanan Wushu Peringkat Kebangsaan

19 MBPJ@AKHBAR

20 MUTIARA KATA

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

PENASIHAT

Tuan Puasa Bin Md. Taib

Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

KETUA EDITOR

Haniza Binti Abdul Hamid

EDITOR

Zainun Binti Zakaria

WARTAWAN

Muhamed Azmi Bin Yusoff

Nurul Ain Binti Hanas (Wartawan Pelatih)

JURUGAMBAR

Rusdi Bin Mohd Halik

Intan Khairana Binti Md Zali

Salimey Bin Haji Abu Bakar

PEREKA GRAFIK

Shamsul Bahrin Bin Abdul Muttalib

Badrul Hisham Bin A. Bakar

CADANGAN / MAKLUM BALAS :

Sila majukan ke alamat :

EDITOR,

Berita Bandaraya Petaling Jaya,

Unit Perhubungan Awam,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya,

Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,

Jalan Yong Shook Lin,

46675 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 - 79563544 samb. 204 / 201 / 206 / 202

Faks : 03 - 79582695

e-mel : media@mbpj.gov.my

DITERBITKAN OLEH :

Unit Perhubungan Awam,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya,

Tingkat 1, Ibupejabat MBPJ,

Jalan Yong Shook Lin,

46675 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

PENGURUSAN

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman

Datuk Bandar

mroslan@mbpj.gov.my

Tuan Puasa Bin Md. Taib

Timbalan Datuk Bandar

puasa@mbpj.gov.my

Tuan Haji Ahmat Mohaayen Bin Haji Said

Timbalan Setiausaha / Pengarah,

Jabatan Khidmat Pengurusan

moha@mbpj.gov.my

Puan Hajah Sa’diyah Binti Khasiman

Pengarah,

Jabatan Perbendaharaan

sadiyah@mbpj.gov.my

Puan Hajah Sharipah Marhaini binti Syed Ali

Pengarah,

Jabatan Perancangan Pembangunan

marhaini@mbpj.gov.my

Tuan Ir. Haji Cheremi Bin Tarman

Pengarah,

Jabatan Kejuruteraan

cheremi@mbpj.gov.my

Puan Dr. Chitradavi a/p Vadivellu

Pengarah,

Jabatan Kesihatan Persekitaran

chitra@mbpj.gov.my

Puan Amreeta Kaur a/p Pretham Singh

Pengarah,

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

amreeta@mbpj.gov.my

Puan Hamidah Binti Ariffin

Pengarah,

Jabatan Kawalan Bangunan

hamidah@mbpj.gov.my

MS 17

Encik Aznan Bin Haji Hassan

Pengarah,

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan

aznan@mbpj.gov.my

Encik Mohd Fauzi Bin Maarop

Pengarah,

Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan

fauzi@mbpj.gov.my

Puan Zuraidah Binti Sainan

Pengarah,

Jabatan Landskap Dan Kehijauan Bandar

zurai@mbpj.gov.my

Encik Abd. Muttalib Bin Mohd Ali

Pengarah,

Unit Perundangan

muttalib@mbpj.gov.my

Puan Haniza Binti Abdul Hamid

Pengarah,

Unit Perhubungan Awam

haniza@mbpj.gov.my

Tuan Haji Ainul Adnan Bin Abdul Rahaman

Pengarah,

Unit Audit Dalam

ainuladnan@mbpj.gov.my

Y.M. Tengku Nazaruddin Bin Tengku Zainudin

Pengarah,

Unit Aduan Awam

naza@mbpj.gov.my

Encik Lee Lih Shyan

Ketua,

Unit Pusat Setempat (OSC)

lee@mbpj.gov.my

Encik Ahmad Johari Bin Salleh

Ketua,

Unit Korporat Dan Inovasi

johari@mbpj.gov.my

Cik Nor Shabani Binti Johari

Ketua,

Unit Persuruhjaya Bangunan (COB)

norshabani@mbpj.gov.my

MS 06

MS 18

KANDUNGAN

03

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

04

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Perutusan

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Assalamualaikum w.b.t.,

Selamat Sejahtera Dan Salam Muhibah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu lagi di ruangan

Buletin Bandaraya Petaling Jaya yang diterbitkan khas

untuk anda warga Petaling Jaya yang telah sekian lama

menyokong segala usaha yang dilaksanakan Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

Pada 20 Mac lalu seramai 21 orang Ahli Majlis telah dilantik

bagi sesi 2012-2013 untuk menggalas tanggungjawab

memajukan Petaling Jaya dengan menyumbangkan ideaidea

serta pandangan untuk menjadikan Petaling Jaya

sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari.

Ahli Majlis selaku penasihat kepada Majlis dalam

menentukan dasar dan peraturan yang perlu dilaksanakan

dengan objektif utama untuk kesejahteraan rakyat, juga

mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam urusan

yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan sebagai

penghubung bagi menyampaikan kehendak masyarakat

seperti membuat aduan tanpa membelakangkan

kepentingan MBPJ.

Pelantikan Ahli-ahli Majlis ini juga diharapkan umpama

jentera sokongan dalam usaha kita menjadikan Petaling

Jaya bandar raya bersih dengan cara bersamasama

memantau sistem pengurusan sisa pepejal

serta menyalurkan maklumat-maklumat bermanfaat

untuk penambahbaikan sistem yang ada. Ahli Majlis

juga perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan

penduduk terutama penduduk di kawasan yang

dipertanggungjawabkan kerana idea-idea bernas dan

pandangan yang membina boleh dijadikan panduan

untuk MBPJ meningkatkan mutu perkhidmatan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah

mengiktiraf MBPJ di kedudukan keempat seluruh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam Sistem Star

Rating (SSR) 2010/2011 yang telah diumumkan. Kedudukan

ini bukannya suatu jaminan untuk kita berpeluk tubuh dan

berpuas hati dengan kedudukan sekarang. Malah ia perlu

dijadikan pencetus kepada usaha meningkatkan mutu

perkhidmatan pentadbiran untuk menjadikan MBPJ PBT

yang ulung di Malaysia dalam semua bidang.

Kerjasama daripada Ahli Majlis, warga kerja dan penduduk

Petaling Jaya amnya amat penting dalam usaha kita

meningkatkan kesejahteraan Petaling Jaya sebagai

bandar raya yang selesa dihuni, bersih dan selamat. Saya

juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih kepada semua warga kerja yang selama ini

bersama-sama berkhidmat dengan penuh dedikasi dan

komited tidak lain dan tidak bukan untuk kepentingan

warga Petaling Jaya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

BERITA

05

Kontraktor Baru

MULAKAN KERJA

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

JALAN YONG SHOOK LIN, 1 Mac – Seramai 150

kontraktor yang dilantik MBPJ telah memulakan kerjakerja

kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan

di Petaling Jaya setelah proses pengambilalihan kerjakerja

pembersihan awam di negeri Selangor oleh Pihak

Berkuasa Tempatan daripada Konsortium Alam Flora

Sdn. Bhd.

MBPJ telah melantik seramai 32 kontraktor kutipan

sisa pepejal, 68 kontraktor pembersihan kawasan,

15 kontraktor untuk jalan protokol, 14 kontraktor

pembersihan longkang besar, seorang kontraktor ‘log

boom’ atau perangkap sampah dan 20 kontraktor

‘waste buster.’

Disebabkan majoriti kontraktor yang dilantik merupakan

kontraktor baru, pihak Majlis memberi tempoh

seminggu kepada kontraktor untuk membiasakan

diri dengan kawasan kerja dan pihak Jabatan

Kesihatan Persekitaran akan memantau kerja-kerja

yang dilakukan, dengan melantik seramai 32 orang

Pembantu Kesihatan Awam dan Pengawas baru.

Selain itu, MBPJ turut memasang Automatic Vehicle

Locating System (AVLS) pada compacter untuk

memudahkan usaha mengesan pergerakan lorilori

kutipan sanpah ini. Usaha ini untuk memastikan

kontraktor melakukan kerja mengikut jadual dan di

kawasan yang telah ditetapkan.

“Kita turut akan menimbangkan cadangan

mewujudkan pertandingan kawasan bersih bagi

kontraktor di Petaling Jaya untuk menjayakan matlamat

utama kita menjadikan Petaling Jaya bandar raya

bersih,” ujar Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj.

Mohamad Roslan Sakiman semasa sesi sidang media

berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

BERITA

06

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

PATIN BERNILAI

RM40,000

KELANA JAYA, 4 Mac – Mohd Desa Zakaria tidak

menyangka ikan patin seberat 4.85 kg yang dipancingnya

di Tasik Bandaran, Kelana Jaya pada pukul 8.20 pagi

membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai

RM40,000.

Dia tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang

berdasarkan berat ikan dan ini merupakan kali pertama

dia mendapat hadiah wang tunai sebanyak ini, ujar

beliau.

Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya apabila

menerima hadiah yang disampaikan Dato’ Menteri Besar

Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertandingan memancing GP Selangor edisi pertama

tahun 2012 ini telah berjaya menarik seramai 1,148 orang

peserta dari seluruh negeri Selangor dan tidak ketinggalan

dari negeri jiran seperti Negeri Sembilan, Terengganu dan

Pahang.

Tempat kedua dimenangi Mohd Shapawi Abdullah yang

menaikkan ikan leekoh seberat 4.365 kg membolehkan

beliau membawa pulang wang tunai RM14,000 manakala

Afrizal Syair juga menaikkan ikan patin seberat 2.915 kg.

Beliau memenangi wang tunai bernilai RM7,000.

Pertandingan memancing GP Selangor ini bakal

menjelajah seluruh 12 Pihak Berkuasa Tempatan di

Selangor bertujuan mempromosikan tempattempat

menarik seperti pantai dan tasik yang boleh

diketengahkan sebagai kawasan pelancongan.

Pertandingan tahun ini merupakan kesinambungan

penganjuran tahun lepas yang telah berjaya menarik

seramai 11,000 orang peserta dengan tawaran hadiah

sebanyak RM613,500.

Pusingan kedua GP Selangor akan diadakan di Tasik

Cempaka dan akan berakhir di Tasik Shah Alam pada

Disember nanti.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

BERITA

DATUK BANDAR

PANTAU MASALAH

SAMPAH

12 Mac – Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan Sakiman turun padang melakukan pemantauan

masalah kutipan sampah yang dihadapi di Petaling Jaya

setelah pelantikan kontraktor-kontraktor baru.

Pemantauan dilakukan di sekitar Seksyen 14, Seksyen 17 dan

SS22 mendapati kebanyakan masalah di kawasan tersebut

adalah masalah sampah kebun yang dibuang penduduk

yang tidak dikutip kontraktor yang dipertanggungjawab.

07

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Tinjauan yang dilakukan bersama Pengarah Kesihatan

Persekitaran, Pn. Dr. Chithradavi a/p Vadivellu dan Pegawai

Perhubungan Awam, Pn. Zainun Zakaria turut menemui

tempat pembuangan sisa bahan binaan haram di Jalan

17/48B.

Masalah ini disebabkan sikap sesetengah penduduk sekitar

yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kepada

rumah kediaman mereka dan sisa binaan dibuang di

kawasan tersebut dengan sewenangnya.

“Kita amat berharap pengawas yang dilantik dapat

memantau masalah ini kerana matlamat utama kita ialah

bersih dan kerjasama penduduk juga amat diperlukan

untuk tidak mengadakan palang atau halangan yang

menghalang lori sampah memasuki kawasan mereka,”

ulas Datuk Bandar berkenaan masalah sampah yang

dihadapi.

Tinjauan mendapati terdapat kawasan taman perumahan

yang mengadakan palang besi yang menyebabkan lori

tidak dapat masuk dan memungut sampah.


BERITA

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

08

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

MAJLIS ANGKAT SUMPAH

AHLI MAJLIS

2012 - 2013

JALAN YONG SHOOK LIN, 20 Mac - Seramai lima muka

baru diperkenalkan dalam senarai 21 orang Ahli Majlis

MBPJ bagi sesi 2012-2013 yang telah mengangkat sumpah

menerima jawatan selaku Ahli Majlis MBPJ di Dewan

Bunga Tanjung, MBPJ.

Lima muka baru yang dimaksudkan ialah Tn. Ir. Lee Suet

Sen, En. Azri Mohamad Arish, Pn. Norliana Mohamad, Tn.

Haji Mohd Ghazali Daud dan En. Ahmad Akhir Pawan

Chik.

Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik ini akan menggalas

tanggungjawab sebagai penggubal dasar-dasar

Majlis selari dengan dasar kerajaan negeri di samping

menggerakkan masyarakat melibatkan diri secara

langsung dalam program-program yang dianjurkan serta

sebagai perantaraan antara MBPJ dan warga Petaling

Jaya.

Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Ahli Majlis

ini dimulai dengan Datuk Bandar, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan Sakiman membaca perakuan menerima jawatan

sebagai Ahli Majlis diikuti Cik Tiew Way Keng manakala

Tn. Ir. Lee Suet Sen mengetuai muka baru mengangkat

sumpah dan diakhiri oleh En. Ahmad Akhir Pawan Chik.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

AHLI MAJLIS MBPJ BAGI SESI 2012 - 2013

Y.BHG. DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN,

DPMS., PJM., AMS.

(DATUK BANDAR)

TINGKAT 2, IBU PEJABAT MBPJ, JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA, SELANGOR,

TEL : 03-7956 3544 samb 325

FAKS : 03-7958 1494

ZON 2

CHAN CHEE KONG,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJU 6 (BANDAR UTAMA), PJU 7 (MUTIARA

DAMANSARA & KG. SUNGAI KAYU ARA

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

TINGKAT 1, DEWAN BU 3/1, BANDAR UTAMA,

PJU 6, 47800 PETALING JAYA, SELANGOR

DARUL EHSAN.

TEL : 03-7726 5172

HP : 012-289 6063

E-MEL : chan@mbpj.gov.my

ZON 10

HAJI GHAZALI BIN SHAARI,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 16 & SEK 17

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 22, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7960 7554

HP : 017-386 3896

E-MEL : ghazali@mbpj.gov.my

ZON 20

IR. TIONG BOON KEONG,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 1, SS 3 & SS 9A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

DEWAN SERBAGUNA MBPJ SERI SETIA, SS 9A/1,

46300 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL

EHSAN.

TEL : 03-7803 5143

HP : 016-210 0058

E-MEL : irtiong@mbpj.gov.my

ZON 3

ZON 4

ZON 5

ZON 6

KANDEAH A/L SUBRAMANIAM,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJU 4 & PJU 5

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

DEWAN SERBAGUNA PB 7/1, 40810 KOTA

DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR

DARUL EHSAN.

HP : 012-367 1305

E-MEL : kandeah@mbpj.gov.my

KHAIRUL ANUAR BIN AHMAD ZAINUDIN,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJU 1A, PJU 2 (TMN. PERINDUSTRIAN JAYA)

& PJU 3

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

TINGKAT 1, DEWAN SERBAGUNA SS 7/28,

47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL

EHSAN.

TEL : 03-7804 4135

HP : 019-205 7498

E-MEL : khairulanuar@mbpj.gov.my

TERENCE TAN TECK SENG,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 21, SS 22 & SS 22A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

55M, JALAN SS 21/1A, DAMANSARA UTAMA,

47400 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL

EHSAN.

TEL : 03-7875 0555

HP : 016-634 1910

E-MEL : terencetts@mbpj.gov.my

TIEW WAY KENG,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 23, SS 24 & SS 26

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

GELANGGANG SQUASH TAMAN MEGAH,

SS 24/1, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR

DARUL EHSAN.

TEL : 03-7875 7930

HP : 016-338 1563

E-MEL : tiew@mbpj.gov.my

ZON 11

ZON 12

ZON 14

ZON 16

RICHARD YEOH YONG WOI,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 11, SEK 12 & SEK. 13

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 23, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-2274 4897

HP : 012-302 8801

E-MEL : richard@mbpj.gov.my

DEREK JOHN FERNANDEZ, PJK

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 5 & SEK. 10

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

12B, TINGKAT 2 & 3, JALAN YONG SHOOK

LIN, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL

EHSAN.

TEL : 03-7954 0866

HP : 012-210 7540

E-MEL : derek@mbpj.gov.my

SELVARAJAN A/L RATHINAM,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 8, SEK. 14 & SEK. 51A

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 16, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7960 0257

HP : 016-322 9118

E-MEL : selvarajan@mbpj.gov.my

LATHEEFA KOYA,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 1, SEK 1A, SEK. 3 SEK. 4 & SEK. 18

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 23, STESEN BAS, JALAN OTHMAN, PJ OLD

TOWN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR

DARUL EHSAN.

TEL : 03-7785 2426

HP : 012-384 2972

E-MEL : latheefa@mbpj.gov.my

ZON 21

ZON 22

ZON 23

ZON 1

KOSONG

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJU 8 (DAMANSARA PERDANA), PJU 9

(BANDAR SRI DAMANSARA) & PJU 10

(DAMANSARA DAMAI)

ZON 13

HAJI MOHD GHAZALI BIN DAUD,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 5 & SS 6

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

BALAI RAYA SS6/1, 47301 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7806 4798

HP : 019-310 7904

E-MEL : mohdghazali.daud@mbpj.gov.my

NORLIANA BINTI MOHAMAD,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 7 & SS 11

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

DEWAN SERBAGUNA SS 7/28, 47301 PETALING

JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

HP : 013-251 4219

E-MEL : norliana.mohamad@mbpj.gov.my

AZRI BIN MOHAMAD ARISH,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 8, SS 9 & SS 10

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

BALAIRAYA SERI SETIA SS9/2, 47300 PETALING

JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7875 5902

HP : 019-384 3962

E-MEL : azri.mohamadarish@mbpj.gov.my

INFO

09

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

ZON 7

CYNTHIA GABRIEL,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJU 1, SS 25 & SS 4

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 21, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7960 2703

HP : 012-379 2189

E-MEL : cynthia@mbpj.gov.my

ZON 17

MAHHARUL BIN ISMAIL,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJS 1 & PJS 2

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 2-07 & 2-08, TINGKAT 1, KOMPLEKS

PASAR, TAMAN DATO’ HARUN, 46000

PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7785 6013

HP : 019-285 9984

E-MEL : mahharul@mbpj.gov.my

KOSONG

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 6, SEK. 7, SEK. 9 & SEK. 52

ZON 15

KOSONG

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 2 & SEK. 51

ZON 8

ZON 9

TONY CHEONG SIEW THONG,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SS 2

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

77, JALAN SS 20/9, TAMAN PARAMOUNT,

46300 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL

EHSAN.

HP : 012-525 6008

E-MEL : tonycheong@mbpj.gov.my

IR. LEE SUET SEN,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 17A , SEK. 19 & SS 20

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 22, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7960 7505

HP : 012-218 2949

E-MEL : leesuetsen@mbpj.gov.my

ZON 18

ZON 19

AHMAD AKHIR BIN PAWAN CHIK,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJS 3 & PJS 4

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

TINGKAT 1, DEWAN JALAN MEDAN 12, JALAN

PJS 3/14, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR

DARUL EHSAN.

TEL : 03-7785 3103

HP : 016-387 3647

E-MEL : ahmadakhir.pawanchik@mbpj.gov.my

JEYASEELEN A/L T. ANTHONY,

KAWASAN PERKHIDMATAN :

SEK. 20, SEK. 21 & SEK. 22

ALAMAT PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS :

UNIT 15, SUNKEN PLAZA, MENARA MBPJ,

JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03-7960 0210

HP : 016-244 2581

E-MEL : jeyaseelen@mbpj.gov.my

ZON 24

KOSONG

KAWASAN PERKHIDMATAN :

PJS 5, PJS 6, SEBAHAGIAN KECIL PJS 7, PJS

8 & PJS 10

NOTA*

Segala Urusan Berkaitan Dengan ZON 1, 15 & 24,

Sila Hubungi AHLI MAJLIS ZON 16, CIK LATHEEFA KOYA.

Segala Urusan Berkaitan Dengan ZON 13,

Sila Hubungi AHLI MAJLIS ZON 12, EN. DEREK JOHN FERNANDEZ


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

BERITA

10

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

MBPJ TIDAK ABAI PPR

JALAN YONG SHOOK LIN, 26 Mac – MBPJ tidak

pernah mengabaikan atau tidak mengambil kisah

penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti

yang digembar-gemburkan dan didakwa penduduk.

Buktinya MBPJ dalam proses membaiki lif di Blok C PPR

Kota Damansara. Masalah kecurian yang menyebabkan

kerja-kerja tergendala dan memakan lebih banyak masa.

Kecurian berlaku di bilik motor dan kosnya terpaksa

ditanggung pihak MBPJ hanya disebabkan oleh sikap

pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hal ini dijelaskan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’

Hj. Mohamad Roslan Sakiman semasa sidang media bagi

menjelaskan isu PPR yang dikatakan pihak MBPJ tidak

ambil peduli kebajikan penghuni di sana.

Tambah beliau lagi, selain Blok C, Blok A, B dan D turut

berlaku kecurian dan MBPJ menjangkakan kerjakerja

membaik pulih lif akan siap dalam masa sebulan

manakala masalah pam air juga akan diselesaikan

dengan penggantian lapan pam baru untuk kemudahan

penduduk.

Kerja membaik pulih lif memakan belanja sebanyak

RM973,393 manakala penukaran pam baru melibatkan

kos sebanyak RM197,600.

Masalah di PPR Putra Damai, Lembah Subang pula tidaklah

seteruk di PPR Kota Damansara kerana lif di sana suatu

masa dahulu telah dibaiki oleh Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerosakan tidaklah

teruk.

Di sini MBPJ mengeluarkan peruntukan sebanyak

RM1,936,257 bagi membaiki sebanyak 17 unit lif yang

rosak.

Beliau turut menyeru para penyewa supaya menjelaskan

tunggakan sewaan misalnya di PPR Kota Damansara yang

mencatatkan hampir RM2 juta sewa yang tidak dijelaskan

kerana sewa inilah yang akan digunakan pihak MBPJ

untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

Limited

COMMERCIAL ZONE

Limited Commercial Zone merupakan kawasan

yang mengandungi premis kediaman atau industri

yang digunakan secara sementara untuk dijadikan

Perdagangan Terhad (Institusi) atau Perdagangan

Terhad (Perkhidmatan). Terdapat dua kategori kawasan

Perdagangan Terhad iaitu:

1. Kediaman sesebuah yang berhadapan jalan 66 kaki

yang sibuk dan tidak kondusif untuk didiami.

2. Kawasan industri yang mengalami tekanan

persekitaran dan perubahan dari segi aktiviti.

Kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk Perdagangan

Terhad (Institusi) adalah rumah-rumah yang terletak di

jalan-jalan berikut:

• Jalan SS 2/24 (sebahagian)

• Jalan Universiti (sebahagian)

• Jalan Utara (sebahagian)

• Lorong Utara

• Jalan Kemajuan

• Jalan Timur (sebahagian)

• Jalan Gasing

• Jalan Selangor (sebahagian)

• Jalan Othman (sebahagian)

• Jalan Penchala (sebahagian)

• Jalan Pasar

• Rumah-rumah teres yang terletak antara Jalan

14/20 dan Jalan 14/24 (dengan syarat mendapat

persetujuan semua pemilik rumah)

• Rumah-rumah teres yang terletak antara Jalan

14/14 dan Jalan 14/20 (dengan syarat mendapat

persetujuan semua pemilik rumah)

• Jalan Dato’ Abu Bakar

• Jalan 20/7 (sebahagian)

• Jalan 21/1 (sebahagian)

• Rumah berkembar Jalan SS 21/1 (sebahagian)

• Manakala untuk Perdagangan Terhad (Perkhidmatan)

adalah kawasan industri di Seksyen 19.

Di Petaling Jaya sebanyak 594 unit rumah telah dizonkan

sebagai Perdagangan Terhad (Institusi) dan 64 lot industri

dizonkan sebagai Perdagangan Terhad (Perkhidmatan).

Kawasan Limited Commercial diwujudkan untuk

menangani isu incompatibility sesuatu kawasan

perumahan atau kawasan industri yang disebabkan

perubahan sistem lalu lintas atau pengangkutan

contohnya Jalan Gasing dan Jalan Selangor yang

disebabkan kewujudan Lebuhraya Pantai Baru (NPE), SS2

disebabkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan

Jalan Dato’ Abu Bakar disebabkan Lebuhraya SPRINT

atau tekanan pembangunan contoh kawasan industri

bersebelahan Pusat Bandar.

Tapak-tapak ini walau bagaimanapun mempunyai

limitasi dari segi keluasan lot yang kecil yang tidak

memungkinkan penyediaan tempat letak kereta dan

kemudahan awam yang mencukupi. Dengan itu,

dirancang untuk kegunaan sementara ‘setahun ke

setahun’ tanpa membuat pindaan syarat nyata tanah

dan intensiti pembangunan (ketinggian bangunan dan

fasad bangunan dikekalkan). Ia tidak memberi kesan

yang ketara kepada kediaman atau industri sedia ada

di sekitarnya seperti pejabat pengurusan, perkhidmatan

perakaunan, dewan pameran dan lain-lain.

Berdasarkan kajian komprehensif sesuatu kawasan

dengan cirri-ciri di atas akan dikenal pasti sebagai

kawasan Perdagangan Terhad dengan syarat berikut:

1. Kadar cukai perumahan berdasarkan perdagangan.

2. Bayaran perubahan matan RM2,000.

INFO

11

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012


KOMUNITI@PJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

12

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Forum KASIH

KELANA JAYA, 3 Mac – Bahagian Pembangunan Komuniti,

Sosial dan Belia MBPJ telah menganjurkan Forum “Kau

Sumber Inspirasi Hatiku” (KASIH) yang telah berlangsung

di Dewan D’Kelana, Kelana Jaya yang mensasarkan

penyertaan golongan remaja sekitar Petaling Jaya.

Forum ini bertujuan untuk mendekatkan diri remaja

mengenali dengan lebih mendalam akhlak Nabi

Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan dan idola seluruh

umat Islam.

Akhlak terpuji Nabi Muhammad dikupas oleh dua panel

Ustaz Dr. Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan di Universiti

Malaya dan Ustazah Norhafizah Musa, pensyarah bebas

dengan dipengerusikan oleh Ustaz Rosdi Long, yang juga

penceramah bebas.

Forum ini adalah antara pengisian Program Maulidur Rasul

1433H selain persembahan syair oleh pensyarah Kolej

Kemahiran Tinggi MARA, Pn. Flora Ilyana Othman dan

En. Noorhisyam Razali, Pertandingan Azan, Pertandingan

Ratu Muslimah Remaja serta penampilan istimewa Yasin

bekas anggota kumpulan nasyid Brothers.

Hadir memeriahkan program ini, En. Mahharul Ismail, Ahli

Majlis MBPJ dan Tn. Hj. Kamarudin Suhaimi, mantan Ahli

Majlis, MBPJ.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

DEKLAMASI

SAJAK KE-6

SEKSYEN 10, 24 Mac – Pertandingan Deklamasi Sajak

2012 siri ke-6 yang bertemakan Petaling Jaya Bandaraya

Peneraju, Dinamik dan Lestari memberi peluang kepada

peserta untuk menunjukkan bakat mendeklamasi sajak

gubahan sendiri yang secara langsung menggalakkan

peserta untuk berkarya.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan

kreativiti pelajar, memupuk semangat cintakan tanah air

serta memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori

dewasa terbuka, sekolah menengah dan sekolah rendah

yang telah disertai seramai 36 orang peserta.

KOMUNITI@PJ

13

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Pertandingan telah berlangsung di perkarangan Muzium

Petaling Jaya telah dinilai oleh tiga orang juri iaitu En. Che

Shamsuddin Othman (Dinsman), sasterawan; En. Kassim

Muhamad (Barajiwa), penulis puisi dan En. Noorhisyam

Razali, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Kolej

Kemahiran Tinggi Mara.

Keputusan bagi kategori sekolah rendah dimenangi

Nur Arisa Bt. Abdul Raub dari Sek. Keb. Assunta (2)

memenangi hadiah wang tunai RM250, hadiah-hadiah

iringan termasuk keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling

Jaya percuma selama setahun.

Ng Chin Tze dari Sek. Men. Jenis Keb. Katholik diisytiharkan

selaku juara kategori sekolah menengah memenagi

hadiah RM350 dan hadiah-hadiah iringan lain manakala

kategori terbuka dimenangi Abdul Rahim Yahya dari

Pulau Pinang.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan

hadiah iringan termasuk keahlian Perpustakaan Komuniti

Petaling Jaya.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan

Pn. Ainul Farhiah Abdul Wahab, Pustakawan 1 dan

tidak ketinggalan hadir En. Zainal Abdin Rahim selaku

Pustakawan 2.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

OPERASI

14

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

OPS PREMIS

TAK BERLESEN

SEKSYEN 52, 2 Mac – Kakitangan Bahagian Pelesenan

dan anggota penguatkuasaan MBPJ telah melakukan

pemeriksaan premis-premis perniagaan sekitar Seksyen

52, Seksyen 8 dan PJ Old Town untuk mengenal pasti

premis yang tidak berlesen atau gagal memperbaharui

lesen.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan ini, kebanyakan

premis yang didapati melakukan kesalahan gagal

memperbaharui lesen perniagaan yang telah tamat

tempoh dan telah diberi amaran lisan termasuk menampal

pelekat yang menyatakan premis tidak berlesen.

Tujuannya untuk memberitahu orang ramai bahawa

premis tersebut telah menjalankan perniagaan dengan

lesen telah tamat tempoh di samping untuk menyedarkan

pemilik premis tanggungjawab memperbaharui lesen

supaya tindakan kompaun tidak dikenakan.

Amaran lisan ini adalah langkah awal dan jika dalam

tempoh seminggu premis masih gagal memperbaharui

lesen tindakan kompaun akan dikenakan sebagai

pengajaran.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

Penuntut Kolej Universiti Islam Melaka melawat Pusat Perkembangan Minda

Kanak-Kanak MBPJ pada 6 Mac 2012 untuk menambahkan input kajian

berkaitan psikologi kanak-kanak.

Pegawai-pegawai dari Institut Penilaian Negara (INSPEN) melawat Unit

Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk meninjau dan mendapatkan info berkaitan

perjalanan Unit COB MBPJ. Delegasi lawatan yang berlangsung pada 28 Mac

2012 ini telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit COB, Cik

Nor Shabani Johari.

DAIRI LAWATAN

15

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

mengadakan lawatan teknikal pada 28 Mac 2012 berhubung keberkesanan

pelaksanaan OSC, OSC online dan CCC di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


BELIA DAN SUKAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

16

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

MBPJ WUJUD

PASUKAN BOLA

JARING LELAKI

JALAN YONG SHOOK LIN, 2 Mac – MBPJ buat julungjulung

kalinya mewujudkan pasukan bola jaring lelaki

bagi menggilap bakat pemain bola jaring di kalangan

kakitangan lelaki MBPJ.

Penubuhan pasukan ini hasil cetusan idea penganjuran

pertandingan bola jaring campuran yang dianjurkan Kelab

Sukan dan Kebudayaan (KSDK) baru-baru ini dan pihak

Majlis telah mengenal pasti kakitangan yang mempunyai

bakat untuk diketengahkan.

“Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana julungjulung

kalinya MBPJ telah berjaya membentuk pasukan bola

jaring lelaki,” ujar Pn. Sharipah Marhaini Syed Ali, pengurus

pasukan yang juga Pengarah Jabatan Perancangan

Pembangunan.

Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md Taib berharap

pasukan ini akan mampu pergi lebih jauh dan mendapat

pendedahan yang lebih meluas melalui penyertaan

kejohanan setanding dengan pasukan wanita yang

memang dikenali di Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera

kepada pasukan bola jaring lelaki MBPJ untuk ke Kejohanan

Bola Jaring Terbuka Universiti Malaysia Perlis sebagai

pendedahan pertama pasukan ‘Hot Shot’.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

BELIA DAN SUKAN

17

ARTIS SERTAI SENAMROBIK

BERSAMA DATUK

BANDAR PJ

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

JALAN SELANGOR, 3 Mac – Ayu Raudhah Che Wan

dan Fahrin Ahmad memeriahkan program Senamrobik

Bersama Datuk Bandar Petaling Jaya yang telah

berlangsung di Stadium Hoki Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan Sakiman dan Timbalannya, Tuan Puasa Md Taib

mengetuai hampir 300 kakitangan MBPJ dan warga

Petaling Jaya melakukan senaman dengan matlamat

untuk mewujudkan masyarakat Petaling Jaya yang sihat

dengan mengamalkan gaya hidup bersukan.

Acara Senamrobik Bersama Datuk Bandar ini telah

dijadikan satu acara penting dalam kalendar MBPJ yang

selain mewujudkan badan yang sihat, ia juga dijadikan

platform untuk merapatkan hubungan kakitangan MBPJ

dan masyrakat.

Terdapat di kalangan peserta yang hadir mengutarakan

cadangan supaya acara ini dijadikan acara bulanan dan

lokasinya sentiasa ditukar misalnya ke kawasan Taman

Jaya dan Bukit Gasing untuk menggalakkan lebih ramai

yang mengambil bahagian.


BELIA DAN SUKAN

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

18

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

KEJOHANAN WUSHU

PERINGKAT KEBANGSAAN

KG. CHEMPAKA, 31 Mac – Buat julung-julung kalinya MBPJ

menganjurkan Kejohanan Wushu Peringkat Kebangsaan

yang berlangsung di Chempaka Buddhist Lodge. Ia

hasil kerjasama MBPJ, Chempaka Buddhist Lodge dan

Persekutuan Wushu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak 10 pasukan dengan seramai 130 peserta telah

bertanding dalam kejohanan yang dibahagikan kepada

empat kumpulan iaitu kumpulan A kategori 13 hingga

21 tahun, kumpulan B bagi peserta berumur 12 tahun,

kumpulan C untuk yang pelajar sekolah menengah dan

D bagi pelajar sekolah rendah.

“Kejohanan ini bakal dipertimbangkan untuk dijadikan

sebagai acara tahunan memandangkan sambutan

baik yang diberikan peserta bukan sahaja dari Selangor

malah dari Kedah, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan

Kuala Lumpur,” jelas Datuk Bandar, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan Sakiman.

“Selain sebagai acara sukan wushu juga dapat

mewujudkan komuniti Petaling Jaya sebagai komuniti

prihatin dan acara sukan dijadikan sebagai medium yang

dapat menarik masyarakat Malaysia untuk bersatu,” ujar

Y.B. Tuan Tony Pua Kiam Wee, Ahli Parlimen Petaling Jaya

Utara.

Melalui kejohanan sebegini diharapkan dapat melahirkan

atlet wushu muda yang suatu hari kelak mampu

menyumbangkan pingat dalam kejohanan-kejohanan

antarabangsa.

Turut hadir, Cik Tiew Way Keng, Ahli Majlis MBPJ.


Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

19

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

MBPJ@AKHBAR


Mutiara Kata

Perjalanan yang beribu-ribu batu, dimulai dengan satu langkah

TALIAN PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

ADUAN MBPJ

Aduan Melalui E-Mel

- aduan@mbpj.gov.my

Hotline 24 jam - 03-7954 2020

Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544

samb. 115/117

Aduan Melalui Homepage - http://www.mbpj.gov.my /aduan.html

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Pelesenan - 03-7960 4667

Bahagian Penjaja - 03-7956 6922

JABATAN PERBENDAHARAAN

Bahagian Cukai Taksiran - 03-7956 3544

samb. 103 / 104

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Bahagian Alam Sekitar - 03-7956 2939

Bahagian Kawal Selia Dan - 03-7955 2381

Pentadbiran

Unit Vektor Dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Nilaian Dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984

JABATAN KEJURUTERAAN

Bahagian Infrastruktur Dan - 03-7958 4221

Penyelenggaraan

Bahagian Tender Dan Kontrak - 03-7956 2817

Bahagian Mekanikal Dan - 03-7876 7399

Elektrikal

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Proses Permohonan - 03-7956 3544

Kebenaran Merancang samb. 360

JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN

Perkhidmatan Tempahan Dewan/ - 03-7956 3544

Balai Raya/Gelanggang Sukan samb. 148 / 158

Pembangunan Sukan Dan

Kemudahan Am - 03-7960 1219

Bahagian Pelancongan, Sukan

Berprestasi Tinggi & Kebudayaan - 03-7957 1195

Bahagian Pembangunan

Komuniti, Sosial

Dan Belia - 03-7956 0206

Perpustakaan Komuniti PJ - 03-7781 2775

Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122

Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895

Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

Bahagian Kelulusan - 03-7956 3544 samb. 260

Pelan Bangunan

JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN

Penguatkuasaan - 03-7958 8085

Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 samb. 149

JABATAN LANDSKAP DAN KEHIJAUAN BANDAR

Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing

Bahagian Pentadbiran - 03-7804 8907 / 8908

Perkhidmatan Penyelenggaraan - 03-7804 8907 / 8908

Pokok Teduhan samb. 110

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan Awam - 03-7956 3544

samb. 126 / 203

UNIT PERUNDANGAN

Perundangan - 03-7958 6487 / 7957 9512

samb. 110

UNIT KORPORAT DAN INOVASI

Korporat Dan Inovasi - 03-7956 3544

samb. 206

URUSETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)

Pelan Pembangunan - 03-7954 1725

- 03-7956 3544

samb. 400 / 401

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Pesuruhjaya Bangunan (COB) - 03-7960 1646 / 7960 2410

More magazines by this user
Similar magazines