13.01.2015 Views

UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN KPT 5 MEI 2009 - Jabatan ...

UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN KPT 5 MEI 2009 - Jabatan ...

UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN KPT 5 MEI 2009 - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN KPT

5 MEI 2009

1. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas

kejayaan penganjuran Perhimpunan Bulanan kita pada

bulan ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih di

atas kesudian dan juga kelapangan tuan-tuan dan puanpuan

sekalian kerana sudi hadir menjayakan majlis kita

pada pagi ini. Dalam kesempatan ini juga saya ingin

melahirkan rasa penuh kesyukuran saya kerana dapat

kembali semula ke kementerian ini setelah dilantik

semula oleh Perdana Menteri kita yang baru, YAB Dato’

Seri Mohd Najib bin Tun Haji. Abdul Razak. Ingin

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

berbanyak terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Mohd

Najib bin Tun Haji. Abdul Razak, perdana menteri kita

yang baru kerana telah memberi kepercayaan melantik

saya semula untuk menerajui Kementerian Pengajian

Tinggi yang mana kita dapat lihat berbanding dengan

kementerian lain semuanya mempunyai menteri yang

baru. Saya saja antaranya yang masih kembali menjadi

kepercayaan untuk mengetuai tuan-tuan dan puan-puan

di kementerian ini.

2. Saya percaya, sesungguhnya keputusan YAB Perdana

Menteri untuk terus memberi keyakinan dan

1

tanggungjawab kepada saya untuk menerajui

kementerian ini adalah kerana prestasi dan pencapaian

yang telah bersama kita lakukan sepanjang tahun yang

lalu semenjak saya masuk ke kementerian ini dan semua

ini adalah hasil daripada hubungan yang baik, kerjasama

dan permuafakatan sesama kita. Kita juga tahu bahawa

agenda kita masih banyak lagi, masih lagi belum selesai.

Maka atas sebab itulah saya bersyukur atas lantikan

semula ini melalui kementerian ini yang saya anggap

sebagai satu peluang dan penghormatan untuk

menggubal kepada sektor kemajuan diri dan membina

kekuatan negara kita melalui penguasaan ilmu.

3. Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengalu-alukan

dan mengucapkan selamat datang dan selamat kembali

bertugas kepada YB Dato’ Dr. Hou Kok Chun, Timbalan

Menteri kita dan saya juga ingin mengalu-alukan dan

mengucapkan selamat datang kepada Timbalan Menteri

kita yang baru YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah. Saya

percaya ketiga-tiga kami merupakan satu gandingan yang

mantap, yang mampu untuk bekerja bersama-sama untuk

menjayakan matlamat dan misi kementerian ini. Dan saya

juga berharap supaya bagaimana tuan-tuan dan puanpuan

telah memberikan sepenuh kerjasama sebelum

daripada ini, kepada saya dan juga YB Dato’ Dr. Hou Kok

Chun, tuan-tuan dan puan-puan dan pegawai-pegawai

dan juga kakitangan di kementerian ini akan juga

2

memberi kerjasama kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah

bagi beliau meneruskan dan melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai timbalan menteri di dalam

kementerian. Kita juga ingin mengambil kesempatan ini

untuk melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada bekas timbalan menteri kita yang lalu YB Dato’ Ir.

Idris bin Harun yang telah tidak lagi bersama-sama

dengan kita. Bagaimanapun kita mengucapkan bebanyak

terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga di

atas khidmat bakti dan juga sumbangannya selama

beliau berada bersama-sama dengan kita semasa

menjadi timbalan menteri di kementerian pengajian

tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian

4. Saya percaya kita sedar peranan dan juga pembaharuan

yang boleh kita mainkan di kementerian ini dan kita juga

tahu apa tanggunggjawab yang perlu kita sama-sama

lakukan untuk kita mnejayakan matlamat kita dan juga

kewajipan yang ada pada kita pada hari ini. sebelum

pembetukan kabinet yang baru kita mungkin mendengar

ura-ura bawah kementerian kita ini hendak dicantumkan

semula ataupun balik ke lubuk asal itupun pada saya

nasib baik kalau betul balik ke lubuk asal jangan

3

dibubarkan macam Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Koperasi.

5. Tetapi syukur alhamdulillah perkara tersebut tidak

menjadi kenyataan. Ini menunjukkan bahawa

kementerian kita sebenarnya mempunyai peranan,

tanggungjawab dan fokusnya yang tertentu kementerian

kita ini bukan sahaja besar kerana ianya melibatkan

tanggunggjawab utnuk mengurus banyakknya insitutusi

pengajian tinggi termasuk di peringkat awam, termasuk di

peringkat swasta, termasuklah kolej termasuklah

politeknik dan juga kolej komuniti. Melalui pembentukan

kabinet yang baru, kita dapati kita ditambah semula

dengan dua lagi universiti satu universiti kuala lumpur dan

satu lagi universiti yang sedang dirangka untuk

ditubuhkan iaitu Universiti Malaysia Jepun ataupun

dahulunya diberikan nama MAJU dan dengan tambahan

itu walau bagaimanapun kita tidak lari daripada matlamat

kita yang berat, yang tinggi dan juga yang luas. Dan

apabila kementerian ini dikekalkan sebagai sebuah

kementerian yang tersendiri dengan sendirinya ia

menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap

sektor pengajian tinggi negara dan dengan komitmen

yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap sektor pengajian

tinggi negara maka sudah tentulah kita yang menerajui

dan menganggotai kementerian ini memainkan peranan

yang besar dalam kementerian ini akan terus juga

4

memainkan peranan dengan penuh komitmen dengan

penuh dedikasi dalam mengurus kegemilangan ilmu yang

sememangnya menjadi cogan kata dan juga slogan

kementerian.

6. Kejayaan kita, kemampuan kita untuk mengurus

kegemilangan ilmu adalah kerana kita tahu dan kita

sedari betapa pentingnya ilmu, pentingnya ilmu dalam

zaman sekarang pentingnya ilmu dalam zaman kita

berada di era maklumat, di zaman kemelut ekonomi

dengan berasaskan kepada pengetahuan. kita sedar

bahawa bagaimana dari ilmu pengetahuan dan juga

maklumat memberi kebebihan kepada seseorang individu

sesebuah syarikat sesebuah institusi mahupun sesebuah

negara. Dan kita bertanggungjawab untuk lakukan

perkara itu dapat dicapai. Kita sedar bahawa dalam

zaman ini hanya melalui ilmu maklumat dan juga

pengetahuan yang merupakan senjata yang paling

penting kepada manusia. Dan inilah yang menjadi

tanggungjawab, yang menjadi tugas kita dan yang

menjadi peranan kita, sumbangan kita. Matlamat

pembangunan negara kemajuan negara perpaduan

negara, bergantung kepada sejauh mana kita dapat

mengurus kegemilangan ilmu selaras dengan cogan kata

dengan slogan kementerian kita pada hari ini.

5

Tuan-tuan dan puan-puan, Hadirin hadirat yang dihormati

sekalian

7. Semasa YAB Perdana Menteri mula mengambil teraju

kepimpinan negara menubuhkan kabinet barunya, beliau

telah mengumumkan pendekatan pentadbirannya yang

baru yang berkonsepakan kepada satu malaysia yang

memberi penekanan kepada setiap rakyat malaysia yang

berkelayakan yang memerlukan bantuan serta

pertolongan patut dbantu yang mana boleh dilihat perlu

ditentukan, tidak ada rakyat malaysia dalam negara ini

yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan.

YAB Perdana Menteri juga telah meletakkan kepentingan

rakyat dan juga prestasi kerja serta kecekapan sistem

penyampaian universiti awam di tempat yang paling

utama sebagaimana slogan beliau iaitu rakyat

didahulukan prestasi diutamakan.

8. Pada kita di kementerian pengajian tinggi kita sedar

bahawa slogan rakyat didahulukan dan prestasi

diutamakan merupakan perkara yang saling berkaitan

dan juga saling lengkap-melengkapi. Mendahulukan

rakyat yang matlamat keramat kerana di dalam

demokrasi pemimpin dipilih oleh rakyat. Dan sewajarnya

mengabdikan diri untuk memperjuangkan kepentingan

rakyat. Dalam konteks KPT, rakyat kita ialah ibu bapa

pelajar orang ramai dan juga kerajaan. Dan apabila,

6

konteks ataupun dari segi pengharapan yang diletakkan

oleh rakyat yang ditakrifkan sebagai 4 golongan yang

telah saya nyatakan tadi.

9. Dan pengharapan ini terbahagi kepada pengharapan am

dan juga pengharapan khusus yang melibatkan

golongan-golongan sepertimana yang telah saya

nyatakan tersebut. Pengharapan am berkisar kepada soal

untuk mendapat pendidikan yang bermutu. Pengharapan

atas graduan mudah mendapat pekerjaan selepas tamant

pengajian . pengharapan agar graduan menghayati nilainilai

murni segajat dan pengharapan agar negara

mempunyai daya saing, dan daya produktiviti yang juga

tinggi. Pengharapan khusus bagi ibubapa ialah agar

anak-anak mereka mendapat pendidikan yang bermutu

agar anak-anak mereka memperolehi pekerjaan bila

keluar daripada universiti, pengharapan agar anak

mereka apabila berada di bawah jagaan KPT, mereka

semua selamat dan juga sejahtera dan pengharapan agar

anak mereka menjadi manusia yang baik.

10. Dari segi pelajar, mereka berharap memperolehi

pendidikan yang bermutu dari institusi yang mereka

belajar. Berharap agar tenaga pengajar adalah yang

berkaliber penuh dedikasi, berkemampuan memberi

pengajaran yang bermutu dan juga berkesan berharap

agar institusi dimana mereka belajar memberi

7

pengalaman yang menyeluruh bermakna dan juga

bermanfaat. Dan bagi kerajaan pula, kerajaan

mengharapkan daripada kita, kita dapat menghasilkan

insitusi yang bertaraf dunia kita dapat menghasilkan

graduan yang berketrampilan, berdaya saing kreatif

inovatif, kita mampu menghasilkan graduan yang mampu

meningkant daya saing dan juga produktiviti negara dan

pengharapan agar kementerian kita sentiasa prihatin

terhadapa permintaan rakyat dan menjadikan

pengharapan rakyat sebagai satu pengisian.

Tuan-tuan dan puan-puan,

11. Slogan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan

bererti membina jambatan antara impian dan juga

amalan. Memang benar terdapat selama ini banjiran

perniagaan impian tetapi kita lemah dari segi amalan

ataupun perlaksanaan ataupun penterjemahan. Maka

telah wajar sekali ungkapan rakyat didahulukan prestasi

diutamakan ditakrifkan secara serentak dan senada untuk

menekankan bukan sahaja impian bahkan juga amalan

adalah sama penting dan ini kita dapat mengotakan apa

yang kita ungkapkan dan justeru itu dalam soal untuk

menentukan bahawa kita dapat melaksanakan prestasi

dan juga amalan makan disinilah soal e-perfomance

indeks ataupun indeks mengukur kelayakan sangat

8

penting yang mana kita di peringkat kementerian ini amat

mengalu-alukan usaha kerajaan memperkenalkan KPI

yang akan dilaksanakan ataupun dimulakan terhadap

menteri, timbalan menteri sebagai mana ianya telahpun

diperkenalkan untuk dijayakan oleh kementerian dan juga

ketua-ketua kementerian mahupun di peringkat universiti

dan sebagainya.

12. Dalam kita di peringkat kementerian memikirkan apakah

KPI yang tepat yang perlu kita perkenalkan untuk

kementerian kita, kita telah memberi pertimbangan

terhadap usaha-usaha yang telah kita lakukan selama ini

dan juga perkara-perkara yang kita rasakan masih lagi

perlu diberikan perhatian, yang menjadi asas kepada dan

kita kemukakan kepada kerajaan dalam soal untuk

menentukan kita dapat melaksanakan perkara-perkara

yang sememangkannya menjadi pengharapan daripada

rakyat supaya kita dapat memberi sumbangan kepada

slogan rakyat didahulukan dan bila prestasi diutamakan.

13. Bagi Kementerian Pengajian Tinggi, kita telah maklumkan

kepada kerajaan bahawa dalam soal untuk mengukur

ataupun menentukan KPI kita, ianya berasaskan kepada

empat perkara yang kita mohonkan ataupun yang kita

tetapkan kita namakan sebagai empat P. Pertamanya, P

yang pertama ialah PELAN STRATEGIK PENDIDIKAN

TINGGI NEGARA, yang mana melalui perlaksanann

9

Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara kita ingin

menzahirkan bergerak menjayakan matlamat kita untuk

mewujudkan ataupun meningkat kan tuntutan universiti

dalam kepala kita supaya bertaraf dunia dan kita dapat

melahirkan modal insan minda kelas pertama. Maka

sebelum daripada ini saya telah banyak kali nyatakan

bahawa kita semua di pelbagai lapisan kementerian dan

juga peringkat institusi perlu menghayati Pelan Strategik

Pendidikan Tinggi Negara ini kerana ini merupakan

secara khusus tindakan dan usaha kita untuk

mentransformasi pengajian tinggi yang terdapat dalam

negara kita pada hari ini. Ia merupakan satu pelan yang

menekankan betapa pentingnya institusi-institusi

pengajian tinggi dalam negara kita dan juga sumber

manusia yang menggerakkannya benar-benar mencapai

kecemerlangan.

14. Usaha untuk mencapai kecermelangan menjadi matlamat

kita dan ia juga merupakan cabaran kepada kita. Kita

telah kenal pasti perkara-perkara yang perlu dilakukan

soal tonggak institusi yang perlu kita pertingkatkan dan 18

agenda politikal yang telah kita beri perhatian yang perlu

kita teruskan seketika untuk menjaya dan untuk

melaksanakan. Dalam jangkauan pelan perlaksanaan ini,

saya berharap kerja-kerja untuk mengukuh

perlaksanaannya yang dilakukan oleh PMO yang telah

kita lancarkan sebelum daripada ini mendapat segala

10

kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan agar kita

dapat merekodkan perkembangan perjalanan

pencapaian, untuk kita melaksanakan pelan staragik

pengajian tinggi Negara ini yang berteraskan kepada

kecermelangan akan benar-benar dapat berjalan dengan

baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

15. Dalam soal apabila Kementerian, Menteri, KSU

semuanya tertakluk kepada KPI, dengan sendirinya pihak

univerisiti dan naib-naib canselor universiti juga akan

tertakluk kepada KPI. KPI akan diguna pakai yang perlu

dijayakan oleh universiti, termasuklah Naib Canselor tidak

terhad kepada pelaksanaan pasaran Pelan Strategik

Pendidikan Tinggi Negara semata-mata. Apa yang

terdapat dalam PSPTN merupakan hanya keperluan

minima untuk IPT dan Naib Canselor dalam negara kita.

Apa yang ada dalam PSPTN adalah keperluan minima

kerana setiap IPTA mempunyai misi, visi, objektif, nech

area mereka masing-masing. Sudah tentu mereka

mempunyai pelan pelaksanaan untuk menentukan

mereka dapat mencapai matlamat, visi, objektif yang

terletak di universiti yang mereka terajui. Pada masa yang

sama untuk tahun ini, diperingkat kementerian dan juga

jabatan pengajian tinggi, kita juga telah menyatakan

11

ahawa KPI untuk Naib Canselor yang baru telah mula

dilaksanakan.

16. Ini kita telah perkenalkan sebelum daripada kerajaan

melalui kabinet yang baru memestikan KPI digunakan

oleh menteri dan juga kementerian. Dan KPI yang telah

kita perkenalkan untuk universiti berasaskan kepada tiga

perkara yang menjadi ukuran. Pertamanya menjadikan

graduan yang dilahirkan memenuhi standard kualiti

melalui penambahbaikan pembelajaran dan pelajaran

(teaching & learning). Keduanya dari segi tadbir urus

yang dilaksanakan secara telus dan cekap kepada

pekerjaan yang kita lakukan melalui AUKU dan saya juga

akan dipinda akan UiTM supaya pentadbiran yang cekap

dan juga telus dilakukan di UiTM sebagaimana dilakukan

juga dituntut di universiti-universiti yang lain dan

ketiganya hasil penyelidikan yang dihormati dan juga

komitmen untuk melaksanakan penyelidikan walaupun

kita sedar bahawa tahap yang akan kita gunakan berbeza

antara universiti penyelidikan dengan universiti-universiti

yang lain.

17. Selain daripada itu kita juga mahukan supaya

kecermelangan ini dapat dicapai dan dijayakan juga oleh

institusi pengajian tinggi swasta. Institusi pengajian tinggi

swasta merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan

negara. Mereka juga menyumbang kepadaa usaha-usaha

12

negara kita menjadi hub pendidikan serantau. Kalau

mereka tidak cemerlang, kita akan menghadapi masalah.

Mereka tidak akan melengkapkan sistem pengajian tinggi

negara secara sempurna, apatah lagi mereka akan

mencacatkan cita-cita untuk menjadikan rantau ini,

negara kita sebagai hub pendidikan di rantau ini. Atas

sebab-sebab itu, kita akan teruskan juga selain daripada

apa yang dilakukan oleh KPT selama ini, memantau

mereka.

18. Kita juga berkehendakkan supaya mereka bersedia

menyertai usaha yang akan dilakukan oleh MQA

khususnya dalam soal melaksanakan prestasi akademik

mereka. Dan juga mereka menyertai program penarafan

setara yang selama dan sebelum ini telah disertai oleh

univerisiti-universiti awam. Prestasi akademik yang akan

dilakukan oleh MQA akan mula dilaksanakan pada bulan

ogos tahun ini kerana pada ketika ini pihak MQA telahpun

mewujudkan segala peruntukan sebanyak 10 kumpulan

audit yang akan memulakan tugas untuk membuat audit

kepada institusi pengajian tinggi kita dan saya berharap

supaya IPTS tidak terkecuali daripada diaudit. Supaya

kita akan tahu tahap kekuatan institusi-institusi ini. Pada

masa yang sama, saya menyambut baik tujuan

sebahagian besar daripada IPTS yang ingin bersamasama

menyertai program penarafan SETARA. Kita

telahpun menerima persetujuan bertulis daripada 49 buah

13

universiti dan kolej universiti, semua 20 universiti awam

bersedia menyertai program ini, manakala 29 lagi

daripada universiti swasta dan kolej universiti swasta

bersedia juga untuk sama-sama menyertai program

penarafan setara.

19. Perkara yang kedua, yang menjadi fokus kita sebagai

asas dalam kita mengemukakan cadangan bagi KPI bagi

kementerian ialah dalam soal pendemokrasian pengajian

tinggi negara. Ia, sebagaimana yang kita sedia maklum,

bagaimana yang kita faham, pendemokrasian bermaksud

menyediakan peluang yang seimbang supaya keadilan

hak dalam pengajian tinggi dapat dinikmati oleh rakyat

dalam negara kita. Kita sukar untuk memberi peluang

kepada lebih ramai anggota masyarakat daripada

pelbagai lapisan dapat menikmati kemajuan peringkat

tinggi tanpa mengira status sosial ataupun beban

ekonomi mereka. Dan ini melibatkan soal kemasukan dan

ia sudah tentulah bergantung kepada jumlah institusi

yang terdapat dalam negara kita sebagaimana yang telah

dinyatakan sebentar tadi sama ada IPTA ataupun IPTS

ataupun Kolej mahupun Politeknik dan juga Kolej

Komuniti. Dan sudah tentulah dalam soal ini, ia

melibatkan juga penyediaan infrastruktur yang berkualiti.

Setahun, kerajaan memperuntukkan kepada kementerian

kita sejumlah peruntukan yang begitu besar dan kita

bertanggungjawab untuk tunjukkan prestasi kita dalam

14

membelanjakan peruntukan itu berada pada tahap yang

benar-benar boleh membuatkan kita kerana ia akan

menentukan sama ada masyarakat kita, pelajar-pelajar

kita mempunyai kemudahan yang terbaik dan berkualiti

ataupun tidak. Jangan mereka diterima masuk menyertai

aktiviti-aktiviti pengajian tinggi dalam negara kita.

20. Disamping itu dalam menentukan pendemokrasian ini

termasuklah dari segi syarat kemasukan, penggunaan

teknologi-teknologi terkini, teknologi digital dalam

perpustakaan, dalam bilik kuliah dan sebagainya. Soal

kita menyediakan tempoh pengajian yang maksima,

separuh masa, tawaran-tawaran kursus melalui

pengajian profesional yang semuanya mengukur sejauh

mana proses dan tahap pendemokrasian yang kita

lakukan dalam sistem pengajian tinggi negara kita

sekarang ini. Pada masa yang sama, kita juga

berkehendakkan supaya universiti kita bergerak seiring

dengan kemajuan-kemajuan ini, supaya mereka dapat

bersaing dan dapat menyumbang kepada pembangunan

kemajuan negara kita dan juga kemajuan kemanusiaan

dan juga ketamadunan dalam negara kita. Ini bermakna

universiti kita kena mampu melahirkan kursus-kursus

yang baru pada setiap masa kerana kita tahu bahawa

ilmu bergerak dengan begitu cepat dan juga begitu

pantas. Dahulu kita menghantar pelajar kita untuk

mendapat ilmu yang berkualiti di luar negara. Dari

15

semasa ke semasa kita mengurangkannya kerana kita

mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkara ini.

Dan kita tidak perlu berhenti setakat itu tetapi universiti

kita perlu bersedia untuk menawarkan kursus-kursus

yang baru selari dengan perkembangan dan juga

kemajuan ilmu yang terdapat di dunia pada hari ini.

21. Selain daripada itu, dalam soal pendemokrasian

pengajian tinggi negara yang juga melibatkan soal

politeknik yang mana saya telah minta supaya kita terus

memperkasakan politeknik, kita perlu melancarkan

program pelaksanaan dan pelan pelaksanaan politeknik

tersendiri, memberi penekanan kepada niche area yang

terdapat dalam setiap politeknik yang menjadai kekuatan

kepada setiap institusi politeknik semata-mata. Kita juga

dalam usaha untuk menjayakan pembelajaran sepanjang

hayat, tidak akan lupa kepada kolej komuniti yang

merupakan satu institusi yang akan menjadi semakin

penting. Saya telah nyatakan apabila Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi dibubarkan, ini

merupakan peluang yang terbaik untuk kolej komuniti

sedikit sebanyak. Mengambil alih peranan untuk

menjayakan usahawan-usahawan yang berilmu dan juga

berkualiti yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat di

mana terletaknya kolej komuniti. Disamping kolej komuniti

terus memberi kebenaran kepada program masyarakat

16

prihatin, program pengukuhan graduan dan juga program

latihan kepada penduduk.

22. Saya percaya bahawa kita perlu bekerja untuk

melaksanakan rebranding kepada kolej komuniti. Dan kita

berharap sebenarnya rancangan kita iaitu setiap kawasan

parlimen akan mempunyai kolej komuniti akan turut

tercapai. Untuk tahun ini sahaja kita akan tambah lebih

kurang 20 cawangan lagi. Daripada belanjawan yang ada

dan sedikit daripada pakej rangsangan ekonomi yang kita

diberikan peruntukan tambahan untuk menyediakan lagi

10 cawangan kolej komuniti, ini semua akan kita

teruskan. Disamping itu apabila kita bercakap mengenai

pendemokrasian, ia tidak akan memberi apa-apa makna

sekiranya kita tidak memberi pembiayaan kepada pelajar.

23. Bercakap mengenai pembiayaan, kita memberi fokus

kepada PTPTN yang mana dalam soal ini kita akan

melihat kepada soal kelestarian PTPTN dari segi

pembiayaan. Kita tahu bahawa menjalang tahun 2020,

PTPTN akan mempunyai defisit sekitar RM46 billion. Dan

ini tidak boleh diteruskan. Maka atas sebab itu, kita telah

minta supaya kajian dibuat untuk memastikan kelestarian

PTPTN pada masa hadapan. Setelah kajian ini dibuat,

maka terserahlah kepada kerajaan untuk menentukan

bagaimanakah proses bentuk cadangan yang kita

17

perjelaskan dan meneruskan peranan yang dimainkan

oleh PTPTN.

Tuan-tuan dan puan-puan,

24. Apabila dapat mengendali pembiayaan, kita juga sedar

bahawa kerajaan pada kali ini melalui pakej rangsangan

ekonomi kedua telah melancarkan ataupun menguruskan

tabung-tabung bagi membantu pelajar-pelajar kita yang

akan meneruskan pengajian mereka diperingkat master

dan juga PhD. Untuk makluman tuan-tuan dan puanpuan,

pada 1hb April yang lepas, seramai 1,858 pemohon

telah berjaya untuk diberi bantuan ataupun sumbangan

oleh kerajaan bagi mereka meneruskan pengajian

mereka diperingkat master ataupun PhD. 1,726

diperingkat master dan 132 diperingkat PhD. Dan pada

hari ini, kita dapat menyampaikan kepada 10 orang yang

telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran mereka

diperingkat master dan PhD dengan sumbangan yang

diberikan oleh kerajaan iaitu RM 10,000 untuk master dan

RM 20,000 untuk PhD. Saya ucapkan tahniah kepada

semua penerima. Dan lebih banyak lagi tempat yang

kosong dan untuk master kita sediakan peruntukan untuk

10,000 pelajar dan untuk PhD kita sediakan untuk 500

pelajar. Jadi bagi mana-mana mereka yang berminat

untuk melanjutkan pelajaran diperingkat masters dan

18

PhD, sewajarnya kita merebut peluang yang disediakan

kerajaan dalam soal ini.

25. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, ”P” yang ketiga,

ialah kita akan memberi fokus ialah kepada soal

pengantarabangsaan. Pengantarabangsaan, selain

daripada soal kita membawa masuk pelajar

antarabangsa, pelajar luar negara masuk ke Malaysia,

kita juga akan menggunakan usaha kita dalam mencapai

pengantarabangsaan untuk melengkapkan lagi hubungan

kerjasama antara universiti di negara kita dan universiti di

luar negara, disamping kita dapat tentukan kita dapat

menarik lebih banyak universiti luar negara untuk

membuka cawangan-cawangan kampusnya didalam

negara kita. Disamping kita membantu mana-mana

universiti kita khususnya IPTS, samaada nak membuka

kampus cawangan ataupun menyediakan perkhidmatan

ke luar negara. Di dalam soal untuk kita menjayakan

usaha kita dari aspek pengantarabangsaan ini, kita akan

tentukan tidak semua khususnya IPTS yang akan

dibenarkan untuk membawa masuk pelajar antarabangsa

kerana kita akan tentukan ia benar-benar layak,

berkemampuan dan dapat memenuhi keperluan dan

kehendak pelajar antarabangsa sahaja yang boleh

dibenarkan membawa masuk pelajar antarabangsa.

19

26. Kita juga akan mengubahsuai pendekatan kita membuat

promosi bagi menggalakkan pelajar antarabangsa untuk

datang ke negara kita yang mana sudah tentulah strategi

yang berbeza akan diperkenalkan antara satu negara

dengan satu negara yang lain. P yang keempat, yang

telah kita kenal pasti ialah dalam soal untuk kita membuat

cadangan bagi KPI menteri dan juga kementerian ialah

dari segi pembangunan pelajar. Tuan-tuan dan puanpuan,

kita tahu bahawa kejayaan kita sebagai institusi

pengajian tinggi, adalah bergantung kepada kualiti

graduan kita. Walaupun kita tahu bahawa graduan ini

merupakan mereka yang berilmu, tetapi yang pentingnya

juga bukan semata-mata ilmu yang mereka dapat seperti

penulisan yang saya baca daripada saudara kita Naib

Canselor daripada UTM, kita bukan sahaja memerlukan

golongan intellegent tapi kita perlukan pelajar-pelajar kita

yang merupakan golongan intelektual.

27. Walaupun kita berada dalam zaman yang berasaskan

kepada ilmu, tidak cukup hanya pelajar kita berilmu tetapi

yang kita berkehendakkan daripada mereka ialah

kemampuan mereka untuk berfikir, kemampuan mereka

untuk berfikiran inovatif, kreatif, berdayasaing,

berpengetahuan dan mereka sebagai golongan

intelektual. Dan yang kita mahukan ilmu yang ada pada

mereka itu benar-benar menjadi sesuatu yang menambah

nilai kepada mereka. Dan itu digunakan untuk mencipta

20

kekayaan dan juga kemewahan. Ramai yang berilmu

tetapi tidak ada nilai tambah, tidak ada nilai dan sifat

inovatif, kreatif, maka dengan sendirinya tidak dapat

membantu dalam soal-soal untuk mencipta kekayaan

bagaimana yang diperlukan oleh negara. Maka disinilah

tuan-tuan dan puan-puan kita akan teruskan usaha bagi

menambah nilai pada pelajar-pelajar kita dengan ciri-ciri

ketrampilan, keupayaan berkomunikasi dengan baik,

keupayaan berfikir secara kritis dan juga membina daya

kepimpinan yang tinggi, kemampuan terhadap prestasi

diri, menyelesaikan masalah dan juga pada masa yang

sama memiliki ciri-ciri keusahawan, berdaya maju,

berdaya saing dan juga berdaya tahan.

28. Lapan (8) teras pembangunan holistik pelajar akan kita

teruskan bagi membolehkan para pelajar kita menjadikan

penglibatan mereka dalam kurikulum tambahan seperti

kepimpinan, debat, sukan, daya usaha dan inovasi,

kebudayaan, kesukarelaan, keusahawanan dan khidmat

komuniti. Dan pada masa yang sama, kita akan juga

mengukur keberkesanan finishing school yang

diwujudkan oleh IPTA-IPTA dalam negara kita. Kita tahu

ada pelbagai perbezaan kewujudan ini yang masingmasingnya

mempunyai peranan yang berbeza-beza dan

juga hasil yang berbeza-beza dan impak yang berbezabeza.

Kita akan melihat dan mengukur semua ini. Kita

21

tentukan apa yang kita lakukan benar-benar mencapai

matlamat.

29. Dan ini semua adalah bagi memastikan graduan yang

kita lahirkan benar-benar meningkat dari segi kebolehan

pasaran mereka. Dan dalam hal ini kerjasama dengan

pihak industri akan kita teruskan berikan penekanan dan

akan kita pertingkatkan khususnya dalam melibatkan

lebih banyak syarikat dan juga industri yang terlibat dalam

pelbagai sektor dan aktiviti ekonomi yang terdapat dalam

negara kita. Dan dalam usaha kita untuk menentukan kita

dapat menjayakan graduan kita dan juga saya

maklumkan bahawa pihak kementerian melalui hubungan

dan industri akan menganjurkan buat pertama kalinya

karnival kerjaya dan keusahawan atau diberi nama

singkatnya K3G. Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

Graduan ini akan diadakan pada 15 hingga 17 mei 2009

di PWTC. Dan syarikat-syarikat yang telah bersetuju

menyertai karnival ini akan menyediakan pekerjaan

sebanyak 10,000 peluang pekerjaan. Dan sebab itulah

apabila syarikat bertambah, maka peluang pekerjaan

akan juga bertambah dalam masa 2 minggu sebelum kita

melancarkan karnival. Dan karnival ini juga merupakan

pameran kerjaya yang terbesar yang pernah dianjurkan

dalam negara kita dan ia juga akan menjadi pameran

yang mempraktikkan sistem online yang akan kita

lancarkan dimana graduan-graduan kita hanya perlu

22

mandaftar, mengisi maklumat mereka dan apabila

mereka habis ke karnival pada hari yang ditetapkan,

mereka tidak perlu membawa apa-apa dokumen selama

dalam masa 2 minggu melalui pendaftaran online dan

juga memasukkan segala butiran mengenai diri mereka.

Dan inilah usaha yang kita lakukan dalam konteks

pembangunan pelajar, perkara yang keempat yang

menjadi asas tumpuan kita yang kita lakukan dan kita

harap akan dapat kita jayakan pada setiap tahun.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

30. Saya percaya dan saya berharap, kita semua akan

mempunyai kesungguhan dan juga komitmen untuk

mencapai matlamat kita dalam semua perkara yang saya

sebutkan dalam ucapan saya tadi. Saya percaya dan

yakin yang tuan-tuan dan puan-puan akan bersama-sama

dengan kita semua untuk tentukan bahawa kita akan

berjaya memikul tanggungjawab dan juga matlamat kita

sebagaimana yang telah saya gariskan sebentar tadi.

Saya percaya kita semua mahu mencapai kejayaan.

Tidak ada sesiapa pun yang tidak mahu berjaya dan tidak

mahu mencapai dan juga mengatasi apa-apa jua

persaingan yang berhadapan dengannya.

31. Bagi kita di Kementerian Pengajian Tinggi, kejayaan kita

dalam persaingan akan diukur apabila kita dapat memberi

sumbangan atas usaha kita untuk mencapai matlamat

23

dan juga tanggungjawab yang diletakkan dibahu kita iaitu

untuk bersama-sama kepada satu perkara yang amat

penting sepertimana yang saya katakan tadi bahawa ilmu

merupakan senjata yang sangat-sangat penting dalam

zaman ini. Dan kita bertanggungjawab untuk tentukan

ilmu benar-benar dapat disediakan, diberikan, disebarkan

di kalangan rakyat dalam negara kita pada hari ini. Maka

dengan itu saya berharap kita semua benar-benar dapat

bekerja sebagai satu pasukan, saya yakin dan percaya

pada kemampuan dan juga komitmen tuan-tuan dan

puan-puan sekalian untuk menjalankan tugas dan juga

tanggungjawab masing-masing. Dan dengan kata-kata itu

saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih

dan selamat bertugas. Sekian.....

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!