Muat turun buku panduan perbankan Internet - Banking Info

bankinginfo.com.my

Muat turun buku panduan perbankan Internet - Banking Info

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my

ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Kedua


Perbankan Internet

E-TRANSAKSI

DAN ANDA

Perbankan

Internet

Program pendidikan pengguna oleh:


kandungan

1 Pengenalan

2 Perbankan melalui Internet

Cepat dan mudah

3 Apakah yang diperlukan untuk

memulakan perkhidmatan

perbankan Internet

Bagaimana untuk memohon

menjadi pengguna

perbankan Internet

4 Perkhidmatan perbankan

yang ditawarkan dalam

talian

Sebelum anda mendaftar

5 Adakah perkhidmatan

perbankan Internet selamat

digunakan

9 Ancaman keselamatan

Internet

10 Kerahsiaan maklumat

peribadi anda

12 Soalan yang sering ditanya

16 Glosari

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda

sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau

maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan

tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada

nasihat guaman.

Tarikh: 1 April 2007


PENGENALAN

Uruskan hal

kewangan anda

dari mana-mana

sahaja di serata dunia

Perbankan Internet membolehkan anda menguruskan hal kewangan

anda dari rumah atau tempat kerja bahkan dari mana-mana sahaja

di serata dunia. Tujuan buku kecil ini adalah untuk memberi maklumat

mengenai perkhidmatan perbankan Internet yang ditawarkan oleh

institusi-institusi perbankan berlesen di Malaysia.


PERBANKAN MELALUI INTERNET

Buat masa ini, hanya institusi-institusi

perbankan yang dilesenkan di bawah

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan

1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Islam

1983 (API) sahaja yang dibenarkan untuk

menawarkan perkhidmatan perbankan

Internet di Malaysia. Senarai institusiinstitusi

perbankan berlesen yang telah

diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

untuk menawarkan perkhidmatan

perbankan Internet boleh diperolehi

di laman web Bank Negara Malaysia,

www.bnm.gov.my.

CEPAT DAN MUDAH

Perbankan Internet menyediakan suatu

kaedah yang cepat dan mudah kepada

anda untuk menjalankan pelbagai

transaksi perbankan, semasa atau di luar

waktu perbankan. Kebanyakan institusi

perbankan menawarkan perkhidmatan

ini 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia

menjimatkan masa kerana anda tidak

perlu lagi pergi ke bank dan beratur

untuk mendapatkan perkhidmatan

perbankan atau membayar bil.

2


APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK

MEMULAKAN PERKHIDMATAN

PERBANKAN INTERNET

Perbankan Internet tidak memerlukan

sebarang perisian atau akses khas kepada

sebuah rangkaian persendirian, tetapi

ianya dilakukan melalui rangkaian

Internet. Jika anda memiliki komputer

yang mempunyai akses kepada Internet,

modem dan talian telefon, pelayar Internet

dan telah mendaftar untuk perkhidmatan

Internet dengan institusi perbankan, anda

boleh menjalankan perbankan Internet

dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Anda dinasihatkan supaya memasang

dinding keselamatan peribadi dan sentiasa

mengemaskini perisian penentang virus.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

MENJADI PENGGUNA PERBANKAN

INTERNET

Kaedah yang

cepat dan mudah

untuk menjalankan pelbagai

transaksi perbankan

3

Anda boleh memohon kemudahan

perbankan Internet jika anda mempunyai

akaun dengan institusi perbankan yang

menyediakan perkhidmatan perbankan

Internet. Butir-butir lanjut mengenai

prosedur permohonan boleh didapati

di laman web institusi-institusi perbankan

yang berkenaan.


PERKHIDMATAN PERBANKAN YANG

DITAWARKAN DALAM TALIAN

Anda boleh menjalankan pelbagai

transaksi perbankan dalam talian

dengan kemudahan perbankan

Internet. Bergantung kepada institusi

perbankan, perkhidmatan utama

yang ditawarkan melalui perbankan

Internet membolehkan anda:

• Menyemak baki akaun dan penyata akaun

• Mengemukakan permohonan untuk

akaun, kad kredit atau kemudahan

pinjaman baru

• Membuat pelaburan deposit tetap

• Memindah dana di antara akaun (milik

sendiri dan pihak ketiga)

• Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan

premium insurans

• Membuat, meminda dan membatalkan

arahan tetap

• Memohon buku cek dan penyata akaun

• Menyemak status cek dan memohon

arahan menghentikan pembayaran cek

• Memohon draf bank dan pemindahan

telegraf

Sebahagian daripada perkhidmatan

tambahan yang ditawarkan termasuk

menambahnilai masa ke udara telefon

bimbit dan pengiraan kadar faedah

serta nilai mata wang asing. Sila hubungi

institusi perbankan anda untuk

mendapatkan senarai penuh perkhidmatan

yang ditawarkan serta ciri-ciri dan saluran

tambahan yang disediakan.

SEBELUM ANDA MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca dan

memahami terma dan syarat-syarat

perkhidmatan sebelum mendaftar untuk

perkhidmatan perbankan Internet yang

merangkumi:

• Maklumat tentang tanggungjawab

institusi perbankan dan pelanggan

• Maklumat tentang pihak yang harus

bertanggungjawab sekiranya berlaku

sebarang transaksi palsu atau penipuan

4


Langkahlangkah

telah

diambil oleh

institusi-institusi

perbankan

untuk menjamin

satu laman

web yang

selamat

5

• Cara pemberitahuan sekiranya terdapat

perubahan pada terma dan syarat-syarat

• Maklumat tentang cara membuat aduan

dan bagaimana aduan itu akan disiasat

dan diselesaikan

a.

Anda juga harus berbincang dengan

institusi perbankan anda mengenai risiko

yang berkaitan dengan perbankan Internet

dan memahami tanggungjawab dan hakhak

anda sepenuhnya.

ADAKAH PERKHIDMATAN PERBANKAN

INTERNET SELAMAT DIGUNAKAN

Seperti sistem-sistem lain, penggunaan

perbankan Internet turut mengandungi

risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko

telah diminimumkan melalui pemeriksaan

sistem keselamatan secara berterusan oleh

institusi perbankan dan sikap berhati-hati

anda apabila menggunakan perkhidmatan

perbankan Internet.

Tindakan institusi perbankan untuk

menjamin keselamatan

Sebelum mula menawarkan perkhidmatan

perbankan Internet, institusi perbankan

telah berusaha sepenuhnya untuk

memastikan sistem perbankan Internet

yang dibinanya adalah selamat untuk

pengguna. Tambahan pula, institusi

perbankan yang menawarkan perbankan

Internet juga dikehendaki mematuhi garis

panduan minimum yang ditetapkan oleh

Bank Negara Malaysia. Di antara langkahlangkah

keselamatan yang telah diambil

oleh institusi-institusi perbankan ialah:

• Sentiasa menjalankan ujian ke atas sistem

perbankan Internet untuk memastikan

keberkesanan sistem tersebut

• Penyediaan pengaturan bagi keselamatan

Internet untuk memastikan infrastruktur

yang dijamin selamat:

- Perlaksanaan langkah-langkah

keselamatan seperti penyulitan,

dinding keselamatan, log keluar

automatik dan alat pemantau

- Pemasangan sistem untuk mengesan

dan menggagalkan serangan

penceroboh (hacker)

• Menggunakan kaedah pengesahan dua

faktor yang menyediakan dua tahap

pemeriksaan untuk mengenalpasti

pengguna sebenar


• Menjalankan pemeriksaan berkala setiap

6 bulan untuk menilai tahap risiko yang

mungkin wujud dan mengesan kelemahan

yang mungkin terdapat pada sistem

pengurusan risiko institusi perbankan.

b.

Maklumat mengenai langkah-langkah

keselamatan yang telah diambil boleh

diperolehi di laman web institusi-institusi

perbankan berkenaan.

Tindakan yang patut anda lakukan untuk

menjamin keselamatan

Anda juga memainkan peranan yang penting

dalam memastikan keselamatan transaksi

perbankan anda melalui Internet. Antara

tindakan-tindakan yang boleh anda ambil

selaku pelanggan bank ialah:

• Jangan dedahkan ID log masuk dan kata

laluan atau nombor PIN anda

- Hafal dan jangan menulisnya

di mana-mana sekalipun

- Jangan menghantar maklumat peribadi

anda terutamanya kata laluan atau nombor

PIN melalui e-mel biasa

- Jangan menyimpan ID log masuk dan

kata laluan atau nombor PIN anda dalam

komputer

- Sentiasa menukar kata laluan atau

nombor PIN anda dan elakkan daripada

menggunakan kata laluan yang mudah

diteka seperti nama atau tarikh lahir.

Anda disyorkan untuk menggunakan

kata laluan yang mempunyai kombinasi

huruf kecil, huruf besar dan nombor

- Jangan membalas sebarang permintaan

untuk mendapatkan ID log masuk dan

kata laluan atau nombor PIN anda

melalui telefon, faks, e-mel ataupun

mesej timbul, walaupun ianya nampak

sebagai urusan rasmi atau penting.

- Tukar kata laluan atau nombor PIN anda

dengan serta-merta dan menghubungi

institusi perbankan anda jika anda

mengesyaki adanya transaksi yang tidak

dibenarkan ke atas akaun anda atau

terdapat pihak lain yang mungkin

mengetahui kata laluan atau nombor

PIN anda

- Sentiasalah menyemak butir-butir

sejarah transaksi dan penyata anda

6


untuk memastikan tiada transaksi

yang tidak dibenarkan dan tiada

tambahan kepada senarai penerima

bayaran yang berdaftar

• Pastikan bahawa anda berada di laman

web yang betul dan selamat

- Sentiasa memasukkan "Uniform

Resource Locator” (URL) laman web

secara terus ke pelayar web. Elakkan

daripada diarah masuk ke laman

web bank atau hiperpautan ke

laman web tersebut daripada

e-mel atau laman web yang lain

- Pastikan anda berada di laman web

yang betul sebelum mengendalikan

transaksi dalam talian atau

menghantar maklumat peribadi

- Pastikan anda berada di laman web

yang selamat dengan menyemak URL

yang dimulai dengan “https://” dan

bukannya “http://” serta pastikan

imej ibu kunci tertutup tertera

pada bar status pelayar web anda.

Walaubagaimanapun, anda haruslah

berwaspada tentang kemungkinan

URL dan imej ibu kunci tertutup yang

mewakili sijil “Secured Socket Layer”

(SSL) adalah palsu. Oleh itu, periksa

URL dan sijil SSL daripada tab “Page

Properties” untuk mengenalpasti

kesahihan laman web tersebut

- Pasang “toolbar” pelayar web yang

dapat memberi amaran tentang

laman web “phishing” agar risiko

anda terjebak ke dalam kancah

penipuan “phishing” dapat

dikurangkan

• Mendaftar untuk menggunakan kaedah

pengesahan yang lebih baik

- Daftar untuk menggunakan kaedah

pengesahan dua faktor, di mana

pengesahan peringkat kedua

akan dilakukan untuk melindungi

transaksi anda

• Lindungi komputer peribadi anda

daripada penceroboh, virus dan

program perosak

- Pasang dinding keselamatan peribadi

dan program penentang virus yang

bereputasi untuk mengelakkan

komputer peribadi anda daripada

Lindungi

komputer anda

daripada penceroboh,

virus dan program

perosak

7


diserang oleh virus, pengintip dan

program perosak seperti "Trojan Horse"

- Pastikan program penentang virus dan

penentang pengintip anda adalah yang

terkini dan sentiasa berfungsi

- Pastikan sistem kendalian dan pelayar

web anda adalah yang terkini dan

dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan

yang terbaru untuk melindunginya

daripada menjadi lemah dan

mudah terjejas

- Jadikan pelayar anda berupaya

untuk menolak kawalan ActiveX

bagi mengurangkan keberangkalian

pengintip dipasang ke dalam

komputer anda

• Berhati-hati apabila memuat turun perisian

- Periksa program atau lampiran yang

diterima dengan program penentang

virus yang terkini untuk memastikan

ia tidak mengandungi virus yang boleh

menyerang komputer anda

- Jangan sesekali memuat turun sebarang

fail atau perisian daripada laman web

atau sumber yang kurang anda kenali

atau klik pada hiperpautan yang

dihantar oleh seseorang yang tidak anda

ketahui. Pembukaan fail, perisian atau

hiperpautan sedemikian boleh

mendedahkan sistem anda kepada virus

komputer yang boleh mencuri maklumat

peribadi anda, termasuk kata laluan atau

nombor PIN anda

• Jangan tinggalkan komputer anda terbiar

setelah anda log masuk

- Anda harus log keluar daripada

laman perbankan Internet sebelum

meninggalkan komputer anda,

walaupun untuk sementara waktu

• Sentiasa ingat untuk log keluar

- Apabila selesai melaksanakan transaksi

perbankan Internet anda, adalah

penting untuk anda terus log keluar

- Padamkan peti ingatan dan sejarah

transaksi selepas log keluar untuk

menghapuskan sebarang maklumat

tentang akaun anda. Ini adalah penting

untuk mengelakkan maklumat yang

tersimpan daripada diambil oleh pihak

yang tidak bertanggungjawab

8


• Langkah-langkah lain

- Jangan biarkan tetingkap pelayar

yang lain dalam keadaan terbuka

semasa membuat transaksi perbankan

dalam talian

- Elakkan mengguna komputer yang

dikongsi bersama atau milik awam

seperti di kafe Internet untuk

mengendalikan transaksi perbankan

Internet anda

Berjaga-jaga

apabila memuat turun

sebarang perisian,

menerima program

atau lampiran

- Menyahaktifkan ciri-ciri perkongsian

fail dan mesin pencetak dalam sistem

kendalian anda

- Jika anda mempunyai sebarang soalan

tentang keselamatan akaun Internet

anda, hubungilah institusi perbankan

anda untuk membincangkan isu tersebut,

termasuk cara penyelesaiannya

ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET

Anda digalakkan untuk terus mengikuti

perkembangan kaedah-kaedah terkini

penipuan Internet melalui nasihat-nasihat

yang dipaparkan dalam laman web institusi

perbankan anda dan kumpulan-kumpulan industri yang bertujuan untuk

menghapuskan penipuan dalam talian.

Anda harus berhati-hati terhadap kaedah-kaedah ancaman terkini termasuklah

serangan “phishing”, “pharming” dan “man-in-the-middle”.

“Phishing” merupakan tindakan menghantar pesanan e-mel palsu yang

mendakwa ianya adalah daripada institusi perbankan anda untuk mengumpan

penerima agar mendedahkan maklumat peribadi seperti PIN atau kata laluan

untuk mereka melakukan penipuan identiti. Ia sering mengandungi pautan

ke laman web yang mengandungi logo, format, grafik dan perkataan-perkataan

yang seakan-akan laman web sebenar institusi perbankan tersebut.

9


Baca

kenyataan

dasar

kerahsiaan

dan kawalan maklumat

yang dipaparkan oleh

institusi-institusi

perbankan di laman

web mereka

“Pharming” merupakan tindakan

mengeksploitasi kelemahan perisian

sistem nama domain (DNS) yang

membolehkan penceroboh mendapatkan

nama domain institusi perbankan yang

sebenar dan menukar arah laluan trafik

dari laman web institusi perbankan

tersebut ke laman web palsu.

Serangan “man-in-the-middle”

merupakan serangan di mana penipu

dapat membaca, menambah dan

mengubah mesej di antara anda

dan institusi perbankan anda tanpa

kedua-dua pihak mengetahui bahawa

pautan tersebut telah diceroboh.

Anda mampu mengurangkan risiko

daripada menjadi mangsa penipuan

Internet sekiranya anda melakukan

langkah-langkah yang telah disenaraikan

di dalam 'Tindakan Yang Patut Anda

Lakukan Untuk Menjamin Keselamatan'.

Anda juga seharusnya mencurigai

sebarang e-mel yang mengandungi

kandungan atau kenyataan yang

mendukacitakan atau menggembirakan

(tetapi palsu) yang meminta anda

bertindak dengan segera untuk

a.

menghantar maklumat kewangan anda

kerana penipu selalunya mahukan anda

bertindak dengan serta-merta.

KERAHSIAAN MAKLUMAT PERIBADI

ANDA

Institusi perbankan dan juga anda

mempunyai peranan dalam memastikan

kerahsiaan terjamin. Keselamatan

maklumat peribadi dan kewangan

anda adalah perkara yang amat

penting apabila mengendalikan

transaksi perbankan melalui Internet.

Kerahsiaan maklumat peribadi

pengguna adalah satu unsur penting

kepercayaan dan keyakinan orang

ramai terhadap sistem perbankan.

Tanggungjawab institusi perbankan

dalam memelihara kerahsiaan

Semua institusi perbankan yang

menawarkan perkhidmatan perbankan

Internet adalah dikehendaki

mengamalkan dasar kerahsiaan

pengguna dan kawalan maklumat yang

bertanggungjawab. Contohnya, institusi

perbankan seharusnya mempamerkan

10


.

mesej-mesej peringatan untuk memaklumkan

bahawa anda akan meninggalkan laman

web institusi perbankan itu dan tidak lagi

dilindungi oleh dasar kerahsiaan pengguna

dan langkah-langkah keselamatannya apabila

anda membuat hiperpautan ke laman web

pihak ketiga.

Tanggungjawab anda dalam memelihara

kerahsiaan

Anda adalah dinasihatkan supaya membaca

kenyataan dasar kerahsiaan yang dipaparkan

oleh institusi-institusi perbankan di laman

web mereka sebelum memberi maklumat

peribadi anda. Dengan meneliti dasar ini,

anda boleh mengetahui jenis maklumat

yang diterima dan disimpan oleh institusi

perbankan tentang diri anda. Institusi

perbankan mungkin ingin berkongsi

maklumat tentang diri anda dengan entiti

lain yang berkaitan untuk memasarkan

produk-produk tertentu yang menepati

keperluan dan minat anda. Jikalau anda

tidak ingin institusi perbankan berkongsi

maklumat peribadi anda dengan pihak

lain tanpa kebenaran, anda harus membuat

pilihan "tidak bersetuju" kepada institusi

perbankan tersebut.

11


SOALAN YANG SERING DITANYA

Institusi perbankan manakah

yang menawarkan perkhidmatan

perbankan Internet

Apakah jenis akaun yang

boleh diakses melalui

perbankan Internet

Apakah yang saya perlukan

untuk mengakses perbankan

Internet

&A

Pada amnya, institusi perbankan menawarkan perkhidmatan perbankan

Internet kepada pelanggan bank yang mempunyai akaun bank, kad kredit

atau kemudahan pinjaman. Terdapat juga institusi perbankan yang menawarkan

akaun khas yang dirangka khusus untuk perbankan Internet bagi pelanggan

yang sedia ada dan juga yang baru. Senarai institusi-institusi perbankan yang

diluluskan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet boleh didapati

di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my. Anda adalah dinasihatkan

supaya hanya mendaftar dengan institusi perbankan berlesen yang telah

mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan

perbankan Internet.

Anda boleh mengakses akaun anda yang telah dikaitkan dengan perkhidmatan

ini. Ia mungkin terdiri daripada akaun-akaun simpanan, semasa, deposit tetap,

kemudahan pinjaman dan kad kredit anda.

Anda memerlukan peralatan yang dilengkapi dengan kemudahan Internet seperti

komputer peribadi yang diterap dengan sistem kendalian yang sesuai, kebolehan

mengakses Internet melalui modem dan pelayar web yang sesuai. Maklumat lanjut

mengenai perkara ini boleh didapati di laman web perbankan Internet institusi

perbankan atau dengan menghubungi institusi perbankan berkenaan.

12


Berapakah kos untuk

melanggan perkhidmatan

perbankan Internet

Langganan perkhidmatan perbankan Internet buat masa ini adalah percuma tetapi

keadaan ini boleh berubah bergantung kepada institusi perbankan yang terlibat.

Yuran mungkin juga dikenakan ke atas sesetengah perkhidmatan seperti pemindahan

dana antara bank, pemindahan telegraf dan permohonan buku cek baru. Sila hubungi

institusi perbankan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai yuran-yuran

yang dikenakan. Dalam mengendalikan transaksi perbankan, struktur yuran yang

lebih berdaya saing mungkin akan dikenakan untuk kaedah Internet berbanding

dengan kaedah yang lain seperti perkhidmatan kaunter cawangan. Sesetengah

institusi perbankan turut menawarkan perkhidmatan perbankan Internet kepada

pelanggan korporat dan langganan untuk perkhidmatan ini mungkin dikenakan

bayaran.

Apakah tindakan yang patut

diambil oleh pelanggan

untuk menjadikan

perbankan Internet lebih

selamat

Perbankan Internet menawarkan kaedah yang selamat untuk mengendalikan transaksi

perbankan sekiranya langkah pencegahan yang mencukupi telah diambil. Anda adalah

dinasihatkan supaya:

• Merahsiakan ID log masuk, kata laluan atau nombor PIN anda

• Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN

• Elakkan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN di dalam

komputer

• Pastikan bahawa anda log masuk ke dalam laman web yang betul

• Sentiasa menyemak sejarah transaksi dan penyata anda

• Jangan tinggalkan komputer anda terbiar semasa masih menggunakan

perkhidmatan perbankan Internet

13


• Log keluar di setiap akhir sesi dan kosongkan peti ingatan dan sejarah transaksi

selepas log keluar dari laman web

• Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang

dinding keselamatan pencegah pencerobohan yang terkini dan program

penentang virus yang bereputasi. Dinding keselamatan dan penentang virus ini

haruslah dikemaskinikan dari semasa ke semasa supaya ianya berkesan.

Walaupun sesetengah program penentang virus mempunyai ciri-ciri penentang

"Trojan Horse", ia mungkin hanya menyahkan program "Trojan Horse" yang

lebih popular. Anda mungkin ingin memasang program penentang "Trojan

Horse" yang dirangka khusus untuk mengimbas dan menyahkan sebarang

"Trojan" dari komputer anda

• Elakkan memuat turun fail atau perisian dari laman web yang tidak diketahui

atau klik pada hiperpautan yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali

• Elakkan menghantar maklumat peribadi terutamanya kata laluan atau nombor PIN

melalui e-mel biasa

• Elakkan menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau komputer milik awam

seperti di kafe Internet untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet

Bagaimana sekiranya timbul

masalah atau saya telah

melakukan kesilapan

Jika menghadapi sebarang masalah, anda hendaklah menghubungi pusat khidmat

pelanggan institusi perbankan anda dengan serta-merta dan berikan butir-butir

transaksi dan jenis masalah yang dihadapi. Kesemua rekod transaksi anda disimpan oleh

institusi perbankan dan mereka mungkin boleh membantu anda di dalam hal ini.

14


Siapakah yang akan menanggung

kerugian jika berlaku kesilapan

Kontrak perjanjian yang berkaitan dengan liabiliti seharusnya mengandungi peruntukan

perkongsian risiko di antara institusi perbankan dan pelanggan. Pelanggan tidak

seharusnya bertanggungjawab ke atas kerugian yang tidak berpunca daripada mereka

selagi mereka tidak cuai. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda

untuk merahsiakan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dan mengambil

tindakan-tindakan keselamatan yang sewajarnya seperti yang dinyatakan dalam

"Tindakan Yang Patut Anda Lakukan Untuk Menjamin Keselamatan" di atas.

Di manakah harus saya merujuk

sekiranya saya mempunyai aduan

atau hendak menyelesaikan sesuatu

pertikaian

Anda boleh menghubungi institusi perbankan anda sekiranya mempunyai sebarang

aduan. Kesemua institusi perbankan telah menubuhkan Unit Aduan khas untuk

menyelesaikan aduan pelanggan. Maklumat tentang pegawai bank yang boleh

dihubungi, nombor telefon serta alamat e-mel boleh didapati di laman web Bank

Negara Malaysia, iaitu www.bnm.gov.my.

Untuk mandapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atas

institusi perbankan, sila rujuk kepada buku kecil BankingInfo mengenai "Membuat

aduan perihal perbankan."

15


GLOSARI

ActiveX

Teknologi perisian yang menyediakan peraturan-peraturan

perkongsian maklumat di antara aplikasi-aplikasi yang

membolehkan keupayaan atau kandungan yang telah

diprogramkan, dihantar melalui Internet ke komputer

peribadi yang berdasarkan “Windows”.

Dinding Keselamatan

Dinding keselamatan bertindak sebagai alat penapis yang

menghalang maklumat daripada keluar-masuk ke atau

dari sesuatu rangkaian yang dilindungi.

Pelayar Web

Pelayar web adalah program perisian yang digunakan

untuk melayari web. Ia membolehkan pengguna melawat

laman web Internet dan menatap muka surat web pada

skrin komputer peribadinya. Pelayar web menjalankan

semua tugas yang diperlukan untuk menatap laman web.

Pengesahan dua faktor

Proses mengenalpasti identiti seseorang melalui

pengesahan dua faktor yang diberikan. Kedua-dua faktor

tersebut adalah sesuatu yang pelanggan tahu, iaitu ID log

masuk dan kata laluan, dan samada sesuatu yang

pelanggan ada, seperti sijil digital dan kata laluan sekali

guna yang diperolehi daripada token atau dibekalkan

melalui sistem pesanan ringkas, atau sesuatu ciri peribadi

pelanggan, seperti ciri-ciri biometrik, sebagai contoh cap jari dan

corak anak mata.

Penyulitan

Penyulitan adalah proses mengarau data kepada format yang

tidak boleh dibaca agar lebih selamat untuk disiarkan di Internet.

Penyulitan digunakan untuk mengelakkan risiko maklumat ini

daripada dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Teknologi

penyulitan yang paling lazim digunakan adalah "Secured Socket

Layer (SSL)" yang menyulitkan sebarang pergerakan keluarmasuk

maklumat antara laman web anda dan server secara

automatik. Anda boleh mengetahui sama ada laman web

tersebut disulitkan dengan teknologi SSL dengan memastikan

bahawa URL bermula dengan https://. Terdapat dua tahap

penyulitan iaitu SSL 40-bit dan 128-bit. Pelayar 128-bit

menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi buat masa ini.

Peti Ingatan

Peti ingatan ialah memori yang digunakan oleh pelayar untuk

menyimpan kandungan laman web yang telah dilawati.

Penyimpanan kandungan tersebut membolehkan pelayar

untuk membuka muka surat yang sama dengan lebih cepat

apabila pengguna melawatinya kembali.

Trojan Horse

Sesuatu program yang nampak seperti berguna atau tidak

merosakkan tetapi sebenarnya menyimpan kod perosak yang

bertujuan untuk merosakkan sistem yang menjalankannya.

16


Design Copyright © 2006 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

More magazines by this user
Similar magazines