PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

mohr.gov.my

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU

PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

ILP KOTA BHARU, KELANTAN

Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa,

16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09‐774 2448

Faks: 09‐774 1445

Web: http://www.ilpkb.gov.my


PANDUAN PENDAFTARAN

Sila baca panduan pendaftaran ini dan ambil tindakan yang sewajarnya agar anda

dapat memulakan pengajian anda di ILP Kota Bharu , Kelantan dengan sempurna.

1. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN

Berikut adalah senarai yuran pendaftaran yang perlu dibayar oleh setiap pelajar

Perkara

Unit

Harga

Seunit

( RM )

Jumlah Bayaran

( RM )

Lelaki

1.Jaket JTM 1 35.00 35.00 35.00

2.T-Shirt Bengkel 2 15.00 30.00 30.00

3.T-Shirt MSR 1 16.00 16.00 16.00

4.Baju Korporat 1 33.00 33.00 *

5.Seluar Bengkel 1 30.00 30.00 30.00

6.Kain Batik & Tudung 1 52.00 * 52.00

7.Tali Leher JTM & Klip 1 20.00 20.00 *

8.Kad Pelajar 1 10.00 10.00 10.00

9.Cadar & Sarung Bantal 1 19.00 19.00 19.00

10.Minggu Suai Kenal 1 10.00 10.00 10.00

11.Fail MSR & Buku keluar masuk

asrama

1 10.00 10.00 10.00

12.Fail Portfolio 50mm dan

cover

1 11.00 11.00 11.00

13.Fail Portfolio 25mm 1 5.00 5.00 5.00

14.Kasut Keselamatan 1 52.00 52.00 52.00

15.Insuran Takaful Malaysia 1 30.00 30.00 30.00

16. Ko-Kurikulum 1 50.00 50.00 50.00

17. Sukan 1 15.00 15.00 15.00

18.Kebajikan / Surau 1 10.00 10.00 10.00

19.Perpustakaan 1 2.00 2.00 2.00

20.Majlis Perwakilan Pelajar 1 10.00 10.00 10.00

Perempuan

JUMLAH 398.00 397.00

2. BAYARAN TAMBAHAN

i. Bayaran Duti Setem Perjanjian RM 30.00

ii. Bayaran Pemeriksaan Kesihatan RM 60.00**

** jika belum menjalani pemeriksaan perubatan

2


3. PELAN LOKASI ILP KOTA BHARU

4. PERTUKARAN TEMPAT DAN BIDANG

i. Tawaran kursus dan tempat latihan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan

pertukaran kursus dan tempat latihan tidak akan dilayan.

ii.

Jabatan berhak untuk menarik balik tawaran pada bila-bila masa atau

menyingkir bakal pelajar pada satu-satu masa sepanjang tempoh latihan

jika didapati kenyataan dan maklumat yang diberi adalah palsu.

3


5. LAIN-LAIN ARAHAN:

i. Pakaian semasa mendaftar:

a. Lelaki – Berkemeja lengan panjang , berseluar slack dan berambut

pendek ( aras belakang tidak melebihi paras kolar baju , aras tepi tidak

melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi paras

dahi ) serta memakai kasut dan berstokin.

b. Perempuan – Berbaju kurung ( Muslim ) dan menutup aurat atau

pakaian yang sopan / tidak menjolok mata ( bukan muslim ) serta

mamakai kasut dan berstokin.

ii.

Pakaian yang dilarang semasa pendaftaran – topi, baju-T,seluar jeans,

seluar pendek, seluar sukan, baju yang mendedahkan aurat , ketat , nipis

dan kain berbelah.

6. SENARAI SEMAK PENDAFTARAN

Sila pastikan anda menanda ( / ) di dalam kotak yang sesuai dan semua perkara

yang ditanda di bawa semasa hari pendaftaran. Pastikan anda telah

menyempurnakan arahan yang diberi untuk mengelak berlaku kesulitan semasa

proses pendaftaran di ILP Kota Bharu.

BIL PERKARA SILA TANDA ( √ )

1. Membawa satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti

berikut (Nota: Sila bawa dokumen asal semasa pendaftaran):

i. Salinan Kad Pengenalan

ii. Salinan Surat Tawaran

iii. Laporan Pemeriksaan Perubatan

iv. Sijil asal SPM / SKM dan yang berkaitan.

v. Salinan Akaun Simpanan BSN sendiri **

vi. 6 keping gambar berukuran passport

2. Telah memasukkan wang berjumlah RM 398.00 ( lelaki) dan

RM 397.00 (perempuan) ke dalam akaun Bank Islam atas nama

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ILP Kota

Bharu ( No. Akaun : 03-036-01-002152-2 )

(Nota: Sila bawa salinan slip Bank Islam semasa pendaftaran)

** Bagi pelajar SIJIL, sila sertakan satu salinan Akaun Simpanan BSN untuk tujuan

bayaran Elaun Saku Pelajar.

4


7. KEPERLUAN LATIHAN DAN ASRAMA

Kemudahan penginapan , makanan dan pengangkutan akan disediakan oleh

pihak Institut. Bersama ini disenaraikan keperluan asrama yang perlu disediakan

oleh setiap pelajar.

i. Kasut sukan dan pakaian untuk aktiviti sukan.

ii. Baju Melayu dan Songkok ( Pelajar Lelaki beragama Islam sahaja )

iii. Baju Kurung dan Tudung ( Pelajar Perempuan beragama Islam sahaja )

iv. Lain-lain keperluan Asrama dan latihan yang difikirkan perlu oleh pelajar.

8. PEMERIKSAAN PERUBATAN

Pelajar hendaklah menjalani Pemeriksaan Perubatan sebelum mendaftar di ILP

Kota Bharu.

5

More magazines by this user
Similar magazines