Buku Program - Portal Sumber Pendidikan

bibliografi.moe.edu.my

Buku Program - Portal Sumber Pendidikan

t p

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH:

ZON SELATAN

13-16 Ogos 2012

HANG TUAH WORLD HERITAGE HOTEL, MELAKA


t p

LATAR BELAKANG

Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian

Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan

program berkaitan Pusat Sumber Sekolah(PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya

dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharungi cabaran dunia abad

ke-21 dengan lebih cemerlang.

Setiap sekolah diperuntukkan seorang (1) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) melalui Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005. Pekeliling ini menggariskan senarai tugas GPM bagi mencapai

objektif PSS berikut:

Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi

membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan

pemikir yang kritis.

Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada

semua warga sekolah.

Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat,

pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK).

Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi

kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaan literasi maklumat di sekolah.

Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan PSS dan pelaksanaan program dan

aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.

Justeru, GPM perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif PSS di atas yang

menjurus kepada pengurusan PSS abad ke-21 atau dikenali dengan nama seperti Pusat

Sumber Digital, Pusat Sumber merentas sempadan dan masa (ubiquitous). Oleh itu, mereka

perlu diberi pendedahan, kesedaran, pengetahuan (pedagogi, pengisian) dan kemahiran

berkaitan peranan mereka dalam pengurusan perubahan agar pembudayaan literasi

maklumat di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.


t p

OBJEKTIF & IMPAK

OBJEKTIF

Memberi kesedaran kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) selaku pengurus

literasi maklumat dan teknologi pendidikan di sekolah berkaitan konsep dan

kepentingan literasi maklumat dan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) abad ke-21

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi maklumat dan teknologi

pendidikan yang berteraskan ICT supaya dapat digabungjalin dalam P&P

Meningkatkan profesionalisme dan keterampilan GPM dalam pelaksanaan P&P

abad ke-21

Menyediakan platform bagi perkongsian maklumat dan idea dalam perancangan

dan pelaksanaan P&P berasaskan literasi maklumat dan teknologi pendidikan

IMPAK

Meningkatkan bilangan Guru Perpustakaan dan Media yang dapat mengurus Pusat Sumber

Sekolah abad ke-21yang berkesan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan


tp

SINOPSIS

KERTAS 1—PERANCANGAN DAN HALA TUJU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah di Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian maklumat

sedunia (global information network). Justeru, perancangan dan hala tuju Pusat Sumber

Sekolah haruslah mencerminkan perkembangan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah di

peringkat antarabangsa agar selaras dengan hasrat pertubuhan seperti International

Association of School Librarianship (IASL), International Federation of Library Associations

(IFLA) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

KERTAS 2—PENGENALAN, KONSEP DAN PERKEMBANGAN PUSAT SUMBER DIGITAL

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini telah membawa arus perubahan

terhadap pengurusan dan pentadbiran PSS. Peranan PSS perlu dikaji dan ditambah baik dari

semasa ke semasa agar kekal relevan dengan perkembangan pembelajaran murid abad

ke-21.

Justeru, penubuhan Pusat Sumber Digital amat penting dan diperlukan bagi memenuhi

keperluan masa kini. Dengan adanya Pusat Sumber Digital, hasrat untuk menjadikan Pusat

Sumber Sekolah sebagai pusat / nadi ilmu di sekolah akan tercapai dan lebih bermakna

tanpa sebarang batasan waktu atau ruang. Ini bermakna perkhidmatan PSS dapat diberikan

secara optimum.

Pusat Sumber Digital bukan menggantikan Pusat Sumber Sekolah malah perlu dilihat sebagai

nilai tambah (added value) kepada Pusat Sumber Sekolah Induk dan rangkaiannya.

KERTAS 3—PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA (NILAM)

Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah

masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.

Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia

melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu

Amalan Membaca).

Selepas 13 tahun pelaksanaannya, pengurusan Program NILAM haruslah bergerak dengan

lebih mantap sesuai dengan perkembangan semasa.

KERTAS 4—PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat ialah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu

yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa

jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan

sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat

pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.


t p

SINOPSIS

Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid

dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.

Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti

berikut:

Pentafsiran maklumat

Penghasilan produk yang berkualiti

Pembelajaran kendiriPenglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerja

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika

KERTAS 5—PENGURUSAN PELAPORAN KPI BTP (PSS / NILAM)

Perkhidmatan Awam Malaysia boleh mencapai taraf dunia melalui pelaksanaan programprogram

yang memberi fokus kepada lima bidang, iaitu:

minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan

etika yang luhur

pembangunan tenaga manusia yang berpengetahuan dan mahir

budaya kerja yang berasaskan prestasi

daya kepimpinan yang kukuh

Justeru, Kerajaan telah menyarankan supaya budaya kerja berasaskan prestasi diterapkan

dalam Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan budaya kerja berasaskan prestasi bertujuan untuk

meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan.

Kementerian Pelajaran Malaysia turut menetapkan KPI yang berkaitan dengan Pusat Sumber

Sekolah yang perlu dipatuhi agar kerja yang dilaksanakan dapat dikukur keberkesanannya.

KERTAS 6—PEMANTAPAN RAKAN PEMBACA

Rakan Pembaca merupakan Tahap kedua dalam pelaksanaan Program NILAM. Tahap

RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah

membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi

penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya

suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.

Pelaksanaan Tahap ini perlu dimantapkan memandangkan kurangnya tumpuan terhadap

pelaksanaan Tahap ini.


t p

SINOPSIS

KERTAS 7—PENGURUSAN MAKLUMAT DIGITAL

Pengurusan Maklumat Digital merangkumi keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami,

menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital. Perkembangan

pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan

penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan

maklumat perlu dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

KERTAS 8—AKTIVITI BACAAN BAHASA INGGERIS DALAM PROGRAM NILAM

Bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI),

Kementerian pelajaran memandang serius pelaksanaan Program bacaan yang dianggap

mampu menjayakan pelaksanaan dasar tersebut.

Justeru, satu sesi perkongsian amalan terbaik dengan pihak English Language Teaching

Centre (ELTC) amat perlu bagi mendapatkan idea serta panduan untuk menggalakkan

pembacaan bahan Bahasa Inggeris di sekolah.

KERTAS 9—PEMBINAAN PORTAL PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Digital merupakan satu komponen penting dalam pembelajaran murid abad

ke-21. Justeru, Guru Perpustakaan dan Media berperanan penting dalam penyediaan

maklumat yang dapat diakses di mana sahaja pada bila-bila masa.

Justeru, pembinaan portal pusat Sumber Sekolah amat penting dalam pelaksanaan Pusat

Sumber Digital di peringkat sekolah agar satu rangkaian Pusat Sumber Sekolah Digital di

Malaysia dapat diwujudkan pada masa hadapan. Dengan adanya portal PSS yang mantap,

semua sekolah dapat berhubung dan mendapat akses sumber pendidikan secara optimum.


11. AKTIVITI

HARI/MASA 8.30 – 10.30

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21

13 – 16 OGOS 2012

10.30 –

11.00

11.00 – 1.00

1.00 –

2.30

2.30 – 5.00

13 OGOS 2012

(ISNIN) PERJALANAN PENDAFTARAN

14 OGOS 2012

(SELASA)

15 OGOS 2012

(RABU)

16 OGOS 2012

(KHAMIS)

PENCERAMAH /

FASILITATOR

2. MAJLIS

PERASMIAN

8.

PENGURUSAN

PELAPORAN

KPI BTP

(PSS / NILAM)

FAZ

3. PERANCANGAN

DAN HALA TUJU

PUSAT SUMBER

SEKOLAH ABAD KE

-21 (ubiquitous

library)

FAZ

9. PEMANTAPAN

PELAKSANAAN

PROGRAM

LITERASI

MAKLUMAT

DCN

MINUM

PAGI

4. PENGENALAN,

KONSEP DAN

PERKEMBANGAN

PUSAT SUMBER

DIGITAL (virtual

management)

FAZ

5.

PEMANTAPAN

PELAKSANAAN

PROGRAM

GALAKAN

MEMBACA

(NILAM) (virtual

management)

DCN

10.

PENGURUSAN MAKLUMAT DIGITAL (VLE)

FAZ

MAKAN

TENGAH

HARI

6. PEMBINAAN PORTAL

PUSAT SUMBER

SEKOLAH DAN

PEMBINAAN LEARNING

OBJECT

KZI

BACAAN BAHASA

INGGERIS DALAM

PROGRAM NILAM

DCN

13. PEMBENTANGAN / POST TEST 14. RUMUSAN DAN MAJLIS PENUTUP PERJALANAN PULANG

DCN – Y. Bhg. Datin Che Normadiah Che Abbas

FAZ – Puan Fadzliaton Zainudin

KZI – Encik Kamarulzaman Ismail

5.00 –

8.30

MAKAN

MALAM

8.30 – 10.30

1. TAKLIMAT URUS SETIA /

PRETEST

7. BENGKEL / KERJA

KUMPULAN

KZI

12. BENGKEL / KERJA

KUMPULAN

KZI


PENGHARGAAN

Jawatankuasa Bengkel Pemantapan Pusat Sumber Sekolah

Abad Ke-21 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua pihak dan individu yang telah

memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama bagi

menjayakan bengkel ini.

More magazines by this user
Similar magazines