Buletin Alumni 2/2009 - Jabatan Pengajian Politeknik

politeknik.gov.my

Buletin Alumni 2/2009 - Jabatan Pengajian Politeknik

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

2/2009 EDISI KEEMPAT

KEMERIAHAN BERGANDA

Majlis Perasmian Reunion Alumni Pelajar Khas

Miss Wong Lee Leng dari

Lagenda Creative Collection Sdn Bhd

Wakil dari Myn Fashion

En. Mohd Fauzi Bin Rohani dari

Aftas Venture Sdn Bhd

Dari kiri : En. Shabudin Man, Pengarah Politeknik Johor Bahru dan Y.B. Dato’ Seri Mohamed

Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Pelancaran Alumni Coffee Table Book

Reminiscing the Past, Witnessing the Future oleh Dato’ Hj. Imran Idris

Dari kiri : Tn. Hj. Mohlis Jaafar, Dato’ Hj. Imran Idris, En. Ahmad Rani Ali Hanafiah, Tn. Hj. Mohamad

Jayus Bunasir dan Pn. Siti Jariah Ibrahim

http://jppkk.mohe.gov.my/alumni/


MESSAGE FROM THE

DIRECTOR GENERAL

2009 is quickly drawing to a close. It is very encouraging that

each issue of the bulletin registers an increase in the number of

alumni associations at the polytechnic level. Todate, 18 out of

the 27 polytechnics have established alumni associations.

Staf BPGA : Dari kiri : Ali, Muru, Safiah, Erina, Siti Jariah, Suen,

Isnur, Mazlina, Azwin, Saffuan

Sidang Redaksi

Penasihat : Pn. Siti Jariah bt. Ibrahim

(Pengarah BPGA, JPPKK)

Ketua Editor : Cik Ong Tit Suen

(Penolong Pengarah Kanan, BPGA, JPPKK)

Editor : En. Murugadas A/L Ramdas

(Penolong Pengarah, BPGA, JPPKK)

Jurufoto : Mohd Fasha bin Abd Talib

(Unit Teknologi Maklumat BKP, JPPKK)

Sidang Redaksi ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam

penghasilan Buletin Alumni Edisi ke-4.

Kami juga mengalukan sumbangan artikel/

rencana/berita semasa yang berkaitan

dengan pengajaran,penyelidikan dan aktiviti

kemasyarakatan dari alumni/warga KPT.

Penghantaran boleh dibuat kepada :

Ketua Editor Buletin Alumni

Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni,

Tingkat 10, Heritage Office Tower,

Jalan SB Dagang,

43000, Seri Kembangan, Selangor

Laman web : http://jppkk.mohe.gov.my/ alumni/

E-mel : muru_rc@yahoo.com

The Alumni Homecoming highlighted in this issue of the bulletin

has revealed some encouraging statistics. A total of 300

alumni attended this first ever national level homecoming and

more than half of those present comprised graduates from the

2000 – 2009 cohorts. It is indeed heartening to know that 50%

of the alumni have expressed interest in guiding the younger

alumni in their careers. This figure complements beautifully

the request by 75.8% of the alumni for career development

seminars and workshops to be organized.

The follow-up dialogues

between alumni and alumni

to-be in Politeknik Seberang

Perai and a reunion

programme for the special

alumni (OKU) of Politeknik

Johor Baru plus the

numerous social gatherings

in this issue of the alumni

bulletin reflect the indelible

imprint left in the hearts

and minds of those present

at the national level

homecoming in August.

It is my sincere hope that the alumni bulletin and website will

continue to play their pertinent roles as gateways to information

and happenings for these young alumni. Tapping into these

channels will provide pathways to stimulate intellectual

participation between the older, established alumni and the

younger ones. The power of this group of alumni can then be

harnessed to develop programmes, review existing ones and

realign them with market demands.

– Dato’ Hj. Imran bin Idris

Kandungan

muka

muka

Sidang Redaksi

2

Alumni Homecoming 2009

8 -11

Message From The Director General

2

Edufest Politeknik Seberang Perai (PSP)

12

Reunion Alumni Pelajar Khas

Politeknik Johor Bahru

3

Direktori Persatuan Alumni Politeknik

& Kolej Komuniti

13


Aktiviti Persatuan Alumni

4 - 7

In the Spotlight

14 -15


REUNION ALUMNI PELAJAR KHAS

POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Program Reunion Alumni Pelajar Khas Politeknik telah diadakan pada 7 dan 8 November

2009 di Dewan Serbaguna, Politeknik Johor Bahru (PJB). Program yang julung kali diadakan

ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia. Program ini telah mengumpulkan 150 Alumni Pelajar Khas PJB hasil kerjasama

Pesatuan Alumni Politeknik Johor Bahru, Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Pelajar

Modul Projek Diploma Hotel dan Katering 6C. Selain itu, program ini juga mengiktiraf

kerjasama di antara PJB dengan syarikat-syarikat yang mewujudkan peluang pekerjaan serta

latihan kepada golongan OKU (cacat pendengaran dan percakapan).

Pengarah Politeknik Johor Bahru, En Shabudin Bin Man di dalam ucapannya menyeru agar

lebih banyak syarikat dan organisasi luar menerima golongan OKU sebagai perkerja mereka.

PJB sedang berkerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk melantik

jurubahasa secara hakiki ke arah melahirkan graduan pelajar khas yang berketrampilan.

Saudari Nurul Asyiqin Binti

Mohd Nasir graduan dari Universiti

Lim Kok Wing

Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin pula menekankan bahawa golongan OKU harus

diberi peluang mendapatkan pendidikan sejajar dengan Akta Orang Kurang Upaya (OKU)

2008. Dalam Seksyen 28 (Akses Terhadap Pendidikan), telah diperjelaskan hak golongan

OKU mengikuti pengajian ke peringkat tertiari. Pembangunan OKU dititikberatkan melalui

kajian International Institute of Public Policy and Management (INPUMA) bertajuk ‘Mahasiswa

Kurang Upaya (MKU): Bantuan, Persediaan dan Cabaran Masa Hadapan’. Kajian yang

bermula Mei 2009 dijangka siap pada penghujung tahun ini. Y.B. Menteri juga menyarankan

En. Mohd Yazid Bin Bain wakil

dari Persekutuan Orang Pekak

Malaysia

agar Kolej Komuniti menyediakan program pembangunan

kerjaya graduat OKU.

Dari kiri : Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri

Pengajian Tinggi), Pn. Siti Jariah Ibrahim (Pengarah BPGA, JPPKK),

Pn. Wan Zuraida (Jurubahasa, Persekutuan Orang Pekak Malaysia)

dan En. Mohamad Sazali Shaari (Pengarah Eksekutif, Persekutuan

Orang Pekak Malaysia)

Seminar keusahawanan turut diadakan bagi memberi input

mengenai peluang kerjaya sebagai usahawan. Menerusi

seminar tersebut, golongan OKU didedahkan kepada

peluang dalam dunia perniagaan melalui Program Siswazah

Perantis yang dikelolakan Perbadanan Usahawan Nasional

Berhad (PUNB). PUNB menyediakan pakej keusahawanan

PROSPER Siswazah yang membimbing usahawan muda

khususnya dalam bidang peruncitan. Menurut Jabatan

Kebajikan Masyarakat, dalam penerangan mengenai bantuan

pembangunan sosioekonomi, OKU yang berpendapatan

kurang dari RM 1200.00 layak menerima Elaun Pekerja Cacat

(EPC) sebanyak RM 300.00 sebulan.

Saudari Zainab Binti Ahmad Hayatullah

kini bertugas sebagai pereka grafik di

Majalah Challengers. Mendapat pendidikan

di Universiti Lim Kok Wing dalam diploma

rekaan grafik

En. Abdullah Bin Mohd Yusof dari Hotel

Selesa, Pasir Gudang, Johor

Pn. Norlida Shaazlin Binti Razali

kini bertugas sebagai pembantu tadbir

pengkeranian operasi di Hospital Putrajaya


AKTIVITI PERSATUAN ALUMNI

Keusahawanan : Pilihan Kerjaya Alumni Politeknik Johor Bahru (PJB)

14 Oktober 2009 – Unit Alumni PJB dengan kerjasama Unit Keusahawanan dan Pertubuhan Alumni PJB telah

berjaya mengadakan Seminar Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Seminar ini telah diadakan di Dewan Serbaguna

PJB dan disertai oleh 900 pelajar semester akhir. Program persediaan bagi alumni yang beraspirasi sebagai

seorang usahawan menbabitkan penceramah di kalangan usahawan berjaya. Mereka adalah Y.Bhg. Tan Sri Dato’

Muhammad Ali Bin Hashim (Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation/ Pengerusi KFC Holdings (Malaysia)

Bhd - gambar di bawah), Prof Dr. Hasim Kamil (Pengurus Besar/ Asoc. Prof. KFC Marketing Sdn Bhd), Tn. Hj Suhaimi

Bin Sulaiman (Pengarah Urusan Tepak Marketing Sdn Bhd) dan En. Samian Bin Senin.

Bakal Alumni Dan Alumni Beramah

Mesra Dengan Pengurusan Politeknik

Sultan Idris Shah (PSIS)

10 April 2009 – Bakal alumni dan alumni telah mendapat peluang

beramah mesra dengan Pihak Pengurusan PSIS dalam satu Majlis

Makan Malam yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni PSIS. Pihak

Pengurusan telah menggunakan peluang ini bagi menyampaikan

hasrat mereka terhadap persatuan alumni. Bakal alumni pula

berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada alumni sebelum

melangkah ke alam perkerjaan.

Majlis Malam Pra Graduan, 10 April 2009,

Dewan Banquet, PSIS

Persatuan Alumni Kolej Komuniti Bukit

Beruang Mencungkil Bakat Kepimpinan

17 – 19 April 2009 – Persatuan Alumni Kolej Komuniti Bukit

Beruntung telah menjalankan satu Kem Kepimpinan bertempat

di Cherating, Pahang. Kem ini bertujuan untuk mencungkil bakat

kepimpinan di kalangan Alumni Kolej Komuniti Bukit Beruang.

Program ini berguna untuk membina kemahiran perancangan projek

dan penyelesaian masalah di kalangan pemimpin. Di samping

itu, beberapa aktiviti luar telah dirangka khas bagi mengukuhkan

keyakinan diri mereka.

Program Kem Kepimpinan Alumni dan Bakal

Alumni (Sem 4) Persatuan Alumni Kolej Komuniti

Bukit Beruang, Melaka pada 17 – 19 April di

Santuary Resort, Cherating, Pahang


AKTIVITI PERSATUAN ALUMNI

Keusahawanan, Kebolehpasaran serta

Kejayaan Alumni - Hari Terbuka Kolej

Komuniti Gerik

Gerik, 3 & 4 Oktober 2009 – Kolej Komuniti Gerik telah

menganjurkan Hari Terbuka buat julung kalinya. Acara ini telah

melibatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti di sekitar negeri

Perak. Informasi berkenaan penglibatan graduan dalam bidang

keusahawanan telah disampaikan oleh Cik Arbaiah bt Abdul Wahid,

Penolong Pegawai MARA Daerah dan En. Azizan bin Omm, Ketua

Penolong Pengarah PUSMA. Kompetensi yang perlu dimiliki oleh

seorang usahawan adalah inovasi, melihat dan merebut peluang,

merangka perancangan yang sistematik, kemahiran menyelesaikan

masalah, keyakinan diri yang tinggi, mampu menyakinkan orang

lain dan menggunakan strategi pengaruh. Penyediaan Rancangan

Perniagaan mengikut format berserta dokumen iringan yang lengkap

juga penting dalam memulakan perniagaan. Para panel turut

menyentuh tentang kebaikan dan kelebihan yang ada pada mereka

yang bergelar usahawan.

Pn. Siti Jariah Ibrahim memberi panduan kepada

bakal alumni dalam mendapatkan pekerjaan

Program diteruskan dengan Taklimat Pembiayaan oleh En. Khairul

Fitri bin Mohamad Noor, Eksekutif Agro Bank dan En. Ismadi bin

Harun, Pengurus Cawangan CIMB. Penerangan tentang pembiayaan

yang disediakan oleh pihak bank bagi para usahawan yang mana

Agro Bank memberi fokus kepada perniagaan berbentuk pertanian

manakala CIMB lebih meluas kepada pelbagai jenis perniagaan

yang telah dijalankan untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. CIMB

menjadi pilihan seorang alumni Kolej Komuniti Gerik, Abdul Malek

bin Saaidin yang telah berjaya menjalankan perniagaan bengkel

motosikal setelah tamat pengajian dalam bidang Automotif. Beliau

telah memberikan galakan kepada rakan alumninya yang turut

membuka perniagaan.

Satu Executive Talk bertajuk Kebolehpasaran Graduan : Cabaran dan

Persaingan Graduan Mendapat Tempat di Pasaran Kerjaya pula telah

disampaikan oleh Pn. Siti Jariah bt. Ibrahim, Pengarah Bahagian

Pengesanan Graduan dan Alumni, JPPKK. Dalam sesi beliau,

Pn. Siti telah berkongsi berkenaan struktur pasaran buruh serta

guna tenaga bagi kategori pekerjaan Juruteknik dan Profesional

Bersekutu. Beliau turut menekankan kepentingan kebolehan

berkomunikasi khususnya dalam Bahasa Inggeris yang merupakan

keperluan utama majikan.

En. Ismadi bin Harun, Pengurus Cawangan

CIMB memberi galakan kepada bakal alumni

mendapatkan biayaan untuk membuka perniagaan


AKTIVITI PERSATUAN ALUMNI

Perjumpaan Alumni Zon Borneo – Pembangunan dan Pengurusan

Persatuan Agenda Utama

19 – 21 Jun 2009Politeknik Kota Kinabalu telah menganjurkan satu perjumpaan di antara politeknik dan

kolej komuniti Zon Borneo. Perjumpaan ini yang bertemakan “Satu Perhubungan, Satu Matlamat” disertai oleh 3

politeknik dan 3 kolej komuniti. Ceramah

utama dalam perjumpaan ini bertajuk

“Pengurusan Pertubuhan yang Berkualiti”

disampaikan oleh Pn. Nazliah binti

Lahir, Ketua Cawangan Pengurusan

Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran

Persatuan, Sabah. Dalam ceramah

tersebut, Pn. Nazliah mengutarakan

dokumentasi yang mantap, teratur

dan dikemaskini merupakan tunggak

pergurusan pertubuhan yang baik. Selain

itu, diskusi juga diadakan berkenaan

pembangunan alumni turut diadakan.

Alumni Politeknik Sultan

Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Menghulurkan Sumbangan

Kepada Pelajar Kurang Upaya

Felda Lepar Hilir

Alumni, Mantan Pengarah dan

Pesara Politeknik Ungku Omar

(PUO) Mengimbau Kenangan

Lama

12 September 2009Alumni POLISAS telah

meluangkan masa untuk bersama pelajar Program

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Lepar Hilir 1, Kuantan,

Pahang. Pengerusi Alumni, En. Mohd Khaspi Kosnin

bersama ahli jawatankuasanya turut menyumbangkan

barang-barang permainan, wang serta cenderahati

kepada 30 pelajar dan kakitangan.


21 Julai 2009 – Sempena Majlis Sambutan 40

tahun Politeknik Ungku Omar, Alumni PUO bersama

dengan pihak pengurusan PUO telah menganjurkan

majlis makan malam yang dihadiri oleh 300 orang

tetamu. Tetamu yang hadir adalah Tan Sri Dato’ Ir.

Othman Merican (Pengetua Pertama), Hj. Ahmad

( bersambung di muka sebelah )


in Abdul Rahman (Pengetua Ke-3),

Hj. Mohd Alwi bin Taib (Pengetua

Ke-5), Mejar (K) Ir. Chong See Leong

(Pengetua Ke-6) dan Kol. Dato’ Ir. Hj.

Mohammed Zakaria bin Mohd Noor,

(Pengarah Ke-7) .

Turut hadir Tn. Hj. Mohlis bin

Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah,

Sektor Pengurusan Politeknik,

pengarah-pengarah politeknik

serta staf dan kakitangan yang

telah bersara dan berkhidmat di

Politeknik Ungku Omar. Tn. Hj. Jayus,

Pengarah Politeknik Ungku Omar

dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Alumni PUO kerana

sentiasa bersama dan memberi perhatian kepada apa jua program yang dilaksanakan oleh pihak politeknik. Beliau

juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua mantan pengarah dan kakitangan di atas segala

perkhidmatan dan jasa yang telah disumbangkan kepada Politeknik Ungku Omar.

Majlis Aidilfitri Diraikan Bersama

oleh Alumni Kolej Komuniti Segamat

3 Oktober 2009 – Persatuan Alumni Kolej Komuniti Segamat telah mengadakan satu majlis aidilfitri bagi

meraikan alumni 2001 - 2007. Para alumni juga telah berpeluang membina jalinan kerjaya semangat

kesukanan dalam Kejohanan Boling yang melibatkan alumni dari semua kohort telah diadakan.


Alumni Homecoming 2009, merupakan acara yang julung kali

diadakan di tempat bermulanya pendidikan politeknik 40 tahun

yang lepas, di politeknik yang sulung iaitu Politeknik Ungku Omar

(PUO). Majlis homecoming dekat di hati Ketua Pengarah Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Hj. Imran

Idris memandangkan majlis ini melibatkan alumni empat dekad

lulusan politeknik dan kolej komuniti sempena sambutan 40 Tahun

Kecemerlangan Pengajian Politeknik di Malaysia.

Kemuncak Alumni Homecoming 2009 adalah pelancaran Coffee

Table Book yang memberi penghormatan kepada alumni yang telah

mengukir kejayaan dalam bidang masing-masing. JPPKK berbangga

menjadi sebahagian daripada pembangunan pendidikan dan

kerjaya mereka. Dato’ Imran menyeru agar kumpulan profesional,

akademik dan usahawan berjaya ini memainkan peranan yang

aktif sebagai mentor kepada alumni yang ingin menempa kejayaan

dalam kerjaya mereka.

Dato’ Hj. Imran Idris, Ketua Pengarah Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti mengalualukan

kedatangan alumni empat dekad

Pengarah Pusat Perkembangan dan Perhubungan Alumni (CARE)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Muhamad

Hisyam Mohd. Hashim telah membentangkan kertas yang

bertajuk “Pembangunan dan Pemerkasaan Sumbangan Alumni

Politeknik dan Kolej Komuniti”. Dalam pembentangannya, beliau

menggariskan kepentingan situasi win-win, database yang

menyeluruh, dorongan yang kuat serta sistem pengurusan yang

kreatif.

Alumni Generasi Baru

Tiga alumni berjaya, Ir. Mazelan Mansur, Ir. Nazri Ab. Razak dan

En. Mohd. Fadzli telah berkongsi pengalaman mereka bersama

alumni muda dalam satu sesi dialog yang bertajuk “Penglibatan

Alumni dalam Bidang Keusahawanan”. Keupayaan untuk network,

pelaburan wang dan masa dalam mempelajari pengetahuan

khususnya pengurusan, etika kerja yang baik serta keberanian

untuk menggapai impian merupakan antara intipati kejayaan

yang diutarakan oleh ahli panel. Antara hasil perbincangan adalah

berkenaan adalah adaptasi satu resolusi oleh Persatuan Alumni

menerajui program keusahawanan bagi bakal graduan. Selain itu,

perbincangan itu juga mengemukakan idea untuk menarik perhatian

alumni kepada industri yang menekankan Green Technology serta

menjadi One Stop Center bagi semua aktiviti alumni. Sesi dialog ini

merupakan yang pertama daripada banyak lagi perkongsian ilmu di

kalangan ahli 23 Persatuan Alumni berdaftar.

Para Alumni sedang mendaftar

Alumni Homecoming 2009 berakhir dengan ritma positif dan

nostalgia. Persahabatan lama diimbau semula dan alumni

muda telah menggunakan homecoming sebagai platform bagi

menampilkan kemahiran keusahawanan dengan mempamerkan

produk, yang merupakan sebahagian program homecoming.

Mohd. Fadzli Mohd. Sa’ad, Pengarah Urusan,

Norplus Precision Engineering Sdn Bhd


Pelancaran Alumni

Coffee Table Book

Reminiscing the Past, Witnessing the Future

Loh Chiew Hong, Pemilik,

KUMON Center for Individual

Development

Dari Kiri : Tn. Hj. Mohlis Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan

Politeknik, JPPKK, Pn. Siti Jariah Ibrahim, Pengarah Bahagian Pengesanan

Graduan dan Alumni, JPPKK, Tn. Hj. Mohamad Jayus Bunasir, Pengarah PUO,

Dato’ Hj. Imran Idris, Ketua Pengarah JPPKK and En. Ahmad Rani Ali Hanafiah,

Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, JPPKK

Perkongsian ilmu…

Alumni POLIMAS Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd

Hashim, Pengarah, Pusat Kemajuan dan Hubungan

Alumni, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) menyampaikan pembentangannya bertajuk

‘Pembangunan dan Pemerkasaan Sumbangan Alumni

Politeknik dan Kolej Komuniti’

Ar. Mohammad Sabraa,

Arkitek Prinsipal, Sabraa

Architect & isteri

Mohzani Mokhtar,

Pensyarah Kanan,

USM

Pasangan alumni, Prof. Madya Hamzah Abdul Jamal,

UTM & Nor Hasni Mohd. Ghazali

Di tapak pameran…

Dari Kanan : Tiga alumni berjaya, Ir. Mazelan

Mansur, Ir. Nazri Ab. Razak and En. Mohd. Fadzli

berkongsi pengalaman mereka

Alumni POLIMAS, Zuhaizar Abdul Karim dari Subur Teknologi (M) Sdn

Bhd menerangkan perincian IR non-contact thermometer kepada Dato

Hj. Imran Idris

Ir. Nazri Ab.

Razak bertukar

pendapat dengan

Dato’ Hj. Imran

Idris. Bersama

mereka adalah Pn.

Siti Jariah Ibrahim

Dari Kiri : Ahmad Fadhil, Jurutera Kanan, UiTM,

Pahang, Izhar Hj. Idris, CEO Kumpulan Darul Ehsan

Bina Sdn. Bhd. dan Ratha Krishnan Suppiah, Ketua

Program, UiTM, Pahang


Suasana Riang dan Nostalgia

Alumni Homecoming 2009

Tiba masa untuk bermain…. Alumni di padang golf

Alumni PUO Frankie Lee, CEO, Bintang Manjung & isteri dan Tan

Sri Dato’ Ir. Othman Merican & isteri (Pengarah Pertama Politeknik

Ungku Omar)

Hingga bersua lagi … Dato’ Hj. Imran Idris mengucapkan ‘Selamat

Tinggal’ kepada Alumni

Alumni Politeknik Port Dickson

Alumni Politeknik Kota Kinabalu

10


MAKLUM BALAS

Alumni Homecoming 2009

Kehadiran Mengikut Tahun

8%

52%

10%

1970 - 1979

1980 - 1989

1990 - 1999

2000 - 2009

30%

Seminar / Bengkel yang ingin hadiri

75.8%

32.3%

16.1%

6.5%

Kerjaya

Parenting

Kewangan

Lain-lain

Sumbangan yang ingin diberi

48.4%

21%

30.6%

17.7%

Keusahawanan

Pensyarah Industri

Bimbingan & Kerjaya

Lain-lain

11


Dialog Alumni dan

Industri Melengkapkan

Edufest Politeknik

Seberang Perai (PSP) 2009

5 November 2009 – Persatuan Alumni Politeknik

Seberang Perai telah menganjurkan Dialog Alumni dan

Industri bersempena dengan PSP EDUFEST 2009 di

Dewan Seri Mutiara, PSP yang telah dirasmikan oleh Pn.

Siti Jariah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Pengesanan

Graduan dan Alumni, Jabatan Pengajian Politeknik dan

Kolej Komuniti.

Panel dari industri terdiri daripada Pn. Shanti Muniandy,

Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia dan

Pentadbiran, Top Glove Sdn Bhd dan En. Chong Aik

Aik, Pengurus Sumber Manusia, Esquel (M) Sdn Bhd.

Panel alumni pula terdiri daripada Cik Sharifah Nadiya

binti Syed Yahya, Pensyarah Jabatan Rekabentuk &

Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

dan Mohd Fadzli bin Mohd Sa`ad, Pengarah Urusan

Norplus Precision Engineering Sdn. Bhd. Cik Sharifah

merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang PSP

2000 dan En. Mohd Fadzli merupakan seorang bekas

pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas yang kini seorang

usahawan berjaya. Pn. Siti Jariah juga turut menjadi ahli

panel dialog alumni.

Panel Dialog – Dari Kiri : En. Chong, Pn. Shanti, Pn. Siti

Jariah, Cik Sharifah dan En. Mohd Fadzli

Dialog ini telah menjadi satu panduan kepada pelajar bagi

meningkatkan kebolehpasaran mereka meskipun negara

sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi. Dalam

situasi sedemikian, adalah penting bagi bakal graduan

mempertajam kemahiran yang diperlukan oleh majikan

melalui penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti semasa

pengajian. Usaha-usaha dikekalkan ke arah ini haruslah

konsisten walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Majlis Perasmian Dialog Alumni dan Industri yang disempurnakan

oleh Pn. Siti Jariah, Pengarah Bahagian Pengesanan Graduan

dan Alumni

Kegigihan ini dapat dipertonjolkan oleh alumni PSP,

Cik Sharifah. Walaupun terpaksa berhadapan dengan

pelbagai masalah kardiak, beliau masih berjaya

menamatkan pengajian bermula dari Sijil hingga ke

peringkat Sarjana. Kini, beliau sedang melanjutkan

pengajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Begitu

juga dengan Pn. Shanti yang telah mengembangkan

potensi beliau dengan meningkatkan tahap pendidikan

dan kemahiran sepanjang kerjayanya. En. Chong

pula mempunyai pendekatan tersendiri terhadap

perkembangan kerjaya. Beliau percaya bahawa jika

seseorang dapat meninggalkan impak positif ke atas

orang lain, kejayaan dan kekayaan akan datang berguling.

Selain Dialog Alumni dan Industri, terdapat pelbagai

aktiviti lain yang dianjurkan sempena Edufest PSP

2009. Antara aktiviti tersebut adalah Ceramah Motivasi,

Temuduga Terbuka, Gerai Keusahawanan, Pameran

Industri, Pameran Projek dan Pertandingan Projek

Pelajar serta Kempen Derma Darah. Aktiviti-aktiviti

tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran tentang

keusahawanan, mendedahkan pelajar tentang peluang

melanjutkan pelajaran serta melahirkan pelajar yang

beriman dan berkemahiran dalam komunikasi.

12


Institusi Tarikh Pendaftaran Presiden Persatuan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

Politeknik Ungku Omar (PUO)

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

(PSA)

Politeknik Kota, Melaka (PKM)

Politeknik Kota Bharu (PKB)

Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Politeknik Mukah (PMU)

Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKKT)

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(POLIMAS)

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

Politeknik Kuching, Sarawak (PKS)

Politeknik Seberang Perai (PSP)

21.10.1994

06.09.2001

30.03.2004

31.12.2007

02.12.2007

13.02.2008

25.03.2008

10.03.2008

11.03.2008

11.03.2008

02.04.2008

29.04.2008

30.04.2008

Hj Ir. Mazelan bin Mansor

012–5285553

mazelanmansor@yahoo.com

Nordin bin Masri

012–2205055

nordin@pkns.gov.my / nordinmas59@gmail.com

Nur Sahar bin Osman

012–3395941

saharroad@yahoo.com

Mohd Hisham bin Makhtar

019–918 4062

m_hisham7174@yahoo.com.my / hisham@pkb.my

Yunus bin Jambul

013–885 9042

fikri_nos@hotmail.com

Mohd Khaspi bin Kosnin

019–914 3212

khaspikosnin@gmail.com

Cliff Wilibrode

013–821 1311

clipz21311@ymail.com

Hasnizah bt Geno

012–663 1994

hasnizahgeno@pmm.edu.my

Mohd Nadzrie bin Ahmad

012–558 9002

nadzrie_mas@yahoo.com

Mohd Hijaz bin Mahayudin

012–565 2254

hijaz_86@yahoo.com

Megat Mohd Hafiz bin Megat Muda

012–986 8688

Saiful Rahman bin Mahlet

013–844 5861 / 016–894 0094

saif_nisme81@yahoo.com

Mohd Fadly bin Abd Wahid

012–566 0810/ 019–409 0810

alumni@psp.edu.my / izwan@psp.edu.my

DIREKTORI PRESIDEN PERSATUAN ALUMNI

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

14

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

27.06.2008

Mohammad Fadil bin Kamaruddin

017–575 9187

mfadil_farhan@yahoo.com

15

Politeknik Johor Bahru (PJB)

16.07.2008

Khairul bin Hashim

016–331 0578

Khairul_wave@yahoo.com

16

Politeknik Merlimau (PMM)

24.07.2008

Khairul Amilin bin Othman

012–944 1693

Khrl_amilin@yahoo.com.tq

17

Politeknik Port Dickson (PPD)

20.08.2008

Hoo Mow Heng

012–654 9441

Hoomowheng@polipd.edu.my

18

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

08.05.2009

Norzamany bin Mohamed Noor

013-310 0755

zamhanie03@yahoo.com

19

Kolej Komuniti Bukit Beruang

30.08.2005

Mohd Affuandy bin Abu

017–237 3282

20

Kolej Komuniti Jempol

18.04.2007

Abdul Ghaffar bin Abu Hassan

012–338 3738

yangjie2mie@yahoo.com

21

Kolej Komuniti Paya Besar

08.01.2008

Kamal Hafiz bin Mohd Alohar

019–929 7808/016 – 257 9285

kaka_khsk@yahoo.com

22

Kolej Komuniti Kuala Terengganu

10.03.2008

Mohd Khairil Nizam bin Othman

017–924 7716

khairil@kkktu.edu.my

23

Kolej Komuniti Segamat

05.09.2008

Ungku Mohd Azlan bin Ungku Bakar

017–751 1722

ungku_azlan@yahoo.com

13


IN THE SPOTLIGHT

Be inspired by alumni who believe in their dreams. They might be strangers who graduated

long before you ….. but they grew up here … just like YOU.

Datuk Muhamad Noor Hamid

An up, close and personal encounter with Datuk Muhamad Noor Hamid, CEO of Gas Malaysia Sdn. Bhd. is an

illuminating experience. There are no airs about the man, despite being the CEO of a company that churns RM

1.9 billion yearly. In fact, what comes out, is a humble down-to-earth man, with a good sense of humour and an

extremely sharp, provacative and forward thinking mind. Datuk Muhamad Noor Hamid’s career spans a quarter

of a century in the oil and gas industry and he has headed numerous projects while at PETRONAS, OGP Technical

Services Sdn. Bhd. (a joint venture company between PETRONAS and Novacorp, a Canadian pipeline company) and

Projass Engineering Sdn. Bhd. His advice to the younger alumni is :

“Never let humble beginnings have an upper hand

in your personal or career development. If your

desire is strong enough, you’ll be able to find a way

to overcome the challenges. It’s vital to move on

from one’s initial qualifications and you must know

what is required for development and progression to

another job level. Hence, focus on specific competency

requirements for progression and integrate your skills,

values and talents. Also develop the habit of reading

and acquire mastery of the English language”.

Datuk Muhamad Noor Hamid holds a Bachelor of Science (Hons)

in Mechanical Engineering from Sunderland Polytechnic (UK) and

a Post-Graduate Diploma in Gas Engineering from the Institute of

Gas Technology in Chicago (USA). He has also attended the Advance

Management Program at the Wharton Business School of Management,

University of Pennsylvania (USA).

Datuk Muhamad Noor Hamid values staff who speak their minds, but was quick to add, “in a constructive manner

of course. Otherwise I might as well lock myself in the office and speak to myself!”. The courage and ability to

articulate his own thoughts has been one of the tools that has given him a competitive edge over other more

qualified candidates in his early years upon graduating from Politeknik Ungku Omar. Having also had the benefits

of international exposure in Germany, Thailand and Sudan, he places great emphasis on lecturers having industrial

training and exposure. He is of the opinion that polytechnic lecturers should have a minimum of a year’s experience

with the industry; the duration can be a cumulative one.

Dato’ Mohd Jai Suboh

Dato’ Mohd. Jai Suboh, a mechanical engineering graduate of Politeknik Ungku Omar, is the Group Executive Director

of Velosi (M) Sdn. Bhd., a company which offers Complete Project Quality Management Solutions. With 40 offices

worldwide, his company is in an enviable position to provide a truly global service, yet meeting local needs. His range of

services range from Quality Assurance to Quality Control and Inspection to Legislative Certification.

14

( continued on following page )


( continued from previous page )

IN THE SPOTLIGHT

Dato’ Jai’s interest in this area was sparked by the increasing challenges associated

with today’s industrial environment. His belief that challenges are actually business

opportunities, saw him exploring a solution-based services business.

“The cornerstone of our business operations is the application of practical

approaches to solve problems, be it from design through commissioning or an

individual service or a combination of services”.

According to Dato’ Jai, there are a number of polytechnic graduates working on their

off-shore sites.

“In line with our expansion programme and client’s requirements, we do take

selected qualified trainees from various technical institutions, including polytechnics.

We train them to become qualified Welding and Engineering Inspectors prior to their

acceptance by Petronas, Shell, ExxonMobil and Talisman etc”.

The training given to these selected trainees are mostly conducted by third party overseas institutes/organizations

mainly from the UK and US. These certifications are recognized worldwide by all major oil and gas companies.

Relevant programmes include :

CSWIP Certification for Welding Inspection – UK

PCN for Ultrasonic Testing (UT), Magnetic Particle Inspection (MPI),

Dye Penetrant Inspection (DPI), Radiographic Testing (RT) – UK

AWS Certification for Welding Inspection – US

API 653, 510, 570 for Pressure Vessel. Piping and Storage Tank – US

ASNT Certification for MPI, DPI, RT and PT – US

Dr. Rohafiz Sabar

Dr. Rohafiz Sabar is a lady who walks on the fast lane. Since graduating from

Politeknik Kota Bharu with a marketing diploma in 1999, she has moved on to

pursue a Bachelor in Business Administration (Finance) and Master of Science

in Airport Planning and Management, Loughborough University, UK. She has

just completed her PhD in Air Transport (Airport Planning and Design), Cranfield

University, UK. She has achieved all these within a span of ten years.

Dr. Rohafiz is on her way to becoming a senior lecturer at the Department of

Transport and Logistics, College of Business in Universiti Utara Malaysia. Her area

of specialization is designing, planning and operations of airport. She has been

involved in the development of the airport terminal for Malaysia Airport Holding

Berhad (MAHB) and is a member of the Royal Aeronautical Society, UK and

Malaysian Research Group Conference, UK. She is also involved in writing journals

and conference papers for the aviation industry.

She recalls with fondness the personalized care and attention given by the lecturers who taught her during her

polytechnic days. She is also very thankful for the invaluable experiences gathered as a result of associating with

students from different cultural backgrounds. Dr. Rohafiz fully supports efforts to initiate mentoring amongst alumni

and is willing to guide alumni in pursuit of higher education. She can be contacted at rohafiz@uum.edu.my or her blog

at rohafizsabar@blogspot.com or via facebook Rohafiz Sabar.

There you are …. draw inspiration from your Super … Super… Seniors.

15


Diterbitkan oleh:

Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni (BPGA)

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Tingkat 10, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8939 4407 Faks : 03-8939 4402

More magazines by this user
Similar magazines