Akta 753 - Kementerian Sumber Manusia

mohr.gov.my

Akta 753 - Kementerian Sumber Manusia

GARIS PANDUAN

KAEDAH PELAKSANAAN

AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Bahagian Dasar

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

8 Februari 2013


1. PENDAHULUAN

1.1 Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

menetapkan bahawa umur persaraan minimum seseorang

pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur enam puluh

(60) tahun.

1.2 Majikan boleh pada bila-bila masa menetapkan umur

persaraan yang lebih tinggi daripada 60 tahun kepada pekerja

masing-masing.

2. PERMULAAN KUAT KUASA AKTA

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 mula berkuat kuasa pada 1

Julai 2013 berdasarkan pewartaan P.U.(B) 422 bertarikh 26

Disember 2012, ke atas semua majikan di seluruh Malaysia yang

menggaji pekerjanya tanpa mengira jumlah bayaran gaji yang

dibayar, kecuali bagi kategori pekerja dalam Jadual seksyen 2 Akta.

3. PERSARAAN PILIHAN

Seksyen 6 Akta 753 -

Umur persaraan yang lebih awal daripada umur persaraan

minimum, boleh ditetapkan oleh majikan dengan persetujuan

pekerja dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Seseorang pekerja boleh memilih untuk bersara apabila mencapai

umur persaraan pilihan tersebut.

4. KETIDAKSAHAN TERMA UMUR PERSARAAN DALAM

KONTRAK PERKHIDMATAN DAN PERJANJIAN KOLEKTIF

SEDIA ADA

Seksyen 7 Akta 753 -

Majikan perlu meminda umur persaraan dalam kontrak

perkhidmatan atau perjanjian kolektif kepada umur persaraan 60

tahun sekiranya umur persaraan sedia ada lebih rendah.

2


5. KETIDAKPAKAIAN AKTA

Penetapan umur persaraan tidak terpakai kepada pekerja-pekerja

yang disenaraikan dalam Jadual seksyen 2 Akta 753 seperti di

bawah:

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau

kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan berkanun

atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan;

seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak

perantisan;

pekerja bukan warganegara;

pekhidmat domestik;

seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan

dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi tujuh puluh

peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh

masa;

seseorang pelajar yang diambil kerja di bawah mana-mana

kontrak untuk tempoh pekerjaan sementara tetapi tidak

termasuk pekerja dalam cuti belajar dan pekerja yang sedang

belajar secara separuh masa;

(h) seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak

perkhidmatan bertempoh tetap termasuk apa-apa pelanjutan,

yang tidak lebih daripada dua puluh empat bulan; dan

(i)

seseorang yang, sebelum 1 Julai 2013, telah bersara pada

umur lima puluh lima tahun atau lebih dan kemudiannya

bekerja semula selepas dia bersara.

3


6. PERMOHONAN PELANJUTAN TARIKH KUAT KUASA

6.1. Majikan yang memerlukan lanjutan tempoh untuk membuat

persediaan sewajarnya boleh memohon pelanjutan tarikh kuat

kuasa Akta ini kepada Kementerian Sumber Manusia.

6.2. Jawatankuasa Penilaian Permohonan yang dipengerusikan

oleh wakil Kerajaan dan dianggotai oleh wakil pihak majikan,

pihak pekerja dan wakil Kementerian Sumber Manusia, akan

menilai dan mempertimbangkan permohonan pelanjutan

tarikh kuat kuasa oleh pihak majikan sebelum diperakukan

untuk kelulusan Y.B. Menteri Sumber Manusia.

Cara Permohonan Pelanjutan Tarikh Kuat Kuasa

6.3. Permohonan hendaklah disertakan alasan dan justifikasi yang

kukuh secara bertulis dan dialamatkan kepada Kementerian

Sumber Manusia seperti berikut:

Setiausaha

Bahagian Dasar

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8886 5355

Faks: 03-8889 2377

6.4. Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan bersamasama

permohonan bagi membolehkan pihak KSM membuat

pertimbangan sewajarnya iaitu:

- Borang Maklumat Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM);

- Jumlah keseluruhan pekerja tempatan pada 31 Disember

2012;

4


- Senarai pekerja beserta nombor pengenalan diri, yang

akan mencapai umur 55 tahun pada tarikh-tarikh berikut:

1 Julai 2013 hingga 31 Disember 2013;

1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014; dan

- Maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu bagi

menyokong permohonan majikan.

6.5. Permohonan hendaklah diterima oleh Kementerian Sumber

Manusia selewat-lewatnya pada 30 April 2013.

6.6. Mana-mana permohonan yang diterima oleh Kementerian

Sumber Manusia selepas tarikh tersebut TIDAK akan

dipertimbangkan.

6.7. Sekiranya permohonan majikan dipertimbangkan, pelanjutan

tempoh boleh diberikan sehingga 31 Disember 2013 dalam

bentuk pengecualian bersyarat pemakaian Akta kepada

majikan tersebut berdasarkan seksyen 18 Akta 753.

Penafian

6.8. Permohonan yang dikemukakan oleh mana-mana majikan

tidak boleh disifatkan sebagai penggantungan pelaksanaan

Akta ini dan hanya bersifat pertimbangan secara pentadbiran

oleh YB Menteri berdasarkan kepada punca-punca kuasanya

di bawah seksyen 18 Akta. Oleh itu, apa-apa keputusan yang

dibuat oleh YB Menteri adalah muktamad dan sebarang

penolakan tidak boleh dirayu di Mahkamah.

5