27.01.2015 Views

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkatkan

Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5

Membina Ayat Bahasa Inggeris

Oleh

ISKANDAR MUDA BIN ISHAK

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol

27040 Jerantut, Pahang Darul Makmur

ABSTRAK

Untuk menghasilkan ayat-ayat yang baik sama ada panjang atau pendek, mudah atau

sukar, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membina ayat. Seseorang itu pula

mestilah luas perbendaharaan katanya agar dapat mengolah perkataan-perkataan

tadi menjadi satu ayat yang lengkap dan betul. Kemahiran pemerhatian dan menjana

minda juga perlu pada seseorang jika ingin menguasai kemahiran membuat ayat

berdasarkan gambar. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan bertujuan

untuk meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat berdasarkan gambar.

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

guru dan latih tubi di dalam kelas yang lebih menumpukan kepada aspek pembinaan

ayat. Pengumpulan data diperolehi melalui ujian pra dan pasca. Seramai 95 orang

murid telah dipilih dari tiga kelas iaitu 5A, 5B dan 5C. Dapatan kajian menunjukkan

terdapatnya peningkatan di dalam keputusan PKSR 3. Ini membuktikan bahawa

teknik latih tubi yang digunakan memberi kesan kepada peningkatan pemahaman

dan kebolehan murid dalam membina ayat. Oleh itu, pengkaji menyedari bahawa

seseorang guru itu harus berani mencuba berbagai-bagai teknik dalam pengajaran

dan pembelajaran seharian. Dengan ini, murid akan dapat meningkatkan kebolehan

mereka dalam membina ayat seterusnya peratus kelulusan dapat ditingkatkan.

ISU KAJIAN

Bahasa Inggeris merupakan subjek teras yang penting di semua Sekolah Kebangsaan dan Jenis

Kebangsaan. Untuk lulus, seseorang murid mestilah menguasai semua kemahiran yang ada di dalam

subjek ini seperti membaca, mengeja, menulis dan menyebut perkataan dengan betul. Ini termasuklah

juga proses membina atau membuat ayat.

Didapati murid-murid mempunyai masalah membaca dan membina ayat dalam bahasa Inggeris. Selain

itu, murid-murid juga tidak dapat mengeja dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris. Ini bukan

sahaja akan menimbulkan masalah kepada guru yang mengajar tetapi juga kepada murid itu sendiri

yang tidak memahami apa yang diajar, maka proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

akan menjadi kurang efektif.

Murid akan cepat bosan dan tidak akan menumpukan perhatian. Guru terpaksa menerangkan dalam

bahasa Melayu dan ini adalah sama sekali tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan murid terus

menerus tidak akan dapat memahami bahasa Inggeris itu sendiri.

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!