29.01.2015 Views

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEJARAH PERPUSTAKAAN UTHM

muka surat 02

Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mula beroperasi

pada 1 Oktober 1993. Pada masa itu, UTHM dikenali sebagai Pusat

Latihan Staf Politeknik (PLSP). Dengan berbekalkan 5,000 naskah bahan

bacaan tinggalan Politeknik Batu Pahat serta sebuah bangunan 2 tingkat

yang menyediakan 120 tempat duduk, pengurusan Perpustakaan memulakan

misi menyokong staf akademik dan pelajar dalam program pembelajaran,

pengajaran dan penyelidikan.

Sebagai pusat intelektual dan gedung ilmu kepada keseluruhan warga universiti,

Perpustakaan adalah antara komponen utama dalam menyokong

program pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Selaras dengan penubuhan

UTHM sebagai universiti berteraskan aplikasi sains dan teknologi, pembangunan

koleksi dalam bidang berkenaan telah dipergiatkan dari semasa

ke semasa. Sehingga Mei 2007, Perpustakaan UTHM memiliki koleksi bahan-bahan

dalam pelbagai format, termasuklah 115,000 naskhah monograf,

3,800 judul tesis, 540 judul jurnal, 20 perkhidmatan pangkalan data atas

talian yang merangkumi lebih kurang 13,000 judul jurnal, 4 perkhidmatan

buku elektronik yang mengandungi lebih kurang 36,000 judul buku yang

boleh diakses secara atas talian dan 10,000 unit bahan audio-visual.

Selain Perpustakaan Utama di Kampus Induk UTHM, sebuah perpustakaan

cawangan telah ditubuhkan di Kampus Bandar pada bulan Disember 2004.

Dengan keupayaan menampung kapasiti pengguna seramai 100 orang

pada satu masa, Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar yang bertempat

di Blok A menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang terdapat di Perpustakaan

Utama. Walau bagaimanapun, koleksi bahan yang disediakan

lebih tertumpu kepada bidang-bidang pengajian yang terdapat di Kampus

Bandar. Kemudahan yang disediakan termasuklah 4 terminal OPAC, 4 terminal

pangkalan data atas talian dan ruang membaca akhbar. Di samping

itu, bermula dari bulan April 2006, Perpustakaan telah menambah ruang

bacaan yang boleh menampung lebih kurang 300 orang pengguna di Aras

Atas Blok B5 untuk menempatkan jurnal, majalah, tesis, bahan audio visual,

novel, peta, prospektus dan kertas soalan peperiksaan. Selain itu, sebuah

Bilik Penyelidikan yang dilengkapi dengan 36 unit komputer turut disediakan

di sini.

Projek automasi sistem Perpustakaan UTHM telah dimulakan pada tahun

1997 dengan menggunakan VTLS (Virginia Technology Library System)

bagi menaiktaraf perkhidmatan perpustakaan. Mulai Disember 2002, VTLS

telah digantikan dengan ILMU (Integrated Library Management Utilities)

yang menyediakan modul-modul yang lebih menyeluruh untuk menguruskan

perkhidmatan perpustakaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!