Katalog Perpustakaan - UTHM Library

lms.uthm.edu.my

Katalog Perpustakaan - UTHM Library

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KATALOG PERPUSTAKAAN

Katalog Perpustakaan adalah salah satu daripada kemudahan yang disediakan

oleh Perpustakaan UTHM bagi memudahkan pengguna mengenalpasti koleksi

yang ada di perpustakaan. Dengan menggunakan katalog ini yang boleh diakses

melalui laman sesawang perpustakaan, pengguna boleh memilih jenis carian

yang digemarinya.

Melalui aplikasi terbaru yang disediakan di dalam sistem ini, perpustakaan telah

dapat meningkatkan sistem katalog sedia ada. Meskipun semua carian

menggunakan kata kunci umum, anda masih boleh mengehadkan carian. Di

samping itu, hasil carian juga boleh disaring dengan menggunakan 7 aspek

berikut:

1. Nama Pengarang

2. Format

3. Jenis Item

4. Bahasa

5. Nama Perpustakaan (Sekiranya ada perpustakaan cawangan)

6. Tarikh Penerbitan (Tahun)

7. Bidang Perkara/Subjek

TEKNIK CARIAN SECARA LANGKAH DEMI LANGKAH

(A) BAGAIMANA MEMULAKAN CARIAN

Sila gunakan langkah-langkah berikut untuk memulakan carian anda:

1. Lawati laman sesawang Perpustakaan UTHM:

http://lms.uthm.edu.my/equip/elibrary/e_home.jsp

2. Pada kolum LIBRARY CATALOGUE, sila masukkan kata kunci (Contoh:

building design)

3. Klik pada butang Search untuk membuat carian (Sila rujuk paparan imej

di bawah).


4. Keputusan carian akan dipaparkan. Terdapat sebanyak 657 judul

berkenaan building design yang telah dijumpai.


5. atau anda juga boleh melayari alamat URL berikut:

http://ent.uthm.edu.my/client/uthm, kemudian ikutilah langkah-langkah

yang tersebut di atas.

6. Pilih salah satu daripada berikut:

a. Everything: akan membuat carian bagi semua jenis bahan yang ada

di dalam koleksi perpustakaan

b. Library Search: akan membuat carian bagi semua jenis bahan yang

ada di dalam koleksi perpustakaan, namun tidak termasuk Asset

Search

c. Asset Search: akan hanya membuat carian bagi Special Collection.

Special Collection merujuk kepada semua jenis bahan yang

dihasilkan atau ditulis oleh warga UTHM atau diterbitkan oleh

UTHM, seperti kertas projek pelajar, soalan-soalan peperiksaan

yang lepas dan banyak lagi.


7. Dengan memilih Library Search, hasil carian seperti di bawah akan

dipaparkan:

8. Dengan memilih Asset Search, hasil carian adalah seperti berikut (sila

rujuk imej yang disediakan). Terdapat sebanyak 11 judul yang berkaitan

building design telah dijumpai. Kesemuanya adalah daripada Special

Collection (yang bermaksud anda akan dibekalkan dengan teks penuh di

dalam format PDF).

9. Untuk menghapuskan terma carian semasa anda dan memulakan carian

yang baru, sila klik pada Start Over.


10. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan teknik pencarian

yang lain, sila klik pada ikon

(B) BAGAIMANA MENGECILKANKAN CARIAN

Sebagaimana terdahulu, carian boleh dihadkan untuk mendapatkan keputusan

carian yang lebih khusus. Sila rujuk contoh-contoh di bawah untuk

mendapatkan kaedah bagi menghasilkan keputusan carian yang lebih khusus.

Daripada senarai keputusan (sebagaimana di dalam contoh di bawah), anda

boleh mengecilkan keputusan melalui aspek-aspek berikut:

1. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Nama Pengarang

2. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Judul

3. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Format

4. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Jenis Item

5. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Bahasa

6. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Nama Perpustakaan

(Sekiranya ada cawangan perpustakaan)

7. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Tarikh Penerbitan

(Tahun)

8. Mengecilkan Hasil Carian Dengan Menggunakan Bidang Perkara/Subjek

More magazines by this user
Similar magazines