10.02.2015 Views

PTB - JPBD

PTB - JPBD

PTB - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDEKATAN BARU PROJEK PEMBANGUNAN TANAH

BERSEPAKAT (PTB)

Pendahuluan

PTB merupakan satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan

lot tanah yang telah dibangunkan secara tidak terancang dan tertinggal

dari arus pembangunan disusun semula dengan penyediaan

kemudahan asas dan awam yang mencukupi melalui kerjasama dan

persetujuan pemilik-pemilik tanah. Sebagai balasan kepada sebahagian

tanah yang disumbangkan, pemilik akan menerima pulangan dalam

bentuk hartanah. Sebahagian lagi tanah dijadikan sebagai tanah

kewangan untuk dijual di pasaran bagi menampung sebahagian kos

projek.

Misi utama kaedah PTB adalah untuk membantu merungkai kebekuan

pembangunan tanah berpotensi. Antara kegunaan PTB adalah untuk

membangunkan kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan dan

tertinggal dari arus pembangunan atau untuk merealisasikan

perancangan di pusat atau pinggir bandar.

Sejarah Pengenalan PTB

Sistem PTB telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1987

melalui beberapa siri kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD

SM) dengan kerjasama pakar-pakar daripada Japan International

Cooperation Agency (JICA). Pada tahun 1995, satu Kajian Kemungkinan

Pengenalan Sistem PTB di Malaysia (The Feasilibility Study On The

Introduction Of Land Readjustment in Malaysia, May 1995) oleh JICA

dan JPBD telah merumuskan sistem PTB boleh dilaksanakan di

Malaysia.

Pada 23 Jun 1999, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan

Sistem PTB sebagai salah satu kaedah pembangunan di Malaysia.

Bagaimanapun khidmat pakar JICA di JPBD Semenanjung Malaysia

telah ditamatkan pada akhir tahun 2003.

Lanjutan dari itu, dua Projek PTB telah dimulakan melalui initiatif JPBD

SM. Projek Perintis PTB di Kg. Pulau Meranti, Sepang, Selangor

dimulakan pada tahun 2003 dan dimuktamadkan pada Ogos 2006.

Penyediaan Projek PTB Kg. Skudai Kiri pula telah dimuktamadkan pada

1

September 2008 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang

dipengerusikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Kedua-dua projek tersebut telah diserah kepada pemaju untuk

dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek PTB Pulau Meranti telah

diserahkan kepada Perbadanan Negeri Selangor sementara projek PTB

Kg. Skudai Kiri, Johor Baru akan dimajukan oleh UDA Holding Sdn. Bhd.

Sehingga kini, hanya projek PTB Kg. Skudai Kiri, Johor sahaja sedang

dilaksanakan sementara projek PTB di Kg. Pulau Meranti, Sepang

Selangor telah dihentikan disebabkan oleh masalah dayalaksana.

Sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987, pelbagai kajian dan

kertas kerja telah dihasilkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM).

Proses Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

Semasa

Hasil daripada beberapa siri kajian bermula dari tahun 1988, pihak JPBD

Semenanjung Malaysia telah menghasilkan satu kaedah bagi proses

penyediaan Projek PTB.

Proses Penyediaan Projek PTB dipecahkan kepada tiga (3) peringkat

utama:

• Peringkat 1 – Pra Kajian/Mobilisasi

• Peringkat 2 – Penyediaan Kajian

• Peringkat 3 – Pelaksanaan.

Output akhir bagi penyediaan projek PTB adalah dalam bentuk Pelan

Implementasi. Setelah projek siap, pelan tersebut diserahkan kepada

pemaju yang dipilih oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk dilaksanakan

seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi Projek

Perintis PTB Zon C1-Fasa 1, Kampung Pulau Meranti, Sepang,

Selangor dan UDA Land bagi Projek Skudai Kiri, Johor Bahru.

Isu Pelaksanaan Projek PTB

Dari kedua-dua projek yang telah disediakan, beberapa isu pelaksanaan

projek telah dikenal pasti seperti berkut:

• Perancangan yang disediakan oleh perunding kajian tidak

digunakan oleh pemaju untuk pelaksanaan;

2

• Pemaju membuat perancangan baru setelah projek diberikan;

• Projek PTB tidak dapat dilaksanakan secara komprehensif

disebabkan sebahagian kecil pemilik tanah tidak bersetuju:

• Pemilik tanah yang tidak bersetuju menuntut harga yang terlalu

tinggi untuk jual tanah. Pelaksanaan PTB memerlukan persetujuan

100% pemilik tanah. Sehubungan itu projek tidak dapat

dilaksanakan secara komprehensif dan mengarah pada

pembangunan secara ‘piecemeal’;

• Keadaan fizikal tapak fasa 1 projek PTB Pulau Meranti yang dipilih

kurang sesuai dari segi topografi memerlukan kos kerja tanah yang

tinggi seterusnya menjejaskan kedayalaksana projek; dan

• Dana kerajaan tidak tersedia untuk pelaksanaan projek seperti

yang berlaku bagi Projek PTB Skudai Kiri bagi program

penempatan setinggan.

Sehubungan itu peruntukan yang dibelanjakan untuk menjalankan kajian

PTB tidak memberi menafaat kepada projek kerana tidak digunapakai

untuk melaksanakan projek.

Walaupun pelaksanaan Projek PTB menghadapi banyak cabaran ianya

masih lagi releven dalam konteks pembangunan bandar di Malaysia atas

sebab-sebab berikut:

• Bandar perlu berkembang. Kawasan berpotensi terletak di pinggir

bandar. Tanah-tanah di pinggir bandar telah diberi milik.

• PBT perlu menyusun-semula pembangunan di atas tanah yang

telah diberi milik untuk meningkatkan kualiti fizikal dan hidup

penduduk.

• PBT perlu menyediakan kemudahan awam dan asas tambahan

kepada penduduk bandar / pinggir bandar yang bertambah.

• PBT menyedia Rancangan Kawasan Khas tetapi pemilik tanah

tidak berkemampuan untuk membangunkan tanah.

• Rancangan Kawasan Khas perlu dibangunkan secara

komprehensif.

Kaedah PTB adalah tambahan kepada kaedah pembangunan semasa;

• Pengambilan balik tanah

• Pembangunan tanah oleh Pemilik Tanah

• Pembangunan secara usahasama- swasta

• Pembangunan secara usahasama- kerajaan

3

Kesemua kaedah di atas mempunyai kekuatan dan kelemahan

tersendiri. Kaedah PTB sesuai digunakan bagi melaksanakan RKK yang

mempunyai keperluan berikut:

• Kawasan keutamaan pembangunan pihak PBT dalam RKK.

• Memerlukan pelaksanaan yang komprehensif

• Bertujuan untuk mengekalkan penduduk / pemilikan sedia ada

Penambahbaikan Proses Penyediaan Projek Pembangunan Tanah

Bersepakat (PTB)

PTB adalah kaedah untuk melaksanakan pembangunan. Oleh itu

dicadangkan pendekatan penyediaan Projek PTB masa hadapan tidak

dibuat dalam bentuk kajian. Konsepnya perlu diaplikasikan dalam

merealisasikan perancangan yang telah dibuat bagi sesebuah kawasan

selaras dengan prinsip asas PTB seperti berikut:

• Merancang pembangunan sesuatu kawasan secara menyeluruh;

• Cadangan pembangunan mendapat persetujuan pemilik tanah dan

pihak berkepentingan;

• Pulangan yang optima kepada pemilik tanah;

• Projek adalah feasible dari segi kewangan;

• Perkongsian kos oleh pemilik tanah, kerajaan dan agensi-agensi

utiliti; dan

• Penglibatan pemilik tanah, penduduk dan pihak-pihak yang

berkepentingan dalam pembangunan (Agenda 21).

Sehubungan ini projek-projek yang dicadangkan dalam Rancangan

Kawasan Khas (RKK) yang telah disediakan sesuai dijadikan asas

dalam mengenal pasti projek untuk dilaksanakan mengikut kaedah PTB.

Pindaan Proses Penyediaan Projek PTB

Pindaan pada Proses Penyediaan Projek PTB yang dicadangkan adalah

seperti berikut:

Peringkat 1: Pra Kajian / Mobilisasi.

• Pihak Berkuasa Tempatan mengenalpasti projek yang

dicadangkan dalam RKK yang perlu dilaksanakan segera

disebabkan oleh tekanan pembangunan serta boleh dilaksanakan

mengikut kaedah PTB.

• PBT mengumpul maklumat hakmilik tanah dan bangunan

• PBT membuat penilaian awal projek dan mengira nisbah pulangan

projek.

4

• Sekiranya didapati projek tersebut berdaya laksana, PBT

menyediakan kertas cadangan projek untuk persetujuan Majlis

Penuh bagi memulakan projek.

• PBT mempelawa dan memilih pemaju yang berminat untuk

peringkat selanjutnya.

Peringkat 2: Penyediaan Kajian / Projek.

• Pemaju yang dipilih akan menyediakan tatatur projek mengikut

cadangan RKK dengan penyeliaan PBT.

• Pemaju akan membuat pengiraan kos terperinci dan

membentangkan kepada PBT.

• Sekiranya pulangan projek memenuhi prinsip asas PTB, pemaju

dan PBT akan mengadakan rundingan dengan penduduk untuk

mendapat persetujuan.

• Sekiranya persetujuan 100% diperolehi, pemaju membuat MOU

dengan penduduk disaksikan oleh PBT.

• Sekiranya minoriti pemilik tanah tidak bersetuju, PBT

mengisytiharkan kawasan projek tersebut sebagai kawasan

pemajuan mengikut peruntukan sek. 38, Akta 172 dan tanah

tersebut dibeli atau dibuat pengambilan paksa mengikut

peruntukan Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 oleh PBT.

• Pemaju membuat permohonan kebenaran merancang bagi projek

tersebut.

• Sekiranya majoriti pemilik tanah tidak bersetuju, projek dihentikan.

Peringkat 3: Pelaksanaan Projek.

• Pemaju dan PBT menyediakan pelan peralihan pemilik tanah

tanah yang terlibat.

• Pemaju melaksanakan projek di bawah pengawasan PBT.

• Pemaju membahagikan keuntungan kepada pemilik tanah

mengikut MOU bersaksikan PBT.

Sehubungan ini peranan Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebagai

fasilitator pembangunan. Unit Pembangunan Tanah Bersepakat JPBD

SM akan memberi khidmat nasihat dan membantu Pihak Berkuasa

Tempatan dalam mengumpul serta menganalisis maklumat, membantu

dalam penyediaan kertas cadangan projek dan memantau pelaksanaan

projek.

RUMUSAN

5

PTB merupakan satu kaedah pembangunan tanah yang bertepatan

sebagai alternatif kepada pendekatan pengambilan balik tanah.

Walaupun pelaksanaannya perlu menempuh berbagai cabaran, kaedah

PTB wajar dilaksanakan untuk kesinambungan pembangunan bandar.

Sistem PTB menjamin sebahagian hak milik tanah dikekalkan kepada

pemilik /waris tanah asal. Pelaksanaan Projek PTB membantu

menyelesaikan isu pemilikan dan pembahagian harta pusaka yang

banyak menyebabkan pembekuan tanah berpotensi.

Disediakan oleh:

Bahagian Rancangan Fizikal Negara

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!