Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat - JPBD
Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat - JPBD
Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat - JPBD
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Perutusan

Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

Pembangunan negara perlu mempunyai matlamat dalam mewujudkan

persekitaran yang dapat merealisasikan komuniti dan kehidupan yang

sejahtera selaras dengan usaha ke arah pencapaian matlamat Wawasan

2020. Proses globalisasi yang pesat seiring dengan kemajuan bidang sains

dan teknologi memerlukan perancangan dan pembangunan negara yang

sistematik bagi merangsang kemajuan negara agar mampu bersaing di

peringkat global.

Di era permodenan negara pada masa kini, kawasan-kawasan yang sesak,

kurang kemudahan awam dan tertinggal dari arus pembangunan kawasan

sekitarnya terutamanya di kawasan pusat atau pinggir bandar akan

memberikan imej yang negatif kepada perancangan dan pembangunan

negara di samping mewujudkan ketidakselesaan kepada komuniti setempat.

Menyedari hakikat tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

Semenanjung Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menangani isu

tersebut melalui pendekatan pembangunan baru yang dikenali sebagai

Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) atau ‘Land Readjustment’. PTB

merupakan satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah

yang telah dibangunkan secara tidak terancang dan tertinggal dari arus

pembangunan disusun semula dengan penyediaan kemudahan asas dan

awam yang mencukupi melalui kerjasama dan persetujuan pemilik tanah.

JPBD Semenanjung Malaysia telah mengorak langkah dalam melaksanakan Projek Perintis PTB Kg. Pulau

Meranti, Sepang iaitu di pinggir Cyberjaya dan Projek PTB juga telah dirancang untuk dilaksanakan di Kg.

Skudai Kiri, Johor Bahru yang terletak dalam lingkungan kawasan Iskandar Malaysia.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Pelan Implementasi yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ KSU

KPKT pada 25 Ogos 2006 telah bersetuju supaya perancangan dan pelaksanaan projek menggunapakai

Sistem PTB diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara. Selaras dengan keputusan tersebut,

JPBD sedang giat untuk menyebarluaskan Projek PTB ke kawasan-kawasan lain.

Sejajar dengan usaha tersebut, Manual Penyediaan Projek PTB ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai

panduan yang berguna dan komprehensif kepada pihak-pihak yang akan terlibat dalam penyediaan dan

pelaksanaan Projek PTB. Manual ini mengandungi proses, prosedur dan langkah-langkah dalam penyediaan

Projek PTB berdasarkan kepada pengalaman dalam penyediaan dan pelaksanaan projek perintis PTB.

Manual ini telah melalui beberapa kali perbincangan di antara Pasukan Petugas bagi memantapkan lagi

penyediaannya agar ia mudah untuk difahami dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan.

Seterusnya Manual ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan

JPBD pada 26 Ogos 2008 untuk diterimapakai.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pasukan Petugas

Manual Penyediaan Projek PTB di atas kerjasama dan sumbangan idea dalam memantapkan lagi

penghasilan Manual ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung di dalam menghasilkan Manual. Diharapkan Manual ini menjadi panduan yang sangat berguna

dalam proses penyediaan dan pelaksanaan lebih banyak projek-projek PTB di seluruh negara.

DATO’ MOHD FADZIL BIN HAJI MOHD KHIR

Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia