di sini - TERAJU

teraju.gov.my

di sini - TERAJU

pembiayaan

RM340 Juta Untuk Biayai

66 Projek Bernilai RM2.5 bilion

Dalam melaksanakan Dana Mudahcara ini, antara cabaran utama

yang dihadapi oleh TERAJU adalah seperti kurangnya pemahaman

konsep pembiayaan Dana Mudahcara khususnya mengenai skop

dana.

Maklumat lanjut mengenai dana ini boleh diperolehi dari laman web

http://www.teraju.gov.my Mana-mana pertubuhan atau agensi

yang berminat untuk mendapatkan taklimat mengenai Dana

Mudahcara, bolehlah menghubungi Bahagian Pengurusan

Stakeholder, TERAJU untuk mengaturkan sesi berkenaan.

Sektor-sektor yang menerima Dana Mudahcara

Shahriman Mokhtar

Pengarah

Bahagian Pembiayaan

Dana Mudahcara diwujudkan sebagai peransang kepada

Projek-projek Permulaan (EPP) yang berpotensi dari

syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan. Ia juga

diwujudkan sebagai pemangkin bagi syarikat-syarikat Bumiputera

untuk menjalankan projek-projek besar.

Sebanyak RM2 bilion dari keseluruhan RM20 bilion Dana Mudahcara

diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera. Bagi membolehkan

lebih ramai Bumiputera mendapat manfaat, kerajaan melalui Unit

Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) telah melonggarkan beberapa

syarat kelayakan dan meluaskan skop pembiayaan.

Setakat ini, 62 syarikat dengan 66 projek bernilai RM2.5 bilion telah

mendapat kelulusan bantuan Dana Mudahcara sebanyak RM340.4

juta. Daripada angka tersebut, 13 projek bernilai lebih RM50 juta.

Dana yang diberikan adalah merupakan geran sebanyak 15% dari

kos keseluruhan projek, meliputi komponen infrastruktur dan

jentera.

TERAJU berharap untuk memuktamadkan perjanjian dengan

syarikat yang berjaya pada akhir Mei dan seterusnya penyaluran

Dana dijangka bermula pada suku ketiga 2013.

1.5%

1.5%

3.0%

3.0%

4.5%

6.1%

7.7%

9.1%

10.6%

12.1%

Sumber Minyak, Gas dan Tenaga

Pembinaan, IBS & Pembangunan

Hartanah

Perkilangan

Pemborongan & Perniagaan

Runcit

Perniagaan & Perkhidmatan

Profesional

Pertanian

19.7%

21.2%

Pelancongan

Komunikasi, Perisian dan

Infrastruktur

Elektronik & Elektrikal

Automotif

Perkhidmatan Kesihatan

Pendidikan

Proses kelulusan mengambil kira sama ada syarikat memiliki

kapasiti, kebolehan, kemahiran dan pengalaman untuk

pelaksanaan projek. Kedudukan kewangan yang kukuh dan mampu

juga merupakan kriteria yang amat penting untuk mendapatkan

pembiayaan projek.

Projek dari sektor kewangan/perbankan, projek yang masih berada

di tahap inkubasi atau R&D serta yang melibatkan penyatuan dan

pengambilalihan adalah tidak layak untuk memohon Dana

Mudahcara ini.

Selain itu, dana ini tidak disediakan untuk projek-projek yang sudah

pun mendapat peruntukan atau pembiayaan daripada Kerajaan,

projek-projek perolehan Kerajaan, projek-projek di luar Malaysia dan

projek-projek yang banyak bergantung kepada sokongan Kerajaan

di mana Kerajaan menanggung sebahagian besar risiko.

KELULUSAN DANA MUDAHCARA

• 66 projek bernilai RM2.5 bilion menerima Dana

Mudahcara RM340.4 juta.

• 53 projek bernilai kurang RM50 juta dan 13 projek

bernilai lebih RM50 juta.

• 21 syarikat TeraS telah diluluskan permohonan

dengan nilai projek sebanyak RM754.5 juta dan

dana yang diluluskan RM99.1 juta

6

More magazines by this user
Similar magazines