Nota Penerangan R 2003 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

hasil.gov.my

Nota Penerangan R 2003 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

KANDUNGAN

Muka Surat

PENDAHULUAN 2

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3

BAHAGIAN I: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108(5) AKTA CUKAI PENDAPATAN 3-9

1967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2001 DAN TAHUN TAKSIRAN

BERIKUTNYA

BAHAGIAN II: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108 AKTA CUKAI PENDAPATAN 9-12

1967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2000 (BERASASKAN TAHUN

SEMASA) DAN TAHUN TAKSIRAN SEBELUMNYA (PERUNTUKAN

KECUALIAN DAN PERALIHAN)

BAHAGIAN III: PENYATA DIVIDEN DIBAYAR, DIKREDIT ATAU DIAGIHKAN DALAM 12

TEMPOH ASAS

PENGAKUAN 12


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Pendahuluan

Borang R - Penyata Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Untuk Tahun Taksiran 2003.

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat, mulai Tahun Taksiran 2001, syarikat

bermastautin di Malaysia (termasuk syarikat bermastautin di Singapura yang membayar cukai Malaysia)

bertanggungjawab:

1. Mengemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (selepas ini disebutkan sebagai Ketua

Pengarah) dalam tempoh enam bulan selepas akaun ditutup satu penyata seksyen 108 yang menunjukkan

kredit akaun seksyen 108 (agregat perbandingan) dengan amaun cukai yang dipotong atas dividen yang

dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran (jumlah perbandingan) serta

maklumat lain yang ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan penyata seksyen 108 adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabit

kesalahan boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 di bawah perenggan 120(1)(g).

Jika dua tempoh akaun menjadi satu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, syarikat hanya perlu

mengemukakan penyata seksyen 108 bagi tempoh asas berkenaan, 6 bulan selepas akaun kedua ditutup.

2. Membayar kepada ketua Pengarah amaun lebihan, yang merupakan hutang kepada Kerajaan, jika

jumlah perbandingan melebihi agregat perbandingan dalam tempoh yang ditetapkan (due date) iaitu dalam

tempoh enam bulan selepas tarikh tutup akaun.

Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan kenaikan sebanyak 10%

atas amaun lebihan tersebut [subseksyen 108(7)].

Jika syarikat gagal mengemukakan penyata seksyen 108 dan didapati telah membayar, mengkredit atau

mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan adalah

melebihi agregat perbandingan (berlaku hutang kepada Kerajaan), maka Ketua Pengarah boleh mengeluarkan

permintaan bertulis menuntut syarikat membayar lebihan tersebut bersama kenaikan sehingga 100% lebihan

tersebut [seksyen 108(10)].

3. Merekod dan menyimpan semua rekod bayaran di bawah seksyen 107C atau seksyen 103A yang telah

dibuat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan.

4. Melengkapi Bahagian II penyata ini terlebih dahulu (jika ada) kerana jumlah perbandingan untuk tempoh

asas bagi tahun taksiran 2001 dan tahun taksiran seterusnya hanya akan ditolak daripada kredit seksyen

108 di Bahagian I jika baki kredit seksyen 108 pada 31.12.2000 di Bahagian II telah dikurangkan sehingga

“0”.

[Baki kredit pada 31.12.2000 di Bahagian II adalah baki kredit yang dikira mengikut peruntukan seksyen

108(6) yang berkuatkuasa sehingga tahun taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa)].

5. Borang R yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Lembaga Hasil Dalam Negeri,

Pusat Pemprosesan (Borang R)

Tingkat 2, Blok 8A,

Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta,

Karung Berkunci 11018,

50990 Kuala Lumpur

2


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Maklumat Asas Syarikat

Ruangan Perkara Keterangan

(a) Nama Syarikat Nama syarikat seperti yang didaftarkan di pejabat Pendaftar Syarikat

(ROC).

(b) Nombor Fail Nombor fail rujukan cukai pendapatan syarikat.

(c) Tempoh Asas Tempoh asas syarikat bagi tahun taksiran berkenaan.

Contoh: Dari 01.07.2002 hingga 30.06.2003 (T/T 2003)

(d) Nombor Nombor pendaftaran syarikat dengan Pejabat Pendaftar Syarikat.

Pendaftaran

Syarikat

BAHAGIAN I: Penyata Di Bawah Seksyen 108(5) ACP 1967

Bagi Tahun Taksiran 2001 Dan Tahun Taksiran Berikutnya

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah amaun yang dibawa dari tempoh asas bagi T/T sebelumnya

hadapan

yang mana agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan.

Untuk tempoh asas bagi T/T 2003, baki kredit bawa hadapan adalah

amaun di ruangan 5 Bahagian I Borang R bagi T/T2002.

2 Kredit bagi Ini adalah jumlah:

tempoh asas (cukai dibayar + kredit cukai S. 110) - cukai dibayar balik

2A Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang telah dijelaskan atau dibayar (sama ada

dibuat melalui ansuran atau selepas notis taksiran dikeluarkan) dalam

tempoh asas bagi suatu T/T tidak termasuk bayaran penalti serta bayaran

kepada LHDN sebab terlebih menuntut kredit seksyen 110.

Contoh 1: Dilaporkan dalam Borang C T/T 2003

Cukai dikenakan RM 50,000

tolak: S. 110 56,000

Bayaran balik (6,000)

Taksiran dipinda kerana syarikat telah terlebih menuntut tolakan S.110.

Pindaan untuk T/T 2003 pada 15.3.2005.

Cukai dikenakan 50,000

campur: cukai dahulu dibayar

balik 6,000

56,000

tolak: S. 110 (sebenar) 52,000

Cukai kena dibayar kepada LHDN 4,000

(walaupun syarikat kena bayar RM4,000, amaun ini tidak diambilkira

sebagai cukai dibayar kerana ini adalah berbangkit daripada terlebih

menuntut tolakan S. 110 sebelum ini)

3


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

2A(I) Bayaran ansuran Masukkan jumlah ansuran di bawah S.107C yang telah dijelaskan dalam

di bawah seksyen tempoh asas berkenaan.

107C

Contoh 2:

Syarikat Alam Sdn Bhd. menutup akaun pada 30 Jun. Tempoh asas

syarikat bagi T/T 2003 adalah 1.7.2002–30.6.2003.

Ansuran di bawah S.107C ditetapkan sebanyak RM10,000 sebulan

bermula pada bulan Ogos 2002 sehingga bulan Julai 2003.

Jika semua ansuran dibayar pada tarikh yang ditetapkan, jumlah ansuran

sehingga 30.6.2003 (akhir tempoh asas), adalah RM110,000. Maka

untuk T/T 2003, amaun yang ditunjukkan di ruangan ini adalah RM110,000.

Ansuran terakhir sebanyak RM10,000 dibayar pada bulan Julai 2003

diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2003–30.6.2004 bagi T/T 2004.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan

2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak ansuran kena

bayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah seperti

yang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(II) Bayaran cukai di Masukkan amaun baki cukai kena bayar bagi suatu T/T dalam tempoh

bawah seksyen asas apabila baki cukai tersebut dijelaskan.

103A(2)

Contoh 3 (Lanjutan contoh 2):

Sehingga 30.12.2003, jumlah ansuran yang telah dibayar adalah

RM120,000.

Katakan: Cukai kena bayar bagi T/T 2003 adalah RM150,000.

Baki cukai bagi T/T 2003 sebanyak (RM150,000–RM120,000) = RM30,000

ini dibayar pada 31.12.2003 mengikut S.103A(2). Maka amaun

RM30,000 ini diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2003–30.6.2004 untuk

T/T 2004.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan

2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak cukai kena

bayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah seperti

yang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(III) Bayaran cukai di Amaun ini adalah bayaran cukai/baki cukai yang dibayar mengikut

bawah seksyen notis taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak termasuk

103A(3)

bayaran penalti di bawah S.112(3)/S.113(2).

Contoh 4:

Notis cukai tambahan bagi T/T 2003 dikeluarkan pada 30.3.2005 dengan

tambahan cukai sebanyak RM20,000 (termasuk penalti S.112(3) sebanyak

RM5,000) dibayar pada 29.4.2005.

Amaun baki cukai yang dibayar sebanyak RM15,000 di bawah S.103A(3)

akan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2004–30.6.2005 (T/T 2005)

iaitu apabila cukai tambahan tersebut dijelaskan.

Nota: Bagi kes-kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada keskes

penyiasatan di mana bayaran pendahuluan telah dibuat (sebelum

notis taksiran komposit berkenaan dikeluarkan), jika ada, amaun bayaran

pendahuluan tersebut akan dianggap cukai dibayar dalam tempoh asas

notis taksiran berkaitan dikeluarkan.

4


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

2B Kredit cukai Kredit cukai S.110 adalah cukai dipotong atas dividen yang diterima.

seksyen 110 Amaun ini diambilkira dalam tempoh asas dividen diterima terhad kepada

amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak rebat di bawah

S.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi T/T berkenaan.

Amaun cukai dikenakan ini boleh diketahui dengan merujuk kepada

pengiraan cukai di Borang C T/T berkenaan.

2B(I) Jumlah kredit Amaun ini adalah jumlah cukai dipotong atas semua dividen yang

seksyen 110 diterima oleh syarikat dalam tempoh asas tersebut.

Bagi T/T 2003, rujuk ruangan AII Borang C T/T 2003.

Contoh 5:

Akaun syarikat disediakan bagi tempoh berakhir 31.12.2003, yang juga

merupakan tempoh asas bagi T/T 2003, menerima dividen daripada 2

syarikat subsidiari pada 3.6.2003 dan 20.9.2003 dengan jumlah kasar

sebanyak RM10,000 dan RM100,000 masing-masing.

Jumlah kredit S. 110 yang diambilkira dalam tempoh asas ini adalah

cukai dipotong atas kedua-dua dividen iaitu RM2,800 dan RM28,000

= RM30,800.

2B(II) Cukai dikenakan Ini adalah amaun cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai.

Bagi T/T 2003, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A6 Borang

C T/T 2003.

2B(II)(a) Rebat seksyen 6B Bagi T/T 2003, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A9 Borang

C T/T 2003.

2B(II)(b) Pelepasan Bagi T/T 2003, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A13 Borang

seksyen 132 C T/T 2003.

2B(II)(c) Pelepasan Bagi T/T 2003, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A14 Borang

seksyen 133 C T/T 2003.

2B(II)(d) Jumlah Ini adalah amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak

rebat di bawah S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Amaun yang dimasukkan adalah amaun di ruangan 2B(II) tolak jumlah

amaun ruangan B(II)(a) hingga B(II)(c).

2C Amaun dari Jumlah kredit S.110 yang diambilkira bagi suatu tempoh asas tidak

Ruangan B(I) boleh melebihi cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak

atau Ruangan rebat S.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi suatu T/T.

B(II)(d) yang

mana lebih Amaun dimasukkan di ruangan ini adalah amaun dari ruangan B(I) atau

rendah

B(II)(d), yang mana lebih rendah.

Contoh 6:

Amaun B(I) adalah RM56,000

Amaun B(II)(d) adalah RM53,500

Maka masukkan di ruangan ini RM53,500.

5


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

2D Tambahan kredit Amaun ini adalah perbezaan antara kredit cukai S.110 yang baru dengan

cukai seksyen 110 kredit cukai S.110 yang telah dilaporkan dalam Borang C bagi T/T

berkenaan. Amaun diambilkira dalam tempoh asas tambahan dividen

dilaporkan kepada Ketua Pengarah.

Contoh 7: Lanjutan contoh 1

Bagi tempoh asas 1.7.2002–30.6.2003 (T/T 2003), kredit S.110 (Borang

C T/T 2003 yang dikemukakan pada 31.12.2003) adalah RM56,000

(dividen kasar = RM200,000).

Pada 15.3.2005, syarikat memaklumkan tambahan dividen kasar dan

kredit S.110 bagi T/T 2003 sebanyak RM50,000 dan RM14,000 masingmasing.

Tambahan kredit S.110 sebanyak (RM64,000–RM50,000) = RM14,000.

Ini ditunjukkan di ruangan ini bagi tempoh asas berakhir 1.7.2004–

30.6.2005 (T/T 2005) iaitu dalam tempoh asas dividen tambahan

dimaklumkan kepada Ketua Pengarah.

[Perhatian: Bukan semua tambahan kredit cukai S.110 bermakna adanya

tambahan kredit S.110 untuk tujuan S.108].

Contoh 8: Lanjutan contoh 7

Cukai dikenakan

RM50,000

campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

56,000

tolak: S.110 70,000

Bayaran balik tambahan 14,000

Dalam contoh ini, apabila syarikat memaklumkan tambahan dividen

pada 15.3.2005, syarikat juga menuntut dan dibenarkan perbelanjaanperbelanjaan

yang telah dilakukan untuk menghasilkan dividen tersebut

menyebabkan tiada cukai tambahan dikenakan.

Oleh itu, walaupun ada tambahan kredit S.110 yang dituntut bagi suatu

T/T, kredit S.110 untuk tujuan S.108 tidak bertambah kerana amaun

kredit S.110 yang diambilkira adalah terhad kepada amaun cukai dikenakan

bagi T/T berkenaan.

Contoh 9: Lanjutan contoh 7

Pindaan cukai dibuat pada 15.3.2005.

Cukai dikenakan

RM54,000

campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

60,000

tolak: S.110 70,000

Bayaran balik tambahan (10,000)

Dalam kes ini, tambahan kredit S.110 ialah (RM54,000–RM50,000) =

RM4,000 (iaitu cukai dikenakan bertambah sebanyak RM4,000).

2E Jumlah Ini adalah jumlah bagi baki kredit bawa hadapan, kredit bagi tempoh

asas serta tambahan kredit cukai S. 110. Campurkan amaun dalam

ruangan 1, 2A(I) hingga 2A(III), 2C dan 2D.

6


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

2F Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang dibayar balik kepada syarikat dalam

balik

tempoh asas berkenaan kerana

(i) ansuran S.107C yang telah dibayar melebihi cukai kena bayar

sebenar syarikat: dan/atau

(ii) cukai dikenakan dikurangkan (taksiran kurangan dikeluarkan) yang

mana cukai asal telah dibayar oleh syarikat.

(Ini tidak termasuk pembayaran balik bagi kredit S.110 yang melebihi

cukai dikenakan bagi suatu T/T).

2F(I) Cukai dibayar Ini adalah amaun bayaran balik kerana jumlah ansuran di bawah 107C

balik bagi tahun melebihi cukai sebenar bagi suatu T/T.

taksiran sebelum

Contoh 10:

Syarikat Bumi Sdn Bhd menutup akaun pada 30 Jun. Bagi T/T 2003,

syarikat telah membayar ansuran sebanyak RM10,000 sebulan. Pada

30.12.2003, syarikat mengemukakan Borang C ke LHDN dan cukai

kena bayar yang sebenar adalah RM100,000.

Amaun yang terlebih bayar (ruangan B4, Borang C bagi T/T 2003) iaitu

RM20,000 dianggap dibayar balik pada 30.12.2003 (tarikh borang C

T/T 2003 dikemukakan) dan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2002–

30.6.2003.

2F(II) Cukai terlebih Ini adalah amaun cukai yang dikurangkan apabila notis taksiran kurangan

bayar disebabkan dikeluarkan dan diambilkira dalam tempoh asas notis tersebut dikeluarkan.

taksiran pindaan Amaun cukai kurangan ini boleh diperolehi daripada notis kurangan

bagi T/T berkenaan.

Contoh 11:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Cukai asal T/T 2003 yang disifatkan ditaksir pada 30.8.2004 sebanyak

RM300,000 telah dijelaskan mengikut S.107C dan S.103A(2).

Cukai kurangan T/T 2003 dikeluarkan pada 6.6.2005 dengan cukai

yang dikurangkan sebanyak RM23,000.

Amaun di ruangan ini adalah amaun cukai yang dikurangkan iaitu

RM23,000 diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2005 iaitu apabila

notis taksiran kurangan dikeluarkan.

Jika cukai asal tidak dijelaskan semuanya, amaun yang dikurangkan

akan dipinda dengan mengambilkira amaun yang belum dijelaskan.

Contoh 12: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2003 ialah RM300,000 tetapi hanya RM280,000 dijelaskan

Pindaan dibuat pada 6.6.2005 dengan cukai dikenakan sebanyak

RM270,000 sahaja. Cukai yang dikurangkan adalah RM30,000 tetapi

syarikat akan dibayar balik RM10,000 sahaja iaitu RM280,000–

RM270,000

Dalam kes ini amaun yang diambilkira di ruangan ini, bagi T/T 2005

adalah RM10,000.

Contoh 13: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2003 ialah RM300,000 tetapi hanya RM250,000 dijelaskan.

7


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

Pindaan dibuat pada 6.6.2005 dengan cukai dikenakan RM270,000.

Cukai dikurangkan adalah RM30,000 tetapi syarikat tidak akan dapat

sebarang bayaran balik malah syarikat dikehendaki membayar baki

cukai yang belum dijelaskan RM20,000.

Dalam kes ini, amaun yang diambilkira di ruangan ini bagi T/T 2005

adalah “0”.

2F(III) Kurangan kredit Ini berlaku jika syarikat mendapati bahawa pendapatan dividen seperti

cukai seksyen 110 dilaporkan di Borang C bagi suatu T/T adalah melebihi jumlah dividen

sebenar, yang mana amaun kredit S.110 sebenarnya adalah kurang

daripada amaun yang telah dituntut.

Perbezaan antara kredit S. 110 yang dituntut di Borang C bagi T/T

tersebut dengan kredit S. 110 yang dipinda adalah amaun kredit yang

dikurangkan dan diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T apabila pindaan

tersebut dibuat.

Contoh 14: Lanjutan contoh 1

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Pada 15.3.2005, pindaan cukai dibuat sebab syarikat terlebih menuntut

S.110 sebanyak RM5,000

Cukai dikenakan

RM45,000

campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

51,000

tolak: S.110 51,000

Cukai dikenakan

tiada

Kurangan kredit dalam akaun S.108 ialah RM5,000 [cukai asal RM50,000

tolak cukai dipinda RM45,000], sama dengan kurangan kredit S.110,

diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2005.

2G Agregat Ini adalah kredit akaun S.108 yang ada yang membolehkan syarikat

perbandingan membayar, mengkredit atau mengagih dividen dalam suatu tempoh

asas.

Amaun ini adalah amaun di ruangan 2E tolak jumlah ruangan [2F(I)

hingga 2F(III)].

3 Jumlah Ini adalah:

perbandingan – Cukai ditolak daripada dividen yang dibayar, dikredit atau diagih

dalam tempoh asas (selepas 31.12.2000) dengan syarat kesemua

kredit S.108 pada 31.12.2000 (lihat Bahagian II) telah habis digunakan;

ATAU

Amaun yang dipindahkah dari ruangan 13 Bahagian II (jika ada). Ini

berlaku jika cukai yang dipotong atas dividen yang dibayar, dikredit

atau diagih dalam tempoh asas bagi T/T berkenaan tidak dapat

diserap oleh baki kredit disemak semula pada 31.12.2000.

Contoh 15:

Syarikat Murni S/B menutup akaun pada 30 Jun setiap tahun. Tempoh

asas bagi T/T 2003 adalah 1.7.2002–30.6.2003.

Amaun jumlah perbandingan bagi T/T 2003 bagi syarikat adalah atas

dividen yang dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh 1.7.2002 hingga

30.6.2003.

8


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

4 Amaun dipindah Ini adalah amaun yang dipindahkan dari ruangan 10 Bahagian II.

dari ruangan 10 Amaun yang dipindahkan adalah terhad kepada lebihan antara agregat

Bahagian II (jika perbandingan dengan jumlah perbandingan.

ada)

Lihat ruangan 10, Bahagian II untuk keterangan lanjut.

Contoh:

Agregat perbandingan ruangan 2G = 100,000

Jumlah perbandingan ruangan 3 = 80,000

Lebihan antara 2G dengan 3 = 20,000

Amaun di Bhg II ruangan 10

adalah 25,000.

Amaun dipindahkan adalah terhad kepada = 20,000

Baki kredit hantar hadapan = 0

Baki sebanyak RM5,000 yang tidak dipindahkan akan dituntut mengikut

Seksyen 25, Peruntukan Peralihan dan Kecualian Akta Cukai Pendapatan

(Pindaan) 1967 [Akta A1093]

5 Baki kredit hantar Jika agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan

hadapan – iaitu amaun di ruangan 2G tolak amaun ruangan 3.

Atau

Jika terdapat pindahan dari Bhg. II, ruangan 10.

– lebihan antara ruangan 2G dengan ruangan 3 tolak ruangan 4.

6 Hutang kepada Amaun ini adalah jumlah perbandingan di ruangan 3 melebihi agregat

Kerajaan perbandingan di ruangan 2G.

Syarikat perlu membayar amaun ini selewat-lewatnya 6 bulan selepas

tarikh tutup akaun.

BAHAGIAN II: Penyata Di Bawah Seksyen 108 ACP 1967

Bagi Tahun Taksiran 2000 (Berasaskan Tahun Semasa) Dan Tahun

Taksiran Sebelumnya

Peruntukan Kecualian Dan Peralihan

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah baki kredit S. 108 yang dibawa daripada tahun sebelum.

hadapan

Bagi T/T 2003, amaun ini adalah seperti yang ditunjukkan di ruangan

14 Bahagian II Borang R T/T 2002.

2 Pelarasan baki Ini terpakai bagi syarikat yang menunjukkan baki kredit bawa hadapan

kredit seperti di ruangan I Bahagian II di Borang R bagi T/T 2001 berdasarkan

pengesahan pengiraan syarikat tanpa mendapat pengesahan oleh Ketua Pengarah.

Ketua Pengarah Amaun ini adalah perbezaan antara amaun baki kredit bawa hadapan

yang disahkan oleh Ketua Pengarah dengan baki kredit yang telah

ditunjukkan oleh syarikat bagi T/T 2001 berkenaan (jika ada).

3 Baki kredit yang Ini adalah jumlah amaun ruangan 1 dan ruangan 2.

dilaraskan

[Ruangan 1

ditambah atau

ditolak Ruangan 2]

9


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

4 Pelarasan cukai Ruangan ini terpakai kepada syarikat yang telah mengambilkira cukai

dikenakan bagi kena bayar mengikut pengiraan sendiri bagi sesuatu T/T sebagai kredit

taksiran asal bagi cukai disemak semula pada 31-12-2000 (telah diambilkira di ruangan

T/T 2000

2, Bahagian II Borang R bagi T/T 2001). Amaun ini adalah perbezaan

(berasaskan tahun cukai dikenakan (jika ada) berbangkit daripada amaun cukai dikenakan

semasa) dan T/T mengikut pengiraan syarikat dengan amaun cukai dikenakan mengikut

sebelumnya. pengiraan Ketua Pengarah [diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T

apabila taksiran berkenaan dibangkitkan].

Jika amaun cukai dikenakan mengikut pengiraan Ketua Pengarah adalah

kurang daripada amaun cukai mengikut pengiraan syarikat, maka

perbezaan amaun cukai dikenakan ini hendaklah ditunjukkan dengan

tanda “-”.

Contoh: 16

Tempoh asas Syarikat adalah berakhir pada 31 Disember.

Cukai dikenakan bagi T/T 2000 mengikut pengiraan syarikat yang telah

diambilkira di ruangan 2, Bahagian II borang R bagi T/T 2001 adalah

RM160,000.

Taksiran hanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah pada 21.3.2003

menunjukkan cukai dikenakan sebanyak RM155,000.

Pelarasan yang perlu dibuat adalah:

RM[155,000] – RM160,000 = RM[-5,000]

Tunjukkan –5,000 di ruangan ini.

5 Taksiran asal/ Ruangan ini bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan bagi taksiran

tambahan bagi asal dan taksiran tambahan bagi T/T sebelum T/T 2001, yang dibangkitkan

tahun taksiran dalam tempoh asas bagi T/T semasa, diambilkira dalam tempoh asas

tahun semasa notis taksiran bagi T/T berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

dan T/T

sebelumnya Cukai dikenakan bagi taksiran asal yang diambilkira di ruangan ini

adalah jika Borang C bagi T/T berkenaan gagal dikemukakan pada

31.8.2001.

Contoh 17:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Borang C T/T 2000 berasaskan tahun semasa dikemukakan kepada

Ketua Pengarah pada 15.2.2003.

Taksiran bagi T/T 2000 ini dibangkitkan pada 30.4.2003, maka amaun

ini akan ditunjukkan di ruangan 5 dalam tempoh asas bagi T/T 2003.

Contoh 18:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Taksiran tambahan bagi T/T 1999 dibangkitkan pada 10.10.2003.

Cukai asal dikenakan

RM30,000

Cukai dipinda (taksiran tambahan) 50,000

Cukai tambahan/kredit tambahan 20,000

10


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

Kredit tambahan 20,000 diambilkira di ruangan ini dalam tempoh asas

bagi T/T 2003. Pengiraan taksiran tambahan juga adalah selepas ditolak

kredit S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Bagi kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada penyiasatan,

amaun yang diambilkira dan ditunjukkan di ruangan ini adalah:

Tambahan kredit -

keseluruhan cukai dikenakan

Tahun taksiran - T/T terakhir kes kebelakangan tersebut.

Contoh 19:

Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.

Satu taksiran komposit dikeluarkan untuk T/T 1993 sehingga T/T 2000

pada 22.11.2003 berjumlah RM550,000 yang terdiri daripada cukai

dikenakan RM400,000 dan penalti sebanyak RM150,000.

Untuk Borang R bagi T/T 2003, amaun yang ditunjukkan di ruangan

ini adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tambahan Kredit

2000 400,000

6 Jumlah tambahan Jumlahkan amaun di ruangan 5(I) hingga 5(VI).

kredit

7 Baki Jumlahkan amaun-amaun di ruangan 3, 4 dan 6.

8 Taksiran kurangan Ruangan ini adalah bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan yang

dikurangkan bagi T/T 2000 (berasaskan tahun semasa) dan T/T

sebelumnya yang dibangkitkan dalam tempoh asas bagi T/T semasa.

Kurangan kredit ini diambilkira dalam tempoh asas bagi satu T/T

di mana notis taksiran kurangan tersebut dikeluarkan.

Amaun ini tidak termasuk penalti di bawah S.112(3)/ S.113(2) yang

dikurangkan, jika ada.

Contoh 20:

Syarikat menutup akaun pada 30 Jun.

Cukai asal untuk T/T 2000 tahun semasa ialah RM25,000.

Cukai pindaan dikeluarkan pada 10.8.2003 ialah RM20,000.

Jumlah kurangan kredit ialah RM5,000, diambilkira dalam tempoh asas

bagi T/T apabila notis taksiran kurangan dikeluarkan iaitu T/T 2004.

(tempoh asas 1.7.2003–30.6.2004).

9 Jumlah kurangan Jumlahkan amaun di ruangan-ruangan 8(I) hingga 8(VI).

kredit

11


Nota Penerangan Borang R

Sistem Taksir Sendiri

Ruangan Perkara Keterangan

10 Hutang kepada Ini berlaku apabila jumlah kurangan kredit melebihi baki disemak semula

Kerajaan iaitu amaun di ruangan 9 melebihi amaun di ruangan 7.

Sebagai satu konsesi, pindahkan amaun lebihan ini ke ruangan 4

Bahagian I jika baki di ruangan 2G Bahagian I adalah baki kredit. Ini

membolehkan hutang kepada Kerajaan ini diserapkan oleh kredit S.108

tersebut, jika ada.

Contoh 21:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Baki di ruangan 7 adalah RM45,000.

Taksiran kurangan bagi tahun taksiran 1999 dikeluarkan pada

30.10.2003 dengan cukai kurangan sebanyak RM48,000 (Ruangan 9).

Oleh kerana amaun cukai dikurangkan (jumlah kurangan kredit) melebihi

baki sebanyak (48,000 – 45,000) = 3,000 maka catat 3,000 di ruangan

ini.

Jika syarikat tidak mempunyai baki kredit di ruangan 2G, Bahagian I,

hutang kepada Kerajaan ini perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari

tarikh notis permintaan S.108 diserahkan kepada syarikat.

11 Baki disemak Ini berlaku apabila baki di ruangan 7 melebihi jumlah kurangan kredit

semula di ruangan 9.

12 Jumlah Ini adalah jumlah cukai dipotong atas dividen yang dibayar, dikredit

perbandingan atau diagih oleh syarikat dalam tempoh asas selepas 31.12.2000 (bagi

T/T 2001 dan T/T berikutnya), dan dihadkan kepada baki S. 108 yang

disemak semula di ruangan 11.

13 Amaun dipindah Jika jumlah perbandingan di ruangan 12 melebihi baki disemak semula

ke Ruangan 3 di ruangan 11, perbezaannya ditunjukkan di sini dan ditunjukkan

Bahagian I juga di ruangan 3 Bahagian I.

14 Baki kredit hantar Jika baki disemak semula di ruangan 11 melebihi jumlah perbandingan

hadapan

di ruangan 12, perbezaannya ditunjukkan di sini dan akan ditunjukkan

sebagai baki bawa hadapan untuk T/T berikutnya.

BAHAGIAN III: Penyata Dividen Dibayar, Dikredit Atau Diagihkan Dalam Tempoh

Asas.

Bahagian ini menyenaraikan pembayaran-pembayaran dividen yang dibuat oleh syarikat dalam suatu tempoh

asas bagi suatu tahun taksiran. Jumlah cukai telah dipotong atau dianggap telah dipotong di ruangan (c)

Bahagian ini mestilah sama dengan amaun di ruangan 12, Bahagian II.

PENGAKUAN

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh penjawat jawatan dalam syarikat yang dinamakan dalam seksyen 75

ACP 1967. Penyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan

kepada syarikat. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula penyata

tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

JD106264—PNMB., K.L.

12

More magazines by this user
Similar magazines