12.02.2015 Views

bukan islam sebagai saksi di mahkamah syariah ... - NikNasri.com

bukan islam sebagai saksi di mahkamah syariah ... - NikNasri.com

bukan islam sebagai saksi di mahkamah syariah ... - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tarikh : 23 – 24 Disember 2009 / 6-7 Muharram 1431

Tempat : Dewan Annex, SUK

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM

DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH:

BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

OLEH:

Dr. Zulfakar Ramlee Saad

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor

Dengan Kerjasama

Jabatan Agama Islam Selangor dan

Majlis Agama Islam Selangor

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM

SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM

SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH

MALAYSIA.

PENGENALAN

Oleh

Zulfakar Ramlee Saad

Telah menjadi satu kemestian ke atas orang yang membuat tuntutan atau pendakwaan

untuk mengemukakan atau membawa keterangan atau bukti dalam menyokong

tuntutan atau dakwaan tersebut. Kegagalan mengemukankan bukti dalam banyak kes

menyebabkan tuntutan akan ditolak. Justeru itu, ia perlu membawa keterangan atau

bukti.

Seksyen 100 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WP) 1998 [Akta 585]

memperuntukkan:

“ Tertakluk kepada Akta ini dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997,

apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding

melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan

memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah

terbuka”

Begitu juga dalam perbicaraan kes-kes jenayah dimana hanya sekadar dakwaan sematamata

tidak akan diterima. Pihak pendakwa mesti membawa bukti-bukti dalam

menyokong dakwaan tersebut.

Seksyen 226 Akta Prosedur Jenayah Syariah (WP) 1997 [Akta 560] menyatakan:

“ Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, Mahkamah hendaklah

mematuhi segala peruntukan Hukum Syarak berhubung dengan bilangan,

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, anjuran

Persatuan Ulama‟ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis

Agama Islam Selangor (MAIS), 23-24 Disember 2009, bertempat di Dewan Annex, Bangunan Dewan

Undangan Negeri Selangor, Shah Alam., Selangor Darul Ehsan.

Penolong Profesor di Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM.

1

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk

membuktikan apa-apa fakta.”

Oleh kerana keterangan itu satu kemestian, ada baiknya perbincangan ini menjurus

kepada satu akta yang memperuntukkan jenis-jenis dan kaedah memberi keterangan

iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997 [Akta 561].

Seksyen 2 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997 memperuntukkan:

“ Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di

hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.”

TAKRIFAN KETERANGAN

Seksyen 3 [Akta 561] dalam mendefinisikan makna „keterangan‟ menyatakan bahawa

„keterangan‟ termasuklah:

“ (a) bayyinah dan syahadah;

(b) segala penyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat

dihadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat:

penyataan sedemikian disebut keterangan lisan;

(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokumen

sedemikian disebut keterangan dokumentar; “

Adapun makna „ bayyinah‟ pula ialah „ keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau

kepentingan dan termasuklah qarinah.‟

Manakala al-Shahadah pula ialah “apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah

dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan suatu hak atau

kepentingan”.

Dengan bahasa yang mudah, al-Shahadah merupakan sejenis keterangan lisan yang

didahului dengan lafaz “asyhadu” yang dibuat dalam Mahkamah oleh saksi-saksi

yang memenuhi syarat sabagai seorang saksi yang layak untuk memberi kesaksian

seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 83(1). Antara syarat-syarat yang

diperlukan ialah seorang yang beragama Islam, berakal, baligh (cukup umur), adil,

mempunyai ingatan yang baik dan tiada tomahan terhadap dirinya.

Jelaslah di sini bahawa saksi yang bukan Islam tidak kompeten untuk memberi alshahadah.

Kedudukan mereka sama seperti seorang Islam yang tidak mempunyai

sifat adil. Begitu juga seorang Islam yang adil tetap tidak kompeten untuk memberi

al-shahadah sekiranya terdapat tomahan atau berprasangka samada terhadap

2

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

dirinya kerana ada kepentingan dalam kes tersebut atau disebabkan faktor

hubungan baik atau tidak baik antara saksi dengan pihak yang terlibat.

Persoalannya, apakah kedudukan atau status saksi bukan Islam dalam konteks

Malaysia

Peranan orang bukan Islam dalam konteks Malaysia yang terdiri dari masyarakat

majmuk tidak dapat dinafikan pentingnya terutama dalam system kehakiman

Syariah. Saksi bukan Islam bukan saja relevan tetapi dalam keadaan tertentu amat

diperlukan kerana dapat membantu mahkamah dalam menyelesaikan banyak kes.

Kertas kerja ini sengaja tidak membincangkan polimik perbahasan ulama silam

dalam membincangkan kedudukan orang bukan Islam sebagai saksi tetapi terus

menjurus kepada pandangan ulama yang menerima keterangan saksi orang bukan

Islam sebagai al-bayyinah. Walaupun keterangan mereka tidak diterima sebagai alshahadah

(oral testimony) tetapi mahkamah Syariah masih boleh menerima

keterangan mereka dalam konteks al-Bayyinah (oral evidence).

Secara mudahnya, al-Bayyinah adalah keterangan lisan yang dibuat oleh saksi-saksi

yang tidak memenuhi syarat sabagai seorang saksi untuk memberi kesaksian seperti

yang diperuntukan di bawah seksyen 83(1). Saksi-saksi ini tidak memberi kesaksian

(shahadah) tetapi hanyalah bayyinah. Mereka terdiri daripada saksi yang bukan Islam

atau saksi orang Islam tetapi fasik. Menariknya, seorang Islam yang adil pun tetapi

mempunyai kepentingan dalam kes tersebut tetap memberi bayyinah bukan alshahadah..

1

Inilah yang diperuntukan di bawah Seksyen 83(2):

“ Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberi bayyinah untuk orang Islam

jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.”

Pemakaian peruntukan ini telah dilaksanakan dalam beberapa kes mahkamah

Syariah antaranya dalam kes Si Mati Nyonya binti Tahir. 2

PENGAKUAN (IQRAR)

Islam bukanlah syarat untuk sahnya sesuatu iqrar itu. Akta Keterangan Mahkamah

syariah 1997 menerima Iqrar yang dibuat oleh mereka yang bukan Islam. Di bawah

seksyen 18 tidak disyaratkan bagi orang yang membuat pengakuan (Iqrar) supaya

beragama Islam.

1 Lihat seksyen 83 (2)(3) (4) (5)(6)(7), 84, 85(3)(4) AKS.

2 Mahkamah Tinggi Syariah Seremban [2006] JH 221.

3

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

Walaubagaimanapun, pengakuan salah oleh orang yang bukan Islam mengenai

kesalahan yang dilakukannya di bawah kesalahan jenayah syariah seperti menghina

agama Islam (seksyen 7), menghina pihak berkuasa agama (seksyen 9), berjudi (seksyen

18), berzina (seksyen 23) dan melakukan khalwat (seksyen 27) tidak mempunyai kesan

perundangan ke atas dirinya walaupun ia melakukannya bersama orang Islam. Sebagai

contoh, seorang lelaki yang bukan Islam berzina dengan seorang perempuan Islam.

Pengakuan salah yang dibuat oleh lelaki tadi tidak memberi kesan perundangan ke

atasnya kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa jenayah ke atas

orang bukan Islam. 3

Adapun dalam kes-kes mal (sivil) seperti hibah (gift), wasiat, penjagaan anak dan

seumpamanya, Iqrar orang bukan Islam adalah diterima dan mempunyai kuasa

perundangan iaitu pengakuan itu akan mengikat dirinya. Masalahnya jika dia enggan

hadir di Mahkamah Syariah, bolehkah dia dipaksa Seterusnya bolehkah Mahkamah

Syariah membuat perintah ke atas orang bukan Islam

SUMPAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM

Peruntukan di bawah Akta Keterangan 1997 mengenai kedudukan sumpah yang

diambil oleh orang bukan Islam di Mahkamah Syariah agak kurang jelas. Ini

disebabkan terdapat banyak perkara mengenai sumpah tidak diperuntukkan di dalam

Akta ini. Peruntukan yang boleh dirujuk ialah seksyen 87(1) iaitu:

“ Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan, dan

jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki

mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.”

Perkataan “mengikut Hukum Syarak” membawa maksud “ pandangan Mazhab Shafie,

Maliki, Hanafi dan Hambali. 4 Seperti yang saya tegaskan di atas, kertas kerja ini tidak

membincangkan polimik perbahasan ulama silam dalam hal ini tetapi cukup sekadar

menyatakan terdapat pandangan ulama (Mazhab) yang membenarkan orang bukan

Islam untuk mengambil sumpah, maka orang bukan Islam boleh mengambil sumpah di

Mahkamah Syariah di Malaysia.

PANDANGAN PAKAR (EXPERT OPINION)

Adakalanya di dalam sesuatu perbicaraan, timbul sesuatu fakta yang rumit yang

melibatkan persoalan sainstifik. Misalnya isu kesahihan cap jari atau ketulenan

dokumen. Oleh kerana fakta ini ada kerelevanannya dengan fakta persoalan (fact in

issue) maka Mahkamah perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.

Seksyen 33 Akta Keterangan 1997 [Akta 561]memperuntukan:

3 Seksyen 1(2)(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997.

4 Seksyen 3 Akta Keterangan 1997.

4

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara

mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang

identity atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubung dengan

penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai

kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau

dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubung

dengan penentuan nasab ialah qarinah.

(2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar.

KELAYAKAN SEBAGAI SEORANG PAKAR

Akta ini tidak menentukan kepakaran seseorang itu berdasarkan agama atau tahap

keadilannya (credibleness). Apa yang penting ialah orang tersebut mestilah

“mempunyai kemahiran khusus” dalam perkara-perkara tersebut.

Dengan ini seorang doktor Islam tetapi fasik boleh memberi pendapatnya. Begitu juga

seorang doktor yang bukan Islam boleh memberi pendapatnya di dalam Mahkamah

Syariah. Walaupun pendapat mereka ini dianggap sebagai qarinah tetapi ia masih dikira

sebahagian dari al-bayyinah. 5

Ini juga ditegaskan di bawah seksyen 83(2):

“ Huraian- Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima,

jika dikehendaki.”

KETERANGAN DOKUMENTAR

Terdapat banyah cara atau kaedah yang dibenarkan oleh Akta Keterangan dalam

membuktikan sesuatu dokumen. Mengenai kedudukan bukan Islam dalam

membuktikan sesuatu dokumen, bolehlah diringkaskan bahawa mereka boleh membuat

pengakuan (Iqrar), atau memberi keterangan lisan (al-bayyinah), memberi pandangan

sebagai seorang pakar, atau bersumpah dalam mensabitkan sesuatu dokumen.

KEBOLEHPAKSAAN SAKSI BUKAN ISLAM (Can non-Muslim witness be

compelled)

Isu yang menarik selepas mengetahui kedudukan bukan Islam sebagai saksi ialah

samada mereka iaitu saksi bukan Islam boleh atau tidak dipaksa untuk memberi

keterangan mereka di Mahkamah Syariah

5 Seksyen 3 [Akta 561] “bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan

termasuklah qarinah.

5

Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

Secara logiknya, mereka yang diterima keterangannya boleh dipaksa hadir untuk

memberi keterangan. Seksyen 219 Akta Prosedur Jenayah Syariah (WP) 1997 [Akta 560]

memperuntukkan:

“ Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-,ana peringkat apa-apa perbicaraan atau

prosiding lain di bawah Akta ini, memanggil mana-mana orang sebagai saksi, …, dan

Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan

memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi

keputusan yang adil dalam kes itu.”

Kegagalan untuk hadir tanpa sebab yang munasabah merupakan satu kesalahan di

bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 [Akta 559] dengan denda tidak

melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua tahun. Masalahnya,

prosiding ini tidak dapat dilaksanakan ke atas orang bukan Islam kerana Akta ini

hanya terpakai untuk orang Islam sahaja (seksyen 2).

Adalah disarankan atas nama keadilan asasi (natural justice) saksi bukan Islam perlu

dan patut tampil kehadapan bilamana Mahkamah Syariah memerintahkan agar mereka

hadir untuk memberi keterangan.

KESIMPULAN

Dalam mencapai keadilan, Mahkamah perlu kepada keterangan. Oleh yang demikian

para saksi perlu tampil kehadapan dengan rasa penuh tanggungjawab mengemukakan

keterangan mereka. Saksi bukan Islam tidak terkecuali dalam hal ini. Oleh kerana

keterangan mereka menjadi relevan dan boleh diterima, mereka perlu hadir ke

Mahkamah secara sukarela sebagai satu tanggungjawab sosial. Sekiranya kehadiran

mereka sebagai saksi difikirkan perlu maka disarankan agar ianya perlu dibuat melalui

pengubalan undang-undang.

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!