Pilih untuk SelaMat - Women's Aid Organisation

wao.org.my

Pilih untuk SelaMat - Women's Aid Organisation

Pertubuhan Pertolongan Wanita

Edisi Pertama 2008

ISBN: 978-983-40325-4-8

Diterbitkan oleh:

Pertubuhan Pertolongan Wanita

P. O Box 493, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603 79575636

Faks: 603 79563237

Talian Kaunseling: 603 79563488

E-mel: wao@po.jaring.my

Laman Web: www.wao.org.my

Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada Kedutaan Finland, Kuala Lumpur yang

bermurah hati membiayai projek ini dan kami terutamanya terhutang budi kepada En. Jaakko

Lehtovirta atas sokongan beliau.

WAO juga ingin memberi penghargaan kepada individu dan organisasi berikut:

• Sister Radhi Devi, Klinik LPPKN Shah Alam

• Jururawat Senelia, Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Kuala Lumpur

• Dr. Razila Farra bt. Razali

• Dr. Roshan

• Dr. S. P. Choong, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia

• Cik Chin Oy Sim, Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia

• Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW)

• Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga, Malaysia (FFPAM)

(Federation of Family Planning Associations, Malaysia)

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Love Box dan SSL Healthcare Malaysia

Sdn Bhd bagi sumbangan bekalan kondom.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan penghargaan istimewa kepada para wanita di WAO yang

sudi berkongsi pengalaman peribadi mereka semasa perbincangan kumpulan fokus.

Diselidik dan ditulis oleh Rozana Isa

Grafik oleh Farida Cheryl Faizal

Reka bentuk oleh Michael Voon

Diselaras, dikonsepsi dan disunting oleh Ivy Josiah

Sumbangan utama daripada Shoba Aiyar, Jessie Ang, Nazlina Abdul Ghani, Wong Su Zane,

Siti Salina Shamsudin, Normah Mohd. Nor dan Jac sm Kee

Pembaca: Vizla Kumaresan dan Meera Samanther


KANDUNGAN

Pengantara 1

Badan Anda, Milik Anda 2

Sayangi Badan Anda 3

Nikmati Badan Anda 4

Kenali Badan Anda 5

Mengetahui organ seks dan organ pembiakan anda 5

Apakah yang berlaku ketika anda melakukan hubungan seks 6

Soalan-Soalan Sebelum Anda Membuat Pilihan 7

Adakah saya inginkan anak 7

Adakah saya ingin menjadi seorang ibu 7

Saya inginkan anak tetapi berapa ramai dan apa jarak umur

antara mereka 7

Bagaimanakah saya tahu kaedah perancangan keluarga yang

sesuai untuk saya 8

Siapakah yang boleh memberikan maklumat lanjut kepada saya 8

AWAS! 9

Jangkitan Penyakit Kelamin dan HIV/AIDS 9

Kaedah Perancangan Keluarga 11

Pil 11

Suntikan 12

Implan 13

Alat Dalam Rahim (IUD) 14

Kondom 15

Kondom Perempuan 16

Diafragma atau Penutup Serviks, dengan Spermisid 17

Kaedah Semulajadi 18

Kaedah Ritma (Kalendar) 18

Kaedah Lelehan Faraj 20

Suhu Badan Basal (BBT) 21

Kaedah Pembedahan 22

Vasektomi (Pemandulan Lelaki) 22

Pengikatan tiub bilateral (Pemandulan Wanita) 23

Kontraseptif Kecemasan (Kaedah selepas persetubuhan) 24

Pengguguran Anak 25

Menahan Diri (“Abstinence”) 26

Untuk Maklumat Lanjut 27

Rujukan 35


Pengantara

Pilih untuk Selamat ditulis bertujuan memberi maklumat berdasarkan kenyataan tentang pemilihan

perancangan keluarga dalam konteks realiti kaum wanita, terutamanya realiti seperti keganasan rumah tangga.

Wanita-wanita yang meminta perlindungan daripada WAO masing-masing mempunyai tahap kesedaran dan

pengetahuan yang berbeza tentang perancangan keluarga. Walaupun dengan pengetahuan dan maklumat

sebegitu, pemilihan kaedah perancangan keluarga amat sukar dibuat jika seseorang wanita itu berada dalam

situasi keganasan rumah tangga.

Keganasan rumah tangga berlaku disebabkan dinamik kuasa dalam sesuatu perhubungan antara dua insan di

mana seorang dianggap lebih berkuasa daripada yang seorang lagi. Ini bukannya perhubungan yang sama rata.

Kebanyakan wanita yang berada dalam situasi keganasan rumah tangga hampir tidak ada hak bersuara (atau

kuasa berunding) dalam perhubungan seksual, dan ramai yang dipaksa melakukan perhubungan seksual setelah

didera suami atau pasangan mereka. Dalam kejadian begini, besar kemungkinan seks berlaku tanpa sebarang

perlindungan dan akan mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang. Malahan, terdapat juga kejadian di

mana isteri atau teman wanita kemudiannya dijangkiti penyakit kelamin ataupun HIV/AIDS akibat paksaan seks

tanpa perlindungan.

Selain daripada senario keganasan rumah tangga, di peringkat kebangsaan, sebahagian besar kaum wanita di

Malaysia secara amnya tidak tahu tentang hak seksual dan reproduktif mereka. Pada tahun 1994, 54% wanita

sudah berkahwin mengguna kontraseptif . Pada tahun 2004, angka ini menurun kepada 51% di mana hanya 33%

mengguna kaedah moden seperti pil, “IUD” dan kondom. Jika dibandingkan, Thailand, Vietnam and China, kadar

penggunaan kontraseptif di kalangan wanita sudah berkahwin adalah di antara 70% - 80%. 1

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan WAO kepada wanita, pekerja sosial meneruskan usaha mereka

untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mereka tentang hak-hak wanita, termasuk hak untuk

bebas daripada keganasan dan hak dalam sesuatu perkahwinan. Isu tentang perancangan keluarga amat penting

dalam perbincangan ini.

Kerjasama antara pekerja sosial dan pelanggan mereka inilah yang telah melahirkan konsep untuk kit “Pilih untuk

Selamat” ini.

Risalah ini bukan sekadar teks sahaja, malah turut memberi contoh visual tentang pelbagai kaedah perancangan

keluarga dan melahirkan buku yang menarik, komprehensif dan mudah digunakan sebagai rujukan bagi mereka

yang bakal menggunakannya, misalnya:

• Pekerja sosial yang bekerja dengan wanita, terutamanya mereka yang terselamat daripada keganasan rumah tangga,

• Wanita yang datang ke WAO untuk perlindungan, bekas penghuni WAO dan wanita yang datang untuk kaunseling

bersemuka,

• Organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling dan perlindungan kepada wanita.

Kami berharap risalah Pilih untuk Selamat dapat memperkukuhkan lagi prinsip bahawa setiap wanita

mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat pilihan.

Pertubuhan Pertolongan Wanita

______________________

1

Ringkasan Maklumat – “Speaking Out On Malaysian Women’s Access To Contraception And Abortion

Services”. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)

1


Badan Anda, Milik Anda

Saya rasa suami saya tidur dengan

perempuan lain. Nak saya tinggalkan

dia, tapi apakan daya bila memikirkan

anak-anak. Kami masih lagi tidur bersama

tetapi saya rasa seperti terperangkap

dan tak tahu bagaimana nak menyuruh

dia menggunakan kondom. Apa yang saya

tahu, saya tak mahu dijangkiti apa-apa

penyakit, tak mahu mengandung, lagipun

kami cuma mampu ada 2 orang anak saja.

Saya pun takut nak bercakap

dengan suami pasal kondom. Saya

baru saja melahirkan anak ketiga

dan tak mahu mengandung

terlalu awal. Awak tahu apa

saya buat, saya beli kondom

dan letakkan di tepi katil dan

cakap, “Mari saya pakaikan

untuk abang!”

Awak patut beritahu

dia yang pil perancang

cuma mencegah kehamilan.

Kondom pula dapat mencegah

kehamilan dan juga melindungi

awak daripada penyakit. Kalau

abang sayangkan saya dan

anak-anak, abang patut ambil

berat tentang kesihatan saya

juga.

Suami saya suruh saya

makan pil perancang

kalau saya tak mahu

mengandung.

Pada tahun 2007, 745

orang wanita dijangkiti

HIV, 193 orang wanita

disahkan mengidap

AIDS manakala 131

orang wanita lagi mati

disebabkan AIDS.

Kebanyakan wanita

ini dijangkiti penyakit

ini daripada suami

mereka. Cara yang

senang dan murah

untuk melindungi

diri adalah melalui

penggunaan kondom.

Anda mempunyai hak

untuk melindungi dan

menjaga kesihatan

serta kesejahteraan diri

anda.

2


Sayangi Badan Anda

Saya benci buah dada saya yang leper

dan pinggul yang sangat besar ni. Suami

dan anak-anak selalu mengejek saya

gemuk. Tau apa kata mereka

“Jangan banyak melompat, nanti

gempa bumi pulak!”.

Awak sihat, ada

badan yang menarik,

boleh melahirkan anak,

awak juga bijak dan

kawan yang baik.

Eh, tak ke badan suami

awak pun besar juga

Perut buncit dan kepala

pun dah mula botak, kan

Tapi awak masih juga

sayangkan dia dan boleh

terima dia seadanya.

Betul tu, saya patut

dilayan dengan baik; saya

akan sayangkan badan ini,

luar dan dalam walaupun

orang lain tidak.

Kita perlu

menghormati dan

menyayangi diri kita

dulu, barulah orang

lain akan turut sama

menghormati dan

menyayangi kita,

tanpa memandang

rupa. Tidak salah jika

anda inginkan badan

yang lebih sihat,

langsing dan kuat.

Lakukannya kerana

anda menyayangi

dan bukannya

membenci badan

anda.

3


Nikmati Badan Anda

Terukkah saya jika saya berkata

yang saya suka seks, seronok

disentuh, dibelai

Sudah tentu tidak. Kita wanita

bukan saja buat anak; kita pun ada

nafsu dan ada hak untuk menikmati

seks.

Tak ada apa yang

nak dimalukan, kita

suka lakukan apa

yang terasa seronok,

itu biasalah. Badan

kita, kita yang punya

dan bukannya orang

lain.

Saya segan dan

malu nak cakap

pasal puaskan diri

sendiri, sebab dah

biasa anggap lelaki

saja yang ada

nafsu.

Setiap wanita berhak

menikmati seks yang

selamat dan memuaskan

dan keputusan sebegini

dibuat mengikut

kepercayaan peribadi

masing-masing. Jika

kita tidak mengenali diri

sendiri dengan lebih

mendalam dengan

melakukan onani, kita

tidak akan tahu apa yang

dapat menyeronokkan dan

memberi kepuasan dan

ini pula akan membuat

kita merasa tidak puas

dan seolah-olah ada yang

kurang setiap kali selepas

melakukan hubungan

seks.

4


Kenali Badan Anda

Mengetahui organ seks dan organ pembiakan anda

Kita semua pernah menyentuh diri sendiri di “bahagian bawah” sama ada ketika

membersihkan diri atau semasa melakukan onani tetapi tahukah kita bagaimana rupa

“bahagian bawah” dan apa yang ada di situ Jangan malu-malu untuk melihat dan

meneliti, inikan badan anda. Anda hanya perlukan sebuah cermin kecil dan cahaya

terang. Anda boleh duduk, bertinggung atau membongkok dan betulkan kedudukan

cermin supaya anda dapat melihat organ seks anda dengan jelas.

Mons

Pembukaan salur kencing

Pembukaan faraj

Hud klitoris

Klitoris

Bibir luar

Bibir dalam

Perineum

Dubur

Hud klitoris

Klitoris

5


Apakah yang berlaku ketika anda melakukan hubungan seks

Beberapa bahagian badan kita adalah lebih sensitif kepada perangsangan seksual

berbanding bahagian lain. Bibir, buah dada, kulit, pangkal leher, paha sebelah dalam

merupakan bahagian badan yang sensitif kepada ciuman dan sentuhan dan membuatkan

kita merasa tenang dan seronok.

Keseronokan seksual boleh membawa kita ke tahap memuncak di mana kita mengalami

orgasma atau klimaks. Perangsangan faraj dan klitoris, sama ada dengan menggunakan

zakar (penis), jari atau lidah boleh membuatkan seseorang wanita mencapai orgasma.

Ia merupakan suatu perasaan yang menyeronokkan, seolah-olah melegakan otot-otot

yang tegang, yang datang beralun-alun atau secara tiba-tiba, bermula dari bahagian faraj

atau klitoris dan kemudiannya bergetar ke seluruh badan. Selepas orgasma, faraj kita

mungkin merasa lebih basah dan lembap daripada biasa.

Mengecap kenikmatan dan mencapai orgasma tidak ada kena-mengena dengan badan

dan rupa yang sempurna, tetapi lebih bergantung kepada perasaan dan pemikiran

kita.

Semasa seks, zakar lelaki akan dimasukkan ke dalam faraj. Apabila lelaki mencapai

orgasma, dia akan memancutkan air mani yang mengandungi berjuta-juta sperma.

Sperma dapat hidup sehingga 48 jam.

Seseorang wanita boleh hamil jika melakukan hubungan seks ketika dia sedang subur atau

bila berlaku ovulasi (apabila ovari mengeluarkan telur atau ovum). Ovulasi berlaku sebulan

sekali dan ovum dapat hidup sehingga 24 jam. Sperma bergerak ke arah rahim dan

masuk ke dalam tiub Fallopio untuk bertemu ovum lalu menembusinya. Daripada jutaan

sperma yang dilepaskan, hanya

satu yang akan berjaya. Ini dikenali

sebagai persenyawaan. Setelah

disenyawakan, telur itu akan

bergerak sepanjang tiub Fallopio

dan akan membenam ke dalam

Tiub Fallopio

lapisan (pelapik) rahim. Lapisan

ini menjadi persekitaran untuk

telur tersebut membesar. Wanita

itu kini sudah mengandung

atau hamil.

Ovum

Ovari

Jika ovum tidak disenyawakan,

lapisan rahim itu akan gugur

apabila tiba masanya dan

ketika itulah seseorang wanita

akan mengalami haid yang

juga dikenali sebagai “datang

bulan”.

Rahim

(Uterus)

Faraj

Serviks

6


Soalan-Soalan Sebelum Anda Membuat Pilihan

Adakah saya inginkan anak

Kaum wanita boleh membuat pilihan tentang rancangan kehidupan reproduktif mereka;

memikirkan sama ada atau seandainya mereka ingin mempunyai seorang atau beberapa

orang anak, bilakah masa yang paling sesuai untuk mempunyai anak, bilangan anak

yang mereka impikan.

Mempunyai anak membawa banyak perubahan dan tuntutan, bukan saja dari aspek

fizikal, tetapi juga emosi, psikologi, sosial dan kewangan. Anda harus berbincang dengan

suami mengenai bilangan anak yang anda berdua mahukan.

Adakah saya ingin menjadi seorang ibu

Ibu bapa patut berkongsi tanggungjawab dan keseronokan pengalaman membesarkan

anak-anak mereka. Kebanyakan wanita bekerja di luar rumah dan selepas sehari suntuk

penat bekerja mereka masih dikehendaki membuat kerja-kerja rumah, memasak untuk

keluarga dan melayani karenah anak-anak walaupun mereka keletihan.

Ramai wanita yang dibebani pelbagai tanggungjawab sebegini kerana kebanyakan suami

selalunya tidak mahu turut sama menolong dengan kerja-kerja rumah. Sebahagian besar

daripada mereka juga mengharapkan isteri untuk mendidik anak-anak.

Oleh sebab wanita terlalu sibuk mengurus aspek fizikal pembesaran anak, mereka tidak

mempunyai masa atau tenaga untuk menikmati aspek-aspek lain dalam membesarkan

anak-anak.

Anda sepatutnya mengharapkan bapa kepada anak-anak anda untuk menolong

membesarkan anak-anak dan juga menolong dengan kerja-kerja rumah agar anda dapat

berehat dan dapat meluangkan masa yang cukup bersama anak-anak serta keluarga.

Saya inginkan anak tetapi berapa ramai dan apa jarak umur

antara mereka

Membuat keputusan sama ada mahukan anak atau tidak belum lagi memadai, anda

juga perlu menentukan bilangan anak dan jarak umur antara mereka.

Menjadi hamil sekali lagi tidak lama selepas melahirkan anak akan menyebabkan ibu

tidak mendapat masa yang cukup untuk menambah kembali khasiat dalam badannya.

Jarak antara dua kehamilan yang dinasihatkan adalah sekurang-kurangnya 18 bulan. Jika

seseorang ibu yang masih menyusu menjadi hamil sekali lagi, dia memerlukan pemakanan

yang lebih untuk anak yang dikandung dan juga anak yang masih disusukan. Pemakanan

yang cukup akan memastikan tumbesaran dan kesihatan anak yang bakal lahir tidak

terganggu.

7


Kesihatan seseorang ibu paling diutamakan. Para ibu harus menjalani pemeriksaan

kesihatan yang tetap sebelum dan selepas kehamilan. Para bapa juga harus sentiasa

berada di samping pasangannya semasa berjumpa doktor dan melibatkan diri dalam

setiap peringkat kehamilan.

Bagaimanakah saya tahu kaedah perancangan keluarga yang

sesuai untuk saya

Beberapa soalan yang perlu diberi pertimbangan:

• Kekal atau sementara

• Adakah anda merancang untuk mempunyai anak dalam jangka masa yang pendek atau

panjang

• Dengan cara mengambil ubat makan atau dimasukkan ke dalam rahim atau badan

• Ubat diambil setiap hari Setiap kali sebelum membuat hubungan seks Dimasukkan 3 - 5

tahun sekali

• Senang atau tidak kaedah merancang keluarga itu dari segi masa, tempat dan belanja

• Adakah saya perlukan perlindungan daripada penyakit kelamin (STI) dan HIV/AIDS

Kaedah Kekal memberi anda jaminan bahawa anda tidak akan hamil selepas mengadakan

hubungan seks tetapi ini tidak akan melindungi anda daripada penyakit kelamin atau HIV/

AIDS.

Kaedah Sementara bermakna anda boleh mengeluarkan atau menghentikan kaedah

perancangan keluarga tersebut apabila anda membuat keputusan untuk hamil.

Siapakah yang boleh memberikan maklumat lanjut kepada saya

Buat temu janji untuk rundingan dengan jururawat di Persatuan Perancangan

Keluarga, Malaysia (FFPAM) atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LLPKN).

Anda boleh berunding dengan doktor atau jururawat di hospital kerajaan dan klinik

swasta.

Anda juga boleh berbincang dengan wanita yang bersedia untuk berkongsi pengalaman

mereka dengan anda tentang kaedah yang mereka gunakan.

Bincanglah dengan pasangan anda tentang pilihan yang ada dan kaedah yang paling

sesuai diamalkan oleh anda berdua.

“Hak untuk membuat pilihan reproduktif secara bebas dan bertanggungjawab

merangkumi hak untuk memutuskan sama ada untuk mempunyai anak atau tidak,

bilangan dan jarak antara anak, dan hak untuk mendapat akses penuh kepada kaedah

pengawalan kesuburan”

Program Cairo

8


Awas!

Jangkitan Penyakit Kelamin dan HIV/AIDS

Jangkitan Penyakit Kelamin (STI)

• Jangkitan Penyakit Kelamin adalah jangkitan yang dipindahkan daripada

seseorang kepada orang lain melalui aktiviti seksual.

• Ini termasuk seks faraj, seks oral dan seks dubur.

• Penyakit yang boleh dijangkiti adalah Herpes, Chlamydia, Sifilis, Gonorea, dan

banyak lagi.

• Sesetengah jangkitan dapat dirawat dengan pengambilan antibiotik untuk suatu

tempoh tertentu.

• Bagi jangkitan yang tidak dapat dirawat dengan antibiotik, terdapat ubat lain

yang boleh mengurangkan kekerapan jangkitan dan bahayanya.

• Gejala STI adalah rasa gatal di sekeliling faraj, dubur atau mulut, rasa sakit ketika

membuang air kecil, lelehan berwarna keruh atau kekuningan atau kehijauan,

lelehan berbau busuk, bintil atau kudis di sekeliling faraj, dubur atau mulut.

• Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada gejala di atas, jumpalah

doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan.

• Jika anda mempunyai jangkitan, anda dinasihatkan supaya mengelakkan diri

daripada sebarang aktiviti seksual sehingga rawatan ubat anda selesai ataupun

amalkan hubungan seks selamat dengan menggunakan kondom.

9


HIV/AIDS

HIV

• HIV adalah singkatan bagi “Human Immunodeficiency Virus”.

• HIV adalah sejenis virus yang menjangkiti manusia, sama seperti virus lain,

contohnya demam selesema, campak, SARS dan lain-lain lagi.

• Virus HIV menyerang sistem pertahanan badan, membuatkan badan kita terdedah

kepada jangkitan lain. Virus ini dapat dijangkiti melalui:

1) Melakukan hubungan seks faraj atau dubur tanpa perlindungan dengan

orang yang telah dijangkiti.

2) Apabila berlaku pertukaran darah yang dijangkiti melalui:

a) Berkongsi jarum atau picagari

b) Pemindahan darah

c) Pemindahan organ

3) Ibu menjangkiti kandungan semasa mengandung, semasa kelahiran dan

semasa menyusu.

AIDS

• AIDS adalah singkatan bagi “Acquired Immunodeficiency Syndrome”, iaitu

sekumpulan penyakit yang terjadi kepada mereka yang HIV-positif disebabkan

oleh sistem pertahanan badan yang lemah.

• AIDS disebabkan oleh virus HIV.

• Seseorang akan mendapat AIDS apabila dia tidak dapat lagi melawan jangkitan

yang biasanya dapat dilawan jika sistem pertahanan badannya kuat.

• Pada masa ini, AIDS tidak dapat disembuhkan.

• Sukar untuk mengetahui jika seseorang itu dijangkiti virus HIV. Satu-satunya cara

untuk memastikannya adalah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian HIV.

• Seorang yang telah diuji dijangkiti virus HIV (HIV-positif) tidak semestinya

menghidap AIDS.

• Dengan rawatan ubat, seorang yang HIV-positif boleh meneruskan kehidupan

sihat yang berpanjangan

• Dia masih dapat menikmati kehidupan seks seperti biasa tetapi mesti mengamalkan

cara seks yang selamat agar pasangannya tidak dijangkiti virus tersebut.

10


Kaedah Perancangan Keluarga

Apakah maksudnya

Bagaimana fungsinya

Di mana boleh didapati

Berapakah harganya

Pil

• Mengandungi hormon yang mencegah kehamilan dengan menghalang ovari

seseorang wanita daripada mengeluarkan telur.

• Diambil (ditelan) pada waktu yang sama setiap hari.

Jika anda terlupa, walau sekali pun, mengambil Pil ataupun mengambilnya

pada waktu yang berlainan setiap hari, Pil tidak akan berkesan dan anda mungkin

akan hamil.

Perhatian lebih perlu diberikan jika anda mengambil ubat-ubatan lain atau

antibiotik kerana Pil mungkin tidak berkesan sepenuhnya. Dapatkan nasihat doktor

atau amalkan kaedah perancangan yang lain seperti menggunakan kondom untuk

mendapat perlindungan yang lebih.

• Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik LLPKN, Persatuan Perancangan Keluarga,

hospital, klinik swasta, dan farmasi.

• Harga bekalan pil untuk satu bulan adalah antara RM 9 – RM 50, bergantung kepada

jenis pil yang diambil.

11


Suntikan

• Mengandungi hormon yang akan membuatkan lelehan putih (mukus serviks)

seseorang wanita bertukar menjadi lebih pekat daripada biasa. Ini menghalang

sperma daripada memasuki ke dalam rahim.

• Hormon itu juga mengelakkan persenyawaan dengan menghalang ovari daripada

mengeluarkan telur dan menyebabkan perubahan di dalam rahim dan tiub

Fallopio.

• Boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik swasta.

• Pada permulaannya, 2 suntikan diperlukan dalam masa sebulan diikuti dengan satu

suntikan setiap 3 bulan. Harga setiap suntikan adalah lebih kurang RM45 ke atas.

12


Implan

• Kapsul kecil (panjang lebih kurang 4 – 5 cm) dimasukkan di bawah kulit pada bahagian

dalam lengan atas sebelah kiri seseorang wanita.

• Kapsul ini mengeluarkan hormon ke dalam badan yang akan menghalang kehamilan,

sama seperti Pil dan suntikan.

• Boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik swasta. Harga implan adalah daripada

RM450 ke atas. Bergantung kepada bilangan implan yang dimasukkan, kaedah ini

boleh bertahan antara 3 – 5 tahun.

Mungkin terdapat kesan sampingan seperti rasa loya, sakit kepala, penahanan

air, kenaikan berat badan, payu dara berasa sakit atau haid tidak teratur. Dapatkan

nasihat doktor untuk mengetahui kaedah perancangan keluarga yang paling sesuai

untuk anda dan keadaan kesihatan anda. Jika anda mengalami rasa tidak selesa

atau sebarang perubahan yang tidak normal, jumpa doktor dengan segera.

13


Alat Dalam Rahim (IUD)

• Biasanya dibuat daripada plastik atau tembaga yang dililit sekeliling plastik. IUD

dimasukkan ke dalam rahim wanita dan menghalang percantuman sperma dan

telur.

• Terdapat pelbagai jenis IUD yang ada, oleh itu tempoh penggantian adalah berbeza

bagi setiap jenis IUD. Ada yang mesti diganti setiap tahun, manakala ada pula yang

boleh diganti selepas 4 tahun ataupun lebih.

• IUD boleh didapati di hospital kerajaan, klinik swasta dan juga di klinik Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (Klinik LPPKN) (sila lihat halaman

XX untuk senarai klinik).

• Harga IUD bermula daripada RM90 – RM120 di klinik dan hospital swasta. Di Klinik

LPPKN harganya cuma RM 5.

14


Kondom

Kondom lelaki dan perempuan dibuat daripada lateks (getah) berbentuk silinder.

Kondom menghalang sperma daripada memasuki rahim. Selain daripada mencegah

kehamilan, kondom juga mengelak jangkitan penyakit kelamin dan HIV/AIDS.

Terdapat tarikh tamat tempoh pada kondom, oleh itu jangan lupa periksa bungkusan

atau kotaknya sebelum kondom digunakan. Kondom mesti disimpan jauh daripada

cahaya matahari dan haba panas (di dalam poket seluar jean juga!) kerana ini akan

menyebabkan kondom menjadi rosak dan reput.

• Kondom lelaki disarungkan menutupi zakar yang sedang tegang sebelum zakar

dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pancutan mani, sperma akan terkumpul di

dalam ruang kosong di hujung kepala zakar. Kondom mesti dibuang dengan segera

untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Setiap kondom boleh diguna hanya sekali.

• Agar lebih selesa, guna pelincir berasaskan air (contoh: KY Jelly) sahaja, jika tidak

kondom akan terkoyak.

• Boleh didapati dalam paket (RM 1.20 ke atas bagi setiap paket) atau dalam kotak

yang mengandungi 6 atau 12 keping, di farmasi, pasar raya, kedai runcit 24-jam dan

mana-mana Persatuan Perancangan Keluarga.

15


Kondom Perempuan

• Kondom perempuan sama seperti kondom lelaki tetapi terdapat gelang di keduadua

hujungnya.

• Dimasukkan ke dalam faraj sebelum zakar memasuki faraj.

• Hujung yang tertutup menghalang sperma masuk ke dalam faraj. Hujung ini

dimasukkan dulu ke dalam faraj. Hujung yang terbuka adalah untuk membolehkan

zakar dimasukkan.

• Perlukan latihan untuk membiasakan diri mengguna kondom ini.

• Buat masa ini, kondom perempuan belum ada dijual di Malaysia.

16


Diafragma atau Penutup Serviks, dengan Spermisid

• Penutup serviks sama seperti diafragma, cuma lebih kecil.

• Dibuat daripada getah lembut dan berbentuk seperti kubah. Mesti digunakan

bersama spermisid, sejenis gel yang membunuh sperma.

• Dimasukkan ke dalam faraj dan menutup pembukaan serviks. Mencegah kehamilan

dengan cara menahan sperma daripada memasuki rahim.

• Boleh dimasukkan beberapa jam sebelum membuat hubungan seks dan dikeluarkan

beberapa jam kemudian.

• Pasangan tidak akan perasan bahawa diafragma atau penutup serviks sedang digunakan.

• Penggunaan diafragma dan penutup serviks tidak lagi popular di Malaysia kerana

wanita perlu memasukkannya sendiri, jadi tidak mudah untuk mendapatkannya.

• Jika kaedah ini nampaknya selesa, dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana untuk

mendapatkannya. Saiz serviks wanita berbeza antara satu sama lain. Doktor perlu

mengukur saiz serviks supaya dapat memastikan saiz dan padanan diafragma atau

penutup serviks yang betul dan supaya dapat dimasukkan dengan betul ke dalam faraj.

17


Kaedah Semulajadi

Biasanya diamalkan oleh wanita yang cuba untuk mendapatkan anak, dan

bukannya untuk mencegah kehamilan.

Melibatkan pengawasan kitar haid supaya dapat menganggarkan waktu ketika

wanita itu sedang berovulasi atau subur.

Risiko kehamilan menggunakan kaedah semula jadi adalah tinggi.

Tidak memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit kelamin (STI) atau HIV/AIDS.

Sebagai langkah mencegah, ia sesuai diamalkan bersama kaedah perancangan

keluarga yang lain.

Kaedah ini juga bergantung kepada kerjasama pasangan yang sanggup melakukan

hubungan seks hanya pada hari-hari apabila wanita itu pasti bahawa dia bukan

berovulasi atau subur.

Kaedah Ritma (Kalendar)

• Rekodkan pada kalendar, kitaran haid anda selama 8 – 12 bulan berturut-turut.

• Sebagai contoh, Anisa datang haid pada 15 April. Ini direkodkan sebagai Hari 1.

16 April direkodkan sebagai Hari 2, 17 April sebagai Hari 3, dan seterusnya.

• Pada bulan seterusnya, dia datang haid pada 13 Mei. Seperti bulan yang lalu dia

merekodkan hari itu sebagai Hari 1.

• Tempoh kitaran haid dari 15 April sehingga 12 Mei adalah 28 hari. Rekod dibuat

sekali lagi untuk bulan yang seterusnya hingga mendapat 8 atau lebih, rekod

kitaran haid.

Bagi Anisa, rekod kitaran haidnya adalah seperti berikut:

Bulan

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember

Tempoh Kitaran Haid

30 hari

28 hari

32 hari (paling lama)

29 hari

27 hari

30 hari

25 hari (paling pendek)

28 hari

31 hari

18


• Kitaran yang paling lama dan yang paling pendek digunakan untuk

menganggarkan waktu Anisa sedang subur. Hari-hari dalam tempoh subur dapat

diketahui dengan menggunakan formula berikut:

Bagi hari subur pertama, tolak 18 daripada tempoh kitaran yang paling pendek.

Bagi hari subur terakhir, tolak 11 daripada tempoh kitaran yang paling lama.

• Dalam kes Anisa, kitaran yang paling pendek adalah 25 hari.

25 – 18 = 7. Jadi, Hari 7 adalah hari subur pertama.

• Kitaran paling lama adalah 32 hari.

32 – 11 = 21. Hari 21 adalah hari subur terakhir.

• Tempoh subur adalah dari Hari 7 sehingga ke Hari 21. Anisa mesti mengelakkan

diri daripada melakukan hubungan seks semasa tempoh ini jika dia tidak mahu

hamil.

• Kaedah ini perlu terus diawasi setiap bulan untuk mengira semula anggaran

tempoh subur. Hanya bacaan bagi 8 – 12 bulan kitaran haid terakhir patut digunakan.

19


Kaedah Lelehan Faraj

• Lelehan faraj keluar melalui faraj dan berasa licin atau lekit.

• Ada kalanya tidak berwarna dan jernih atau kuning muda.

Lelehan Faraj semasa haid

• Semasa haid, lelehan faraj akan terselindung oleh lelehan haid.

• Kesuburan semasa haid jarang berlaku tetapi ada kemungkinan kecil seseorang

wanita boleh subur ketika itu. Perlu lebih berhati-hati semasa melakukan hubungan

seks (seperti menggunakan kondom) untuk mencegah kehamilan.

Lelehan Faraj selepas haid

• Selepas haid, terdapat beberapa hari kekeringan (tidak ada lelehan).

• Dalam waktu sebelum ovulasi ini, hari-hari kering ini dianggap selamat untuk

melakukan hubungan seks.

Lelehan Faraj semasa ovulasi

• Semasa ovulasi, mukus serviks berasa basah dan licin, seperti putih telur. Ini tanda

bahawa wanita itu sedang subur. Ovulasi berlaku 2 hari sebelum itu, sehingga 3 hari

selepas hari mukus yang paling basah dan licin.

• Dinasihatkan agar hubungan seks ditangguhkan atau kaedah perancangan lain

digunakan sehingga tamat tempoh ovulasi kecuali anda merancang untuk hamil.

Lelehan Faraj selepas ovulasi

• Selepas ovulasi, mukus bertukar menjadi lebih pekat dan lekit atau anda akan

mengalami kekeringan sekali lagi.

20


Suhu Badan Basal (BBT)

• Jangka suhu basal badan (jangka suhu senang dibaca yang memberi bacaan

dalam persepuluh darjah) digunakan untuk menganggar tempoh kesuburan dengan

memerhatikan perubahan suhu badan.

• Suhu diambil setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum membuat apa-apa

aktiviti. Suhu itu kemudian direkodkan dan dipantau di atas kertas graf.

• Semasa ovulasi atau tempoh kesuburan, suhu badan akan turun sedikit. Suhu akan

meningkat semula selepas ovulasi dan setelah 3 hari berturut-turut suhu berada

pada tahap tinggi, tempoh kesuburan sudah tamat.

• Serupa dengan kaedah ritma (kalendar), seseorang wanita mesti menyimpan carta

untuk tempoh selama 8 – 12 bulan agar dapat membuat anggaran bila masanya dia

selalu subur dalam sesuatu kitaran.

21


Kaedah Pembedahan

Kaedah ini adalah kekal dan tidak boleh diubah kembali kepada keadaan asal. Oleh

itu, prosedur ini dilakukan ke atas lelaki atau wanita yang berumur 40 tahun ke atas (atau

kitar reproduktif mereka telah lengkap). Mereka yang berumur di bawah 40 tahun perlu

mendapatkan kaunseling terlebih dahulu sebelum menjalani prosedur tersebut.

Kaedah ini melibatkan mikrosurgeri memandangkan tiub yang dibedah sangat sempit

dan kecil.

Vasektomi (Pemandulan Lelaki)

• Vasektomi adalah prosedur pembedahan lelaki untuk mengelakkan air mani bercampur

dengan sperma.

• Satu pembedahan kecil dibuat di kedua-dua belah kantung buah zakar (skrotum) dan

kemudiannya tiub vas deferens diikat dan dipotong. Ini akan menghalang sperma

daripada memasuki air mani.

• Prosedur ini merupakan pembedahan kecil dan tidak memerlukan seseorang itu

dimasukkan ke hospital.

• Ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan kaunseling dan vasektomi

yang berpatutan. Bayaran untuk vasektomi adalah RM100.

• Juga boleh didapati di hospital swasta.

Vas Deferens

Skrotum

22


Pengikatan Tiub Bilateral (Pemandulan Wanita)

• Pengikatan tiub adalah satu prosedur pembedahan bagi wanita untuk menghalang

sperma daripada bertemu dan mempersenyawakan telur.

• Satu pembedahan kecil dibuat di bahagian abdomen untuk mendapat akses ke tiub

Fallopio. Tiub ini kemudiannya dipotong, diikat atau diklip.

• Prosedur ini mungkin memerlukan seseorang wanita itu dimasukkan ke hospital.

• Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hanya memberi

perkhidmatan kaunseling dan akan merujuk pasangan ke hospital kerajaan untuk

pembedahan. Bayaran pembedahan di hospital kerajaan tidak melebihi RM100.

• Pembedahan sedemikian juga boleh didapati di hospital swasta.

Tiub Fallopio

23


Kontraseptif Kecemasan (Kaedah Selepas Persetubuhan)

Pil perancang kecemasan (“The morning-after pill”)

• Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil, kadang kala kejadian yang tak diingini

mungkin berlaku.

• Contohnya, kondom mungkin terkoyak selepas pancutan mani lelaki. Ini akan

mendedahkan wanita itu kepada risiko kehamilan.

• Untuk menghalang kehamilan, kontraseptif kecemasan boleh diambil misalnya pil

perancang kecemasan (Postinor). Pil ini mengandungi paras hormon yang tinggi, yang

dapat mencegah telur yang telah disenyawakan daripada membenam di dalam rahim.

• Terdapat 2 biji pil; pil pertama mesti diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks

tanpa perlindungan. Pil kedua pula mesti diambil 12 jam selepas pil pertama diambil.

• Tidak begitu berkesan seperti pencegah kehamilan yang diguna sebelum atau semasa

hubungan seks, seperti pil atau kondom.

• Pil perancang kecemasan ini berharga RM3.50 dan boleh dibeli di farmasi.

• Pil ini juga boleh diambil jika seseorang wanita tidak menggunakan sebarang

kontraseptif, ataupun dipaksa melakukan hubungan seks.

• Digalakkan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

24


Pengguguran Anak

• Kehamilan yang tidak diingini menyebabkan seseorang wanita itu mengalami dilema

kerana tidak tahu apa yang sepatutnya atau dapat dilakukan olehnya.

• Ada yang mungkin mencuba amalan kepercayaan karut bahawa mengambil makanan

tertentu seperti nenas, atau jamu tradisional, akan menyebabkan keguguran embrio

atau fetus. Cara ini hanya akan memberi harapan palsu bahawa dia tidak lagi hamil

dan masalahnya telah selesai.

• Namun begitu, wanita tersebut mungkin masih hamil dan apabila tiba masanya dia

berjumpa doktor, sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.

• Pengguguran (atau penamatan kehamilan) adalah satu prosedur yang sah di sisi

undang-undang. Jika seorang doktor bertauliah membuat keputusan bahawa

kehamilan akan membawa kesan buruk ke atas kesihatan fizikal dan mental seseorang

wanita, bergantung kepada keadaannya, maka pengguguran tersebut adalah sah.

• Pengguguran boleh dilakukan dengan selamat melalui:

• prosedur pembedahan yang mengambil masa 5-10 minit, atau

• dengan memakan ubat.

• Memakan ubat boleh mengambil masa 1-2 minggu dan kadar kegagalannya adalah

tinggi sedikit dan mungkin memerlukan pembedahan kemudian.

• Pengguguran patut dilakukan seelok-eloknya dalam 3 bulan pertama kehamilan. Ini

adalah satu prosedur yang tidak boleh dibalikkan dengan risiko minimum. Prosedur

pembedahan harus dilakukan di klinik yang bersih dan selamat.

• Seseorang wanita boleh membuat pilihan untuk mendapat perkhidmatan kaunseling

sebelum melakukan pengguguran. Kaunseling tidak perlu jika dia sudah benar-benar

pasti yang dia mahu melakukan

pengguguran.

• FFPAM dan “Reproductive Rights

Advocacy Alliance Malaysia”

(RRAAM) memberi perkhidmatan

sebelum dan selepas pengguguran.

RRAAM juga mempunyai maklumat

hubungan bagi perkhidmatan

pengguguran.

• Kos pengguguran bermula daripada

RM300 ke atas bergantung kepada

saiz kehamilan.

25


Menahan Diri (“Abstinence”)

• Menahan diri bermakna tidak melakukan hubungan seks atau mengambil bahagian

dalam apa-apa bentuk aktiviti seksual yang akan membawa kepada hubungan

seks.

• Apabila pasangan tidak membuat apa-apa aktiviti seksual, zakar lelaki tidak masuk ke

dalam rahim wanita. Oleh itu, tidak ada risiko kehamilan ataupun jangkitan penyakit

kelamin atau HIV/AIDS.

• Sesiapa sahaja boleh mengamalkan kaedah ini, walaupun mereka dahulu pernah

membuat hubungan seks. Kaedah ini tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan dan

tiada kesan sampingan.

26


Untuk Maklumat Lanjut

PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Women’s Aid Organisation (WAO)

Pertubuhan Pertolongan Wanita

P.O. Box 493 Jalan Sultan

46760 Petaling Jaya

Selangor

Tel: 03-7956 3488

Faks: 03-7956 3237

E-mel: wao@po.jaring.my

Laman Web: www.wao.org.my

All Women’s Action Society (AWAM)

85, Jalan 21/1, Sea Park

46300 Petaling Jaya

Selangor

Tel: 03-7877 4221

Faks: 03-7874 3312

Telenita (talian kaunseling): 03 7877-0224

E-mel: awam@awam.org.my

Laman Web: www.awam.org.my

Malaysian AIDS Council (MAC)

No. 12, The Boulevard Shop Office

Jalan 13/48A, Off Jalan Sentul

51000 Kuala Lumpur

Tel: 03-4045 1033

Faks: 03-4042-6133

E-mel: contactus@mac.org.my

Laman Web: www.mac.org.my

Reproductive Rights Advocacy

Alliance Malaysia (RRAAM)

c/o ARROW

No. 80 & 82 3rd Floor,

Jalan Tun Sambanthan

Brickfields

50470 Kuala Lumpur

Tel: 012-477 2551

Faks: 04-656 8511

E-mel: rraamalaysia@yahoo.com

Laman Web: www.womenonwaves.org

Sisters in Islam (SIS)

No. 7, Jalan 6/10

46000 Petaling Jaya

Selangor

Tel: 03-7785 6121/ 7784 2733/ 7784 4357

Faks: 03-7785 8737

E-mel: sistersinislam@pd.jaring.my

Laman Web: www.sistersinislam.org.my

Women’s Centre for Change Penang

(WCC)

24-D Jalan Jones,

10250 Penang

Tel: 04-228 0342

Faks: 04-228 5784

E-mel: wcc@wccpenang.org

Laman Web: www.wccpenang.org

27


PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN PERANCANGAN KELUARGA, MALAYSIA

(FEDERATION OF FAMILY PLANNING ASSOCIATIONS, MALAYSIA [FFPAM])

Ibu pejabat FFPAM

81 B, Jalan SS 15/5A,

47500 Subang Jaya,

Selangor

Tel: 03-5633 7514/ 7516/ 7528

Faks: 03-5634 6638

E-mel: ffpam@ffpam.org.my

Laman Web: www.ffpam.org.my

Persatuan Perancangan Keluarga

Selangor & Wilayah Persekutuan

2B Lorong Syed Putra Kiri

P.O. Box 10710

50722 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 3489 / 2272 5817

Faks: 03-2273 8901

E-mel: fpaswp@streamyx.com

Persatuan Perancangan

Keluarga Melaka

Dewan Hang Tuah

Jalan Hang Tuah

P.O. Box 270

75750 Melaka

Tel: 06-284 4475

Faks: 06-281 3969

E-mel: fpamel@po.jaring.my

Persatuan Perancangan

Keluarga Negeri Sembilan

No. 3, Jalan Dr. Krishnan

70000 Seremban

Tel: 06-762 2969

Faks: 06-763 5778

E-mel: ppkns@tm.net.my

Persatuan Perancangan Keluarga Johor

10-A Jalan Abiad Satu

Taman Pelangi

80400 Johor Bahru

Tel/Faks: 07-333 7772

E-mel: jfpa1234@tm.net.my

Persatuan Perancangan Keluarga Kedah

2, Jalan Kampong Baru

05000 Alor Setar

Tel/Faks: 04-732 1280

E-mel: kedahfpa@streamyx.com

Persatuan Perancangan

Keluarga Kelantan

4261-F, Jalan Kebun Sultan

15350 Kota Bharu

Tel/Faks: 09-743 2407

E-mel: kfpa@streamyx.com

Persatuan Perancangan

Keluarga Pahang

B-1582 Tingkat Atas

Jalan Beserah

25300 Kuantan

Tel: 09-566 6403

Faks: 09-566 8707

E-mel: phgfpa@streamyx.com

Persatuan Perancangan

Keluarga Penang

333 Jalan Perak

11600 George Town

Penang

Tel: 04-282 5191

Faks: 04-281 9380

E-mel: fpapg@streamyx.com

28


Persatuan Kesihatan Keluarga Perak

(Family Health Association Perak)

No. 60A, Regat Sri Cempaka

Taman Cempaka

31400 Ipoh

Tel: 05-547 7849

Faks: 05-546 7633

E-mel: ppkp681@streamyx.com

Persatuan Perancangan Keluarga Perlis

140 Persiaran Jubli Emas

01000 Kangar

Tel/Faks: 04-976 0739

Persatuan Perancangan Keluarga Sabah

Council of Management

613 Jalan Family Planning Centre

off Jalan Kebajikan

88000 Kota Kinabalu

Tel: 088-245 209

Faks: 088-210 813

E-mel: sfpa@tm.net.my

Persatuan Perancangan Keluarga Sarawak

Jalan P Ramlee

P.O. Box 788

93716 Kuching

Tel: 082-426 982 / 244 629

Faks: 082-418 981

E-mel: sfpaswk@streamyx.com

Persatuan Perancangan Keluarga Terengganu

12G Jalan Engku Pengiran Anom 2

20300 Kuala Terengganu

Tel: 09-622 1763

Faks: 09-624 8071

E-mel: fpatrg@tm.net.my

29


LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, MALAYSIA - LPPKN

(NATIONAL POPULATION AND FAMILY DEVELEPMENT BOARD [NPFDB])

SELANGOR

Klinik LPPKN Shah Alam

Jalan Sempadan 16/7

Peti Surat 7080

40702 Shah Alam

Tel: 03-5510 1231

Klinik LPPKN Kelang

54, Leboh Tapah

Jalan Gih Hock Huat

41400 Kelang

Tel: 03-3342 2546

Klinik LPPKN Batu Caves

No.8, Jalan 2A/2B

Taman Desa Bakti

68100 Batu Caves

Tel: 03-6138 0601

Klinik LPPKN Pelabuhan Kelang

No.19A, Jalan Chungah

42000 Pelabuhan Kelang

Tel: 03-3368 8114

Klinik LPPKN Kajang

d/a Hospital Kajang

43000 Kajang

Tel: 03-8736 7758

Klinik LPPKN Ampang

420 Wisma Saudagar

Batu 5, Jalan Ampang

68000 Ampang

Tel: 03-4256 0130

WILAYAH PERSEKUTUAN

Klinik Nur Sejahtera

Bangunan LPPKN

12B Jalan Raja Laut

50712 Kuala Lumpur

Tel: 03-2692 9675

Klinik LPPKN Kepong

No. 343-A, Jalan 1/33A

Batu 7, Jalan Kepong

52000 Kepong

Tel: 03-6274 9670

Klinik LPPKN Hospital Universiti

d/a Pusat Perubatan Universiti

Malaya

59100 Kuala Lumpur

Tel: 03-7956 2079

Klinik LPPKN Jalan Kelang Lama

No.12-2, Jalan Mega Mendung

(OUG)

Batu 5, Jalan Kelang Lama

58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-7982 7314

Klinik LPPKN Sungai Besi

No. 40-2, Jalan 7/108C

Taman Sg. Besi

57100 Kuala Lumpur

Tel: 03-7980 8296

30


KEDAH

Klinik LPPKN Alor Setar

Kawasan Hospital Besar

Peti Surat 98

05710 Alor Setar

Tel: 04-731 1471

Klinik LPPKN Baling

71, Jalan Tuanku Badlishah

09100 Baling

Tel: 04-421 2900

Klinik LPPKN Sungai Petani

d/a Hospital Daerah

Peti Surat 86

08007 Sungai Petani

Tel: 04-470 2133

Klinik LPPKN Kulim

No. 1530, Jalan Hospital

09000 Kulim

Tel: 04-490 6204

JOHOR

Pusat Kepakaran Wilayah LPPKN

Johor Bahru

Jalan Dato’ Wilson

Kawasan Hospital Sultanah Aminah

80100 Johor Bahru

Tel: 07-223 5232

Klinik LPPKN Batu Pahat

Lot G14 & G15 (Tingkat Bawah)

Plaza Lian Hoe

Jalan Mohd Akil

83000 Batu Pahat

Tel: 07-434 2315

Klinik LPPKN Batu Kluang

Jalan Hospital

86000 Kluang

Tel: 07-771 3344

Klinik LPPKN Kota Tinggi

Jalan Lombong

81900 Kota Tinggi

Tel: 07-883 1876

Klinik LPPKN Muar

Jalan Salleh

84000 Muar

Tel: 07-951 4159

Klinik LPPKN Pontian

745, Tingkat 1

Bgn. Wisma Koperasi

Jalan Taib

82000 Pontian

Tel: 07-687 3696

Klinik LPPKN Segamat

d/a Hospital Daerah

65000 Segamat

Tel: 07-931 1003

KELANTAN

Klinik LPPKN

No. 10, Tingkat 1

Bangunan SEDC

Jalan Maju

50000 Kota Bahru

Tel: 09-744 5634

31


MELAKA

Klinik LPPKN Melaka

24A, Lorong Banda Kaba

75700 Melaka

Tel: 06-283 9413

NEGERI SEMBILAN

Klinik LPPKN

Hospital Umum Lama

Jalan Rasah

70300 Seremban

Tel: 06-763 0503

Klinik LPPKN Jelebu

d/a Hospital Daerah

71600 Jelebu

Tel: 06-613 7193

Klinik LPPKN Kuala Pilah

Kelab Ulu Muar

231, Jalan Tuanku Burhanuddin

72000 Kuala Pilah

Tel: 481 4518

Klinik LPPKN Port Dickson

d/a Klinik Kesihatan

71000 Port Dickson

Tel: 06-647 4544

Klinik LPPKN Gemas

F4, Arked Mara

Jalan Segamat

73400 Gemas

Tel: 07-948 2600

PAHANG

Klinik LPPKN Kuantan

d/a Kawasan Hospital Ampuan

Afzan

Peti Surat 2

25700 Kuantan

Tel: 09-513 1082

Faks: 09-517 1082

Klinik LPPKN Bentong

d/a Hospital Daerah

28700 Bentong

Tel/Faks: 09-222 1744

Klinik LPPKN Raub

Jalan Pejabat

25700 Raub

Tel/Faks: 09-355 2354

Klinik LPPKN Temerloh

C-324, Jalan Kuantan

28000 Temerloh

Tel/Faks: 09-296 1319

Klinik LPPKN Mentakab

38, Jalan Zabidin

28400 Mentakab

Tel/Faks: 09-277 1488

Klinik LPPKN Kuala Lipis

No. 8, Jalan Bukit Bius

27200 Kuala Lipis

Tel/Faks: 09-312 1716

32


PERLIS

Klinik LPPKN Perlis

Jalan Hospital (Jalan Abi Tok Hashim)

Peti Surat 18, 01700 Kangar

Tel: 04-977 0914

PENANG

Klinik LPPKN Jalan Residensi

d/a Hospital Bersalin

Jalan Residensi, Georgetown

10450 Penang

Tel: 04-228 9840

Klinik LPPKN Seberang Jaya

14, Jalan Hala Kalui

Seberang Jaya. 13700 Prai

Tel: 04-390 4104

PERAK

Klinik LPPKN Tanjung Malim

No. 20, Taman Bunga Raya

35900 Tanjung Malim

Tel: 05-459 0082

Klinik LPPKN Bidor

Jalan Sungkai

35500 Bidor

Tel: 05-434 4400

Klinik LPPKN Kampar

No. 9, Jalan Market

31900 Kampar

Tel: 05-465 1548

Klinik LPPKN Parit Buntar

No. 2, Taman Sri Tenggara

Jalan Taiping

34200 Parit Buntar

Tel: 05- 716 1399

Klinik LPPKN Kuala Kangsar

No. 31, Jalan Daeng Seelili

33000 Kuala Kangsar

Tel: 05-776 5833

Klinik LPPKN Teluk Intan

Jalan Woo Saik Hong

36000 Teluk Intan

Tel: 05-622 2004

Klinik LPPKN Taiping

30, Kompleks Kota Mulia

Lorong Long Jaafar

Peti Surat 104

34008 Taiping

Tel: 05-807 2581

Faks: 05-808 4772

Pusat Kepakaran Wilayah,

LPPKN Ipoh

137, Jalan Dato’ Onn Jaafar

30300 Ipoh

Tel: 05-254 1807/ 254 8623

Klinik LPPKN Sitiawan

11A, Taman Anson

Jalan Raja Omar

32000 Sitiawan

Tel: 05-691 0030

33


TERENGGANU

Klinik LPPKN Kuala Terengganu

d/a Hospital Besar

Peti Surat 58

20700 Kuala Terengganu

Tel: 09-625 2305

Klinik LPPKN Dungun

Jalan Besar

23000 Dungun

Tel: 09-844 1108

Klinik LPPKN Besut

Lot 257, Tingkat 1

Jalan Mokmek

22000 Besut

Tel: 09-697 2633

SABAH

SARAWAK

Pejabat LPPKN Negeri Sarawak

Lot 387, Sublot 16

Section 5, Wisma Polarwood

Jalan Satok

93400 Kuching

Tel: 082-411 944

Faks: 082-241 036

LABUAN

Pejabat LPPKN Labuan

Lot 8, 9 dan 10, Tingkat 4

Wisma Wong Wo Lo

Jalan Tun Mustapha

87000 Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087-418 717

Faks: 087-418 716

Pejabat LPPKN Negeri Sabah

Lot A31 N32, Blok A, Tingkat 4

Tanjung Aru Plaza

Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru

88100 Kota Kinabalu

Tel: 088-261 497

Faks: 088-252 214

34


Rujukan

Information Brief - Speaking Out On Malaysian Women’s Access To Contraception And

Abortion Services. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia

Quick Reference Chart on Family Planning Options. World Health Organization,

Regional Office for the Western Pacific, Manila

The Pill. Federation of Family Planning Associations, Malaysia

The Rhythm Method. Federation of Family Planning Associations, Malaysia

Hyman, Jane W., and Rome, Esther R., in cooperation with the Boston Women’s

Health Book Collective. Sacrificing Ourselves For Love: Why Women Compromise

Health And Self-Esteem… And How To Stop. California: The Crossing Press, 1996

The Boston Women’s Health Book Collective. The New Our Bodies, Ourselves. New

York: Simon & Schuster Inc., 1992

http://www.ffpam.org.my Federation of Family Planning Associations, Malaysia

http://www.lppkn.gov.my National Population and Family Development Board

http://www.femalehealth.com The Female Health Company

http://www.thewellproject.org The Well Project

http://www.fwhc.org Feminist Women’s Health Center

35

More magazines by this user
Similar magazines