Pilih untuk SelaMat - Women's Aid Organisation

wao.org.my

Pilih untuk SelaMat - Women's Aid Organisation

Pengantara

Pilih untuk Selamat ditulis bertujuan memberi maklumat berdasarkan kenyataan tentang pemilihan

perancangan keluarga dalam konteks realiti kaum wanita, terutamanya realiti seperti keganasan rumah tangga.

Wanita-wanita yang meminta perlindungan daripada WAO masing-masing mempunyai tahap kesedaran dan

pengetahuan yang berbeza tentang perancangan keluarga. Walaupun dengan pengetahuan dan maklumat

sebegitu, pemilihan kaedah perancangan keluarga amat sukar dibuat jika seseorang wanita itu berada dalam

situasi keganasan rumah tangga.

Keganasan rumah tangga berlaku disebabkan dinamik kuasa dalam sesuatu perhubungan antara dua insan di

mana seorang dianggap lebih berkuasa daripada yang seorang lagi. Ini bukannya perhubungan yang sama rata.

Kebanyakan wanita yang berada dalam situasi keganasan rumah tangga hampir tidak ada hak bersuara (atau

kuasa berunding) dalam perhubungan seksual, dan ramai yang dipaksa melakukan perhubungan seksual setelah

didera suami atau pasangan mereka. Dalam kejadian begini, besar kemungkinan seks berlaku tanpa sebarang

perlindungan dan akan mengakibatkan kehamilan yang tidak dirancang. Malahan, terdapat juga kejadian di

mana isteri atau teman wanita kemudiannya dijangkiti penyakit kelamin ataupun HIV/AIDS akibat paksaan seks

tanpa perlindungan.

Selain daripada senario keganasan rumah tangga, di peringkat kebangsaan, sebahagian besar kaum wanita di

Malaysia secara amnya tidak tahu tentang hak seksual dan reproduktif mereka. Pada tahun 1994, 54% wanita

sudah berkahwin mengguna kontraseptif . Pada tahun 2004, angka ini menurun kepada 51% di mana hanya 33%

mengguna kaedah moden seperti pil, “IUD” dan kondom. Jika dibandingkan, Thailand, Vietnam and China, kadar

penggunaan kontraseptif di kalangan wanita sudah berkahwin adalah di antara 70% - 80%. 1

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan WAO kepada wanita, pekerja sosial meneruskan usaha mereka

untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mereka tentang hak-hak wanita, termasuk hak untuk

bebas daripada keganasan dan hak dalam sesuatu perkahwinan. Isu tentang perancangan keluarga amat penting

dalam perbincangan ini.

Kerjasama antara pekerja sosial dan pelanggan mereka inilah yang telah melahirkan konsep untuk kit “Pilih untuk

Selamat” ini.

Risalah ini bukan sekadar teks sahaja, malah turut memberi contoh visual tentang pelbagai kaedah perancangan

keluarga dan melahirkan buku yang menarik, komprehensif dan mudah digunakan sebagai rujukan bagi mereka

yang bakal menggunakannya, misalnya:

• Pekerja sosial yang bekerja dengan wanita, terutamanya mereka yang terselamat daripada keganasan rumah tangga,

• Wanita yang datang ke WAO untuk perlindungan, bekas penghuni WAO dan wanita yang datang untuk kaunseling

bersemuka,

• Organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling dan perlindungan kepada wanita.

Kami berharap risalah Pilih untuk Selamat dapat memperkukuhkan lagi prinsip bahawa setiap wanita

mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat pilihan.

Pertubuhan Pertolongan Wanita

______________________

1

Ringkasan Maklumat – “Speaking Out On Malaysian Women’s Access To Contraception And Abortion

Services”. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)

1

More magazines by this user
Similar magazines