Buletin UTHM Bil. 3/2014 Edisi JUL-SEP 2014

adminuthm

Buletin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia edisi Julai hingga September 2014

Bil. 3 / 2014 ISSN 1823 - 3546

JUL - SEP 2014

1300 SERTAI PERARAKAN

TOWN AND GOWN


tintaketuaeditor

Bil. 3 / 2014 ISSN 1823 - 3546

Julai dan Ogos berlalu pergi, September pula melabuhkan tirainya.

Alhamdulillah dalam tempoh tersebut Redaksi sekali lagi berjaya menerbitkan

Buletin UTHM edisi ketiga bagi bulan Julai hingga September

2014.

JUL - SEP 2014

PENAUNG

Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin

redaksi

KETUA EDITOR

Md. Ngadiran Ismon

EDITOR

Shafry Salim

PENYELARAS

Suriayati Baharom

PENYUMBANG BERITA

Shafry Salim

Suriayati Baharom

Mohd Khairul Ikhwan Ahmad

FOTOGRAFI

Mohd Faiz Abd Razak

Jaafar Muhammad

PENERBIT

Bahagian Komunikasi Korporat

PENGUMUMAN:

Redaksi BULETIN UTHM mengucapkan setinggi-tinggi

terima kasih kepada Fakulti/Pejabat/Pusat/Unit dan

individu-individu yang telah menghantar sumbangan

penerbitan BULETIN UTHM ini. Redaksi mengalu-alukan

berita dari semua pihak untuk keluaran BULETIN UTHM

yang seterusnya. Sumbangan rencana dan berita boleh

dihantar kepada

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima seramai 2,283

orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi

2014/2015 pada 1 September lalu. Selain pelajar tempatan, UTHM

juga turut menerima pelajar dari luar negara seperti dari Yemen, Somalia,

Palestin dan Bangladesh. Bagi menyambut Kedatangan kumpulan

Pelajar Baharu tersebut, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam

Minggu Haluan Siswa (MHS) yang bermula 1 hingga 6 September lalu.

Sementara itu bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara UTHM

dan Universitas Hasanuddin (UNHAS), satu majlis Menandatangani

Perjanjian Persefahaman (MoU) telah diadakan di kampus Induk UNHAS,

Makasar, Indonesia pada 13 lalu. MoU ini merupakan platform terbaik

bagi UTHM dan UNHAS berkongsi pengetahuan, idea dan kepakaran

serta kemudahan peralatan dan sumber di samping membuka ruang

yang lebih luas kepada para penyelidik untuk menjalinkan sebarang

kolaborasi.

Bagi meningkatkan lagi kesedaran warga universiti terhadap Bulan

Kemerdekaan, satu Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-57 UTHM

telah diadakan pada 21 Ogos lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota

Ismail, UTHM. Beberapa acara telah diadakan seperti aktiviti melekatkan

bendera pada kenderaan rasmi UTHM,Pentomin Kemerdekaan,

Pertandingan Koir, Deklamasi Puisi, Nyayian lagu Patriotik dan upacara

menaikkan bendera Malaysia.

Bagi mendekati, membantu dan mengurangkan beban golongan yang

kurang berkemampuan, UTHM telah menghulurkan beberapa sumbangan

kepada masyarakat sekitar negeri Johor, Kedah dan Pahang melalui

Program “Sebaran Kasih 2014” pada Ramadan lalu. Antara pengisiannya

ialah aktiviti ziarah dan pengagihan beberapa bentuk sumbangan yang

melibatkan hampir 60 buah rumah serta 10 masjid dan surau sekitar

Parit Raja, Ayer Hitam, Parit Yaani, Parit Besar, Bindu dan Pancor.

Bagi menyambut kedatangan bulan Syawal pula, 90 orang pelajar kurang

bernasib baik menerima sumbangan baju raya daripada pasukan Projek

Khidmat Komuniti Alumni 2014 UTHM pada Ramadan lalu. Sumbangan

baju raya tersebut melibatkan para pelajar dari empat buah sekolah,

bertujuan membantu pelajar dalam kalangan anak-anak yatim dan

pelajar fakir/miskin memiliki sekurang-kurangnya sehelai baju baharu

untuk berhari raya.

Semoga segala program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun

ini memberi seribu manfaat bukan sahaja kepada warga universiti, malah

juga kepada masyarakat amnya.

Sekian, Wassalam...

PENYELARAS BULETIN UTHM

Unit Perhubungan Awam

Bahagian Komunikasi Korporat

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

02


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

1300 peserta sertai

Perarakan Town and Gown kali ke-6

Sebanyak 27 kontinjen melibatkan 1300 orang peserta

terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta beberapa agensi luar

memeriahkan Perarakan Town and Gown yang diadakan

di sekitar Bandar Batu Pahat, Johor pada 27 September

lalu.

Perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai

’Communiversity Celebration’ seperti ini merupakan satu

amalan turun temurun beberapa universiti ternama di luar

negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles

Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann

Arbor. Di semenanjung Malaysia, UTHM merupakan

institut pengajian tinggi pertama yang mengadakan

perarakan seperti ini.

Tujuan perarakan ini diadakan saban tahun adalah untuk

mewar-warkan seluruh penduduk di daerah Batu Pahat

akan penganjuran Majlis Konvokesyen ke-14 UTHM yang

akan berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2014 nanti.

Antara kontinjen luar yang menyertai perarakan tersebut

ialah kumpulan pancaragam Sukarelawan Malaysia

(RELA), Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS) dan

Melaka High School, Kontinjen Pasukan Sorak Boy of

Straits (BOS), Kontinjen Lagenda Bola Sepak Johor dan

Kontinjen Sekolah Angkat TIGS serta Sekolah Tinggi Batu

Pahat.

Perarakan penuh warna warni ini bermula dari jalan

Rahmat menuju ke Dataran Penggaram, Batu Pahat.

Acara Kemuncak perarakan menyaksikan upacara

pembacaan pengisytiharan Konvokesyen UTHM kali

ke-14 oleh Pendaftar UTHM, Encik Abdul Halim Abdul

Rahman dan penyerahan skrol konvokesyen kepada

Pegawai Daerah Batu Bahat, Tuan Haji Ab. Wahab Ridwan.

Turut diadakan, penyampaian hadiah tempat pertama

hingga ketiga kepada kumpulan pemenang bagi acara

perarakan yang dipertandingkan. Fakulti Pendidikan

Teknik dan Vokasional (FPTV) dinobatkan sebagai

pemenang bagi kategori umum manakala pasukan Kor

Suksis pula juara bagi kategori Badan Beruniform.

Selain perarakan, majlis perasmian turut menampilkan

artis jemputan iaitu penyanyi Nash untuk menggamatkan

lagi suasana malam perarakan tersebut. Beberapa aktiviti

sampingan turut diadakan bagi mengeratkan lagi

hubungan antara UTHM dengan masyarakat setempat.

Antaranya ialah Klinik Bola kendalian Lagenda Bintang

Bola Sepak Johor, Pameran Kembara Mahkota Johor dan

Pameran Piala Liga Super, Perlawanan Bola Sepak

Persahabatan serta sesi bersama bintang JDT.

Perarakan Town and Gown ini merupakan kali keenam

dianjurkan oleh UTHM setelah berjaya menarik minat

komuniti Batu Pahat untuk hadir memeriahkan acara yang

diadakan. Memandangkan perarakan ini dijadikan produk

pelancongan unik daerah Batu Pahat dan dimasukkan

dalam aktiviti pelancongan bagi daerah ini, UTHM

berhasrat akan terus komited menganjurkan lagi program

seumpama ini pada tahun-tahun akan datang.

03


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

UTHM terima 2283 pelajar baharu

Program Ijazah Sarjana Muda

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima

seramai 2283 orang pelajar baharu bagi program Ijazah

Sarjana Muda sesi 2014/2015 pada hari pertama

pendaftaran yang berlangsung pada 1 September 2014.

Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan

mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh lapan

fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar,

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti

Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti

Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan,

Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan Teknikal dan

Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Fakulti

Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Untuk semester ini, UTHM juga menerima pelajar dari

luar negara seperti dari Yemen, Somalia, Palestin dan

Bangladesh. Pelajar-pelajar baharu tersebut akan

menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh

pihak universiti dan mereka diwajibkan mengikuti

Minggu Haluan Siswa (MHS) yang diadakan selama

seminggu.

04


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Pelajar baharu ikuti Minggu Haluan Siswa

Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam Minggu Haluan

Siswa (MHS) bagi menyambut Kedatangan 2,283 Pelajar

Baharu program Sarjana Muda semester 1 sesi

2014/2015 bermula pada 1 hingga 6 September lalu.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah

taklimat-taklimat berkaitan pengajian akademik dan hal

ehwal pelajar di samping sesi bersama penceramah

jemputan dari agensi luar seperti Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Biro Tatanegara

(BTN) dan Institut Wasatiyah Malaysia (IWM).

Aktiviti kesukarelawan dan kerja berpasukan juga

diadakan seperti aktiviti gotong royong ‘Merdeka

Campus Race’ di setiap kolej kediaman yang melibatkan

pejabat-pejabat di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar

dan Alumni (HEPA).

Bagi mewakili Kepimpinan Kerajaan, Timbalan Menteri

Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi juga turut

memberikan amanatnya kepada pelajar baharu ketika

berlangsungnya Majlis Bersama Kepimpinan Negara

selain amanat dari Pengerusi Lembaga Pengarah

UTHM, Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Md. Hussin dan juga

Naib Canselor UTHM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin.

Kemuncak daripada program MHS ialah Majlis Penutup

dan Malam Warisan Bangsa yang bertemakan ‘Ekspirasi

Anak Merdeka’ yang telah disempurnakan oleh Profesor

Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin. Sebanyak tujuh kumpulan

persembahan mewakili empat kolej kediaman iaitu Kolej

Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun Fatimah,

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dan Kolej Kediaman

Perwira.

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail telah berjaya memenangi

tempat pertama persembahan pada malam tersebut

dan membawa pulang piala pusingan dan sebuah

hamper. Turut diadakan, penyerahan sumbangan

Tabung Palestin hasil kutipan daripada staf UTHM,

Sekretariat Pembantu MHS, ibubapa dan juga pelajar

baharu UTHM bernilai RM12,283.70 kepada Kelab

Putera 1Malaysia yang diwakili Timbalan Presidennya

Dato’ Mohd Farid Hassan.

05


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

UTHM jalin kerjasama dengan UNHAS

Bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan

Universitas Hasanuddin (UNHAS), satu majlis

Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) telah

diadakan di kampus Induk UNHAS, Makasar, Indonesia

pada 13 Ogos baru-baru ini.

MoU yang telah ditandatangani oleh Naib Canselor

UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin dan Rektor

UNHAS, Profesor Dr. Dwia Aries Tina itu adalah

bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama

antara kedua-dua buah universiti dalam bidang

akademik dan penyelidikan.

MoU ini merupakan platform terbaik bagi UTHM dan

UNHAS berkongsi pengetahuan, idea dan kepakaran

serta kemudahan peralatan dan sumber di samping

membuka ruang yang lebih luas kepada para penyelidik

untuk menjalinkan sebarang kolaborasi. Bidang

kerjasama lain termasuklah program pertukaran staf

dan pelajar dan juga program latihan secara bersama di

antara kedua-dua institusi serta aktiviti

pengantarabangsaan akademik seperti Joint Degree

Program dan Double Degree Program.

UTHM sebelum ini telah menjalin hubungan baik dengan

UNHAS melalui fasa yang pertama dengan

termeterainya Surat Hasrat (Letter of Intent) pada 13

Februari 2014 lalu di UNHAS. Seterusnya UNHAS telah

mengadakan kunjungan ke UTHM pada 21 hingga 23

Jun lalu dengan membawa misi menyembah hasrat

kepada DYMM Sultan Johor selaku Canselor UTHM

untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat (Honoris

Causa).

Pertemuan antara DYMM Tuanku Canselor dengan

delegasi UNHAS yang diketuai oleh Rektornya di

Segamat semasa Kembara Mahkota Johor 2014 telah

mendapat perkenan atas penganugerahan Honoris

Causa yang bakal diberikan. Rentetan kunjungan

tersebut, kedua-dua institusi terus mengadakan

pertemuan demi pertemuan bagi melaksanakan

beberapa program yang telah dirancang.

06


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

“SEBARAN KASIH 2014

bukti keprihatinan warga UTHM

Bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap

masyarakat, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan

Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) melalui Program “Sebaran Kasih 2014” telah

menghulurkan beberapa sumbangan kepada masyarakat

sekitar negeri Johor, Kedah dan Pahang bermula 11 Mei

hingga 23 Julai lalu.

Program “Sebaran Kasih 2014” dengan kerjasama Kelab

Rekreasi dan Kebajikan Staf FKMP (MECHCLUB), Pejabat

Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan

Masyarakat) dan Persatuan Pensyarah dan Pengajar

UTHM (PERKASA) ini merupakan program kali kedua

dianjurkan setelah mendapat sambutan yang

menggalakkan pada tahun sebelumnya. Program ini

diadakan bertujuan untuk mendekati, membantu dan

mengurangkan beban golongan yang kurang

berkemampuan serta memerlukan bantuan dan

sokongan orang ramai.

Seawal bulan Mei lagi urus setia program iaitu FKMP

Bikers mula berkonvoi ke beberapa tempat seperti ke

Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Baling, Kedah dan

Rumah Anak Yatim Kuala Lipis, Pahang bagi meninjau

dan mengenal pasti bentuk sumbangan yang diperlukan

oleh komuniti sasaran.

Bertemakan "Kasih Ramadhan dan Inisiatif Wakaf",

program Sebaran Kasih turut dilaksanakan di beberapa

kawasan sekitar Batu Pahat. Aktiviti ziarah dan

pengagihan beberapa bentuk sumbangan yang

melibatkan hampir 60 buah rumah serta 10 masjid dan

surau sekitar Parit Raja, Ayer Hitam, Parit Yaani, Parit

Besar, Bindu dan Pancor turut diadakan. Aktiviti ziarah

yang diketuai Dekan FKMP, Profesor Madya Dr. Yusri

Yusof ini diadakan setiap hari Khamis, empat minggu

berturut-turut sepanjang bulan Ramadan. Turut diadakan

aktiviti “Yok Monjong” iaitu aktiviti mengagihkan

makanan, wang sumbangan dan keperluan harian

kepada golongan fakir miskin, kurang berkemampuan

dan mangsa bencana.

Kemuncak program ini menyaksikan penganjuran majlis

Iftar Perdana yang melibatkan hampir 700 golongan fakir,

warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU),

pelajar kurang berkemampuan, anak yatim, serta mualaf

sekitar daerah Batu Pahat. Majlis yang diadakan pada 17

Julai baru-baru ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr.

Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan

dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM.

UTHM sentiasa berusaha menganjurkan aktiviti yang

boleh memberi manfaat kepada seluruh warga universiti

serta masyarakat sekitarnya. Penekanan terhadap

keperluan melaksanakan tanggungjawab sosial turut

diterapkan dalam kalangan staf dan para pelajarnya.

Setiap tahun UTHM akan merancang dan melaksanakan

seberapa banyak aktiviti sosial yang membabitkan

masyarakat. Usaha ini diharap dapat membawa kebaikan

antara satu sama lain di samping dapat merapatkan lagi

hubungan baik yang sedia terjalin.

07


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Khidmat Komuniti Alumni UTHM 2014

90 pelajar terima sumbangan baju raya

90 orang pelajar kurang bernasib baik menerima

sumbangan baju raya daripada pasukan Projek

Khidmat Komuniti Alumni 2014, Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) pada Ramadan lalu.

Sumbangan baju raya yang bertemakan “Sehelai baju

buat menyapu si air mata” (SBBMSAM) tersebut

melibatkan para pelajar dari empat buah sekolah iaitu

Maahad Tahfiz Sains Fatimah AzZahrah, Gombak;

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru 2, Johor

Bahru; Sekolah Agama Simpang Renggam dan Sekolah

Kebangsaan Seri Kemajuan, Batu Pahat.

Khidmat komuniti di bawah Persatuan Alumni UTHM

(UTHMA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir

Hashim Mohd Kassim ini merupakan projek kerjasama

dengan Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib

Canselor dan Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni

(CARE), UTHM.

satu aktiviti kemasyarakatan yang digerakkan secara

bersama bagi membantu pelajar dalam kalangan

anak-anak yatim dan pelajar fakir/miskin memiliki

sekurang-kurangnya sehelai baju baharu untuk berhari

raya. Kos pembelian baju baharu telah disumbangkan

oleh rakyat Malaysia selain oleh wakil pasukan

SBBMSAM di setiap negeri dan dikumpulkan di Pusat

Pengumpulan Utama iaitu di rumah Pengasasnya Encik

Ahmad Saabun.

Untuk rekod, Khidmat Komuniti UTHMA yang

diselaraskan oleh wakil pasukan SBBMSAM Johor,

Encik Ahmad Zulfadhli Jusoh dan Encik Shafry Salim

selaku penyelaras bersama bergiat aktif di negeri Johor

sejak edisi pertama ia dilaksanakan. UTHMA adalah

badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah

Pendaftar Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri dan

merupakan pertubuhan rasmi yang menaungi

keseluruhan Alumni UTHM yang kini telah melebihi

20,000 orang.

Projek Khidmat Komuniti 2014 edisi kelima yang

bermula pada 18 hingga 23 Julai ini merupakan salah

Kajian berkaitan DEMAM KUNING

raih kejayan dalam IMDC 2014

Hampir 65 peratus bayi di Malaysia berisiko mengalami

jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning. Pada

masa ini, teknik kuantifikasi dan pengesahan penyakit ini

adalah bersifat invasif, iaitu menyakitkan dan tidak mesra

bayi. Sehubungan itu, dengan iltizam untuk memberikan

sumbangan kepada masyarakat, kaedah kuantifikasi

bilirubin yang tidak invasif bagi mengesan jaundis dipilih

sebagai domain kajian projek sarjana muda (PSM)

Zulfadhli Osman, pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik (FKEE). Di bawah seliaan Dr Afandi

Bin Ahmad, projek ini juga melibatkan kolaborasi dengan

pakar kanak-kanak di Hospital Sultanah Nora Ismail

(HSNI), Dr Azizan Aziz.

Kajian ini telah dipilih antara 35 projek terbaik dalam

pusingan akhir Innovate Malaysia Design Competition

(IMDC 2014) yang berlangsung pada 28 Ogos 2014.

Kajian ini telah berjaya meraih kedudukan naib johan

untuk trek MathWorks dengan membawa pulang hadiah

wang tunai RM 3,000 dan perisian MATLAB & Simulink

Student Edition. Untuk rekod, pertandingan ini yang

dianjurkan oleh DreamCatcher adalah terbuka kepada

projek tahun akhir di seluruh Malaysia dan dinilai oleh

pihak industri.

Kejayaan ini secara langsung menunjukkan kualiti Projek

Sarjana Muda (PSM) yang dijalankan di FKEE adalah

diiktiraf dan cemerlang, serta sewajarnya menjadi

inspirasi kepada para pelajar yang bakal menjalankan

PSM untuk menghasilkan kualiti projek yang

membanggakan.

08


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Program Ihya Ramadan imarahkan Masjid UTHM

Untuk menghidupkan Ramadan bulan yang mulia bagi

umat Islam ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) mengadakan beberapa program melibatkan

pelajar termasuk pelajar antarabangsa dan masyarakat

setempat di sepanjang bulan ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, UTHM melalui Pusat

Islam melaksanakan program pemberian bubur lambuk

secara percuma kepada pelajar dan kakitangan UTHM

setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan.

Penyediaan bubur lambuk ini dimulakan seawal jam 8

pagi dan diuruskan oleh urusetia yang terdiri daripada

kakitangan UTHM yang dilantik oleh Pusat Islam. 1000

bungkus bubur lambuk dapat disediakan melalui aktiviti

gotong royong beramai-ramai dan pengagihan juadah

ini mula dijalankan sekitar pukul 3.30 petang.

Turut diadakan program berbuka puasa di Masjid UTHM

khusus untuk pelajar dan kakitangan universiti setiap

hari pada bulan ini. Menurut Ketua Pusat Islam, Ustaz

Hj. Baharudin bin Yaman @ Abd. Ghani, tahun ini

pihaknya menyediakan makanan berbuka puasa untuk

500 orang jemaah setiap hari.Program berbuka puasa

tersebut disusuli dengan solat sunat tarawih. Selain itu,

Pusat Islam juga turut mengimarahkan lagi masjid

universiti dengan mengadakan program seperti Majlis

Khatam Al-Quran dan Ceramah Nuzul Al-Quran.

Seminar Penyelidikan dan Jamuan Raya rapatkan hubungan antara pelajar siswazah

Persatuan Pelajar Siswazah dengan kerjasama Pusat

Pengajian Siswazah (PPS), Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) telah menganjurkan seminar

“postgraduate Carrier Path ” and “ What is SCOPUS, ISI,

Google Scholar and Q1 pada 17 Ogos lalu bertempat di

Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Satu majlis jamuan raya turut diadakan pada hari yang

sama bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara

pelajar siswazah tempatan mahupun luar negara

dengan tenaga pengajar. Tabung Kemanusiaan Palestin

turut dilancarkan dalam majlis tersebut untuk mengutip

dana dan disumbangkan pada rakyat palestin melalui

pihak NGO yang diiktiraf.

Seminar akademik tersebut telah disampaikan oleh

Profesor Dr. Hj. Mustafa Mat Deris, pakar dalam bidang

penyelidikan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi

Maklumat, UTHM. Program seperti ini memberi impak

yang besar terutama kepada pelajar siswazah dalam

usaha membentuk ahli akademik dan penyelidik yang

berkualiti. Elemen penyelidikan global dan terkini yang

disampaikan mampu membantu dan membentuk

halatuju pelajar siswazah yang lebih berdaya saing dan

mapan.

Seramai kira-kira 250 orang peserta pelajar pasca

siswazah menyertai seminar tersebut selain tetamu

kehormat Profesor Dr. Ahmad Shakri Mat Seman,Dekan

Pusat Pengajian Siswazah dan Profesor Madya Dr.

Ahmad Jais Alimin, Timbalan Dekan ( Hal Ehwal Pelajar

dan Pembangunan ) serta staf sokongan dari Pusat

Pengajian Siswazah.

Turut berlangsung, Majlis Sambutan Aidilfiltri

bersempena bulan syawal yang hampir sampai ke

penghujung. Kehadiran Profesor Dato'. Dr. Mohd Noh

Dalimin, Naib Canselor UTHM memeriahkan lagi majlis

anjuran Graduate Student Association (GSA) dengan

kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) itu.

Menariknya dalam usaha menerapkan semangat

kenegaraan, pelajar antarabangsa turut diperkenalkan

dengan makanan dan budaya masyarakat Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum ini.

Usaha dan program yang dilakukan secara bersama ini

mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

siswazah khususnya dalam bidang penyelidikan di

samping dapat menjalinkan toleransi budaya 1Malaysia

antara satu sama lain.

09


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul Jul - Sep - Sep 2014

Pasukan Hoki UTHM catat pencapaian

terbaik di SUKUM

Pasukan Hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki

Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM), sekaligus

menjadikan kemenangan ini sebagai salah satu

pencapaian terbaik acara sukan UTHM sepanjang tahun

ini.

Menurut Presiden Mohd Zairil Zainal, Kelab Hoki UTHM

sebelum ini menyasarkan kedudukan empat terbaik pada

kejohanan kali ke-39 ini yang berlangsung di Universiti

Teknologi Malaysia. Kejayaan merangkul tempat ketiga ini

membuktikan program dan latihan yang dilakukan

sebelum kejohanan sememangnya berkesan dalam

usaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pasukan Hoki Staf UTHM di bawah bimbingan Muhamad

Najib Yaakup menamatkan saingan di tempat ketiga

selepas tewas kepada Universiti Sains Malaysia (USM) di

peringkat separuh akhir.

Untuk rekod, Skuad Hoki UTHM sebelum ini pernah

menjuarai Kejohanan Hoki Malaysian Technical University

Network (MTUN) pada Jun 2014 yang berlangsung di

Padang Hoki UTHM. Manakala, Pasukan Hoki Pelajar

Lelaki UTHM pula pernah merangkul kejuaraan di

Kejohanan Hoki Divisyen 2, Majlis Sukan Universiti

Malaysia (MASUM) pada Mei 2014 yang berlangsung di

Stadium Hoki Kuantan, Pahang.

Sementara itu Pengurus Pasukan Muhamad Faiz Omar

berkata, pembangunan sukan hoki di UTHM perlu

dipergiatkan dari peringkat awal lagi dengan

menggalakkan lebih ramai pelajar dan staf menyertai

sukan ini di samping memberi mereka ruang dan masa

yang secukupnya untuk meningkatkan lagi kemahiran

yang ada sebelum menyertai mana-mana pertandingan.

Dengan terbentuknya satu komuniti besar Pasukan Hoki

Staf Lelaki, Pelajar Lelaki dan Wanita UTHM ini, ianya akan

dapat memudahkan lagi penganjuran sebarang aktiviti

dan program berkaitan sukan hoki di sekitar Batu Pahat

terutamanya di kawasan Parit Raja.

“Skuad hoki yang ada sekarang ini akan menjadi pelapis

kepada pasukan senior pada masa akan datang. Kita

akan memastikan segala sokongan dan bantuan dapat

diberikan kepada Kelab Hoki UTHM untuk membentuk

generasi baharu pemain-pemain hoki di UTHM,” katanya.

Penghujung tahun ini juga akan menyaksikan Pasukan

Hoki Wanita UTHM akan mengambil bahagian dalam

Kejohanan Hoki Wanita Divisyen 2, Majlis Sukan Universiti

Malaysia (MASUM) 2014 yang akan berlangsung di

Terengganu. Manakala Pasukan Hoki Pelajar Lelaki UTHM

pula akan beraksi di Liga Hoki Divisyen 1 MASUM 2015.

Latihan berterusan dan penerapan semangat kesukanan

yang tinggi ini diharap dapat menjanjikan kejayaan

kepada pasukan Hoki ini.

UTHM tuan rumah Sukan Tahunan

Universiti Malaysia-Indonesia

kali ke-

7

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih menjadi

tuan rumah sempena penganjuran Sukan Universiti

Malaysia–Indonesia (SUKMALINDO) 2014 yang diadakan

pada 28 Ogos hingga 31 Ogos 2014 lalu.

Kejohanan yang dianjurkan secara dwi tahunan ini telah

mempertandingkan sebanyak lima acara sukan iaitu

Badminton Berpasukan, Hoki Wanita, Sepak Takraw, Bola

Tampar (Lelaki dan Wanita) serta Futsal Lelaki dan

seminar yang melibatkan hampir 250 orang pelajar Institut

Pengajian Tinggi Malaysia dan Indonesia.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan

hubungan antara kedua-dua negara,terutamanya

hubungan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengenali

budaya dan adat resam bangsa, menerapkan nilai

toleransi dan hubungan persahabatan serta bersaing

secara sihat terutama dalam bidang sukan. Turut serta

sebagai Tetamu Rasmi kontigen Indonesia adalah Direktur

Akademik Direkorat Pendidikan Tinggi Kementerian

Pendidikan dan Kebudayaan, Dr. llah Sailah.

Setiausaha Bahagian Kanan, Penyelarasan Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), Encik Hasnol Zam Ahmad

telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Sukan

SUKMALINDO 2014. Beliau dalam ucapannya

mengucapkan syabas dan tahniah kepada para

pemenang dan juga pihak UTHM selaku penganjur kerana

berjaya melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan.

12


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Projek Youth Environment Symbiosis (YES)

raih Anugerah Projek Paling Popular

Projek Youth Environment Symbiosis (YES) di bawah

kendalian belia Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya meraih

Anugerah Projek Paling Popular dalam “Your Action

Project Competition” (YAPC) pada 8 Ogos lalu yang

membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri

Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan

Perdana Menteri Malaysia bersempena Festival Makanan

dan Kebudayaan ASEAN 2014 serta Rumah Terbuka Aidil

Fitri Majlis Belia Malaysia bertempat di Taman Pudu Ulu

Cheras, Kuala Lumpur.

Menyedari peranan universiti yang seharusnya berupaya

menjadi pemangkin kepada kecemerlangan komuniti

yang lestari, Projek YES yang diketuai oleh Muhammad

Shafiq Nizar dengan bimbingan Pengetua, Dr. Afandi

Ahmad merupakan kesinambungan kejayaan kajian rintis

yang telah dilaksanakan dalam kursus Kreativiti dan

Inovasi (BEE31202) bersama kumpulan 29 orang pelajar,

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE).

Dengan membawa jenama The Royal Creek – YES,

konsep yang dicadangkan merupakan idea inovatif ke

arah membentuk perubahan positif dalam komuniti

tempatan. Dengan konsep “trash to cash”, idea ini

mengembangkan sumber asas kain rentang terpakai

sebagai faktor pengganda dalam pembangunan sosial,

ekonomi dan alam sekitar. Lebih menarik lagi, dengan

kekuatan penggeraknya yang juga merupakan para belia,

Ketua kumpulan projek YES, Muhammad Shafiq Nizar menerima

anugerah daripada Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji

Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

impian menjadikan komuniti Parit Raja sebagai komuniti

lestari contoh bukan lagi halangan.

YAPC merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh

Majlis Belia Malaysia dan terbuka kepada seluruh belia di

Malaysia. Projek YES telah berjaya melepasi beberapa

halangan dan disenarai pendek untuk sesi penilaian dan

temubual pada 10 Jun 2014.

Kejayaan ini diharapkan menjadi motivasi kepada seluruh

belia KK Perwira khususnya dan warga UTHM amnya

dalam usaha meningkatkan lagi kemahiran insaniah (KI)

dalam diri mahasiswa serta membawa jenama

cemerlang UTHM ke peringkat yang lebih tinggi.

Lawatan kerja Pengarah Jabatan Pertahanan Awam

Negeri Johor (PPANJ) ke UTHM

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor

(PPANJ), Kol (PA) Mat Zin bertemu Naib Canselor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor

Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin dalam satu lawatan kerja

yang diadakan pada 10 Julai baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi

hubungan baik antara JPAM negeri Johor dengan pihak

pengurusan SISPA UTHM. Dalam lawatan tersebut,

PPANJ turut melawat Pejabat SISPA UTHM dan beliau

diberi penerangan berkaitan perkembangan SISPA UTHM

dari masa ke semasa. Pertemuan tersebut juga

membincangkan beberapa perkara berkaitan projek

kerjasama yang dirancang oleh kedua-dua pihak.

Komandan SISPA UTHM, PPj. Kehormat (PA) Profesor Dr.

Wahid Razzaly turut mengambil peluang tersebut

menyatakan hasrat SISPA UTHM untuk menganjurkan

program yang berimpak besar dan bertaraf antarabangsa,

yang mana program tersebut akan melibatan pihak

Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama JPAM.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Pengarah

JPAM Johor,Timbalan Komandan dan pegawai-pegawai

Bersekutu SISPA UTHM serta pegawai-pegawai JPAM

daerah Batu Pahat.

13


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Kor SISPA UTHM menang tempat ketiga dalam Majlis Pentauliahan dan

Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA

Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA),

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menang

tempat Ketiga secara keseluruhan di dalam Majlis

Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA

Kali kelima bagi tahun 2014 yang diadakan di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 16 hingga 19

Ogos lalu.

Kontinjen Kor SISPA UTHM diwakili oleh 110 orang ahli

yang terdiri daripada 63 Pegawai Kadet SISPA, 37

Pegawai Bakal Tauliah serta 10 orang pegawai dan

jurulatih. Dengan menyertai kesemua acara yang

dipertandingkan, Kor SISPA UTHM telah berjaya menjadi

johan di dalam Pertandingan “Menyelamat” manakala

“Melawan Kebakaran” di tempat keempat dan

“Pertolongan Cemas” serta “Pertandingan Kawad Kaki”

masing-masing di tempat kelima.

Dalam perhimpunan yang disertai oleh 26 institut

pengajian tinggi ini, seramai 37 Pegawai Kadet SISPA

UTHM telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda (PA) di

dalam Majlis Pentauliahan Pangkat. Menteri Dalam

Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah

menyempurnakan upacara pentauliahan tersebut yang

melibatkan seramai 445 orang Pegawai Kadet SISPA IPT.

Persediaan dan usaha keras yang dilakukan serta

komitmen tinggi yang diberikan oleh kontigen sebelum

pertandingan ini banyak membantu dalam membentuk

dan memantapkan penyertaan Kor SISPA UTHM pada

tahun ini. Sokongan dan bantuan yang berterusan

daripada Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor dan

Pejabat Daerah Pertahanan Awam Batu Pahat juga telah

menambahkan lagi semangat pasukan untuk terus

mengekalkan kecemerlangan.

10 pelajar UTHM sertai program

mobiliti di Universitas Gadjah Mada

10 pelajar dan dua pensyarah pengiring mewakili

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke program

Mobiliti Berkredit Kokurikulum di Universitas Gadjah

Mada, Yogjakarta, Indonesia pada 14 hingga 31 Ogos ini.

Berikutan itu, satu majlis amanat telah diadakan pada 12

Ogos yang lalu bertujuan menemukan kumpulan pelajar

tersebut dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan

Antarabangsa), Profesor Dr. Hashim Saim.

Beliau dalam amanatnya mengucapkan syabas kepada

semua yang terpilih dan mengingatkan mereka supaya

menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang program ini

diadakan. Beliau menegaskan adalah penting untuk

semua peserta menjaga imej dan perwatakan diri

memandangkan mereka membawa nama UTHM dan

negara ke sana.

“Saya amat berharap semua peserta dapat mengunakan

peluang ini sebaiknya dengan menimba sebanyak

mungkin ilmu dan kemahiran semasa mengikuti Kursus

Kerja Nyata (KKN) di sana. Jangan lupa berkongsi

pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan yang lain,”

katanya.

Majlis yang berlangsung di Aras 5, Perpustakaan Tunku

Tun Aminah ini turut dihadiri Timbalan Pengarah Pusat

Kokurikulum, Puan Hajah Sarebah Warman dan

Pensyarah Pengiring, Encik Mohd Safiee Idris dari Pusat

Pengajian Diploma serta Dr. Khairunesa Isa dari Fakulti

Sains Teknologi dan Pembangunan Insan.

Program mobiliti berkredit yang diadakan selama 18 hari

ini memberi peluang kepada para pelajar mendalami

konsep KKN dan kumpulan pelajar ini merupakan

kumpulan perintis.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan upacara simbolik

penyerahan bendera Malaysia kepada ketua kontingen

Mobiliti Berkredit Kokurikulum ini iaitu saudara Mohamad

Hamizan Mazlan.

14


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Peserta Kuliah Kerja Nyata bina rumah produksi

baja organik di Yogyakarta

Berbekalkan dana RM2700 daripada Badan Zakat

Indonesia, 10 peserta Program Mobiliti Kokurikulum

Berkredit, Kuliah Kerja Nyata (KKN) Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah membina Rumah

Produksi Baja Organik secara bergotong royong

bersama-sama penduduk Kampung Desa Dusun

Bening, Yogyakarta, Indonesia.

Pembinaan rumah tersebut merupakan salah satu

aktiviti yang dilakukan oleh peserta-peserta terbabit

sepanjang hampir sebulan berkampung di daerah

tersebut bermula 14 hingga 31 Ogos lalu. Sebelum itu

mereka juga diberi peluang untuk mereka bentuk

bangunan yang bakal dibina itu.

Azira Mohamad Fadzil, peserta KKN berkata mereka

membina rumah tersebut dengan menggunakan tenaga

masing-masing tanpa bantuan sebarang mesin kerana

faktor kewangan yang tidak mencukupi.

“Berkat dari gotong royong bersama penduduk

kampung dan juga peserta KKN dari Universiti Gajah

Mada (UGM), kami dapat menyiapkan hampir 50%

bangunan tersebut sepanjang berada di sana. Setiap

hari kami akan memulakan kerja pembinaan seawal

pukul 8 pagi sehinggalah ke tengahari,” katanya.

Kata Azira lagi selain membina rumah, mereka juga

berpeluang menyaksikan rutin harian dan mengenali

gaya hidup masyarakat di daerah tersebut. Kedatangan

mereka di sambut baik oleh penduduk dan mereka tidak

lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Profesor Madya

Dr. Ahmad Esa, penghantaran 10 peserta KKN ke daerah

tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf

kehidupan masyarakat di sana selaras dengan

tujuannya untuk melahirkan mahasiswa IPT yang

cemerlang dalam segenap aspek.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja dapat

mengeratkan hubungan antara universiti Malaysia

dengan Indonesia, malah turut memberi pendedahan

berguna kepada pelajar terbabit yang berpeluang

mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kuliah.

Pengalaman yang dilalui mereka juga dapat

mempertingkat kemahiran insaniah pelajar, termasuk

dari aspek berfikir secara kreatif, komunikasi dan

kepimpinan.

15


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Festival Keusahawanan

pupuk nilai keusahawanan dalam

kalangan mahasiswa

Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER) dengan

kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

menganjurkan Festival Keusahawanan UTHM 2014 pada

23 hingga 27 September lalu bertempat di Perkarangan

Dataran Aggerik dan Dewan Tunku Mahkota Ismail.

Penganjuran festival yang dikendalikan sepenuhnya oleh

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) UTHM ini

adalah bertujuan untuk menyemai budaya

keusahawanan dalam kalangan warga universiti

khususnya mahasiswa. Pelbagai program telah

dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran

keusahawanan sebenar kepada pelajar UTHM, selaras

dengan dasar kerajaan yang menggalakkan mahasiswa

institut pengajian tinggi menjadikan keusahawanan

sebagai kerjaya pilihan.

Program selama lima hari empat malam ini mendapat

sambutan yang begitu menggalakkan dan dimeriahkan

dengan pelbagai aktiviti jualan yang dikendalikan oleh

mahasiswa dan usahawan tempatan. Turut diadakan

demonstrasi produk daripada Kotex, Lo’real dan mi

segera Cintan, Kempen Derma Darah, Kutipan Amal

Palestin serta pelbagai jenis pertandingan berunsurkan

kreativiti dan keusahawanan.

Di samping itu program berbentuk forum dan ceramah

juga telah turut diadakan antaranya forum

keusahawanan oleh wakil SME Corporation dan Tekun,

yang membincangkan bantuan kerajaan kepada

usahawanan khususnya; Seminar Keusahawanan

bersama Alumni UTHM; Forum Perdana Hal Ehwal Islam

yang membincangkan topik keusahawanan dan

Tuntutan Islam; seminar ‘Aku Mahu Kaya’; Tutorial

Pengiriman Parcel untuk tujuan Perniagaan bersama

Poslaju dan “Persona Grooming” – Korporat dan Alam

Kerjaya.

Festival Keusahawanan ini juga turut dimeriahkan

dengan beberapa acara pertandingan seperti

pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak

tadika, pertandingan catur bistari, pertandingan gubahan

dan pertandingan futsal dalam kalangan mahasiswa

UTHM.

Pusat Perniagaan dan Keusahawanan mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan festival keusahawanan ini tersebut.

16


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Empat sekolah sertai program

“Jalinan UTHM bersama Sekolah Kluster”

Empat buah sekolah kluster sekitar negeri Johor telah

menyertai program “Jalinan UTHM bersama Sekolah

Kluster” anjuran Fakulti Sains, Teknologi dan

Pembangunan Insan (FSTPi), Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) pada 25 Ogos lalu.

Program khidmat masyarakat dengan kerjasama Pejabat

Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM ini

melibatkan penyertaan seramai 80 pelajar tingkatan

empat beserta lapan guru pengiring dari Sekolah

Menengah Kebangsaan (A) Segamat, Sekolah Menengah

Kebangsaan (A) Bandar Penawar, Sekolah Menengah (P)

Sultan Abu Bakar, Muar, dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya.

Program anjuran FSTPi ini merupakan salah satu bentuk

sumbangan UTHM kepada masyarakat sekitar selaras

dengan fungsi penubuhannya iaitu untuk menyediakan

pelbagai aktiviti bercorak kemasyarakatan demi

melahirkan individu yang lebih berilmu dan berakhlak

mulia.

Penganjuran program ini juga bertujuan untuk memberi

lebih pendedahan dan peluang kepada staf fakulti untuk

lebih mendekati masyarakat sekeliling. Di samping itu, ia

juga bertujuan untuk mempromosi UTHM kepada

masyarakat luar terutama kepada para pelajar dari

sekolah kluster yang akan melanjutkan pelajaran ke

peringkat sarjana muda.

Program diisi dengan aktiviti ceramah yang bertajuk

“Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian”,

“pembelajaran kepada pengenalan perisian matematik

Matcad dan Maple” dan aktiviti berkumpulan bertajuk

“Program Regrasi Matematik”. Pelajar turut dibawa

melawat ke makmal-makmal Matematik untuk

membolehkan mereka mempelajari sesuatu yang baru

sekali gus berupaya menarik minat mereka terhadap

subjek matematik ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh

Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan

Masyarakat) Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Hj. Omar.

Turut hadir, Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan

Masyarakat, Encik Rosmahalil Azrol Abdullah; Timbalan

Dekan (Pengajian Umum), Puan Robijah Kamarulzaman;

Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Dr. Nor

Shamsidah Amir Hamzah dan Ketua Program, Dr.

Maselan Ali serta staf-staf akademik dan sokongan dari

Jabatan Matematik dan Statistik.

17


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

Pelajar UTHM terpilih misi sukarelawan ke

VIETNAM

Mohamad Zhairul Iqumal Jumari, pelajar tahun dua Pusat

Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) telah terpilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa

Yayasan Sukarelawan Malaysia (YSS) Green Summer

Volunteer Campaign di Vietnam pada 13 Julai hingga 10

Ogos 2014 yang melibatkan Daerah Nha Be dan Wilayah

Long An di Vietnam.

Green Summer Volunteer Campaign adalah salah satu

daripada lima kempen utama digerakkan oleh Ho Chi

Minh City Youth Union dan Persatuan Pelajar Vietnam

bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dalam

kalangan rakyat negara itu. Malaysia adalah negara

tunggal di luar Vietnam yang diundang untuk turut terlibat

dalam misi tahunan berkenaan.

Muhamad Zhairul Iqumal sebelum ini pernah menyertai

Misi Sukarelawan YSS ke Batang Lupar, Sarawak bersama

tiga orang pelajar UTHM yang lain pada 23 Mac sehingga

5 April 2014.

Datuk Zuraidah Atan, Pengerusi YSS melalui Berita Harian

bertarikh 7 Julai 2014 berkata Misi kali ini lebih mencabar

kekuatan fizikal dan mental kerana mereka akan

menjalani ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri di

negara berkenaan.

“Selama sebulan di negara itu, peserta perlu menetap

bersama keluarga angkat dan menjadi Duta Kecil

Malaysia di sana. Selain menjalin dan mengeratkan

hubungan persahabatan serta jaringan dengan

masyarakat di sana, peserta turut berpeluang

mempelajari adat serta amalan masyarakat Vietnam yang

menjadikan kerja sukarelawan sebagai satu budaya,”

katanya.

Sebelum menyertai misi tersebut, Mohamad Zhairul

Iqumal perlu mengikuti Pre-Departure Training selama

tiga hari di Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi

(AKEPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang diadakan

pada 9 hingga 11 Julai 2014.

Peluang Mohamad Zhairul Iqumal Jumari mengikuti misi

sukarelawan ke Vietnam ini diharap dapat menggalakkan

lagi budaya sukarelawan dalam kalangan pelajar UTHM

dalam membantu masyarakat di peringkat komuniti,

daerah, negeri, negara dan di peringkat antarabangsa.

18


.............................................................................................. Buletin UTHM

..............................................................................................

Jul - Sep 2014

SISPA UTHM anjur Majlis Amanat Komandan dan

Jamuan Raya

Bagi mengeratkan lagi hubungan antara Warga Kor Siswa

Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) dengan Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia (JPAM), satu Majlis Jamuan Raya

tahunan SISPA telah diadakan pada 7 Ogos lalu serentak

dengan Majlis Penyampaian Amanat kepada peserta

Kontigen.

berlangsung pada 16 hingga 19 Ogos 2014 bertempat di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut

merakamkan penghargaannya kepada peserta Kontigen

Pertandingan Kemahiran dan Bakal Pegawai Tauliah

yang selama ini bertungkus lumus mengikuti latihan

serta sentiasa komited menyertai setiap pertandingan

yang dianjurkan.

Komandan SISPA UTHM, PPJ Kehormat Profesor Wahid

Razzaly menyampaikan beberapa amanat dalam majlis

yang dihadiri oleh 10 orang Pegawai Bersekutu SISPA

UTHM, tiga jurulatih, empat ASTP serta 80 pelajar. Turut

hadir, Lt. Kol. (PA) Rohaizat Hadli, Timbalan Pengarah

JPAM Johor selaku wakil rasmi Pengarah JPAM Johor.

Bagaimanapun untuk perhimpunan dan Pentauliahan kali

ini, beliau berharap Pegawai Bersekutu SISPA UTHM,

jurulatih dan para peserta dapat berusaha dengan lebih

keras lagi bagi meraih kejayaan setiap kategori yang

dipertandingkan.

Beliau dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa

Majlis Perhimpunan dan Pentauliahan Kor Sispa Kali ke 5

Rekod Pencapaian SISPA UTHM

TAHUN PERINGKAT KEBANGSAAN KEJAYAAN

2010 Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali Tempat Ke-4 Keseluruhan

pertama di UiTM

Pertandingan Kemahiran

2011 Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali Tempat ketiga Keseluruhan

kedua di USIM

Pertandingan Kemahiran

2012 Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali

ketiga di UMT

Seminar Kebangsaan Kor SISPA Kali Pertama

di UTHM

Johan Keseluruhan Pertandingan

Kemahiran

Tuan Rumah penganjur bersama JPAM

dan KPM

2013 Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA kali

ke empat di UTHM

Tuan Rumah penganjur bersama JPAM

dan KPM

Johan Keseluruhan Pertandingan

Kemahiran (kali ke 2 berturut)

19


Kor Sispa UTHM anjur

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PEMAKAIAN PANGKAT

Satu Majlis Angkat Sumpah dan Pemakaian Pangkat Kor

Sispa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah

diadakan semasa Perhimpunanan Kor SISPA yang

diadakan di Pentas Kebudayaan, UTHM pada 27

September lalu.

Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Ishak

Baba, selaku wakil rasmi PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr.

Wahid Razzaly, Komandan SISPA UTHM telah

menyampaikan beberapa amanat ketika majlis tersebut

berlangsung.

Beliau dalam ucapan amanatnya berharap penglibatan

mahasiswa-mahasiswi dalam Kor SISPA UTHM ini dapat

membentuk keperibadian, disiplin dan sahsiah diri serta

terus patuh kepada undang-undang yang telah

digariskan.

“Saya berharap anggota-anggota Kor SISPA yang akan

ditauliahkan ini bukan sahaja menjadi contoh kepada

warga universiti yang lain malah mereka nanti akan terus

berkhidmat sebagai sukarelawan JPAM atau menjadikan

profesion ini sebagai kerjaya mereka,” katanya.

Perhimpunan kali ini juga menyaksikan pemakaian

pangkat Pegawai Kadet SISPA Junior yang diketuai oleh

Muhammad Alif Ahmad Tarmizi, dan dibantu oleh

Pegawai Kadet SISPA Junior Roslina Mamat. Manakala

Pegawai Kadet SISPA Intermediat pula diketuai oleh Noor

Adila Md Don dan dibantu oleh Pegawai Kadet SISPA

Intermediat Siti Bassyirah Ibarahim.

Sementara itu, pemakaian pangkat Pegawai Kadet SISPA

Senior pula diketuai oleh Ikhwan Mohamed & dibantu oleh

Pegawai Kadet SISPA Senior Fatin Liyana Morsid serta

Ketua Pegawai Kadet SISPA Rujukan Tinggi diketuai oleh

Muhammad Farhan Hassan, Pegawai Kadet SISPA

Rujukan Tinggi Muhammad Zul Asyrani Nora dan

Pegawai Kadet SISPA Rujukan Tinggi Muhammad

Hazwan SaifulQahar.

Turut diadakan bacaan ikrar SISPA UTHM diketuai oleh

Pegawai Kadet SISPA Rujukan Tinggi Muhammad Farhan

Hassan yang juga selaku Pengerusi Majlis Perwakilan

SISPA (MPS) yang baru dilantik. Bacaan ikrar tersebut

bertujuan untuk menaikkan semangat dan menyedarkan

para pelajar Kor Sispa terhadap tanggungjawab dan

amanah yang dipikul.

Turut hadir Mejar Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi

bin Abdullah, Ajutan SISPA UTHM, Pegawai-pegawai

Bersekutu, Ketua Jurulatih, Jurulatih-jurulatih dan

anggota-anggota SISPA UTHM.

www.uthm.edu.my

Similar magazines