Garis Panduan Untuk Anggota Farmasi KKM Berurusan Dengan ...

pharmacy.gov.my

Garis Panduan Untuk Anggota Farmasi KKM Berurusan Dengan ...

GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT

FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL

(perlu dibaca bersama Garis Panduan Pemberian Dan

Penerimaan Hadiah Untuk Anggota Farmasi, KKM)

EDISI KEDUA

NOVEMBER 2012

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Lot 36, Jalan Universiti

46350 Petaling Jaya

Tel : +603-7841 3200

Fax : +603-7968 2222

WEBSITE: www.pharmacy.gov.my


ISBN 978-967-5570-36-0

Percetakan garis panduan ini disokong oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (World Health Organization).

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak menjamin bahawa maklumat

yang terkandung di dalam buku garis panduan ini adalah lengkap dan

betul dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang

ditanggung akibat penggunaan buku garis panduan ini.


KATA-KATA ALUAN

Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang

terlibat dalam penerbitan buku Garis Panduan untuk Anggota

Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berurusan

dengan Wakil Syarikat Farmaseutikal dan Pembekal, Edisi

Kedua.

Edisi ini telah diperincikan dan ianya boleh dijadikan

panduan dan rujukan bagi setiap anggota farmasi untuk

berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.

Saya berharap objektif garis panduan ini akan dapat

dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya oleh semua anggota

farmasi.

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi


1. Dato’ Eisah Binti A. Rahman

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

- Pengerusi

Jawatankuasa Induk

GGM

2. Dr. Salmah binti Bahri

Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

- Pengerusi

Jawatankuasa

Pelaksana GGM

3. Cik Mariam Bintarty binti Rushdi

Timbalan Pengarah Perkembangan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

- Setiausaha

Jawatankuasa Induk

GGM

4. Pn. Fuziah binti Abdul Rashid

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Cawangan Perkembangan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

- Setiausaha

Jawatankuasa

Pelaksana GGM

5. Tuan Shaik Nurudin bin Shaik Shahrudin

Ketua Pegawai Farmasi

Hospital Tengku Ampuan Afzan

6. Pn. Rosnaini binti Kamarudin

Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah (Farmasi)

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur & Putrajaya

7. Pn. Rosminah binti Mohd Din

Ketua Pegawai Farmasi

Hospital Selayang

8. Tuan Hj. Mohd Zamri bin Baharudin

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

9. Pn. Faridah Hanin bt. Ismail

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Cawangan Pengurusan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

- Pengerusi

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM


10. En. Ali bin Ismail

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Johor

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

11. Pn. Salwati bt. Abd. Kadir

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Cawangan Lembaga Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

12. Pn. Nor Anizah bt. Osman

Ketua Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

13. Pn. Wan Norashikin bt. Wan Abdul Kadir

Ketua Pegawai Farmasi

Hospital Teluk Intan

14. Cik Leona Tan Sze Ping

Penolong Pengarah Kanan

Unit Tadbir Urus Ubat-Ubatan Terbaik (GGM)

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

- Ahli

Jawatankuasa Kerja

Penyediaan Garis

Panduan GGM

- Urusetia

15. En. Shamin bin Saffian

Penolong Pengarah

Unit Penilaian Kualiti

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

- Urusetia

16. Ahli-ahli Jawatankuasa Induk GGM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

17. Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana GGM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM


KANDUNGAN

MUKA SURAT

A. LATAR BELAKANG 1

B. OBJEKTIF 1

C. DEFINISI 2

D. PELAKSANAAN 2

E. ETIKA BERURUSAN 3

F. PENUTUP 5

G. RUJUKAN 5

F. LAMPIRAN

I. LAMPIRAN A

Buku Daftar Urusan Wakil Syarikat 9


GARIS PANDUAN UNTUK ANGGOTA FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BERURUSAN DENGAN WAKIL SYARIKAT

FARMASEUTIKAL DAN PEMBEKAL

A. LATAR BELAKANG

Semasa menjalankan tugas harian, anggota farmasi di semua

peringkat sering berurusan dengan pelbagai pihak termasuk

wakil syarikat dan pembekal. Antara aktiviti yang terlibat

adalah perolehan, penyebaran maklumat produk, promosi

produk, kajian klinikal, sesi pembelajaran berterusan

(Continuous Pharmacy Education, CPE), tajaan latihan/

kursus/ perjalanan, pengendalian mesyuarat/seminar/bengkel

serta anjuran pameran dan sukan.

Keadaan ini boleh menimbulkan syak wasangka dan

penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi, sehingga

boleh menjejaskan integriti anggota farmasi dan imej jabatan

farmasi. Bagi mengelakkan keadaan ini, peranan dan

tanggungjawab semua pihak yang terlibat perlulah jelas.

B. OBJEKTIF

a) Memberi panduan kepada anggota farmasi apabila

berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan

pembekal.

b) Meningkatkan etika dan integriti anggota farmasi semasa

berurusan dengan wakil syarikat farmaseutikal dan

pembekal.

c) Memastikan urusan di antara anggota farmasi dengan wakil

syarikat farmaseutikal dan pembekal dikendalikan secara

telus dan professional.

1


C. DEFINISI

a) Wakil syarikat farmaseutikal

Personel dari syarikat yang membekalkan ubat-ubatan dan

peralatan perubatan yang berurusan dengan anggota

farmasi.

b) Wakil syarikat pembekal

Personel dari syarikat yang membekalkan peralatan bukan

perubatan, seperti alat tulis, peralatan ICT dan lain-lain

yang berurusan dengan anggota farmasi.

c) Ketua jabatan

Seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu

kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan

termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan

Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan

Professional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara

bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi

kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk

bertindak bagi pihaknya.

D. PELAKSANAAN

a) Anggota farmasi yang dibenarkan berurusan:

(i) Ketua jabatan.

(ii)

(iii)

Anggota farmasi yang berkaitan dengan tugas

rasminya.

Anggota farmasi lain yang diberi kebenaran

daripada ketua jabatan.

2


) Wakil syarikat yang dibenarkan berurusan

(i)

(ii)

Mendapat kebenaran daripada ketua jabatan

Mempunyai identifikasi diri ketika berurusan.

c) Tujuan berurusan

(i) Menyampaikan maklumat/informasi berkaitan

produk dan perkhidmatan farmaseutikal/bukan

farmaseutikal. Anggota farmasi digalakkan

meminta wakil syarikat mengemukakan bahanbahan

perihal produk yang lengkap seperti kajian

klinikal, Bioavailability / Bioequivalent (BA/ BE) dan

sebagainya sekurang-kurangnya seminggu

sebelum tarikh temujanji, jika perlu.

(ii)

Menyampaikan maklumat berkaitan kajian-kajian

yang dijalankan ke atas produk farmaseutikal

seperti Bioavailability / Bioequivalent Studies,

Evidence Based Medicine, Clinical Trial, Adverse

Drug Reaction Report, Periodically Safety Update

Report dan Cost Effective Research.

(iii) Menjalankan aktiviti Continuous Pharmacy

Education (CPE)

a) Wakil syarikat perlu mendaftar dengan unit yang

mengendalikan latihan untuk mendapatkan

jadual sesi CPE.

b) Pemberitahuan sesi CPE perlu dilakukan oleh

unit yang mengendalikan latihan.

c) Kandungan CPE mestilah berbentuk

pembelajaran dan tidak menjurus ke arah

produk syarikat sahaja.

3


d) Sesi CPE mesti memberi peluang untuk

perbincangan terbuka di mana semua ahli dapat

mengutarakan pandangan yang berkaitan.

e) Penglibatan hendaklah terbuka kepada semua

pihak yang berkaitan.

d) Jadual dan masa berurusan

(i)

(ii)

(iii)

Masa berurusan hanya pada hari dan waktu yang

telah ditetapkan.

Semua urusan hendaklah melalui temujanji dan

mengikut tempoh yang bersesuaian agar tidak

menjejaskan perkhidmatan.

Semua temujanji perlu direkodkan dalam Buku

Daftar Urusan Wakil Syarikat (Lampiran A)

e) Kawasan / Ruang berurusan

(i)

Hanya kawasan / ruang pejabat yang telah

ditetapkan. Wakil syarikat tidak dibenarkan

memasuki kawasan selain yang ditetapkan tanpa

kebenaran.

E. ETIKA BERURUSAN

a) Anggota farmasi perlu memaklumkan kepada ketua jabatan

jika terdapat Conflict of Interest (COI) semasa berurusan

dengan wakil syarikat.

b) Menjaga kerahsiaan maklumat kerajaan.

4


c) Perkara-perkara yang dilarang ketika berurusan dengan

wakil syarikat farmaseutikal dan pembekal.

(i) Menerima sampel-sampel tanpa kelulusan

Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik di peringkat

yang berkaitan.

(ii)

Menerima pelawaan serta jemputan makan dan

minum secara peribadi (Sila rujuk Garis Panduan

Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk Anggota

Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia).

(iii) Menerima apa-apa bentuk cenderahati dan

penajaan kecuali yang dibenarkan di dalam garis

panduan penerimaan hadiah (Sila rujuk Garis

Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah

Untuk Anggota Farmasi, Kementerian Kesihatan

Malaysia).

(iv) Memberitahu mengenai maklumat berkaitan

transaksi, data pembelian, harga, penggunaan dan

status paras stok/produk.

(v)

Memberitahu kedudukan peruntukan perolehan.

(vi) Memberitahu keputusan mesyuarat jawatankuasa

ubat dan terapeutik, jawatankuasa sebut harga dan

tender.

(vii) Berurusan rasmi di premis luar dalam keadaan

yang boleh menimbulkan syak wasangka dan

menjejaskan pertimbangan keputusan anggota

farmasi yang terlibat.

5


F. PENUTUP

Garis panduan ini hendaklah diterapkan sebagai amalan bagi

mewujudkan satu budaya kerja yang professional, berintegriti

dan telus di kalangan anggota farmasi. Garis panduan ini

adalah tertakluk kepada perubahan pekeliling atau arahan

yang berkaitan dari masa ke semasa.

G. RUJUKAN

1. Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Untuk

Anggota Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

6


lampiran


lampiran A

9


10

NOTA


NOTA

11


12

NOTA

More magazines by this user
Similar magazines