panduan perlantikan skim penyelidik pelawat (penerbitan)

nanotech.utm.my

panduan perlantikan skim penyelidik pelawat (penerbitan)

PANDUAN PERLANTIKAN

SKIM PENYELIDIK PELAWAT (PENERBITAN)

(VISITING RESEARCHER FOR PUBLICATION)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk melantik Penyelidik Pelawat bagi

meningkatkan bilangan penerbitan berimpak bagi university.

2.0 OBJEKTIF

Berikut adalah objektif diwujudkan skim ini;

2.1 Membantu universiti bagi meningkatkan bilangan penerbitan berimpak

tinggi dan sekali lagi membantu dalam pemarkahan dalam audit Universiti

Penyelidikan untuk mengekalkan status sebagai Universiti Penyelidikan.

2.2 Membantu memastikan peruntukan yang telah diagihkan mampu

dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

2.3 Membantu penyelidik universiti mendapat bimbingan dan pengalaman

daripada pakar berpengalaman dalam penerbitan berimpak tinggi.

2.4 Meningkatkan kepakaran penyelidik universiti untuk menghasilkan lebih

banyak penerbitan berindeks dan berimpak tinggi.

2.5 Kearah melahirkan ramai pakar dalam penerbitan dan seterusnya akan

melahirkan penyelidik yang mampu diiktiraf oleh jurnal berimpak dan

berpeluang untuk dilantik sebagai editor dalam jurnal-jurnal berkenaan.


3.0 KATEGORI PERLANTIKAN

Berikut adalah kategori pelantikan dalam skim ini;

3.1 Profesor Penyelidik Pelawat

i. Merupakan seorang calon (Professor) yang dikenali unggul dalam bidang

penulisan jurnal berimpak tinggi.

ii. Calon dipilih berdasarkan kepada penilaian rekod penyelidikan,

kepentingan bidang yang dikaji dan kekuatan serta impak yang dapat

diberikan kepada UTM.

iii. Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 6 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 5 untuk lantikan bagi tempoh 1-6

bulan.

3.2 Profesor Madya Penyelidik Pelawat

i. Menyandang gelaran Prof. Madya (bukan diberikan oleh UTM) sekurangkurangnya

melebihi tempoh 2 tahun sebelum perlantikan boleh

dilakukan serta memiliki PhD.

ii. Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 5 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 4 untuk lantikan bagi tempoh 1-6

bulan.

3.3 Felo Penyelidik Kanan

i. Calon mestilah memiliki PhD dengan pengalaman beberapa tahun dalam

penyelidikan sebagai postdoctoral.

ii. Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 4 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 3 bagi lantikan untuk tempoh 1-6

bulan.

3.4 Felo Penyelidik

i. Calon hendaklah memiliki PhD atau lain-lain kelayakan profesional yang

diiktiraf. Pertimbangan akan diberikan berdasarkan kepada rekod

akademik dan penerbitan calon.


ii. Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 3 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 2 bagi lantikan untuk tempoh 1-6

bulan.

3.5 Penyelidik Pelawat

i. Perlantikan boleh dibuat bagi tempoh selama 1-6 bulan. Sebarang

perrmohonan perlanjutan tempoh hanya boleh dipertimbangkan dengan

mengemukakan pencapaian calon sepanjang tempoh perlantikan

terdahulu.

ii. Calon mestilah berkeupayaan mempamerkan pencapaian akademik

menerusi penerbitan dan pencapaian professional yang lain.

iii. Calon mestilah yang sudah mempunyai PhD.

iv. Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 2 bagi lantikan untuk tempoh 1-6

bulan.

3.6 Penyelidik Pelawat Junior

i) Perlantikan boleh dibuat bagi tempoh selama 1-6 bulan. Sebarang

permohonan perlanjutan tempoh hanya boleh dipertimbangkan dengan

mengemukakan pencapaian calon sepanjang tempoh perlantikan

terdahulu.

ii) Calon mestilah berkeupayaan mempamerkan pencapaian akademik

menerusi penerbitan dan pencapaian professional yang lain.

iii) Perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 artikel dalam jurnal

berimpak atau dengan jumlah CIF 1 bagi lantikan untuk tempoh 1-6

bulan.

iv) Calon merupakan seorang pelajar PhD yang masih belum menyelesaikan

pengajian / viva.

4.0 SYARAT PERLANTIKAN

Berikut adalah syarat untuk melantik calon penyelidik pelawat di UTM


4.1 Kriteria Perlantikan

Semua permohonan bagi perlantikan penyelidik pelawat ini perlu mempunyai

kriteria yang telah ditetapkan mengikut kategori pelantikan antaranya latar

belakang pendidikan, tempoh memegang jawatan sebagai Professor,

penulisan yang telah dihasilkan serta nilai impak faktor, anugerah yang

pernah diterima. Kriteria penuh pelantikan mengikut kategori adalah seperti

di Lampiran 1.

4.2 Dokumen Lampiran

Pemohon harus memastikan calon mengemukakan beberapa dokumen

sokongan sewaktu membuat permohonan iaitu:

i) Curriculum Vitae – dengan memberikan rekod penerbitan berserta CIF

untuk tempoh 2-3 tahun sebelum tarikh permohonan dibuat.

ii) Salinan passport

iii) Borang permohonan

4.3 Penetapan KPI

Penyelidik Pelawat yang dilantik akan ditetapkan Key Performance Indicator

(KPI) dimana pada tarikh akhir pelantikannya, mereka perlu menghasilkan 2

– 6 artikel atau 1 – 5 impak faktor dalam jurnal yang berimpak namun jurnal

yang berbayar tidak dibenarkan melainkan kos dibiaya oleh sumber selain

kewangan Universiti. Bagi calon yang tidak berjaya menyumbang kepada KAI

yang telah ditetapkan akan dikenakan denda yang akan ditentukan oleh

Pejabat TNCPI. Manakala calon yang berjaya memberikan sumbangan

melebihi daripada KAI yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan untuk

diberikan ganjaran sewajarnya

4.4 Penempatan Calon Sepanjang Tempoh dilantik

Calon yang telah dilantik boleh berada di negara mereka sendiri dalam

tempoh perlantikan dibuat namun mereka perlu berada di UTM dalam

tempoh tertentu dengan perakuan dan penyeliaan Pusat Tanggungjawab yang

bertanggungjawab.

4.5 Kemudahan Tambang Penerbangan.

Pembiayaan perjalanan calon (tiket penerbangan) hanya boleh dibiayai SATU

KALI sahaja sepanjang tempoh lantikan. Calon dikehendaki untuk membeli

dahulu tiket penerbangan dan seterusnya memohon pembayaran semula

daripada UTM sebaik sahaja mereka tiba. Sekiranya calon hendak membawa

isteri/ahli keluarga bersama, mereka adalah tanggungan calon sendiri.

4,5 Tempoh Perlantikan

Tempoh lantikan calon adalah bagi tempoh 1 – 6 bulan. Perlantikan melebihi

tempoh tersebut boleh dipertimbangkan menerusi proses permohonan


perlanjutan tempoh dengan mendapat kelulusan Y.Bhg. Timbalan Naib

Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Kelulusan adalah berdasarkan pencapaian dan sumbangan calon sepanjang

berada di UTM dalam Borang Penilaian/ Progress Form yang telah

ditetapkan.

4.6 Penyeliaan

Calon yang dilantik hendaklah diletakkan di bawah pemantauan seorang atau

lebih penyelia dengan hanya seorang penyelia sahaja didaftar sebagai

pemohon di dalam borang permohonan. Penyelia adalah bertanggungjawab

untuk menyelia dan memastikan calon berjaya menghasilkan/menyiapkan

penulisan artikel dalam tempoh yang ditetapkan dan menghantar borang

penilaian.

4.7 Kolaborasi Penyelidikan

Bagi mewujudkan kolaborasi penyelidikan secara global, calon yang dilantik

juga hendaklah bertanggungjawab untuk membentuk sebuah jalinan

kerjasama antara UTM dengan organisasi luar negara tertentu untuk

menjalankan aktiviti penyelidikan secara kolaborasi (perolehan geran, MOU,

penganjuran seminar, konferen dan lain-lain). Calon dibenarkan untuk

menghadiri apa-apa seminar/konferen dalam dan luar Negara tetapi dengan

syarat ianya atas pembiayaan peribadi/sendiri. Universiti berhak untuk

menolak sebarang tuntutan kewangan bagi perkara tersebut sekiranya

dikemukakan.

4.8 Pengurusan dan Kewangan

Urusan kehadiran calon ke UTM hendaklah diuruskan sepenuhnya oleh

pemohon dengan dibantu oleh pihak Research Alliance (RA). RA juga

bertanggungjawab membantu dalam urusan kewangan yang berkaitan

dengan tuntutan pembayaran semula biaya penerbangan, sewa rumah dan

lain-lain yang telah didahulukan oleh calon, pembayaran honorarium calon

setiap bulan dan lain-lain urusan kewangan yang dibenarkan sehingga calon

menerima cek pembayaran. Sekiranya tempoh pembayaran honorarium calon

tidak cukup sebulan, maka pengiraan akan dibuat secara ‘proportionate’.

4.9 Bayaran Hotel / Sewa Rumah

Calon hanya dibenarkan dan akan dibayar untuk menginap di hotel yang

mematuhi kadar yang telah ditetapkan atau Scholar’s Inn bagi tempoh selama

sebulan sahaja. Bagi bulan berikutnya, calon dikehendaki untuk menyewa

rumah dengan kadar sewaan RM2,500 sebulan (maksima).


4.10 Aktiviti Pengajaran

Calon yang dilantik di bawah skim ini boleh dikecualikan daripada sebarang

aktiviti pengajaran di Universiti sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian

terhadap aktiviti penyelidikan secara total demi memastikan hasrat UTM

untuk menghasilkan penerbitan berimpak tinggi menerusi perlantikan

penyelidik luar Negara ini dapat dimanfaatkan.

5.0 BAYARAN HONORARIUM

Berikut adalah jumlah honorarium yang diberikan mengikut kelayakan;

5.1 Profesor Penyelidik Pelawat (USD6,000)

5.2 Profesor Penyelidik Pelawat (USD 5,000)

5.3 Felo Penyelidik Kanan (USD 4,000)

5.4 Penyelidik Pelawat (USD 3,000)

5.5 Penyelidik Pelawat (USD 2,000)

5.6 Penyelidik Pelawat Junior (USD 1,000)

6.0 BORANG PERMOHONAN

Semua permohonan perlu menggunakan borang permohonan seperti di

Lampiran 2.

7.0 URUSETIA SKIM

Urus setia bagi skim ini adalah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

Inovasi)


RAJAH 1 : CARTA ALIRAN KERJA

PERMOHONAN MENJEMPUT PENYELIDIK PELAWAT (PENERBITAN)

BAGI RA DAN COE

Mula

RA dan COE memohon menerusi Borang

Permohonan rasmi menjemput Penyelidik Pelawat

(Penerbitan) ke UTM.

PP menyemak borang permohonan

Pulangkan semula borang

kepada pemohon /dapatkan

maklumat yang diperlukan

TIDAK LENGKAP

LENGKAP

- Teruskan

Memastikan borang permohonan yang

diterima lengkap ataupun tidak lengkap

PP mengesahkan dan menandatangani semakan

urus setia

PP memajukan permohonan seterusnya kepada

TNCPI untuk kelulusan.

Selesai


RAJAH 2 : CARTA ALIRAN KERJA

PERMOHONAN TUNTUTAN PEMBAYARAN (PROSES KEWANGAN)

PENYELIDIK PELAWAT (PENERBITAN)

BAGI RA DAN COE

Mula

RA kemukakan surat permohonan pembayaran bersamasama

dokumen tersebut kepada Pejabat TNCPI:

i) Borang Progress Report

ii) Salinan pasport

iii) Lain-lain bil yang berkaitan (hotel/rumah sewa dll)

iv) Surat perlantikan yang dikeluarkan pihak HCM

PP menyemak semua dokumen

Hantar kuiri kepada RA/pulangkan

semula dokumen yang tidak

lengkap kepada RA dan dapatkan

maklumat yang diperlukan

TIDAK LENGKAP

LENGKAP

- Teruskan

Memastikan permohonan yang diterima

lengkap ataupun tidak lengkap

PP majukan permohonan kepada kerani kewangan

untuk dibuat proses UTMFin

Kerani membuat permohonan UTMFin dan proses

seterusnya disahkan oleh PP sehingga selesai dan

permohonan dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.

Selesai


KRITERIA / LATAR BELAKANG CALON

LAMPIRAN 1

OPTION 1

Visiting Junior

Researcher

(DS45)

USD1000

Visiting

Researcher

(DS51)

USD2000

Visiting Research

Fellow

(DS53)

USD3000

Visiting Senior

Research

Fellow (VK07)

USD4000

Visiting Associate

Research

Professor (VK06)

USD5000

Visiting

Res. Professor

(VK05)

USD6000

Education Master Equ PhD Equ PhD Equiv PhD Equiv PhD Equ PhD Equ

Working

Experience After Master 1 1 4 10 22 28

Research Input Project Leader 0 0 0 0 1 3 3 9 8 24 12 36

Grant Amount 0 0 0 0 20K 0.4 150K 3 1M 20 2M 40

Publication Scopus/ISI Indexed Journals 1 1 1 1 3 3 10 10 45 45 60 60

Impact factor 0 0 0 0 2 5 14 18

Book 0 0 0 0 1 1.5 1 1.5 1 1.5 1 1.5

Teaching

Experience Delivered Teaching Credits 3 0.525 3 0.525 20 3.5 30 5.25 50 8.75 60 10.5

Master Supervision 0 0 0 0 1 0.5 2 1 8 4 10 5

PhD Supervision 0 0 0 0 0 0 1 1 5 5 7 7

Professional

Service Academic Admin Position (HoD) or 0 0 0 0 1 5 1 5 2 10 3 15

Committee in Academic and Society Organization and 1 0.5 1 0.5 3 1.5 5 2.5 20 10 30 15

Speaker in Professional Course 0 0 0 0 1 0.5 2 1 6 3 8 4

Industrial

Linkage Consultation project or 0 0 0 0 0 0 50K 1.5 200K 6 300K 9

MOU with Industry or 0 0 0 0 0 0 1 1.5 3 4.5 4 6

MOU with International Cop or 0 0 0 0 0 0 1 1.5 3 4.5 4 6

Spin Off Company 0 0 0 0 0 0 1 1.5 1 1.5 1 1.5

Academic

Leadership Committee member in International Association 0 0 0 0 0 0 2 2 2 2 4 4

Committee member in National / University

Organization 0 0 0 0 0 0 5 2.5 10 5 10 5

Award 0 0 0 0 0 0 1 2 3 6 4 8

Keynote Speaker 0 0 0 0 0 0 0 0 4 6 6 9

Chairman of international body 0 0 0 0 0 0 0 0 4 6 6 9

Chairman of national body 0 0 0 0 0 0 0 0 3 3 5 5


OR DS45 DS51 DS53 VK07 VK6 VK5

Publication

OPTION 2 Scopus/ISI Indexed Journals 1 1.525 16.9 43.75 152.25 224

OR

Publication

OPTION 3

EQUIVALENCY

Impact factor 0 0 2 5 14 18

Scopus/ISI Indexed Journals

1

1 3 10 45 60

Impact factor 0 1.525 16.9 43.75 152.25 224

1 JOURNAL = 80 Hours / Year

1 ISI/SCOPUS JOURNAL = 4 BOOK CHAPTER

1 TEXT BOOK = 5 JOURNALS = 20Book Chapters

1 ISI/SCOPUS JOURNAL = 5 NON INDEX JOURNALS

1 ISI/SCOPUS JOURNAL = 6 PROCEEDINGS

1 RESEARCH BOOK = 10 JOURNALS

1 Patent Granted = 1.5 JOURNALS

1 Patent Pending = 0.9 JOURNAL

1 Copyright = 0.6 JOURNAL

1 Teaching Credits=14 hours = 0.175 Journal

1 Project Leader = 240 hours = 3 Journal

1 Project Grant Amount 50 K = 80 hours = 1 Journal

1 Master Supervision = 42 hours / year = 0.5

Admin Position (HoD) = 10 hours / week X 40 weeks = 5 Journal

Community Committee Member = 1 hours / week X 40 week = 0.5 Journal

Speaker in professional course = 2 hours / week X 20 weeks = 40 hours= 0.5 Journal

1 PhD Supervision = 84 hours / year = 2 journal

Consultation project 50 K = 3 hours / week X 40 = 120 hours / year = 1.5

1 MOU with Industry = 3hours / week = 1.5 Journals

1 MOU with International Cooperation = 3 hours / week = 1.5

1 Spin Off Company = 120 hours / year = 1.5

Committee in International Association = 2 hours / week = 80 hours = 1 journal

Committee in National / University Organization = 1 hour / week = 0.5 journal

International Award = 4 hours / week = 2 Journal

National Award = 3 hours / week = 1.5 Journals

Keynote Speaker = 3 hours / week = 1.5 Journals

Chairman of international body = 3 hours / week = 1.5 journals

Chairman of national body = 2 hours / week = 1 journal

More magazines by this user
Similar magazines