Minit Mesyuarat MBJ Bil 3/2011 - bheuu

bheuu.gov.my

Minit Mesyuarat MBJ Bil 3/2011 - bheuu

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

JABATAN PERDANA MENTERI

BIL. 3 TAHUN 2011

_________________________________________________________

Tarikh : 21 September 2011 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi – 11.45 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10

Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang

PUTRAJAYA

Pengerusi :

YBhg. Dato’ Saripuddin Kasim

Ketua Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang

(9.00-10.15 pagi)

Puan Mahzum binti Ariffin

Timbalan Ketua Pengarah

(Dasar & Pembangunan)

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang

(10.15-11.45 pagi)

Kehadiran :

Seperti di Lampiran A

_________________________________________________________

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. YBhg. Dato’ Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan

salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli

mesyuarat yang hadir.

1


2. YBhg. Dato’ Pengerusi turut memaklumkan perkara berikut

kepada ahli mesyuarat:

(i)

(ii)

Majlis Jamuan Hari Raya Jabatan Perdana Menteri

Tahun 2011

Semua ahli MBJ dialu-alukan untuk hadir ke majlis

tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai

mesyuarat. Kesempatan yang ada perlu digunakan oleh

ahli MBJ terutamanya yang datang dari luar Putrajaya

untuk turut sama memeriahkan suasana Majlis Jamuan

Hari Raya yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana

Menteri. YBhg. Dato’ Pengerusi turut mengingatkan agar

semua ahli MBJ dijemput ke setiap majlis atau program

yang dianjurkan oleh BHEUU, MdI dan JBG pada masa

akan datang.

Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan BHEUU, MdI

dan JBG

Persidangan berkenaan akan diadakan pada 6 dan 7

Oktober 2011 bertempat di Dewan Harmoni, BHEUU.

Pihak Pengurusan BHEUU akan memastikan

persidangan seumpama ini diadakan setiap tahun bagi

memberi peluang kepada semua pegawai BHEUU, MdI

dan JBG bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan

hubungan antara satu sama lain.

2


(iii)

Ahli MBJ

YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan supaya Pihak

Pekerja MBJ meneliti keperluan wakil pemandu dilantik

sebagai Ahli Pihak Pekerja MBJ untuk mewakili

pemandu-pemandu di BHEUU, MdI dan JBG. YBhg.

Dato’ Pengerusi juga meminta agar Perlembagaan MBJ

sedia ada dipinda sekiranya cadangan tersebut

diperlukan.

Tindakan : S(PSM)

(iv)

Penganjuran Program Rasmi Bahagian/Jabatan di

Institusi Latihan Kerajaan

YBhg. Dato’ Pengerusi turut mengingatkan supaya

BHEUU, MdI dan JBG mengurangkan penggunaan hotel

dalam menjalankan program-program rasmi

Bahagian/Jabatan masing-masing dan digalakkan

menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di

Institusi Latihan Kerajaan seperti ILKAP, Akademi

Maritim, Jabatan Penjara dan sebagainya untuk

menjimatkan kos.

Perhatian

3


II.

Kata Aluan Pengerusi Pihak Pekerja MBJ

1. Pengerusi Pihak Pekerja MBJ turut mengucapkan Selamat Hari

Raya Aidilfitri kepada semua ahli mesyuarat dan

memperkenalkan tiga (3) orang wakil Pihak Pekerja MBJ yang

baru dilantik bagi menggantikan ahli yang telah bertukar.

Walau bagaimanapun, enam (6) orang wakil Pihak Pekerja

tidak dapat hadir ke mesyuarat kali ini atas sebab-sebab yang

tidak dapat dielakkan.

2. Pengerusi Pihak Pekerja turut memaklumkan bahawa

sebanyak enam (6) usul akan dibentangkan di dalam

mesyuarat pada kali ini.

Makluman

III.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan BHEUU Bil. 2 Tahun 2011

disahkan tanpa pindaan.

IV.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

(1) Promosi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Mesyuarat mengambil maklum bahawa taklimat berhubung

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 telah disampaikan

oleh Encik Abdul Hafiz bin Razat, Penolong Pegawai Undang-

Undang dari Unit Undang-Undang, BHEUU.

Makluman

4


(2) Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan

Mesyuarat mengambil maklum bahawa isu panjar wang runcit

di JBG Cawangan Langkawi telah selesai dan sebarang

perkara berbangkit akan dibincangkan di dalam Mesyuarat

Ketua-Ketua Jabatan.

Makluman

(3) Bayaran Sewa Rumah Kerajaan Negeri Melebihi Imbuhan

Tetap Perumahan (ITP)

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Pejabat Setiausaha

Kewangan Negeri telah memaklumkan bahawa permohonan

telah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara (JAN)

Cawangan Sarawak untuk pertimbangan hapus kira dengan

Akaun Amanah.

2. YBhg. Dato’ Pengerusi mengarahkan agar S(PSM)

mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kaitan Akaun

Amanah dengan tindakan yang dibuat. YBhg. Dato’ juga

meminta supaya isu ini disusuli dengan pihak berkenaan bagi

memastikan ia dapat diselesaikan segera.

Tindakan : MdI/S(PSM)/S(K)

5


(4) Jawatan Juruteknik Komputer (FT17) di Cawangancawangan

JBG dan MdI

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Juruteknik FT17 tidak

akan ditempatkan di cawangan-cawangan JBG dan MdI.

Namun demikian mereka akan segera ke cawangan-cawangan

berdekatan dengan jarak kurang 300 km bagi menyelesaikan

masalah-masalah yang kritikal pada hari yang sama aduan

diterima.

Makluman

(5) Perkhidmatan Helpdesk

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

khidmat sokongan HelpDesk BHEUU telah dipanjangkan

kepada cuti hujung minggu (Ahad). Makluman berkenaan

perkara ini telah diedarkan secara bersurat kepada JBG

dan MdI pada 13 Jun 2011. Tiga (3) orang pegawai telah

ditugaskan untuk menerima laporan aduan kerosakan

seperti berikut :

(a)

(b)

(c)

Encik Muhammad Salahuddin Syah bin Mohd Zakri

(013-361 6995)

Encik Muhammad Izzuddin bin Zamre

(013-490 4913)

Encik Zambari bin Salleh

(016-8110994)

6


(ii)

pihak S(TM) telah mengedarkan borang soal selidik pada

bulan Ogos 2011 bagi mendapatkan maklum balas

berkenaan kursus penyelenggaraan ICT kepada semua

wakil cawangan. Maklum balas ini bertujuan untuk

membantu dalam merangka silibus yang sesuai bagi

kursus tersebut. Antara maklum balas yang diterima

termasuk permintaan untuk mengadakan kursus

pengurusan komputer, penyelenggaraan komputer dan

mesin pencetak (printer).

Tindakan : S(TM)

(6) Kenderaan Jabatan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa:

(i)

(ii)

kenderaan pacuan empat roda dijangka akan diperolehi

pada akhir bulan September 2011; dan

pihak MdI telah mengambil kira keperluan kenderaan

berdasarkan keperluan penggunaan cawangan

berdasarkan program/aktiviti yang telah dan akan

diadakan seperti program outreach, aktiviti siasatan dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, perolehan kenderaan

ini tertakluk kepada peruntukan yang akan diluluskan

Kementerian Kewangan.

Tindakan: S(K)/MdI

7


(7) Kursus bagi Pemandu dan Pembantu Am Pejabat

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

MdI telah menyediakan manual kerja bagi pemandu dan

telah diedarkan kepada semua pemandu MdI pada

pertengahan bulan Ogos 2011;

(ii) JBG juga telah menyediakan manual kerja pemandu

yang diubahsuai daripada Manual Kerja Pemandu

BHEUU dan telah mula digunakan oleh semua pemandu

JBG mulai 1 Ogos 2011; dan

(iii)

Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Personaliti

Cemerlang bagi kakitangan Kumpulan Sokongan 2

(Pemandu dan Pembantu Am Pejabat) BHEUU, MdI dan

JBG telah diadakan dengan jayanya pada 25 Jun 2011

bertempat di Dewan Harmoni, Bangunan Hal Ehwal

Undang-Undang.

2. YBhg. Dato’ Pengerusi mengarahkan supaya prosedur

serta etika kerja pemandu Jabatan diperkemaskan dengan

penguatkuasaan larangan merokok di dalam kenderaan

Jabatan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan

had kelajuan kenderaan Jabatan terutama ketika menjalankan

tugas rasmi.

Tindakan : S(PSM)

8


(8) Kafeteria

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Operator Kafeteria BHEUU

yang baru, Roslani Catering telahpun dilantik dan mula

beroperasi pada 7 September 2011.

2. Mesyuarat seterusnya bersetuju supaya S(PSM)

mengarahkan pihak kafeteria supaya mempamerkan senarai

harga makanan yang dijual untuk kemudahan pelanggan.

Tindakan : S(PSM)

(9) Tempat Meletak Kenderaan di Bangunan BHEUU

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

(ii)

kajian yang dijalankan selama tiga (3) hari mendapati

bahawa hanya seorang pegawai yang tidak

menggunakan lot parkir yang diperuntukkan iaitu Puan

Samalaa a/p Perumal, Penolong Pengarah Kanan

(Khidmat Pengurusan) MdI. Lot parkir pegawai tersebut

telahpun diperuntukkan kepada pegawai lain; dan

rondaan telah dijalankan bagi memantau kenderaan yang

diletakkan di parkir BHEUU di luar waktu pejabat. Pemilik

kenderaan tersebut telah diberikan amaran secara

bertulis dan notis peringatan.

9


2. Mesyuarat seterusnya bersetuju supaya warga BHEUU,

MdI dan JBG yang ingin meninggalkan kenderaan di parkir

Bangunan BHEUU untuk tempoh tertentu kerana mengikuti

kursus atau bertugas di luar Putrajaya perlu memaklumkan

kepada Pengawal Keselamatan BHEUU bagi memastikan

keselamatan kenderaan yang ditinggalkan terjamin.

Makluman

(10) Kekurangan Pemandu

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kertas Cadangan Kursus

Pengambilan Lesen Kelas E (Motolori) telah diluluskan oleh

YBhg. Dato’ KP BHEUU. Seramai tiga (3) orang pemandu dari

BHEUU, MdI dan JBG yang berprestasi cemerlang akan

dikenalpasti dan dicalonkan untuk mengikut kursus tersebut.

Tindakan: S(PSM)/MdI/JBG

(11) Sukan Antara Zon

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i)

(ii)

penganjuran Sukan Antara Zon akan dibincangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir KSK BHEUU yang akan

datang; dan

Kertas Cadangan bagi menjemput semua anggota MdI

dan JBG dari setiap cawangan sebagai Ahli Gabungan

KSK BHEUU telah disediakan termasuk memuktamadkan

terma, syarat dan senarai faedah untuk Ahli Gabungan.

10


Pihak KSK sedang dalam tindakan menyediakan surat

jemputan kepada anggota di semua Cawangan MdI dan

JBG untuk menyertai ahli gabungan.

Tindakan: Setiausaha KSK

(12) Gangguan Bekalan Elektrik di MdI Perlis

Mesyuarat dimaklumkan bahawa:

(i) Unit Teknikal Seksyen Pelaksanaan Projek telah

mengadakan lawatan ke MdI Perlis 27 Julai 2011 bagi

melihat kerosakan yang dilaporkan; dan

(ii) berdasarkan perbincangan yang telah diadakan pada 8

Ogos 2011, YBhg. Dato’ KP BHEUU mengarahkan agar

kerja-kerja pembaikan elektrik di MdI Perlis ditangguhkan

untuk sementara waktu berikutan kekangan peruntukan di

bawah belanja mengurus.

Makluman

(13) Kod Keselamatan di Pintu Cawangan MdI

Mesyuarat mengambil maklum bahawa kerja-kerja

pengubahsuaian ruang pejabat di Terengganu menekankan

aspek work station dan perabot. Pihak MdI akan memastikan

sebarang pengubahsuaian ruang pejabat di masa akan datang

memberi penekanan kepada ciri-ciri keselamatan.

Makluman

11


(14) Kekurangan Pemandu Di Seksyen Pelaksanaan Projek,

BHEUU

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Encik Sy. Md

Khairulmuzamil bin Sy. Md Fadzilah, Pembantu Am Pejabat

(PAP) dari Unit Khidmat Pengurusan, BHEUU telah

ditempatkan di Seksyen Pelaksanaan Projek untuk

menjalankan tugas-tugas PAP dan Pemandu berkuatkuasa 1

Julai 2011.

Makluman

(15) Ruang Kerja Di Unit Pengurusan Korporat dan

Perhubungan Awam (UPK&PA) BHEUU

Mesyuarat dimaklumkan bahawa UPS dijangka akan berpindah

ke pejabat baru pada pertengahan bulan Disember 2011.

Cadangan untuk mengambil alih ruang kerja di Aras 8 bagi

UPK&PA masih dalam pertimbangan Pihak Pengurusan

BHEUU.

Tindakan: S(PSM)

(16) Pertukaran/Pusingan Kerja Pegawai Aset

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Kursus Pengurusan

Aset Alih Kerajaan dan Stor Bil.1/2011 telah diadakan pada 28

dan 29 Jun 2011 bertempat di Dewan Harmoni, Bangunan Hal

Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan seramai 47 orang

pegawai BHEUU, MdI dan JBG.

Makluman

12


(17) Kursus Asas Pengendalian Perpustakaan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kertas cadangan Kursus

Asas Pengendalian Perpustakaan telah diluluskan oleh YBhg

Dato’ KP BHEUU pada 11 Julai 2011 di mana kos perbelanjaan

makan dan minum sepanjang kursus akan ditanggung

sepenuhnya oleh BHEUU. Pihak MdI dan JBG hanya akan

menanggung kos Tuntutan Perjalanan pegawai yang terlibat.

Cadangan berkenaan telah dipersetujui oleh MdI dan JBG.

Tindakan: S(PSM)/MdI/JBG

(18) Kredit Pra Bayar Kepada Penghantar Notis

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Ibu Pejabat JBG telah

menambah nilai kad prabayar telefon bimbit Penghantar Notis

JBG Cawangan Langkawi pada 21 Jun 2011.

2. YBhg. Dato’ Pengerusi mengarahkan supaya S(PSM)

membuat semakan sama ada Pemandu layak untuk menerima

tambah nilai kad prabayar telefon bimbit.

Tindakan : S(PSM)

(19) Ketiadaan Telefon Awam di BHEUU

Mesyuarat dimaklumkan bahawa:

(i)

kerja-kerja pemasangan Struktur Stesen Pemancar

Telekomunikasi Mudah Alih, DiGi sedang dilaksanakan di

Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang mulai 11 Julai

2011 dan dijangka selesai dalam tempoh 3 bulan.

13


Pemasangan Struktur Stesen Pemancar Telekomunikasi

Mudah Alih, DiGi ini akan membolehkan semua warga

BHEUU, MdI dan JBG mendapat liputan talian berkenaan

di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang termasuk di

Basement 1 hingga 3A; dan

(ii) pihak pengurusan BHEUU bercadang untuk

melaksanakan pemasangan Stesen Pemancar

Komunikasi tambahan iaitu Maxis dan Celcom bagi

kemudahan warga BHEUU, MdI dan JBG.

(20) Vending Machine di Kaunter Carian

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

Tindakan : S(PSM)

(i) Vending machine didapati kurang sesuai untuk

ditempatkan di kaunter carian MdI disebabkan saiznya

yang agak besar dan memakan ruang. Selain itu,

kedudukan kafe BHEUU juga tidak begitu jauh dan

pelanggan boleh membeli minuman di kafe; dan

(ii)

sebagai penyelesaian, water dispenser akan disediakan

menggantikan vending machine bagi kemudahan

pelanggan MdI.

Tindakan : MdI

14


(21) Sistem Telefon di BHEUU

Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu perbincangan telah

diadakan di antara TKP(P), PPA, PPK(KP) dan pihak JRM

Services dan persetujuan telah dicapai untuk menaiktaraf

Sistem PABX sedia ada dan menambah satu lagi console box

untuk kemudahan Pegawai Khidmat Pelanggan serta

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Tindakan : S(PSM)/UPK&PA

YBhg Dato’ Pengerusi meninggalkan mesyuarat pada jam 10.15

pagi dan mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh

Puan Mahzum binti Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar&

Pembangunan)

(22) Salinan Buku Perkhidmatan

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

(i) pihak JBG akan mengemukakan salinan buku

perkhidmatan kepada cawanganya mulai 15

November 2011 hingga 30 Disember 2011;

(iii)

pihak MdI akan melaksanakan klinik buku perkhidmatan

pada bulan November 2011 untuk memudahkan warga

MdI di Ibu Pejabat menyemak buku perkhidmatan

masing-masing. Bagi pegawai di cawangan-cawangan,

salinan buku perkhidmatan telah dihantar secara

berperingkat untuk semakan mulai bulan Julai 2011; dan

15


(iv)

Klinik Penyemakan Buku Perkhidmatan bagi semua

pegawai BHEUU akan dilaksanakan secara berperingkat

mengikut Seksyen bermula pada bulan November

sepertimana yang dilaksanakan pada tahun-tahun

sebelum ini.

Tindakan : S(PSM)/MdI/JBG

(23) Pertukaran Ahli MBJ

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Watikah Pelantikan ahli

MBJ yang baru bagi menggantikan dua orang ahli MBJ yang

telah bertukar telah disediakan dan diserahkan kepada

pegawai-pegawai berkenaan oleh Pengerusi Pihak Pekerja

MBJ. Ahli MBJ yang baru adalah seperti berikut :

(i)

(ii)

Puan Siti Nor Asmah binti Mohd Noor Nordin

Pegawai Undang-Undang (Gred L41) dari Ibu Pejabat

MdI; dan

Puan Aslinah binti Alias

Pembantu Tadbir (P/O)(Gred N17) dari MdI Kota

Kinabalu.

Makluman

16


(24) Pendedahan Mengenai MBJ Di Semua Peringkat Pegawai

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Encik Saifulnizam bin

Ahmad, Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) Gred KP11

telah dilantik sebagai Ahli Pihak Pekerja MBJ bagi mewakili

semua Pengawal Keselamatan di BHEUU.

Makluman

V. PEMBENTANGAN USUL OLEH PIHAK PEKERJA

(25) Buku Program Latihan Tahunan BHEUU

Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada Buku Program Latihan

Tahunan yang diterbitkan untuk dirujuk oleh warga BHEUU,

MdI dan JBG bagi tujuan merancang keperluan kursus oleh

setiap pegawai.

2. Mesyuarat seterusnya bersetuju supaya:

(i) S(PSM) mengemaskini dan menambahbaik

maklumat latihan di dalam Takwim Latihan

Tahunan bagi memenuhi konsep Buku Program

Latihan Tahunan yang boleh dirujuk oleh semua

warga BHEUU, MdI dan JBG. Takwim berkenaan

akan dimuat naik ke dalam Intranet BHEUU; dan

17


(ii)

S(TM) melaksanakan promosi Intranet BHEUU

yang masih kurang diketahui dan dilayari oleh

warga BHEUU, MdI dan JBG dalam mendapatkan

maklumat-maklumat yang telah dimuat naik.

Tindakan: S(PSM)/S(TM)

(26) Masalah Gangguan Talian Telefon Pejabat MdI Sandakan

Mesyuarat mengambil maklum bahawa MdI Sandakan

mengalami gangguan talian telefon utama di cawangan

berkenaan iaitu bagi nombor 089-212900. Masalah ini telah

berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan daripada

pihak TM walau pun aduan telah dibuat.

2. Mesyuarat bersetuju supaya MdI Sandakan

mengemukakan masalah ini secara bertulis ke Ibu Pejabat MdI

untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pengurusan MdI. Perkara

ini perlu disegerakan kerana menyukarkan pihak luar untuk

berurusan dengan MdI Sandakan.

Tindakan : MdI

18


(27) Senarai Tugas Tambahan Tidak Diambil Kira Sebagai

Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Mesyuarat dimaklumkan bahawa:

(i) terdapat pegawai yang melaksanakan tugas-tugas

tambahan iaitu memandu kenderaan Jabatan kerana

pemandu Jabatan di MdI Kota Kinabalu sedang cuti sakit;

(ii)

(iii)

pegawai yang diarahkan melakukan tugasan tambahan

gagal memberikan tumpuan dan tidak melaksanakan

tugas hakikinya dengan baik; dan

tugas tambahan yang dilakukan oleh pegawai tidak

dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam senarai Sasaran

Kerja Tahunan (SKT) pegawai berkenaan.

2. Mesyuarat seterusnya bersetuju supaya:

(i)

(ii)

tugasan tambahan untuk memandu kenderaan

Jabatan dimasukkan ke dalam senarai SKT

pegawai berkenaan; dan

pihak pengurusan MdI menyusuli dan mengambil

tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan perkara

ini di peringkat Cawangan berkenaan.

Tindakan : MdI

19


(28) Pencalonan bagi Penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC) MdI

Mesyuarat dimaklumkan bahawa timbul persoalan dan rasa

kurang senang segelintir pegawai di MdI berhubung pemilihan

calon-calon penerima APC kerana dilihat tidak mengambil kira

sumbangan pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat.

2. Mesyuarat bersetuju supaya pihak pengurusan MdI

mengemukakan penjelasan berhubung kriteria yang diguna

pakai dan diambil kira dalam proses pemilihan calon-calon

penerima APC pada setiap tahun.

Tindakan : MdI

(29) Pencalonan bagi Penerima Pingat Kebesaran Persekutuan

dan Negeri-Negeri

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai BHEUU,

MdI dan JBG memerlukan pendedahan berhubung kriteria

pemilihan calon-calon penerima Pingat Kebesaran Persekutuan

dan Negeri-Negeri.

2. Mesyuarat seterusnya bersetuju supaya:

(i)

S(PSM) menggariskan kriteria pemilihan calon yang

akan menerima pingat berkenaan untuk

dimaklumkan kepada seluruh warga BHEUU, MdI

dan JBG menerusi Intranet; dan

20


(ii) urus setia Perhimpunan Bulanan BHEUU

menjadikan kriteria pemilihan tersebut sebagai

sebahagian intipati ucapan YBhg Dato’ KP BHEUU

semasa perhimpunan bulanan seperti mana

cadangan Pengerusi Pihak Pekerja MBJ.

Tindakan : S(PSM)/ UPK&PA

(30) Aktiviti Lawatan oleh Ahli-Ahli Pihak Pekerja MBJ

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Ahli-Ahli Pihak Pekerja

MBJ:

(i) bercadang untuk mengadakan sesi lawatan ke

cawangan-cawangan MdI dan JBG serta bertukar-tukar

pandangan dengan ahli-ahli MBJ di SUK; dan

(ii)

memohon pertimbangan dan kelulusan bagi cadangan

awal untuk mengadakan lawatan ke Pulau Pinang.

2. Mesyuarat bersetuju supaya kertas cadangan bagi

lawatan tersebut diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan

YBhg Dato’ KP BHEUU.

Tindakan : Pengerusi Pihak Pekerja MBJ

21


VI.

Hal-hal Lain

(31) Cadangan untuk Mengkaji Semula Singkatan bagi

Perkataan BHEUU

Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan

keterangan bahawa singkatan perkataan BHEUU telah sinonim

dengan warga BHEUU, MdI, JBG. BHEUU merupakan sebuah

agensi di bawah JPM yang bertanggungjawab untuk menyelia

dua agensi di bawahnya iaitu MdI dan JBG yang mana telah

pun difahami oleh semua penjawat awam. Sehubungan itu,

cadangan supaya singkatan perkataan BHEUU dikaji semula

adalah tidak perlu.

Makluman

(32) Email Group Ahli-Ahli Pihak Pekerja MBJ mengikut

Kumpulan Jawatan yang Diwakili

Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju supaya S(TM)

mewujudkan email group bagi ahli-ahli Pihak Pekerja MBJ

mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan Zon yang diwakili bagi

memudahkan penghantaran emel di peringkat kumpulan

tersebut.

Tindakan : S(TM)

VI.

PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

22


Disediakan oleh:

Setiausaha Bersama (Majikan)

Majlis Bersama Jabatan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Perdana Menteri

23 September 2011

Disemak oleh:

Pengerusi Bersama (Pekerja)

Majlis Bersama Jabatan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Perdana Menteri

24 September 2011

Disahkan oleh:

Pengarah (Pengurusan Sumber Manusia)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Perdana Menteri

24 September 2011

23


LAMPIRAN A

Kehadiran

Pihak Majikan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

1. Ketua Pengarah - Pengerusi

(YBhg. Dato’ Saripuddin Kasim)

2. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan)

(Puan Mahzum binti Ariffin)

3. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

(Tuan Haji Adnan bin Ibon)

4. Pengarah (PSM)

(Encik Sollehuddin Alyubi bin Zakaria)

5. Penolong Pengarah (POP) - Setiausaha

(Puan Farah Nadilah binti Rahmat)

Bersama

(Majikan)

Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

6. Ketua Pengarah

(Puan Siti Zawahir binti Mohamed)

7. Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

(Encik Mohd Nadzri bin Abdul Rahman)

8. Pengarah (Khidmat Pengurusan)

(Puan Mini Panggi)

24


Pihak Pekerja

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

9. Penolong Pegawai Perpustakaan (Gred S32) - Pengerusi

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

Bersama

(Tuan Haji Norzaini @ Norzani bin A. Rahman)

(Pekerja)

10. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F48)

(Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

(Puan Suraya binti Mohkilisan)

11. Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

(Cik Nasibah binti Ariffin)

12. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan II)

(Tuan Sheikh Farhan bin Ahmad)

13. Pengawal Keselamatan (Gred KP11)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan II)

(Encik Saifulnizam bin Ahmad)

Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

14. Pembantu Tadbir (Gred N22)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

(Encik Mohd Azmi bin Mohd Hasan)

15. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan II)

(Encik Iskandar Shah bin Mohd Nazir)

16. Pembantu Syariah (Gred L17)

(Wakil Zon Tengah)

(Puan Yuzaini binti Yusof )

JBG Selangor

25


17. Pembantu Tadbir (Gred N22) (Wakil Zon Timur)

JBG Terengganu

(Puan Tuan Rakiah binti Tuan Muda)

18. Penghantar Notis (Gred N3)

(Wakil Zon Utara)

JBG Kedah

(Encik Ananthan a/l Balakuru)

19. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L38)

(Wakil Zon Selatan)

JBG Johor Bahru

(Puan Jumsah binti Suratman)

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

20. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L38)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

(Encik Roslan bin Ngah)

21. Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

(Encik Mohd Hazizul bin Selamat Yaacob)

22. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan II)

(Encik Mohd Harris bin Ahmad)

23. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L29)

(Wakil Zon Tengah)

MdI Selangor

(Puan Azian binti Mohamed Kassim)

24. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L29)

(Wakil Zon Utara)

MdI Perlis

(Puan Amseaveani a/p Subramaniam)

26


25. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L38)

(Wakil Zon Selatan)

MdI Negeri Sembilan

(Encik Azman bin Ayub)

26. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L38)

(Wakil Zon Sarawak)

MdI Kuching

(Encik Nicholas Joseph Anak Kibong)

27. Pembantu Tadbir (P/O) (Gred N17)

(Wakil Zon Sabah)

MdI Kota Kinabalu

(Puan Aslinah binti Alias)

TURUT HADIR

28. Pengarah (Pembangunan)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(Tuan Syed Mohamed bin Koyakutty)

29. Pengarah (Kewangan)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(Encik M.Kamroldin bin Hitam)

30. Pengarah (Teknologi Maklumat)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(Puan Khalidah binti Othman)

31. Ketua Penolong Pengarah (Sumber Manusia)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(Encik Ross Rafizal bin Rosli)

32. Pembantu Tadbir Kanan (Pengurusan Operasi Personel)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

(Puan Siti Aminah binti Ahmad)

27


TIDAK HADIR (DENGAN MAKLUM)

33. Ketua Pengarah Insolvensi

Jabatan Insolvensi Malaysia

(YBhg. Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil)

34. Timbalan Ketua Pengarah (Sivil)

Jabatan Bantuan Guaman

(Tuan Sapini bin Mat Saman)

35. Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi

Jabatan Insolvensi Malaysia

(Puan Haini binti Hassan)

36. Pengarah (Khidmat Pengurusan)

Jabatan Insolvensi Malaysia

(Encik Muhammad Ziyad Izdihar bin Lim)

37. Pengarah Litigasi & Nasihat (Sivil) (Gred L48)

(Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

Ibu Pejabat JBG

(Encik Shahroni bin Sanusi)

38. Pegawai Undang-Undang (Gred L48)

(Wakil Zon Sabah)

JBG Sabah

(Puan Junariah binti Datu Derin)

39. Pegawai Undang-Undang (Gred L41)

(Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Professional)

Ibu Pejabat MdI

(Puan Siti Nor Asmah binti Mohd Noor Nordin)

40. Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L38) - Setiausaha

(Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan I)

Bersama

Ibu Pejabat JBG

(Pekerja)

(Puan Naziah binti Mohamed)

28


41. Pembantu Tadbir (Kew) (Gred N22)

(Wakil Zon Timur)

MdI Terengganu

(Encik Ghazali bin Mansur)

42. Penghantar Notis (Gred N3)

(Wakil Zon Sarawak)

JBG Sibu

(Encik Hatta bin Kiprawi)

29

More magazines by this user
Similar magazines