08.04.2015 Views

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

pr1-3 perumahan bertanah (landed housing) - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Prakata

Y.BHG. DATO’ PENGARAH

Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS),

Edisi Kedua ini adalah hasil dari semakan semula Manual Garis Panduan dan

Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS), Edisi Pertama yang telah

diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 27/2007 pada

26hb. September 2007.

Keperluan semakan semula MGPPPNS, Edisi Pertama adalah berikutan dari

perubahan keadaan pembangunan dan perancangan semasa dan teguran dari

Yang Berhormat‐Yang Berhormat semasa sidang Dewan berlangsung serta

maklumbalas dari jabatan‐jabatan teknikal, Juruperunding Perancang Bandar

dan pemaju pembangunan hartanah Negeri Selangor. Di samping, untuk

mempertingkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan visi Kerajaan

Negeri Selangor iaitu ‘Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikkan’.

Penyediaan MGPPPNS, Edisi Kedua ini telah bermula pada tahun 2009. JPBD Negeri Selangor bersama‐sama 12

Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Jabatan‐jabatan Teknikal berkaitan dan agensi Kerajaan di

peringkat Persekutuan dan Negeri telah menyediakan MGPPPNS, Edisi Kedua ini. Selari dengan prinsip

perancangan bersama rakyat, proses perundingan juga mengambil kira pandangan daripada pihak pemaju,

juruperunding bandar, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan‐badan profesional seperti Pertubuhan Perancang

Malaysia (MIP), Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan

Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan pihak‐pihak berkepentingan.

MGPPPNS ini merangkumi hampir kesemua aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri

dari perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat, aspek alam sekitar dan infrastruktur

serta utiliti. Ia dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk dan lebih bersifat ‘user friendly’. MGPPPNS ini

akan menjadi rujukan utama dan membantu mempercepatkan proses terutama dalam proses kebenaran

merancang dan permohonan perancangan yang lain selaras dengan dasar 2 minggu yang ditetapkan.

Adalah diharapkan MGPPPNS Edisi Kedua ini dapat digunakan secara berkesan dan menyeluruh bagi

meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Jabatan sebagai urusetia dalam penyediaan MGPPPNS Edisi

Kedua ini mengalu‐alukan segala teguran serta cadangan daripada mana‐mana pihak, jabatan, agensi Kerajaan,

pengamal perancang bandar, pemaju hartanah dan orang perseorangan dalam usaha untuk memantapkan dan

menambahbaik Manual ini pada masa akan datang.

MGPPPNS Edisi Kedua ini telah diangkat dan diluluskan pemakaiannya untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan,

Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pemaju Hartanah, Perunding Perancang Bandar dan pihak‐pihak

berkaitan di Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 39 / 2010 pada 27hb. Oktober 2010

dan disahkan oleh MMKN ke 40 / 2010 pada 3hb. November 2010.

DATO’ MOHD. JAAFAR BIN MOHD. ATAN

(PJK, AMN, BKT, PSK, PPT, D.P.M.S)

Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!