file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

sprm.gov.my

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

KENYATAAN MEDIA

SPRM

Tarikh : 11 JANUARI 2013 (JUMAAT)

Alamat : Unit Komunikasi Korporat, Aras 7

Ibu Pejabat SPRM, Blok D6,

Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan, 62007 Putrajaya

Tel. : 03-8886 7018 Faks: 03-8888 9528

E-mel

Web

: komunikasi@sprm.gov.my

: www.sprm.gov.my / SPRMMalaysia

(twitter)

PENGGUNAAN BILIK GERAKAN OPERASI SIASATAN OLEH SPRM MAMPU

PENDEKKAN TEMPOH DAN TINGKATKAN KUALITI SIASATAN

PUTRAJAYA – Kewujudan Bilik Gerakan Operasi Siasatan

(BGOS) di Peringkat Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) dan Cawangan Siasatan Negeri-

Negeri merupakan penambahbaikkan dalam proses

transformasi operasi siasatan di SPRM.

WEBLINK/MAKLUM-

BALAS BERHUBUNG:

www.sprm.gov.my

BGOS adalah fasiliti penting dalam siasatan secara

berpasukan yang akan mengubah operasi siasatan SPRM ke

arah yang lebih dinamik, sekaligus akan memendekkan

tempoh penyiasatan dan meningkatkan mutu siasatan yang

berkualiti dari segi keberhasilannya.

Pengurusan Penyiasatan Berpasukan adalah kaedah baru

penyiasatan yang terbukti dapat membantu SPRM menangani

isu-isu kelewatan dan kelemahan pegawai penyiasat dalam

sesuatu penyiasatan.

• .

NOTA KEPADA

PENGARANG

Ianya merupakan satu kaedah yang sistematik dan terancang

dalam membentuk pasukan penyiasat yang berupaya

menyelesaikan kebuntuan siasatan.

Di bawah Dasar Pengurusan Penyiasatan Berkesan (EIM),

penyiasatan berkesan mengaplikasikan kaedah penyiasatan

yang lebih sistematik, terancang serta mengoptimumkan

sumber yang ada bagi menjurus kepada keberhasilan

penyiasatan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salahguna

kuasa.

PEGAWAI UNTUK

DIHUBUNGI

1. PPj Zulfikri Abd

Manaf

(019- 3877389)

2. Maizatul Akmal

Yahaya

(03-8886 7932 /

019-6996907)

Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah


Dibawah kaedah Penyiasatan Berpasukan, sepasukan pegawai-pegawai SPRM

bersama individu dari agensi lain dari dalam dan luar negara, yang

mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran akan disatukan untuk mengambil

tindakan mengumpul keterangan ke atas penyiasatan kes secara berpasukan.

BGOS merupakan pusat untuk melaksanakan perancangan, tindakan siasatan dan

pemantauan kes-kes siasatan bermula dari pembukaan aduan hinggalah

siasatan di kemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk keputusan.

Pengurus Projek bagi Pengurusan Penyiasatan Berpasukan di bawah ‘Project

Management Office’ (PMO), Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Hishamuddin

Hashim berkata, penggunaan konsep BGOS telahpun digunakan secara meluas di

agensi-agensi penguatkuasaan di luar negara khususnya polis.

Pusat operasi ini akan berperanan sebagai tempat untuk merancang,

mengumpul dan menganalisa dokumen bagi pembuktian sesuatu kes siasatan.

Penggunaan BGOS akan juga memudahkan pegawai atasan dalam membuat

penyelarasan, penyeliaan dan pemantauan ke atas tindakan siasatan bagi

setiap kes sepanjang operasi siasatan berlangsung dari semasa ke semasa.

Selain itu, BGOS dapat memberi kemudahan kepada pasukan pegawai-pegawai

penyiasat untuk berkongsi pengalaman dan pandangan disamping untuk

mendapat maklumat dan arahan lanjut yang terperinci bagi sesuatu siasatan.

Dari aspek moral pula, ianya meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam

diri setiap pegawai SPRM serta mendidik rasa kesetiaan kepada pasukan dan

organisasi amnya.Sehingga kini, BGOS telah diwujudkan di SPRM Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur sebagai projek perintis.

Dijangkakan seluruh SPRM Ibupejabat dan Negeri akan diarahkan bagi

mewujudkannya dalam tempoh yang terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Abu Kassim Mohamed dalam ucapannya pada

Majlis Pelancaran BGOS di SPRM Kuala Lumpur hari ini, berkata BGOS

merupakan satu perubahan yg positif dan memberi kesan pada budaya kerja

pegawai.

" Terutama dari segi jangka masa penyiapan kertas siasatan, akibat

kecepatan dan keupayaan untuk mendapatkan keterangan dengan pantas dan

efektif, ia menjadikan kes berjaya disiapkan dengan cepat.

"Apabila perubahan transformasi dibuat, ia bukan sahaja meliputi struktur

tetapi juga modal insan dimana penekanan kepada budaya kerja dapat

dilaksanakan dan digunapakai," katanya ketika berucap pada Majlis

Pelancaran BGOS di SPRM Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, hari ini.

Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah


Katanya ketika ini, konsep BGOS telahpun dilaksanakan di beberapa buah

negeri seperti di Negeri Sembilan dan Kelantan dengan menggunakan

peralatan sedia ada. Beberapa negeri lain yang sedang dalam proses

mewujudkan BGOS adalah seperti SPRM Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak,

Pahang, Kedah dan Melaka.

"Agensi-agensi luar dari Palestine, Maldives, Indonesia, Brunei dan

Vietnam yang hadir dalam lawatan kerja ke SPRM telah menyatakan kekaguman

mereka dengan kaedah dan kemudahan (BGOS) yang ada di SPRM.

"Mereka juga turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat

bagi membangunkan konsep BGOS di negara mereka, " katanya.

[TAMAT]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan

yang ditubuhkan melalui penggubalan Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk

memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM

turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras

dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini dahulunya

dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah

More magazines by this user
Similar magazines