Garis Panduan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

sprm.gov.my

Garis Panduan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

S GARISPANDUAN

EKRETARIATPENCEGAHANRASUAH

INSTITUTPENDIDIKANGURU

DENGANKERJASAMA:


KANDUNGAN

Visi, Misi, Objektif, ► 1

Piagam Pelanggan, Aspirasi SPRM ► 2

Objektif Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut

Pendidikan Guru

Peranan Sekretariat Pencegahan Rasuah

Institut Pendidikan Guru

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru

Lampiran A

Format Penyediaan Kertas Cadangan Program

Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Institut

Pendidikan Guru

Lampiran B

Format Penyediaan Laporan Pelaksanaan

Program Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR)

Institut Pendidikan Guru

Lampiran C

Struktur Organisasi Sekretariat Pencegahan

Rasuah (SPR) Institut Pendidikan Guru

► 4

► 5 - 6

► 7 - 13

► 14 - 15

► 16 - 19

► 20

Alamat Pejabat SPRM ► 21 - 22

Alamat IPG ► 23 - 25

1


VISI

• Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada

rasuah.

• Menjadikan SPRM agensi pencegahan bertaraf dunia.

MISI

• Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

• Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan

progresif melalui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang

berterusan.

OBJEKTIF

• Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan

kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

1

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

2


PIAGAM PELANGGAN

• Bertindak ke atas aduan berunsur rasuah dalam tempoh 24

jam selepas aduan diterima;

• Pengadu boleh mengetahui status siasatan ke atas

aduannya selepas 28 hari bekerja;

• Siasatan dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan;

• Maklumat dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan

mengikut Undang-undang yang berkuatkuasa;

• Menjamin keselamatan saksi-saksi selaras dengan Akta

Perlindungan Saksi 2009;

• Pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan terhadap

sistem dan tatacara kerja dilengkapkan dalam tempoh 90

hari bekerja;

• Keputusan Tapisan Keutuhan dikeluarkan dalam tempoh 14

hari bekerja;

• Mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam

usaha pencegahan rasuah; dan

• Mendidik masyarakat dalam memerangi rasuah.

ASPIRASI SPRM

Meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi

masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan

SPRM dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip

kebebasan, ketelusan dan profesionalisme.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

3 2

Pencegahan Rasuah IPG


Telus

Perjalanan aktiviti-aktiviti SPRM dipantau dan dinasihati

oleh lima badan khas yang bebas, disusuli dengan

pembentangan laporan aktiviti SPRM di parlimen.

Bebas

Suruhanjaya ini bebas dan tidak dipengaruhi dalam

membuat keputusan. Disamping itu, perjalanan tugas

hariannya tidak dirujuk kepada mana-mana pihak.

Profesional

Pegawai Suruhanjaya bertindak berlandaskan parameter

undang-undang dan kod etika kerja jabatan dengan

dibekalkan ilmu dan kemahiran yang secukupnya supaya

dapat melaksanakan tugas dengan kompeten, kreatif,

inovatif dan efektif.

3

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


OBJEKTIF

OBJEKTIF SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (SPR IPG)

1. Menerapkan nilai anti rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di

kalangan pelajar IPG;

2. Mendidik dan mendedahkan pelajar IPG kepada program pencegahan

rasuah melalui aktiviti kemasyarakatan di dalam dan luar kampus yang

menekankan pada nilai-nilai murni;

3. Menjadikan pelajar IPG sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada

masyarakat kampus dan luar kampus serta pelajar sekolah di mana

mereka mengajar nanti;

4. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti

semasa menjalankan tugas;

5. Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salah

guna kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani

jenayah ini; dan

6. Meningkatkan perkongsian pintar di antara SPRM dan IPG dalam usaha

memupuk kesedaran pencegahan rasuah.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

4


PERANAN

PERANAN SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (SPR IPG)

Penubuhan SPR IPG adalah berkonsepkan dasar kerjasama yang diwujudkan

antara SPRM dengan IPG seperti berikut:-

PERANAN SPR IPG

1. Menyelaras urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program

pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badanbadan

pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan

penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program;

2. Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian

program pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat-maklumat

aktiviti yang dianjurkan;

3. Menjadikan organisasi perantara di antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG,

SPRM dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan

rasuah; dan

4. Mewujudkan suasana ceria SPR IPG dengan kelengkapan peralatan

publisiti seperti bunting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan

penerbitan.

PERANAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG

1. Menyelaras urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program

pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh SPRM atau badanbadan

pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan

penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program.

5

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


PERANAN SPRM

1. Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Rektor IPG menerajui sebagai penasihat.

Struktur organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah adalah seperti

Lampiran C;

2. Peruntukan kewangan Pentadbiran Sekretariat dan aktiviti-aktiviti

pencegahan rasuah akan disediakan oleh pihak SPRM. Sekretariat juga

digalakkan supaya mengadakan program berkonsepkan perkongsian

bestari; dan

3. Peruntukan tahunan pentadbiran bagi setiap SPR IPG adalah sebanyak

RM3,200.00 yang akan disalurkan oleh SPRM ke Jabatan Hal Ehwal

Pelajar selewat-lewatnya pada bulan Mac setiap tahun.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

6


GARIS PANDUAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

PENCEGAHAN RASUAH DI INSTITUT PENDIDIKAN

GURU

1. PENDAHULUAN

1.1 Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) ditubuhkan di

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan

tujuan mendidik orang ramai untuk menentang rasuah, serta

mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam

memerangi rasuah.

1.2 Usaha-usaha penerapan nilai anti rasuah melalui kokurikulum

pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) amat penting

dan dipandang serius oleh kerajaan sebagai langkah untuk

melahirkan generasi berintegriti, bermoral dan melahirkan

masyarakat yang bebas dari jenayah rasuah di masa hadapan di

dalam menjayakan cabaran keempat Wawasan 2020.

1.3 Sehubungan dengan itu, satu garis panduan pelaksanaan

program pencegahan rasuah di IPG disediakan untuk memastikan

usaha-usaha penerapan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan

penyelewengan di kalangan pelajar IPG dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Garis panduan ini meliputi 2 aspek berikut :

i) Panduan Pelaksanaan Program Pencegahan Rasuah.

ii) Panduan Penyediaan Laporan Pelaksanaan Program.

2. PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH

2.1 KERTAS CADANGAN

2.1.1 Mana-mana persatuan/kelab/jawatankuasa kerja di

IPG yang ingin melaksanakan program dan memohon

atau menghantar bantuan kewangan hendaklah

terlebih dahulu berbincang dengan pegawai yang

bertanggungjawab di SPRM bagi tujuan penyelarasan

program. Kertas Cadangan mestilah mengandungi:

7

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


GARIS PANDUAN

i) Latarbelakang

ii) Objektif

iii) Perancangan dan Justifikasi Program

iv) Kumpulan Sasaran

v) Mesej yang hendak disampaikan

vi) Kos Pelaksanaan

vii) Aturcara Program

Format Penyediaan Kertas Cadangan adalah seperti di

Lampiran A

2.1.2 Kertas cadangan yang dihantar kepada SPRM oleh

pihak penganjur di IPG hendaklah terlebih dahulu

disokong oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) di

IPG dan mendapat kelulusan rasmi untuk menjalankan

program oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPG.

Surat iringan oleh JHEP dan SPR yang ditandatangani

perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan.

2.1.3 Semua kertas cadangan yang telah lengkap perlulah

dihantar ke SPRM untuk perhatian Pengarah Bahagian

Pendidikan Masyarakat selewat-lewatnya 1 bulan

sebelum projek dilaksanakan melalui Unit PenMas,

SPRM Negeri. Setiap permohonan perlu ada sokongan

Pengarah SPRM Negeri.

2.1.4 Nama program mestilah dipilih mengikut kesesuaian

iaitu berkaitan dengan aktiviti pencegahan rasuah atau

pengukuhan integriti.

2.1.5 Permohonan tidak dapat dipertimbangkan di dalam

situasi berikut:

i) tidak dihantar melalui saluran yang telah

ditetapkan.

ii)

iii)

lewat diterima (tempoh kurang 1 bulan) daripada

tarikh pelaksanaan.

kertas cadangan tidak menepati aktiviti yang

bersesuaian dengan aktiviti pencegahan rasuah

atau pengukuhan integriti.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

8


GARIS PANDUAN

iv)

tidak menyatakan butiran anggaran perbelanjaan

program.

v) tidak selaras dengan objektif penubuhan SPR IPG

dan dasar SPRM.

2.2 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

2.2.1 Penganjur perlulah memahami serta mematuhi etika dan

peraturan IPG.

2.2.2 Penganjuran program adalah berkonsepkan perkongsian

bestari antara SPRM / IPG.

2.2.3 Perbincangan / penerangan mengenai program

pencegahan rasuah yang ingin dilaksanakan di kawasankawasan

tertentu yang mana melibatkan pihak berkuasa

tempatan atau pihak swasta atau pihak lain perlulah

dibuat 1 bulan sebelum tarikh pelaksanaan. Jangka

waktu ini bagi membolehkan perbincangan di semua

peringkat yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran

dan kelulusan.

2.2.4 Bagi program anjuran persatuan / kelab pelajar di IPG

yang membawa status dengan kerjasama SPRM, maka

pegawai dari SPRM adalah bertindak atas sifat sebagai

salah seorang penasihat projek berkenaan.

2.2.5 Hanya persatuan, kelab atau badan yang diiktiraf oleh

IPG boleh menganjurkan Program Pencegahan Rasuah

di IPG serta layak memohon bantuan. Jawatankuasa di

peringkat kolej yang ingin menjalankan program boleh

mendapatkan pengesahan pihak JHEP dan sokongan

dari Pengarah IPG Kampus masing-masing.

2.2.6 Acara majlis perasmian atau penutupan program

yang ingin melibatkan Menteri, Timbalan Menteri

atau pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi SPRM

hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya dalam tempoh

satu (1) bulan dari tarikh pelaksanaan program. Salinan

9

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


surat tersebut hendaklah dihantar ke Urusetia SPR

IPG, Bahagian/Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Ibu

Pejabat atau Negeri bagi penyelarasan persiapan dari

segi protokol, ucapan dan publisiti.

2.2.7 Sebarang penangguhan program perlulah dimaklumkan

terlebih dahulu kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar

masing-masing dan salinan kepada Urusetia SPR

IPG, Bahagian/Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Ibu

Pejabat dan Negeri sekurang-kurangnya satu (1) minggu

dari tarikh penerimaan penangguhan.

2.3 PROGRAM/AKTIVITI

2.3.1 Pengisian aktiviti hendaklah berasaskan kepada aktivitiaktiviti

pencegahan rasuah atau pengukuhan integriti.

2.3.2 Bagi aktiviti yang melibatkan masyarakat tempatan ahli

jawatankuasa program seharusnya memaklumkan

kepada peserta-peserta mengenai peranan SPR di

IPG. Pelaksana dan fasilitator perlulah menunjukkan

model yang baik dan bersesuaian dengan masyarakat

tempatan.

2.3.3 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Basmi Rasuah, lagu

IPGM dan pembacaan Ikrar Rukun Negara hendaklah

dimasukkan di dalam aturcara majlis perasmian /

pembukaan program pencegahan rasuah IPG.

2.3.4 Mesej yang hendak disampaikan bagi setiap program

mestilah merangkumi mesej anti rasuah yang ditetapkan

oleh SPRM.

2.4 PENYERTAAN

GARIS PANDUAN

Penganjur juga mestilah mengambil kira penyertaan meluas

dari segenap lapisan masyarakat kampus dan bukannya

hanya tertumpu pada penyertaan segelintir peserta. Program

yang mengambil kira penglibatan oleh masyarakat tempatan

di persekitaran tempat di mana aktiviti diadakan adalah dialualukan.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

10


GARIS PANDUAN

2.5 PROMOSI

2.5.1 Logo SPRM perlulah dipamerkan di semua jenis bahan

promosi seperti banner, brosur, poster, cenderamata,

buku program, baju kemeja – T , topi, borang, serta sijil

penyertaan dan lain-lain.

2.5.2 Sebarang bentuk publisiti termasuk sidang akhbar

perlulah menekankan liputan yang wajar atas nama

SPR di IPG dan dengan kerjasama SPRM dan bukan

merupakan penaja program.

2.5.3 Sebarang bentuk percetakan dan penulisan, kenyataan

akhbar, buku program yang akan didokumentasikan /

diterbitkan untuk tujuan hebahan perlu dirujuk kepada

pihak SPRM terlebih dahulu untuk tujuan pengesahan

dan kelulusan.

2.6 PERUNTUKAN KEWANGAN

2.6.1 Bantuan kewangan yang dipersetujui oleh SPRM

hanyalah untuk menampung sebahagian kos keseluruhan

program, melainkan bagi program-program khas di mana

telah mendapat kelulusan SPRM.

2.6.2 Perbelanjaan projek mestilah mengikut peruntukan

seperti butiran yang diluluskan sahaja dan mendapat

kebenaran dari SPRM.

2.6.3 Persatuan / Pertubuhan yang telah diluluskan permohonan

bantuan akan dimaklumkan secara bertulis oleh Urusetia

Sekretariat Pencegahan Rasuah, Bahagian Pendidikan

Masyarakat, SPRM

2.7 PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

2.7.1 Laporan pelaksanaan program perlulah disampaikan

kepada Urusetia Sekretariat Pencegahan Rasuah,

Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM dalam tempoh

30 hari selepas program dilaksanakan. Satu salinan

dihantar kepada Unit PenMas Negeri.

11

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


GARIS PANDUAN

2.7.2 Laporan pelaksanaan program perlu mengandungi butirbutir

lengkap program seperti format yang dilampirkan.

2.7.3 Penilaian mengenai impak program adalah merupakan

sebahagian dari kandungan atau ulasan dalam laporan

pelaksanaan program. Penganjur boleh melihat ketepatan

/ keberkesanan program diukur dari aspek :

i) Objektif program dan objektif SPR IPG secara

keseluruhan telah dicapai.

ii)

iii)

iv)

Perubahan sikap para peserta sebelum dan

selepas program.

Maklumbalas positif dari para peserta, komuniti

atau ahli masyarakat di mana program telah

dilaksanakan.

Tanggapan para peserta dari segi peranan aktivitiaktiviti

pencegahan rasuah terhadap pembentukan

sahsiah diri mereka.

v) Penerimaan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti

pencegahan rasuah di IPG yang telah dijalankan.

vi)

Peningkatan pengetahuan sebelum dan selepas

program.

Format penyediaan laporan pelaksanaan program adalah

seperti di Lampiran B.

2.8 STRUKTUR ORGANISASI SPR IPG

Struktur Organisasi SPR IPG adalah seperti di Lampiran C.

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

12


3. PENUTUP

3.1 Bagi menggalakkan golongan pelajar untuk bergiat aktif

menggerakkan program pencegahan rasuah yang ditetapkan

oleh SPRM demi mencapai wawasan negara maka garis panduan

ini perlulah difahami serta dipatuhi oleh Sekretariat Pencegahan

Rasuah IPG.

3.2 SPR di IPG merupakan salah satu wadah untuk menjamin

kesinambungan kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan

melalui penerapan nilai-nilai murni dan anti rasuah ke arah

meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia di masa akan

datang.

13

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


LAMPIRAN A

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PROGRAM

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUT PENDIDIKAN

GURU (SPR IPG)


Tajuk Kertas Cadangan

• Nyatakan tajuk kertas cadangan (Kertas Cadangan Memohon

Kelulusan dan Peruntukan Program SPR bagi melaksanakan

{Nama Program})

►. Pendahuluan

• Nyatakan tujuan kertas cadangan ini dikemukakan.


Latar Belakang Program

• Nyatakan nama aktiviti program

• Tarikh pelaksanaan

• Tempat pelaksanaan

• Penganjuran - Nyatakan nama penganjur (persatuan/kelab/

majlis dan sebagainya)

• Kumpulan sasaran - Nyatakan dengan jelas kumpulan yang

disasarkan atau kumpulan yang akan menyertai/menghadiri

program.

• Justifikasi - Nyatakan mesej yang hendak disampaikan.

• Nyatakan perancangan program.





Objektif

• Nyatakan dengan jelas objektif program

Kos Pelaksanaan

• Nyatakan perbelanjaan yang dianggarkan.

• Nyatakan sumber kewangan untuk melaksanakan program

tersebut.

Aturcara Program

• Nyatakan dengan terperinci aturcara program atau aktiviti

dalam program.

Majlis Perasmian

• Nyatakan tetamu jemputan khas (jika ada),

• Nyatakan individu yang dijemput untuk merasmikan program

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

14


LAMPIRAN A



Jawatankuasa Kerja

• Lampirkan struktur organisasi SPR IPG

• Lampirkan senarai jawatankuasa kerja

• Nyatakan nama dan nombor telefon Urusetia yang boleh

dihubungi

Penutup

• Nyatakan jumlah peruntukan program SPR yang dimohon.

15

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


LAMPIRAN B

FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH INSTITUT PENDIDIKAN

GURU (SPR IPG)

1. Nama Aktiviti

1.1 ....................................................................................................

....................................................................................................

(Sila jelaskan sebutan penuh nama aktiviti)

2. Tarikh Pelaksanaan

2.1 ....................................................................................................

....................................................................................................

(Nyatakan tarikh pelaksanaan program)

3. Tempat pelaksanaan

3.1 ....................................................................................................

....................................................................................................

(Nyatakan tempat pelaksanaan program)

4. Penganjuran

4.1 ...................................................................................................

...................................................................................................

...................................................................................................

(Nama Penganjur (Persatuan/ Kelab / Majlis dan sebagainya))

5. Objektif Program

(Nyatakan satu persatu)

5.1 ...................................................................................................

...................................................................................................

5.2 ...................................................................................................

...................................................................................................

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

16


LAMPIRAN B

5.3 ...................................................................................................

...................................................................................................

...................................................................................................

6. Kumpulan Sasaran Peserta

(Nyatakan kumpulan sasaran yang terlibat)

.............................................................................................................

.............................................................................................................

.............................................................................................................

7. Proses Pelaksanaan

7.1 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Huraikan mengenai kandungan program/aktiviti yang telah

dirancangkan dan dijalankan)

7.2 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Huraikan mengenai sambutan peserta, kerjasama, komitmen,

halangan yang ada, persepsi peserta dan masyarakat

setempat)

7.3 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Perubahan/pertukaran yang dibuat (contohnya tidak mengikut

tarikh, tempat, jadual dan sasaran peserta seperti mana

cadangan asal)

7.4 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Majlis Perasmian / Penutup - Nyatakan VIP yang hadir atau

wakilnya)

17

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


LAMPIRAN B

8. Penilaian Impak Program

8.1 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Ulasan mengenai prestasi dan keberkesanan program iaitu

sama ada objektif program tercapai, penyertaan peserta

meningkat dan kandungan program menepati sasaran.)

8.2 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Penerimaan peserta terhadap program ini)

8.3 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Komen peserta, jurulatih, fasilitator, AJK program dan

masyarakat luar)

8.4 ...................................................................................................

...................................................................................................

( Cadangan-cadangan untuk memperbaiki lagi kelemahan yang

ada pada masa akan datang)

8.5 ...................................................................................................

...................................................................................................

(Pengetahuan peserta sebelum dan selepas program)

9. Laporan Kewangan

(Penyata Perbelanjaan Sebenar)

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

18


LAMPIRAN B

10. Dokumen yang mesti disertakan

10.1 Senarai lengkap butir-butir diri peserta seperti nama, No.

K/P, No. Matrik Pelajar (jika pelajar IPG), nama dan alamat

majikan (jika pegawai awam), alamat yang boleh dihubungi,

alamat e-mail, No. telefon, pekerjaan/jawatan (jika pelajar,

sebutkan tahun pengajian dalam bentuk hard copy dan soft

copy.)

10.2 Gambar mengenai perjalanan program, meliputi aktiviti,

perasmian/penutup dan publisiti yang dibuat seperti banner,

backdrop, baju kemeja- T dan sebagainya.

10.3 Rakaman Video / Dokumentasi (jika ada).

10.4 Keratan akhbar dan majalah sekiranya disiarkan.

10.5 Satu naskah buku cenderamata/buku program, poster dan

contoh sijil yang dikeluarkan.

19

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


LAMPIRAN C

STRUKTUR ORGANISASI SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (SPR IPG)

PENASIHAT BERSAMA

Ketua Pesuruhjaya SPRM

Rektor IPG KPM

KETUA PENYELARAS

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas)

Pengarah IPG Kampus

Ketua Unit PenMas, SPRM Negeri

PENYELARAS

Pegawai Bahagian PenMas SPRM

Pegawai / Pensyarah IPG Kampus

KETUA SEKRETARIAT

Pelajar

TIMBALAN KETUA SEKRETARIAT

Pelajar

SETIAUSAHA

Pelajar

PENOLONG SETIAUSAHA

Pelajar

BENDAHARI

Pelajar

FACE TO FACE

Ceramah

PENOLONG BENDAHARI

Pelajar

JAWATANKUASA KERJA

Pelajar

DOKUMENTASI /

MEDIA

Risalah

Seminar/ Forum / Bengkel

Round Table Discussion

Pameran

RAKAN

SEKRETARIAT

Radio

Majalah/ Newsletter/

Bahan-bahan

Penerbitan Lain

Facebook / Twitter/ Flickr

Aktiviti Keagamaan/

Nilai-nilai Murni

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

20


ALAMAT PEJABAT SPRM

AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH

MALAYSIA (MACA)

Persiaran Duta Off Jalan Duta

50480 Jalan Duta

Kuala Lumpur

Tel: 03-62092800

Faks: 03-62016197

SPRM KELANTAN

Kompleks SPRM Negeri Kelantan

Jalan Sultan Yahya Petra

Peti Surat 6000

15990 Kota Bharu

Kelantan

Tel: 09-7661800

Faks : 09-7477249 / 09-7477305

SPRM PERLIS

Tingkat 7, Bangunan Persekutuan

Persiaran Jubli Emas

Peti Surat 6000

01700 Kangar

Perlis

Tel: 04-9761982/ 04-9763982

Faks: 04-9765828

SPRM TERENGGANU

Tingkat 10, Wisma Persekutuan

Peti Surat 6000

Jalan Sultan Ismail

20720 Kuala Terengganu

Terengganu

Tel: 09-6301920

Faks: 09-6301923

SPRM MELAKA

No 2, Jalan Alai Perdana 16,

Crystal Bay, Alai

Peti Surat 6000

75460 Melaka

Tel: 06-2896000

Faks: 06-2896141

21

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

SPRM SELANGOR

Tingkat 6, 7 & 8, Wisma PKPS

Persiaran Perbandaran

Seksyen 14

40675 Shah Alam

Selangor

Tel: 03-55197369 / 03-55197390

03-55197375

Faks: 03-55109094

SPRM KEDAH

Tingkat 2, Blok B

Bangunan Persekutuan

Jalan Sultan Badlishah

Peti Surat 6000

05720 Alor Setar

Kedah

Tel: 04-7001880/ 04-7001881

Faks: 04-7001870

SPRM PERAK

Plot 7, Persiaran Meru Utama

Bandar Meru Raya

Peti Surat 6000

30020 Ipoh

Perak

Tel: 05-5267000 / 05-5261227

Faks: 05-5261214

SPRM SARAWAK

Tingkat 12,

Bangunan Sultan Iskandar

Peti Surat 6000

Jalan Simpang Tiga

93764 Kuching

Sarawak

Tel: 082-245115/ 082-241982

Faks: 082-426779

SPRM PULAU PINANG

Kompleks SPRM

44A, Jalan Sultan Ahmad Shah

Peti Surat 6000

10850 Pulau Pinang

Tel: 04-2271982/ 04-2299262/

04-2287871

Faks: 04-2266070/ 04-2292315


SPRM PAHANG

Kompleks SPRM Negeri Pahang

Peti Surat 6000

Bandar Indera Mahkota

25200 Kuantan

Pahang

Tel: 09-5716000

Faks: 09-5716030

SPRM KUALA LUMPUR

Jalan Cochrane

Peti Surat 6000

50988 Kuala Lumpur

Tel: 03-92065000/ 03-92065001

Faks: 03-92065198/ 03-92065199

SPRM JOHOR

Kompleks Pejabat SPRM Johor

Jalan Persiaran Tanjung

Peti Surat 6000

81200 Tampoi

Johor

Tel : 07-2316000 / 07-2316080

Faks : 07-2352982

SPRM NEGERI SEMBILAN

Jalan Dato’ Kelana Makmur

Peti Surat 6000

70700 Seremban

Negeri Sembilan

Tel: 06-7625446/ 06-7620207

Faks: 06-7620522

SPRM SABAH

Aras 3, Blok A,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan Sabah

Jalan UMS

Peti Surat 6000

88400 Kota Kinabalu

Sabah

Tel: 088-488381/ 088-488382/

088-488383/ 088-488384

Faks: 088-488387

SPRM WP LABUAN

4C-1, Tingkat 4, Blok 4

Kompleks Ujana Kewangan

Jalan Merdeka

Peti Surat 6000

87000

Wilayah Persekutuan Labuan

Tel: 087-421992/ 087-421993/

087-421995

Faks: 087-423378

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

22


ALAMAT IPG

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, Enterprise Building 3

Blok 2200, Pesiaran APEC, Cyber 6

63000 Cyberjaya

Tel : 03-83126666

Faks : 03-83126655

Institut Pendidikan Guru

Kampus Perlis

Behor Pulai

01000 Kangar Perlis

Tel : 04-9781522

Faks : 04-9781593

Institut Pendidikan Guru

Kampus Darul Aman

Bandar Darul Aman

06000 Jitra, Kedah

Tel : 04-9182333 / 04-9182305

Faks : 04-9175492

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Abdul Halim

Jalan Kuala Ketil

08000 Sg Petani, Kedah

Tel : 04-4218622/1

Faks : 04-4218582

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tuanku Bainun

Mengkuang

14000 Bukit Mertajam

Pulau Pinang

Tel : 04-5215227/04-5215229

Faks : 04-5214955

Institut Pendidikan Guru

Kampus Pulau Pinang

Bukit Combee

11700 Pulau Pinang

Tel : 04-6603100

Faks : 04-6583680

Institut Pendidikan Guru

Kampus Ipoh

31150 Hulu Kinta, Ipoh

Perak

Tel : 05-5331311

Faks : 05-5332743

Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik

Jalan Yaacob Latiff

Bandar Tun Razak

56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91318058

Faks : 03-91315155

Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas

Jalan Yaacob Latiff

Bandar Tun Razak

56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91318160

Faks : 03-91319393

Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Melayu

Peti Surat 5002

59200 Lembah Pantai

Kuala Lumpur

Tel : 03-22822389

Faks : 03-22823016

23

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Antarabangsa

Jalan Pantai Baru

Lembah Pantai

59200 Kuala Lumpur

Tel : 03-22847543

Faks : 03-22847364

Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar

Jalan Sikamat,

70990 Seremban

Negeri Sembilan

Tel : 06-7624543

Faks : 06-7624822

Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Islam

Beg Berkunci No. 214

Pusat Mel Bandar Baru Bangi

43657 Bandar Baru Bangi

Selangor

Tel : 03-89250352

Faks : 03-89250781

Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik

Kompleks Pendidikan ENSTEK

71760 Bandar ENSTEK

Negeri Sembilan

Institut Pendidikan Guru

Kampus Perempuan Melayu

Durian Daun

75400 Melaka

Tel : 06-2824827

Faks : 06-2818467

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Hussein Onn

Km 7.75 Jalan Kluang

Karung Berkunci 524

83009 Batu Pahat. Johor

Tel : 07-4323275

Faks : 07-4343687

Institut Pendidikan Guru

Kampus Temenggong Ibrahim

Jalan Datin Halimah

80350 Johor Bahru, Johor

Tel : 07-2364788

Faks : 07-2379736

Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

Batu Rakit

21030 Kuala Terengganu

Terengganu

Tel : 09-6696470

Faks : 09-6696866

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

22200 Besut

Terengganu

Tel : 09-6957012

Faks : 09-6957429

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan

Km 10, Jalan Padang Tengku

27200 Kuala Lipis

Pahang

Tel : 09-3123000

Faks : 09-3125002

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG

24


Institut Pendidikan Guru

Kampus Kota Bharu

Pengkalan Chepa

16109 Kota Bharu

Kelantan

Tel : 09-7717700

Faks : 09-7738488

Institut Pendidikan Guru

Kampus Gaya

Peti Surat 10491

88805 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-210646

Faks : 088-217124

Institut Pendidikan Guru

Kampus Kent

Peti Surat 2

89207 Tuaran

Sabah

Tel : 088-788500

Faks : 088-788007

Institut Pendidikan Guru

Kampus Keningau

Beg Berkunci 11

89009 Keningau

Sabah

Tel : 08-331444

Faks : 087-331817

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tawau

Beg Berkunci No 27

Jalan Balung

91009 Tawau

Sabah

Tel : 089-951250

Faks : 089-951255

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sarawak

Jalan Bakam

98009 Miri

Sarawak

Tel : 085-421201

Faks : 085-424178

Institut Pendidikan Guru

Kampus Rajang

96500 Bintagor

Sarawak

Tel : 084-691910

Faks : 084-691913

Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang

Jalan College

93200 Kuching

Sarawak

Tel : 082-243501

Faks : 082-252382

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Abdul Razak

Jalan Datuk Mohd. Musa

94300 Kota Samarahan

Sarawak

Tel : 082-673800

Faks : 082-672984

25

Garis Panduan Pelaksanaan Program

Pencegahan Rasuah IPG


BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Blok D6, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Peti Surat 6000

62007 Putrajaya

Tel : 03-88867000 Faks : 03-88889527

Talian Bebas Tol : 1-800-88-6000

Laman Web : www.sprm.gov.my

More magazines by this user
Similar magazines