Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

BAHAGIAN III

AKTIVITI JABATAN DAN KAJIAN KHAS

27. PENDAHULUAN

Seksyen 6, Akta Audit 1957 menghendaki Jabatan Audit Negara mengaudit

program dan aktiviti Jabatan Kerajaan Negeri. Pengauditan ini bertujuan untuk

menilai sama ada sesuatu program atau aktiviti telah dijalankan dengan cekap dan

berhemat. Bagi tujuan ini 2 aktiviti bagi 2 Jabatan telah dikaji. Dua aktiviti yang dikaji

ialah Pengurusan Hutan Lipur Dan Ekopelancongan Telok Bahang dan Pengurusan

Pengambilan Dan Penggunaan Tanah. Pemerhatian Audit mengenai kajian tersebut

telah dimaklumkan kepada semua Ketua Jabatan terlibat. Penemuan Audit yang

penting hasil dari kajian tersebut dimuat di dalam Bahagian ini.

JABATAN PERHUTANAN

PENGURUSAN HUTAN LIPUR DAN EKOPELANCONGAN

TELOK BAHANG

28. LATAR BELAKANG

Pembangunan hutan lipur di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah selaras

dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan) 1992 dan Akta Perhutanan Negara

1984 (Pindaan) 1993 iaitu mewujudkan satu kawasan yang mencukupi dan strategik

bagi tujuan rekreasi, ekopelancongan dan juga untuk menyedarkan masyarakat

tempatan dan antarabangsa mengenai aspek perhutanan. Jabatan Perhutanan Negeri

Pulau Pinang merupakan Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas

perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan lipur bagi memenuhi keperluan

91

More magazines by this user
Similar magazines