Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

salah satu daripada hutan lipur yang akan ditonjolkan oleh Jabatan

sebagai salah satu tempat yang mampu menarik kunjungan para

pelancong. Antara komponen projek yang dirancang untuk Hutan Lipur

Telok Bahang ialah:

i) Kerja landskap.

ii) Membangunkan dan meningkatkan kemudahan asas.

iii) Mewujudkan dan meningkatkan kemudahan tapak

perkhemahan.

iv) Meningkat dan menambah trek hutan.

v) Membina gerai jualan.

vi) Menjalankan bancian pengunjung hutan lipur.

vii) Menjalankan kursus perhutanan untuk kakitangan pakaian

seragam.

viii) Menubuhkan jawatankuasa bersama pembangunan dan

pengurusan hutan lipur dengan pihak swasta dan Pertubuhanpertubuhan

Bukan Kerajaan.

Kerajaan Negeri mensasarkan pembangunan Hutan Lipur Telok

Bahang yang bermula pada tahun 2001 dapat disiapkan sepenuhnya

pada tahun 2005.

31.1.2 Anggaran Projek

Projek Hutan Lipur Telok Bahang merupakan sambungan kepada

projek Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh yang berjalan

mengikut fasa yang ditetapkan. Jabatan menganggarkan kos sejumlah

RM329,000 bagi tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2001 hingga 2005

untuk pembangunan Hutan Lipur Telok Bahang. Projek yang akan

dirancang pada tahun 2002 di bawah pembangunan adalah seperti

khidmat pakar runding, membina gerai jualan serta membina dan

memasang papan tanda. Anggaran projek yang akan dijalankan di

Hutan Lipur Telok Bahang adalah seperti di Jadual 10.

94

More magazines by this user
Similar magazines