Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

31.2.5 Bancian Pengunjung

Keberkesanan pemasaran dan promosi yang dibuat dapat dilihat melalui

unjuran kedatangan pengunjung ke Hutan Lipur Telok Bahang. Jabatan

telah menjalankan bancian pengunjung pada setiap tahun seperti yang

telah dirancang. Unjuran lengkap jumlah kedatangan pengunjung dari

tahun 1997 hingga tahun 2002 adalah seperti di Jadual 11.

Jadual 11

Jumlah Kedatangan Pengunjung

Tahun 1997 Hingga 2002

Bil. Tahun Bilangan Pengunjung

1.

2.

3.

4.

5.

6.

1997

1998

1999

2000

2001

2002

52,344

56,896

81,627

78,777

91,412

101,000

Sumber: Rekod Jabatan Perhutanan Negeri

Berdasarkan bancian yang telah dibuat, terdapat peningkatan jumlah

pengunjung setelah Hutan Lipur Telok Bahang dijadikan sebagai

kawasan hutan lipur dan ekopelancongan. Jumlah pengunjung pada

tahun 2001 meningkat sebanyak 16% berbanding tahun 2000,

manakala peningkatan pengunjung pada tahun 2002 adalah sebanyak

28%. Tahun 2000 dipilih sebagai tahun asas kerana Hutan Lipur Telok

Bahang diwartakan sebagai hutan lipur dan ekopelancongan pada

tahun 2001. Bagaimanapun, Jabatan Perhutanan mendapati kaedah

bancian yang dijalankan itu tidak menyeluruh kerana bancian hanya

dibuat pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am sahaja. Bancian

dilakukan dengan membuat pengiraan bilangan motosikal, kereta dan

bilangan pengunjung pada waktu yang ditetapkan iaitu dari 9 pagi

hingga 5 petang. Oleh itu, satu kaedah bancian yang menyeluruh

111

More magazines by this user
Similar magazines