Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

31.3 PEMANTAUAN

Pemantauan patut dibuat semasa pelaksanaan sesuatu projek sehinggalah

projek tamat. Pemantauan adalah bertujuan untuk memastikan objektif

pengurusan hutan lipur tercapai. Pemantauan yang sistematik dan berkesan

menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu rancangan pengurusan hutan lipur.

Sehingga kini sistem pemantauan yang digunapakai oleh Jabatan Perhutanan

Negeri Pulau Pinang agak lemah kerana tiada laporan kemajuan kewangan

dan fizikal dibuat berasaskan tempoh bulanan, suku tahun, setengah tahun dan

tahunan. Pemantauan terhadap kerja pembersihan kawasan perlu

dipertingkatkan lagi dan laporan pemeriksaan harian perlu disediakan.

Laporan bulanan perlu bagi menilai prestasi yang dijalankan oleh syarikat

kontraktor yang dipilih.

Pemantauan terhadap pengurusan hutan lipur tidak dilakukan dengan

sempurna. Pihak Audit mendapati tiada Unit Pemantauan yang

ditubuhkan untuk mengawasi projek pembangunan hutan lipur ini. Oleh

itu tiada pemantauan telah dilaksanakan.

32. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Jabatan Perhutanan berjaya membangunkan Hutan Lipur Telok Bahang

sebagai salah satu kawasan pelancongan yang menarik di Negeri Pulau Pinang. Ia

juga menjadi tempat penyelidikan dan pendidikan mengenai alam semulajadi. Jabatan

telah membentuk hutan lipur ini menjadi satu kawasan persekitaran yang tenteram

dan damai untuk dinikmati oleh pengunjung yang berpendapatan rendah dan

sederhana. Projek ini telah menyediakan keperluan yang mencukupi bagi memenuhi

keperluan awam untuk berekreasi, beristirehat dan beriadah tanpa sebarang

bayaran.

115

More magazines by this user
Similar magazines