Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

42.2.4 Buku Tunai

Arahan Perbendaharaan 80(b) menetapkan Buku Tunai

diselenggarakan untuk merekod segala kutipan yang dibuat oleh

pemungut bagi sesuatu tempoh yang tertentu. Semakan Audit

terhadap Buku Tunai bagi bulan Jun dan Disember 2002 mendapati

Buku Tunai yang diselenggarakan oleh pegawai yang

bertanggungjawab adalah teratur dan kemas kini. Bagaimanapun, tiada

bukti menunjukkan Pegawai Penyelia Lembaga menyemak semua

catatan dalam Buku Tunai dari semasa ke semasa.

42.2.5 Daftar Mel

Arahan Perbendaharaan 71 menghendaki semua Pejabat Pemungut

hasil perlu menyelenggara Daftar Mel bagi merekod terimaan wang

dan dokumen atau barang berharga yang diterima melalui pos atau

penghantar. Pemeriksaan Audit mendapati Daftar Mel tidak

diselenggara oleh Lembaga kerana tidak ada wang tunai, wang pos

atau cek yang diterima melalui pos.

42.2.6 Serahan Wang Ke Bank

Arahan Perbendaharaan 78(a) menetapkan semua pungutan hasil

perlu dibankkan pada hari yang sama atau selewat-lewatnya hari kerja

yang berikutnya. Semakan Audit terhadap kutipan hasil pada bulan

Disember 2002 mendapati wang telah dibankkan pada hari yang sama,

manakala bagi kutipan yang tidak sempat dibankkan pada hari tersebut

disimpan dalam peti besi dan dibankkan pada hari berikutnya.

Semakan Audit juga mendapati penghantaran kutipan hasil ke bank

tidak diiringi oleh Pengawal Keselamatan. Ini disebabkan kutipan tunai

adalah kecil dan lokasi pejabat terletak berhampiran dengan bank.

42.2.7 Pemeriksaan Oleh Pegawai Pengawal/Wakil

Arahan Perbendaharaan 80(b) mengkehendaki pemungut hasil

memeriksa semua catatan dalam Buku Resit, Buku Tunai, Slip Bayar

Masuk Bank dan lain-lain dokumen kewangan yang lain. Pegawai yang

menyemak hendaklah menandatangani secara ringkas dan mencatat

148

More magazines by this user
Similar magazines