Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

47.2.1 Kuasa Majlis Memungut Dan Mengagihkan Zakat Dan Fitrah

Seksyen 104(1) Enakmen memberi kuasa kepada Majlis untuk

mengurus kutipan zakat. Bagaimanapun, Majlis telah menyerahkan

kuasa ini kepada Syarikat Subsidiarinya yang bertindak sebagai

pengurus zakat di Negeri Pulau Pinang melalui kaedah penswastaan.

Semakan Audit mendapati Yang Dipertua Majlis juga merupakan

pengerusi Syarikat Subsidiari tersebut.

47.2.2 Mekanisma Pengurusan Zakat

Perenggan 2, 3(1), dan 8(1) Peraturan menggariskan tentang

tanggungjawab Majlis untuk menubuhkan Jawatankuasa Negeri dan

Lembaga Zakat Dan Fitrah Kariah untuk menguruskan kutipan dan

pengagihan zakat dan fitrah. Semakan Audit mendapati Majlis telah

menggunakan kaedah penswastaan dengan melantik Syarikat

Subsidiarinya untuk menguruskan pungutan dan pengagihan zakat

harta. Bagi kutipan zakat fitrah pula, Syarikat Subsidiari telah melantik

beberapa amil kariah bagi pihaknya. Dari segi undang-undang dan

peraturan, semakan Audit mendapati Majlis tidak menyediakan

tatacara atau garis panduan bagi menguruskan pungutan dan

pengagihan zakat dan fitrah yang diuruskan oleh Syarikat Subsidiari.

Bagaimanapun, Syarikat Subsidiari Majlis yang

dipertanggungjawabkan sebagai pengurus zakat di Negeri Pulau

Pinang telah mengeluarkan tatacara dan garis panduan pungutan dan

pengagihan zakat sendiri. Mengikut struktur organisasi Majlis, Pusat

Urus Zakat tidak diletakkan di bawah mana-mana unit atau bahagian.

Sebaliknya, ia diletakkan terus di bawah Yang Dipertua Majlis.

Pihak Audit berpendapat walaupun pengurusan zakat telah

diswastakan, namun satu bahagian atau unit perlu diwujudkan

untuk menyelaras dan memantau operasi Syarikat Subsidiari bagi

menjamin kepentingan asnaf. Tanpa bahagian atau unit yang

menyelaras pengurusan zakat ini menyebabkan Syarikat

161

More magazines by this user
Similar magazines