Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

PENGURUSAN KEWANGAN

49. LATAR BELAKANG

Majlis Perbandaran Seberang Perai (Majlis) telah ditubuhkan mengikut kuasa

yang diberi oleh Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Aktiviti utama Majlis

Perbandaran Seberang Perai adalah memungut cukai taksiran dan bayaran lesen

perbandaran, menyedia infrastruktur serta berbagai kemudahan awam. Pada tahun

2002, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM96.28 juta bagi perbelanjaan

mengurus dan RM53.46 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Pungutan hasil Majlis

pada tahun 2002 adalah berjumlah RM113.07 juta.

Majlis telah memperolehi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia,

Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

dan Laman Web Majlis telah disenaraikan di dalam Kumpulan 20 Agensi terbaik di

seluruh Malaysia. Pengiktirafan Sijil MS ISO 9002 juga telah diperolehi Majlis bagi

Proses Penilaian Tanah, Proses Penilaian Bangunan, Kelulusan Pelan Bangunan

Skim Perumahan, Sijil Kelayakan Menduduki Skim Perumahan, Perniagaan dan

Perindustrian, Pengurusan Kursus Asas Pengendalian Makanan, Pengurusan Aduan

serta Bil Kadaran. Pengiktirafan tersebut menunjukkan Majlis telah melaksanakan

pembaharuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya.

50. OBJEKTIF DAN SKOP PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan

kewangan di Majlis Perbandaran Seberang Perai mematuhi peraturan kewangan dan

wujud kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil, pengurusan

perbelanjaan, amanah, aset dan inventori. Di samping itu, rekod yang berkaitan telah

diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

175

More magazines by this user
Similar magazines