Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

51.2.5 Keselamatan Kaunter

Keselamatan kaunter adalah penting bagi menentukan keselamatan

wang tunai dan cek yang dipungut setiap hari. Semakan Audit

mendapati Majlis ada menyediakan bilik yang berasingan untuk

kaunter hasil. Hanya pegawai yang bertugas di kaunter dibenarkan

masuk ke bilik tersebut.

51.2.6 Peti Besi

Mengikut Arahan Perbendaharaan 126, segala wang tunai yang tidak

sempat dibankkan pada hari yang sama hendaklah disimpan di dalam

peti besi. Semakan Audit mendapati Majlis mematuhi Arahan tersebut.

51.2.7 Penyata Penyesuaian Bank

Mengikut Arahan Perbendaharaan 146, pada penghujung setiap bulan,

urusniaga yang direkodkan dalam Buku Tunai hendaklah disahkan

ketepatannya dengan Penyata Bank. Sekiranya terdapat perbezaan

baki, penyesuaian perlu dilakukan. Semakan Audit mendapati Penyata

Penyesuaian Bank disediakan dengan kemas kini.

51.2.8 Pemeriksaan Oleh Ketua Jabatan

Ketua Jabatan bertanggungjawab melakukan pemeriksaan terhadap

rekod kewangan Jabatannya. Pemeriksaan yang dijalankan hendaklah

meliputi pemeriksaan terhadap rekod hasil dan juga wang tunai yang

dipegang oleh pegawai berkenaan.

i) Rekod Hasil

Semakan Audit mendapati pemeriksaan oleh pegawai

bertanggungjawab ada dijalankan terhadap rekod hasil seperti

Buku Tunai dan resit pada setiap hari. Semua rekod tersebut

telah diselenggarakan dengan kemas kini selaras dengan

Arahan Perbendaharaan 80.

180

More magazines by this user
Similar magazines