Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

ii)

Pemeriksaan Mengejut

Mengikut Arahan Perbendaharaan 309(b), pemeriksaan

mengejut hendaklah dilakukan oleh Ketua Jabatan tidak kurang

dari sekali dalam tempoh 6 bulan. Semakan Audit mendapati

Majlis telah menjalankan pemeriksaan mengejut.

51.2.9 Pengurusan Hasil

Pada tahun 2002, cukai taksiran yang diperolehi oleh Majlis adalah

berjumlah RM79.99 juta berbanding RM75.31 juta pada tahun 2001.

Semakan Audit mendapati kadar cukai taksiran dan kadar lain yang

dikenakan itu adalah betul seperti mana yang diluluskan oleh Kerajaan

Negeri. Semakan Audit mendapati tunggakan cukai Majlis pada akhir

tahun 2002 adalah berjumlah RM39.75 juta. Tunggakan tersebut

meningkat sejumlah RM10.15 juta berbanding tahun 2001. Majlis telah

mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan tunggakan seperti

menghantar notis, waran tahanan dan tindakan sita selaras dengan

Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pada pendapat Audit, kawalan hasil Majlis adalah teratur dan mematuhi

peraturan kewangan. Semua pungutan telah diperakaunkan dengan

kemas kini dan sempurna.

51.3 KAWALAN PERBELANJAAN

Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan

menentukan semua perbelanjaan dibuat mengikut peruntukan yang diluluskan

dan mematuhi peraturan berkaitan. Pada tahun 2002, perbelanjaan mengurus

Majlis berjumlah RM96.28 juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah

RM53.46 juta. Semakan Audit mendapati perkara berikut:

181

More magazines by this user
Similar magazines