Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

RM6,264 tidak diisi dengan butiran lengkap seperti tandatangan

penerima serta perakuan kerja yang telah dilaksanakan.

ii)

Sebut Harga/Tender

Majlis telah menawarkan sebut harga/tender kepada syarikat

pembekal bagi kerja dan perkhidmatan. Semakan Audit terhadap

pengurusan sebut harga/tender mendapati perkara berikut:

a) Majlis telah membuat tawaran sebut harga bagi pembelian

yang melebihi RM50,000 hingga RM200,000. Pengurusan

dan proses sebut harga telah dijalankan dengan teratur dan

mematuhi Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun

2001.

b) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2001

menghendaki satu Lembaga Tawaran ditubuhkan untuk

menimbang dan meluluskan tawaran untuk pembelian

bekalan, perkhidmatan atau kerja yang bernilai melebihi

RM200,000. Pemeriksaan Audit mendapati proses tender

tersebut telah diuruskan mengikut peraturan yang

ditetapkan.

51.3.4 Daftar Bil

Arahan Perbendaharaan 103 menghendaki Ketua Jabatan

menyelenggara Daftar Bil bagi tujuan memantau supaya semua bil

dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh bil diterima.

Pemeriksaan Audit mendapati daftar ini dikemas kini dan disemak oleh

pegawai bertanggungjawab pada setiap bulan. Adalah didapati

pembayaran terhadap semua bil telah dibuat dalam tempoh yang

ditetapkan.

Pada pendapat Audit, kawalan perbelanjaan Majlis adalah memuaskan dan

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

183

More magazines by this user
Similar magazines